Thursday, February 12, 2009

Pasangan dicekup selepas 9 jam bertunang

ALOR SETAR - Satu pasangan yang baru sembilan jam ditunangkan antara enam pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) di Simpang Kuala di sini kelmarin.

Walaupun kejadian itu agak mengejutkan penguat kuasa bertugas, namun itulah yang terjadi gara-gara sikap pasangan berkenaan yang gagal menahan nafsu.

Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEIK, Sheikh Muhammad Suhaimi Mohd. Salleh berkata, keenam-enam pasangan itu ditahan dalam serbuan di sebuah motel bajet di Simpang Kuala di sini pukul 12 tengah malam kelmarin.

Beliau memberitahu, siasatan awal yang dijalankan agak mengejutkan pihaknya apabila ada satu pasangan yang hanya baru ditunangkan pada petang hari berkenaan.

"Pasangan berusia 21 dan 20 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pemandu jentera mesin padi dan guru tadika.

"Mereka ditangkap kerana berkurung di dalam sebuah bilik di motel itu," katanya kepada pemberita.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...