Saturday, February 7, 2009

Culik kekasih untuk kahwin

PETALING JAYA - Tindakan seorang wanita menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakannya mengatakan dia diculik dan dikurung kekasihnya telah menyelamatkan mangsa daripada dipaksa berkahwin.

Kejadian seperti adegan dalam filem Hindi itu berlaku pukul 6.30 petang kelmarin apabila wanita berusia 26 tahun tersebut didatangi oleh teman lelakinya berusia 30 tahun bersama seorang lagi rakannya.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat ketika itu menunggu bas di perhentian bas berdekatan pejabatnya di Batu 5, Jalan Penchala di sini.

Sebaik turun dari kereta, suspek dan rakannya terus menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

Mangsa kemudian dikurung di sebuah rumah di Bandar Puchong Jaya, Subang.

Difahamkan, suspek bertindak demikian kerana kecewa selepas wanita itu ingin memutuskan perhubungan cinta mereka yang terjalin sejak 13 tahun lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0207&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...