Thursday, November 27, 2008

Hubungan ‘istimewa’

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


AMPANG JAYA: Keresahan hati ibu yang hairan anaknya sering pulang lewat dari sekolah akhirnya membongkar rahsia murid berusia 12 tahun itu menjalin hubungan songsang bersama rakan perempuan.

Ibu kanak-kanak terbabit dikatakan menunggu anaknya itu di sekolah pada Jumaat terakhir sebelum cuti sekolah selepas tidak berpuas hati anak gadisnya kerap pulang lewat tanpa sebarang alasan seminggu sebelum itu.

Wanita itu yang mengesyaki anaknya kmenyembunyikan sesuatu rahsia menunggu murid berkenaan di sekolahnya di kawasan Hulu Kelang.

Namun, selepas beberapa lama menunggu kanak-kanak berkenaan belum keluar dari perkarangan sekolah membuatkan wanita itu melilau mencari anaknya dalam kawasan bangunan terbabit.

Difahamkan, selepas beberapa lama mencari, kanak-kanak terbabit ditemui ibunya dalam tandas sekolah itu bersama seorang rakan sebaya dalam keadaan mencurigakan.

Sejurus menemui anaknya itu, wanita berkenaan terus membawa kanak-kanak terbabit pulang dan bertanyakan apa yang dilakukannya dalam tandas bersama rakan.

Menurut sumber, selepas didesak kanak-kanak terbabit menceritakan dia bersama rakannya melakukan aksi menjijikkan ketika dalam tandas dan sering pulang lewat selama ini kerana mahu melempiaskan nafsu masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.

“Wanita terbabit terkejut mendengar pengakuan anaknya sebelum membuat laporan polis.

“Dia tidak menyangka anaknya melakukan perbuatan terkutuk itu memandangkan usia yang masih muda dan kerana berang perbuatan anaknya, wanita itu membuat laporan polis,”
katanya.

Sumber itu berkata, dalam kes terbabit polis hanya mampu menasihati dua murid berkenaan memandangkan mereka bawah umur.

“Kita juga ingin menasihati setiap ibu bapa memantau pergerakan anak terutama ketika musim cuti persekolahan ini,” katanya lagi.

Difahamkan, perbuatan mereka itu tidak diketahui pihak sekolah, namun beberapa rakan sekelas mengesyaki dua rakan terbabit mempunyai hubungan ‘istimewa’ kerana keintiman mereka di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081127090829/Article/index_html

Lelaki malas guna minda

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my



SENARIO penuntut wanita yang terus menguasai populasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikaitkan dengan kecenderungan golongan itu yang dikenal pasti lebih tekun, konsisten berbanding penuntut lelaki yang lebih bertumpu kepada kemahiran tangan dan pergerakan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun, berkata fenomena berkenaan berlaku apabila perbandingan senario sekarang dan beberapa tahun lalu dilakukan.

Sebenarnya, beliau berkata, penuntut lelaki bukan tidak pandai, tetapi malas menggunakan pemikiran mereka lebih sedikit.

“Penuntut wanita ini memang pandai sejak dulu kemungkinan akibat kekangan keluarga suatu ketika dulu yang menghalang mereka daripada membangunkan diri termasuk tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran.

“Bagaimanapun, hari ini penuntut wanita sudah diizinkan keluarga melanjutkan pelajaran setinggi mungkin dan sudah membuktikan mereka lebih hebat daripada lelaki dan mungkin satu hari nanti akan menggoncang dunia,”
katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Firdaus Jaafar (Pas-Jerai) di Dewan Rakyat, semalam

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Idris berkata, perangkaan menunjukkan penuntut lelaki di peringkat doktor falsafah (PhD) adalah melebihi penuntut wanita membabitkan masing-masing 61 peratus penuntut lelaki dan 38 peratus wanita.

Beliau berkata, kementerian tidak mengamalkan diskriminasi gender bukan saja kepada penjawat tinggi, malah kepada penuntut sehingga tidak ada cadangan bagi mewujudkan kuota penuntut lelaki dan wanita.

“Perangkaan terkini sungguh menarik apabila ada 60.39 peratus penuntut wanita di IPTA berbanding hanya 39.61 penuntut lelaki,” katanya.

Idris berkata, kementerian juga sudah mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan kesedaran kepada penuntut lelaki mengenai pentingnya pencapaian akademik bagi menghadapi masa depan.

Menurutnya, syarat kelayakan masuk ke IPTA yang memerlukan calon memiliki 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus kokurikulum secara tidak langsung dapat mengimbang fenomena penuntut wanita melebihi penuntut lelaki di IPTA di negara ini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081127091450/Article/index_html

Anak berang digari bapa

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


LAWAT...Rosly (depan) melawat mangsa yang cedera
ditembak anak sendiri di Hospital Sungai Buloh, semalam.


SUNGAI BULOH: Remaja berusia 15 tahun yang melepaskan tembakan rambang hingga mencederakan ibunya di bandar Country Homes, Rawang malam kelmarin dikatakan berang dengan tindakan bapanya menahannya ketika berada di sebuah kafe siber.

Difahamkan, bapa remaja terbabit yang juga seorang detektif polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berpangkat sarjan terserempak anaknya ketika menjalankan satu operasi sebelum itu.

Remaja terbabit kemudiannya dikatakan dibawa bapanya pulang ke rumah dalam keadaan bergari sebelum berlaku pertengkaran antara mereka berdua selepas remaja itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Ketika pertengkaran itu, remaja berkenaan secara tiba-tiba hilang pertimbangan, masuk ke dalam rumah dan mengambil pistol jenis Glock milik bapanya yang disimpan dalam almari sebelum melepaskan tembakan rambang terkena rusuk kanan ibunya.

Malah, remaja terbabit sempat menyewa rumah tumpangan di Kuala Selangor ketika melarikan diri bersama rakannya sebelum ditemui polis kira-kira lima jam selepas itu.

Difahamkan, remaja itu memang agak nakal dan dia dikatakan sudah tiga kali ditukarkan sekolah kerana mempunyai masalah disiplin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan yang ditemui ketika melawat mangsa tembakan itu di Hospital Sungai Buloh (HSB) berkata, polis menahan suspek bersama seorang lagi rakannya di Kuala Selangor ketika menunggang motosikal.

“Polis turut menemui semula pistol digunakannya di dalam sebuah bilik di rumah tumpangan berhampiran lokasi suspek ditahan.

“Dia direman enam hari bermula hari ini (semalam) dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api ,”
katanya ketika ditemui, semalam.

Mengulas mengenai tindakan anggota polis berpangkat sarjan itu membawa balik senjata api ke rumah, beliau berkata itu tidak menjadi masalah kerana ia mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sebagai seorang detektif, sarjan di bahagian jenayah dibenar membawa balik senjata api dan tindakan anggota itu adalah mengikut prosedur.

“Namun, tindakan diambil terhadap anggota itu bergantung kepada pihak tatatertib bahagian pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM),”
katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis menyiasat kemungkinan wujud faktor kecuaian dalam kejadian tembakan terbabit.

“Polis menyiasat jika remaja berkenaan memperoleh pistol itu disebabkan kecuaian bapanya yang bertugas sebagai detektif,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, polis mempunyai prosedur pengeluaran senjata api yang kemas dan ketat kepada pegawai dan anggota, bagaimanapun kadangkala berlaku kemalangan disebabkan kecuaian.

“Jadi kita siasat kes itu merangkumi semua aspek termasuk faktor kecuaian anggota terbabit dalam penyimpanan senjata berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja terbabit dikatakan melepaskan tembakan rambang terkena rusuk kanan ibunya selepas gagal mengawal perasaan akibat berselisih faham dengan bapanya yang bertugas di IPD Petaling Jaya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081127094450/Article/index_html

‘Rasul Melayu’ turun ajaran kepada anak

KUALA LUMPUR: Pengasas ajaran sesat Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad atau Haji Abdul Kahar (HAK) dikesan cuba menurunkan semua ilmu ajaran menyeleweng terbabit kepada anak lelakinya yang kini dilatih sebagai waris bagi mengembangkan ajaran sesat terbabit.

Difahamkan Abdul Kahar yang berusia 58 tahun itu cuba untuk membentuk anak sulungnya yang berusia 30-an bagi mengikut jejak langkahnya dalam merosakkan akidah umat Islam.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammed Khusrin Munawi, yang bimbang sekiranya penyebaran ajaran sesat terbabit berupaya menarik ramai orang Islam.

Menurutnya, Abdul Kahar bersama anaknya itu, cuba menggunakan sebuah resort yang baru dibuka di sebuah perkampungan Orang Asli, Hulu Klang sebagai markas baru bagi menyebarkan fahaman songsangnya itu.


Difahamkan Abdul Kahar sebelum ini bukan hanya mengaku sebagai utusan Tuhan ke bumi, malah turut mengaku sebagai satu-satunya ‘Rasul Melayu’ yang diutus untuk menyelamatkan umat akhir zaman.


“Hasil siasatan mendapati anak lelaki Abdul Kahar mengetuai aktiviti resort berkenaan bagi menjalankan kegiatan berdakwah dan menyampaikan ceramah kepada pengikutnya.

“Namun ketika serbuan dilakukan, dia dipercayai baru meninggalkan kawasan terbabit selepas menyedari pihak berkuasa mahu menyerbu tempat berkenaan,” katanya.

Dia berkata Abdul Kahar yang menggelarkan dirinya sebagai Rasul Melayu itu dipercayai ‘menurunkan’ segala ilmu sesatnya kepada anak sulungnya, Zulhelmi.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081127094547/Article/index_html

Siti Fairus tuntut RM200,000


TELITI...Siti Fairus (kanan) dan Farahiyah melihat dokumen
yang difailkan, semalam.


SHAH ALAM: Penyanyi popular 80-an, Siti Fairus Sheikh Mohamed yang popular dengan lagu ‘Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu’ memfailkan permohonan tuntutan mutaah daripada bekas suaminya bernilai RM200,000.

Selain itu Siti Fairus, 44, selaku plaintif turut memfailkan tuntutan harta sepencarian daripada Mohamad Zainuddin Kordi, 45, (defendan) membabitkan 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Siti Fairus yang ditemani seorang anaknya Farahiyah Amirah, 17, memfailkan kedua-dua tuntutan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, pada jam 3 petang melalui peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Dalam pernyataan tuntutan mutaah yang difailkan mengikut peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Siti Fairus menyatakan sudah banyak berkorban demi kebaikan defendan dan rumah tangga.

Plaintif sanggup berkorban atas kehendak defendan untuk berhenti daripada terbabit dalam bidang hiburan ketika popularitinya sedang meningkat dan meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan.

Malangnya dia mendakwa pengorbanannya itu tidak dihargai apabila bekas suami menjalinkan hubungan bersama seorang perempuan Indonesia sebelum mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuannya.

Defendan kemudian meninggalkan rumah dan membiarkan plaintif terumbang-ambing keseorangan menguruskan keluarga dengan segala hutang yang ditinggalkannya, selain kini bergelar ibu tunggal dan perlu berdepan dengan masyarakat.

Dalam tuntutan mutaah itu, plaintif percaya defendan seorang berkemampuan dan mempunyai pendapatan yang lumayan serta mempunyai harta-harta lain dan mengakui tidak pernah disabitkan nusyuz.

Siti Fairus turut menuntut harta sepencarian daripada defendan membabitkan 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan mereka termasuk sebidang tanah di Subang Indah Petaling Jaya dan Tiara Beach Resort Pasir Panjang, Negeri Sembilan.

Plaintif juga menuntut sebidang tanah di Bukit Merah Laketown, Simpang Ampat Semanggol, Perak; dua bidang tanah di Mukim Damansara, sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, Mutiara Damansara dan Seksyen 24 dekat sini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081127094932/Article/index_html

Urut on-line


Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Kaedah melanjutkan pelajaran melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) sudah lama diamalkan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Namun, seorang bomoh canggih didapati mengendalikan kursus rawatan urut batin secara PJJ dari rumahnya pada waktu dipersetujui ‘pelajarnya’ termasuk di kalangan pakar kecantikan dan golongan berminat menjadikan bidang terbabit sebagai perniagaan.

Dia menggunakan kamera web dan set telefon telinga untuk memudahkan pelajar mengikuti kursus itu.

Kursus yang dihebahkan menerusi blog bomoh terbabit disifatkan sebagai ‘kursus istimewa’ kerana membolehkan seseorang peserta mempelajari kemahiran itu dalam sehari dengan bayaran RM280.

Pelajar diberi sijil segera kononnya diiktiraf sebagai pengamal perubatan Islam.

Seorang pakar kecantikan, Zahnita Arwadi, 36, berkata kursus kendalian lelaki berusia 40-an itu menerima sambutan luar biasa, termasuk dari Singapura berikutan kaedah pembelajaran menyeronokkan dan boleh disertai tanpa mengira jantina dan had umur.

Menurutnya, bomoh terbabit mendakwa memiliki ijazah tertentu dan berpengalaman lebih lapan tahun dalam bidang mengurut.

“Individu yang berminat mengikuti kursus itu tidak perlu bersusah payah ke rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, sebaliknya hanya melayari Internet.

“Bomoh terbabit memaparkan kaedah urut batin dan gambar grafik bagi membolehkan pelajar mudah memahaminya.

“Demonstrasi menggunakan kamera web dan rakaman video dianggap latihan praktikal manakala nota memuatkan teori kursus akan dipos ke rumah peserta.

“Terdapat beberapa kaedah rawatan urut batin diajar antaranya rawatan mati pucuk, cepat klimaks, lemah zakar dan kurang nafsu,”
katanya.

Bomoh itu mendakwa kaedah urut batinnya mampu menguatkan zakar serta melancarkan perjalanan darah di sekitar urat zakar.

Dia berkata, pelajar juga didedahkan kaedah urut persediaan berkahwin bagi mengelakkan ejakulasi awal pada malam pertama selain mampu menambahkan tahap ereksi zakar.

Sebagai tarikan tambahan, bomoh itu menyediakan kursus ulangan percuma jika mereka masih tidak mahir dan diberi sebuah laman web percuma berkaitan urut batin.

Kata Zahnita, terdapat kursus lain ditawarkan bomoh terbabit iaitu khidmat pulih jodoh dan kursus merawat masalah gangguan jin seperti sihir, saka dan histeria.

Beberapa rakannya seolah-olah taksub dengan kaedah pembelajaran secara on-line itu dan sanggup menyertainya berulang kali.

Sementara itu, pembantu bomoh terbabit ketika dihubungi, berkata pelajar kursus itu perlu memasukkan wang dalam akaun bomoh terbabit sebelum sesi pembelajaran dimulakan.

Ketika diminta mengulas mengenai sijil, dia mendakwa pihaknya boleh memberi sijil kursus itu tanpa mendapatkan kelulusan jabatan tertentu.

“Apabila mempelajari kaedah urut batin menerusi on-line, peserta boleh menawarkan khidmat berkenaan kepada orang ramai dan menjana pendapatan lumayan melebihi RM3,000 sebulan.

“Ini mendorong lebih ramai yakin dengan kursus itu, termasuk sepasang suami isteri dari Singapura yang sudah mula mendapat pelanggan,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20081127084557/Article

Dulu di laut, kini di kolam

Selepas dua dekad bekerja di pelantar cari gali minyak, Abdul Wahab nekad mahu menceburkan diri sebagai usahawan.


KERJA menternak ikan air tawar memberi kepuasan berbeza kepada Abdullah.

--------------------------------------------------------------------------------

KEPUASAN bekerja bukan terletak pada wang ringgit. Itulah konsep dan pandangan hidup seorang Abdul Wahid Abdul Wahab, 46, yang bekerja sebagai pegawai pelantar cari gali petroleum di sebuah syarikat multinasional.

Baginya, pengalaman bekerja lebih dua dekad di laut termasuk dengan sebuah syarikat petrokimia Jepun sentiasa mengajarnya menjadi berani menempuh cabaran dan saingan.

Demi mencari kepuasan bekerja, Abdul Wahid memulakan langkah mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar. Kolam tersebut dibina di atas tanah seluas empat ekar milik keluarganya di Kampung Sungai Batu, Chetok dekat Pasir Mas.

"Sebenarnya, saya anak kampung yang sudah sebati dengan selut dan lumpur, jadi saya tetap kembali ke asal," ujarnya berbekalkan modal RM100,000.

Mengakui tidak sukar mengusahakan ternakan tersebut, hasratnya cuma satu. Beliau mahu menjadikan kolam ternakannya itu sebagai antara lokasi eko-pelancongan yang terkenal di negeri ini suatu hari nanti.

Setelah bercuti tanpa gaji selama enam bulan mengusahakan ternakan ikan air tawar ini, bapa kepada dua anak ini nekad berhenti daripada kerjayanya pada tahun depan.

Beliau menerima bantuan berupa peralatan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan.

"Pengalaman paling sukar dilupakan semasa bertugas di pelantar ialah ketika diserang taufan Typhon di perairan Taiwan semasa bekerja di sebuah pelantar cari gali di sana beberapa tahun lalu.

"Setiap bulan saya belayar dan telah menjejakkan kaki hampir ke seluruh pelosok dunia untuk tugasan yang mencabar ini. Meskipun gajinya lumayan tetapi lama-kelamaan ia bertukar rasa jemu,"
ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua bidang ini memberinya kepuasan berbeza. "Kerja cari gali minyak memberi saya gaji puluhan ribu setiap bulan, tetapi menternak ikan air tawar bergantung kepada ketekunan dan kerajinan," jelasnya.

Abdul Wahid yang berasal dari kampung Penambang, Kota Bharu kini menetap di Kampung Sungai Batu, Chetok. Beliau mahu menumpukan kepada perusahaan menternak dan menjual benih ikan air tawar kepada peniaga dan pengusaha ikan.

Tambah Abdul Wahid, antara jenis-jenis ikan yang banyak diternak dan dijual benihnya ialah ikan patin, ikan keli Afrika, ikan puyu dan iikan hiasan.

Beliau bercadang untuk menjadikan kawasan kolamnya itu sebagai lokasi pelancongan. "Saya bercadang mahu menyediakan kemudahan penginapan desa kepada pengunjung.

"Saya akan daftarkan kawasan ini sebagai salah satu pusat pelancongan dengan aktiviti memancing sambil menikmati keindahan alam sekitar,"
katanya yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tambahnya, dia mahu buktikan kepada remaja kampung hari ini bahawa mereka mampu mengubah nasib sendiri dengan syarat mempunyai semangat dan iltizam tinggi. - ABDULLAH AWANG

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm

'Askar Malaya anakku'


Kongo yang kembali bergolak mengimbau kembali kenangan tiga askar negara yang pernah bertugas di sana.


--------------------------------------------------------------------------------

SUDAH hampir lima dekad berlalu, namun bumi Republik Demokratik Kongo (Kongo) masih berpaksikan peperangan dan pertumpahan darah yang tidak bernoktah.

Kongo yang tidak pernah mengecapi kestabilan hingga ke hari ini merupakan negara di bawah tanah jajahan Belgium. Ia dikategorikan sebagai negara ketiga paling luas di Afrika yang kaya dengan khazanah bumi.

Pada pilihan raya umum pertamanya pada 31 Mei 1960, gerakan kemerdekaan Kongo di bawah pimpinan Patrice Lumumba menang dan diisytiharkan sebagai Perdana Menteri. Kongo diisytihar merdeka pada 31 Jun 1960.

Bagaimanapun kemenangan Lumumba mengundang rasa tidak puas hati pihak Barat, lantas menaja kumpulan pemberontakan.

Pada tahun yang sama, Malaya (kini Malaysia) yang baru tiga tahun mencapai kemerdekaan yang diterajui Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman membuat keputusan untuk menghantar tentera negara ini ke Kongo bagi membuktikan kesungguhan negara ini sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagi mengimbas kenangan ketika berada di negara itu, tiga orang veteran berkongsi pengalaman mereka ketika mencurah khidmat sebagai tentera pengaman PBB. Mereka dikenali sebagai Pasukan Khas Malaya selama lapan bulan bermula Oktober 1960.

Tergolong dalam senarai kumpulan pertama untuk menyertai misi pengaman PBB di Kongo, Sarjan Bakar Ismail, 75, menyahut cabaran itu dengan gembira.

"Ketika mendapat peluang itu hati saya teruja untuk ke sana. Ketika itu tidak ada istilah takut," katanya.

Perjalanan kumpulan tentera seramai 800 orang ke Kongo menaiki kapal bermula di Pelabuhan Klang menuju ke India, kemudian berlabuh di Mathadi iaitu sempadan Kongo.


SEBAHAGIAN pingat yang diterima Bakar Ismail sepanjang beliau berkhidmat selama 21 tahun sebagai anggota tentera.
--------------------------------------------------------------------------------

Seminggu menetap di situ, kemudian ke Kasisi dan akhirnya menaiki kereta selama lapan jam untuk tiba di Goma, Kongo.

"Di sana saya ditugaskan untuk meronda dan menjaga kawasan tersebut. Pada masa itu Perdana Menteri Kongo Patrice Lumumba diikat dan dibunuh oleh askar yang berkuasa dan pergolakan berlaku," katanya.

Selama lapan bulan berada di Kongo, beliau dapat melihat kekejaman yang dilakukan tentera Belgium terhadap masyarakat Kongo.

"Masa saya pergi itu mereka bergolak sesama sendiri, Belgium sangat berkira soal warna kulit, orang Kongo tak boleh lalu di jalan tar, bas tak boleh naik, orang putih saja, sebab itu orang Kongo sakit hati, mereka dijajah sebegitu, mereka sangat marah pada Belgium," katanya.

Melihat keadaan Kongo yang kembali bergolak, mengimbau kenangan Bakar ketika di negara itu.

"Sedih bila dengar Kongo kembali bergolak, kemudian teringat saat saya bertugas di sana, saya lihat semula gambar-gambar kenangan di sana, di mana tempat saya berkhemah dan melakukan rondaan," katanya.

Dia turut melahirkan rasa sedih kerana menerima elaun saguhati sepanjang lapan bulan di sana hanya RM500 sahaja.

Sebagai anak kampung yang membesar di Kampung Sungai Jernih, Lubuk China, Melaka, Sarjan Mustafa Jantan, 70, tidak pernah termimpi untuk ke luar negara, jauh sekali untuk menjejakkan kaki ke benua Afrika.

MUSTAFA Jantan menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai tentera pengaman PBB.
--------------------------------------------------------------------------------

Katanya, MSF telah menjalankan tugas pengamannya dengan cemerlang sehingga sangat dihormati oleh PBB, tentera pengaman dari negara lain seperti Indonesia, India dan Filipina serta penduduk tempatan.

"Fizikal askar kita yang agak kecil dan keramahan kita membuatkan kebanyakan wanita tempatan menganggap kami sebagai anak mereka sendiri dan sering menyebut 'askar Malaya anakku'.

"Ada juga yang menyangka kami adalah pelajar dan bukannya askar," katanya yang lebih dikenali sebagai Pak Mus dan kini berkhidmat sebagai pemandu teksi.

Mustafa berkata, kebolehan bertutur serba sedikit bahasa Lingala hanya setelah dua minggu berada di negara itu berjaya menyelamatkan seorang pegawai pasukannya.

"Semasa tiba di kem Kindu, pegawai saya (yang dikenali sebagai Leftenan Anwar) diacu benet di lehernya oleh seorang askar Armee Nationale Congolaise (ANC) sebaik keluar dari kereta.

"Saya terus menepis benet itu kerana saya bertanggungjawab mengiring pegawai saya itu dan berkata kepada pegawai ANC itu:
'Buat apa macam ni, aku kawan, bukan musuh.

"Selepas itu saya keluarkan rokok dan berikan kepadanya dan hisap rokok bersama untuk redakan keadaan. Kemudian kawan-kawannya juga saya berikan rokok dan kami berjabat tangan dan berdamai selepas itu," katanya.


LOW KONG MING menunjukkan gambar-gambarnya ketika berkhidmat sebagai tentera pengaman PBB.

--------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman yang hampir sama juga dikongsi oleh Sarjan Low Kong Ming, 69. Dia sering mengumpul keratan akhbar mengenai pergolakan di Kongo hingga ke hari ini.

Beliau yang pada ketika itu berumur 23 tahun dan baru mendirikan rumah tangga tidak dapat melupakan penduduk Kongo akibat pergolakan yang tidak berkesudahan itu.

"Penduduk asli Kongo hanya menggunakan tombak dan panah bagi mempertahankan diri daripada serangan peluru pemberontak.

"Anak-anak kecil juga kelaparan sehinggakan ada yang menadah tangan ketika kami (tentera) ingin membuang lebihan makanan yang tidak habis dimakan ke dalam tong sampah," katanya.

Low yang kini menjalankan perniagaan makanan berkata, tentera Malaysia perlu dihantar kembali ke negara itu sebagai pengaman PBB seperti yang dilakukan 48 tahun lalu. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Kesunyian syurga liburan


Industri pelancongan di Caribbean berdepan dengan krisis paling sukar dalam sejarahnya apabila ribuan pekerja mula diberhentikan dan pembinaan vila baru tidak diteruskan.


--------------------------------------------------------------------------------

LAUTNYA bersinar dengan air berwarna firus. Deruan ombak kecil menghempas pantai berpasir putih yang dipenuhi dengan deretan sempurna pepohon palma.

Ratusan vila-vila mewah tersusun menghadap pemandangan indah itu, tetapi tiada tetamu yang kelihatan.

Tiada juga bumbung, di sudut luar kelihatan beberapa ikatan jubin merah. Angin menghentam pintu dan kedengaran desiran surat khabar yang dilekatkan di tingkap setiap kali vila terselak.

Pemandangan kerja terhenti di resort Cap Cana, iaitu sebuah projek pembangunan yang turut melibatkan empat buah hotel mewah, tiga padang golf dan sebuah marina kapal layar mewah. Ia merupakan mangsa krisis kewangan global yang telah melanda industri pelancongan di Caribbean.

Bulan lalu Cap Cana terpaksa memecat 500 pekerjanya selepas Lehman Brothers mengisytiharkan muflis dan kegagalan mendapatkan pinjaman sejumlah RM906 juta.

Perbincangan semula minggu lalu untuk mendapatkan pinjaman jangka masa pendek berjumlah RM362 juta gagal dan dijangkakan lebih banyak kakitangan akan kehilangan kerja mereka.

"Projek kami telah menerima kesan tsunami ekonomi yang telah melumpuhkan pasaran kewangan global," kata Presiden Cap Cana, Ricardo Hazoury.

Pembinaan Resort Ritz-Carlton Molasses Reef di Caicos Barat juga lumpuh, dengan 60 pekerja Chinanya telah memberontak untuk menuntut gaji mereka.

Kira-kira 160 pekerja sudah dihantar pulang ke China dan masih tidak jelas bila kerja-kerja pembinaan hotel, marina dan kondominium yang kini siap tiga perempat itu akan disambung.

Baha Mar Resorts Ltd. telah membuang kira-kira 40 orang kakitangan di Resort Sheraton Bahamas dan 40 orang lagi di Resort Wyndham Nassau.

Kesatuan Katering Hotel dan Pekerja Bersekutu Bahamas telah mengadakan demonstrasi baru-baru ini, menuntut bantuan kerajaan.

"Saya telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama 38 tahun. Saya melihat impak Perang Teluk dan kemerosotan yang berlaku pada tahun 1980-an. Sudah tentu sekali peristiwa 11 September.

"Tetapi tidak melibatkan keadaan global, yang menjadikan situasi kewangan masa kini lebih membimbangkan
," kata Robert Sands, Timbalan Presiden Kanan Perhubungan Luar Baha Mar.



DESTINASI Cap Cana kini dilanda kesunyian ekoran kekurangan pengunjung.

--------------------------------------------------------------------------------

Di Puerto Rico, Caribe Hilton telah memecat lebih 50 orang kakitangannya bulan ini kerana peningkatan kos dan kadar tetamu hotel yang lembap. Kali terakhir hotel tersebut terpaksa membuang pekerjanya ialah selepas serangan 11 September, kata Pengurus Besar Jose Campo.

"Apa yang membimbangkan saya ialah keadaan ini akan berlanjutan," katanya.

"Kami sedang menjalankan kempen yang agresif tetapi kita tidak boleh mengubah situasi ini."

Malah, musim perayaan yang biasanya sibuk juga dijangka agak sepi.

"Masih terdapat ruang untuk musim perayaan ini dan selanjutnya. Kini biasanya merupakan masa di mana bilik-bilik hotel penuh dan mereka yang bercuti mencari sebarang tempat kosong," kata Alec Sanguinetti, Ketua Pegawai Operasi Persatuan Perhotelan dan Perlancongan Caribbean.

Para pekerja menghabiskan waktu cuti mereka mencari kerja di luar lingkaran industri pelancongan. Selebihnya telah pun dihantar pulang.

Victor Felipe Feliz, 24, menyara kehidupan beliau dan kedua anaknya dengan berhutang di kedai sejak kehilangan kerja di tapak binaan Cap Cana bulan lalu.

"Saya perlu bekerja agar dapat membeli napkin dan makanan. Sejak beberapa bulan saya tidak dapat membeli pakaian. Saya tidak mampu membeli apa-apa," keluh beliau.

Cap Cana merancang untuk memecat 1,000 pekerja lagi dalam bulan-bulan terdekat, menurut seorang pegawai syarikat itu yang enggan dikenali kerana tidak diberikan kuasa untuk memberikan maklumat tersebut.

Namun, Presiden Cap Cana, Ricardo Hazoury, berkata beliau menjangkakan projek tersebut diteruskan memandangkan syarikat tersebut mendapatkan khidmat luar terhadap perkhidmatan tertentu.

Pembangunan seluas 130 kilometer persegi itu terletak kawasan paling timur Dominican Republic, di tengah-tengah hutan. Pemajunya termasuk Deutsche Bank, Trump Organization dan Ritz Carlton Hotel Company.

Cap Cana dikendalikan seperti sebuah bandar berbanding sebuah pembangunan persendirian. Ia menghasilkan tenaga dan airnya sendiri, mempunyai ratusan buah vila dan kondominium serta sebuah sekolah.

Ada di antara vila-vila dan hotel itu didiami, tetapi kebanyakan masih lagi dalam fasa pembinaan.

"Kami pernah mempunyai bilangan pekerja yang banyak - pekerja buruh, tukang paip dan juruelektrik. Majoriti mereka telah meninggalkan tempat ini dan pulang," kata Wilkin Cuevamato yang telah dibuang kerja tetapi kemudian diambil semula di satu lagi hartanah Cap Cana.

Krisis tersebut turut memberi kesan kepada sektor penerbangan. American Airlines, syarikat penerbangan utama ke Puerto Rico, telah mengurangkan penerbangan sebanyak 44 peratus.

Sungguhpun demikian, syarikat-syarikat lain memenuhi kekosongan untuk mengurangkan jumlah kejatuhan kepada 14 peratus.


PARA pekerja menghabiskan waktu cuti mereka mencari kerja di luar lingkaran industri pelancongan.

--------------------------------------------------------------------------------

Sesetengah hotel menawarkan promosi murah saat akhir. Scott Berman, seorang penasihat pelancongan untuk Pricewaterhouse Coopers di Miami berkata keadaan selepas musim perayaan ini kelihatan suram.

"Agak adil untuk diperkatakan bahawa tahun 2009 akan menjadi tahun yang sukar," kata beliau. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Nasib malang anak luar nikah


Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my

Dilahirkan sebagai anak luar nikah, Sakina terpaksa mengharungi kehidupan yang berliku. Bagaimanakah dia dapat mengubah masa depannya?

* Nama yang tersiar dalan artikel ini adalah nama samaran tetapi berlandaskan cerita sebenar. Identiti sebenar individu terbabit adalah dirahsiakan. – PENGARANG


--------------------------------------------------------------------------------

BERAT hati yang bertanya, berat lagi hati yang menjawab. Begitulah perasaan yang bergelodak ketika mengajukan beberapa soalan penting.

Tergambar kepedihan di wajahnya kepedihan kala bertentangan mata. Enggan memulakan bicara pada mulanya, isi hati yang terbuku di hati wanita berusia 29 tahun ini sukar dikongsi dengan sesiapa, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali.

Dia hanya memperkenalkan namanya sebagai Sakina. Seperti wanita seusianya, Sakina tampil sederhana bersama bakal suami, yang dikenali sebagai Gavin di tempat pertemuan seperti yang dijanjikan.

Sakina membuka bicara dengan menunjukkan sijil kelahiran yang diperoleh hasil bantuan Gavin pada pertengahan tahun lalu.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiranya. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.


--------------------------------------------------------------------------------

Kata Sakina, dia sendiri tidak mengesyaki apa-apa sehingga keluarga angkatnya secara tidak sengaja membuka rahsia. Semuanya disebabkan oleh desakan hidup.

"Bapa angkat saya kerap minum arak dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia mempunyai sembilan orang anak lain dan apabila semuanya masuk sekolah, wang menjadi isu."

"Lalu perangai sebenarnya terserlah. Bergaduh dengan ibu dan marah tak tentu pasal. Satu hari terpacul dari mulutnya bahawa saya bukan anak kandungnya," kata Sakina yang ketika itu berusia 15 tahun.

Memandangkan kos sara hidup keluarga yang kian meningkat, bapa angkatnya menghalaunya keluar dari rumah dan terpaksa mencari jalan untuk menyara hidup sendiri.

Tanpa mengetahui sama ada ibu bapa kandungnya pernah kahwin atau tidak, dia hanya diberitahu oleh neneknya bahawa ibunya meninggal dunia akibat sakit mental, manakala bapanya tidak dapat dikesan.

Sakina terus tinggal dengan nenek tua itu sehingga dewasa. Memandangkan dia tidak pernah ke sekolah, Sakina menjalani kehidupannya tanpa mendapatkan pertolongan sesiapa. Kekangan hidup menyebabkan Sakina tidak ke sekolah dan akhirnya menjadi buta huruf.


--------------------------------------------------------------------------------

"Sudah berpuluh-puluh kali saya naik turun kilang untuk diterima bekerja sebagai pekerja kilang. Tak seorang pun mahu mengambil saya bekerja kerana saya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya yang ketiadaan sijil kelahiran dan kad pengenalan diri.

Akibat tertekan Sakina berkali-kali cuba bertindak membunuh diri. Mujur, niatnya itu terbatal setelah Gavin memberi harapan. Berpacaran sejak tiga tahun yang lalu, jejaka ini menerima Sakina seadanya.

Gavin banyak membantu Sakina mendapatkan sijil kelahiran dengan membawa ibu dan bapa angkat untuk mengangkat sumpah di mahkamah.

"Jika diteliti kes sebegini, yang harus dipersalahkan ialah ibu bapa kandungnya. Anak yang tidak bersalah terpaksa mengharungi detik-detik hidup yang perit," ujar Presiden Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Mira Samantha ketika diminta mengulas mengenai kes seumpama ini.

"Jangan persalahkan mereka sekiranya mereka menyembunyikan identiti masing-masing. Itu hak mereka. Cerminlah diri kita sendiri yang meminggirkan mereka atas alasan dan sebab yang tidak munasabah. Haruskah mereka menanggung aib?" tegas Mira.

Mira mengingatkan umum bahawa mereka adalah manusia biasa seperti orang lain. "Dia bukannya berpenyakit! "Biar dia hidup. Biar dia mencapai cita-citanya. Biar dia membuat pilihan sendiri."

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf.

Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257, 000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai yang lalu.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

Melihat kegentingan situasi yang dihadapi, banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan tampil menguar-uarkan bantuan yang disediakan. Saravanan M. Sinapan, Pengarah Pembangunan Komuniti, Era Konsumer Malaysia (ERA), menerima sekurang-kurangnya 20 masalah berkaitan dengan pemerolehan sijil kelahiran dan enam daripadanya melibatkan anak luar nikah.

"Banyak faktor yang mempengaruhi 'wabak penyakit' ini. Cuma jika tidak dibendung, ia boleh merebak dengan cepat," katanya yang secara peribadi menganggap terma 'anak luar nikah' agak kasar.

Baru-baru ini, kes Sakina yang dibawa ke perhatiannya, ditangani. Sakina mendapatkan kad pengenalan hijau yang tertera pemastautin sementara.

"Buat masa ini, dia ada dokumen. Kita akan cuba untuk menukarkan statusnya kepada warganegara tetap ia mengambil masa. Kita perlu kerjasama saksi yang dapat mengangkat sumpah bahawa dia anak kepada siapa," jelas Saravanan.



SAKINA menaruh harapan masa depannya akan berubah selepas berkahwin dengan Gavin.

--------------------------------------------------------------------------------

Dengan adanya kad pengenalan itu, Sakina berharap dia diberi peluang untuk bekerja dan menjalani kehidupan normal.

"Sekarang, saya boleh menulis dan membaca bahasa Tamil dan dengan kemahiran menjahit, saya mahu menggalas sebahagian beban kebajikan Siva terhadap saya dan keluarganya," katanya menutup bicara.

Negeri Sembilan paling ramai sakit mental

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


SEREMBAN - Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ismail Taib berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 2006 lalu yang mendapati seramai 15.33 peratus penduduk negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas dikesan menghidap diabetes, diikuti masalah kesihatan mental (21.1 peratus) dan obesiti (18.6 peratus).

"Peratus bagi tiga penyakit itu meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan pertama berbanding negeri lain seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Awaluddin Said (BN-Kota) mengenai status kesihatan rakyat negeri ini pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Beliau yang juga ADUN BN Linggi memberitahu, masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja seramai 31.2 peratus dan berada pada kedudukan kedua seluruh negara.

Ujarnya, masalah berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak pula pada kedudukan ketiga tertinggi berbanding negeri lain.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

'Kami sedia beri kerjasama'

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kalangan pengusaha dan pengamal yoga di negara ini mengalu-alukan perbincangan dengan pihak berkuasa bagi memastikan tidak timbul tanggapan negatif terhadap senaman yoga.

Ia berikutan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Personaliti dan jurulatih yoga, Ninie Ahmad, 26, berkata, perbincangan dengan pihak berkuasa agama penting memandangkan kebanyakan pengusaha dan jurulatih yoga di negara ini hanya mengamalkan yoga berasaskan senaman tanpa melibatkan sebarang unsur mentera atau pemujaan.

"Yoga hari ini telah mengalami transformasi yang berkait rapat dengan unsur saintifik dan sains perubatan, ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan agama atau bangsa seseorang berbanding ketika ia diasaskan lebih 5,000 tahun dahulu.

"Tidak hairanlah kini ia diminati pelbagai kaum di negara ini, malah kini ramai tenaga pengajarnya yang terdiri daripada orang Islam, malah golongan profesional, selebriti dan VVIP juga semakin menggemari senaman ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tambah Ninie, selain itu, pihak berkuasa boleh mewujudkan satu garis panduan kepada pengusaha dan jurulatih yoga bagi memastikan senaman ini tidak bercanggah dan bertentangan dengan Islam.

Bagi pengusaha Maya Yoga Studio, Datin Suleiha Merican, 56, beliau tidak bersedia bertukar kepada perniagaan lain memandangkan perniagaan itu merupakan mata pencariannya sekeluarga.

"Saya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, mereka boleh datang dan melihat sendiri kelas yoga yang saya adakan di premis di Damansara Perdana sama ada ia bercanggah dengan Islam atau pun tidak.

"Lagi pun saya sudah lama berkecimpung dalam yoga iaitu sejak berumur empat tahun, ahli keluarga saya juga turut mengamalkan yoga, namun sehingga kini saya yakin akidah saya tetap sama dan tidak pernah berubah kerana ia dilihat sebagai alternatif dalam penjagaan kesihatan semata-mata,"
katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm

Adik pelakon jadi ejen - Mangsa

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! Ahad 23 November.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Nampaknya bukan golongan artis dan VIP sahaja yang terjerat dan diperdaya oleh ejen pelaburan yang menggunakan nama sebuah syarikat rokok antarabangsa malah golongan kebanyakan juga terpedaya.

Malah ada antara mangsa mendakwa pelaburan mereka dibuat melalui adik seorang pelakon.

Seorang mangsa, Zalina Hilaluddin berkata, dia dan keluarganya kerugian melebihi RM100,000 dan sehingga kini tidak mendapat keuntungan dari pelaburan itu.

"Kisah kami lebih kurang sama dengan penyanyi Amy dan rakan-rakannya namun saya tidak pasti sama ada kami ditipu oleh ejen yang sama atau pun tidak," dakwanya melalui e-mel yang dihantar ke Kosmo! semalam.

Menurut Zalina, rakannya itu memberitahu dia merupakan orang tengah kepada rakannya yang bekerja di syarikat rokok tersebut dan mereka akan melabur di bawah lot saham pekerja.

"Saya menyertai saham tersebut tanpa ada dokumen hitam putih sejak Februari 2006 tanpa sebarang masalah malah saya dijanjikan keuntungan 50 peratus setiap dua bulan dari jumlah yang dilaburkan.

"Tetapi sehingga April 2008, adik artis tersebut masih bertanyakan sama ada mahu mengeluarkan keuntungan saham atau menambah pelaburan.

"Tapi sejak bulan Jun dia seakan mendiamkan diri. Panggilan telefon bimbit tidak dijawab, mesej tidak balas dan akhir sekali saya hubungi pejabatnya dan saya dapat bercakap dengannya,"
katanya lagi.

Bagaimanapun, adik artis tersebut memberitahu saham tersebut sudah tidak aktif sejak Julai dan Ogos lalu dan katanya pembayaran ambil masa kerana duit dalam akaun syarikat itu tidak boleh dikeluarkan.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan beberapa orang artis tempatan mengadu kerugian apabila jutaan ringgit yang dilaburkan melalui seorang ejen wanita membabitkan syarikat rokok terkemuka lesap begitu sahaja.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Isteri hilang lepas sebulan kahwin


Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo.com.my




KENG YAK menunjukkan gambar isterinya pada sidang akhbar anjuran Biro Pengaduan Awam MCA negeri di Melaka semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

MELAKA - Baru sebulan berkahwin namun isteri yang dikenali melalui agensi mencari jodoh sudah menghilangkan diri.

Itulah nasib yang menimpa seorang tukang masak, Lok Keng Yak, 27, apabila isterinya, Ngu Yen Thien My Lien, 19, seorang warga Vietnam yang dikahwininya pada 8 Oktober menghilangkan diri sejak 12 November lalu.

Menurut Keng Yak, beliau mengenali isterinya itu melalui agensi mencari jodoh di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

"Setelah beberapa kali bertemu, saya akhirnya mengambil keputusan untuk mengahwini My Lien," katanya pada sidang akhbar anjuran Biro Pengaduan Awam MCA negeri di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Biro Pengaduan Awam Kebangsaan, Wong Nai Chee.

Keng Yak yang enggan menyatakan jumlah yang telah dibayar kepada agensi tersebut memberitahu, perkahwinannya dengan My Lien turut dihadiri bapa isterinya yang menetap di Vietnam.

Dia yang bekerja di salah sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor pulang ke rumahnya di Kuala Sungai Baru, Melaka seminggu sekali berkata, pelbagai usaha telah dilakukannya untuk mengesan My Lien termasuk menghubungi keluarga isterinya di Vietnam namun tidak berhasil.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

'Dia bukan sengaja nak tembak'

Oleh ATIKAH DALI
berita@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

GOMBAK - 'Dia bukan sengaja dan saya maafkan dia'.

Demikian luahan seorang ibu yang cedera di rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan tersasar yang dilepaskan anaknya di rumah mereka di Country Homes, Rawang kelmarin.

Noriza Abdul Rahman, 45, berkata, sebelum kejadian pukul 7 malam itu, anak lelakinya yang berusia 15 tahun dikatakan berselisih faham dengan suaminya.

"Melihat keadaan yang semakin tegang, saya cuba memujuk kedua-duanya dengan menyuruh suami saya mengalihkan kereta di luar rumah sebagai alasan.

"Selepas kedua-duanya beredar, saya kemudian keluar ke halaman untuk melihat suami saya mengalihkan kereta,''
katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh semalam.

Menurut Noriza, sangkaannya bahawa perselisihan faham antara dua beranak itu berakhir rupa-rupanya meleset apabila anak sulungnya itu bertindak masuk ke dalam bilik dan mengambil pistol jenis Glock.

Difahamkan, remaja terbabit bertindak memecahkan almari untuk mengambil pistol milik bapanya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sebelum melepaskan tembakan, remaja yang baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu dipercayai sekali lagi berselisih faham dengan bapanya ketika berada di halaman rumah tersebut.

"Saya ingat dia hanya mahu menakutkan saya dan tak sangka dia (anak) akan berbuat demikian (lepas tembakan).

"Saya tahu dia (anak) tidak berniat untuk bertindak demikian dan saya memang sudah memaafkannya sejak kejadian itu lagi," katanya yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Jelas wanita itu lagi, sebaik tembakan yang dilepaskan dari arah belakang terkena pada rusuk kanannya, remaja itu menjerit meminta pertolongan jiran.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

'Ikan rakyat biasa' mahal


Oleh WARTAWAN Kosmo!
berita@kosmo.com.my



IKAN kembung yang dijual RM9 sekilogram di Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Sudahlah kalangan peniaga begitu liat menururnkan harga barangan walaupun harga minyak telah lima kali turun, perangai yang sama juga 'dicontohi' peniaga ikan.

Malah tinjauan Kosmo! mendapati harga ikan-ikan tertentu terutama yang membabitkan 'ikan-ikan yang dimakan rakyat biasa'seperti cencaru, selar dan kembung melambung harganya.

Jika dahulu alasan yang diberikan kerana harga minyak naik, namun kini mereka mencari alasan lain pula termasuk faktor bulan mengambang menyebabkan tangkapan berkurangan.

Bukan mahu menakutkan mana-mana pihak, namun itu realitinya. Tinjauan di beberapa pasar utama di seluruh negara mendapati rata-rata ikan mengalami kenaikan harga dan sesetengahnya sehingga 50 peratus.

Malah jangan harap pelanggan akan membeli ikan kembung berharga RM6 sekilogram seperti yang dapat dinikmati setahun lalu sebaliknya kini telah melambung sehingga RM12 sekilogram.

Peniaga ikan menuding jari kepada pemborong kerana didakwa meletakkan harga yang tinggi manakala pemborong pula menyalahkan pembekal.

Pembekal pula menyalahkan nelayan dan nelayan mendakwa faktor bulan mengambang punca bekalan semakin susut sejak kebelakangan ini.

Apa pun, kenaikan harga ikan ini didakwa terburuk berlaku sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan akibatnya permintaan terhadapnya semakin menurun mendadak termasuk di kalangan peniaga kedai makan.


--------------------------------------------------------------------------------

Di Lembah Klang, tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur mendapati, rata-rata peniaga mendakwa keengganan pemborong menurunkan harga menjadi punca dan mereka sendiri hairan dengan apa yang berlaku.

Antara jenis ikan yang menunjukkan kenaikan mendadak ialah seperti kembung, tenggiri dan kerisi sehingga memaksa peniaga menjualnya dalam kuantiti sedikit bagi mengelak kerugian.

Di Pasar Borong Selangor dekat Seri Kembangan pula, harga ikan didapati mula naik melambung sehingga 50 peratus sejak minggu lepas dan ia diakui sendiri oleh para peniaga.

Rata-rata peniaga mendakwa, kenaikan harga ikan tidak dapat dielakkan terutama bagi ikan kecil yang dahulu dijual rendah seperti selayang, selar dan cencaru.

Di Kuantan pula, harga ikan di negeri ini juga naik mendadak sehingga 20 peratus lebih tinggi bermula kelmarin berikutan kesan musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur.

Antara jenis ikan yang mengalami peningkatan harga termasuklah kerisi, kembung, cencaru, selar, gelama, selayang dan tenggiri.

Rata-rata peniaga ditemui mendakwa, kenaikan harga tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan harga bahan api.

Malah tindakan peniaga yang terus memborong ikan dari negeri di Pantai Timur juga tidak dapat keuntungan besar kerana jumlah tangkapan yang semakin menurun dan dikaitkan dengan bulan mengambang dan air naik.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Malaysian PM wades into yoga row


Agence France-Presse - 11/26/2008 10:38 AM GMT

Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi on Wednesday waded into a row over a ban on yoga for Muslims, saying they could practise the exercise as long as it had no spiritual elements.

Malaysia's highest Islamic body, the National Fatwa Council, on Saturday banned yoga for Muslims, saying it could erode their faith.

But the decision triggered uproar from moderate Muslims, and from royal state rulers who are considered the guardians of Islam in the country and are demanding that they consider the issue before it is banned.

"I wish to state that a physical regime with no elements of worship can continue, meaning, it is not banned. I believe that Muslims are not easily swayed into polytheism," Abdullah told state media.

Abdullah said Muslims who performed yoga exercise without chanting Hindu mantras could carry on with their activity as it was good for their health.

"What I understand from the decision of the National Fatwa Council is that it was aimed at explaining to Muslims the implications of yoga practice," he said.

He also said that the "fatwa" or religious edit banning yoga would only be implemented if it received consent from a council of state rulers.

Once a state gazettes the fatwa, it will become part of the law.

Malaysia's population is dominated by Muslim Malays, and the ethnic Chinese and Indian minorities are becoming concerned over rising "Islamisation" of the multicultural country.

http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1804729

hujah pengharaman yoga

Dilulus terbit pada Wednesday, November 26 @ 17:00:00 MYT oleh TokBatin


Oleh sapphire

"K
epada semua pembaca yang selalu komen dan tak faham berkaitan kenapa yoga diharamkan boleh lihat artikel yang panjang di bawah ni yang dirujuk oleh para mufti sebelum membuat keputusan. Bukan senang2 majlis fatwa nak hukumkan yoga tu haram.

Cuma ayat al-Quran dan teks hadis dan arab tidak dapat disertakan kerana halaman ni x boleh nak baca tulisan dalam huruf arab

HUJAH PENGHARAMAN YOGA

Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah

Bah. Penyelidikan JAKIM



PENDAHULUAN

Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam

masyarakat di negara ini bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman

yoga menurut pengamalnya didakwa boleh menghilangkan tekanan fikiran dan

perasaan di samping menyihat dan mencantikkan tubuh badan.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak tampil ke hadapan untuk

mempersembahkan teknik-teknik beserta faedah senaman yoga. Sambutan

yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat Islam

menyebabkan bisnes berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas.

Iklan-iklan berkenaan yoga memenuhi laman-laman web, kedai-kedai buku,

artikel-artikel di dalam majalah serta penubuhan pusat-pusat latihan yang

mengendalikan senaman yoga.

Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara

seperti Jiva Yoga, Ancient Yoga Consulting (AYC), Yoga House, TallTree Yoga,

Isha Foundation, Surya Yoga Malaysia, Persatuan Yoga Malaysia, Sahaja Yoga

Malaysia
dan lain-lain.
Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga

terdiri di kalangan bukan Islam namun terdapat juga segelintir di kalangan umat

Islam
turut terlibat dalam pengajaran yoga.

Dalam kepelbagaian teknik yoga yang dipersembahkan kepada orang ramai,

terdapat juga sesetengah yoga yang mempunyai unsur-unsur penyelewengan

aqidah yang jelas.
Contohnya, kaedah yang dibawa oleh Sahaja Yoga Malaysia

adalah jelas boleh membawa kepada syirik dan pluralisme agama. Menurut

ajaran pengasas yoga ini, iaitu Shri Mataji Nirmala Devi, Sahaja Yoga mampu

menyatukan inti kepada semua agama. Dalam upacara yoga yang dilaksanakan

pula, pelajar diminta supaya menatap gambar wajahnya, serta menyebut dengan

sepenuh hati, “Ibu (gelaran bagi beliau), berikanlah aku kesedaran diri (selfrealisation)”.


Pertubuhan ini dilihat telah berjaya mengembangkan pusat-pusat

latihannya hampir ke seluruh negara.


Sesetengah yoga yang lain pula seperti yang dibawa oleh Talltree Yoga

mendakwa yoga ialah penyatuan tenaga tersendiri dengan tenaga yang berada

di luar iaitu tenaga alam sekitar. Bermakna yoga ialah koleksi teknik dan amalan

kerohanian bertujuan untuk menyepadukan pemikiran, badan, jiwa, emosi dan

kepercayaan.

Fenomena yoga yang dikatakan mampu mengambil alih tempat agama bagi

mengisi kekosongan jiwa dan rohani manusia ini telah melahirkan kebimbangan

kepada umat beragama. Sebagai contoh, pada tahun 2004, pemimpin Gereja

Roman Katolik telah memberi amaran kepada penganut agama Kristian supaya

2

berhati-hati terhadap senaman yoga yang dikatakan boleh mengikis amalan


ibadat menurut agama Kristian. BBC News melaporkan kenyataan berikut:-

“The Roman Catholic Church has warned Christians against resorting to New
Age therapies to satisfy their spiritual needs. Publishing the results of a six-year

study of practices such as yoga, feng shui and shamanism, the Vatican said that

whatever the individual merits of such therapies, none provided a true answer to

the human thirst for happiness. New Age is a misleading answer to the oldest

hopes of man, Cardinal Paul Poupard”1.



HAKIKAT YOGA

Definisi Yoga

Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna2 . Ia berasal
daripada bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung ataumenyatu3.

Yoga dari segi istilah ialah “union; kesatuan; ‘sambungan atau ‘kuk’roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan dengan roh Ilahi4.

Sumber Ilmu Yoga

Pengajaran Yoga terdapat di dalam kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’.

Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan", dan Bhagavat merupakan

gelaran Krishna. Dalam konteks Bhagavad Gita, perkataan Yoga’ memerihalkan

satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta

keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman),

dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman).

Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan

intelek daripada kerumitan masing-masing
, dan untuk menumpukan kedua-dua

ini kepada kemuliaan diri melalui penujuan tindakan kepada Tuhan. Tujuan ini

dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan, pengabdian, dan

pengetahuan. Gita memerihalkan bahawa Yogi yang terbaik ialah yogi yang

sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan.
Krishna meringkaskan Yoga dalam

lapan belas bab. Terdapat empat jenis Yoga iaitu Raja Yoga atau Tafakur

Psikofizikal , Bhakti Yoga atau Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan

TanpaMementingkan Diri dan Jnana Yoga atau Pengetahuan Mengatasi Diri.

Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu

untuk menyedari bahawa: Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran

tunggal, badan mempunyai batas waktu dan Tuhan Yang Maha Agung

(Paramatman) adalah tidak terhad.



Matlamat tertinggi yoga

Matlamat Yoga ialah untuk mencapai nirvana atau moksha iaitu pelepasan diri

daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan

kebenaran muktamad.
Terdapat tiga peringkat dalam kesedaran diri yang

diberikan dalam Bhagavad Gita iaitu
; Brahman: tenaga sejagat yang tidak

bersifat peribadi, Paramatman: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan,

Bhagavan: Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental5.



Falsafah yoga menurut agama bukan Islam

Falsafah yoga hampir diterima oleh semua agama, namun Islam tidak pernah

menerima falsafah yoga memandangkan Islam merupakan agama yang amat

mementingkan eksklusivisme iaitu perbezaan yang mendasar dalam soal-soal

yang berkaitan ketuhanan.




Antaranya contoh penerimaan agama lain terhadap yoga ialah seperti berikut:-

a) Yoga Hindu: Mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Tuhan semasa

Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia

ini.6 Selepas matinya seseorang itu dia akan hidup semula ke dalam jasad

lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak

bersatu dengan Tuhan - Brahma). Jalan keluar daripada dukkha dan

samsara yang berterusan ini hendaklah belajar cara-cara mengamalkanYoga


yang betul7.

b) Yoga Buddha: Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat

Kegemilangan Rohaniah ( Enlightened ). Hasil daripada terlepas dirinya

daripada kenyataan hidup di dunia ini yang tidak lain daripada dukkha dan

samsara.

c) Yoga Yahudi: Yahudi juga menerima Yoga. Mereka menggunakan cara

yang sama seperti lahihan bernafas, membaca mantra dan melakukan

kedudukan badan yang berbagai digelar Asana demi hendak mencapaisejenis


keadaan kesedaran ( consciousness)8.

d) Yoga Kristian: Matlamat Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”,

bererti Yoga sesuai dengan Kristian. Yoga Kristian mengatakan bahawa kita

bersatu dengan Allah selepas mati. Manakala Yoga Hindu mengatakan bahawa


kita boleh bersatu dengan Allah semasa Roh masih ada dalambadan, semasa

seseorang itu masih hidup di dunia ini9.



Aspek fizikal yoga

Aspek fizikal di dalam amalan yoga digelar Asana Yoga. Enam contoh senaman

asana ialah seperti berikut:-


a) Padmasana Seorang duduk bersela di atas lantai. Kaki kanan di atas peha

kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan di atas lutut kanan dan

tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Inilah di

antara yang dilihat di layar putih TV tempatan. Erti Padmasana kedudukan

teratai. Di kalangan Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan,

kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada

anggota kemaluan perempuan10 . Padmasana merupakan imbangan yang

sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.

b) Yuga-Mudra simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya:

Bersilasama seperti seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam,

kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu

dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah

tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang

boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan


perlahanlahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan

nafas.Yoga- Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.

c)Matsyasana- kedudukan ikan. Duduk sama seperti Padmasana juga.

Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah

kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan

tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafaslah seperti biasa dan jangan ada

paksaan11.


d) Padmasana cara Gheranda Saniluta: Duduk bersila sama seperti Padmasana;

kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang

itu dengan kuat ( jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri

dengan tangan kiri); tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu serta

tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung’12.

e) Vajraana: menyerupai duduk tasyahhud dalan solat Islam, punggung duduk

diatas tumit dan peha di atas labu betis 13.

f) Garudasana – Garuda nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia

tunggangan Tuhan Vishnu bila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri

biasanya digambarkan dengan bunga teratai.14 Cara melakukan Garudasana

hendaklah berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas

lantai. Sekarang angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan.

Belakang betis kiri dan kaki mebelit betis kanan “seperti akar membelit

pohon”. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit

lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak

di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti.15



Lima jenis senaman yoga yang lain ialah seperti berikut:-

a) Hatha Yoga, Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan. Dengan pengertian

menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Hatha Yoga inisemata-mata

mengenai badan fizikal kita. Ini bererti Hatha Yoga bermaksud menguasi pemikiran kita melalui

cara pernafasan tertentu. Menyedut nafas ke paru-paru digelar puraka; menahan nafas dalam

paru-paru digelar kumbhaka dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru digelar rerchaka.

Cara menamalkannya: Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik

nafas perlahan-lahan (puruka); ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan

tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan sedutan

dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti yang dilakukan sebelumnya.

Pranayama tertentu (pernafasan tertentu):Tutup lubang hidung kanan dengan

ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan; tutup lubang hidung kiri dengan jari

tengah dan jari manis; lakukanlah kumbhaka (simpan nafas dalam paru-paru);

hembuskan nafas perlahan-lahan; tarik nafas semula; tutup dengan ibu jari;

lakukan kumbhaka; jatuhkan jari; hembus nafas perlahlan-lahan. Amalan inibertujuan

menguasai pernafasan digelara pranayama Hatha Yoga. Ini diperingkat permulaan, boleh

diulangi amalan seperti ini berberapa kali sesuka hati.Amalan seperti ini ada bahayanya kecuali

jika dilakukan dengan cara sederhana yang ketat. Ada aliran lain yang seakan dengan Hatha

Yoga digelar chakra ( pusat )16. Hatha Yoga ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan

kesihatan sebagai sokongan kepada Asana Yoga yang mempunyai tujuan yang sama. Selepas

Hatha Yoga diikuti dengan Karma Yoga17.

b) Karma Yoga ialah Yoga sebab musabbab. Karma Yoga melatih hidup tidak

mementingkan diri, berkhidmat untuk umat manusia, kepada masyarakat dan

negara di mana anda berada. Dari Karma Yoga kita mempelajari bagaimanakah cara kita

melawan sifat tama’ dan mementingkan diri sendiri. Kita tuai atau petik buah daripada pokok

yang kita tanam. Karma Yoga adalah latihan penyucian diri. Melalui meditasi mengangkatkan

darjat kita ke darjat tertinggi. Hasil daripada latihan ini hati kita menjadi lembut yang

melayakkan kita kepada mengamalkan Bhakti Yoga18.

c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi. Dengan ini terbukalah

akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat

kepada Tuhan. Karma dan Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga,

kemahuan dan kekuatan Mental. Dari sinilah Raja Yoga menarik kita ke jalanmenguasai daya

fikiran, melalui proses mengira muhasabah diri menaikan darjat kita ke darjat Kuasaan

Rohaniyah (Psychic Powers). Bhakti Yoga ialah Yoga Devotion (Ibadat) atau Yoga Kecintaan

kepada Tuhan dengan menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, Yoga seorang

Faqir, atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah namanya Bhakti19. Bhakti Yoga

ialah hubongan Yogin dengan Allah melaui cinta, ta’at dan menyerah diri ( Bhakti )20.

d) Jnana Yoga Bila sampai ke tahap ini, kita sudah layak memeriksa diri

dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap apakah

Hikmat Manusia Ada Di Dunia ini, Kesatuan segala-gala ( Unity of Allah Things; Wahdat al-

Wujud atau Allah ialah segala-gala ), serta lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia di

mana kita berada, bagaimanakah evolusi manusia sehingga boleh sampai ke tahap di mana

sekarang kita berada dan pola kehidupan manusia mengikut arus masa mendatang. Kajian

seperti ini digelar Jnana Yoga, Yoga Pengetahuan21.

e) Raja Yoga membawa kita kepada Mutlaq ( Absolute, Tuhan, God, Allah,

Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation.


Raja Yoga atau Yoga Diraja, laluan pencapaian. Manakala Yoga-yoga yang lain itu hanyalah

persediaan belaka. Dicantumkan semuanya itu menjadi laluan hingga ke matlamat pencapaian

Yoga Diraja ini. Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras dengan meditasi, jasad mesti ikut fikiran

dan bukan sebaliknya. Raja Yoga membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada

mengalami pencapaian Samadhi ( bersatu ) tertinggi boleh bersatu dengan Mutlaq(Allah)22.


Kaitan senaman yoga dengan agama Hindu boleh disimpulkan seperti berikut: -

a) Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga terataiterapung di atas air kolam yang tenang.

Bunga Teratai di kalangan Hindu adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri.

Bunga teratai selalunya digambarkan dengan Tuhan Vishnu.

b) Garudasana senaman garuda.

Nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.

c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi

dengan ini terbukalah akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita

beribadat kepada Tuhan.

d) Jnana Yoga, (Yoga Ma’rifat) Jnana Yoga

bertukar daripada perkara zahir dunia kepada batin yang ada dalam diri kita.

e) Raja Yoga atau Yoga Diraja,

membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami pencapaian Samadhi

(bersatu) tertinggi boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah).


Kesimpulan kaitan senaman yoga dengan Hinduisme

Yoga bukan senaman badan asana semata-mata. Senaman Yoga tidak lengkaptanpa meditasi yang melibatkan fikiran. Meditasi (tumpuan fikiran semata􀙛 ke alam rohaniah) bermatlamatkan bersatu dengan Roh Alam (Tuhan), seperti tersebut di atas.

Terdapat banyak risalah yang menerangkan bagaimanakah cara-cara mengamal dan melakukan Asana Yoga. Semuanya ini dengan tujuan dapat bersatu denganroh alam. Di antaranya sebelum melakukan Asana Yoga, tiga perkara perlu dipatuhi iaitu:-

a) melakukan dan menguasai cara-cara bernafas (bukan lagi seperti cara bernafas biasa sehari-hari.

b) berdoa, temasuk menyebut kalimah suci OM atau AUM dan

c) bermeditasi. (Semua tiga perkara a, b dan c ini dengan cara agama Hindu).

Cara meditasi utama di kala hendak mengamalkan yoga ialah kosentrasi pada satu

titik.
Ini mungkin merupakan perkara fizikal, seperti titik cahaya di dinding, atau

memusatkan perhatian mata kepada batang hidung sendiri, atau boleh jadi satu

buah fikiran, atau Kewujudan Tuhan sendiri. Semua fikiran-fikiran yang bertaburan

dan perhatian yang berselerak jadi tersusun rapi ditujukan kepada maha satu.

Tujuannya ialah supaya boleh dikuasai, boleh dihapuskan atau, semua fikiran-fikiran

yang bercelaru, sama ada datangnya daripada pancaindera atau kesedaran batin

diikat-sekat dengan melakukan konsentrasi. Pengamal yoga sebenar mengamalkan

konsentrasi ini ke atas satu titik pada bila-bila masa, dan terhapuslah kecelaruan fikiran.


Melalui disiplin ini sebenarnya seorang yogi (pengamal yoga) bermujahadah hendak

membebaskan fikiran daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai

samadhi – bersatu dengan tuhan Brahma – lalu menjadi satu.23 ‘Brahman (Allah)

ialah segala-gala dan Atman (zat maha batin setiap individu) ialah Brahman’; diri

alam semesta maha tinggi dengan Tuhan”.24



DALIL DAN HUJAH

Kewajipan umat Islam memelihara aqidah daripada segi niat, perkataan dan

perbuatan

Dalil :



“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, janganlah kamu

membatalkan amalan-amalan kamu”.
(Surah Muhammad: 33)


Hujah :

Ayat ini memerintahkan supaya umat Islam tidak mempersia-siakan segala

amalan kebaikannya dengan sengaja membiarkan diri terjebak ke dalam

perbuatan syirik. Menurut Imam al-Razi, perkara yang membatalkan amalan di

sini ialah melakukan kesyirikan. Ia berdasarkan firman Allah: “Sekiranya kamu

melakukan syirik, maka gugurlah amalan kamu”
(Surah al-Zumat: 65) 25 .

Melakukan senaman yoga tanpa sebarang kefahaman mendalam tentang aqidah

Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada syirik kerana yoga mempunyai matlamat penyatuan

diri manusia dengan tuhan. “Wahai orang beriman, masuklah ke dalam Islam

keseluruhannya, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,

sesungguhnya dia bagi kamu ialah musuh yang nyata”.(Surah al-Baqarah: 208)


Hujah :

Menurut Dr. Sayyid Tantawi maksud mengikuti langkah-langkah syaitan di dalam

ayat ini iaitu :

“Satu amaran bahawa syaitan banyak mendorong manusia melakukan kejahatan

selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat sehingga menjadikan

(manusia) itu jinak lalu menyerangnya tanpa sebarang keraguan lagi, demikian

itu berlaku bagi sesiapa yang diirnya telah dipengaruhi oleh syaitan lalu

dilalaikan oleh Allah SWT. Orang berakal ialah yang menjauhkan diri daripada

setiap godaan dan bisikan syaitan. Sesungguhnya dosa yang kecil boleh menjadi

besar dan sesiapa yang duduk berdekatan kawasan larangan dikhuatiri akan

terjatuh ke dalamnya”
26 . Oleh itu, meninggalkan pengamalan yoga itu lebih

selamat kerana ditakuti pengamalan yoga boleh membawa kepada ikutan

terhadap ajaran Hinduisme yang sama sekali bercanggah dengan aqidah.



Perintah supaya umat Islam istibra’ (berlepas diri) daripada peribadatan agama lain

Dalil :

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku

tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu

menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara

kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi

kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Hujah :

Menurut Imam Ibn Kathir surah ini merupakan surah al-bara’ah (pelepasan diri)

daripada amalan yang diamalkan oleh orang musyrikin. Ayat tiga yang

bermaksud “Dan tidaklah aku menyembah apa yang kamu sembah” bermakna

aku tidak beribadat dengan ibadat kamu iaitu tidak mengambil jalan itu dan

mengikutinya, sebaliknya aku menyembah Allah s.w.t. berdasarkan cara yang

disuruh dan diredhainya. Manakala ayat empat yang bermaksud “Dan tidaklahkamu

menyembah apa yang aku sembah” bermakna kamu tidak mengikut

perintah-perintah Allah s.w.t. dan syariat-Nya dalam beribadat bahkan kamu

telah mereka-reka sesuatu daripada diri kamu sendiri.

Ianya bersamaan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 41:



Bermaksud: “Dan sekiranya mereka membohongi kamu maka katakanlah bagiku

amalanku dan bagi kamu amalan kamu, (ibadat) kamu tidak berkaitan dengan

amal (ibadat) ku dan aku berlepas diri dengan segala (ibadat) yang kamu

kerjakan.”

Begitu juga dengan ayat 15 surah al-Syura:

Yang bermaksud: “Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat)

kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu. 27Oleh kerana
yoga berasal daripada unsur-unsur peribadatan di dalam agama Hindu, maka

amat wajar umat Islam untuk berlepas diri (istibra’) daripada amalan ini bagi

memastikan keimanan mereka benar-benar terjamin di sisi Allah SWT.


Larangan menyerupai perbuatan ibadah agama lain

Dalil :



Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai

(bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka.

(Riwayat Abu Daud, no. 3512)

Hujah :

Menurut Ibn Taimiyah hadith ini dengan jelas menyebut tentang larangan

menyerupai orang kafir dalam hal berkaitan syiar agama mereka. Sedangkan

yoga adalah termasuk daripada sebahagian syiar ibadat agama Hindu. Beliau

menukilkan pandangan seperti berikut:-

“Imam Ahmad dan selainnya telah berhujah dengan hadith ini, dan hadith ini

ialah serendah-rendah keadaan yang mengandungi pengharaman menyerupai

mereka (kuffar) sebagaimana firman Allah “sesiapa yang mengambil mereka

sebagai pemimpin maka orang itu termasuk golongan mereka” ianya sama

dengan pandangan Abdullah ibn ‘Amru: sesiapa yang menetap di bumi orang

musyrikin, melakukan perayaan Nairuz dan pesta mereka lalu menyerupai

mereka sehingga mati, ia dibangkitkan bersama mereka pada hari Qiyamah. Ini

boleh difahami dengan maksud penyerupaan secara mutlak, maka ia membawa

kekufuran. Namun ia juga bermaksud pengharaman terhadap penyerupaan

sebahagian yang demikian. Boleh jadi juga ia mengandung makna ia

(penyerupa) serupa dengan mereka pada kadar yang menyamai sahaja.

Sekiranya kekufuran atau kemaksiatan atau syiar (agama) yang ditirunya maka

hukumnya adalah sama”28.



Menyekat jalan-jalan kerosakan / kebinasaan (sad al-zara’i‘)

Menggunakan Kaedah Usul Fiqh: Sadd al-Zara’i’ ($% &! ')

Ia adalah perkara-perkara yang pada zahirnya harus tetapi dibawa dengannya

kepada perbuatan haram. Makna sadd al-zara’i’: Menyekat alat dan jalan-jalan

kerosakan bagi menyekat kerosakan sekiranya perbuatan yang selamat

daripada kerosakan menjadi jalan kepada kerosakan29.
Hujah :

Kaedah sadd al-zara’i‘ perlu dilakukan ke atas senaman yoga kerana didapati

senaman ini ialah salah satu aktiviti utama untuk mencapai matlamat asal yoga

iaitu penyatuan diri dengan tuhan. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, jalanjalan

itu terbahagi kepada beberapa jenis. Perbuatan dan perkataan yang

menuju kepada kerosakan itu dua bahagian. Pertama, peletakannya itu memang

untuk menuju kepada kerosakan, zahirnya tiada maksud yang lain. Kedua,

peletakannya itu bagi perkara yang harus atau sunat, tetapi ia diambil sebagai

jalan kepada yang diharamkan sama ada dengan niat atau tanpa niat. Kemudian

jalan-jalan ini juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama hendaklah kebaikan

perbuatannya lebih kuat daripada kerosakannya. Kedua, hendaklah

kerosakannya lebih kuat daripada kebaikannya. Kesimpulannya, jalan-jalan itu

terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, jalan yang diletakkan untuk menuju

kepada kerosakan semata-mata. Kedua, jalan yang diletakkan harus tetapi

ditujukan untuk sampai kepada kerosakan. Ketiga, jalan yang harus, tidak diniat

untuk menuju kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang

haram pada kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya.

Keempat, jalan yang harus dan boleh jadi menuju kepada kerosakan tetapi

kebaikannya lebih kuat daripada kerosakannya30.
Penggunaan senaman yoga untuk kesihatan semata-mata termasuk di dalam

kategori jalan yang ketiga iaitu jalan yang harus, tidak diniat untuk menuju

kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang haram pada

kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya. Walaupun

pengamal yoga mendakwa mereka mendapat manfaat daripada mengamalkan

yoga tanpa sebarang unsur-unsur keagamaan luar, namun jalan tersebut

dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah mereka secara sedikit demi sedikit. Paling

kurang iaitu berlakunya penyerupaan terhadap perbuatan ibadat agama Hindu

walaupun dilakukan tanpa sebarang niat. Sedangkan mudarat aqidah lebih besar

daripada kebaikan manfaat kesihatan. Malah kesihatan fizikal mampu diperolehi

walaupun bukan melalui senaman yoga.



Matlamat untuk memelihara kesihatan tidak boleh menghalalkan cara

Kaedah Syar’iyyah : Matlamat tidak menghalalkan cara

Hujah :

Bagi tujuan memelihara kesihatan dan perubatan, Islam menegah umatnya

daripada menggunakan jalan atau perkara yang diharamkan. Para ulama

bersepakat bahawa menggunakan perkara yang diharamkan untuk perubatan

adalah dilarang31. Ia berdasarkan beberapa hadith Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada apa yang

diharamkan ke atas kamu”. (Riwayat al-Bukhari)

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan

setiap penyakit ada ubatnya, maka berubat lah dan jangan kamu berubat dengan

perkara yang haram”. (Riwayat Abu Daud)

Hanya dalam keadaan tertentu yang disifatkan sebagai darurat (terdesak) kerana

tiada lagi jalan atau perkara yang halal menurut pakar perubatan, maka pada

ketika itu harus bagi umat Islam menggunakan jalan atau perkara yang haram

(sekadarnya sahaja) untuk tujuan perubatan dengan syarat mendapat nasihat

pakar perubatan muslim yang dipercayai.

Oleh itu, melakukan senaman yoga pada hakikatnya bukanlah suatu bentuk

keadaan yang darurat, sebaliknya di sana terdapat pelbagai bentuk terapi fizikal

yang boleh menenangkan minda dan tubuh badan. Malah al-Qur’an sendiri

merupakan ayat-ayat yang mampu memberikan ketenangan kepada jiwa muslim

yang mengalami kegelisahan dan ketidaktenteraman.

Di samping itu, yoga juga merupakan suatu bentuk senaman yang boleh

membawa kepada hukum syubhat kerana percampuran antara amalan fizikal

yang mengandungi unsur Hindu dengan yang hanya melibatkan fizikal sematamata.

Dalam hal ini Nabi SAW mengarahkan umat Islam meninggalkan perkaraperkara

syubhat kerana ia dikhuatiri terjerumus melakukan yang haram. Sabda

Nabi SAW:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya

terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh

orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah

menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam

perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya

disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan

memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan

Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari)



FATWA ULAMA DAN INSTITUSI ISLAM BERKENAAN YOGA

Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura

“Yoga adalah antara perkara-perkara bid'ah yang digolongkan ke dalam bid'ah

dhalalah ((+,). Ia mengandungi unsur-unsur agama Hindu.
Segala perkara yang mengandungi unsur-unsur syirik dan boleh merosakkan

kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada

yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram”32.
Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir



“Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau
sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak

dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga)

semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik

pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang

berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan

semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan

seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga

tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan

bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman

sesuatu, dan ia telah pun ditegah. Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada

manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan

dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al-

Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka

menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.

Pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi

“Dan sesiapa yang mengamalkan senaman yoga – iaitu latihan pergerakan

tubuh – dan tidak terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk

mengikuti golongan penyembah berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka

yang lebih selamat dan lebih berhati-hati ialah menjauhkan diri daripada

menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa asal-usul

senaman yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, sebagai beramal dengan

hadith: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak

meragukan”. Malah Islam telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan

penyembah berhala walaupun hanya dari segi supa dan bentuk. Oleh sebab itu

Islam telah menegah solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya,

kerana penyembah matahari menyembah matahari pada kedua-dua waktu ini.

Tidak diragukan lagi bahawa larangan daripada solat pada kedua-dua waktu

tersebut ialah sebagai menyekat jalan-jalan kerosakan walaupun ia tidak terlintas

di benak orang yang solat untuk menyembah matahari atau menghadap ke

arahnya di dalam solat”.

Fatwa Ustaz Mas’ud Sobri (Islamonline)

“Hukum syara’ bagi melakukan senaman ini boleh disimpulkan seperti berikut:

Sesiapa yang mengamalkan yoga dan mempercayai yoga sebagai satu

kepercayaan yang meningkatkan kerohanian dan diri, menyerupai aqidah agama

Hindu, maka mengamalkannya adalah haram. Manakala sesiapa yang

melakukan senaman yoga sebagai satu jenis senaman semata-mata yang tiada

kaitannya dengan aqidah, maka hukumnya ialah harus berasaskan kepada asal

yang telah diletakkan oleh jumhur fuqaha’: Bahawa asal setiap sesuatu itu harus

sehingga terdapat nas yang mengharam, diringi pula dengan niat seseorang

yang melakukannya, sebagaimana yang berlaku ke atasnya kebanyakan hukum

berdasarkan sabda Rasulullah SAW, ”Bahawasanya setiap amalan itu dengan

niat, dan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya”. Sebagaimana Islam

mendapati banyak amalan tradisi kemasyarakatan seperti perkahwinan dengan

pelbagai jenis. Lalu Islam membatalkan kesemuanya dan mengekalkan apa

yang dimaklumi oleh ramai hingga ke hari ini iaitu (kebiasaan) seorang lelaki

menuntut anak gadis daripada bapanya dan lain-lain bentuk tradisi

kemasyarakatan dalam perkahwinan yang telah dikekalkan oleh Islam.

Berdasarkan apa yang diterangkan sebelum ini, tidak mungkin dihukumkan

haram ke atas pengamalan yoga, sekiranya yoga itu hanya senaman secara

jasmani semata-mata, yang tiada kaitannya dengan aqidah”.


Pandangan Fatwa Islamweb.net

Yoga bukanlah hanya senaman badan semata-mata tetapi ianya ialah ibadah
yang dihadapkan oleh pelakunya kepada matahari selain daripada Allah SWT.

Ianya tersebar ke seluruh India sejak zaman dahulu. Nama asal bagi senaman

ini dalam bahasa Sanskrit (sastanja surya nama sakar). Bermaksud sujud

kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Bermula latihan-latihan yoga

dengan kedudukan pertama yang menggambarkan penghormatan kepada yang

disembah iaitu matahari. Latihan-latihan ini semestinya diiringi dengan sejumlah

daripada lafaz-lafaz yang dengan jelas menyebut tentang penyembahan

matahari dan menghadap ke arahnya.

Dan sekiranya ditanya: Adakah harus beramal dengan latihan-latihan ini tanpa

menghadap ke arah matahari dan melafazkan ucapan-ucapan yang disebutkan

(mantera)? Jawapannya: Bahawa sekiranya latihan-latihan ini terlepas daripada

kalimah-kalimah keberhalaan dan menghadap ke arah matahari serta tunduk

dan hormat kepadanya, ianya tidak dinamakan yoga. Sebaliknya ia adalah

senaman mudah yang dilakukan oleh kesemua bangsa, maka tiada larangan

untuk melakukannya ketika itu, di samping memelihara dua perkara berikut:-

a) Menyalahi susunan posisi-posisi yang disebutkan dalam yoga serta

memasukkan sesetengah posisi-posisi yang baru ke atasnya bagi

mengelakkan unsur penyerupaan.

b) Tidak melakukannya pada waktu yang digalakkan oleh agama Hindu

melakukannya seperti pada waktu terbit matahari”.


Keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM

Kertas berkenaan yoga telah dibentangkan di dalam mesyuarat PKA sebanyak

tiga kali oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Urusetia JAKIM.

Kali pertama ia dibentangkan pada mesyuarat PKA kali ke-31 bertarikh 20

Disember 2005, kali kedua pada mesyuarat PKA kali ke-35 bertarikh 19 Jun

2007 dan kali ketiga pada mesyuarat PKA kali ke-37 bertarikh 13-15 Mei 2008.

Kesemua mesyuarat memutuskan bahawa amalan yoga adalah bercanggah

dengan Islam dan secara tidak langsung mempromosikan ajaran Hindu.

Mesyuarat PKA kali ke-31 juga antara lain mengesyorkan supaya senaman lain

seperti taichi boleh dijadikan sebagai senaman alternatif kepada yoga kerana

ianya tidak mempunyai falsafah tertentu di sebaliknya.


Keputusan Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam

Malaysia yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah memutuskan setelah

mengkaji dan meneliti hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan

yoga maka, ahli muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman

yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi yang

menggabung amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan

bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya,

penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan

boleh merosakkan aqidah seseorang muslim.

Oleh ahli muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk

amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan

bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa

unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dan

berwaspada daripada perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah seseorang

muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis

aqidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:-

a) Kepercayaan atau keyakinan di hati

b) Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah

c) Perbuatan

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat

Islam wajib memelihara aqidah mereka daripada terhakis.
"

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18867
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...