Saturday, February 7, 2009

Karpal: Tindakan terhadap Sultan, BN

Feb 6, 09 5:07pm
Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan BN jika terus melantik menteri besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh, lapor Bernama.

Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh
Negeri.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. 

"Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik
seorang menteri besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar hari ini.

Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

http://www1.malaysiakini.com/news/97751

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...