Friday, June 26, 2009

JKKK kecewa video cemar Rosmah


Muda Mohd Noor | Jun 26, 09 2:46pm
kemaskini 4.56pm Terdapat beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau dan semua 11 anggota jawatankuasanya telah menonton klip video tersebut.

Tambahnya, mereka yang tidak berpuas hati berhujah bahawa wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya "memburuk-burukkan kampung mereka sahaja."

"Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar," kata Abu Hassan lagi, yang juga tidak senang dengan video tersebut, ketika dihubungi melalui telefon.

"Saya tidak tahu mengapa mereka bercakap demikian dalam video itu. Saya rasa sedih dan bagai tidak percaya."

Abu Hassan, yang juga ketua kampung tersebut berkata, beliau tidak berani bertanya sebab mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi tidak menolak kemungkinan wujud "rasa tidak puas hati" terhadap Rosmah.

"Saya juga tidak pasti siapa yang buat video tersebut," katanya lagi.

anti rosmah mansor video 250609Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambarannegatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.

Mengesahkan kesahihan semua individu utama yang ditemubual dalam tiga klip video itu, Abu Hassan berkata Rosmanuddin Mansor (foto, empat dari atas) memang seorang adik angkat Rosmah dan sejak dulu wujud "riak-riak mereka berdua tidak sefahaman."

Menurutnya lagi, beliau mengenali Rosmanuddin kerana ketika umurnya dua atau tiga hari bayi itu diserahkan kepada ibu bapa Rosmah.

"Tetapi dia tidak ada lagi di kampung ini, saya tidak tahu ke mana dia pergi," katanya, sambil menambah orang kampung memanggil lelaki itu "Din".

Video itu mendakwa Rosmanuddin telah meninggalkan negara ini bagi mengelak daripada Rosmah susulan perselisihan mereka berdua, antaranya gara-gara pernah membantu melangsungkan perkahwinan anak wanita pertama itu Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib - dengan seorang selebriti Dr Fazley Yaacob pada penghujung 2006.

Abu Hassan menambah, rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari rumah orang tua Rosmah - yang masih didiami seorang pembantu.

Beliau tidak mengenali dengan dekat isteri Najib itu kerana sejak berpindah ke Gedong Lalang 50, Batu 5 Jalan Kuala Pilah, Rosmah sudah bekerja.

Beliau juga mengesahkan mengenali Che Mah Abdul Hadi (foto, tiga dari atas), balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali yang dikatakan jiran Rosmah dalam video tersebut.

Ariffin, yang juga seorang bekas ADUN, dilantik memegang jawatan tersebut dari 1964 hingga 1968.

Anaknya Ikmal Hisham (foto, dua dari atas), yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut, kini tinggal bersama Che Mah sejak berpisah dengan isterinya, kata Abu Hassan lagi.

Selain Rosmanuddin, Ikmal antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".

Pengerusi JKKK itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Beliau tidak menyatakan tarikhnya.

"Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.

Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah lain.

Dalam video tersebut, Che Mah mendakwa rumahnya dijadikan tempat berlangsung perkahwinan Najib-Rosmah sewaktu suaminya masih hidup.

http://www1.malaysiakini.com/news/107292

'Rosmah-Najib kahwin di rumah saya'

Muda Mohd Noor | Jun 26, 09 5:18pm
Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.

Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah
(foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.

"Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.

anti rosmah mansor video 250609 2Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan.

"Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya," katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.

Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada
Malaysiakinidengan alasan "tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali".

Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.

Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.

Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid
juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah.

Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi.

Ikmal
(foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".

Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut.

Beliau tidak menyatakan tarikhnya.

"Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.

Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.

http://www1.malaysiakini.com/news/107318

Kempen video burukkan isteri PM

Jimadie Shah Othman | Jun 25, 09 2:25pm
kemaskini 11.31pm Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

you tube videos of rosmah mansor slur campaign 250609Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampung lamanya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.

Satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk dan terbiar yang didakwa kediaman asal ibunya di Kampung Mertang, Seri Menanti.

Tiga klip video isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di
Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – penulis yang mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Semakan
Malaysiakini setakat ini menunjukkan ketiga-tiga siri video tersebut ditonton hampir 300,000 kali – 155,825 untuk bahagian pertama, 86,989 (kedua) dan 51,875 (ketiga) – dan disebarkan meluas di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencari Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular
Tranungkite.net.

Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya
Malaysia Instinct yang ingin menyiasat "konspirasi video" tersebut dan Isuhot Dot Com.

malaysia instinct dot com rosmah mansor video conspiracy 250609Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.

"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respons positif," laporannya dipetik.

Namun, tambahnya, seorang anak kepada isteri bekas Speaker DUN Negeri Sembilan yang ditemubual kini bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri dan berharap pegawai wanita boleh mendedahkan "siapa dan apa matlamat penerbitan video berkenaan."

Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang isteri bekas ADUN tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".

Menepis dakwaan dalam video tersebut,
Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.

Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".

"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.

"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

rosmah mansur and lee kuan yew 160609"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.

"Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ketika merakamkan wawancara memburukkan orang," coret
Isuhot Dot Com pada 17 Jun lalu.

Rosmah kini menarik perhatian ramai kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.

Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".

http://www1.malaysiakini.com/news/107205

Pemergian Jacko kejutkan seluruh dunia

26 Jun 2009 10:05AM

LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun.

Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak.

Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan.

Micheal atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.

Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya.

Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.

Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.

Dikenaloi sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Micheal dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.

Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.

Namun, reputasi Micheal tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik.

Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London.

Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka." / Reuters


Punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya

MJ sudah tiada

26 Jun 2009 8:21AM

LA: Raja Pop dunia Michael Jackson meninggalkan dunia di hospital Los Angeles.

Albumnya dikatakan pernah pemegang rekod jualan sepanjang zaman iaitu lebih 50 juta unit seluruh dunia.

Jackson juga pernah dilaporkan memeluk Islam beberapa tahun lepas dimana beliau telah menjemput seorang imam ke kediamannya dan mengucap dua kalimah shahadah. - KLpos, Reuters


Dilaporkan memeluk Islam beberapa tahun lepas dan mengucap dua kalimah shahadah

Belasungkawa: Michael Jackson













- foto AP/ REUTERS

Influenza : Dua kelas SMK Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup

Jumaat Jun 26, 2009

PUTRAJAYA: Dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup semalam berikutan penularan Influenza A (H1N1) di sekolah berkenaan, membabitkan 125 murid dan guru diarah untuk kuarantin di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penularan wabak itu adalah daripada seorang guru berumur 24 tahun di sekolah berkenaan, yang bercuti ke Istanbul selama 17 hari, kembali ke Malaysia pada 18 Jun lalu dan kembali mengajar pada 22 Jun 2009.

"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun, telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada hari sama, kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif H1N1 semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lapan ahli keluarganya turut dikuarantin di rumah dan kes itu menyumbang kepada 14 kes baru wabak H1N1 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, yang terdiri daripada 13 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.

Katanya ini menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga pukul 8 pagi ini berjumlah 105 kes iaitu 90 kes import dan 15 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian dilaporkan.

Mohd Ismail berkata 14 kes baru itu adalah 10 kes melibatkan warganegara Malaysia dan empat melibatkan warga asing, Australia (tiga) dan Filipina (satu).

Katanya 13 kes import melibatkan mereka yang melawat bandar di negara terjejas dengan wabak H1N1 iaitu Melbourne (5), London (3), Phuket (2), Manila (1), Istanbul (1) dan Singapura (1) manakala satu kes jangkitan tempatan melibatkan kes warga tempatan.

Beliau berkata jumlah sekolah atau institusi latihan yang sedang dikenakan tindakan tutup keseluruhan sekolah kekal empat buah, melibatkan 2,300 pelajar, guru dan petugas.

Katanya jumlah murid yang terlibat dalam penutupan kelas termasuk dua kelas yang ditutup selama tujuh hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ialah seramai 625 orang.

Semua ibubapa hendaklah memastikan anak-anak mereka yang dikenakan tindakan kuarantin di rumah berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam bagi mengelak berlakunya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penularan wabak itu adalah daripada seorang guru berumur 24 tahun di sekolah berkenaan, yang bercuti ke Istanbul selama 17 hari, kembali ke Malaysia pada 18 Jun lalu dan kembali mengajar pada 22 Jun 2009.

"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun, telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada hari sama, kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif H1N1 semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lapan ahli keluarganya turut dikuarantin di rumah dan kes itu menyumbang kepada 14 kes baru wabak H1N1 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, yang terdiri daripada 13 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.

Katanya ini menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga pukul 8 pagi ini berjumlah 105 kes iaitu 90 kes import dan 15 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian dilaporkan.

Mohd Ismail berkata 14 kes baru itu adalah 10 kes melibatkan warganegara Malaysia dan empat melibatkan warga asing, Australia (tiga) dan Filipina (satu).

Katanya 13 kes import melibatkan mereka yang melawat bandar di negara terjejas dengan wabak H1N1 iaitu Melbourne (5), London (3), Phuket (2), Manila (1), Istanbul (1) dan Singapura (1) manakala satu kes jangkitan tempatan melibatkan kes warga tempatan.

Beliau berkata jumlah sekolah atau institusi latihan yang sedang dikenakan tindakan tutup keseluruhan sekolah kekal empat buah, melibatkan 2,300 pelajar, guru dan petugas.

Katanya jumlah murid yang terlibat dalam penutupan kelas termasuk dua kelas yang ditutup selama tujuh hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ialah seramai 625 orang.

Semua ibubapa hendaklah memastikan anak-anak mereka yang dikenakan tindakan kuarantin di rumah berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam bagi mengelak berlakunya jangkitan tempatan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_berita/20090626142859&sec=mstar_berita

Ribuan peminat tangisi pemergian 'Raja Pop' Michael Jackson


LOS ANGELES: Raja pop, Michael Jackson (kanan) dan bintang televisyen 70-an, Farrah Fawcett menghembuskan nafas terakhir mereka, Khamis. Jackson meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Fawcett akibat menderita penyakit barah.

Jumaat Jun 26, 2009

Michael Jackson

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.AP

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_hiburan/20090626083306&sec=mstar_hiburan

Niat Farah Fawcett untuk berkahwin Ryan O'Neil tidak kesampaian

Jumaat Jun 26, 2009

O'Neal telah mengumumkan dalam program televisyen "20/20" bahawa Fawcett akhirnya bersetuju mengahwininya walaupun menghidap kanser. - foto REUTERS

KISAH cinta hebat yang berdekad lamanya antara bintang terkenal 'The Charlie's Angels' Farrah Fawcett, 62 tahun dan aktor kacak Ryan O'Neil akan senantiasa dikenang dan termaktub sebagai satu lagenda cebisan dari cerita cinta bintang Hollwood.

Walaupun pasangan ini tidak pernah berkahwin, kasih mereka tidak pernah pudar dan surut.

Bintang jelita Farrah Fawcett (Februari 2, 1947 - June 25, 2009) merupakan pelakon dan bintang filem terkenal Amerika.

Beliau telah beberapa kali tercalon dalam anugerah 'Golden Globe' dan 'Emmy Award'.

Farrah mula mendapat perhatian antarabangsa apabila pertama kali muncul melakonkan watak penyiasat peribadi, Jill Munroe dalam siri Drama TV 'Charlie's Angel' pada tahun 1976.

Farrah juga adalah seorang ikon bintang pop yang mana fesyen rambutnya turut menjadi ikutan jutaan gadis-gadis muda. Penjualan posternya juga mencapai rekod yang tinggi menyebabkan beliau menjadi simbol seks antarabangsa dari tahun 1970 hingga 1980. Dilahirkan di Corpus Christi, Texas dengan nama Ferrah Leni Fawcett pada 2 Februari 1947 dan merupakan seorang adik bongsu kepada dua adik-beradik.

Ibunya, Pauline Alice, adalah seorang suri rumah manakala bapanya, James William Fawcett, seorang kontraktor di kawasan petroleum.

Beliau berketurunan Perancis, Inggeris dan orang Indian Amerika dari kaum Choctaw. Fawcett menjelaskan bahawa nama "Ferrah" sebenarnya adalah nama yang diberikan oleh ibunya kerana lebih sesuai dengan nama keluarganya. Tetapi huruf "e" pada namanya kemudian ditukar kepada "a", dan disebut sebagai "Farrah"

Farrah mengikuti pembelajaran di University of Texas tetapi tidak habis belajar.

Setelah wajah jelitanya terpampang dalam poster "Ten Most Beautiful Coeds" di universiti tersebut, seorang publisis dari Hollywood telah menelefonnya dan mengajaknya datang ke Los Angeles untuk mencuba bakatnya di Hollywood.

Ryan O'Neal mencium Farrah Fawcett semasa tayangan perdana filem, "Poor Little Rich Girl: The Barbara Hutton Story," yang dilakon oleh Fawcett sendiri di Los Angeles dalam foto bertarikh 7 November 1987 ini. - foto REUTERS

Farrah berkahwin dengan aktor Lee Majors, bintang TV 'The Six Million Dollar Man', dari tahun 1973–1982. Pasangan ini sebenarnya kurang serasi dan hidup berasingan sejak tahun 1979.

Ketika perkahwinan ini berlangsung, Farrah lebih dikenali sebagai Farrah Fawcett-Majors.

Namun nama Farrah kembali menjadi gosip hangat apabila beliau memadu kasih dengan bintang kacak Ryan O'Neil pada tahun 1982.

Mereka mempunyai seorang anak bernama, Redmond O'Neal, yang dilahirkan pada tahun 1985.

Redmond mempunyai ketagihan yang teruk dan didapati bersalah apabila ditangkap dengan posesi narkotik pada April, 2009.

Gandingan Farrah-Ryan O'Neil tidak pernah padam. Di kalangan rakan-rakan selebriti, pasangan ini disifatkan sebagai paling ideal.

Sewaktu Farrah disahkan mengidap kanser pada tahun 2006, orang pertama yang berlari untuk memberi sokongan moral kepadanya ialah Ryan.

Keadaan Farrah bertambah teruk pada awal tahun ini apabila kansernya merebak dengan begitu cepat sekali.

Ryan begitu setia menemani kekasih dan sahabat setianya itu. Dia turut memberi kenyataan media menerangkan keadaan 'puteri kesayangannya' itu yang sedang bertarung dengan kanser.

"Keadaan Farrah seolah-olah seperti orang yang sedang tidur," kata O'Neil sebak dan matanya bergenang dengan kaca-kaca airmata. Menurut laporan dari The Los Angeles Times, kanser yang ditanggung Farrah sudah sampai ke tahap paling kritikal dan di fasa terakhir.

Keadaan kesihatannya yang membimbangkan memaksa pihak berkuasa menunaikan permintaannya untuk menatap dan berjumpa anak kesayangannya, Redmond pada bulan April tahun ini.

Permintaan Farrah diluluskan meskipun Redmond sedang menjalani hukuman penjara dan di bawah pemantauan.

Ayah Farrah, James Fawcett, 91 tahun, pula walaupun sudah uzur tidak melepaskan peluang menemui satu-satu anaknya yang tinggal. (Farrah hanya punya seorang adik perempuan, Diane. Diane telah meninggal pada tahun 2001 kerana mengidap kanser paru-paru).

Disebabkan kanser yang ditanggungnya, Farrah hilang 'mahkota' yang pernah menjadi kegilaan ramai gadis di seluruh dunia pada ketika itu. Disebabkan 'mahkota' ini juga, Farrah pernah dinobatkan antara wanita tercantik di dunia.

Sebuah dokumentari tentang kisah hidup Farrah yang berdurasi selama dua jam, dan diusahakan bersama Farrah dan rakan baiknya Alana Stewart, telah disiarkan di NBC pada 15 Mei, 2009.

Dokumentari itu telah ditatap oleh hampir 9 juta orang melalui kabel network MSNBC, Bravo dan Oxygen.

Pada bulan Jun, O'Neal nekad melamar Farrah. Walaupun pasangan ini sering berkepit bagaikan belangkas dan mempunyai seorang bersama, mereka tidak pernah berkahwin.

Untuk memeterai kasih dan cinta luhur mereka, O'Neal mahu berkahwin dengan wanita yang dicintainya walaupun Farrah berada di tahap kritikal melawan kanser yang dihidapinya.

Perkahwinan itu sepatutnya berlangsung pada bulan ini tetapi Tuhan tidak mengizinkan dan Farrah terlebih dahulu menemui ajalnya.

Farrah meninggal pada 9:28 pagi pada 25 Jun, 2009, di ICU, Saint John's Health Center di Santa Monica, California, di samping O'Neal yang senantiasa menemaninya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_hiburan/20090626121925&sec=mstar_hiburan

Ulamak bangkit membela Shah Rukh atas salah lapor isu Nabi

Jumaat Jun 26, 2009

Dato Shah Rukh Khan beramah mesra dengan para peminatnya semasa perlawanan The IPL Twenty20 di stadium kriket The Newlands, Cape Town pada April 19, 2009. -foto AFP

DATO Shah Rukh Khan yang selalu dihambat kontroversi sekali lagi terheret ke lembah yang sama apabila kata-katanya tentang Nabi Muhammad SAW telah disalah tafsir dan dicetak sedemikian rupa oleh sebuah majalah “Time’n Style Luxury.” Menurut aktor berlesung pipit itu, dia telah disalah petik oleh wartawan yang menemuramahnya.

Masalah salahfaham tentang isu 'menghina' Nabi itu menjadi begitu serius hingga sebuah laporan polis dibuat di Stesen Polis Bandra oleh beberapa pihak yang tidak puas hati. Pihak Mumbai Aman Committe juga telah membuat laporan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan dalam majalah itu.

Pejuang-pejuang Islam dan fundamentalis agama di bandar Mumbai juga tidak dapat memaafkan 'kesilapan' Shah Rukh kali ini dan bangkit memprotes apa yang dihamburkan oleh Shah Rukh dalam majalah tersebut.

Desakan demi desakan supaya dikenakan tindakan ke atas bintang terlaris Bollywood ini semakin memuncak hinggakan mengheret tokoh-tokoh agama, ulamak serta mufti-mufti yang warak tentang hukum agama untuk mengeluarkan fatwa mereka.

Antara tokoh agama yang terpaksa memberi kenyataan ialah Maulana Shahbuddin dari Markazi Darul Ifta, Ashraf Usmani dari Darul-Uloom Deoband dan Mufti terkenal bernama Maulana Yaseen Misbahi. Merek terus-terusan didesak untuk keluarkan fatwa terhadap apa yang dinyatakan oleh Shah Rukh Khan itu.

Mujurlah, kesemua tokoh agama itu mempertahankan Shah Rukh dan membuat kenyataan balas bahawa "apa yang tercetak dalam majalah itu hanyalah satu salah faham. Kita tidak perlu keluarkan fatwa atas satu kenyatan media yang salah. Jadi soal keluarkan fatwa tidak timbul sama sekali."

Bagi menamatkan kontroversi yang sedang meruncing dari berlanjutan, Shah Rukh telah meminta sidang redaksi majalah itu membuat klarifikasi dengan segera untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pihak majalah telah cepat-cepat mengeluarkan satu kenyataan bagi meredakan suasana panas dari terus bergolak akibat dari salah lapor majalah itu.

Dato Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka. - foto THE STAR

Perenggan dalam artikel itu sepatutnya berbunyi begini dan bukan seperti yang tercetak...." kata kenyataan majalah itu.

“Siapakah yang anda anggap tokoh paling impresif dalam sejarah?

"Ramai sekali, tapi ada di antara mereka agak negatif imej mereka seperti Hitler, Napoleon dan Winston Churchill dan mereka ini adalah tokoh sejarah. Kemudian ada Nabi Muhammad dan yang terkini Nelson Mandela. Ada juga yang 'agak baik' seperti Gandhiji dan Mother Teresa.’”

Orang yang paling risau sekali di tengah kehangatan kontroversi ini ialah pengarah Karan Johar. Ini adalah kerana dia sedang sibuk menghabiskan filem yang ada unsur Islam iaitu 'My Name is Khan' yang turut dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Kontroversi ini menyebabkan Karan terpaksa membuat kajian semula tentang subjek Islam yang cuba diterokanya.

Inilah pertama kali Karan cuba lari dari subjek kebiasaannya tema cinta dan mencuba sesuatu yang lebih serius seperti subjek Islam. Walaupun Karan cuba meyakinkan semua orang yang 'My name Is Khan' adalah berkisarkan tentang tema kemanusiaan sejagat dan tidak ada kena mengena dengan isu politik, kini dia juga agak was-was samada pilihannya itu selamat atau tidak.

Kini apa yang memening dan menggusarkan Karan ialah bagaimana dia akan berhadapan dengan fundamentalis Islam seandainya mereka merasakan filemnya 'My Name Is Khan' itu tidak kena dengan selera mereka dan bersifat sensitif sedangkan pelaburan mengeluarkan filem ini sudahpun menelan berjuta ringgit kerana penggambaran filem ini banyak dilakukan di luar negara India seperti di Amerika.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_hiburan/20090626072613&sec=mstar_hiburan

Ako bakal bergelar bapa, tertekan tiada kerja

Jumaat Jun 26, 2009

Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.

AKTOR Ako Mustapha yang pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita kini sedang berada dalam keadaan tertekan apabila banyak tawaran lakonan yang terbatal tanpa sebab yang munasabah.

Ini kerana, ia merupakan kali pertama suami kepada Kartina Shuaib Abdullah ini menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi dia bakal bergelar bapa nanti.

“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.

“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.

“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,” kata Ako.

Beritahu Ako, kini tekanannya bagaikan ‘terubat’setelah mendapat tahu isterinya mengandung 11 minggu.

“Hal ini membuatkan saya terfikir untuk tidak hanya memikirkan tentang diri-sendiri tetapi lebih kepada keluarga dan matlamat yang ingin dicapai, tutur Ako yang sekali-sekala bersuara ceria bagaikan tidak sabar untuk bergelar bapa.

Ako akui yang kes khalwat yang masih dalam perbicaraan Mahkamah Syariah itu memberikan sedikit sebanyak kesan kepada karier seninya.

“Saya dapat rasakan yang orang atasan dalam beberapa produksi mungkin tidak berminat untuk mengambil saya berlakon walaupun saya tidak disenarai hitamkan dari tiga stesen TV.

“Ada juga saya mendapat tahu yang sebuah produksi ini mahu menunggu sehingga kes ini selesai baru mahu mengambil saya berlakon.

“Ada juga yang ‘offer’ tetapi tak cakap apa-apa manakala ada satu syarikat produksi lagi yang datang ‘offer’ tetapi selepas itu terus senyap.

“Mungkin mereka takut nak guna saya atau ada sebab lain mungkin...,” tutur pelakon popular menerusi drama tempatan ini.

Sukar setara mana pun, Ako tetap tegas dengan prinsipnya yang tidak suka merayu mana-mana produser untuk mendapatkan kerja.

“Saya tak pernah bertanya tentang kerja kepada produser seperti bila nak ambil saya berlakon dan sebagainya kerana saya bukan jenis macam tu.

“Kalau ada rezeki selepas ini, Alhamdulillah,” jelasnya.

Malah, Ako tetap bersyukur kerana peluang dia tidak mempunyai pekerjaan sekarang digunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa dengan isterinya yang masih baru menyesuaikan diri dengan dunia kehamilan itu.

“Saya rasa apa yang saya lalui sekarang sama seperti beberapa bahagian yang saya tonton dalam filem ‘Nine Months’.

“Saya teruja apabila pertama kali dapat melihat denyutan jantung kandungan isteri semasa pergi ‘scan’ baru-baru ini.

“Sekarang, isteri saya mengidam semua makanan yang saya suka. Jadi, saya akan tolong makan makanannya yang tak habis. Lagipun, saya ni jenis suka makan kalau stres.

“Kadangkala, saya kena melayan perangainya yang berubah-ubah sehingga saya perlu berhati-hati untuk menegurnya. Saya juga tidak boleh ambil makanan dia sehingga dia betul-betul selesai makan

“Saya juga belajar untuk mengingati temujanji yang dilakukan bersamanya agar dia tidak terasa yang saya terlupa. Jadi, saya perlu utamakan dia terlebih dahulu sebelum membuat temujanji lain,” cerita Ako sambil tertawa.

Rupa-rupanya, tekanan yang dialami oleh Ako sedikit-sebanyak turut dirasai oleh Kartina sehingga isterinya mengalami pendarahan.

“Kartina lagi stres apabila mendapat tahu tentang hal ini. Sudahlah emosi dia tak stabil semasa mengandung, jadi dia bertambah stres selepas mengetahui kerja saya dibatalkan.

“Dia stres sehingga mengalami pendarahan dan mengambil ubat hospital untuk kuatkan rahimnya. Ada dalam tiga kali setiap minggu pendarahan itu berlaku pada bulan lepas,” katanya.

Ako juga sedang dalam proses menunggu tarikh perbicaraan lanjut mengenai kes khalwatnya yang belum ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Ako, dia juga menukar khidmat peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman kepada peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir kerana merasakan peguam barunya itu lebih layak.

“Baru semalam saya mendapat panggilan mahkamah yang memaklumkan akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan itu nanti.

“Saya berharap semoga kes ini selesai dengan cara terbaik dan tidak membawa saya ke penjara,” luah Ako mengakhiri perbualannya.

Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_hiburan/20090625193008&sec=mstar_hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...