Saturday, February 7, 2009

Jumiah pulang minggu depan


KERATAN Kosmo! 28 Januari.





KUALA LUMPUR - Misi membawa pulang Nur Jumiah Saad, 17, (gambar) yang sepatutnya bermula Rabu lalu terpaksa ditunda minggu depan atas permintaan Konsulat Malaysia di Medan.

Menurut Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ketika ini Konsulat Malaysia di sana sibuk menguruskan isu lain yang lebih utama.

Namun, katanya, beberapa urusan sedang dilakukan bagi membolehkan misi yang telah dirancang itu dapat dilaksanakan.

"Saya jangka Ahad atau Isnin ini mungkin pegawai kita akan pergi ke sana (Medan) untuk membawa pulang Nur Jumiah manakala anaknya pula menyusul selepas segala dokumen perjalanan ibunya diproses di sini," katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan misi membawa pulang Nur Jumiah akan bermula Rabu lalu oleh empat pegawai Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang akan ke Medan sebelum diikuti dengan usaha membawa pulang anaknya, Disti, hasil perkahwinannya dengan lelaki warga Indonesia, Suranto Ngadio, 30-an.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...