Thursday, October 27, 2011

SPRM BUKA 36 FAIL KES ATAS LAPORAN AUDIT

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.Menurut kenyataan SPRM di sini,Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.

Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:

“Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010″.

Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak bermakna SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan atau mana-mana prosedur pengurusan kewangan sebaliknya ia adalah bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan, jelas kenyataan itu.

Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Beliau berkata langkah-langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurustabdir dengan berkesan.”Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 semalam menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.

Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

http://www.kl-today.com/2011/10/sprm-buka-36-fail-kes-atas-laporan-audit/

RINGKASAN LAPORAN AUDIT NEGARA 2010

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Ringkasan audit 2010 :

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.

KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
(Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808

MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI



Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

5. Penurunan Untung Sebelum Cukai

Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.


Sumber: Harakah Daily

HASIL AUDIT: BERJIMATLAH KERANA GAWAT!

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 26TH, 2011

Saudara Pengarang,

Hari ini terbahak-bahak ketawa semua kakitangan awam yang tidak dapat kenaikan gaji bukan kerana gembira, tetapi ulasan KSN berkenaan dengan audit oleh Ketua Audit Negara. Tok KSN tidak risau kalau berbelanja lebih dan harga pembekalan tidak ikut harga patut, tetapi risau kalau laporan audit disediakan tidak lengkap. Apa sudah jadi ni?

Sebanyak RM3.78 Billion di dalam tulisan menggambarkan hanya peruntukan tambahan seolah RM3.78 ringgit sahaja. Mengapa tidak ditulis dengan angka audit dan perakauanan yang betul supaya orang kampung tahu ianya seperti berikut: RM3,780,000,000.00 sahaja peruntukan tambahan. Berapa banyak kosong dan akan mengosongkan perut kita rakyat Malaysia. Baru laporan audit yang betul.

Anda fahamkah kenapa hanya ditulis juta atau billion, ini bagi mengaburi mata masyarakat yang tidak faham Billion itu apa. Huhuhu…sekali lagi dikelirukan selepas subsidi bohong dari kerajaan BN. Apabila diulas oleh Ketua Audit Negara mungkin KSN tidak baca dengan tepat, bahawa KAN memberitahu bahawa tender tertutup yang membekalkan barangan nilainya lebih 4 kali ganda dari nilai pasaran atau dalam bahasa perniagaan ialah 400%. Di dalam hukum Islam muamalat harga itu tidak wajar dan boleh diletakkan di dalam katagori HARAM.

Di mana Ustaz Zahirudin yang mahir tentang Muamalat untuk menasihati petender-petender kerajaan dalam tender tertutup untuk menasihatkan para peniaga muslim ini. Mengapa tidak wujud di dalam perbincangan perniagaan Islamik?

Sebagai seorang KSN yang power di dalam kakitangan kerajaan sepatutnya KSN membuat siasatan setelah diutarakan oleh KAN. Pastikan petender-petender dan juga syarikat yang mendapat tender disiasat oleh SPRM. Sementara itu kepada petugas penjaga tender di jabatan-jabatan yang terlebih budget mestilah digantung untuk siasatan lanjut. Ini baru jawapan yang rakyat dan kakitangan awam mahukan.

Seandainya jawapan seperti yang KSN jawab tadi seorang pekerja N17 seperti saya juga mampu membuat ulasan terhadap teguran Ketua Audit Negara. Saya betul-betul hairan, mengapa sebuah kerajaan yang dikatakan telus dan sentiasa dipantau oleh SPRM masih ada lagi ketirisan kewangan. Jangan tanya Tok Najib, apa perlu buat. Jika begitu lebih baik, tanya sahaja pada Kak Ros yang lebih mahir.

Semoga KSN ambil tindakan drastik, kerajaan sudah tiada duit lagi. Gaji kami semua tidak naik, elaun pun dah macam nak kena tarik balik. Banyangkan jika semua kakitangan awam ambil cuti sebulan dari meja penyambut tetamu sampailah kepada meja CC, apa akan jadi. Menteri, KSN dan PM yang buat kerja. Sekarang KSN mesti kena fikirkan sebenarnya budget yang terlebih guna iaitu RM3,780,000,000.00 adalah duit kenaikan gaji kami dan bonus kami.

Jika KSN sudah tidak mampu bertugas, ramai lagi PTD yang menanti KSN untuk jamuan perpisahan. Semoga KSN insaf dan bertindak tegas agar mereka yang melakukan penyelewengan diambil tindakan. Ramai lagi orang yang menganggur di luar sana menanti untuk jawatan tetap di dalam agensi kerajaan.

Sekian wasalam.

Pekerja Am Putrajaya
alumnihmsb@yahoo.com

http://www.kl-today.com/2011/10/hasil-audit-berjimatlah-kerana-gawat/

TOK GURU VIP DAN NASI BUNGKUS RM2.50

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 27TH, 2011

“ANTA dah makan,” tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. “Alhamdulillah, sudah Tok Guru,” jawab penulis sambil mengangguk.Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan.

Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.

Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.

Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.

Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.

Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.

Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk ‘air kencing syaitan’ di kelab malam pun boleh.

Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.

Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.

Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.

Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.

Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.

“Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.

“Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih,” kata beliau memberi alasan.

Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.

Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.

Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?

Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?

Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?

Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.

Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini.

To Najib, please be yourself.

Sumber: HarakahDaily

http://www.kl-today.com/2011/10/tok-guru-vip-dan-nasi-bungkus-rm2-50/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...