Thursday, February 12, 2009

Boleh sekolah tanpa sijil lahir

TAWAU – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mana-mana pelajar yang tidak memiliki sijil kelahiran tetapi salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia berhak untuk meneruskan pelajaran ke peringkat menengah.

Sambil mengarahkan peraturan itu dilaksanakan serta-merta, Hishammuddin berkata, tindakan menghalang pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah seperti itu boleh mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan.

``Saya nak nyatakan di sini sekiranya ia merupakan satu dasar, hari ini juga saya tukarkan dasar itu,’’ katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Balung dekat sini.

Hishammuddin mengulas mengenai keluhan ramai ibu bapa di sini yang mendakwa ada sekolah tidak membenarkan anak mereka memasuki sekolah menengah kerana tidak memiliki sijil kelahiran meskipun salah seorang ibu bapa mereka merupakan warganegara Malaysia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...