Saturday, February 7, 2009

Obama mengaku pentadbiran kacau-bilau

Obama mengaku pentadbiran kacau-bilau


OBAMA dan isterinya, Michelle melawat Sekolah Capital City Public di Washington kelmarin.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengaku Selasa lalu adalah hari paling kacau-bilau dalam pentadbirannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu berlaku kerana dua calon pegawai kanan Obama terpaksa menarik diri daripada dicalonkan berikutan masalah tunggakan pembayaran cukai pendapatan.

Bakal Setiausaha Kesihatan, Tom Daschle dan calon ketua prestasi, Nancy Killefer iaitu satu jawatan baru menolak untuk dicalonkan bagi menduduki jawatan masing-masing. Ketika ditemu bual oleh pengantara stesen televisyen ABC News, Obama mengaku perkara itu memalukan pentadbirannya.

"Saya fikir ia adalah satu kesilapan, Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan kami berusaha untuk membetulkan keadaan itu agar ia tidak berlaku semula," katanya.

"Ini adalah satu kesilapan dan mungkin ia bukan kali pertama saya akan melakukannya ketika berada di White House tetapi saya komited untuk membetulkan kesilapan tersebut," katanya.

Pada awal kelmarin, Obama dan isterinya, Michelle cuba untuk mengelak orang ramai ketika mereka melakukan lawatan mengejut ke sebuah sekolah di Washington.

"Kami penat berada di White House. Kami keluar! Mereka benarkan kami keluar," kata Obama sambil disambut dengan gelak ketawa murid-murid darjah dua di Sekolah Capital City Public Charter. Ketika lawatan itu, Obama membacakan buku The Moon Over Star kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun serta menjawab beberapa soalan mengenai kehidupan mereka di White House.

"Rumah itu cantik... ia adalah rumah terpenting di negara ini," kata Michelle ketika menjawab satu soalan kanak-kanak.

Kenyataan Obama kepada kanak-kanak tersebut bagi sesetengah penganalisis sebagai bayangan beliau sudah mulai penat dengan tugas. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...