Thursday, February 12, 2009

Amah lari merempat



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - "Saya terkejut apabila diberitahu ada orang nampak bekas pembantu rumah saya, Eshah, berseorangan dalam keadaan tidak tentu arah dan kalut di ibu kota."

Menurut bekas majikan Eshah yang hanya mahu dikenali sebagai Amirah, pembantu rumahnya itu dikatakan dilihat oleh kakak iparnya dalam keadaan mundar-mandir di kompleks Kota Raya baru-baru ini.

"Dia (Eshah) sudah menjadi pendatang asing tanpa izin. Kakak ipar saya beritahu, pakaiannya compang-camping, kotor, dia memegang beg lusuh dan tubuh badannya kurus kering.

"Kasihan juga. Mungkin dia sudah ditipu oleh kekasihnya, tapi saya tak boleh buat apa kerana telefon bimbitnya tak dapat dihubungi," ujarnya ketika ditanya perkembangan pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia itu yang melarikan diri beberapa bulan lalu dipercayai terpengaruh dengan 'sindiket persatuan amah taman'.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...