anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang suami yang lemah tenaga batin didakwa menggunakan terung dan timun ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya, wanita terbabit yang berusia 30-an membuat laporan polis Jumaat lalu sebelum menuntut fasakh di mahkamah syariah kerana tidak tahan dengan penderitaan dialaminya.
Difahamkan, suami mangsa terbabit dalam kemalangan menyebabkan dia hilang upaya untuk melakukan hubungan seks seperti lelaki normal.
Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Cheras, Kajang, mendakwa suaminya yang berusia 40-an memasukkan timun dan terung secara paksa lebih daripada tujuh kali sejak enam tahun lalu.
¡°Mangsa yang mengalami penderaan fizikal dan mental akibat perbuatan terbabit pernah merayu kepada suaminya supaya berhenti melakukan perbuatan tidak senonoh itu.
¡°Dia mendakwa bimbang terhadap kesihatannya selain sering terasa sakit dan tidak selesa kesan daripada hubungan seks menggunakan timun dan terung,¡± katanya.
Difahamkan, suami mangsa turut gemar melakukan seks ganas bagi mendapatkan kepuasan ketika berasmara termasuk menggunakan jari hingga menyebabkan alat kelamin si isteri mengalami pendarahan.
Mangsa khuatir dijangkiti penyakit yang boleh membahayakan kesihatannya jika hubungan kelamin secara songsang itu berterusan.
Menurut sumber itu, mulanya mangsa berdiam diri dengan memberi peluang suaminya berubah dan meninggalkan perbuatan itu.
¡°Bagaimanapun, pasangan terbabit yang mempunyai beberapa anak terus dihambat dengan masalah itu menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan.
¡°Si suami dipercayai gemar menonton video lucah dan mendapat idea menggunakan timun dan terung melalui adegan yang ditontonnya,¡± katanya.
Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun.
Kes berkenaan mirip kes seorang lelaki berusia 56 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuantan, yang didakwa melakukan seks ganas ke atas isterinya yang berusia 38 tahun Ogos lalu.
Tertuduh didakwa memasukkan objek seperti cota, timun dan kayu untuk mendapat kepuasan seks.