Monday, November 3, 2008

Pening, jelek gelagat lelaki Lombok


Akhirnya balik juga budak Fadilah tu. Entah apalah yang menarik sangat lelaki Lombok tu sampai dia sanggup buat macam tu.

Itulah antara kata-kata beberapa orang jiran penulis sewaktu bersembang di depan rumah mengenai kepulangan Noor Fadilah Ahmad ke Malaysia selepas 54 hari berada di Lombok bersama Nasrudin Dahrom.

Hangat juga perbualan, masing-masing marah sangat dengan Nasrudin dan 'bersetuju' jika lelaki itu ditumbuk bapa Fadilah sewaktu hendak mengambilnya di Lombok tempoh hari.

Tapi sayang, kata mereka, tumbukan tidak menjadi sebab si Fadilah sempat peluk bapanya, kalau kena penumbuk, tentu lain ceritanya.

Mungkin kasar kata-kata perbualan kami tetapi jika difikirkan apa yang dilakukan Nasrudin memang menjelekkan dan buat orang menyampah.

Ada ke patut melarikan anak dara orang budaya lelaki Lombok dan dianggap wira? Tak tahu hukum agama Islam ke, tanya jiran penulis sambil mencekak pinggang.

Walaupun melarikan anak dara orang merupakan budaya lelaki Lombok tetapi budaya itu tidak boleh diamalkan di negara kita, mereka kena faham dan hormat budaya kita.

Kalau diteliti kisah Fadilah sejak mula, memang geram kita dibuatnya dan hairan juga melihat Fadilah seperti kena pukau sehingga mengikut Nasrudin sejauh itu.

Bila ibu bapanya datang ambil dia, barulah menyesal, menangis dan mahu pulang ke Malaysia.

Mungkin Fadilah sengsara sewaktu ditahan Imigresen kerana masuk Indonesia secara haram atau mungkin sudah merasai warna sebenar kehidupan keluarga Nasrudin di sana yang indah khabar dari rupa.

Tiba di Malaysia, Fadilah kata tak mahu lagi ke Lombok dengan alasan kehidupan di sana jauh berbeza dengan apa yang kita ada dan sudah melupakan Nasrudin.

Sekarang baru tahu langit tinggi rendah, dahulu sewaktu ke Lombok, entah apalah yang difikirkan.

Perbualan kami seterusnya berkisar bab permohonan maaf Nasrudin kepada ibu bapa Fadilah.

Permohonan maaf itu sudah terlambat atau tiada makna langsung jika dilihat kesengsaraan yang ditanggung ibu bapa Fadilah ekoran perbuatan Nasrudin itu.

Sudahlah melarikan anak dara orang, dikahwini pula tanpa restu keluarga dan tanpa mengikut undang-undang kononnya mengelak daripada berlaku keterlanjuran.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

'Saya mahu dengar daripada mulutnya'


KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Saya mahu dengar daripada mulut Fadilah sendiri yang dia bersumpah dan tidak mengaku menjadi isteri saya."

Demikian tegas Nasrudin Dahrom, 24, yang terkejut mendengar pengakuan Noor Fadilah Ahmad, 18, yang menyatakan mereka bukan pasangan suami isteri dan tidak pernah bernikah selama ini.

Menurutnya, mereka telah bernikah 11 Oktober di Batu Belik, Lombok Timur atas persetujuan Noor Fadilah yang sanggup menggunakan wali hakim bagi meneruskan perkahwinan itu.

"Ikut undang-undang di sini, dokumen perkahwinan tidak dapat dikeluarkan memandangkan Noor Fadilah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara ini secara haram," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan bahawa Noor Fadilah menafikan beliau pernah bernikah dengan Nasrudin memandangkan tiada sebarang dokumen hitam putih mengenainya dan bertekad mahu melupakan pemuda itu sejak dibawa pulang ke negara ini.

Nasrudin berkata, dia juga tidak rela jika keluarga Noor Fadilah cuba memisahkan mereka berdua dan tetap berpegang kepada janjinya sebelum ini untuk tidak menceraikan isterinya itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Pelobi, perayu undi kena balik



KUALA LUMPUR - Kumpulan pelobi dan perayu undi calon-calon pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang semalam ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac tahun depan, diberi amaran supaya pulang atau dikenakan tindakan.

Peringatan itu terpaksa dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas ada laporan menunjukkan ramai pelobi dan perayu undi ini sibuk berkempen.

"Ramai berada di hotel-hotel di KL (Kuala Lumpur) dan negeri untuk kempen secara langsung dan tidak langsung untuk dorong undi atau jangan mengundi (calon tertentu).

"Ini berleluasa di hotel sebagai tempat pertemuan. Bagi elak jadi lebih teruk, saya ingin beri amaran (kepada mereka) agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau yang sudah mula jalankan tugas masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

'Dia berhenti, bukan hilang'

Oleh NUR AISHAH MOHD. AMIN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia, Norzarifah Kamaruzaman sebenarnya bukan diklasifikasikan hilang misteri tetapi berhenti dari universiti selepas tiada lagi minat untuk belajar.

Malah, Unit Media dan Komunikasi Korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan mereka semalam menjelaskan, pelajar terbabit telah menghubungi Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Perth untuk memberitahu bahawa dia dalam keadaan selamat.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan tarikh Norzarifah menghubungi pejabat berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Lokasi Norzarifah sudah dikesan


BAPA Norzarifah, Kamaruzaman Nasir dan isteri, Noraini Daud menunjukkan salinan laporan polis kes kehilangan anak mereka dengan disaksikan oleh Abdul Azeez (tengah).

--------------------------------------------------------------------------------


Norzarifah

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO akan menghantar pasukan untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang hilang di Perth, Australia, Norzarifah Kamarauzaman, selewatnya-lewatnya pertengahan bulan ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya telah mendapat petunjuk lokasi di mana pelajar tahun akhir jurusan Geologi, Universiti Teknologi Curtin itu berada daripada pelajar dan pensyarah universiti terbabit.

"Kami perlu masa sekurang-kurangnya seminggu untuk uruskan perkara seperti penyediaan dokumen perjalanan dan aspek teknikal lain," katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Azeez berkata, beliau akan berbincang dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, sebelum memaklumkan perkara itu kepada Wisma Putra.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Petrol dan diesel turun 15 sen hari ini



PUTRAJAYA - Harga runcit petrol dan diesel akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan semalam.

Sehubungan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,'' kata Abdullah dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Ini kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak di pam sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 September, 15 Oktober dan 1 November.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Saya tak pernah nikah - Fadilah

Oleh KUMARA SABAPATTY dan NAZATUL SHIMA RAZALI
berita@kosmo.com.my




FADILAH dicium oleh adik-adiknya sambil melihat laporan Kosmo! mengenai kisahnya semasa pulang ke rumah keluarga di Bagan Serai semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

BAGAN SERAI - "Saya bukan isteri Nasrudin dan kami memang tidak pernah bernikah.''
Demikian pengakuan Noor Fadilah Ahmad, 18, kepada Kosmo! bagi menafikan kenyataan bekas kekasihnya, Nasrudin Dahrom, 24, bahawa mereka telah berkahwin di kampung halaman lelaki itu di Lombok Timur.

Fadilah mendakwa, semua cerita itu hanya rekaan dan tiada hitam putih membuktikan mereka sudah bernikah ketika berada selama dua bulan bersama Nasrudin dan keluarganya.

"Saya mahu melupakan segala-galanya, baik dia (Nasrudin) mahu pun pengalaman berada di sana (Lombok).

"Kini hanya keluarga dan masa depan keutamaan saya. Semuanya yang dulu itu mimpi buruk,'' tegasnya.

Walaupun kelihatan penat, Fadilah tetap melayan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan yang mengunjunginya selepas tiba di rumahnya di Kampung Sungai Gedong, dekat sini lewat petang semalam.

Bahkan, kehadirannya sememang dinantikan tiga adik perempuannya kerana mereka sudah lima bulan tidak bertemu dengan Fadilah atau Kak Yong sejak dia bekerja di sebuah kilang elektronik di Johor Bahru, Johor.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Razak Baginda bebas


Oleh TURMADZI MADUN,
MEGAT RAMLI MEGAT RAOF,
NURUL IZZA ROSLY,
ZAINI SAMSU HADI
dan MAZLINA ABDUL MAJID
berita@kosmo.com.my




ABDUL RAZAK melemparkan senyuman kepada pemberita ketika pulang menunaikan solat Jumaat selepas dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM - "Alhamdulillah kerana keadilan telah berpihak kepada saya dan sistem kehakiman telah berjalan dengan adil."

Itu luahan pertama yang diucapkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda sebaik sahaja dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi disini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dia yang enggan membuat sebarang komen kepada media terpaksa mengucapkan beberapa patah perkataan selepas diasak soalan bertalu-talu oleh wartawan yang berada di hadapan rumahnya sejak pukul 10 pagi di Jalan Setia Jaya Bukit Damansara di sini semalam.



Abdul Razak (tengah) dan anaknya, Roweena dikerumuni wartawan dan jurugambar selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Abdul Razak dikerumuni wartawan ketika hendak keluar dari rumahnya untuk menunaikan solat Jumaat pukul 12.30 tengah hari.

"Saya masih berpuasa yang telah diamalkan sejak saya dipenjarakan iaitu hampir dua tahun atau 22 bulan," katanya.

Dua jam kemudian, penganalisis politik itu dilihat pulang dengan memakai baju Melayu berwarna ungu serta berkain pelikat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Resah anak hilang di Perth

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my



NORAINI menunjukkan gambar anaknya, Norzarifah yang hilang tanpa berita sewaktu menuntut di Perth, Australia.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Lagi gadis lari mengikut teman lelaki, tetapi kali ini melibatkan pelajar universiti luar negara dengan seorang lelaki warganegara Australia.

Gadis yang berasal dari Taman Bukit Mewah, Kajang itu, Norzarifah Kamaruzzaman, 21, dikatakan hilang sejak 6 Oktober lalu dan dia merupakan pelajar tahun akhir jurusan Geologi di Curtin University of Technology, Perth, Australia.

Pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu didakwa sudah tidak meneruskan pengajiannya yang dijangka tamat empat bulan sahaja lagi ekoran hubungan dengan lelaki bernama David Clayton.

Misteri kehilangan Norzarifah yang kini dipercayai berada di Rock Hampton, Australia, mula disedari oleh ibunya, Noraini Daud, 48, apabila panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel sudah tidak lagi dijawab oleh anaknya itu.

Menurut Noraini, rasa curiga mula timbul apabila anaknya menjalankan kerja sambilan sebagai tukang cuci tetapi dinaikkan pangkat sebagai pengurus dengan gaji yang lumayan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Saya terlalu rindu pada Noor Fadilah - Nasrudin

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela.kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - "Saya menitiskan air mata hampir setiap hari kerana terlalu rindukan Fadilah, apatah lagi kami baru sahaja menjalani kehidupan sebagai suami isteri selepas Aidilfitri yang lalu."

Begitulah luahan perasaan Nasrudin Dahrom, 24, yang tertekan kerana berpisah dengan 'isterinya', Noor Fadilah Ahmad, 18, selepas wanita itu kembali ke Malaysia Selasa lalu.

Perasaan sedihnya itu turut dikongsi ahli keluarga terutama ibunya, Romini yang kini murung serta hilang selera makan.

"Saya tidak akan ceraikan Noor Fadilah sebab dialah isteri saya yang pertama dan terakhir di dunia ini,'' katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

'Saya sudah lupakan dia' - Noor Fadilah semakin bersemangat memulakan kehidupan baru

Oleh JUNHAIRI ALYASA
dan SHAWKATH AZDE
khas@kosmo.com.my




NOOR FADILAH mengisi borang permohonan belajar di Kolej Segi sambil disaksikan oleh (dari kiri) ibunya, Masitah Abdullah, bapanya, Ahmad dan Abdul Azeez semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Tidak seronok tinggal di sana (Lombok), saya dah tak nak ke sana lagi."

Demikian pendirian Noor Fadilah Ahmad, 18, apabila ditanya sama ada beliau akan kembali ke Lombok Timur, untuk bersama Nasrudin Dahrom, 24, yang sebelum ini melarikannya pada 3 September lalu.

Antara sebab beliau mahu melupakan Nasrudin ialah apabila mendapati keadaan hidup di negara itu jauh berbeza.

"Saya sudah melupakan Nasrudin," jelasnya yang kelihatan ayu apabila mengenakan baju kurung kuning dengan bertudung di Pejabat Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, dia juga tidak akan kembali semula ke pangkuan pemuda tersebut.

"Saya baru sedar pengorbanan abah dan mama yang sanggup bersusah payah untuk mencari dan membawa saya pulang, mereka terima saya walaupun saya telah melakukan kesalahan," katanya.

Berita terbaru ialah Noor Fadilah bakal meneruskan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Kolej Segi, Kota Damansara mulai bulan depan di bawah program peluang kedua anjuran Putera UMNO.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Ayam tumis



257,411 bayi luar nikah

KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Nor Azlin tuntut nafkah


Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.m
y



Nor Azlin memfailkan tuntutan nafkah daripada suaminya yang menghilangkan diri di Mahkamah Rendah Syariah
Petaling Jaya semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA - "Walau apa pun, saya tak mahu bercerai dengan suami sebab saya fikirkan anak-anak yang masih kecil... tujuan saya di sini bukan untuk bercerai.''

Demikian luahan seorang dramatis, Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, 40, ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Nor Azlin sebelum itu baru memfailkan permohonan tuntutan nafkah daripada suaminya yang sudah empat bulan meninggalkannya.

Antara tuntutan nafkah yang dibuat wanita itu ialah wang RM5,000 untuk perbelanjaan peribadi, RM2,000 untuk perbelanjaan rumah tangga, RM1,000 bagi simpanan Wang Amanah Saham Bumiputera.



MOHD. Yazli

--------------------------------------------------------------------------------

Selain itu, wang sebanyak RM500 untuk caruman insurans, RM3,500 wang ansuran rumah, ansuran kereta RM1,686.

Sejak Julai lalu, dakwa Wan Nor Azlin, suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 34, tidak pulang ke rumah atau memberi nafkah buat beliau dan anak-anak.

"Sejak ditinggalkan, suami tak beri nafkah sesen pun... saya tak boleh hidup macam ni, dengan rumah nak kena lelong, tunggakan bil, kereta dan banyak lagi.

"Sebagai seorang suami, dia harus bertanggungjawab... tidak boleh tinggalkan saya dan anak-anak macam tu saja,"
katanya yang mendakwa terpaksa menanggung segala hutang yang tertangguh.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Bayi mangsa culik dijual RM600

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my



ABU dibantu isterinya, Zaiton menyusu anaknya yang ditemui semula setelah diculik dan dijual di Kuantan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUANTAN – Bayi dijual RM600!
Itu harga seorang bayi lelaki berusia 31 hari yang diculik dan cuba dijual kepada sepasang suami isteri oleh lima suspek termasuk dua remaja.

Ekoran tindakan itu, kelima-lima suspek dan sepasang suami isteri diberkas di Jalan Tanah Putih di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian, ibu bayi tersebut, Zaiton Awang, 37, dikunjungi seorang kenalan anak saudaranya yang merupakan wanita berusia 25 tahun pukul 7 malam di rumahnya di Galing Besar di sini.

“Mangsa menjemput wanita itu masuk dan berbual. Beberapa minit kemudian, mangsa meninggalkan bayi sulungnya itu bersama wanita tersebut kerana hendak membuang sampah di dapur.

“Selepas kembali ke ruang tamu, mangsa terkejut melihat wanita itu dan bayinya, Mohamad Aidil Abu sudah hilang,” katanya semasa ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau menambah, ibu tersebut kemudiannya diberitahu jiran-jirannya yang ternampak wanita berkenaan melarikan bayinya dengan menaiki sebuah kereta.

Kata Mohd. Haris lagi, mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 11 malam.

“Ibu bayi tersebut yang masih dalam tempoh pantang kemudian dibawa bersama anggota polis untuk mencari anaknya di sekitar Kuantan.

“Pada pukul 2 pagi, dua remaja lelaki yang pernah menumpang tidur di rumah mangsa ditemui di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tanah Putih dan disoal siasat. Kedua-duanya juga mengenali wanita yang melarikan bayi tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, hasil siasatan mendapati dua remaja terbabit mengaku sudah menjual bayi tersebut kepada sepasang suami isteri berusia 24 dan 25 tahun yang tidak mempunyai anak, namun belum menerima bayaran sebanyak RM600.

“Polis menyerbu rumah pasangan suami isteri terbabit tidak jauh dari dua remaja itu ditahan dan menemui semula bayi itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Baitul Muslim jadi ejen cari jodoh 70,000 ibu tunggal



Oleh LUQMAN HAKIM RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my


KOTA BHARU - Kelantan mengalu-alukan sebarang cadangan dalam usaha merangka pendekatan membantu menjodohkan ibu tunggal yang begitu ramai di negeri itu, malah dianggarkan mencecah 70,000 orang bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru.

Majoriti daripada mereka berusia dalam lingkungan 30-an hingga 60-an dan bersedia untuk kembali bertemu jodoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, tugas sebagai ejen mencari jodoh itu diserahkan kepada Baitul Muslim yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan.

"Sebelum ini, Baitul Muslim hanya berperanan membantu menjodohkan pasangan muda yang kurang berkemampuan, kini kita akan perluaskan peranan ini dengan membantu ibu-ibu tunggal pula,'' ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penggulungannya semasa sesi perbahasan Bajet 2009 sidang dewan Undangan Negeri Kelantan di sini semalam.

Katanya, fokus turut diberikan kepada wanita yang tergolong dalam kemiskinan tegar tanpa mengira bilangan anak.

"Jumlah sebenar ibu tunggal mungkin mencecah 100,000 orang, ini mungkin satu angka yang tinggi berbanding negeri lain,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Fatwa yoga dalam masa terdekat

PULAU PINANG - Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Osman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 sebelum masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Nasrudin tak gentleman - Azeez


Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.m
y



IBU Noor Fadilah, Masitah Abdullah menangis sambil mempersoalkan tindakan Nasrudin (kiri) melarikan anaknya dalam pertemuan di Pejabat Imigresen Mataram kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

SEPANG - "Saya akan tetap menunggu kepulangan Fadilah ke pangkuan saya semula (Lombok Timur) tetapi saya tidak akan ke sana (Malaysia) lagi."

Demikian keputusan Nasrudin Dahrom, 24, untuk terus menunggu Noor Fadilah Ahmad, 18, yang dibawa pulang ke Malaysia kelmarin setelah 54 hari dilarikan oleh pemuda berkenaan.

Bagaimanapun, pendirian Nasrudin itu disifatkan sebagai bukan lelaki yang budiman.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Nasrudin menolak tawarannya untuk ke Malaysia, biarpun sudah diberi jaminan keselamatan kerana mahu Fadilah kembali sendiri ke Indonesia.

"Dia (Nasrudin) berjumpa dengan saya dan saya menyatakan kepada dia, kalau dia betul-betul gentleman datang ke sini (Malaysia) cari keluarga Fadilah dan lakukan dengan cara yang betul,'' jelas Abdul Azeez semalam.



Noor Fadilah

--------------------------------------------------------------------------------

Kisah Noor Fadilah mula mendapat perhatian media apabila bapanya membuat laporan polis pada 24 September lalu atas dakwaan anaknya itu telah dilarikan oleh Nasrudin.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Gambar planet dan matahari baru


SEBUAH planet dari luar sistem solar sedang mengorbit sebuah bintang menyerupai matahari.


SEBELUM ini, kita mungkin hanya mendengar tentangnya. Tetapi kini, gambarnya sudah dirakamkan.

Saintis baru-baru ini berjaya merakamkan imej sebuah planet di luar sistem solar yang sedang mengorbit sebuah bintang yang menyerupai matahari. Ia merupakan imej pertama yang berjaya dirakamkan.

Dirakamkan menggunakan teleskop Gemini North di Mauna Kea, Hawaii, planet tersebut hampir menyerupai saiz Musytari tetapi mempunyai jisim lapan kali ganda.

Planet dan matahari itu terletak di galaksi Milky Way kira-kira 500 tahun cahaya dari bumi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_05.htm

Peniaga di China tarik bekalan telur

BEIJING – Peniaga-peniaga di China menarik balik bekalan telur semalam dan satu pembekal diarahkan supaya menghentikan eksport ke luar negara.

Arahan itu dikeluarkan ketika wujudnya kebimbangan bahawa telur yang dicemari bahan kimia berbahaya melamin mungkin tersebar lebih meluas daripada laporan awal.

Pihak berkuasa di bandar Dalian mengenakan larangan eksport terhadap syarikat Hanwei Group selepas beberapa produk telur keluarannya yang dieksport ke Jepun dan beberapa negara Asia didapati dicemari melamin.

“Kami telah mengarahkan Hanwei Group menarik balik semua telur yang bermasalah dan eksport syarikat tersebut digantung buat sementara waktu,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Masalah tersebut tercetus baru-baru ini apabila pihak berkuasa Hong Kong menyatakan bahawa telur yang dieksport oleh Hanwei Group dicemari melamin.

Para pegawai dan media di China semalam melaporkan bahawa telur daripada beberapa pembekal juga didapati dicemari dengan melamin.

Seorang kakitangan di sebuah pusat membeli belah Parkson di Beijing menyatakan bahawa telur keluaran Hanwei sudah tidak lagi dijual. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Sasar pelajar universiti


Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


Ada kalangan mangsa sebenarnya tahu atau sedar mereka diperalatkan sebagai penyeludup dadah, tetapi tetap mahu melakukannya untuk mendapatkan kemewahan segera.


ANJING terlatih digunakan untuk mengesan dadah.

--------------------------------------------------------------------------------

SETAKAT ini, hampir 100 rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan pelajar, ditahan di luar negara seperti Argentina, Australia, China, Peru, Taiwan dan Venezuela kerana kes penyeludupan dadah.

Apabila ditangkap, kebanyakan mereka mengaku tidak mengetahui perkara sebenar dan mendakwa menjadi mangsa yang didalangi sindiket tertentu.

Bagaimanapun, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP), Kang Chez Chiang, keghairahan gadis tempatan untuk memperoleh wang dengan mudah dan kesempatan melancong ke luar negara secara percuma dikenal pasti sebagai faktor utama mereka terlibat dalam kes penyeludupan dadah ke luar negara yang didalangi sindiket antarabangsa.

Selain itu, tambahnya, faktor cinta turut menjadi punca mereka terjebak dalam kes menyeludup dadah ke luar negara kerana begitu percayakan teman lelaki.

"Pulangan lumayan yang dijanjikan oleh anggota sindiket kepada mangsa menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk melaksanakan tugas tersebut walaupun mengetahui risiko ditangkap.

"Tambahan pula, kebanyakan gadis yang terlibat mungkin berdepan dengan masalah kewangan, selain sanggup berkorban apa saja demi cinta kepada kekasih atau teman lelaki yang merupakan anggota sindiket terbabit," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.


BEKAS pelajar Universiti Malaysia Sabah, Umi Azlim Mohammad Lazim mendakwa dia diperdaya untuk mengedar dadah.

--------------------------------------------------------------------------------

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa ada kalangan mangsa sebenarnya tahu atau sedar mereka diperalatkan sebagai penyeludup dadah, tetapi tetap melakukannya semata-mata mahu mendapatkan kemewahan segera.

"Berdasarkan maklumat anggota perisikan kami, kebanyakan mangsa dalam kes ini sebenarnya tahu pemergian mereka ke luar negara untuk melakukan 'sesuatu pekerjaan'. Bagaimanapun, kebanyakan mangsa menyatakan pemergian mereka itu adalah untuk melancong sambil membawa masuk gold dust yang sebenarnya dadah.

"Tetapi, ada juga gadis atau wanita terbabit tahu mereka sebenarnya membawa masuk dadah, tetapi dapat diyakinkan anggota sindiket bahawa perbuatan itu tidak menjadi kesalahan di sesebuah negara dituju. Jika ditangkap, mereka disuruh mengaku telah diperdaya," jelas Kang lagi.

Menurut statistik, mereka yang paling ramai terlibat dalam kegiatan ini adalah kaum Melayu diikuti Cina dan India serta tidak ketinggalan wanita Siam yang berusia awal 20-an. Gadis atau wanita ini biasanya tidak berkelulusan tinggi dan tiada mempunyai pekerjaan tetap.



ANTARA jenis dadah yang dirampas oleh pihak berkuasa.

--------------------------------------------------------------------------------

Namun, trend terkini menyaksikan sindiket terbabit telah mula menjadikan pelajar universiti sebagai sasaran melunaskan pekerjaan mereka dengan cara membuatkan mangsa jatuh cinta dengan pujuk rayu dan janji manis yang ditaburkan.

"Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa golongan 'pak hitam' atau anggota sindiket dadah tertentu begitu pintar dalam memperdayakan gadis-gadis supaya cair dengan tingkah laku mereka. Pada mulanya, mangsa akan ditaburi dengan kemewahan dan kasih sayang sehingga ada yang terlanjur untuk membuktikan cinta mereka kepada kekasih hati.

"Inilah situasi yang berlaku kepada gadis tempatan yang kemudian menjadi mangsa pihak-pihak tertentu demi kepentingan peribadi mereka. Apabila ditangkap di luar negara, sukar untuk kita membantu kerana setiap negara mempunyai undang-undang sendiri dan kita tidak boleh sesuka hati mencampuri urusan tersebut.

"Setiap negara mempunyai kedaulatan tersendiri. Bantuan yang boleh kita hulurkan ialah dengan mencari peguam di negara mereka ditahan untuk membela mereka.


--------------------------------------------------------------------------------

Tetapi, proses ini memerlukan kos yang amat tinggi," kata ACP Kang yang meminta supaya golongan wanita lebih berhati-hati dengan individu yang meminta bantuan menghantar dokumen atau barang ke luar negara.

Ditanya apakah langkah-langkah yang diambil pihak berkuasa bagi menangani masalah tersebut, Kang menjelaskan pihaknya akan meminta maklumat dari agensi pelancongan untuk melaporkan terus kepada mereka jika menerima sebarang pembelian pakej pelancongan yang meragukan daripada warga asing terutamanya Afrika.

"Dengan cara ini, kami akan berusaha mengesan dalang sindiket tertentu yang ingin mempergunakan gadis tempatan untuk tujuan penyeludupan sekali gus menyelamatkan mereka daripada terpedaya.

"Di samping itu, pihak berkuasa sering berhubung dengan pihak media jika terdapat sebarang tangkapan mengenai sindiket berkaitan untuk diuar-uarkan di akhbar dan televisyen sebagai langkah peringatan kepada orang awam supaya tidak terjerumus," katanya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Pernah minta kek coklat

Menyertai persatuan Kechara Soup Kitchen (KSK) mengagihkan makanan kepada golongan merempat dan kutu rayau di sekitar Kuala Lumpur sememangnya satu pengalaman yang menginsafkan. Ikuti laporan wartawan AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN dan jurufoto NASIRRUDDIN YAZID.


--------------------------------------------------------------------------------

TANPA selipar, kaki kurusnya yang penuh dengan parut dan kudis melangkah longlai tidak bermaya. Sambil menguis-nguis kaki, matanya melilau mencari sesuatu di atas kaki lima bangunan Bangkok Bank, di tengah ibu kota Kuala Lumpur itu. Berada dalam dunia tersendiri, apa jua yang berlaku di sekelilingnya tidak diambil pusing.

"Pakcik lapar? Nak makan?" sapa seorang wanita dengan ramah.

"Saya hendak air, dahaga sangat rasanya," balasnya dalam loghat Hokkien. Entah bila kali terakhir dia menjamah makanan, tiada siapa yang tahu.

Ruby kemudiannya bergegas mengambil satu plastik berwarna oren, membuka ikatannya dan menghulurkan sebotol air mineral. Dengan tangan menggeletar, air jernih itu diteguk perlahan. Dia tersenyum, menyerlahkan gusinya yang kosong.

Berbaju kemeja belang putih, busananya hari itu dipadankan dengan sehelai seluar pendek lusuh berwarna kelabu. Manakala seutas tali rafia mengikat pinggangnya agar seluar itu tidak terlondeh. Satu gambaran lumrah seorang lelaki malang yang hidup bergelandangan di jalanan kota besar, Kuala Lumpur.

Ruby memandang penuh belas. Biarpun sebak, hatinya puas kerana misinya hari itu berhasil, memberikan makanan kepada golongan merempat atau si kutu rayau.

Sementara tidak jauh dari situ, sekumpulan lelaki mula kecoh-kecoh berdiri dalam satu barisan. Mereka sudah tahu, sekejap lagi bungkusan berisi makanan akan diberi oleh sukarelawan yang entah dari mana datangnya. Siapa peduli? Janji dapat makanan percuma.



SEBAHAGIAN besar daripada mereka yang beratur meminta makanan ini bukannya daripada golongan merempat atau kutu rayau.

--------------------------------------------------------------------------------

Namun, sebahagian besarnya berpakaian kemas, ada yang lengkap dengan kasut kulit dan jam tangan. Sekali pandang pun sudah tahu mereka bukan orang miskin merempat, cuma oportunis yang mahu menjimatkan wang beberapa ringgit untuk membeli juadah makan malam.

Suasana semakin hangat dan tidak terkawal, tiba-tiba terdengar suara menjerit seperti ingin bergaduh apabila ada yang cuba memotong barisan. Dalam masa kurang 10 minit, semua bungkusan plastik oren itu habis diagihkan.

Itulah rutin mingguan yang dilakukan oleh Ruby Khong, Sharon Saw, Justin Cheah dan rakan-rakan menerusi persatuan yang digelar Kechara Soup Kitchen (KSK).

Sebenarnya, Kechara Soup Kitchen (KSK) diasaskan oleh seorang guru Buddha, Tsem Tulku Rinpoche yang pernah melalui perjalanan hidup di jalanan merempat di Amerika Syarikat (AS).

Menyedari kesengsaraan golongan tersebut, Rinpoche mula memberi makanan kepada mereka. Kemudiannya, ajaran itu terus diamalkan oleh anak-anak muridnya di sini.

Mula bergerak aktif sejak dua tahun lalu, KSK sedaya upaya menyediakan makanan percuma kepada golongan merempat tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, mahupun kepercayaan. Misi mencari kutu rayau ini dibuat di beberapa lokasi termasuklah di Jalan Pudu, Pasar Pudu, Chow Kit dan Masjid Jamek.



--------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, sumbangan itu merupakan langkah pertama dalam membina hubungan dan kepercayaan dengan si kutu rayau sebelum membantu mereka untuk keluar dari kehidupan di jalanan yang menakutkan.

"Bukan mudah untuk berbual kerana mereka bersikap sangat sangsi kepada orang asing berikutan telah melalui banyak pengalaman pahit. Jadi, kami perlu membina rasa percaya selama berbulan-bulan, mengenali mereka dan memberi bantuan sewajarnya," kata Sharon yang bertindak selaku Naib Presiden KSK.

Percaya atau tidak, biarpun golongan kutu rayau ini sering kelaparan dan terbiar, bukan semuanya sudi menerima sumbangan yang diberi. Sebab itulah jika ada yang tidak mahu mengambil makanan, Sharon akan menyangkutkannya berhampiran mereka, bergantung kepada keadaan.

"Memberi makanan semacam memandang rendah kepada diri mereka. Kebanyakannya masih berprasangka dan anggap kami dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

"Tetapi, ada juga yang tidak segan-segan bercerita dan berasa cukup seronok apabila ada orang yang sudi berbual dengannya. Mujurlah selama ini, saya tidak pernah dikejar atau dicederakan. Kena marah dan sergah itu biasalah," ujarnya lagi.

Sebagai individu yang bertanggungjawab mencari dana, Ruby memberitahu orang Malaysia sebenarnya sangat pemurah. Apabila diminta untuk memberikan sumbangan makanan, ramai yang tidak keberatan.

Tetapi KSK bukannya memfokus kepada makanan sahaja kerana ia telah menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

Sasaran jangka pendeknya ialah memberi makanan setiap minggu. Sementara perancangan jangka sederhana pula untuk mendapatkan bangunan khas buat KSK supaya ahli boleh memasak dan menyediakan makanan kepada golongan kutu rayau setiap hari.

Matlamat jangka panjang ialah untuk memiliki pusat didikan. Maknanya, golongan malang ini boleh dibawa ke pusat dan diajar dengan pelbagai kemahiran seperti berkebun atau menjahit.

Jadi, mereka tidak perlu bergantung sepenuh kepada KSK, selain kembali bergaul dengan masyarakat, bekerja dan hidup seperti orang normal yang lain.



SHARON berharap usaha KSK mampu membawa golongan malang ini keluar dari kehidupan jalanan yang menyedihkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Menurutnya, saat paling menyeronokkan ialah apabila dapat jumpa dan berikan makanan kepada mereka. Ketika mula-mula mengagihkan makanan, saya tertanya-tanya kenapa mereka susahkan kami dan tidak duduk sahaja di tempat biasa dan tunggu. Sedangkan mereka tahu kami akan datang setiap minggu.

"Akhirnya seorang kawan beritahu: Ruby, apabila seseorang itu berada di jalanan dalam tempoh yang begitu lama, dia tidak tahu lagi tentang masa dan hari. Bagi mereka, setiap hari ialah usaha baru untuk meneruskan hidup.

"Jadi, macam mana mereka boleh tahu yang hari ini, hari Ahad dan petang nanti awak akan datang beri makanan? Sebab itulah bagi saya, waktu paling bermakna ialah apabila berjaya menemui mereka.

"Mereka sentiasa merayau dan berada dalam keadaan lapar. Maka, kami terpaksa terus mencari sehinggakan ada masanya untuk mengagihkan 50 pek makanan di kawasan Pasar Pudu memakan masa sehingga dua jam. Sedangkan yang hendak diberi ialah orang yang sama," kata Ruby sambil memberitahu bagi menjaga sensitiviti, makanan yang diberikan adalah halal.

Walaupun kerja mengagihkan makanan ini nampak sukar dan menakutkan, (Ruby akan berdoa setiap kali turun daripada kereta), dua wanita ini ada banyak kisah lucu yang dikongsi bersama.

Cerita Sharon, satu hari, anaknya, Sean Wang Xian An, 10, yang turut mengikutnya mengagihkan makanan secara tidak sengaja memberikan makanan kepada seorang lelaki yang sedang melepak di situ. Walaupun kehairanan, dia mengambil juga makanan tersebut.

"Pernah satu minggu, seorang sukarelawan membawa kek coklat untuk diagihkan. Minggu depannya, ada kutu rayau yang bertanyakan, ada atau tidak kek coklat dalam bungkusan diterimanya.

"Ada pula segelintir pejalan kaki yang beranggapan sukarelawan KSK memberi sampel makanan percuma. Jadi, mereka pun minta sama," kata Sharon.

"Apabila menerima nasi dan lauk daripada kami, mereka bertanya pula kenapa semuanya sudah sejuk. Terpaksalah kami jawab bahawa masa lama yang diambil untuk mencari mereka membuatkan makanan tersebut menjadi sejuk.

"Memang kedengaran seperti sedikit keterlaluan pula, tetapi kita kena ingat bahawa mereka pun manusia biasa yang mahukan makanan panas dan sedap," celah Ruby sambil ketawa.

Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan seorang pengemis di kaki jalan berhampiran stesen bas Klang. Seorang sukarelawan muda KSK turun daripada kereta dan menghulurkan sebungkus makanan kepadanya.

Terpinga-pinga, dia menerima makanan itu. Mungkin kerana tidak sangka diberi makanan, dia terus mengangkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih sehinggalah kereta itu hilang daripada pandangannya.

Langit petang itu nampaknya bertambah gelap, seakan tidak sabar-sabar lagi untuk menumpahkan rahmatnya ke setiap inci bandar Kuala Lumpur.

Pastinya, tidur golongan kutu rayau malam ini bakal berselimut kesejukan, namun mereka tetap bersyukur kerana perut tidak akan berkeroncong kelaparan.

Ramai yang boleh berbahasa Inggeris

SETELAH hampir dua tahun ‘bersosial’ dengan golongan merempat dan kutu rayau, pelbagai cerita, ragam dan kisah telah diperoleh Sharon dan Ruby.


MELALUI KSK, Ruby berpeluang berjumpa dengan kutu rayau yang memiliki pelbagai kisah dan cerita tersendiri.

--------------------------------------------------------------------------------

Jelas Sharon, dia pernah mengenali seorang wanita yang menyewa sebuah bilik berhampiran Pasar Pudu. Bekerja sebagai penjual tin-tin aluminium yang dikutip, hidupnya memang menyedihkan, apatah lagi dia terpaksa membayar sebanyak RM200 untuk sewa biliknya.

Ajaibnya, wanita yang datang dari Melaka itu mampu bercakap bahasa Inggeris dengan cukup baik. Dakwanya, dia pernah tinggal di Hawaii untuk beberapa ketika.

“Kisahnya sangat menyentuh hati. Hidup di sekitar kawasan Pudu, wanita itu pernah ditangkap dan dibawa oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) ke rumah perlindungan, tetapi dia berasa seperti berada di penjara.

“Dia ada menulis kepada KSK meminta bantuan. Namun, sukar untuk kami lakukan kerana tidak boleh jamin dia tidak akan kembali ke jalanan. Menurutnya, dia ingin bekerja dengan KSK,” jelasnya.

Sharon turut menyatakan ramai juga golongan kutu rayau warga emas yang ditemuinya boleh berbahasa Inggeris. Ini sekali gus membolehkan mereka untuk bekerja.

Sementara Ruby pula pernah terserempak dengan seorang wanita tua. Ditemui di Jalan Pudu Lama, wanita malang itu membawa banyak beg plastik dan sebuah kipas meja, sambil berdiri berhampiran sebuah perhentian bas.

Ruby merapati dan wanita tua itu nampaknya sudah putus harapan dengan hidupnya dan menunduk sepanjang masa.

Ketika hendak beri makanan, tangannya menepis-nepis. Bila kata ini makanan yang bersih dan memang untuknya, dia masih tidak mahu. Ruby membiarkannya seorang dan sambung memberikan makanan kepada orang lain.

“Kemudian, hujan mulai turun. Tidak boleh jadi, saya mesti kembali dan cuba beri makanan kepadanya. Apabila sampai di sana, wanita itu masih lagi berteleku di tempat yang sama.

“Saya kata: Makcik saya bawa kamu ke rumah perlindungan. Reaksi sama sahaja yang diterima tanpa memandang wajah saya. Itulah saat yang amat menyedihkan.

“Saya pasti bahawa dia baru sahaja dihalau dari rumah. Kenapa saya anggap begitu? Orang yang merempat tidak akan bawa banyak barang dan mengangkut kipas meja. Kalau dia sudah lama di jalanan, pasti barangan seperti itu sudah dirompak,” cerita Ruby.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Yuran ID ke IPTA membebankan



Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


KUALA TERENGGANU - Yuran proses pembelian pukal nombor ID Aplikasi dalam talian bagi permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajar dikurangkan atau dihapuskan terus.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad yang menganggap bayaran tersebut terlalu tinggi dan membebankan pelajar.

"GPMS tidak membantah penggunaan sistem tersebut tetapi apa yang dipertikaikan ialah bayaran dikenakan terlalu tinggi," katanya di sini semalam.

Menurutnya, setiap permohonan mengikuti program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dikenakan RM15.60 manakala bagi SPM pula RM10.60.

"Pelajar juga perlu membayar 60 sen kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh bank itu," katanya.

Menurutnya, bayaran tersebut membebankan pelajar dan oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) wajar memansuhkan bayaran itu ataupun mengurangkannya.

Beliau mengulas langkah KPT memperkenalkan prosedur pembelian nombor unik ID Aplikasi dalam talian bagi kemasukan ke IPTA bagi program lepasan SPM dan SPTM sesi akademik 2009/2010.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Pelajar tendang guru disingkir


KERATAN Kosmo! 17 Oktober.

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR - Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuat kuasa semalam.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekolah itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Oktober lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.

Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina.

Bagaimanapun, Mansor berkata, pelajar itu tetap diberi peluang mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pelajaran Perlis untuk membolehkannya dipertimbangkan menyambung persekolahan di sekolah-sekolah lain.

Pelajar itu dilaporkan bertindak ganas setelah guru itu meminta penjelasan daripadanya mengenai tulisan "gila babi" yang ditulis dalam satu tugasan yang diarahkan guru itu. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Ramai mangsa terjerat - Menerima 540 kes melibatkan ah long dari Januari hingga Oktober tahun ini


Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan SHAWKATH AZDE
khas@kosmo.com.my




MICHAEL CHONG menunjukkan antara kes aduan membabitkan mangsa pinjaman ah long yang telah dirujuk kepada Biro Pengaduan Awam MCA di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - 'Sistem Tangkak' yang digunakan sebahagian ceti haram atau 'ah long' adalah antara taktik licik mereka dan sukar disedari mangsa.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, ramai di kalangan mangsa 'ah long' yang merujuk kepadanya sebelum ini terpedaya dengan sistem tersebut.

"Pada mulanya mangsa hanya meminjam daripada satu ah long saja, apabila tidak mampu membayar seperti yang dijanjikan mangsa akan didatangi ah long kedua dan seterusnya yang menawarkan pinjaman dengan faedah tertentu untuk melangsaikan kesemua hutang tersebut.

"Bagaimanapun ia hanya satu perangkap yang didalangi sindiket yang sama, akibatnya mangsa akan terus diburu ketakutan terhadap ah long di samping tekanan hutang yang semakin bertambah," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.


--------------------------------------------------------------------------------

Tambah Michael, kes-kes sedemikian juga memerlukan masa yang agak panjang dan rumit untuk diselesaikan memandangkan ia membabitkan penglibatan ramai ah long dalam satu-satu masa.

"Dalam kebanyakan kes, kita akan dapat kenyataan dari mangsa terlebih dahulu, daripada situ kita akan tahu sama ada mereka terbabit dalam ah long yang menggunakan sistem berkenaan atau tidak.

"Kebiasaannya agak sukar berunding dengan golongan ini memandangkan mereka agak ramai, namun kita tetap cari jalan terbaik menyelesaikannya seperti memotong faedah yang dikenakan bagi membolehkan mangsa membayar semula hutang tersebut," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Minyak tak turun pada harga RM1.60 seliter

PUCHONG - Kerajaan tidak mungkin akan menurunkan harga petrol sehingga RM1.60 seliter dalam tergesa-gesa sekiranya harga minyak mentah dunia berada pada RM210 (AS$60) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia kerana kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan konsep pukul rata iaitu pengiraan purata harga minyak mentah dunia bagi tempoh tertentu dalam menentukan harga petrol.

Menurutnya, harga semasa minyak dunia tidak boleh dijadikan rujukan sebaliknya kerajaan perlu mengambil kira contohnya untuk tempoh selama 30 hari harga minyak mentah itu.

"Jika kita terus gunakan RM210 (AS$60) sebagai tanda aras akan berlaku jurang besar (gap), bagaimana pula apabila harga pada RM217 (AS$62), RM224 (AS$64), RM238 (AS$68), RM245 (AS$70) dan sebagainya?

"Oleh itu kerana apabila berlaku penurunan yang besar, kerajaan sedia mengumumkan harga dalam masa singkat iaitu 14 hari walaupun ditetapkan sebulan sekali," katanya kepada pemberita di pasar raya besar Giant, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan, Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor yang berpendapat harga petrol wajar diturunkan kepada RM1.60 seliter jika harga pasaran minyak mentah dunia merudum sehingga ke paras RM210 (AS$60) setong.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Suami mengamuk, isteri gagal melamar wanita idamannya


KUANTAN - Tidak dapat berkahwin lagi, isteri jadi mangsa.

Inilah yang berlaku apabila seorang pengawal keselamatan mengugut untuk membunuh isterinya itu kerana dia tidak melamar wanita yang ingin dinikahinya suaminya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pancing dekat sini semalam.

Lebih malang kepada lelaki tersebut, wanita yang hendak dilamar itu telah pun bersuami.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, lelaki tersebut yang juga anggota Rela yang berumur 57 dipercayai marah apabila isterinya yang berumur 60 tahun yang pergi ke rumah nenek wanita berkenaan petang semalam untuk merisik, tidak menyampaikan hasrat suaminya itu.

Ketika pulang ke rumah, suaminya yang mengesyaki dia tidak memaklumkan hasratnya kepada pihak wanita berkenaan, bertindak mengacukan parang ke leher isterinya sambil mengugut untuk menyembelih mangsa dan mahu menembak isterinya dengan senapang patah.

"Mangsa yang ketakutan nekad melarikan diri ke rumah anaknya yang terletak berhampiran sebelum ke Balai Polis untuk membuat laporan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Berikutan itu, polis menahan suami wanita berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, kata Mohd. Haris.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Ahmad hampir belasah Nasrudin dalam pertemuan penuh dramatik



TIGA beranak ini memeluk sesama mereka sejurus sampai di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - Pelukan erat anak berjaya meleraikan kemarahan Ahmad Abdul Hamid yang pada mula mahu menumbuk Nasrudin Dahrom dalam pertemuan penuh dramatik di sini semalam.

Sebelum itu, keadaan menjadi kecoh seketika apabila bapa Noor Fadilah, Ahmad, 46, meluru keluar dari kenderaan dan cuba menumbuk Nasrudin, 24, yang turut berada di situ semasa pertemuan penuh emosi itu.

Namun, tindakan Noor Fadilah yang sempat memeluk erat sambil meminta maaf daripada bapanya berkali-kali, akhirnya dapat menghalang beliau daripada memukul pemuda berkenaan.

Malah Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut bertindak meminta supaya Ahmad bersabar dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

"Kak Yong (Fadilah) minta maaf abah, mama. Fadilah nak balik Malaysia," ucap Noor Fadilah, 18, sambil memeluk erat bapanya, Ahmad ketika mereka dipertemukan di Jabatan Imigresen Daerah Mataram di sini semalam.


NOOR FADILAH memeluk ibunya, Masitah Abdullah sambil diperhatikan bapanya, Ahmad Abdul Hamid dan Abdul Azeez ketika ditemukan di luar pekarangan Pejabat Imigresen Daerah Mataram semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Pertemuan penuh emosi di antara Noor Fadilah, 18, dan ibu bapanya itu diadakan di pekarangan Jabatan Imigresen Daerah Mataram.

Nasrudin kemudiannya beredar dari kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, namun kawasan tersebut mula dikerumuni oleh orang ramai untuk mengetahui keadaan yang berlaku.

Kemudian ibunya, Masitah Abdulah, 42, keluar dari kereta dan terus memeluk erat anaknya yang sudah 54 hari berada di sini kerana dilarikan oleh pemuda dari Lombok Timur itu.

"Kenapa buat mama macam ini? Mama tertekan, semua keluarga sedih... apa pun terjadi mama tetap terima Kak Yong," soalnya sambil menangis teresak-esak.

Noor Fadilah dalam nada sebak seraya menjawab:

"Kak Yong bukan tak sayang mama... sayang... Kak Yong nak pulang."

Sebaik sahaja urusan di pejabat selesai, mereka terus dibawa ke Lapangan Terbang Selaparang sebelum bertolak pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang pukul 7 petang semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Telur pula beracun

SHANGHAI - Rangkaian peruncit gergasi Amerika Syarikat, Wal-Mart mula menarik balik satu jenama telur utama dari rak rangkaian pasar raya syarikat berkenaan di China sebagai langkah berjaga-jaga selepas bahan kimia melamin dikesan dalam produk tersebut di Hong Kong, kata seorang jurucakap semalam.

Jurucakap Wall Mart di bandar raya Shenzhen, Mu Mingming berkata, syarikat itu mula menarik balik telur jenama Kekeda keluaran Hanwei Group iaitu pengeluar utama telur di China.

"Sejak beberapa hari lalu, kami menarik balik telur jenama itu dari rak-rak di semua pasar raya kami di China," katanya.

"Kami berbuat demikian sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai pendekatan bertanggung jawab terhadap pelanggan kami," tambahnya.

Keputusan oleh syarikat peruncit terbesar di dunia itu dibuat selepas pihak berkuasa Hong Kong mengumumkan pada hujung minggu lepas bahawa telur Kekeda mengandungi melamin.

Tindakan sama turut dilakukan pasar raya Park'N Shop yang terletak di bandar raya Guangzhou, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Sementara itu, jurucakap rangkaian pasar raya Carrefour di China, Chen Bo berkata, pasar raya itu akan terus menjual telur Kekeda tetapi mereka sudah meminta laporan jaminan kualiti daripada pembekal.

Penemuan di Hong Kong itu mendorong pihak berkuasa tempatan meluaskan ujian melamin meliputi makanan yang diimport dari tanah besar China termasuk daging, ikan ternak dan organ dalaman haiwan.

Setakat ini empat kanak-kanak meninggal dunia manakala 53,000 yang lain jatuh sakit akibat susu tercemar di China pada tahun ini selepas minum produk tenusu dicampur melamin. - AFP

Restoran saji martabak lipas dikompaun

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my




KERATAN Kosmo! 24 Oktober.

--------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM - Sebuah restoran mamak terkemuka yang mencetuskan rasa tidak puas hari seorang pelanggan apabila termakan seekor anak lipas di dalam martabak sardin yang dibelinya di restoran itu akhirnya dikompaun RM500.

Malah restoran terletak di Plaza Alam Sentral itu yang selama ini dikategorikan sebagai premis Kelas A untuk tahap kebersihannya diturunkan kepada Kelas B ekoran kejadian tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad berkata, tindakan tegas terhadap premis makanan berkenaan di dilakukan setelah pemeriksaan dijalankan pihaknya.

Menurutnya, premis itu didapati tidak menepati tahap kebersihan ditetapkan sehingga seorang pelanggan termakan seekor anak lipas di dalam martabak sardin yang dibeli di restoran berkenaan.

"Tindakan ini dilakukan sebagai memberi pengajaran kepada pengusaha restoran terbabit supaya mengikut peraturan yang sedia ada dan lebih peka dari segi kebersihan.

"Kita memandang berat perkara ini kerana ia melibatkan tahap keselamatan pengguna itu sendiri," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Sistem Tangkak hisap darah


Oleh JUNHAIRI ALYASA dan SHAWKATH AZDE
khas@kosmo,com.my




SEORANG lelaki melihat kad kutipan hutang ah long miliknya dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini ah long bergantung kepada faedah untuk mengaut keuntungan daripada mangsanya kini muncul Sistem Tangkak yang memastikan mangsa menjadi 'hamba' seumur hidup.

"Ia sungguh dahsyat kerana 'darah' mangsa akan dihisap hingga kering, peminjam akan dipastikan tidak dapat membayar hutangnya untuk satu jangka masa yang panjang," kata seorang ah long yang dikenali sebagai David dalam satu pertemuan dengan wartawan Kosmo! baru-baru ini.

Tujuan asal wartawan Kosmo! ialah untuk menyelami perangai ah long kenapa mereka sanggup mengganas demi mendapatkan hutang pinjaman tetapi kami disogok dengan cerita ini.

Kata David, menerusi sistem tersebut, ah long akan memastikan mangsa gagal membuat bayaran dan menyebabkan mangsa dikenakan faedah yang tinggi iaitu 20 peratus daripada jumlah pinjaman.

Apabila mangsa telah terjerat, satu lagi ah long dari syarikat yang sama akan menghubungi mangsa untuk menawarkan pinjaman wang bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Melalui janji manis yang ditawarkan, mangsa terpaksa meminjam lagi demi untuk membayar hutangnya dan keadaan yang sama berulang lagi apabila muncul ah long ketiga menawarkan pinjaman pada kadar yang lebih tinggi sedangkan hutang sebelumnya masih belum selesai.

Akhirnya peminjam terbabit akan berdepan dengan lima atau 10 orang ah long pada satu-satu masa dan ketika itu 'igauan ngeri' mangsa bermula.

Begitulah puncanya bagaimana pinjaman RM10,000 boleh menjadi hingga RM80,000 dalam tempoh sebulan!

Jelas David, sistem tersebut diasaskan sejak 10 tahun lalu oleh seorang ah long dari Tangkak, Johor kini mula popular di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak.

David yang pernah menjadi pengurus sebuah syarikat pinjaman wang yang mengamalkan sistem tersebut sehingga hari ini berkata, pemilik syarikat akan melantik beberapa orang pengurus lagi untuk melaksanakan sistem tersebut secara berkumpulan.

"Saya merupakan salah seorang pengurus dengan gaji yang sangat lumayan hingga mampu memperolehi pendapatan RM20,000 sehari," katanya.

"Tetapi pendapatan ini bergantung kepada jumlah yang dipinjam. Lagi banyak yang dipinjam, lagi banyak kami dapat.

"Selepas setahun saya mengikut sistem seperti ini, saya terpaksa berhenti kerana tidak tahan lagi, setiap hari terpaksa bergaduh dengan orang dan selalu kena tangkap dengan polis, mana boleh tahan, saya juga sudah ada keluarga," ujarnya.

Menurut David, antara permainan 'kotor' yang dipraktikkan ialah dengan mematikan telefon bimbit selepas tempoh bayar balik hutang tamat bagi menyukarkan peminjam untuk menghubungi mereka.

Pinjam sedikit tapi kena bayar berganda


--------------------------------------------------------------------------------

"SAYA hanya pinjam RM10,000 daripada seorang ah long tetapi terpaksa bayar balik RM80,000 kepada lima ah long dalam masa sebulan.”

Demikian pengakuan seorang ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Shariff apabila terkena jerat Sistem Tangkak yang diamalkan oleh sekumpulan ah long yang beroperasi di kawasan Lembah Klang.

“Masa itu, saya bayar tunai harian sebanyak RM2,000 selama lima hari tetapi apabila saya buntu mencari wang itu, ada sahaja ah long lain yang timbul.

“Saya masih ingat hari terakhir untuk membayar ansuran, waktu itu ah long itu menelefon dan minta wang seawal 10 pagi atau saya dikenakan faedah sebanyak RM2,000.

“Tidak lama kemudian, ada ah long lain yang menelefon untuk menawarkan bantuan pinjaman dan saya dimaklumkan bahawa panggilan yang dibuat itu secara rambang sahaja.

Kerana terdesak dan bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya, dia terima bantuan yang ditawarkan itu.

Katanya lagi, hutang yang dipinjam itu melarat sehingga lima ah long dan jumlah itu berlipat ganda secara mendadak.


--------------------------------------------------------------------------------

JOSEPH mendakwa telah membuat pinjaman sebanyak RM2,000 daripada seorang ah long untuk menjelaskan hutang akibat kekalahan dalam perjudian bola sepak.

“Kali pertama pinjam, saya boleh selesaikan dalam tempoh diberi oleh ah long. Masa itu, saya ingat pinjam RM2,000 dapat jumlah penuh tetapi cuma diberi RM1,600 sahaja.

‘Bila rasa mudah dapat duit untuk berjudi, saya pinjam lagi daripada ah long malangnya saya sering kalah menyebabkan hutang saya bertambah,” katanya.

Berikutan itu, ah long mula mengganggu di mana-mana termasuk di tempat kerja dan rumah kerana selalu lambat buat bayaran.

“Tiba-tiba, muncul ah long lain untuk membantu tetapi hutang masih gagal diselesaikan malah saya akhirnya terjerat dengan empat ah long,” jelasnya lagi.

Joseph bagaimana pun berjaya melepasi belenggu semua ah long terbabit dengan bantuan seluruh ahli keluarganya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Beras lebih murah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my



SEORANG pekerja Fadlul mengangkat beras super tempatan yang dijual RM28 untuk 10 kilogram di kedainya di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Orang ramai bakal menikmati beras import yang lebih murah dalam tempoh seminggu dua ini ekoran kesediaan pemborong menurunkan harga bahan makanan ruji itu.

Menurut seorang peruncit, Fadlul V.N. Muhamed, 55, penurunan harga itu telah dimaklumkan oleh beberapa pemborong kepadanya baru-baru ini dan perubahan itu pastinya akan melegakan para pelanggannya.

"Mereka (pemborong) kata, ia berlaku disebabkan oleh harga beras di pasaran dunia semakin murah dari sehari ke sehari dan oleh kerana itu tiada sebab untuk mereka tak turunkan harga," katanya ketika ditemui di premis di sini semalam.

Ditanya berapakah peratusan penurunan setiap beras import nanti, kata beliau: "Mungkin setiap sekilogram (kg) akan turun 50 sen iaitu kira-kira 18 peratus murah daripada harga asal."

Ketika ini bagi harga beras import seperti beras Siam sekilogram adalah RM2.80, beras Jasmine (RM2.80) sementara bagi harga beras pulut adalah RM3.50 sekilogram.

Perkembangan yang sama turut berlaku di beberapa pasar raya di sini apabila setiap wakil pasar raya besar memaklumkan, bebanan harga beras mahal di pasaran kini mungkin akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu lagi.

"Saya turut difahamkan, ia berlaku didorong oleh prestasi harga beras global yang kian murah namun pelaksanaannya bergantung kepada keputusan pihak pengurusan.

"Selepas ini, setiap lapisan masyarakat mampu menikmati beras import kerana harganya bakal setara dengan harga beras tempatan," kata jurucakap sebuah pasar raya di sini.

Merujuk kepada pasaran semasa, harga beras import telah menurun kepada AS$700 (RM2,380) setan metrik berbanding AS$1,150 dan trend dijangka berterusan dari semasa ke semasa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Fadilah pulang hari ini


ABDUL AZEEZ (dua dari kanan) Ahmad (dua dari kiri) dan Mashitah tiba di Lapangan Terbang Selaparang, Mataram semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

MATARAM - Hasrat ibu bapa Noor Fadilah Ahmad, 18, untuk membawa pulang anak mereka ke Malaysia cerah apabila pihak Imigresen Indonesia bersetuju membenarkan gadis tersebut pulang hari ini.

Malah lebih menggembirakan, gadis tersebut tidak akan dikenakan sebarang tindakan daripada Kerajaan Indonesia atas kesalahan masuk ke negara ini secara haram pada 6 September lalu setelah dilarikan oleh seorang pemuda dari Lombok, Nasrudin Dahrom, 24.

Berita baik tersebut disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang memberitahu, kebenaran itu hasil rundingan hampir dua jam dengan pihak Imigresen Indonesia.

"Rundingan ini berjaya diselesaikan dengan semangat setia kawan di antara Malaysia dan Indonesia, malah Fadilah sendiri menyatakan kesediaan untuk pulang.

"Saya begitu optimis Fadilah sudah pasti akan pulang dan kita yakin untuk membawa dia pulang esok (hari ini) dan akan diketemukan dengan kedua ibu bapanya," katanya kepada pemberita di Jabatan Imigresen Daerah Mataram sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Azeez turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan misi membawa pulang Noor Fadilah berjaya.

"Saya gembira kerana ibu bapa Noor Fadilah turut bersungguh-sungguh malah pihak sekretariat konsisten untuk menyelamatkan Noor Fadilah dan membawanya pulang ke Malaysia, pegawai imigresen juga kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah Malaysia," ujarnya.

Mengikut undang-undang Nombor 9 tahun 1992 tentang keimigrasian Indonesia, Fadilah boleh dikenakan hukuman penjara selama enam tahun atau denda Rp30 juta kerana masuk ke negara itu secara haram.

Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin, mendapat perhatian ramai pada 24 September lalu apabila bapanya, Ahmad Abdul Hamid, 46, membuat laporan polis setelah mendapat tahu anaknya itu dilarikan oleh pemuda tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Indeks saham dunia merudum


SEORANG broker wanita mengeluh melihat indeks Bursa Saham Frankfurt semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

LONDON – Kebimbangan berhubung kemelesetan menyebabkan indeks bursa saham-bursa saham dunia merudum semalam dengan Tokyo mencatatkan kejatuhan terburuk dalam tempoh 26 tahun manakala di Hong Kong menurun 12 peratus dan di Eropah mengalami kerugian besar.

Kejatuhan itu turut dialami oleh harga minyak yang mencecah bawah AS$60 (RM214.90) satu tong ketika pedagang-pedagang menganggap kemelesetan ekonomi global bakal menyebabkan kejatuhan permintaan.

Bursa itu merudum selepas Dana Kewangan Antarabangsa (IMAF) mengumumkan rancangan menyelamat Ukraine dan Hungary, Korea Selatan mengurangkan kadar faedah, Jepun mendedahkan tindakan untuk merangsang pasaran saham dan Bank Negara Australia campur tangan untuk mengukuhkan mata wangnya.

Ukraine memerlukan pinjaman sebanyak AS$16.5 bilion (RM59 bilion) bagi menghadapi krisis kewangan dan merangsang sistem kewangan.

“Jerman kini menuju ke arah kemelesetan,” kata seorang ahli ekonomi di Bank of America, Holger Schmiedling.

Indeks Bursa Saham Frankfurt jatuh lebih lima peratus manakala Bursa Saham Paris jatuh lebih enam peratus manakala Bursa Saham London mencatatkan 3,665.21 mata iaitu yang terendah sejak 1 April 2003.

Bursa saham di Bangkok, Thailand terpaksa digantung buat sementara kerana kejatuhan indeks sebanyak 10 peratus.

Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Disember jatuh AS$59.02 (RM211.40) setong iaitu paras terendah sejak Februari 2007.

Pelabur-pelabur saham sekali lagi bertindak keluar dari bangunan Bursa Saham Kuwait selepas langkah kewangan segera yang diumumkan pihak berkuasa negara berkenaan gagal membendung kejatuhan baru harga saham. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Artritis usia muda

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
hamzah.abdulhamid@kosmo.com.my




KOMPLIKASI artritis yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh mengakibatkan kecacatan kekal seperti yang terlihat pada jari tangan kanak-kanak ini.

--------------------------------------------------------------------------------

CUBA kenal pasti dan lebih sensitif terhadap aduan anak-anak anda yang mengatakan mereka berasa sakit di bahagian sendi kaki atau tangan. Perhatikan juga jika perilaku mereka berubah, mengalami demam berpanjangan atau sering tidak mahu menggunakan tangan dalam melakukan urusan harian.

Ramai antara kita pasti menganggap aduan dan situasi itu sekadar perubahan mood kanak-kanak, ataupun kesakitan akibat kecederaan biasa atau kerana terlalu banyak aktiviti fizikal.

Fikirkan semula! Anak-anak yang mengadu tentang rasa sakit di bahagian sendi boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kalau kesakitan itu hanya sementara, ia bukan suatu yang serius.


KAKI kiri kanak-kanak ini kelihatan lebih panjang berbanding kaki kiri kerana masalah atritis di lutut.

--------------------------------------------------------------------------------

Namun, jika ia berulang dengan kerap dan kebengkakan itu berterusan sehingga enam minggu atau lebih, anak anda mungkin menghidap artritis idiopatik juvenil (JIA).

“Seorang dalam seribu kanak-kanak boleh menghidap artritis. Ia juga adakalanya dirujuk sebagai artritis reumatoid juvenil (JRA) atau artritis kronik juvenil (JCA), tetapi istilah tersebut sudah tidak digunakan lagi,” ujar Konsultan Reumatologi Pediatrik di Hospital Selayang, Dr. Tang Swee Ping.

Menurut Tang, perkataan juvenil itu merujuk kepada masalah artritis yang didiagnosis pada kanak-kanak di bawah usia 16 tahun. Idiopatik pula bermakna ketiadaan penyebab berlakunya penyakit tersebut.

“Ia merupakan penyakit autoimun. Ini bermakna tubuh pesakit bertindak balas dengan menyerang sel-sel dan tisu yang sihat. Seterusnya, artritis terjadi kerana masalah keradangan, dan diikuti dengan kekejangan, kerosakan dan perubahan pertumbuhan pada sendi,” ujarnya.

Tang menambah, tiada siapa dapat mengesahkan sebab berlakunya JIA. Malah ada antara teori yang mengaitkan tentang genetik kanak-kanak yang membuatkan mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit tersebut.


DR. TANG SWEE PING

--------------------------------------------------------------------------------

“Bagaimanapun, JIA bukan penyakit yang diwarisi. Maka adalah sesuatu yang sangat janggal jika lebih daripada seorang anak dalam keluarga menghidapnya.

“Ada juga diskusi perubatan yang menyebut bahawa kanak-kanak yang terdedah dalam persekitaran virus tertentu boleh mendapat penyakit ini,” terang Tang yang kurang bersetuju apabila penyakit ini dikaitkan dengan jangkitan.

Selain bukan penyakit berasaskan etnik, ia juga tidak disebabkan oleh kecederaan, tabiat mengambil diet atau makanan tertentu, kesan proses kehamilan atau kerana mendiami kawasan beriklim tertentu.

Namun hakikatnya ia tetap memerlukan perhatian serius. Dalam kes tertentu, simptom JIA adalah pada tahap ringan dan tidak merebak ke lebih banyak kemungkinan kesakitan sendi dan kecacatan fizikal.

“Kira-kira separuh daripada kanak-kanak yang menghidap JIA akan menderita artritis aktif 10 tahun selepas didiagnosis kecuali mereka menerima rawatan yang sewajarnya,” katanya.



UPAYA pergerakan dan fungsi anggota tubuh kanak-kanak boleh terjejas akibat artritis juvenil.

--------------------------------------------------------------------------------

Dalam kes yang lebih teruk, JIA boleh menyebabkan kerosakan teruk pada sendi dan tisu. Ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan tulang dan fizikal keseluruhannya. Kaitannya dengan penyakit osteoporosis juga menjadi nyata seiring usia pesakit tersebut yang memasuki alam dewasa.

“Antara kaedah rawatan yang biasa untuk pesakit JIA adalah dengan pemberian ubat-ubatan bukan steroid (untuk mengurangkan kesakitan), ubat steroid (melalui mulut atau disuntik), penyelesaian ubat antireumatik pengubah penyakit (DMARD) atau ubat biologik yang lebih maju bagi sasaran rawatan khusus,” jelas Tang.


ARTRITIS psoriatik dengan penyakit kulit aktif dan lutut yang membengkak.

--------------------------------------------------------------------------------

Selain daripada itu, rawatan fisioterapi dan penggunaan alat pendakap sendi juga membantu pesakit ‘melatih’ sendi mereka agar tidak hilang upaya pergerakan.

“Galakkan anak-anak anda supaya kerap melakukan senaman dan mengambil diet seimbang termasuk kalsium. Kebersihan mulut juga perlu diambil kira selain memberi sokongan emosi dan kaunseling,” ujarnya.


KEADAAN bengkak yang terjadi pada jari kaki kedua dan keempat.

--------------------------------------------------------------------------------

Walaupun simptom AJ boleh dirawat atau mungkin hilang bersama peningkatan usia, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia menyerang secara berbeza dan menyulitkan penghidapnya dalam tempoh waktu tertentu.

“Biarpun punca dan penawarnya belum diketahui, dunia perubatan hari ini menyediakan kaedah rawatan yang boleh membantu pesakit,” pesan Tang.

Paling menyedihkan adalah apabila kualiti hidup seseorang kanak-kanak terjejas sepanjang hayat hanya kerana simptom-simptom awal yang tidak diendahkan.

INFO

Jenis Artritis Idiopatik Juvenil

SETIAP satunya diklasifikasi berdasarkan simptom, bilangan sendi yang terlibat, serta kehadiran antibodi tertentu dalam darah. Klasifikasi ini membantu para doktor meramal perkembangannya.

1. Pausiartikular / Oligoartritis
Hanya melibatkan bilangan sendi yang sedikit, ia biasanya berlaku di sendi lutut atau pergelangan kaki. Bahagian lain yang mungkin terkena adalah di pergelangan tangan. AJ jenis ini lazimnya akan menghilang perlahan-lahan dan jarang merebak ke bahagian jari.

Kira-kira separuh daripada kanak-kanak penghidap dikategorikan dalam pausiartikular. Kanak-kanak perempuan berusia kurang daripada lapan tahun lebih cenderung terhadapnya. Pada masa yang sama, beri perhatian jika anak-anak anda mengadu sakit di sekitar bahagian mata.

2. Poliartikular
Kes poliartikular lebih kerap dilaporkan berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan. Ia menyerang lebih daripada lima bahagian sendi, daripada sendi yang besar hinggalah sendi yang kecil sama ada di tangan atau kaki. Biasanya, semua sendi yang terkena adalah di sebelah tubuh yang sama - di kanan atau di kiri.

Kanak-kanak dengan antibodi tertentu dalam darah, yang dipanggil faktor reumatoid IgM, boleh mendapat kesan penyakit AJ yang lebih serius. Doktor percaya ia jenis yang sama dengan artritis reumatoid di kalangan orang dewasa.

3. Sistemik
Artritis juvenil jenis ini menyebabkan kebengkakan, rasa sakit, ruam dan pergerakan yang terbatas sekurang-kurangnya di satu sendi. Organ dalaman seperti jantung, hati, limfa dan nodus limfa. Diagnosis ini diperkuatkan dengan demam yang mencapai suhu 38.9 darjah Celcius setiap hari dan selama dua minggu.

Peratusan kecil kanak-kanak yang menghidap AJ jenis ini di banyak bahagian sendi akan menghidap komplikasi itu hingga dewasa.

4. Artritis berkaitan entesitis
Keradangan entesis akibat artritis. Ia merujuk kepada bahagian tendon atau ligamen yang menghubungkan tulang. Antara simptom JIA jenis ini adalah kesakitan dan bengkak di bahagian tumit, kesakitan dan bengkak di bahagian ibu jari dan jari-jari lain.

5. Artritis psoriatik
Merujuk kepada keadaan radang pada sendi bagi pesakit yang menghidapi masalah psoriasis. Psoriasis adalah masalah kulit yang bertompok merah dan keras seakan-akan kesan lecur di bahagian tertentu tubuh. Walaupun tidak semua pesakit psoriasis akan menghidap artritis psoriatik, mereka perlu berhati-hati dengan diagnosis seterusnya.

SIMPTOM

- Rasa sakit ketika waktu pagi adalah simptom artritis lazim bagi orang dewasa. Biasanya, mereka akan terhincut-hincut ketika melangkah kerana kesakitan di sendi lutut. Kanak-kanak yang menghidap JIA pula boleh berlaku pada bila-bila masa selepas bangun daripada tidur, tidak kira siang atau malam.

- Kebengkakan dan rasa sakit. Terdapat pesakit yang mengalami bengkak nodus limfa hingga kelihatan bonjolan di bahagian leher atau bahagian-bahagian lain pada tubuh.

- Berlaku radang pada sendi dan terasa sakit apabila ditekan.

- Otot dan tisu lembut di sekitar sendi semakin lemah.

- Demam panas yang teruk serta ruam sementara yang berwarna merah jambu.

- Masalah pertumbuhan kanak-kanak yang disebabkan kecelaruan fasa membesar di bahagian sendi – terlalu perlahan atau cepat, laras sendi yang senget atau pembesaran tidak sekata. Pertumbuhan keseluruhan juga boleh terjejas.

- Iridosiklitis (radang di bahagian iris dan jasad siliari mata). Penghidap penyakit ini akan merasa sakit apabila melihat cahaya terang. Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan mata yang kekal.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Terbang jumpa Noor Fadilah esok


AHMAD dan Masitah bersiap-siap untuk terbang ke Kepulauan Lombok, Indonesia ketika ditemui di rumah mereka di Bagan Serai semalam.


BAGAN SERAI – Selepas lebih sebulan menanti, akhirnya hasrat bapa, Ahmad Abdul Hamid untuk bertemu dengan anaknya, Noor Fadilah di Lombok, Indonesia menjadi kenyataan esok.

Lebih menggembirakan, pemergian Ahmad, 46, yang juga seorang pemandu jentera ke Indonesia itu diiringi rombongan Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO itu akan turut ditemani isteri, Masitah Abdullah, 42.

“Saya bagaikan tidak percaya kerana lebih empat minggu saya menunggu, akhirnya pengerusi sekretariat, Datuk Abdul Azeez Rahim telah menghubungi saya semalam (kelmarin) dan memaklumkan mengenai perkara ini.

“Malahan saya juga dimaklumkan, kami berdua akan dipertemukan dengan Noor Fadilah di satu lokasi yang dirahsiakan kerana anak sulung kami itu telah ‘dikeluarkan’ dari Lombok oleh pihak berkuasa di sana,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Ladang Sungai Gedong di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Melamin dalam tepung dari China ditemui di Kyrgyzstan


BISHKEK - Bahan yang digunakan dalam industri kimia, melamin ditemui dalam tepung yang diimport dari China untuk dijual di Kyrgyzstan, kata seorang pegawai semalam.

"Menurut satu data awal, melamin ditemui dalam tepung yang dibawa ke Kyrgyzstan dari China," kata seorang ketua pemeriksa bijirin di Kementerian Pertanian Kyrgyzstan, Zholon Omkeyev.

Melamin itu dikesan ketika satu penghantaran gandum dilakukan menerusi kapal ke negara itu pada 30 September lalu.

Zholon berkata, kerajaan Kyrgyzstan kemudian menghantar sampel tepung itu ke sebuah makmal di Rusia untuk mengesahkan kehadiran melamin.

Skandal susu China yang dicemari dengan melamin terbongkar pada bulan lalu.

Melamin yang kerap digunakan dalam pembuatan plastik dan gam dicampurkan dengan susu bayi dan lain-lain produk tenusu bagi membolehkan kandungan protein dipertingkatkan.

Kira-kira 53,000 kanak-kanak jatuh sakit dan empat lagi meninggal dunia di China selepas minum susu yang mengandungi melamin. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...