Saturday, February 7, 2009

Semua pulangkan Camry kecuali Nizar


MOHAMMAD Nizar masih menggunakan kenderaan rasmi Toyota Camry semalam walaupun beliau bukan lagi Menteri Besar Perak.


IPOH - Setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak, bekas Menteri Besarnya, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi satu-satunya bekas pemimpin kerajaan negeri itu yang masih belum memulangkan kenderaan rasmi, Toyota Camry 2.4 bernombor plat AGS 10.

Beliau bertegas untuk terus menggunakan kereta itu kerana mendakwa masih lagi Menteri Besar yang sah.

"Saya akan terus menggunakan kenderaan rasmi dan duduk di kediaman rasmi Menteri Besar sehingga saya menghantar surat rasmi peletakan jawatan atau hilang majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri.

"Esok (hari ini) saya akan terus menggunakan Toyota Camry tersebut untuk ke pejabat," katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memulangkan aset milik kerajaan termasuk kenderaan rasmi yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu.

Arahan itu sudah dipatuhi oleh 10 bekas Exco Pakatan Rakyat (PR) yang telah memulangkan kenderaan mereka melainkan Mohammad Nizar.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0207&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

2 comments:

burungjantan said...

Mengapa lembab sangatlah MB perak ke 10 itu.

Kalau dah sultan titahkan letak jawatan, kena letaklah. Undang-undang kata sultan berhak bertitah, ikutlah cakap. Jangan kata sahaja nak ikut undand-undang, tapi titah sultan sebahagian undang-undang, awak derhaka pula

Setiausaha kerajaan suruh serah kereta, kena serahlah juga. Bukankah awak suruh Rakyat supaya ikut cakap, tapi awak MB degil semacam.

Awak kan nak minta mahkamah buat clear masalah, tunggulah proses itu, kenapa pula nak tegakkan benang basah.

Awak kata nakkan demokrasi, kenapa pula halang demokrasi. Awak memang ada 28 kerusi, tapi Umno pun 28 kerusi juga. Yang berbaki 4 orang itu kira kecuali ajelah.

Kalau awak dan rakan-rakan awak tak terima. Tubuhkan sahaja kerajaan dalam buangan. Bukan tak pernah orang buat pun.

Apa masalah kamu? Kamu orang PAS ke atau perosak PAS?

LeeZ said...

burungjantan yang tak 'jantan'...

Kalau betul2 jantan, bubar DUN apa susah??? Adakan piliharaya semula biar rakyat Perak yang tentukan, bukan Sultan dan sama sekali bukan Najib/BN...

Ke kau dah tahu yang UMNO/BN akan kalah lebih teruk nanti???

Tu pun kau takleh pikir ke???

Memang kau dan geng2 UMNO tu yang lembab bukan Nizar!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...