Saturday, February 7, 2009

Nasir pulang kerana Salwanis


SALWANIS dan Nasir lega masalah rumah tangga mereka selesai selepas pertemuan di pejabat Pergerakan Putera UMNO di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Setelah menghilangkan diri sejak Julai lalu, Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39, lelaki yang melarikan anaknya sendiri iaitu Mohamad Bilal, kini telah kembali ke pangkuan isterinya, Salwanis Ma'az, 31, di negara ini.

Kepulangan Nasir, seorang rakyat Pakistan, pada 1 Januari lalu tanpa Bilal yang telah meninggal dunia sejak 15 Ogos lalu menambahkan lagi rasa bersalah beliau kepada Salwanis yang pernah menyatakan hasrat mencari anaknya itu walaupun bakal menerima pelbagai rintangan.

Nasir yang ditemui semalam bertekad untuk kembali ke negara ini kerana mahu menemui isterinya dan memulakan kehidupan baru.

Mengimbas kembali apa yang berlaku, Nasir berkata, beliau telah membawa Bilal keluar dari negara ini pada 26 Julai lalu dalam keadaan terpaksa kerana usahanya menguruskan visa untuk tinggal di negara ini gagal.

Beliau telah menjelajah ke Bahrain, Kuwait dan Korea Selatan sepanjang melarikan Bilal.

Katanya, sebaik melarikan Bilal, beliau telah terbang ke Bahrain, tempat di mana Bilal meninggal dunia setelah Nasir dipukul oleh tiga lelaki yang tidak dikenali pada 9 Ogos lalu sebelum Bilal terlepas daripada pelukan dan terjatuh di atas jalan raya.

"Di Korea (Selatan) saya telah mendapat status penduduk tetap. Saya cuba untuk memulakan hidup baru dan mahu mencari pekerjaan tetapi hati saya tetap mahu kembali kepada isteri," katanya.

Nasir dan Salwanis ditemui pada sidang media di pejabat Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO di sini semalam.

Salwanis, 31, juga mahu melupakan kisah pahit mereka dan memulakan kehidupan baru.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...