Saturday, February 7, 2009

Rock 'bengang' tidak boleh lawat Mas AF2 di HKL


ROCK dihalang daripada melawat penyanyi yang juga kekasihnya, Mas AF2 yang dimasukkan ke Wad Psikiatri HKL semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Kekasih penyanyi Asma Ghani atau Mas, Shahrul Azman Mohd. Shahril, 36, berang apabila pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) enggan membenarkan beliau melawat dan bertemu dengan Mas.

Shahrul Azman atau lebih dikenali sebagai Rock yang ditemui di pekarangan Wad Psikiatri HKL di sini semalam melahirkan rasa kecewa kerana pihak hospital memberitahu yang kekasihnya tidak mahu berjumpa dengannya sedangkan sebelum itu Mas menyatakan keinginan untuk bertemu.

"Saya berjumpa dia (malam kelmarin) dan keadaannya okey. Dia tidak gila, mungkin hanya tertekan. Saya harap dia segera dikeluarkan dari wad ini kerana apabila ditahan dan dikurung, keadaannya bertambah teruk.

"Saya memang kecewa tidak dapat berjumpanya hari ini (semalam), sedangkan malam semalam (kelmarin), dia okey dan peluk saya minta dikeluarkan dari hospital. Saya tidak faham mengapa dia harus ditahan selama dua minggu,'' katanya dalam nada kecewa.

Tegas Rock lagi, pihak hospital hanya membenarkan ahli keluarga Mas dari Tawau melawat kekasihnya itu.

Sebelum ini, masalah cinta antara Rock dan Mas dilaporkan menjadi punca utama Mas menghadapi tekanan perasaan, malah Rock dikatakan meminta hubungan mereka diputuskan dua hari lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...