Thursday, February 12, 2009

Bohong! Saya tak gila – Mas




KUALA LUMPUR – “Bila masa saya bercakap seorang diri? Semua itu bohong, saya tak gila.”

Demikian tegas penyanyi yang baru saja menerima rawatan di wad pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Asma Ghani (gambar) atau Mas, 28, kepada Kosmo! semalam.

Mas yang menafikan berhadapan dengan tekanan emosi keterlaluan juga mengakui masih bingung memikirkan kenapa dia perlu ditahan di Wad Psikiatri HKL selama enam hari.

Dia dimasukkan ke wad itu apabila didapati meracau dan menimbulkan kekecohan di Balai Polis Ampang Jaya awal pagi Khamis lalu.

Penyanyi itu dikatakan berhadapan dengan masalah emosi kurang stabil ekoran pelbagai masalah peribadi, termasuk membabitkan kerjaya dan percintaan.

Bagaimanapun, janda beranak dua itu dibenarkan keluar dari HKL pada pukul 12 tengah hari kelmarin dengan ditemani bapanya, Ghani Gibie, 69, dan pegawai Maestro Records, Othman Mahmood.

Mereka kemudian terus menaiki pesawat AirAsia untuk pulang ke Tawau.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...