Saturday, February 7, 2009

Transeksual termuda gembira jadi wanita



KIM


BERLIN - Seorang remaja yang menjadi transeksual termuda dunia, Kim Petras mengaku gembira dengan kehidupannya sebagai seorang perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kim menjalani pembedahan pertukaran jantina secara rahsia pada tahun lalu selepas dia disahkan oleh ahli-ahli psikologi sebagai berjiwa wanita.

Dia menjalani pembedahan secara rahsia kerana undang-undang Jerman melarang remaja di bawah umur 18 tahun menjalani pembedahan pertukaran jantina.

"Saya boleh berenang dan memakai bikini, pergi ke bilik persalinan wanita tanpa sebarang masalah. Pembedahan itu mengubah semua perkara dalam kehidupan saya.

"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk memakai pakaian renang kegemaran saya dan pergi berenang kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukannya," kata Kim yang kini menjadi model.

Pada tahun lalu, dia menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Joyce Records dan lagunya, Last Forever, menjadi popular di YouTube dan Myspace.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...