Saturday, February 7, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat masih sah - Pesuruhjaya PAS Terengganu

Written by Wan Kay   
Friday, 06 February 2009 09:38

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/DatoPaTanganOK.JPGKuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘rakus’ dalam mengambil-alih kerajaan pakatan Rakyat di Perak.


Katanya, pengumumkan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bahawa Barisan Nasional (BN) boleh menubuhkan kerajaan dengan kelebihan tiga majoriti adalah bersifat gelojoh.

“Barisan Nasional (BN) tidak boleh bentuk kerajaan baru lagi kerana kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sisi Undang-undang dan Perlembagaan Negeri Perak.

“Sesebuah kerajaan hanya boleh jatuh melalui Pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun), Undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Perletakan Jawatan,” jelasnya.

Namun begitu, katanya hal tersebut tidak berlaku dan kerajaan Pakatan Rakyat masih dikira sah memerintah negeri Perak.

Menurut Dato’ Mustafa, Najib tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang menampakkan sifat gelojoh dan rakus.

Bagaimana pun, beliau berharap agar keadaan kembali pulih dan tenang serta mengingatkan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Perak bertenang dalam menghadapi suasana tersebut.

Last Updated on Friday, 06 February 2009 09:46

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...