Monday, October 20, 2008

Gagal kesan adik hilang


MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar raya ini yang hilang sehari sebelum menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 13 Oktober lalu, masih gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangan mangsa, Noorhidayah Md Salleh, 15, yang menetap di Taman Pandan Jaya, sekali gus menghampakan keluarganya yang ingin melihat anak keenam daripada lapan beradik itu mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Abangnya, Mohd Najibeh, 25, berkata adiknya itu memberitahunya hendak beraya di taman berhampiran dengan kawannya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Noorhidayah boleh menghubungi Mohd Najibeh di talian 016-2329370 atau balai polis berdekatan.

http://www.hmetro.com.my/20102008

Nasi ayam Hainan


Kejutan pengakuan Jolie


PITT dan Jolie.

--------------------------------------------------------------------------------

LOS ANGELES - Aktres terkenal, Angelina Jolie mengaku bahawa dia adalah punca perkahwinan aktor Brad Pitt dengan Jennifer Aniston berakhir, lapor sebuah akhbar semalam.

Jolie, 33, mengaku bahawa dia dan Pitt, 44, jatuh cinta ketika di set penggambaran filem Mr. and Mrs. Smith semasa aktor itu masih menjadi suami kepada Aniston, 39, yang juga seorang aktres popular.

Sebelum ini, pasangan itu menegaskan bahawa mereka mula jatuh cinta selepas Pitt berpisah dengan Aniston yang popular menerusi siri televisyen Friends.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Jolie memang berniat untuk membuat pengakuan itu atau terlepas cakap ketika diwawancara oleh sebuah akhbar.



Aniston

--------------------------------------------------------------------------------

Jolie membuat pengakuan itu ketika memberitahu bahawa dia terlalu gembira apabila anak-anaknya melihat bapa dan ibu mereka dalam filem Mr. and Mrs. Smith.

"Tidak ramai orang berpeluang menonton sebuah filem yang memaparkan bagaimana ibu bapa mereka jatuh cinta," jelasnya.

Namun, Jolie menegaskan bahawa dia bimbang apabila anak-anaknya itu nanti akan mengkaji kisah hidupnya sebagai artis.

"Saya bimbang anak-anak saya nanti akan melihat beberapa gambar saya yang seksi dan artikel yang tidak benar mengenai diri saya," jelasnya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/20102008

Krisis kewangan tingkatkan jualan basikal di Taiwan


DUA wanita berbasikal di Taipei, Taiwan.

--------------------------------------------------------------------------------

TAIPEI - Sejak enam bulan lepas, Wayne Hsu mengayuh basikal selama 45 minit setiap hari ke pejabat dan gembira melakukannya kerana dia dapat mengurangkan kos petrol.

Petugas sektor penerbangan di daerah Taoyuan, utara Taiwan itu menyumbang kepada peningkatan orang ramai yang memilih untuk berbasikal berbanding memandu kereta berikutan kenaikan inflasi dan kemelesetan melanda pulau itu.

"Mengayuh basikal merupakan satu cara senaman murah dan saya menggalakkan rakan-rakan sekerja dan bos supaya mengikuti jejak langkah saya," katanya.

Minat orang ramai yang semakin meningkat dengan aktiviti berbasikal menjadi pemangkin kepada industri pengeluaran basikal tersebut di Taiwan.

Sebelum ini, pulau itu adalah pengekport basikal terbesar di dunia tetapi penjualan menjadi lemah sejak pertengahan tahun 1990-an ekoran kenaikan kos menyebabkan kilang-kilang basikal berpindah ke tanah besar China. Kini China merupakan pembekal basikal murah utama dunia manakala Taiwan kekal sebagai pengeluar produk yang lebih mahal seperti basikal lumba dan gunung yang berharga sekitar AS$222 (RM783).

Setakat ini belum ada maklumat rasmi berhubung jumlah penjualan basikal di pasaran tempatan tetapi badan-badan pemantau industri menganggarkan ia dijual sekitar satu juta kepada penduduk Taiwan pada tahun lepas.

"Perniagaan berkembang pada tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun terbaik," kata jurucakap syarikat pengeluar utama basikal dunia, Giant Inc., Jeffrey Sheu.

Penjualan basikal keluaran Giant pada Ogos dan September lepas masing-masing meningkat 27 dan 35 peratus kepada AS$120 juta (RM423.5 juta) dan AS$126 juta (RM444.6 juta).

"Pekerja-pekerja kami terpaksa bekerja lebih masa bagi memenuhi permintaan yang meningkat," tambahnya.

Menurut Sheu, ketika inflasi meningkat dan pasaran kewangan kian runtuh, pengeluaran basikal dan perniagaan-perniagaan yang membantu orang ramai berjimat-cermat semakin popular apabila rakyat mula mengurangkan perbelanjaan mereka.

Seorang peminat aktiviti berbasikal di ibu kota Taipei, Ed Lu berkata, mengayuh basikal membantunya untuk memenangkan fikiran.

"Jika lebih ramai orang mula berbasikal dan tidak berkereta, kita dapat meningkatkan kualiti udara di bandar-bandar selain mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.

Pemikiran pemuda itu membayangkan peningkatan tahap kesedaran orang ramai dalam memulihara alam sekitar sekali gus mendorong kepada peningkatan jualan basikal di Taiwan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/20102008

Korea Selatan umum pelan penyelamat kewangan


SINGAPURA - Korea Selatan menyertai usaha pemimpin-pemimpin dunia mengukuhkan sektor perbankan dan pasaran yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi disifatkan terbesar sejak Zaman Kemelesetan Ekonomi pada 1930-an.

Negara itu semalam berjanji menyediakan AS$130 bilion (RM459.8 bilion) dalam bentuk jaminan kerajaan dan suntikan modal beberapa jam selepas beberapa pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Eropah bersetuju mengadakan siri sidang kemuncak ke arah satu pelan tindakan global bagi menangani krisis tersebut. Presiden AS, George W. Bush kelmarin berkata, beliau akan mempengerusikan sidang kemuncak itu yang dijangka diadakan tidak lama selepas pilihan raya Presiden 4 November depan.

Satu kenyataan bersama selepas pertemuan Bush dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso di Camp David, AS menjelaskan sidang kemuncak itu akan memberi tumpuan kepada prinsip-prinsip reformasi yang diperlukan bagi memulihkan sistem kewangan global.

"Sidang-sidang kemuncak selepas itu akan dirangka bagi memperoleh persetujuan melaksanakan langkah-langkah spesifik bagi tujuan tersebut," kata kenyataan itu. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/20102008

Buat duit klip video 'panas'

KUALA TERENGGANU - Klip video 'aksi panas' pelajar sekolah rupa-rupanya memberi keuntungan kepada sesetengah pihak yang bertindak menjualnya kepada orang ramai.

Beberapa rakaman yang dibuat oleh pelajar kini dipercayai dijadikan koleksi untuk dimuat turun ke telefon bimbit dengan caj berjumlah RM20.

Peniaga aksi seks secara maya ini juga jadikan golongan pendidik sebagai sasaran mereka yang sememangnya begitu sensitif terhadap aspek-aspek moral melibatkan para pelajar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pihaknya bimbang dengan trend pengedaran klip video berkenaan.

Menurutnya, berlaku kegelisahan di kalangan guru dalam usaha mendisiplin pelajar terutama yang kian berani membawa bahan terlarang seperti telefon bimbit ke sekolah.

"Bahan lucah itu seolah-olah beredar dengan begitu mudah tapi berlaku secara senyap-senyap serta sukar ditangani oleh guru.

"Sekarang, guru macam perlu jadi penyiasat. Masa mereka banyak dihabiskan untuk menjejak pelajar nakal pada hal sepatutnya mereka beri tumpuan pencapaian akademik.

"Guru betul-betul dalam dilema, bertegas sikit, mereka kena marah oleh pelajar dan ibu bapa. Tak bertegas, pelajar jadi terlalu nakal," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, jika terdapat pelajar dalam kelas itu terlibat dengan klip berkenaan, guru dan pelajar berasa terganggu dan tidak selesa.

Menurut seorang guru, Azman Jusoh, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memujuknya memuat turun sembilan klip video pelajar sekolah kira-kira seminggu lalu.

"SMS tu dihantar secara tiba-tiba ke telefon bimbit saya. Saya percaya klip-klip video tersebut sama seperti yang didedahkan Kosmo! sebab kesemuanya melibatkan aksi budak sekolah.

http://www.kosmo.com.my/20102008

Misteri serangan otak


Oleh SHANIKA ABDULLATIB

Catherine Sow Chiew Yen diserang strok pada usia 19 tahun. Ketika itu dia pernah terfikir ‘lebih baik mati saja’.



KALAU bukan kerana sokongan keluarga, mungkin Catherine telah lama membunuh diri.

--------------------------------------------------------------------------------

SEMUANYA berlaku ketika Catherine Sow Chiew Yen memasuki lif untuk ke dewan peperiksaan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Sungei Long, Kajang Selangor. Dia tiba-tiba sukar bernafas dan selepas itu langsung tidak ingat apa-apa lagi.

Setelah dikejarkan ke tiga buah hospital, akhirnya dia menjalani pembedahan kecemasan membuang darah beku di dalam kepala pada tengah malam itu juga di sebuah hospital swasta di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Hinggalah sebulan selepas itu, barulah saya menyedari sebelah kiri anggota tubuh saya tidak boleh bergerak,” kata Catherine yang ketika itu baru berusia 19 tahun.

Tidak dinafikan, memang sering saja dia dihimpit rasa tertekan, menjadi lebih sensitif dan mudah putus asa sepanjang beberapa bulan pertama terlantar.

“Masakan tidak. Saya masih muda, masih banyak perkara yang ingin saya lakukan tetapi langsung tak boleh bergerak. Memang menyeksakan,” luahnya.

Lebih membuatkan dia tertekan apabila terpaksa bergantung segalanya pada kudrat ahli keluarga untuk menguruskan keperluan sehariannya. Dia turut kehilangan teman lelakinya.

“Dan hingga pada satu peringkat, memang saya rasa hendak mati saja sebab saya rasa sudah menyusahkan keluarga saya.

“Tapi bila mengingati ayah yang banyak berusaha dalam memulihkan saya, kawan-kawan yang datang menyokong, akhirnya saya nekad untuk pulih,” kenang Catherine, kini 22 tahun, dalam sebak.



--------------------------------------------------------------------------------

Air matanya yang bergenang segera diseka.

“Paling membuatkan saya terharu apabila ayah saya kata, biar habis semua duit, yang penting saya sembuh,” katanya yang masih hiba.

Nasib baik menyebelahi Catherine. Tidak sampai setahun, usahanya untuk kembali pada kehidupannya yang aktif dahulu mula menampakkan hasil.

Tidak terhad kepada satu jenis rawatan, Catherine turut menjadikan terapi di Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (Nasam), akupuntur, mengurut dan senaman berjalan di taman setiap awal pagi sebagai alternatif dalam proses penyembuhannya.

Kini, hanya bahagian jari dan tapak tangannya saja yang belum benar-benar sembuh tetapi dia percaya tangannya itu akan kembali seperti sedia kala.

Ditanya mengenai punca dia diserang penyakit ini, Catherine lambat-lambat menggeleng kepala sebelum menghela nafas panjang.

“Itulah yang membingungkan saya. Sejarah kesihatan saya cukup baik. Tak ada darah tinggi, sakit jantung atau kandungan kolesterol yang tinggi.

“Cuma ada seorang doktor yang merawat saya kata, kemungkinan saraf di sekitar otak hadapan saya tidak normal dan apabila ia ‘pecah’, akibatnya ialah strok,” ujarnya yang menyertai Nasam di Ampang, Selangor pada Oktober 2007.

Dengan keterhadan yang dialami, Catherine mula menarik nafas lega apabila diterima bekerja di sebuah syarikat swasta setelah beberapa kali usahanya itu gagal.

“Mungkin mereka susah nak terima pergerakan saya yang agak perlahan tapi saya yakin saya dapat melakukan semua kerja yang diberikan,” tegasnya yang juga menjadi guru tuisyen di kejiranannya di Klang ketika waktu lapang.


--------------------------------------------------------------------------------

Dan jauh di lubuk hatinya, Catherine cukup menghargai kehidupannya kini dan dapat melihat banyak benda setelah musibah itu berlaku.

“Walaupun begitu, saya masih tak dapat menerima kenyataan yang saya menghadapi strok pada usia ini dan ini menyedarkan saya strok boleh menyerang sesiapa saja,” katanya.

Seorang lagi mangsa strok pada usia muda, Lee Kin Shong, 00, menganggap ia tidak ubah seperti mimpi ngeri.

Ceritanya, segalanya berlaku cukup pantas, namun mujur serangan tersebut terjadi ketika dia berada di rumah bersama kakaknya.

“Satu saat anda sedang tonton televisyen dan satu saat kemudiannya, anda sedang terlantar di unit rawatan rapi hospital tanpa dapat menggerakkan sebelah anggota tubuh anda. Cukup menakutkan,” cerita Kin Shong yang juga merupakan antara pesakit termuda di Nasam Ampang.

Tambahnya, dia bukan sahaja hilang keupayaan bergerak, keluarganya turut kucar-kacir gara-gara serangan penyakit tersebut.

Dia terlantar di hospital selama satu setengah bulan dalam keadaan tidak berupaya melakukan apa-apa. Isteri Kin Shong juga sukar menerima keadaan suaminya itu.

“Kadangkala saya rasa hendak mati saja tapi memikirkan nasib tiga orang anak saya yang masih kecil, saya kuatkan semangat untuk sembuh,” ungkapnya menahan sebak.

Sambil membuat senaman regangan di bahagian bahu, Kin Shong meneruskan ceritanya dengan memberitahu perniagaannya juga terjejas.

“Mujur kakak saya ada untuk melihat perniagaan buah-buahan saya sepanjang tiga bulan menjalani terapi di Nasam,“ ujarnya yang pernah mendapatkan rawatan akupuntur daripada seorang tabib Cina.

Merentasi waktu hitam dengan pelbagai dugaan, Kin Shong kini boleh menarik nafas lega apabila terapi yang diikutinya itu menunjukkan perkembangan yang cukup positif.

Dia yang dulunya tidak mampu mengangkat tangan dan kakinya, kini kedua-duanya boleh berfungsi.

Menurut pakar terapi strok di Nassam, Annie Ng, kerosakan otak akibat serangan jantung yang melibatkan pembuluh darah berupaya menjejaskan deria, pertuturan dan kefahaman seseorang.

“Sekiranya terjadi, separuh tubuh anda akan lumpuh dan peratusan untuk sembuh seratus peratus adalah terlalu tipis dan untuk itu, mangsa tidak menjadi seperti dulu lagi,” katanya.


--------------------------------------------------------------------------------

Dengan adanya terapi yang bersesuaian, bahagian otot pada tubuh yang terjejas dan kejang seperti tangan, kaki dan muka mampu dipulihkan.

“Tumpuan utama ialah pergerakan terkawal dan seimbang, juga pada meningkatkan kekuatan dan dan stamina untuk membolehkan mangsa bergerak dengan lebih baik,” jelas Annie.

Tidak sekadar itu, anggapan bahawa pesakit angin ahmar ini tidak boleh sembuh disangkal sama sekali oleh Amie kerana senaman yang teratur telah berjaya memulihkan mangsa.

Namun jelas Annie ia bergantung kepada tahap serius serangan dan semangat pesakit itu untuk pulih dan kembali dengan keadaan yang lebih baik.

“Yang utama, mereka kena terima hakikat yang mereka tak akan menjadi seperti asal lagi,” katanya.


Apa sudah jadi? - Aksi panas pelajar cetus kebimbangan semua pihak

Oleh WARTAWAN Kosmo! Ahad



ANTARA aksi panas pelajar dalam klip video yang tersebar seluruh negara.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU - Ketika pelajar lain tekun menuntut ilmu di sekolah, segelintir daripadanya tergamak menjadikan kelas sebagai lokasi penggambaran klip video 'aksi panas' mereka sendiri.

Kegiatan pelajar melakukan perbuatan terkutuk di dalam kelas dan merakamnya dengan telefon bimbit mula menjadi trend sejak kebelakangan ini.

Kosmo! Ahad baru-baru ini menerima lima klip video aksi melampau membabitkan lima pasangan pelajar daripada pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Jamal, 36, dan Fikri, 34.

Mereka yang tinggal di Kemaman, Terengganu menyerahkan klip video itu dalam satu pertemuan di Chukai.

Menurut mereka, semua klip video itu dipercayai sudah tersebar di seluruh negara.

Semua klip video tersebut membabitkan pelajar dan tempoh aksi rakaman itu antara dua dan empat minit lengkap dengan rakaman suara si pelaku.

Berdasarkan suara, dipercayai 'pelakon' itu adalah pelajar sekolah menengah beberapa negeri termasuk sebuah negeri di Pantai Timur.

Dengan anggaran usia 13 hingga 19 tahun mereka kelihatan 'selesa' melakukan 'penggambaran' dengan memakai uniform sekolah tanpa bimbang tertangkap.

Dalam satu klip, seorang pelajar perempuan dipercayai tingkatan enam duduk di kerusi dan diarah pelajar lelaki melakukan aksi mengghairahkan.

Terdapat juga adegan 'aktres amatur' melakukan aksi 'pemanas badan'.

Menjelaskan perkara itu, Jamal dan Fikri mendakwa mereka menerima klip video itu daripada kenalan masing-masing.

http://www.kosmo.com.my/19102008

Baik Buruk


RUANGAN Baik Buruk pada minggu ini akan membincangkan mengenai mengapa suntikan antivirus selsema diperlukan, jumlah pengambilan vitamin D yang sepatutnya untuk kanak-kanak dan mengapa pencinta muzik perlu merendahkan tahap bunyi pemain MP3 serta mengapa anda perlu memandang serius aduan sakit anak-anak.

Pertimbangkan suntikan antivirus selesema

PARA ibu sering dipesan sama ada untuk makan dengan betul, mengurangkan tekanan, mengambil vitamin, bersenam dan sebagainya. Kini, mereka mempunyai satu lagi cadangan yang boleh dipertimbangkan, iaitu mendapatkan suntikan selesema.

Suntikan selesema tidak digalakkan untuk bayi berumur di bawah enam bulan dan ubat rawatan antivirus untuk selesema tidak diluluskan untuk kanak-kanak berumur bawah satu tahun, menyebabkan mereka terdedah kepada virus yang berisiko tinggi itu.


"DAPATKAN maklumat yang betul tentang demam selesema."

--------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini, ujian klinikal yang dijalankan di Bangladesh, yang diketuai oleh Dr. Mark C. Steinhoff, dari Universiti Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ibu yang menerima suntikan selesema semasa mengandung dapat melindungi bayi mereka daripada virus selesema sehingga enam bulan selepas dilahirkan.

Kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, ini melaporkan risiko bayi berjangkit dengan virus ini berkurang sehingga sekurang-kurangnya 63 peratus, dan risiko jangkitan paru-paru berkurang sehingga 29 peratus.

“Bayi di bawah enam bulan menunjukkan kadar kemasukan dalam kalangan kanak-kanak ke hospital paling tinggi akibat selesema di Amerika. Keadaan itu bagaimanapun dapat dikurangkan sehingga separuh jika ibu mengambil suntikan vaksinasi,” ujar Dr. Steinhoff.

Empat kali ganda vitamin D

KETUA pakar pediatrik AS berkata kanak-kanak (bayi hingga remaja) sepatutnya mendapatkan dua kali ganda ambilan vitamin D berbanding yang disarankan selama ini untuk mengelakkan penyakit serius.

The American Academy of Pediatrics (AAP) berkata bahawa untuk memenuhi keperluan 400 unit vitamin D sehari, jutaan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D setiap hari.



"SUSU badan terbukti lebih banyak khasiat untuk perkembangan bayi berbanding susu lembu."

--------------------------------------------------------------------------------

Ini termasuklah bayi yang diberi susu badan, bayi yang mengambil susu formula tertentu dan remaja yang minum sedikit atau tidak minum susu langsung.

Susu badan, yang digalakkan untuk diambil sekurang-kurangnya setahun sepanjang hayat seseorang, mungkin kekurangan vitamin D, jadi pengambilan suplemen amatlah digalakkan.

Kebanyakan susu formula bayi pada hari ini mengandungi jumlah vitamin D yang lebih tinggi, sekali gus tidak memerlukan suplemen tambahan.

Susu komersial yang ada di pasaran diperkaya dengan vitamin D, namun pengambilan susu dalam kanak-kanak pada hari ini adalah sedikit atau tidak mencukupi. Untuk memenuhi keperluan tubuh, empat cawan susu diperlukan setiap hari.

Rendahkan tahap bunyi

KESATUAN Eropah (EU) memberitahu pencinta muzik supaya memperlahankan bunyi pemain MP3 dengan mengatakan mereka berisiko menjadi pekak jika ia digunakan untuk tempoh yang lama pada tahap bunyi yang tinggi itu.

Saintis melaporkan bahawa antara 2.5 juta hingga 10 juta warga Eropah mungkin menderita pekak kerana mendengar pemain MP3 pada kekuatan yang tidak selamat, iaitu melebihi 89 desibel, selama lebih satu jam untuk sekurang-kurangnya lima tahun.



"MUNGKIN ini salah satu pencemaran bunyi yang sengaja kita cari."

--------------------------------------------------------------------------------

Jurucakap EU, Helen Kearns berkata orang ramai mungkin sedang merosakkan pendengaran mereka tanpa mereka menyedarinya.

“Kerosakan ini mungkin akan datang kembali dan menghantui hidup anda pada masa akan datang,” katanya. Tambahnya, penetap peraturan akan meneliti semula had sahih EU, iaitu pada 100 desibel untuk pemain MP3.

Apple telah diarahkan untuk menarik balik pemain iPodnya dari pasaran di Perancis dan menambah baik perisian alat itu agar mengehadkan bunyi sehingga 100 desibel.

Abai aduan sakit

ANAK-ANAK anda yang berusia kurang daripada 16 tahun mungkin terdedah kepada serangan penyakit artritis juvenil (AJ) jika mereka sering mengadu tentang rasa sakit di bahagian sendi mereka. Ibu bapa yang tidak prihatin tentunya akan menganggap ia sekadar rasa sakit akibat bengkak biasa.


"JANGAN ambil mudah jika anak anda mengadu sakit."

--------------------------------------------------------------------------------

Namun kekerapan kesakitan itu berlaku adalah petanda bahawa kepada mereka terdedah kepada risiko kehilangan kualiti hidup.

Di seluruh dunia termasuk di Malaysia, terdapat peratusan kemungkinan yang membimbangkan mengenai ancaman AJ di kalangan kanak-kanak.

Tanpa perhatian dan rawatan yang sewajarnya, kanak-kanak yang menghidap AJ bukan sahaja menderita bengkak di sendi, malah boleh menjejaskan kemampuan mobiliti dan pertumbuhan fizikal secara keseluruhan.

http://www.kosmo.com.my/19102008

Layari internet baik untuk otak


GOLONGAN berusia emas gemar melayari internet untuk mendapatkan berita semasa.
--------------------------------------------------------------------------------

LOS ANGELES - Mereka di peringkat umur pertengahan dan warga emas yang melayari internet dikatakan dapat membantu meningkatkan kemampuan serta kekuatan otak individu.

Pengkaji Universiti California, Profesor Gary Small dalam kajian dimuatkan American Journal of Geriatric Psychiatry, mendapati internet merangsang pusat otak yang berfungsi mengawal manusia untuk membuat keputusan dan aktiviti pergerakan.

Penemuan ini dapat membantu mereka pada peringkat umur tersebut kerana usia lanjut menyebabkan pengurangan aktiviti sel yang memungkinkan pretasi otak merosot.

Small memberitahu, aktiviti seperti teka silang kata dapat membantu meminimumkan impak otak selain melayari internet yang mempunyai banyak permainan berkaitan dengan minda. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/19102008

Labah-labah eksotik kini tawan Britain


KEMUNCULAN mendadak labah-labah asing di Britain mendedahkan kelonggaran kemasukan produk luar ke negara itu.

--------------------------------------------------------------------------------

LONDON - Cuaca nyaman di Britain kini bukan sahaja menarik jutaan pelancong asing, malah pelbagai spesies labah-labah eksotik yang dikesan datang dari seluruh dunia.

Saintis kumpulan pemuliharaan Buglife di sini percaya, kehadiran spesies araknida nadir itu adalah melalui makanan dan tumbuhan yang diimport secara bebas dari luar negara.

Pengarahnya, Matt Shardlow menyalahkan dasar kelonggaran peraturan import serta menggesa Jabatan Hal Ehwal Alam Sekitar dan Makanan Britain agar memperketatkan kemasukan produk asing.

Persatuan Labah-labah Britain turut menjadi tumpuan apabila ramai panik melihat spesies Steatoda paykulliana dari Asia dan Afrika yang didakwa ada mencederakan mangsa. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/19102008

PM China akui kesilapan kerajaan


BEIJING - Perdana Menteri China, Wen Jiabao (gambar) mengakui kerajaannya turut bersalah dalam skandal susu tercemar yang menyebabkan beribu-ribu bayi sakit.
Dalam satu temu bual majalah Science Magazine yang diterbitkan semalam, Wen berasa sangat kesal terhadap pencemaran tersebut.

"Walaupun masalah itu dilakukan syarikat, kerajaan juga bertanggungjawab. Makanan, semua jenis makanan perlu mengikut piawaian antarabangsa," katanya.

Dalam satu laporan akhbar People's Daily, Wen berkata, kerajaan kurang memberi tumpuan terhadap penyeliaan dan pengurusan.

Pengakuan Wen itu merupakan sesuatu yang jarang berlaku tetapi kepimpinan beliau disukai rakyat China kerana sikapnya yang suka melawat rakyat miskin dan mangsa bencana.

Krisis susu formula China dicemari bahan kimia melamin disedari sebelum Sukan Olimpik Ogos lalu namun ia tidak dilaporkan kerana bimbang menjejaskan reputasi kerajaan.

Melamin dicampur pembekal susu kepada syarikat pengeluar untuk menipu ujian kandungan protein setelah mereka mencairkan susu berkenaan.

Bahan kimia melamin sering diguna dalam proses pembuatan plastik, baja, cat dan pelekat.

Dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kerajaan China mengarahkan piawaian ketat dan mengerah lebih 5,000 inspektor untuk mengawal industri susu negara itu. - AP

http://www.kosmo.com.my/19102008

Serang guru, pelajar dihukum


KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa menyerang dan menendang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis kelmarin digantung sekolah selama seminggu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat (gambar) berkata, tempoh hukuman itu berkuat kuasa kelmarin dan ia diambil selepas mendapati tindakan pelajar itu di luar batasan.

"Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin kelmarin telah memutuskan hanya seorang pelajar yang memukul dan menendang guru berkenaan.

"Jadi hanya seorang pelajar itu saja digantung sekolah berkuat kuasa serta-merta," kata beliau.

Mengenai seorang lagi pelajar, menurut beliau, pelajar kedua itu tidak dikena tindakan kerana dia didapati hanya mahu meleraikan salah faham tersebut.

"Dalam kes ini kita juga telah memanggil pelajar dan guru terbabit termasuk penjaga pelajar itu bagi mendapatkan keterangan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.


--------------------------------------------------------------------------------

Mansor yang turut bersedih atas kejadian itu berkata, insiden kelmarin tidak mencerminkan perlakuan yang sepatutnya antara pelajar dengan guru yang bertindak sebagai pendidik.

Selain itu, beliau memberitahu, kes tersebut juga disiasat oleh polis dan ia berlainan dengan tindakan yang diambil oleh jabatan pelajaran.

Beliau bagaimanapun berkata, kes berkenaan tidak melibatkan gangterisme.

http://www.kosmo.com.my/18102008

Serangga terpanjang dunia


SEORANG petugas Muzium Sejarah Alam menunjukkan mentadak yang diberi nama Phobaeticus chani di London baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

LONDON - Seekor mentadak sepanjang tangan manusia yang ditemui di Sarawak menjadi serangga paling panjang di dunia, kata saintis dari Britain semalam.

Spesimen berkenaan ditemui oleh seorang lelaki, Philip Bragg dan kemudiannya diserahkan kepada pencinta alam sekitar Malaysia, Datuk Chan Chew Lun pada 1989.

Seorang saintis di Muzium Sejarah Alam di London, Paul Brock yang tidak mempunyai kaitan dengan penemuan tersebut berkata, ia tidak disangkal sebagai serangga terpanjang yang pernah ditemui berikutan keganjilan saiznya.

Ia kelihatan seperti sebatang buluh dan serangga berwarna hijau itu mempunyai ukuran 56.7 sentimeter (cm).

Serangga itu berukuran 35.7 cm dari hujung kepala hingga ke abdomen di mana ia mengalahkan rekod serangga terpanjang sebelum ini iaitu Phobaeticus kirbyi berukuran 2.9 cm yang juga berasal dari Borneo.

"Serangga itu mempertahan diri dengan cara bergantung pada ranting pokok dan ia bergerak mengikut arah tiupan angin," kata Brock

http://www.kosmo.com.my/18102008

Syarikat susu beracun dibubar


BEIJING - Kerajaan China semalam mengarahkan lima syarikat tenusu terbesar negara berkenaan berbincang berhubung nasib syarikat Sanlu Group Co. yang terlibat dalam skandal susu tercemar.

Produk susu dicemari bahan kimia melamin membabitkan syarikat berkenaan mengakibatkan lima bayi meninggal dunia dan beribu-ribu lagi kanak-kanak jatuh sakit.

Sebuah akhbar melaporkan bahawa kelima-lima syarikat berkenaan dipanggil ke Beijing bagi berbincang kemungkinan penjualan Sanlu dan aset-asetnya.

Kerajaan kini cuba memulihkan semula industri tenusu selepas melamin dikesan pada sejumlah produk berasaskan susu yang dihasilkan dari negara berkenaan.

Sanlu yang majoriti sahamnya dimiliki oleh kerajaan kini hampir tidak beroperasi selepas kebanyakan produknya tercemar dengan melamin.

Kerajaan mahu keseluruhan syarikat itu dibeli oleh para pesaing tetapi sebilangan pihak hanya berminat untuk membeli beberapa aset.

Beberapa pesaing enggan membeli keseluruhan syarikat itu bagi mengelakkan terdedah kepada liabilitinya seperti kemungkinan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi daripada pengguna. - AP

http://www.kosmo.com.my/18102008

27 penduduk ditahan polis - Roboh rumah di Kampung Baru Plentong Tengah kecoh

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.my




SEBAHAGIAN penduduk kampung membuat benteng bagi menghalang pihak pemaju merobohkan rumah mereka di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU - Akibat enggan mengikut arahan polis supaya bersurai, 27 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah ditahan selepas mengadakan bantahan berhubung kerja-kerja merobohkan rumah mereka semalam.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, lebih 400 penduduk termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak menjadi benteng manusia bagi menghalang kerja-kerja meroboh.

Memandangkan arahan bersurai tidak diendahkan, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak merempuh penduduk yang menghalang.

Sebelum itu, peguam yang dilantik penduduk, Hassan Abdul Karim telah memberitahu penduduk bahawa perbincangan dengan pihak pemaju telah menemui kegagalan.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut gagal menyuraikan penduduk menyebabkan pihak polis yang mengeluarkan arahan agar mereka bersurai untuk membolehkan kerja-kerja merobohkan dijalankan.

Pada 11 Ogos lalu, jawatankuasa bertindak kampung tersebut telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman agar kerja-kerja merobohkan kampung mereka ditangguhkan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak selepas penduduk mengingkari arahan untuk bersurai.

http://www.kosmo.com.my/17102008

Peniaga dakwa masih dikuasai pemborong


JIKA pemborong terus meletak harga lama, peniaga seperti Fazlul ini tidak dapat menjual lebih murah barang di kedainya di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Sikap pemborong yang didakwa lebih senang tunggu dan lihat menjadi punca tiada perubahan pada harga barang walaupun harga minyak diturunkan sebanyak tiga kali.

Menurut beberapa peniaga, mereka tidak mempunyai pilihan selain mengekalkan harga jualan selepas pemborong masih menggunakan harga lama.

Pemilik restoran, Isman Ali berkata, beliau sudah bertanya kepada pemborong mengenai kemungkinan harga baru, tetapi jawapan yang diterima ialah ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

"Mereka kata penurunan harga minyak masih belum menyamai harga lama (RM1.92 seliter), jadi buat masa ini harga barang masih kekal.

"Kami tiada pilihan kerana jika dijual lebih murah, kami pula akan menanggung kerugian,'' katanya kepada Kosmo! semalam.

Isman mendakwa beliau masih membeli beras dengan harga lama iaitu RM150 untuk beras import 50 kilogram seguni berbanding RM85 sewaktu harga minyak belum dinaikkan pada Jun lalu.

Disebabkan itulah, Isman masih menjual sepinggan nasi dengan harga RM1.20.

Tinjauan Kosmo! di beberapa restoran mendapati, roti canai kosong masih dijual RM1 sekeping sementara roti canai telur pula berharga RM1.50.

http://www.kosmo.com.my/17102008

'Saya nak pisahkan mereka'

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my



AHMAD bersama isterinya, Mashitah Abdullah menatap kenyataan Harussani yang disiarkan Kosmo! di rumah mereka di Bagan Serai semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

BAGAN SERAI - Bapa kepada 'pengantin' perempuan yang kahwin koboi di Lombok Timur, Indonesia, Ahmad Abdul Hamid sudah bertekad untuk memisahkan anaknya itu dengan Nasrudin atas keyakinan perkahwinan itu sendiri tidak sah.

"Saya mahu memisahkan mereka berdua kerana seperti yang dikatakan Mufti Selangor (Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid) bahawa sekiranya majlis itu tidak menepati rukun nikah, ia bukan sahaja tidak sah, tetapi juga dianggap berzina.

"Siapa yang mahu anak sendiri berada dalam keadaan begitu dan saya percaya mana-mana bapa pun tidak mahu diperkotak-katikkan lelaki seperti Nasrudin," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ladang Sungai Gedong di sini semalam.

Hati Ahmad, keluarga dan sanak-saudara mereka panas selepas anak sulung mereka, Noor Fadilah, 18, dilaporkan sudah berkahwin dengan Nasrudin, lelaki Lombok didakwa melarikannya ke daerah itu awal September lalu.

Mereka mengharapkan Noor Fadilah atau Kak Long dapat mendengar nasihat ulama, jika tidak keluarga sendiri, supaya meninggalkan Nasrudin dan pulang ke Malaysia.

"Jika apa yang terkeluar daripada mulut abah dan mak ini tidak berbekas di hati, tidak berguna satu sen pun, abah rayu Kak Long dengarlah pesan alim ulama," kata Ahmad.

Kosmo! semalam menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa perkahwinan tanpa memenuhi rukun nikah itu adalah tidak sah dan sewajarnya pasangan tersebut dipisahkan.

http://www.kosmo.com.my/17102008

Biskut ditarik balik - Larang serta-merta import bahan penaik China


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam melarang serta-merta pengimportan bahan penaik ammonium bicarbonate dari China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, bahan penaik itu yang diimport dari negara-negara lain pula diletakkan di bawah pemeriksaan rapi sebelum dibenar masuk ke pasaran tempatan.

Beliau berkata, tindakan itu diambil apabila analisis yang dilakukan terhadap sampel produk dua kilang biskut tempatan, Khong Guan di Johor dan Khian Guan di Pulau Pinang mendapati 18 daripada 47 sampel biskut yang dianalisis melebihi tahap melamin yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm.

"Hasil analisis menunjukkan hanya agen penaik ammonium bicarbonate mengandungi paras melamin yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan, dan sumber ammonium bicarbonate bagi kedua-dua kilang biskut itu adalah dari China,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Serentak itu, Liow berkata kementerian telah mengarahkan 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff ditarik balik dari pasaran.

Enam biskut keluaran Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.

"Kami juga meminta mereka (Khong Guan dan Khian Guan) untuk menarik balik produk lain secara sukarela sehingga ia mendapat kebenaran dari kementerian, dan mereka memberi kerjasama yang baik,'' katanya.

Mengenai laporan CBC News kelmarin bahawa 'Julie's Crackers' yang diimport dari Malaysia mengandungi melamin berlebihan dan telah ditarik balik dari pasaran Taiwan, beliau menjelaskan, kementerian sedang menyiasat perkara itu. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/17102008

Pelajar wanita belasah guru

Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my




AZHANA keluar dari Balai Polis Kangar selepas membuat laporan dipukul oleh dua pelajarnya di SMK Perlis semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa bertindak di luar batasan membelasah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan dua berkenaan dipercayai telah menendang dan memukul guru Sivik dan Geografi, Azhana Ibrahim, 27, pada pukul 10 pagi semalam.

Menurut Azhana, dalam pergelutan itu, dia cuba mempertahankan diri selepas dua pelajar itu menyerangnya.

Ceritanya lagi, kejadian itu berlaku selepas pelajar itu menulis perkataan kesat dalam buku tugasan yang diserahkan kepada guru tersebut.

"Pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu dan hanya menghantar kepada saya hari ini (semalam) selepas diminta berulang kali.

"Bagaimanapun saya terkejut apabila terdapat perkataan kesat pada buku tugasan tersebut dan pelajar itu bercakap kasar serta kurang sopan sebelum menyerang saya," dakwa guru itu di sini semalam.

Guru yang berasal dari Perlis itu berkata, beliau kemudian melaporkan kejadian kepada Penolong Kanan Sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Jelasnya, beliau membuat laporan polis kerana bimbang diancam kedua-dua pelajar terbabit.

"Selama lima tahun berkhidmat sebagai guru, ini adalah kali pertama saya diserang,'' ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/17102008

Rempeyek


Bisnes cinta merudum


SEORANG wanita Vietnam berbual menerusi telefon di sebuah agensi mencari jodoh di Singapura kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

SINGAPURA - Krisis kewangan global sudah mula menjejaskan 'bisnes cinta' di Singapura dengan sejumlah agensi mencari jodoh mengeluh kerana kekurangan pelanggan.

Beberapa agensi mencari jodoh menyatakan golongan lelaki kini berfikir panjang sebelum membelanjakan ribuan dolar untuk mencari bakal isteri.

"Hampir 10 peratus pelanggan saya berkata 'ekonomi lembap, saya tidak mempunyai wang'," kata pengusaha Vietnam Brides International Matchmaker, Mark Lin.

Menurutnya, tiga hingga empat pelanggannya membatalkan perkahwinan pada setiap bulan.

Semua ketidaktentuan ekonomi dunia bermula di Amerika Syarikat (AS) hingga ke Iceland mengakibatkan bukan sahaja pasaran kewangan tetapi sektor lain termasuk harga rumah jatuh dan kebimbangan kehilangan pekerjaan sehingga memaksa pengguna mula berjimat cermat.

"Perniagaan terjejas teruk akibat keadaan semasa. Pada masa lalu, saya akan memperoleh sehingga 20 panggilan sehari tetapi kini untuk mendapatkan satu panggilan pun sukar," kata seorang pekerja di agensi Truelove International Matchmaker, Hannah.

Pasangan di Singapura akan menghabiskan beribu-ribu dolar ketika mereka berkahwin dengan mengadakan majlis makan mewah untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mark mengenakan yuran S$8,000 (RM19,120) bagi lelaki yang mencari pasangan di agensinya namun jika pelanggannya tidak menemui gadis idaman mereka boleh membuat bayaran tambahan S$2,000 (RM4,780) pergi ke Ho Chi Minh City, Vietnam untuk memilih antara 50 hingga 100 perempuan.

"Pelanggan saya selalunya berumur lebih 35 tahun. Mereka kecewa dengan wanita tempatan yang dianggap memiliki cita rasa tinggi," kata Mark.

- Reuters

http://www.kosmo.com.my/17102008

Implikasi krisis kewangan


Krisis kewangan global menyebabkan ramai yang memotong perbelanjaan kurang penting dan berusaha berjimat cermat.

--------------------------------------------------------------------------------

LUKAS SCHMIDT merenung tajam pada sekeping foto mengenai keindahan pantai yang memutih dan dipenuhi pokok-pokok palma yang dipamerkan di cermin sebuah agensi pelancongan di Berlin. Namun, sambil berdengus, Schmidt berlalu pergi dari sana.

"Saya sebenarnya mahu membawa teman wanita ke Sepanyol pada bulan Disember ini. Tetapi, saya rasa kami mungkin akan mengakhirinya dengan terus berada di sini," kata mekanik berusia 27 tahun itu.

"Saya tidak fikir harganya akan melambung naik, cuma dengan krisis kewangan yang disiarkan di seluruh media cetak dan elektronik, ia membuatkan anda tertanya-tanya apa yang bakal berlaku seterusnya."

Seperti Schmidt, kebanyakan penduduk Eropah berkata mereka memotong perbelanjaan terhadap keperluan yang tidak penting seperti percutian, perabot, pakaian, makanan organik dan cuba untuk berjimat dengan membeli-belah di DIY dan gedung yang menawarkan diskaun hebat ketika situasi kacau-bilau yang melanda kewangan global.

"Terdapat beberapa perkara yang perlu saya kurangkan contohnya botol. Ia menakutkan untuk berfikir bahawa krisis kewangan ini menjejaskan cara hidup saya.

"Biasanya saya sering membeli barangan di kedai organik, namun saya baru sedar ia seperti membazirkan wang," kata Sarah Klaus, seorang pelajar dari Jerman.

Di Sepanyol, media melaporkan ramai golongan muda kembali berpindah di rumah ibubapa mereka disebabkan masalah kewangan.

"Saya terpaksa meninggalkan rumah flat walaupun baru sahaja mendudukinya. Kini saya di sini untuk hidup bersama ibubapa semula," ujar Marc Solsona, 35, yang baru saja membeli sebuah rumah di Barcelona apabila dia kehilangan kerjanya sebagai agen hartanah, yang dipetik daripada akhbar El Pais Daily.

Berdasarkan tinjauan terbaru yang dijalankan oleh sebuah agensi yang menguruskan undian pendapat umum, Forsa, 60 peratus rakyat Jerman percaya keadaan ekonomi akan bertambah teruk.

Di Perancis pula, undian BVA menunjukkan 64 peratus pengundi menjadi lebih pesimistik terhadap situasi kewangan yang semakin meruncing sejak beberapa minggu kebelakangan ini.



PENDUDUK Eropah kini mengamalkan gaya hidup berjimat cermat ekoran krisis kewangan di sana.

--------------------------------------------------------------------------------

Julat perniagaan daripada peruncit mewah hinggalah gedung membeli-belah, hotel dan badan kebajikan telah mula merasai kesan akibat pergolakan ekonomi dunia.

Di Itali, AIBA, sebuah pertubuhan amal kanak-kanak terbuang berkata kebimbangan mengenai sistem perbankan telah menyebabkan kemerosotan sebanyak 20 peratus terhadap sumbangan untuk kanak-kanak di rumah kebajikan.

Karsten Schulz, pengarah rumah lelongan mewah on-line, Exklusivwaren berkata, golongan berpendapatan tinggi atau orang kaya juga telah mengehadkan perbelanjaan sebelum krisis kewangan melanda baru-baru ini.

"Jelas membuktikan bahawa produk mewah tidak dapat dijual sama seperti yang dicatat sebelum ini," tambahnya.

Di Britain, peruncit John Lewis melaporkan penurunan 8.3 peratus dalam jualan mingguan mereka pada 3 Oktober lalu.

Sebagai langkah berjimat-cermat, rakyat Eropah juga dilihat mengurangkan rutin makan di luar. Sekitar tiga daripada empat orang bekerja di Britain membawa bekalan untuk makan tengah hari di pejabat sekurang-kurangnya sekali seminggu, menurut tinjauan BBC Good Food.

Satu pertiga berkata mereka kini sering melakukannya (membawa bekal) berbanding enam bulan lalu, dengan kebanyakan menyatakan perubahan ekonomi sebagai alasannya.

Selain itu, kebimbangan terhadap bank dan kewangan peribadi turut memberi manfaat kepada firma yang menjual peralatan keselamatan.

Solon yang merupakan sebuah firma yang menyediakan kawalan keselamatan terkenal sejak tahun 1920 berkata mereka mencatat kenaikan jualan lebih 30 peratus sepanjang minggu lalu sejak kejatuhan bank pelaburan Lehman Brothers.

Tidak ketinggalan, penjualan basikal di kalangan warga Eropah turut meningkat sekali gus menerima kesan positif hasil krisis kewangan global yang melanda dunia kini.

Dengan harga petrol yang lebih mahal, penjualan peralatan basikal di Jerman meningkat sehingga 20 peratus awal tahun ini, kata Karsten Klama dari persatuan basikal ADFC.

"Orang yang mempunyai basikal lama bertindak memperbaikinya semula untuk digunakan," ujar Klama. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/16102008

Tiada niat larikan Bilal

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my




SALWANIS menunjukkan gambar-gambar Bilal yang masih disimpan di rumahnya di Serdang, Selangor.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Suami saya (Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39) menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melarikan Muhammad Bilal untuk selama-lamanya."

Demikian cerita Salwanis Ma'az, 31, mengenai penjelasan yang diberi Nasir kepadanya sepanjang perbualan mereka hampir satu jam ketika suaminya itu menghubungi beliau beberapa hari lalu.

Menurut Salwanis, suaminya kini memang berhasrat untuk pulang ke negara ini bersama-sama Bilal, 4 bulan, namun dia bimbang bakal dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tiba di Malaysia kelak.


NASIR MAHMOOD

--------------------------------------------------------------------------------

Melalui perbualan itu katanya, Nasir telah menjelaskan keputusan melarikan Bilal pada mulanya hanyalah untuk beberapa hari sahaja kerana tertekan dengan beberapa usahanya selama ini yang menemui kegagalan termasuklah dalam soal menguruskan visa.

"Pada anggapan dia (Nasir), selepas melarikan Bilal media akan berpihak kepadanya dengan melaporkan tentang tekanan yang Nasir hadapi ketika di Malaysia sehingga menyebabkan dia ambil keputusan larikan Bilal.

"Tapi sebaliknya pula yang berlaku apabila banyak berita melaporkan tentang usaha untuk mencari Bilal sehingga menyebabkan dia takut untuk pulang ke negara ini kerana bimbang ditahan pihak berkuasa,"
katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, Pengerusi Badan Pembelaan Sekretariat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim memberitahu, Nasir telah berhasrat mahu memulangkan semula Bilal kepada Salwanis sekiranya mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan tentang nasib malang yang menimpa Salwanis selepas Bilal dilarikan oleh suaminya yang berketurunan Pakistan pada 26 Julai lalu.

http://www.kosmo.com.my/16102008

Fadilah tetap isteri saya - Nasrudin


KERATAN Kosmo! 15 Oktober 2008.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Apa pun terjadi, saya sudah nikah dengan Fadilah, dia kini isteri saya yang sah, tiada siapa dapat memisahkan kami berdua, izinkan kami hidup bahagia."

Demikian tegas Nasrudin Dahrom, 24, jejaka dari Lombok Timur, Indonesia yang sebelum ini melarikan Noor Fadilah Ahmad, 18, yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak sejak 3 September lalu.

Ujarnya, perkahwinan antara dia dan Fadilah adalah sah menurut hukum Islam walaupun mengikut undang-undang negara tersebut menyatakan sebaliknya.

"Saya tahu kalau di Malaysia orang bernikah di Thailand, apa yang berlaku kepada saya dan Fadilah sama, kalau ikut undang-undang sampai bila pun kami tidak akan bernikah," katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan pasangan tersebut sudah berkahwin sejak tiga hari lalu atas alasan tidak mahu terlanjur dan melakukan dosa kerana tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin secara 'gelap' setelah permohonan mereka untuk berkahwin melalui kementerian agama di republik itu tidak diluluskan.

http://www.kosmo.com.my/16102008

'Saya tidak percaya mereka bernikah'

Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


--------------------------------------------------------------------------------

IPOH - "Walaupun mereka (Noor Fadilah Ahmad, 18, dan Nasrudin Dahrom, 24) dilaporkan sudah berkahwin, naluri saya sebagai bapa, tetap enggan percaya.

"Apa pun saya tidak akan mengalah dan tidak akan merestui sebarang usaha anak saya dan Nasrudin untuk 'bersatu' serta masih mahu berdepan dengan mereka."

Demikian reaksi Ahmad Abdul Hamid, 46, (gambar) setelah dikhabarkan Nasrudin mendakwa dia sudah mengahwini Noor Fadilah beberapa hari lalu atas alasan takut terlanjur.

Kosmo! semalam melaporkan Nasrudin akhirnya bernikah dengan Noor Fadilah melalui bantuan seorang 'ustaz' di Lombok, Indonesia tiga hari lalu walaupun tidak mendapat kelulusan kementerian agama republik berkenaan.

Sebelum ini Noor Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai didakwa oleh ayahnya Ahmad telah dilarikan Nasrudin pada awal September lalu.

Ahmad berkata, sehingga kini beliau belum mendapat sebarang maklumat tentang perkahwinan itu daripada mulut anak sulungnya dan Nasrudin mahupun pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia yang turut serta dalam misi untuk membawa pulang Noor Fadilah ke pangkuan keluarga.

Katanya, beliau kini telah bersiap sedia untuk ke Indonesia untuk menemui anaknya dan hanya menunggu 'lampu hijau' daripada Pengerusi Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Azeez Abdul Rahim sahaja.

"Setelah mengetahui berita ini, hati isteri saya (Masitah Abdullah, 42) remuk dan kecewa. Namun saya nasihatkan beliau agar banyak bersabar dan berjanji akan membawa pulang Kak Yong kembali ke pangkuan kami demi maruah keluarga," katanya.

http://www.kosmo.com.my/16102008

Tolak 'Datuk Shah Rukh Khan'


Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my



LAYAKKAH Shah Rukh bergelar Datuk hanya kerana dia pernah berlakon di Malaysia dan benarkah pengaruh Shah Rukh Khan menerusi filem lakonannya yang menjalani penggambaran di Malaysia berjaya mempromosi pelancongan negara ini?

--------------------------------------------------------------------------------

SOALAN relevan atau tidak penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) oleh Kerajaan Negeri Melaka mula menjadi pertanyaan ramai apabila berita ini diumumkan media Sabtu lalu.

Peminatnya mungkin tersentuh dan berasa gembira dengan pengiktirafan ini yang dilihat sesuatu yang membanggakan.

Tetapi rata-rata rakyat Malaysia memandangnya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Alasan yang diberikan untuk merelevenkan penganugerah itu juga kurang menyakinkan dan bersifat keterlaluan dalam menyanjung orang luar.

SRK dikatakan telah menyalurkan sumbangan selepas mempromosi Melaka melalui filem lakonannya, One 2 Ka 4 (2001) yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia.

Ini menyebabkan dia diberi hak untuk memiliki pingat penganugerahan berkenaan.

Tetapi selama ini adakah hanya SRK pernah menjalankan penggambaran di Malaysia? Kalau itulah alasannya dan jika diikutkan giliran, pelakon Hollywood, Sean Connery dan Catherine Zeta Jones patut diberikan penganugerahan terlebih dahulu, jika alasan pernah menjalani penggambaran di sini dijadikan kayu ukur.



BERSUARA. Ahmad Idham menyifatkan anugerah Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan sebagai memalukan.

--------------------------------------------------------------------------------

Ini kerana mereka adalah pelakon pertama yang mempromosikan Menara Berkembar PETRONAS dalam filem Entrapment yang dibikin tahun 1999 sebaik sahaja menara ini dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1999.

Ataupun filem yang diterbitkan pada tahun 1999 dan pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar, Anna and the King (pembikinan semula The King and I).

Karya ini dibintangi oleh Jodie Foster dan Chow Yun-Fat (dengan pelakon tempatan Deanna Yusof, Melissa Campbell dan Patrick Teoh) dirakamkan hampir sepenuhnya di Ipoh, Perak.

Rasanya pelakon filem ini juga perlu diberikan penghormatan sedemikian kerana produksi ini telah menelan bajet AS$120 juta (RM420 juta).

Mungkin kedua-dua filem itu sudah dilupakan kerana faktor masa. Tetapi penggambaran filem aktor yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada majlis berprestij Golden Horse Award 2005/6 di Taiwan baru berlangsung dua tahun lalu.


MUSTAFA MAAROF

--------------------------------------------------------------------------------

Aaron Kwok membintangi filem After This Our Exile yang dirakamkan sepenuhnya di Ipoh, Perak dengan menggunakan loghat Perak dan karya ini sendiri memberikan dia anugerah tertinggi dalam majlis yang dilabelkan sebagai Oscar Cina.

Jika itu semua tidak mencukupi, pengarah terkemuka yang pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Brokeback Mountain (2005) juga pernah menggunakan video arkib berlatarbelakangkan Perak dalam filem Lust, Caution (2007) yang dibintangi pelakon tersohor Hong Kong, Tony Leung dan aktres China, Tang Wei.

Filemnya ini juga ditayangkan di seluruh dunia. Bagaimana dengan filem lain yang pernah menggunakan Malaysia sebagai lokasinya? Bukankah juga membantu mempromosikan Malaysia?

Itu yang menjadi tanda tanya ramai dan turut menimbulkan rasa kecewa dan bantahan terutamanya penggiat seni tempatan.

"Persoalannya kenapa dia diberi anugerah ini. Adakah kerana dia berjasa kepada negara? Sebagai seniman, kita juga berusaha untuk mempromosikan Malaysia dan pernah membikin filem di Melaka. Tetapi mengapa kita tidak mendapat anugerah?

"Rasanya ramai lagi artis tempatan yang lebih layak untuk menerima penganugerahan seperti M.Nasir, Azean Irdawaty dan ramai lagi yang telah berjuang dalam industri.


ARASH MOHAMAD

--------------------------------------------------------------------------------
"Mengapa mereka dipinggirkan?," kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), baru-baru ini.

Pada perjumpaan di Finas yang dihadiri hampir 20 karyawan, mereka bukannya mahu menimbulkan kekacauan tetapi berkumpul secara aman dan menyuarakan perasaan tidak puas hati.

"Orang luar yang datang sekali dua sahaja terus diberi gelaran Datuk. Kalau selepas dia mendapat gelaran itu dan menetap di Malaysia, bolehlah diterima akal lagi. Tetapi dia (SRK) akan membawanya pulang ke negaranya.

"Adakah dia akan menyanjung penghormatan ini di negaranya? Jadi penilaian secara terperinci itu perlu dilakukan sama ada SRK cukup layak untuk menerimanya," tambah Mustapha.

Mahukan keadilan, ramai yang berpendapat nilai sebenarnya gelaran Datuk telah tergugat dengan perkembangan terbaru ini.

Kepada mereka, bukannya SRK sendiri yang memilih lokasi penggambaran sebaliknya ia ditetapkan oleh penerbit dan penaja sesebuah filem yang bakal dibikin.

ISU anugerah Datuk yang diberikan terhadap Shah Rukh Khan memberi tamparan yang hebat terhadap penggiat seni tempatan.

--------------------------------------------------------------------------------

Jadi bagaimana dia dikatakan begitu bertanggungjawab dalam mempromosikan Malaysia?

"Jika mengambil faktor pelancongan, bukannya aktor yang bertanggungjawab memilih lokasi penggambaran. Pelakon hanya berlakon di mana lokasi yang ditetapkan.

"Jadi kalau nak diberikan anugerah, baik diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab memilih lokasi. Berita ini satu tamparan hebat dan memalukan. Banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk mempromosi industri pelancongan selain daripada filem," kata pelakon dan pengarah muda, Ahmad Idham.

Bukannya bermaksud mahu campur tangan hak kerajaan, tetapi sebagai rakyat Malaysia dan penggiat seni, mereka mempunyai hak bersuara.

Dan luahan ini turut disampaikan dalam bentuk memorandum kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia (KSU), Selasa lalu.

"Kami tidak yakin dengan gelaran Datuk ini sahaja akan menjana peningkatan pelancong India ke Malaysia. Kita selalu berkempen untuk menghargai produk tempatan tetapi memberikan pula gelaran Datuk kepada orang luar. Kita sendiri yang mempromosikan artis luar," tambah Mustapha.

Menyifatkan bantahan ini bukannya disebabkan perasaan cemburu, aktor, Arash Mohamad memberitahu alasan yang dikeluarkan itu membuatkan anak seni berkecil hati.

"Selepas ini semua orang boleh dapat gelaran Datuk. Penganugerahan SRK tidak relevan langsung. Apa yang kita lihat penganugerahan ini berbaur peribadi.

"Dan kalau diikutkan relevan, Jackie Chan lebih sesuai kerana dia memiliki perniagaan di Malaysia dan kerap mengunjungi Malaysia atas urusan kerja dan peribadi. Secara tidak langsung Jackie Chan lebih banyak mempromosi Malaysia," jelas Arash.

Sabtu lalu, Shah Rukh Khan, 42, termasuk dalam senarai 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat ke besaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob.

http://www.kosmo.com.my/16102008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...