Thursday, February 12, 2009

‘Kami tidak mahu pulang, hutang kami banyak’

PETALING JAYA – “Saya tak mahu dan tak nak balik semula ke Bangladesh sebab ceti tunggu saya.

“Saya pinjam daripada peminjam wang haram sebanyak RM10,000 untuk datang ke Malaysia dan janji akan bayar lepas dapat kerja di sini, tapi selepas setahun kerja tidak ada.”

Itu rintihan seorang warga Bangladesh, Arsheed, yang ditipu ejen di sini yang menjanjikan pekerjaan kepadanya dan 139 rakan yang lain tapi sehingga kini mereka terpaksa merempat sementara menanti tawaran daripada majikan lain.

“Apa yang kami tahu, ejen di Bangladesh kata semuanya baik dan katanya kalau bagi RM10,000 semuanya akan selesai. Kami tak jangka ini yang berlaku,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...