Thursday, February 12, 2009

Obama pertahan pelan pemulihan ekonomi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mempertahankan pelan kecemasan pemulihan ekonomi AS dan membidas anggota-anggota Parti Republikan kerana cuba bermain politik bagi melengahkan pelaksanaannya.

Beliau sebelum ini menggesa anggota-anggota Dewan Senat supaya segera meluluskan rang undang-undang pemulihan ekonomi bagi membolehkan pelan rangsangan ekonomi itu dilaksanakan.

Beliau turut memberi amaran bahawa kegagalan bertindak pantas boleh menyebabkan krisis ekonomi masa ini bertukar menjadi satu bencana kepada rakyat AS.

"Masa bersenang-lenang sudah berakhir," katanya dalam satu sidang akhbar di White House.

Ketika lebih sejuta rakyat AS kini menganggur, Obama mempertahankan pelan rangsangan ekonominya daripada kritikan anggota-anggota Republikan bahawa pelan tersebut terlalu mahal dan tidak berupaya mewujudkan peluang pekerjaan.

"Tiada pelan yang akan pasti sempurna. Namun saya boleh berkata dengan yakin bahawa jika kita gagal bertindak menangani krisis ekonomi ini berjuta-juta penduduk akan menjadi lebih menderita," katanya lagi. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...