Thursday, February 12, 2009

Prasyarat raih sokongan

PUTRAJAYA: “Paling penting kerja awal, kerja kuat dan calon terbaik yang diterima rakyat,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed ketika mengulas langkah perlu diambil Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Roslan Shaharum, 50, pagi kelmarin, akibat serangan jantung.

Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, BN perlu mengambil peluang keemasan itu untuk membuktikan BN boleh mendapat sokongan rakyat berbanding Pilihan Raya Umum, Mac tahun lalu.

“Pada Mac lalu, memanglah rakyat Perak menolak kita (BN), jadi inilah satu medan untuk buktikan rakyat sudah mula berpihak pada BN.

“Tetapi kita perlu pastikan calon hendaklah sebaik mungkin dan boleh diterima masyarakat, tak kisah dari luar atau dalam. Apa yang penting, calon diterima rakyat,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baru di kementeriannya di sini, semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...