Monday, February 9, 2009

Penduduk minta hapus tol

Oleh NAZARALI SAERIL
nazarali@hmetro.com.my

PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan
tol NPE." title="HAPUSKAN TOL...sebahagian anggota Pemuda Umno Bahagian
PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan
tol NPE." height="189" width="300" border="0">
HAPUSKAN TOL...sebahagian anggota Pemuda Umno Bahagian 
PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan 
tol NPE.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 penduduk daerah Petaling Jaya Selatan (PJS) membelanjakan lebih RM100 sebulan kerana menggunakan Lebuhraya Pantai Baru (NPE), di sini, walaupun bagi perjalanan kurang lima minit, termasuk menghantar anak ke sekolah.

Ia berlaku sejak lebih empat tahun lalu dan penduduk yang semakin tersepit meminta jasa baik kerajaan menghapuskan tol RM1.60 sen yang dikenakan walaupun jarak dari kediaman hanya 200 meter.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian PJS, Mohamed Sam Abdul Wahid, berkata kebanyakan penduduk terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membayar tol lebih sekali sehari walaupun bagi perjalanan dekat.

“Sebahagian besar penduduk di kawasan ini adalah golongan berpendapatan rendah dan jumlah tol yang perlu dibayar setiap bulan membebankan mereka.

“Ada yang mengambil inisiatif menggunakan laluan alternatif tetapi ia bukan saja padat malah jauh, selain keadaan jalannya kurang memuaskan,” katanya.

Mohamed Sam ditemui ketika mengadakan perhimpunan aman bersama hampir 200 ahli Umno serta penduduk setempat di tol PJS2 NPE, Kampung Medan, semalam.

Mohamed Sam yang turut mewakili penduduk Kampung Lindungan Bulan, Taman Medan, Kampung Medan dan Taman Datuk Harun lain berharap kerajaan dapat mempertimbangkan saranan menghapuskan terus tol berkenaan bagi menjamin keselesaan penduduk.

“Kami bukan menentang pembangunan tetapi berharap diberi sedikit kelonggaran dan yakin sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, ia mampu direalisasikan,” katanya.

Mohamad Sam berkata, caj dikenakan tidak berpatutan dan boleh dikatakan yang tertinggi di Lembah Klang.

“Saya harap masalah ini diberi perhatian serius bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya.

NPE sepanjang 19.5kilometer yang pembinaannya membabitkan kos RM1.2 bilion, dikendalikan syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd. Ia mula dibuka kepada lalu lintas sejak 30 April 2004.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084305/Article/index_html

Gagal temui barang, perompak rogol gadis

MUAR: Berang kerana tidak berjaya mendapatkan barang berharga, sekumpulan penjenayah melepaskan geram dengan merogol dua tetamu rumah yang dipecah masuk di Felda Moakil, di sini, awal pagi semalam.

Dua pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lima penjenayah itu dikatakan menghabiskan cuti hujung minggu di rumah rakan mereka yang dipecah masuk.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, lima perompak dipercayai warga asing bersenjatakan parang memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang yang dikatakan tidak berkunci.

Penjenayah terbabit kemudian mengejutkan pasangan suami isteri dan seorang anak perempuan pasangan berkenaan yang tidur di ruang tamu sebelum mengikat mereka.

Sumber polis berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah rumah tetapi gagal menjumpai barang berharga, menyebabkan mereka marah dan mengugut mencederakan mangsa dengan parang.

“Selepas itu, perhatian dua daripada perompak itu beralih ke sebuah bilik berkunci yang didiami tiga rakan anak pemilik rumah berkenaan dan mereka memecahkan pintunya.

“Mereka (penjenayah) kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa sebelum menyelongkar beg pakaian dan bilik tidur terbabit, tetapi turut gagal menemui barang berharga sehingga menyebabkan mereka berang lalu merogol dua gadis di bilik itu,” katanya.

Difahamkan, susulan kejadian itu polis melancarkan gerakan memburu penjenayah berkenaan, termasuk menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan berdekatan.

Sehingga petang semalam, operasi mengesan suspek berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa turut dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan kesihatan lanjut dan mereka dikatakan masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084325/Article/index_html

Pekerja industri seks tegar

GEORGETOWN: Tujuh wanita yang ditahan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) kelmarin dikategorikan sebagai ‘pekerja industri seks tegar’ kerana terus bekerja sebagai pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) walaupun pernah ditahan beberapa kali sebelum ini.

Lima daripada wanita berusia antara 30 hingga 40-an itu dicekup ketika menunggu pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, di sini, oleh sepasukan 10 pegawai penguat kuasa Jaipp.

Operasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu bertumpu di beberapa lokasi sekitar pusat bandar ini yang dikenal pasti sebagai pusat pelacuran dan GRO wanita beragama Islam.

Operasi dinamakan ‘Ops Gedik’ diketuai Ketua Unit Operasi Jaipp, Khairul Azman Azizan itu bermula di hotel murah sekitar Jalan Gaharu, di sini.

Dua wanita berusia 49 dan 54 tahun ditahan di situ kerana disyaki melacurkan diri.

Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui beberapa kondom dan minyak pelincir pada mereka.

“Rekod kami juga menunjukkan mereka pernah ditahan Jaipp dan polis sebelum ini kerana kesalahan sama,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu juga, seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan bersama seorang pelacur bukan Islam yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik hotel di situ.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jalan Patani untuk dibuat laporan tangkapan dan semua kondom dan alat pelincir itu dirampas untuk dijadikan bahan bukti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan seterusnya di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, pihaknya menahan lima wanita Islam disyaki bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, kelima-lima mereka adalah ibu tunggal dan pernah ditahan atas kesalahan sama.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084431/Article/index_html

Pusat karaoke tukar haluan

KUALA LUMPUR: Pada awal 1990-an, pusat karaoke di negara ini mula berkembang dengan pasaran awalnya untuk keluarga bersantai, tetapi kini lebih banyak menukar haluan kepada penyediaan khidmat GRO selain seks demi meraih keuntungan dengan cara mudah.

Punca utama pertukaran operasi ialah keuntungan dan selebihnya untuk bersaing dengan pusat karaoke lain yang menyediakan khidmat songsang bagi mengelak premis mereka ‘tutup kedai’.

Bagi pusat karaoke Red Box, teras perniagaannya menumpukan kepada empat tahap pengunjung daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Eksekutif Pemasaran dan Pengiklanan Red Box, Raja Marliza Safia, berkata tiada gejala negatif dijalankan di Red Box, termasuk penyediaan khidmat GRO untuk melayan lelaki hidung belang.

“Red Box beroperasi dari jam 11 pagi hingga 3 pagi setiap hari. Ia dibahagikan kepada empat sesi dengan sesi pertama dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Ketika itu, pelanggan biasanya pekerja pejabat.

“Dari jam 3 petang hingga 6 petang pula, kanak-kanak sekolah yang datang. Bagaimanapun, jika mereka berpakaian seragam sekolah, mereka tidak dibenarkan masuk.

“Dari jam 6 petang hingga 10 malam pula, biasanya yang datang ialah keluarga dan seterusnya jam 10 malam hingga 3 pagi pula kurang pelanggan yang hadir,” katanya.

Mengenai kewujudan pusat karaoke yang lebih menjurus kepada aktiviti kurang sihat, Raja berkata, jumlahnya memang banyak kebelakangan ini, tapi ia tidak menjejas dan mempengaruhi matlamat perniagaan Red Box.

“Kami tetap dapat terus beroperasi walaupun tidak menyediakan khidmat negatif kerana pelanggan yakin, selain kami tidak mahu terbabit dalam gejala itu,” katanya.

Bagi pusat karaoke KIOSK Box Technology atau K-Box, Ketua Bahagian Pemasarannya, Badrul Hisham Abdul Wahab atau nama komersialnya Dankerina, turut mengakui kebelakangan ini wujud banyak pusat karaoke yang dipenuhi unsur negatif.

“Pusat karaoke yang menyediakan khidmat GRO dan lebih teruk lagi khidmat seks, memang banyak dan seolah-olah tidak dapat dibendung kewujudannya pada masa ini. Ia mungkin kerana kurang pengawasan pihak berkuasa atau kelicikan mereka menyembunyikan operasi.

“Dalam masa sama, pengunjung wajar dipersalahkan. Memang hak masing-masing untuk berhibur di pusat karaoke, tetapi mereka sebenarnya perlu tahu mana yang baik dan sebaliknya,” katanya.

Menurut Dankerina, K-Box tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menawarkan khidmat songsang seperti itu kerana yakin dengan pasaran besar keluarga yang mahu bersantai di sana.

Kerana itu, katanya, K-Box turut tidak menyediakan minuman keras di cawangannya kecuali di beberapa lokasi kerana pengunjung sebahagian besarnya bukan Islam.

“Bilik untuk berkaraoke di K-Box lutsinar dan pihak lain boleh tahu jika ada berlaku gejala negatif. Diharap pihak berkaitan melakukan sesuatu bagi memastikan pusat karaoke yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan, disalahguna oleh pihak berkepentingan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084655/Article/index_html

Layanan ekstra GRO

KUALA LUMPUR: ““Saya perlu berkejar dari satu bilik ke bilik lain, bergantung kepada permintaan pelanggan. Memang memenatkan, tapi saya puas kerana pendapatannya lumayan,” kata seorang pelayan pelanggan atau GRO yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmin.

Ibu tunggal berusia 20-an itu berkata, semata-mata kerana duit, dia sanggup melakukan apa saja, termasuk melayan sehingga lapan lelaki dalam tempoh lapan jam, membolehkannya memperoleh pendapatan mencecah RM12,000 sebulan.

Menurut Jasmin, kewujudan ‘bilik gelap’ di pusat karaoke tempat dia bekerja menjadi tarikan utama pelanggan yang sebahagian besarnya lelaki yang ingin mendapatkan layanan ekstra atau khidmat seks.

“Selalunya, dalam bilik karaoke kami ringan-ringan saja. Untuk adegan lebih berat, saya membawa pelanggan ke bilik khas. Walaupun bilik itu tidak lengkap kerana tiada katil dan tandas, ia cukup untuk saya melakukan apa saja yang diminta pelanggan,” katanya.

Jasmin yang berkerja di pusat karaoke itu sejak empat tahun lalu berkata, kebanyakan pelanggan yang dilayannya setiap malam adalah lelaki berkahwin, tetapi dia tidak kisah dengan status mereka kerana yang penting adalah bayaran.

“Saya ada seorang anak berusia lapan tahun yang perlu disara. Saya tahu apa yang saya buat adalah salah dan tidak bermoral, tapi saya perlukan wang untuk hidup. Orang lain boleh cakap apa saja, tetapi mereka tidak tahu kesusahan saya,” katanya.

Mengenai bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, Jasmin berkata, untuk melakukan seks oral dia kenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 manakala hubungan seks pula antara RM30 hingga RM100 bergantung kepada ‘tawar menawar’ dengan pelanggan.

Menurut Jasmin, dia ada beberapa pelanggan tetap dan dalam masa sama, dia juga sentiasa menukar nama setiap malam di setiap bilik dikunjunginya. Ini kerana, dia tidak mahu pelanggan kenal namanya yang boleh membuatkan mereka bosan dan memilih GRO lain.

Apabila ditanya sampai bila dia akan melakukan pekerjaan keji itu, Jasmin berkata:

“Satu hari nanti saya akan berhenti melakukan kerja ini, tetapi bukan sekarang. Pada masa ini saya masih perlukan banyak wang untuk hidup mewah.”

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084714/Article/index_html

Suami lari

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha." title="BERI PERHATIAN... Ng sambil diperhatikan Devamany (tiga dari
kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha." height="179" width="300" border="0">
BERI PERHATIAN... Ng sambil diperhatikan Devamany (tiga dari 
kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha.

KUALA LUMPUR: Menanti saat melahirkan anak keenam, tetapi suami pula melarikan diri kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang semakin besar. Itu yang berlaku kepada S Punitha, 31, yang menumpang berteduh di stor Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, sejak dua bulan lalu.

Punita yang bakal melahirkan anak Mac depan, bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji RM700 sebulan bagi menyara lima anak, Kavita, 13; Mohandrass, 11; Malathi, 9, Dineshkumar, 5, dan Sugumaran, 1, apabila suaminya, S Kathrayan, 42, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, menghilangkan diri.

Mereka sekeluarga sebelum ini menetap di Taiping, tetapi berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru dan menetap di rumah sewa. Bagaimanapun, apabila suaminya tidak mampu menjelaskan sewa, Punitha dan anak ditinggalkan hingga terpaksa keluar dari rumah itu.

Wanita itu kemudian menumpang rumah kakaknya di flet berkenaan, namun disebabkan keluarganya yang besar, kakaknya tidak mampu menanggung lalu dia dicadangkan tinggal di stor berkenaan dengan persetujuan pihak berkaitan.

“Suami tidak bertanggungjawab. Saya tidak boleh menerimanya lagi. Saya nekad berdikari untuk membesarkan anak yang masih kecil. Sewaktu bekerja, anak sulung saya, Kavita menjaga adiknya. Ternyata dia boleh diharap untuk menjaga adiknya dan membantu kerja rumah,” katanya.

Mereka pernah berlapar selama dua hari kerana tiada wang membeli makanan.

Kesusahan Punitha mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melawat Punitha, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany.

Bantuan disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Punitha ialah hamper mengandungi tuala dan barangan serta bantuan bulanan untuk anak sebanyak RM450 sebulan. Dia turut mendapat wang ehsan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM1,000. Pemindahannya ke rumah baru dengan kadar sewa berpatutan diuruskan, manakala anaknya akan dibantu meneruskan pembelajaran.

Anak Punitha berhenti sekolah sejak dua tahun lalu iaitu ketika berhijrah ke Kuala Lumpur. Sugumaran tiada sijil kelahiran manakala anak dikandung Punitha akan diserahkan kepada keluarga angkat sebaik dilahirkan.

“Walaupun sedih, saya terpaksa serah anak bakal lahir kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084827/Article/index_html

Ibarat anjing menyalak bukit

IPOH: Ibarat anjing menyalak bukit. Begitulah gambaran mengenai keengganan Pakatan Rakyat Perak menerima hakikat mereka hilang kuasa pemerintahan di Perak.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebaliknya bertegas masih menganggap dirinya sebagai wakil kerajaan negeri yang sah dan hanya akan berundur selepas mahkamah mengisytiharkan sebaliknya.

Berikutan itu, Mohammad Nizar pada pagi semalam mempengerusikan apa yang dikatakan sebagai ‘mesyuarat khas exco kerajaan negeri’ di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 11.15 pagi dan berakhir 12.40 tengah hari.

Mesyuarat itu bagaimanapun diadakan tanpa kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim; Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini Ahmad, selain tidak merujuk terlebih dulu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Tidak hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini menyandang jawatan Exco Pembangunan Industri, Perdagangan dan Penerangan kerana dikatakan pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selain dua bekas Exco yang kini menjadi Adun bebas, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu.

Mohammad Nizar pada sidang medianya berkata, perkara itu tidak perlu merujuk kepada Sultan Perak terlebih dulu kerana ia adalah mesyuarat khas, manakala kehadiran pegawai kanan negeri juga tidak perlu kerana mereka bersifat pemerhati dan ‘ex-officio’ iaitu tidak boleh mengundi dan membuat keputusan.

Ditanya mengenai kesahihan mesyuarat itu, beliau mendakwa ia adalah sah dan segala keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berkenaan perlu dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkaitan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084903/Article/index_html

MB Perak jawab tuduhan

MB Perak jawab tuduhan




Badru Abd Kader, 68, di kediaman keluarganya." title="MOHON RESTU... Dr Zambry mencium tangan ibunya, Saidatul
Badru Abd Kader, 68, di kediaman keluarganya." height="207" width="300" border="0">
MOHON RESTU... Dr Zambry mencium tangan ibunya, Saidatul 
Badru Abd Kader, 68, di kediaman keluarganya.

IPOH: “Apa dia ingat dia ‘halal’ ke... itu saja soalan saya... itu jawapan saya,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas dakwaan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang membuat tuduhan bahawa pelantikannya adalah ‘haram’.

Kelmarin, Mohammad Nizar mendakwa pelantikan Dr Zambry ke jawatan itu tidak sah kerana berdasarkan undang-undang beliau masih memegang jawatan itu.

“Itu dia punya bacaan undang-undang... mana dia baca pun saya tidak tahu... yang haram hanya kepada orang lain, yang halal kepada dia,” katanya pada sidang media di majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Pusat Perkhidmatan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Kampung Simee, di sini, semalam.

Hadir sama bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Majlis sambutan perayaan itu dianjurkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dan acara rasmi pertama Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Ketika ditanya bila beliau akan memasuki pejabat rasmi Menteri Besar, Dr Zambry berkata, perkara itu akan dibincangkan dan diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Dalam pada itu, Dr Zambry turut mengutuk tindakan memalukan penyokong pembangkang yang bertindak liar menghalang majlis pelantikannya kelmarin.

“Saya selalu sebutkan, kalau mereka penggemar demonstrasi jalanan, saya minta biar rakyat melihat perangai mereka, tetapi saya yakin majoriti rakyat di Perak mahukan keamanan dan sebarang krisis hendaklah diatasi dengan jalan sah dan mengikut lunas undang-undang,” katanya mengulas perhimpunan haram didalangi penyokong Pakatan Rakyat (PR) di pekarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, kelmarin.

Dr Zambry berkata, cabaran terbesar yang dipikul sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah menyakin dan menjelaskan kepada rakyat bahawa pelantikannya ke jawatan tertinggi kerajaan negeri itu adalah berdasarkan undang-undang dan direstui Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Keputusan itu mengikut titah tuanku dan tolong jangan mempersoalkan kuasa mutlak yang ada pada baginda.

“Sultan Azlan Shah bukan sebarang sultan kerana tuanku adalah bekas Ketua Hakim Negara dan sebarang tindakan yang dibuat baginda berteraskan prinsip perundangan dan perlembagaan sah,” katanya.

Zambry meminta rakyat bertenang dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mandat yang diberi tuanku kerana berdasarkan majoriti yang ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk membentuk kerajaan.

Ketika diminta mengulas keengganan Mohammad Nizar keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar, Dr Zambry berkata, kediaman itu tidak penting baginya kerana perkara lebih utama adalah menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

“Biarlah jika dia tidak mahu keluar dari rumah (kediaman rasmi Menteri Besar) kerana bagi saya kediaman tidak penting... yang penting adalah meneruskan khidmat bakti kepada rakyat Perak,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084955/Article/index_html

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

Salmah Mat Husain 

Sun | Feb 08, 09 | 7:43:01 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 8 Feb (Hrkh) - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik.

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.

"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.

"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.

Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.

"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi. - mks. _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19285&Itemid=1

Koleksi gambar 1: Sekitar situasi di Perak

Foto Ekmal Yusof 

Sun | Feb 08, 09 | 1:26:14 pm MYT

KOLEKSI gambar sekitar majlis ceramah di kediaman Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamalluddin. Lebih 2,000 orang membanjiri kediamannya untuk mendengar penjelasan dan amanat berhubung situasi terkini yang berlaku di negeri tersebut. Rakyat pelbagai kaum tanpa mengira darjat sanggup hadir dan mendengar sendiri penjelasan daripada Nizar pada malam tersebut.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19278&Itemid=1


_
-->

BN kuat dengan 3 Adun lompat?

Johari Jaafar 

Sun | Feb 08, 09 | 12:43:29 pm MYT

IPOH, 8 Feb (Hrkh) - Adun Titi Serong,Drs Idham Lim menafikan kenyataan Menteri BesaR yang baru dilantik secara haram, Dato' Dr Zamry Abdul Kadir yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat.

"Saya menafikan kenyataan Zammry yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat, sebenarnya ia sangat lemah, cuma bergantung kepada tiga Adun yang melompat yang tidak bermaruah," tegasnya.

Penegasan itu dibuat beliau sebagai mengulas kenyataan Zamry yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, yang sama sekali tidak diiktiraf oleh seluruh Adun Pakatan Rakyat.

Menurut beliau,kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas secara kudeta oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan kuncu-kuncunya sebenarnya telah menghancurkan mandat rakyat yang telah ditentukan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

"Adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak masih berpegang teguh kepada ikrar dan hasrat rakyat yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan yang didokong bersama,"katanya.

Beliau cukup kesal tindakan 3 Adun yang berpaling tadah , secara peribadi beliau tidak menolak mereka yang melompat ini ada agenda tersendiri sebagai sifatnya manusia yang ingin cepat senang dan kaya.

Menurut beliau sebelum berakhir tahun 2008, konspirasi itu telah dimaklumkan kepada beliau dan ianya tidak ditolak kemungkinan perkara tersebut berlaku.

Kerajaan kudeta Perak katanya, tidaK ada kekuatan kecuali berselindung di sebalik istana dan putar belit media yang mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.

"Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan," tegasnya. Menurutnya, jika permohonan itu diperkenan oleh Sultan Perak suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar semalam pasti tidak akan berlaku. - mks. _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19277&Itemid=1

Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh

Abdul Aziz Mustafa 

Sun | Feb 08, 09 | 12:23:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal"._


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19275&Itemid=1

Tragedi di Kuala Kangsar ibarat Gaza?

Johari Jaafar 

Sat | Feb 07, 09 | 10:42:14 pm MYT

Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.

Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.

Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.

Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.

Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.

Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.

Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.

Bubarkan DUN Perak, itulah pinta rakyat._

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19273&Itemid=1

"Rakyat marah hak dirampas"

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my 

Sat | Feb 07, 09 | 10:37:19 pm MYT

IPOH, 7 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin berpendapat bahawa perhimpunan yang diadakan di Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar menggambarkan gelombang amarah rakyat selepas negeri tersebut kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

"Gelombang rakyat ini adalah hasil daripada rasa hak mereka yang dirampas kerana rakyat berhak untuk berasa marah apabila hak mereka diambil begitu sahaja," katanya kepada Harakah.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat agar tidak keterlaluan dan menghormati peraturan yang ditetapkan tanpa menjejaskan keselamatan umum.

Ditanya mengenai majlis pelantikan Menteri Besar baru yang dijalankan petang semalam beliau menyifatkannya sebagai tidak sah.

"Kalau bentuk kerajaan dan pelantikan menteri besar melanggar perlembagaan negara ianya dianggap sebagai tidak sah atau dengan kata lainnya haram," ujarnya.

Tegasnya, rakyat Perak telah menyatakan sikap mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan Sultan Perak dengan mengadakan pelbagai cara.

"Rakyat tidak terima dan mereka mahukan cara yang dijamin oleh perlembagaan iaitu pilihan raya, bagi mendapatkan majoriti yang lebih besar serta menjelaskan lagi keadaan agar ianya stabil," tegasnya.

Oleh yang demikian, pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang bagi meminta tiga adun yang kini dikategorikan sebagai wakil rakyat bebas mengisytiharkan status sokongan mereka selepas pelbagai insiden berlaku.

"Kita telah memfailkan kes di mahkamah Ipoh bagi menjelaskan kedudukan tiga adun yang terbabit sehingga menyebabkan situasi kacau bilau sekarang ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai sembilan tangkapan yang terlibat dengan perhimpunan di Masjid Ubudiyah, beliau melahirkan rasa syukur setelah kesemuanya dibebaskan. - mks._

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19272&Itemid=1

Pakatan Rakyat Akan Turun Keseluruh Negara Mengajak Rakyat Membantah Rampasan Kuasa BN di Perak

Written by SM Noor   
Monday, 09 February 2009 00:00
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/himpunanPR080209.jpg

Laporan Langsung Dari Himpunan Pakatan Rakyat di Kediaman Menteri Besar Perak Semalam


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua rakyat Malaysia di seluruh negara dan seluruh dunia
  menyatakan bantahan bersama dengan YAB Menteri Besar Perak yang sah.(Gambar - Lebih 20,000 hadir - gambar ehsan anilnetto)


Beliau berkata Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah dipilih dengan cara yang sah mengikut amalan demokrasi.

”Beliau (Nizar) telah dipilih mengikut lunas-lunas perlembagaan negara, melalui pilihanraya, pilihan yang sah, dan telah menjalankan tugasnya dengan baik,

”beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya,”katanya dalam Himpunan Menyokong MB Perak di kediaman rasminya di Ipoh sebentar tadi, yang disiarkan secara langsung melalui WEB TV PAS.


Katanya sekiranya ada pihak yang mahu memberhentikan Nizar, hendaklah dengan yang cara yang mulia dan terhormat dan jangan ‘merompak di tengah jalan’.

Beliau berkata PAS mempunyai pengalaman menghadapi menang kalah dalam pilihanraya dan jatuh bangunnya kerajaan PAS dimasa lalu.

“PAS sebuah parti yang sah, menyertai amalan pilihanraya sejak tahun 1955, PAS menang dan kalah, memerintah Kelantan dan Terengganu, pernah ditumbangkan di Terengganu dan kelantan,

“di Terengganu pada tahun 1961. wakil rakyat telah dicolek ketika itu, dengan cara yang tidak terhormat, dengan melakukan rasuah,”kata beliau.

Walaupun begitu, katanya, Perikatan (ketika itu) telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri dan membawa usul tidak percaya ke dalam dewan.

“Setelah (Perikatan) mendapat suara majoriti, kerajaan PAS di tumbangkan, PAS tidak membantah,”tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Kelantan pada tahun 1978, Barisan Nasional (BN) yang tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Kelantan, tetapi mereka tidak menumbangkan kerajaan dengan merampas kuasa.

”Mereka (BN) tidak berani merompak, tetapi mencuri, mereka mengisytiharkan darurat, kemudian mengisytiharkan pilihanraya,

”pimpinan UMNO, dulu ada harga diri, tetapi yang melakukakan kerja di Perak (sekarang), tidak tahu malu, merompak (merampas kuasa) di tengah hari,”tegas Dato’ Seri Abdul Hadi.

Beliau bertanya kepada hadirin, ”adakah rakyat Perak dengan kerajaan perompak yang berlaku pada hari ini ? 
Lalu dijawab dengan bergemuruh oleh hadirin yang “Tidak !”.

Katanya beliau begitu gembira pada malam tadi, kerana rakyat pelbagai kaum pelbagai bangsa berkumpul pada malam tadi, yang bersatu pelbagai agama dan fahaman politik menentang yang zalim, menentang BN yang tidak ada maruah dan harga diri.

Belau turut menyelar Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang bakal menjadi menjadi Perdana Menteri (PM).

”Kalau inilah pemimpin yang bakal menjadi PM, belum lagi jadi PM, sudah tunjuk perangai, kalau jadi PM, hancur negara kita, apa akan jadi kepada rakyat dan perlembagaan negara kita ?” soal beliau.


Beliau turut mengumumkan rancangan Pakatan Rakyat yang akan menjelajah keseluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat dan mengajak rakyat menyatakan bantahan bersama Menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Nizar jamaludin.

“Malam ini permualaan, kita akan turun ke negeri-negeri, DUN-DUN, menghalau hantu yang merosakkan negara,”tambahnya.

Turut berucap dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Last Updated on Monday, 09 February 2009 00:32

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=189:pakatan-rakyat-akan-turun-keseluruh-negara-mengajak-rakyat-membantah-rampasan-kuasa-bn-di-perak&catid=36:berita-nasional&Itemid=37

Setahun Berlalu, Adakah BN Menipu?

Written by SM Noor   
Sunday, 08 February 2009 01:38
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/janjipoliteknik.JPGHulu Terengganu – Tanggal 3 Februari, 2008, ketika hampir sebulan dari tarikh pilihanraya umum (PRU) ke 12, bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris) telah mengheret Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi (Pak Lah) untuk merasmikan beberapa program propaganda yang dijangka memberikan impak kepada PRU.

Disamping merasmikan projek mega ratusan juta yang dibiayai oleh wang royalti, Taman Tamadun Islam (TTI), Pak Lah juga terpaksa ’berlari’ sekejap ke Hulu Terengganu untuk Majlis Pecah Tanah dan Perletakan Batu Asas Politeknik Hulu Terengganu.

Program hebat bagi ‘orang hulu’ telah di kerah beramai-ramai untuk bersusun berbaris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris, menyambut ketibaan Pak Lah, dengan pelbagai aturcara hebat yang dikatakan disusun oleh Deris sendiri.

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/janjipoliteknik4.JPGMaka, berbarislah Puteri dan Wanita UMNO bersalam-salaman bukan sahaja dengan Jeanne tapi puaslah tangan gadis-gadis dan isteri-isteri orang dijamah oleh Pak Lah.

“Hulu, hulu leni bukan macam dulu dah, hulu le ni ada politeknik, YAB tadi telah disambut oleh generasi baru Terengganu, yang boleh empat bahasa, adalah pelajar-pelajar dari sekolah Imtiaz
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/janjipoliteknik1.JPG,

“inilah yang dikatakan Dato’ Seri (Pak Lah) sebagai modal insan mentaliti kelas pertama yang sedang dilaksanakan di negeri Terengganu sekarang ini”kata Deris dalam ucapan alu-aluannya mengangkat dirinya sendiri.


“Apa yang dulu menjadi impian dan cita-cita, kini menjadi realiti, tahniah kepada Terengganu, negeri Terengganu akan muncul dari negeri yang kurang membangun, satu pembangunan yang tak pernah lihat di negeri ini, 

“Ini adalah satu janji Pak Deris kepada saya, unuk mewujudkan masyarakat ulul-albab,” kata Pak Lah pula memuji-muji Idris.

Tinjauan Buletinonline ke tapak tersebut baru-baru ini, bukan bangunan yang telah didirikan, tapak pun belum dibuat lagi.

“Tak tahulah bila akan buat, kata ketua kampung tahun ini, tapi tak tahulah bila,”kata seorang peniaga warung di tempat menunggu bas, 
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/janjipoliteknik2.JPGberhampiran dengan SMK Kuala Jeneris.

"Yang duk buat tu, bukan Politeknik, tu kuaters guru, sekolah,"tambah beliau bila diajukan pertanyaan apa bangunan yang sedang dibina dibawah tapak Politeknik Hulu Terengganu.

Kini, setahun sudah berlalu, janji-janji pemimpin UMNO. 

Deris sudah tidak ada, Pak Lah juga bakal tiada.

Dato’ Mustapha Mohammad ketika itu Menteri Pengajian Tinggi kini telah bertukar menjadi Menteri Pertanian.

Begitu juga janji untuk membangunkan Politeknik Hulu Terengganu yang masih lagi tiada hingga kini !

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/janjipoliteknik3.JPG

Last Updated on Sunday, 08 February 2009 01:48

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=187:setahun-berlalu-adakah-bn-menipu&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

"Menyembah mohon derhaka"

Written by Khalid Jaafar   
Monday, 09 February 2009 01:05

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/sultanazlannizar.gifNizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.


Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu “menyembah mohon derhaka,” satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.

Tetapi kita tidak hidup di zaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.

Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja? Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan.

Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.

Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka.

Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan.

Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh “menyembah mohon derhaka”.- Malaysian Insider

Last Updated on Monday, 09 February 2009 01:14

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=190:qmenyembah-mohon-derhakaq&catid=37:pendapat&Itemid=50

Krisis Perlembagaan Perak – Sesetengah Pihak Memang Tuli !?

Written by Editor   
Sunday, 08 February 2009 00:26
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/krisisperak.jpgBekas Menteri UMNO, Zaid Ibrahim berkata krisis perlembagaan di Perak boleh di elakkan sekiranya semua ahli politik menerima Malaysia adalah negara demokrasi, dimana permasalahan politik sepatutnya diselesaikan melalui Dewan Undangan Negeri dan bukannya di belakang pintu istana yang tertutup.


Beliau yang bertindak sebagai Menteri Undang-undang dalam kabinet Barisan Nasional (BN) berkata BN dan Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menguji sokongan terhadap mereka di DUN Perak melalui undian dengan mengangkat tangan.

Menurutnya dalam demokrasi mahkamah adalah terbuka kepada umum, supaya rakyat jelata boleh berpuashati dengan proses perundangan yang adil dan boleh disemak dengan teliti.

“Mengapa bila tiba menukar sesuatu kerajaan, dibuat secara tertutup? Adakah kerana kita ada budaya ‘kekuasaan’? Rakyat tidak perlu tahu, hanya elitis sahaja yang perlu tahu?”katanya yang kesal dengan tindakan tergesa-gesa menukar kerajaan Perak.

Beliau yang dipetik Malaysian Insider berkata persoalannya bukan samada Sultan ada kuasa untuk membubarkan DUN atau adakah Sultan boleh menitahkan peletakan jawatan Menteri Besar, tetapi samada parti-parti politik durujuk kepada forum yang betul.

”Ia adalah berkaitan mendapatkan keyakinan majoriti dalam DUN,”tegasnya. 

Kedua-dua BN dan PR mempunyai 28 kerusi di DUN, tetapi tiga ADUN yang memilih menjadi BEBAS berkata mereka akan menyokong BN.

Sultan Azlan Shah mengambil sokongan meraka (tiga ADUN) kepada BN sebagai bukti yang Menteri Besar Perak tidak lagi mendapat keyakinan DUN.  Sultan telah bertindak mengambil sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang baru semalam tetapi Nizar menolak keputusan yang dibuat di istana.

Keputusan yang diambil oleh Sultan Azlan yang juga bekas Ketua Hakim Negara telah menimbulkan banyak kritikan sehingga pakar undang-undang bercanggah pendapat adakah Sultan bertindak dengan niat yang benar (whether he acted in good faith)

Zaid, yang meletakkan jawatan dari Kabinet Abdullah kerana kurangnya sokongan atas usahanya untuk mengislahkan badan kehakiman berkata, isu mudah untuk menentukan parti manakah yang mendapat majoriti telah menjadi sukar (complicated) kerana beberapa orang telah bertindak sewenang-wenangnya. 

"Saya tidak fikir masalah ini boleh diselesaikan melalui mahkamah, jadi rakyat kena menunggu. Kerajaan baru yang berkuasa telah ditubuhkan. Istana telah bertitah. Ia seolah-olahnya tidak boleh dipersoalkan lagi (fait accompli),”katanya dan menambah bahawa situasi di Perak telah menimbulkan nada bersifat membahagi (divisive tone) dalam negara ini.

"Matlamat untuk menubuhkan kerajaan diterima oleh semua pihak (working government) bukanlah permainan matematik (angka). Ia bukannya angka tetapi berkait rapat dengan kestabilan,” kata Zaid.

Beliau menyatakan ada pendapat yang mengatakan bahawa tindakan Sultan tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah.

”Adakah ia bermakna seseorang tidak perlu menerangkan tindakannya kepada rakyat umum?,”soalnya.

Beliau menimbulkan bahawa sesetengah pihak merasakan bahawa pertukaran kuasa di Perak adalah satu rampasan kuasa (coup d’etat), justeru mereka harus menyatakannya dengan trang dan jelas dalam kotak undi pada pilihanraya akan datang, kerana katanya jelas sesetengah pihak memang tuli (tidak pernah mendengar keluhan rakyat) !

Last Updated on Sunday, 08 February 2009 23:25

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=186:krisis-perlembagaan-perak-sesetengah-pihak-memang-tuli-&catid=37:pendapat&Itemid=50

Kerajaan Nizar perlukan 'magic' laksamana Do Re Mi

08 Feb 2009 12:35PM

MENGENANG politik tempoyak di Perak hari ini di mana ada dua Menteri Besar, satu dikatakan sah dan satu lagi didakwa haram benar-benar membingungkan rakyat. Rakyat Perak mungkin ada yang pening-pening lalat ataupun sakit jiwa mengenangkan apa yang berlaku kini.

Di TV3 sekejap tadi saya melihat visual mengenai Zambry Abdul Kadir telah memulakan tugasan pertamanya dengan menemui masyarakat Cina di Ipoh. Bukan main lagi galaknya Zambry bersalaman dan berpelukan dengan masyarakat Cina.

Selepas itu disiarkan pula visual Nizar Jamaluddin sedang mengadakan mesyuarat Exco khas di kediamannya. Dalam mesyuarat itu dilaporkan diluluskan empat buah proporsal. Nampaknya Nizal sedikitpun tidak cemas dan selamba saja seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Entah kenapa bila saya melihat visual mengenai Nizar bersama Exconya mengadakan mesyuarat itu, saya terkenang kepada filem Laksamana Do Re Mi arahan P Ramlee terbitan 1972. Dalam filem itu ada satu bab bagaimana kisah seorang raja dari negeri Pasir Dua Butir yang kuasanya telah dirampas Menteri Pesola menyebabkan kuasa dan negerinya hilang.

Gara-gara itu Raja negeri Pasir Dua Butir itu terpaksa melarikan diri dan berteduh di bawah sepohon pokok untuk dijadikan tempat semayam atau istana sementara bersama permaisurinya dengan dikeliling oleh beberapa orang datuk-datuk yang setia kepadanya sebagai batu asas kepada kerajaan negeri Batu Pasir Butir itu.

Bagaimana pun nasib raja Negeri Pasir Dua Butir itu baik kerana mereka didatangi oleh Laksamana Do Re Me datang membantu mereka. Dengan kekuatan dan kuasa yang sakti yang dimiliki oleh Laksmana Do Re Mi, raja negeri Pasir Dua Butir mendapat semula negerinya dan raja Pesola yang jahat dihapuskan.

Saya rasa apa yang dihadapi oleh Nizar sekarang ini tak ubah seperti nasib raja Pasir Dua Butir itu manakala lapan Exconya itu tak ubahlah sepeerti datuk-datuk yang menjadi hamba yang 'tertonggol' menjaga raja negeri Pasir Dua Butir sebagai batu asas itu.

Makanya sekiranya Nizar hendak dapatkan semula jawatan MB dan kerajaanya beliau kena cari dulu orang-orang seperti Laksamana Do Re Mi itu yang mempunyai kuasa berusur magik itu.
Do mempunyai tikar terbang, Re mempunyai teropong manakala Me ada bangsi ajaib. Hanya dengan memiliki tiga Laksamana yang sakti itu saja memungkin kerusi MB dan kerajaan Pakatan akan dapat dikembalikan semula. Wa'lahualam. Zam...zam ala kazam.... / msomelayu.blogspot.com

Akhirnya negeri Pasir Dua Butir mendapat semula negerinya dan Raja Pesola (Jason King) yang jahat dihapuskan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...