Sunday, February 27, 2011

Rita mimpi ibu

Rita mimpi ibu

Oleh NORAINON OTHMAN, IBRAHIM ISA dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya anaknya melebarkan empayar perniagaannya.

Berkongsi rasa hati meniti hari mendatang tanpa insan tersayang di sisi, Erni atau lebih mesra dipanggil Rita berkata, dia tidak menganggap musibah menimpa keluarganya sebagai bebanan, malah menjadikan dirinya lebih kuat. Kematian sadis ibunya bersama tiga individu lain di Banting memang mengejutkan, tetapi dia reda dengan takdir Allah.


“Selepas ketiadaannya, Rita dan adik-beradik pernah bermimpi emak. Dalam mimpi itu, emak datang ke pejabat, melihat Rita bekerja. Emak tidak pernah bercakap tetapi sering mengajak Rita berjalan-jalan dengan memberi isyarat tangan. Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu ketentuan Allah.

“Walaupun emak tiada, Rita berasa seolah-olah dia masih hidup kerana sentiasa teringatkannya. Emak memang sentiasa hidup dalam hati Rita. Mungkin Rita bermimpi sebab rindukan emak. Biasanya apabila bangun daripada tidur, Rita menceritakan mimpi berkenaan kepada adik lain, begitu juga mereka. Bermimpi ibu satu kepuasan bagi Rita.


“Rita juga sering teringat sikap emak yang suka memasak makanan kegemaran kami. Sayangnya, kini kami tidak dapat rasa air tangan emak lagi. Kalau rindu emak, Rita pergi ke tempat yang emak suka pergi.


“Terlalu banyak kenangan bersama emak yang sering bermain di ingatan. Bilik (pejabat) yang Rita duduk ini pun bilik emak. Rita tidak pernah ubah apa-apa susun atur di bilik emak kerana ini akan mengingatkan Rita pada emak,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.

Kerana rasa bertanggungjawab untuk meneruskan legasi Allahyarham, Rita yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd membuat keputusan membahagikan tugas perjalanan syarikat itu di kalangan adik-beradiknya, Erwan Suwari Rizuwan, 25, Md Erwan Nasri, 24, Erni Erinawati Sofia, 22, dan Erni Rineelawati, 21.


“Kami bahagikan tugas sama rata dan tahu kerja masing-masing. Rita mengaku tidak mampu buat kerja seorang kerana Rita pun manusia biasa. Bantuan adik diperlukan. Rizuwan menggalas tugas sebagai eksekutif pemasaran, Erwan (eksekutif operasi), Rina (eksekutif pentadbiran) dan Rinee (duta Nouvelle Visages). Tugas ini berkuat kuasa sejak kes yang menimpa emak kerana sebelum itu Rita dan emak menguruskan perniagaan,” katanya.

Matang dalam membuat keputusan, gadis itu tidak menghalang adiknya, Rina dan Rinee menyambung pengajian jurusan perniagaan menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) Universiti Teknologi Mara (UiTM).


“Mereka ada cita-cita yang ingin dicapai. Rita tidak mahu disebabkan kes itu (pembunuhan ibunya bersama tiga individu lain), cita-cita mereka terkandas di tengah jalan.


“Bagaimanapun, pada hari biasa, mereka bekerja dan mengikuti pengajian PJJ hanya pada Ahad,” katanya yang mengakui masih tidak dapat mengikis rasa kesal tidak sempat memohon maaf kepada ibu buat kali terakhir.


Dia yang kini bertanggungjawab menjaga kebajikan lima adiknya serta perniagaan berkenaan berkata, kenangan suka duka bersama arwah membakar semangatnya untuk berjaya.


“Perasaan Rita, sebagai anak, kadangkala kita tidak sedar ada sikap atau perlakuan kita mengguris hati emak. Rita terkilan kerana tidak sempat meminta maaf dengan mencium tangan dan dahi emak buat kali terakhir,” katanya.


Menurutnya, dia kini memberi lebih tumpuan terhadap promosi jenama kerana masih ramai tidak tahu mengenai Nouvelle Visages.


“Ketika turun padang di satu pameran di Mid Valley baru-baru ini, Rita dapati ramai belum mengenali Nouvelle Visages. Rita akui bukan semua orang membaca akhbar, jadi usaha lebih giat perlu dilakukan untuk memperkenalkan jenama ini,” katanya.


Mencontohi sikap dermawan ibu, Rita meneruskan amalan pengasas Nouvelle Visages menyalurkan sumbangan kepada badan kebajikan dan tiga sekolah anak angkat di Johor.


“Rita akan teruskan apa yang emak lakukan sebelum ini. Malah, keperluan orang kampung emak, Kampung Seri Menanti, Batu Pahat, tidak kami abaikan sebab di situ tempat emak dibesarkan.


“Baru-baru ini kami memberi sumbangan wang ringgit dan makanan kepada mangsa banjir di kampung itu dan berpesan kepada ketua kampung, jika inginkan bantuan, jangan segan beritahu kerana ibu lahir di situ,” katanya.


Diusik mengenai soal hati, Rita enggan mengulas lanjut tetapi mengakui dia kini dalam tempoh berkawan dan mengenali hati budi seseorang. Ditanya perancangan hidup berkeluarga, Rita berkata, dia tidak menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana baginya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.


Mengenai kes tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang diberikan jutawan kosmetik itu kepada bekas suaminya, Nash, Rita berkata, dia tidak berani membuat keputusan sendiri kerana membabitkan ramai pihak.

“Kami adik-beradik akan mengadakan perjumpaan dengan peguam emak, Datuk Zaidi Zain dalam masa terdekat ini untuk membuat keputusan sama ada meneruskan kes berkenaan atau sebaliknya,” katanya.


Disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan selepas ketiadaan ibu, Rita mengakui tidak sempat bertemu rakannya seperti dulu, tetapi masih berhubung melalui facebook dan twitter.


“Rita berharap kawan faham, Rita bukan berniat memutuskan silaturahim yang terjalin tetapi cuma mahu memberi lebih fokus terhadap tugas dan amanah sekarang. Apapun, Rita ingat setiap kawan Rita daripada sekolah rendah hingga zaman universiti,” katanya.


Dalam menghadapi situasi sedih dan mencabar, bapanya, Bukhari Mohamad, selalu ada di sisi.


“Sejak dulu, emak tidak pernah menghalang kami berjumpa ayah. Sampai sekarang, apabila berlaku kes seperti ini, yang paling dekat ialah ayah kami yang berperanan sebagai penasihat dalam semua hal ehwal, berkaitan rumah dan pejabat,” katanya yang masih menetap bersama adik-beradiknya di rumah agam Allahyarham Sosilawati di Gombak.


Rita yang akan mengerjakan umrah bersama tiga adiknya Mac ini berhasrat memanjatkan doa untuk ibunya di depan Kaabah.


“Kalau betul mak Rita sudah tiada, kami berdoa semoga dia ditempatkan di kalangan ahli syurga,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Ritamimpiibu/Article/artikelMA

Nash enggan ulas

KUALA LUMPUR: “Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau diminta hadir ke mahkamah bagi meneruskan kes tuntutan wang dan pelaburan saham amanah yang diberikan bekas isteri, saya akan memenuhinya,” kata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 52.

Sebelum ini, arwah Datuk Sosilawati Lawiya memfailkan tuntutan harta bernilai RM1.38 juta sebelum kematiannya, September tahun lalu terhadap bekas suaminya. Bagaimanapun, sebelum kes itu dapat diteruskan, Sosilawati ditimpa musibah yang turut menggemparkan seluruh negara.


Menurut Nash, walaupun kes berkenaan difailkan bekas isterinya, anak arwah masih boleh meneruskan perbicaraan mengenai perkara itu.

“Saya tidak mahu perkara ini berlanjutan tanpa penyelesaian. Begitupun, saya akan berjumpa Rita (Erni Dekritawati Buhari) untuk berbincang mengenai perkara ini.


“Hubungan saya dengan anak (arwah) masih baik. Walaupun kes ini di antara saya dan arwah, saya faham jika mereka mahu meneruskannya kerana ia hajat arwah ibu mereka,” katanya.


Nash berkata, tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan, begitu juga dengan kes berkenaan.

“Yang boleh dikatakan, saya akan berhubung dengan Rita dan adik-beradiknya yang lain dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kekusutan ini.


“Saya percaya, kita akan mendapat keputusan mengenai kes ini tidak lama lagi. Buat apa mahu dipanjangkan perkara ini, jika masalah ini selesai ia tidak membebankan mana-mana pihak,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Nashengganulas/Article/artikelMA

Gitaris Sera meninggal

Gitaris Sera meninggal

Oleh SHAMRAN SARAHAN dan RIDZUAN ABDUL RAHMAN
shamss@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan rock yang popular pada 1990-an, Sera, Zainuddin A Karim, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Uban kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kanser hati dan usus.

Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.


Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya.

“Semua ini ketentuan Allah, apapun saya bersyukur kerana sempat juga bertemu arwah pada Khamis lalu selepas terbaca laporan akhbar ini (Harian Metro) mengenai keadaan Uban yang menderita kerana kanser.


“Saya sedih, lebih-lebih kami tidak berjumpa sejak 1996. Tiada siapa dapat melawan takdir, mungkin Allah lebih menyayangi arwah,” katanya ketika dihubungi semalam.


Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.

Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991.


Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997.


http://www.hmetro.com.my/articles/GitarisSerameninggal/Article/artikelMA

Asia Tenggara lubuk harta Gaddafi


MUAMMAR GADDAFI


TRIPOLI - Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.

Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion).

Sebuah akhbar Britain melaporkan jumlah aset Gaddafi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau telah mengumpulnya sejak memerintah Libya selama lebih 40 tahun.

Akhbar Belanda, De Volkskrant, melaporkan sekitar AS$40 bilion (RM122 bilion) asetnya berada di Libya manakala bakinya disembunyikan di luar negara.

Menurut beberapa sumber di London dan Tripoli, wang tunai yang disimpan di luar negara itu adalah khusus untuk kegunaan keluarganya.

"Gaddafi sebenarnya bijak, jika tidak masakan beliau boleh bertahan selama lebih empat dekad. Walaupun apa pun yang berlaku kepada dirinya, beliau telah memiliki simpanan tunai dan hartanah di seluruh dunia, terutama Asia tenggara dan rantau Teluk sebagai jaminan masa depan sembilan anaknya," kata sumber itu.

Sumber-sumber tersebut berkerja dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) yang menguruskan dana negara berjumlah sekitar AS$50 bilion (RM152.5 bilion).


SEBUAH banglo berharga AS$16.1 juta dolar (RM49 juta) milik anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam (gambar kecil) di London.


Agensi tersebut dikawal oleh Gaddafi.

Menurut mereka, Gaddafi mengambil beberapa langkah bijak bagi mengelak kekayaannya dibekukan seperti yang menimpa bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Bin Ali dan rakan sejawatnya dari Mesir, Hosni Mubarak.

Antaranya, kata mereka, Gaddafi menyimpan wangnya dengan menggunakan akaun bank milik beberapa 'orang kepercayaannya' yang menerima 'habuan' lumayan.

Hanya Gaddafi dan keluarganya yang tahu identiti kroni mereka.

"Kunci kepada semua ini adalah kerahsiaan dan orang kepercayaan. Beliau memiliki beberapa kroni yang membantunya menyembunyikan kekayaannya," kata sumber itu.

"Gaddafi tahu orang kepercayaannya itu akan memulangkan wang miliknya selagi mereka diberi bahagian yang lumayan. Apabila anda memiliki wang berbilion-bilion dolar, perkara ini adalah mudah," tambahnya.

Di Asia Tenggara, wang Gaddafi itu dipercayai disimpan di beberapa akaun pesisir.

Hampir semua wang itu datangnya daripada pendapatan hasil minyak negara.

Selain wang tunai, pemimpin berusia 68 tahun itu turut memiliki beberapa hartanah di kawasan strategik di Lon don.

Beliau membeli bangunan Portman House di London pada harga AS$249 juta (RM762 juta) dan membayar AS$193.4 juta (RM590 juta) untuk membeli sebuah bangunan yang terletak bertentangan dengan bank pusat England.

"Gaddafi juga memiliki kepentingan dalam UniCredit, yang merupakan antara bank terbesar di Itali," lapor sebuah stesen radio Belanda.

Kelmarin, Gaddafi dilapor mendeposit wang tunai berjumlah AS$4.8 bilion (RM14.7 bilion) kepada seorang pengurus dana peribadi di London.

Seorang pengurus dana warga Switzerland yang bekerja dengan Gaddafi berperanan sebagai orang tengah dalam transaksi itu.

Pemindahan wang tersebut berlaku pada minggu lalu.

Lima minggu lalu, percubaan serupa oleh Gaddafi ditolak oleh seorang pegawai kanan di sebuah firma saham di London.

Pegawai berkenaan menolak untuk menguruskan dana itu setelah mengetahui sumbernya.

"Saya berkata tidak kerana secara peribadi, saya keberatan terbabit dengan diktator yang kejam (Gaddafi)," katanya.

Semalam, Amerika Syarikat dan Britain bertindak membekukan aset Gaddafi di negara masing-masing.

Presiden AS, Barack Obama menandatangani perintah eksekutif untuk membekukan semua aset milik Gaddafi dan empat orang anaknya di AS.

Jabatan Perbendaharaan menyatakan, sekatan terhadap Gaddafi, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuannya itu turut melibatkan pentadbiran Libya.


GADDAFI memberi amaran beliau tidak akan teragak-agak untuk membakar seluruh Libya jika rakyat terus menentangnya. Keadaan sebuah lorong di sebuah kota Libya semalam.


Tindakan tersebut dilakukan selepas London mengumumkan bahawa para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bersepakat mengecam keganasan rejim pemerintah di Libya.

Dalam satu kenyataan bersama, EU menyifatkan bahawa tindakan Gaddafi membunuh rakyatnya sendiri sebagai "langsung tidak boleh diterima".

Sementara itu, Gaddafi memberi amaran beliau tidak akan teragak-agak untuk membakar seluruh Libya jika rakyat terus menentangnya.

Amaran tersebut disampaikannya dalam satu ucapan di Dataran Hijau di sini semalam yang disiarkan oleh televisyen negara itu.

Di hadapan saki baki penyokongnya, diktator Libya itu berkata, beliau tidak gentar untuk mati dan menyeru para penyokongnya supaya bersedia untuk mempertahankan negara.

Malah, ujarnya: "Rakyat Libya sayangkan saya."

Semalam, Gaddafi mengumumkan bahawa orang awam yang menyokongnya akan diberikan senjata api untuk memerangi dan membunuh para penunjuk perasaan.

Tindakan tersebut dijangka akan mencetuskan pertumpahan darah besar-besaran di Tripoli.

Juga semalam, askar-askar yang setia kepada Gaddafi dengan dibantu beberapa kereta kebal menyerang Pangkalan Udara Misrata berhampiran Tripoli.

Pangkalan udara itu sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang.

Setakat semalam, mereka berjaya merampas sebahagian pangkalan tersebut selepas bertempur dengan penduduk tempatan dan unit-unit tentera yang berpaling tadah.

Setakat ini, lebih 2,000 orang terbunuh manakala ribuan yang lain cedera sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan rejim Gaddafi tercetus hampir dua minggu lalu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Siti Sarah Sah Bergelar Isteri Shuib

Ahad Februari 27, 2011

KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.

Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.

“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut.

Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.


http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/2/27/mstar_hiburan/20110226211744&sec=mstar_hiburan

Kedah Tanggung Hantar Balik Pelajar Ke Mesir

Ahad Februari 27, 2011

ALOR SETAR: Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan berita itu kepada lebih 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir pada satu majlis perjumpaan di sini, Ahad.

Beliau berkata RM2.5 juta diperuntukkan untuk menghantar pelajar pulang yang dibiayai bersama anak-anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah seperti Syarikat Air Darul Aman, Bina Darulaman Berhad dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd.

"Bagaimanapun pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Tapi kita akan pertimbangkan untuk pelajar bukan tajaan Mara tapi dapat pinjaman Mara. Kalau Mara tak tawarkan tempat untuk mereka, kita mungkin akan hantar mereka balik sekali," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menyewa khas tiga pesawat Egypt Air untuk tujuan penghantaran pulang pelajar ke Mesir bermula 5 hingga 10 Mac ini.

Azizan berkata sebanyak empat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah dijadual dilakukan dengan membawa lebih 200 pelajar bagi setiap penerbangan.

Katanya enam buah bas disediakan untuk membawa pelajar dari Wisma Darul Aman di sini ke KLIA.

Pelajar diminta mendaftar diri mulai hari ini dengan mengemukan pasport masing-masing untuk diuruskan oleh Yayasan Islam Kedah.

Beliau juga berkata kerajaan Mesir juga telah menawarkan sebidang tanah secara percuma kepada kerajaan negeri untuk pembinaan bangunan asrama pelajar Kedah di sana.

Kerajaan Negeri hanya perlu menanggung kos pembinaan bangunan asrama berkenaan, manakala kos penyelenggaraan serta makan dan minum pelajar akan ditanggung oleh pihak Universiti Al-Azhar sepanjang tempoh pengajian pelajar, katanya.- BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/27/mstar_berita/20110227185640&sec=mstar_berita

109 detained in Hindraf demo

Posted by admin on February 27th, 2011

Police confirmed today that a total of 109 people were arrested during today’s Hindraf protest against the controversial ‘Interlok’ textbooks and “Umno’s racism”, including eight leaders, eight women and two journalists. Kuala Lumpur police chief Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah told a press conference at the KL police contingent headquarters this afternoon that the protesters were arrested for illegal assembly under Section 27 (5) of the Police Act.

The eight leaders, believed to be both from the outlawed Hindraf movement, were also being investigated under Section 45 (1) of the Societies Act.

Section 45 (1) of the Societies Act stipulates that, “Any person who incites, induces or invites another person to become a member of, or to assist in the management of, an unlawful society shall be guilty of an offence and shall be liable, on conviction, to imprisonment for a term not exceeding four years or to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to both.”

The two journalists, both from the alternative media, said Zulkifli, were arrested under Section 186 of the Penal Code for allegedly obstructing the police from carrying out their duties.

The detainees, he added, were aged between 18 and 66 years, and were picked up from various checkpoints across the city including Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Maya Hotel, Renaissance Hotel and a Hindu temple in Pudu.


“We were forced to take action against them because although their permit applications were rejected, as well as their appeal, they still proceeded with their gathering and carried out their march,” he told reporters.

Hundreds of protesters gathered in separate locations since early this morning in an attempt to carry out the protest to voice out Indian outrage against the controversial Interlok novel and to condemn “Umno racism”.

The protesters’ attempts were however thwarted due to heavy police presence at several checkpoints across the city.

The group however moved their march to a Hindu temple in Pudu this afternoon and successfully marched some 1 km towards the Kuala Lumpur police contingent headquarters where they faced-off with the police.

The group later dispersed at about 1pm.

Zulkifli told the press conference this afternoon that the police had the power to detain the protesters for as long as 24 hours for investigation.

“I cannot confirm yet when we are going to release them. But we can detain them for at least 24 hours,” he said.

He also thanked the leaders of 13 Indian non-governmental organisations whom he claimed had assisted the police in warning people against taking part in the illegal protest.

“They have helped us advise the Indian community to stay away from the protest.

“This is why there were not many protesters. I do not think there were even 500 of them today,” he said.

Zulkifli also confirmed that there were no major scuffles or injuries recorded during the arrests.

“But I am greatly disappointed that the group insisted on coming out today despite receiving several warnings from us.

“We notified them directly and rejected their permit applications and we also issued statements through the media. Still, they insisted on coming out.

“To us, what is most important is that safety and public order is maintained. We do not want to have anything that creates problems for the people. This is the process of law,” he said.


http://www.kl-today.com/?p=13851

Rafidah Aziz pengerusi Air Asia X

Posted by admin on February 27th, 2011

AirAsia X akan menamakan bekas menteri Kabinet pusat Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) sebagai pengerusi lembaganya minggu ini, usaha yang dilihat dapat membantu syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu bagi mendapatkan lebih banyak laluan antarabangsa. Syarikat itu, yang turut meletakkan harapan pada ahli perniagaan dari Britain Sir Richard Branson sebagai pemegang sahamnya, tidak mengalami pertumbuhan pesat sebagaimana disasarkan oleh pengasasnya Datuk Seri Tony Fernandes selepas kejayaan perkhidmatan penerbangan jarak dekat kumpulan AirAsia.

“Lembaga telah memutuskan untuk meminta beliau menerima jawatan itu dan beliau telah pun bersetuju,” kata sumber AirAsia X kepada The Malaysian Insider.

Pemegang saham penerbangan itu mengesahkan Rafidah akan menggantikan pengerusi semasa Datuk Kamaruddin Meranun, yang merupakan rakan kongsi Fernandes dalam kumpulan AirAsia, yang termasuk unit-unit di Thailand, Indonesia dan Filipina.

Rafidah , menteri perdagangan antarabangsa paling lama berkhidmat iaitu sehingga 2008, telah berjaya dalam perundingan perdagangan antarabangsa sehingga menjadikan Malaysia negara utama perdagangan di dunia.

Beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada 2008 tetapi tidak dilantik semula sebagai anggota Kabinet meskipun telah dibersihkan daripada dakwaan meluluskan permit import kereta kepada kroninya.

Bekas ketua Wanita Umno berusia 68 tahun ini kini merupakan penaung dan penasihat Forum Malaysia-Eropah.

Difahamkan pelantikan terbaru ini akan membolehkan syarikat penerbangan tambang murah ini untuk memperoleh kelulusan cepat bagi laluan-laluan seperti ke Amerika Syarikat dan rantau Timur Tengah.

Syarikat itu baru memulakan penerbangan ke Paris-Orly bulan ini dan ke lapangan terbang Haneda di Tokyo Disember lalu dengan memiliki 11 pesawat.

Ia juga menyediakan perkhidmatan ke Darwin, Perth, Gold Coast dan Melbourne di Australia, lapangan terbang Stansted di London, lapangan terbang Khomeini Iran dan lapangan Incheon, Seoul tetapi menarik balik penerbangan ke Abu Dhabi ekoran respons dingin.

Kesemua pesawat AirAsia X menggunakan hak-hak pendaratan yang diberikan kepada kerajaan Malaysia, kebanyakannya diperoleh ketika era Rafidah sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri apabila negara mengadakan perjanjian langit terbuka.

AirAsia X bercadang untuk menyenaraikan syarikat itu pada separuh kedua tahun ini, tetapi bergantung pada keadaan pasaran dan telah menyempurnakan pengeluaran hak bernilai RM100 juta bagi mendapatkan dana dan bebas pembiayaan bagi pertumbuhan berterusan.

Malaysian Insider


http://www.kl-today.com/?p=13845

Tun M: Anwar & Nik Aziz pengkhianat!

Posted by admin on February 27th, 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu.
-BERNAMA


http://www.kl-today.com/?p=13827

Ibu lalok gabra



SUBANG JAYA – Gara-gara terlalu cuak apabila premis hiburan yang dikunjungi diserbu pihak berkuasa, seorang pengunjung wanita gagal memberikan sampel air kencing bagi ujian saringan awal dadah yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor awal pagi, semalam.

Hanya selepas lima jam menunggu, sampel terbabit akhirnya diperoleh selepas dan ujian mendapati wanita berusia 28 tahun terbabit positif dadah jenis ekstasi.

Difahamkan, wanita yang juga ibu kepada empat anak itu berkunjung ke premis hiburan terbabit bersama suami dan seorang rakannya dari Tampin, Negeri Sembilan untuk berhibur sempena cuti hujung minggu.

Wanita terbabit adalah antara 11 yang ditahan dalam serbuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa (Kanan), Mazrul Zahar Mohd dengan kerjasama AADK bermula jam 1 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, 87 pengunjung rata-rata dalam lingkungan umur 20-an diperiksa 16 anggota penguat kuasa AADK yang diketuai Penolong Pegawai Antidadah Cawangan Operasi AADK Selangor, Hasmi Manawar.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, serbuan dilakukan sebagai langkah pencegahan mengelakkan penyalahgunaan dadah dalam premis hiburan.

Katanya, dengan bantuan 25 anggota penguat kuasa dan tiga pegawai penguat kuasa MPSJ, premis berkenaan dikepung dan pengunjung menjalani ujian air kencing yang dilaksanakan.

“Kesemua yang ditahan positif dadah jenis ketamin, syabu dan ganja dalam ujian saringan awal diserahkan kepada AADK untuk tindakan selanjutnya dan bakal disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 kerana disyaki mengambil dadah.

“Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan kerjasama agensi lain,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story8810174.asp

Terpaksa serah dua anak


KUANTAN – Kesempitan hidup memaksa pasangan suami isteri, Abdul Rahim Abdul Rahman, 35 dan Nur Arijah Zaluddin, 29, menyerahkan dua daripada enam anaknya kepada bapa dan juga ibu saudaranya kerana tidak mampu untuk menyara mereka.

Menurut Arijah, biarpun berat hati untuk melepaskan anak sulung dan bongsu itu, namun dia terpaksa akur demi kepentingan anak-anaknya.


“Ibu mana yang sanggup menyerahkan anaknya kepada orang lain, namun keadaan tidak mengizinkan. Mujurlah ahli keluarga lain sanggup untuk menjaga anak saya, jadi saya tidaklah terlalu bimbang terpaksa berpisah dengan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Kampung Cherok Paloh, di sini.

Katanya lagi, kehidupan mereka sekeluarga bergantung pada pendapatan suami yang hanya melakukan kerja-kerja kampung.

“Pendapatan RM300 sebulan memang tidak cukup untuk menyara kami sekeluarga. Yuran persekolahan anak-anak juga masih belum dibayar kerana tidak cukup wang.

“Bagaimanapun, setakat ini kami belum pernah terputus makanan. Biarpun sedikit, namun saya akan pastikan anak-anak makan setiap hari,” katanya.

Kini, apa yang membimbangkan Arijah, penyakit jantung yang dihidapi suaminya semakin hari semakin buruk.

“Kebelakangan ini suami saya kerap sakit dan tidak dapat melakukan kerja. Saya bimbang kerana pendapatan kami sekeluarga bergantung kepadanya. Jika dia sudah tidak mampu bekerja lagi, siapa yang akan menyara hidup kami.

“Bukan saya tidak mahu bekerja, tetapi setiap kali suami sakit, sayalah yang menjaganya memandangkan anak-anak masih kecil. Tidak sampai hati rasanya ingin meninggalkan suami yang sedang sakit dengan anak-anak,” katanya.

Ketika Sinar Harian serta Pejabat Penerangan Daerah Kuantan dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan membuat lawatan ke rumahnya, suami Arijah masih berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

“Kini, saya hanya mampu berdoa supaya kesihatan suami kembali pulih. Jika tidak, saya terpaksa mencari jalan lain untuk mendapat sumber pendapatan demi untuk menyara anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, kesengsaraan Arijah sedikit terubat apabila menerima sumbangan kewangan daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuantan yang disampaikan oleh wakil Pegawai Daerah Kuantan, Nurul Asyikin Ros Azizi.

Arijah merupakan seorang daripada lima penerima sumbangan sempena Program Info dan Khidmat Komuniti 1Malaysia bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cherating anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuantan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story8809947.asp

Tunggu masa dihalau


KAMPUNG CHERANG LAUT – Sepasang suami isteri warga emas bersama anaknya yang sakit tidak lena tidur apabila memikirkan nasib mereka yang saban hari dihalau daripada tanah tempat dia menumpang teduh di rumah yang dibina selama ini.

Mahmud Dollah, 63, yang kini hanya bekerja mengambil upah mengopek kelapa dan menjemur ikan kering di kampungnya mempunyai pendapatan tidak kurang dari RM10 sehari untuk menampung kehidupan bersama isteri, Saujah Salleh, 50-an, dan seorang anaknya yang sakit berusia 30-an.

Menurutnya, rumah yang didiaminya di Pantai Senak di sini, adalah menumpang tanah seorang penduduk kampung berkenaan. Kini, dia bingung tidak tahu ke mana hendak tuju memandangkan lama dia bermastautin di situ.

“Pakcik tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu kerana saban hari tuan tanah akan mengarahkan kami supaya berpindah sedangkan pakcik tidak tahu ke mana lagi hendak pergi dan kami masih menebalkan muka bertahan di sini.

“Pakcik ada mendengar mengenai pemberian rumah untuk orang miskin, tetapi tidak ada orang pun datang mengambil tahu mengenai hal pakcik mungkin kerana faktor pandangan politik yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Mahmud berkata, sebelum ini dia pernah dimarahi seorang pemimpin tempatan kerana mengambil sumbangan atap zink dari dermawan yang bermurah hati bersedekah, tetapi ia disangka pemberian parti politik bertentangan.

Rumah yang didiaminya kini pula semakin uzur dan dengan pendapatan kais pagi makan pagi, dia tidak mampu menyediakan kediaman yang lebih baik untuk keluarganya.

“Kalau boleh pakcik hendak minta rumah daripada kerajaan memandangkan bila-bila masa sahaja kami akan dihalau keluar dari tanah ini.

“Seorang saudara juga telah sudi memberikan tapak tanahnya untuk dibina rumah jika ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk membina rumah bagi kami,” katanya.

Difahamkan, Mahmud mempunyai lapan anak, tetapi masing-masing juga hidup susah. Kini dia sendiri terpaksa bekerja untuk menyara isterinya yang menghidap angin ahmar serta seorang anak lelaki yang sakit.

http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story8809887.asp

Berat mata memandang


MERSING - Sukar menggambarkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang ibu apabila anaknya mengalami kesukaran untuk minum setelah disahkan mengalami sumbing.

Kunjungan Sinar Harian ke rumah suri rumah berkenaan mendapati, bayi malang berkenaan terpaksa menggunakan botol meskipun masih terlalu awal untuk menggunakannya demi mengisi perut.

Siti Jumanah Marjuki, 41, berkata, anak lelakinya, Mohamad Faiz Irfan Rozali disahkan mengalami sumbing sejak kelahiran kira-kira dua minggu lalu dan agak terkejut apabila diberitahu doktor bahawa bayi lelakinya sumbing di beberapa bahagian iaitu hidung, mulut dan gusi.

“Selepas melahirkannya, jururawat datang dan menunjukkan Mohamad Faiz Irfan kepada saya, namun disebabkan terlalu terkejut, saya pengsan. Bagaimanapun, selang tiga hari, hati saya tenang kerana dapat menerimanya dan menyusukannya.

“Pada mulanya, memang agak sukar saya untuk menerima semua ini, namun semua adalah suratan Ilahi, kami menerimanya dengan hati redha,” katanya yang ditemani suaminya, Rozali Abdul Rahman, 54.

Siti Jumanah berkata, sepanjang mengandungkan Mohamad Faiz Irfan dan setiap pemeriksaan kandu­ngan, doktor memberitahu tiada sebarang masalah kepada bayi berkenaan.

Katanya, bayi lelakinya yang berusia hampir dua minggu itu kini terpaksa bergantung kepada botol susu kerana tidak dapat menyusu secara normal seperti bayi lain.

“Mohamad Faiz Irfan terpaksa diberi susu dengan berhati-hati kerana jikalau tidak diberi susu dengan baik, dia akan tersedak kerana salur pernafasannya agak sempit dan tidak berfungsi dengan baik,” katanya.

Sehingga kini, Mohamad Faiz Irfan terpaksa menjalani rawatan susulan di sebuah hospital di Kuantan dan terpaksa dibawa ke hospital seminggu sekali untuk pemeriksaan.

Menurut Siti Jumanah, mungkin bayi lelakinya itu terpaksa dibedah, namun tarikh tepat masih belum diketahui.

“Doktor ada memberitahu, pembedahan bagi merawat kecacatan sumbing sudah tercatat dalam sejarah kejayaannya dan saya juga berharap agar pembedahan anak nanti akan turut berjaya.

“Saya turut mengakui bimbang dengan masa depan Mohamad Faiz Irfan sean­dainya tidak dibedah dan juga berharap agar ada pihak tampil untuk memberi sumbangan bagi menampung kos peru­batan anaknya itu.

“Melihat anak lelaki saya, kadang-kadang terfikir nasib anak lelaki ini apabila mungkin berdepan risiko pembedahan yang kemungkinan pekak dan percakapan tidak jelas.

“Bagaimana nak menang­gung kos pembedahan dan rawatan susulan sedangkan saya tidak bekerja. Jika sebelum ini, saya ada bekerja di kantin sekolah, namun disebabkan keadaan anak yang mahu penjagaan rapi, saya tidak dapat lagi bekerja,” katanya sayu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat dan sumbangan, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-7040341 atau di alamat 204 Blok J, Skim Perumahan Kos Rendah (SPKR) Felda Endau, 86900, Mersing.


http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8809844.asp

PM lulus peruntukan hampir RM 10 juta bagi pembangunan di DUN Kerdau

TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di sini.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/bterkini/10096.asp

Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz

Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz
Feb 27, 11 6:00pm

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.


NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.


http://malaysiakini.com/news/157201

'Tidak mustahil Asia jejak Mesir jika rakyat ditekan'

'Tidak mustahil Asia jejak Mesir jika rakyat ditekan'
Feb 27, 11 5:11pm

Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika negara-negara itu terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.

pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speech“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,' kata Anwar.

Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.

Impak besar

“Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat,” kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja.

azlanAnwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.

Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keseimbangan kuasa.

“Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi,” katanya Anwar.

Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau kelas pertengahan.

NONE“Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” katanya lagi.

Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri.

Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara.

Badan kehakiman tercemar

“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” katanya.

NONEAnwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

“Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi.

“Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” kata Anwar.


http://malaysiakini.com/news/157197

Najib nafi label Muslim Brotherhood pengganas

Feb 27, 11 4:47pm

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.

Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

ikhwan muslimin"Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di Temerloh hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi"Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni," kata Najib.

Nasharudin dan Anwar berkata demikian sebagai merujuk satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan Najib di Istanbul, Turki baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.


http://malaysiakini.com/news/157193

Upko mahu bantuan guaman di mahkamah adat Sabah

Feb 27, 11 4:54pm

Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Senator Datuk Maijol Mahap mahu kerajaan Persekutuan memperluaskan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi kes-kes Mahkamah Hak Adat di Sabah.

kadazandusun harvest 090606 sumazauKetika membuat gesaan itu, beliau berkata ini kerana bantuan guaman yang disediakan oleh yayasan itu hanya meliputi kes mahkamah syariah, jenayah dan sivil.

"Anak jati di Sabah patut mendapat manfaat bantuan guaman ini. Biar khidmat ini dirasai oleh semua golongan masyarakat di Malaysia asalkan mereka berada dalam lingkungan (pendapatan) RM25,000 setahun.

"Banyak pihak di Mahkamah Hak Adat enggan merayu kepada Mahkamah Rayuan Hak Adat kerana tidak mampu membayar yuran guaman. Di sini yayasan dapat membantu mereka," katanya kepada Bernama, di sini ketika diminta mengulas pelancaran yayasan itu yang menyediakan bantuan guaman kepada golongan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

kadazandusun harvest 090606 men dancingYayasan itu yang mempunyai 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Maijol berkata walaupun seorang peguam dibenarkan mewakili pihak-pihak terbabit di peringkat Mahkamah Hak Adat daerah dan Mahkamah Hak Adat, para peguam dibenarkan mewakili bagi pihak plaintif hak adat dalam Mahkamah Rayuan Hak Adat.

"Saya percaya yayasan itu boleh membantu menyediakan bantuan guaman pada peringkat ini dengan mengambil peguam yang sudahpun dipanggil peguam Mahkamah Hak Adat di Sabah," katanya.

Katanya pada masa ini ada 19 peguam di Sabah yang disenaraIkan sebagai peguam Mahkamah Hak Adat dan mereka mahir dengan undang-undang adat di negeri ini.

Sambil menyifatkan usaha kerajaaan Persekutuan mewujudkan yayasan itu sebagai kena pada masanya, Maijol berkata ini merupakan satu lagi usaha kerajaan bagi memberikan keadilan yang mencukupi kepada orang ramai mengikut peraturan undang-undang.

Penubuhan yayasan ini menunjukkan sikap penyayang Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak kepada rakyat dan bagi membolehkan ia dilaksanakan sepenuhnya dan dirasai oleh orang ramai, firma-firma guaman di negara ini juga perlu menyokong sistem ini.

Beliau berpendapat Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Sabah dan Sarawak perlu dimaklumkan dan dijemput menyertai usaha ini bagi menjayakan usaha itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/157195

Kerajaan lulus kemasukan 45,000 pekerja asing

Feb 27, 11 4:38pm

Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, hari ini.

NONEBeliau berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) oleh bekas presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu di Kuala Lumpur.

Subramaniam berkata, pekerja itu akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan itu yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Wisma PRIMAS enam tingkat di Jalan Dato' Haji Eusoff di Kuala Lumpur, telah diubahsuai dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana yang menelan kos RM3 juta.

Selain menjadi pusat pengurusan untuk pembangunan persatuan itu, wisma tersebut turut menempatkan Pusat Latihan Kemahiran PRIMAS untuk melatih pekerja-pekerja restoran dari persatuan itu.


- Bernama


http://malaysiakini.com/news/157191

Hadapi pilihanraya dengan akhlak Islami


Nasrudin Hassan Tantawi

1. Kita adalah mewakili Gerakan Islam yang menyertai politik berpilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk meloloskan Islam dari kepungan jahiliyah moden hari ini mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun selama mana cara dan kaedah itu diizinkan oleh syara' .

2. Justeru itu, penyertaan dan penglibatan kita dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh rasa ingin berpilihanraya semata atau didesak keinginan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh semata, sebaliknya ia adalah didokong oleh prinsip untuk menjulang Islam dan segala syariatnya agar menempati ruang yang selayaknya sebagai cara hidup [ way of life ] pula mengatasi kedudukan ideologi ciptaan manusia.

3. Bertolak dari nokhtah ini, partisipasi kita dalam seluruh kegiatan politik tanahair hari ini adalah satu ibadah atau pengabdian diri kita kepada Allah swt. Justeru itulah, kita bertanggungjawab pula untuk memastikan setiap langkah kita dalam sebarang aktiviti politik ini, samaada dalam aspek menggaris matlamat, melakar objektif, merencana strategi dan mengurus operasi, segalanya mestilah berlandaskan syariat dan akhlak Islami.

4. Tindakan yang dihambat emosi, dihasut nafsu dan dirasuk dendam adalah suatu yang mesti dielakkan dalam gerak langkah kita berkempen dan mencari sokongan politik. Bahkan apa yang wajar dan sayugianya ialah setiap pimpinan dan ahli PAS mempamerkan qudwah yang unggul dan uswah yang luhur mencerminkan bayangan akhlak terpuji didikan Rasul saw.

5. Jauhkan diri dari politik maki hamun dan caci nista biapun saat mendepani provokasi luarbiasa dari pihak lawan. Kekalkan rentak berakhlak sekalipun dilatari kebingitan melampau yang mencabar rasa dan cita kita sepanjang tempoh perjuangan, khasnya di saat mendepani detik pilihanraya umum atau kecil.

6. Bukankah Allah swt mewahyukannya kepada kita semua :

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم و استغفر لهم و شاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين

Maka dengan sebab Rahmat [yang melimpah] dari Allah swt [kepadamu Wahai Muhammad], Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka [sahabat-sahabat dan pengikutmu], dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka [mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu], dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan [peperangan dan hal-hal keduniaan] itu. kemudian apabila Engkau telah berazam [Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu] maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Surah Aali Imran : 159

7. Ayat ini sebahagian dari strategi penting yang perlu dilaksana dan dihayati untuk menghasilkan kesan mendalam dalam urusan kempen kita sepanjang tempoh pilihanraya. Sementara umum mengetahui bahawa pilihanraya adalah berkait dengan undi yang ingin diperolehi dari rakyat atau pengundi. Maka ia memerlukan satu pendekatan yang lunak dan meyakinkan pengundi untuk mereka hampir dengan kita lalu memberikan undinya kepada kita.

8. Pilihanraya bukan medan peperangan untuk menghunus senjata tajam seumpama pedang guna memenggal leher lawan dan menebas betis penghalang, tetapi pilihanraya adalah gelanggang untuk memenangani hati pengundi agar memberi peluang serta kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan mewakili mereka dalam satu - satu kawasan pilihanraya yang ditandingi.

9. Akhlak menjadi senjata berkesan di medan pilihanraya justeru ia berkait dengan usaha konsisten untuk memenangi hati pengundi. Memenangi pilihanraya, kita perlukan undi dari semua pihak sekalipun bukan dari kalangan kita. Maka hal ini hanya boleh dicapai apabila kita berjaya memenangi hati dan meyakinkan mereka untuk memberi sokongan kepada kita. Hanya akhlak mulia [ Islami ] yang boleh memenangi hati manusia. Caci nista pula menjauhkan kita dari mereka dan menjarakkan mereka dari kita.

10. Kawal diri dan kekang emosi terutama saat berdepan provokasi. Marilah kita bina suasana politik baru yang berteraskan politik Rasulullah saw. Terutama pada hari perarakan penamaan calon dan hari akhir sewaktu merayu undi, sekali lagi saya seru agar elakkan diri dari melontarkan kalimah dan slogan yang tidak mencerminkan ketinggian budi dan akhlak muslim. Berwatak matanglah dalam memimpin slogan serta aksi tanpa mencemuh pihak lain. Pilih slogan yang boleh menaikkan semangat juang dengan penuh hemah.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPP Malaysia


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31074:hadapi-pilihanraya-dengan-akhlak-islami&catid=113:ketua-pemuda-pas&Itemid=153

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...