Friday, February 13, 2009

Pemuda BN anjur rapat umum 'daulat tuanku' di PWTC

13 Feb 2009 9:29AM

KL: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan bagi menunjuk dan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada institusi raja yang diancam pihak tertentu kebelakangan ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan yang dinamakan Himpunan Menjunjung Setia 'Daulat Tuanku' akan diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis, 19 Februari pukul 8 malam.

Menurut Hishammuddin, perhimpunan itu bukan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi ia adalah satu langkah positif untuk menyatukan suara hati generasi muda secara tersusun bagi menyatakan taat setia kepada sultan dan raja.

"Situasi kebelakangan ini telah mencemarkan imej institusi raja dan sistem raja berperlembagaan, selain tindakan itu dilihat tidak bertanggungjawab ia juga telah memalukan sistem itu di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hishammuddin seterusnya menyeru pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kelompok profesional dan bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan, dan seni mempertahankan diri menghadiri perhimpunan itu nanti.

Katanya, adalah menjadi harapan Pemuda BN agar perhimpunan kali ini akan menjadi satu penanda aras kepada seluruh masyarakat walaupun berbeza pandangan dan ideologi agar tidak melampaui batas susila.

''Perhimpunan tersebut diharap dapat menunjukkan pendirian kita bagi mempertahankan kedaulatan institusi raja dan sultan daripada sebarang bentuk merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi itu.

''Malah, ia juga dilihat menjadi titik tolak agar rakyat merapatkan semula hubungan dengan istana secara lebih harmoni dan positif dalam semangat negara berperlembagaan,'' ujar beliau. / Utusan




7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau

Jimadie Shah Othman | Feb 13, 09 11:53am
Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.

Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

P'raya kecil pertama Najib

Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.

bm version bukit selambau state seat 090209Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.

Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam.

"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.

Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:

"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam-macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".

Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan Umno bulan depan.

"Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.

Daftar pemilih


Abdul Aziz juga memberitahu, daftar pemilih untuk kedua-dua kawasan ditentukan berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2007 dan digabungkan dengan daftar tambahan pada suku pertama, suku kedua dan suku ketiga 2008.

Katanya, daftar tersebut akan mula dijual mulai 21 Februari bagi senarai tanpa saluran dan pada 21 Februari bagi senarai dengan saluran.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Terdapat 55,562 pemilih berdaftar di Bukit Gantang dengan 55,426 pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Di Bukit Selambau pula seramai 35,140 layak mengundi. Seramai 35,125 merupakan pemilih biasa, manakala 15 lagi pemilih pos.

Sebanyak 32 pusat mengundi akan dibuka di Bukit Gantang manakala sebanyak 22 lagi akan dibuka di Bukit Selambau.

Abdul Aziz juga berkata, Pemantau Bagi Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) diberikan kebenaran menjadi pemerhati.

Tarikh tidak jejas pengundi

Ditanya kenapa SPR tidak memilih hari hujung minggu sebagai tarikh pengundian, seperti amalan biasa, Abdul Aziz berkata, ia dibuat berdasarkan tempoh 60 hari yang diperuntukan kepada mereka.

Katanya, ketetapan tarikh itu juga tidak akan menjejaskan jumlah pengundi yang akan turun menunaikan tanggungjawab.

"Kalau hendak mengundi, dia akan ambil cuti dan balik kampung. Sekolah-sekolah yang jadi tempat mengundi akan bercutilah," katanya.

Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.

Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

http://www1.malaysiakini.com/news/98203

Berhimpun di luar mahkamah, sokong saman Zambry

Feb 13, 09 11:36am

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

pakatan nizar sue zambri 130209 nizar 03Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ.

Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ.

Jumlah mereka semakin bertambah menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

pakatan nizar sue zambri 130209 crowdPada kira-kira jam 11.20 pagi, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tiba bersama dengan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh para penyokong yang melaungkan 'hidup rakyat' sebanyak tiga kali.

Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di ibunegara bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan menteri besar Perak yang sah.
    
Beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru pada 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu.
    
Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar  mendakwa beliau masih merupakan menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak; 

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

jamaluddin mat radzi and osman jailu perak pkrDalam afidavit sokongan terhadap permohonan itu, Mohammad Nizar menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu telah meletakkan jawatan sebagai Adun melalui surat bertarikh 30 Januari 2009, manakala seorang lagi Adun, Hee Yit Foong (Jelapang) meletakkan jawatan melalui surat bertarikh 3 Februari 2009.
    
"Berikutan peletakan jawatan itu, Barisan Nasional kini mempunyai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya telah memaklumkan kepada Sultan perkembangan terkini dan berdasarkan prinsip demokrasi, memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat Perak memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki.
    
"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.
    
"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak, saya masih Menteri Besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil,"
katanya dalam afidavit itu.
    
Nizar memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa beliau (Zambry) berhak memegang jawatan menteri besar Perak.
    
Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

pakatan nizar sue zambri 130209 crowd 02"Responden kini membuat representasi kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah Menteri Besar Negeri Perak, ini mengelirukan rakyat," menurut permohonan itu.
    
Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri  besar di negeri itu.
    
Beliau mendakwa terdapat pertikaian undang-undang perlembagaan membabitkan Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak berkenaan status jawatan menteri besar di antara beliau dan responden.

"Di bawah undang-undang tubuh, pemohon (Mohammad Nizar) tidak memegang  jawatan Menteri Besar bersandarkan keredaan Sultan, juga tidak terdapat peruntukan untuk pemohon diarahkan meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan Menteri Besar," kata permohonan itu.
    
Mohammad Nizar turut menuntut ganti rugi punitif, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan serta kos daripada responden..

http://www1.malaysiakini.com/news/98200

Nizar: serah rumah dan kereta bukan mengalah...

Feb 13, 09 5:51pm
Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
    
Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, lapor Bernama.
    
nizar jamaluddin files suit against dr zambry abdul kadir perak 130208"Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali.
    
"Ia bukan sebarang petanda apa-apa elemen bahawa kami menyerah, kami kecewa atau apa jua elemen yang kami ini mahu mengalah," katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah, lapor Bernama.
    
Ditanya apakah yang akan beliau dilakukan sementara menunggu keputusan mahkamah, Mohammad Nizar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak, berkata beliau akan meneruskan tugas harian seperti biasa sebagai menteri besar dan begitu juga barisan exconya yang lain.

"Kaminizar jamaluddin and perak mb residence and official car pc 120209 02 masih berpegang kepada permohonan saya sebagai Menteri Besar, pada waktu berkenaan. 

"Oleh kerana kami merasakan mengikut lunas undang-undang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, kerajaan yang sah, maka menggunakan peruntukkan yang ada, kami memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan (Perak) untuk membubarkan DUN negeri Perak dan diadakan pilihan raya di seluruh 59 DUN Perak supaya hak rakyat diberikan untuk mereka memilih kerajaan," katanya.
     
Ditanya alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah Kuala Lumpur dan tidak di Ipoh, Mohammad Nizar berkata beliau dinasihatkan oleh panel peguamnya bahawa ia adalah "lebih baik dan jernih dan lebih cerdik kalau mereka datang ke sini".

http://www1.malaysiakini.com/news/98263

Usaha BN pujuk Adun PKR Perak diteruskan


Muda Mohd Noor | Feb 13, 09 5:33pm
Rundingan untuk memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR keluar parti di negeri itu masih berterusan, kata Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Mohamad.

Sehingga ini, katanya, Adun berkenaan belum membuat keputusan muktamad untuk meninggalkan PKR.
 
Bagaimanapun, Sarani enggan menamakan Adun terbabit ketika ditanya lanjut mengenainya.

Manakala bekas ketua Pemuda Umno Beruas, Mohd Ali Mansor pula mendakwa, seorang Adun PKR telah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, Adun berkenaan kini mendiamkan diri ekoran kemelut politik yang berlaku di Perak. 

Katanya, rundingan dengan Adun terbabit sebelum ini menunjukkan tanda-tanda positif beliau akan meninggalkan pembangkang.

“Seorang Adun PKR yang mulanya telah setuju meninggalkan parti itu, kini telah mendiamkan diri. 

"Saya tidak tahu sebabnya, tetapi dipercayai ekoran kemelut politik yang berlaku sekarang.

“Bagaimanapun, usaha memujuk dan berunding dengan Adun itu perlu diteruskan kerana kerajaan baru BN dalam keadaan yang tidak cukup kuat,"
katanya.

Baru-baru ini, empat Adun pembangkang iaitu dua dari PKR dan seorang dari DAP telah keluar dari parti itu dan menjadi Adun bebas. 

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Osman Zailu (PKR- Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menyatakan sokongan kepada BN.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang menyertai PKR selama 10 hari, kembali semula ke pangkuan Umno, mengikut jejak tindakan tiga bekas Adun Pakatan itu.

http://www1.malaysiakini.com/news/98261

DAPSY: Mengapa lambat adakan p'raya kecil?

Feb 13, 09 3:36pm

Pemuda DAP (DAPSY) hari ini mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa hampir 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

SPR hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

Mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari ini, kerusi Bukit Selambau kosong mulai 8 Februari, manakala kerusi Bukit Gantang kosong mulai 8 Februari.

Ini bermakna hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang diadakan pada hari yang ke-58 dan hari ke-59 bagi kerusi Bukit Selambau.

'Berhutang penjelasan'

Manakala hari penamaan calon pula diadakan pada hari ke-49 bagi kerusi Bukit Gantang dan hari ke-50 bagi kerusi Bukit Selambau.

Sehubungan ketua Pemuda DAPSY, Loke Siew Fook berkata, pengerusi SPR berhutang penjelasan kepada rakyat, terutama pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengapa ia memerlu masa begitu lama untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut.

Loke bertanya apakah SPR sengaja menetapkan tarikh tersebut selepas pemilihan Umno hujung bulan depan bagi mengelak bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada malu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini kerana perhimpunan agung Umno - yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan - akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan

"Adakah anda merasakan bahawa ia satu kebetulan yang tarikh penamaan calon bagi kedua-dua pilihanraya kecil itu, jatuh sehari selepas perhimpunan agung Umno?" soalanya.

Sehubungan itu, DAPSY mengecam SPR yang didakwanya bertindak secara secara "amat tidak profesional" yang sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa ia bukan sebuah badan yang bebas.

http://www1.malaysiakini.com/news/98238

Umno: Harapan BN tipis jika letak calon MIC

Muda Mohd Noor | Feb 13, 09 5:11pm
Harapan Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis jika ia meletakkan calon MIC bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan, kata Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad.

Sehubungan itu, katanya, rata-rata pengundi Bukit Selambau mahukan Umno bertanding di kerusi tersebut.

Abdul Rahman berkata, maklumat ini diperolehi dari cawangan-cawangan Umno, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di Bukit Selambau.

"Jika letak calon MIC, tiada jaminan akan menang kerana undi orang India berpecah kepada parti itu dan parti lawan.

"Kekalahan calon MIC dalam pilihanraya umum lalu kerana faktor Hindraf yang menolak calon MIC dan menyokong pembangkang,"
katanya.

Abdul Rahman yang juga ketua Umno Kampung Sungai Lalang berkata, faktor calon juga memainkan peranan penting bagi BN merampas semula kerusi Bukit Selambau.

Katanya, penduduk tidak mahu calon dari golongan korporat kerana kerana mereka sukar berurusan dengan mereka.

"Jika anda ingat, Datuk Badri Yunus yang hanya seorang petani pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau selama dua penggal berturut-turut pada tahun 1986 dan 1990," katanya.

'Mampuih tak menang'

Seorang lagi pemimpin Umno di bahagian tersebut, Ahmad Ali berkata, orang Melayu menolak calon MIC kerana banyak isu yang membabitkan kaum itu yang belum selesai.

Katanya, isu-isu kaum India itu akan digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN.

"BN perlu meletakkan calon Melayu jika ingin merampas semula kerusi Bukit Selambau. Kalau orang lain selain orang Melayu, orang Kedah kata, `mampuih tak menang.'" katanya lagi.

Seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Merbok yang enggan namanya disiarkan berkata, BN sukar untuk menang jika meletakkan calon keturunan India bertanding di Bukit Selambau.

Ini, katanya, kerana MIC telah tidak mendapat sokongan daripada orang I ndia sendiri.

Bagaimanapun, katanya, sekalipun BN meletakkan calon dari Umno, ia bukan jaminan untuk menang.

"Orang India pula tidak akan menyokong calon dari kalangan orang Melayu. Dan cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah BN mengadakan rundingan di antara komponen untuk menentukan calon terbaik.

"Tetapi jika calonnya orang Melayu, peluang untuk BN menang lebih cerah sedikit,"
katanya lagi.

http://www1.malaysiakini.com/news/98257

PAS setuju PKR tanding di Bkt Selambau


Abdul Rahim Sabri | Feb 13, 09 12:11pm

PAS - salah sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat - bersetuju kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, di Kedah ditandingi calon PKR kerana ia memang  kerusi tradisi parti tersebut.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika diminta mengulas desas-desus bahawa parti itu berminat meletakkan calonnya bertanding kerusi tersebut.

Ekoran itu, katanya, soal calon tidak dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS negeri Kedah petang semalam.

Sebaliknya, kata beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata, mesyuarat semalam menumpukan kepada soal membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau.

bm version bukit selambau state seat 090209Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala penamaan calon pada 29 Mac ini.

Dalam pilihanraya umum lalu, kertas penamaan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Ekoran itu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krisnan yang mendapat 10,863 undi.

Pada 2004, PKR turut meletakkan calonnya - Mustafa Khalid Hanafi - bertanding kerusi tersebut tetapi beliau dan calon DAP - G Ghanagaru - tewas kepada calon BN dari MIC, Datuk V Saravanan.

Bagaimanapun, DAP tidak meletakkan calonnya pada 2008 ekoran persefahaman yang dicapai antara parti-parti pembangkang untuk menentang BN secara satu lawan satu di semua kerusi yang mereka tandingi.

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam dari PKR meletakkan jawatan sebagai Adun kawasan tersebut 9 Februari lalu.

Sebelum ini, PAS dilaporkan berminat untuk meletakkan calonnya dari berturunan India-Jegadeeson Thavasu - dari Sungai Petani.

Beliau yang merupakan ahli kelab penyokong PAS di Kedah, Jegadeeson aktif berkempen untuk calon parti itu dan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu.

Selain PAS, DAP juga telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi tersebut kali ini.

Antara calon yang disebut-sebut ialah ahli seumur DAP, S Neelamekan, 49, yang dilahirkan di Pulau Pinang.

Penyelaras nasional Hindraf, RS Thanenthiran, 45, juga dilaporkan mungkin bertanding atas tiket PKR.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata, dalam kontak negeri Kedah, kerusi Bukit Selambau wajar diwakili calon keturunan India.

Jika tidak, katanya, maka tidak adalah wakil rakyat berketurunan India di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

http://www1.malaysiakini.com/news/98207

Polis halang demo depan rumah Karpal

Feb 13, 09 3:41pm
Kira-kira 100 penyokong Umno gagal mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh - yang berura-ura menyaman Sultan Perak - di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis. 

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan beberapa lagi ketua Pemuda Umno bahagian disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

umno youth demo against karpal singh penang 130209 02Polis juga membawa Dr Khir dan tiga ketua Pemuda Umno itu di balai polis bandaraya di Jalan Patani untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan haram itu.

Mereka berada di balai itu kira-kira setengah jam sejak 3 petang.

Ketua-ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said; Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud dan Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustafa Kamal Sheikh Ismail.

Pembantu khas kepada bekas menteri besar Selangor itu, Ab. Jalil Aboo Backer menjelaskan, Dr Khir menyertai perhimpunan tersebut atas jemputan Pemuda Umno Pulau Pinang, tambah Ab. Jalil.

http://www1.malaysiakini.com/news/98241

Karpal: Desakan kerabat Kedah 'nakal, tanpa asas'

Feb 13, 09 4:05pm
Peguam terkenal Karpal Singh menyifatkan desakan agar beliau dilarang menjejakkan kaki ke Perak - susulan cadangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah - sebagai "nakal" dan "tanpa asas perundangan." 

umno youth demonstration against karpal singh 100209 10Karpal, yang juga pengerusi DAP itu, berkata menurut Akta Buang Negeri 1959, seseorang warganegara sejak lahir termasuk beliau tidak boleh dibuang daripada sebarang negeri dalam persekutuan.

Mengulas cadangan Persatuan Kerajaan Diraja Kedah (PKDK) semalam, tambahnya, kerajaan hanya boleh menarik balik kewarganegaraan seseorang yang mendapatkannya melalui pendaftaran atau naturalisasi.

"Saya tidak faham mereka yang menuntut nyawa tidak boleh memahami prinsip-prinsip asas undang-undang yang dirujuk saya. 

"PKDK sepatutnya merujuk nasihat peguam sebelum membuat gesaan itu," kata Karpal dalam kenyataannya hari ini.

http://www1.malaysiakini.com/news/98245

Keputusan keluar rumah rasmi bukan tanda mengalah - Nizar


Keputusan keluar rumah rasmi bukan tanda mengalah - Nizar


KUALA LUMPUR: Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mohammad Nizar berkata tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.

"Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali.

"Ia bukan sebarang petanda apaapa elemen bahawa kami menyerah, kami kecewa atau apa jua elemen yang kami ini mahu mengalah," katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Ditanya apakah yang akan beliau dilakukan sementara menunggu keputusan mahkamah, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, berkata beliau akan meneruskan tugas harian seperti biasa sebagai Menteri Besar dan begitu juga barisan Exconya yang lain.

Mohammad Nizar, yang hadir ke mahkamah itu bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berkata bahawa pihaknya mahu menuntut hak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya dapat diadakan semula.

"Kami masih berpegang kepada permohonan saya sebagai Menteri Besar, pada waktu berkenaan. Oleh kerana kami merasakan mengikut lunas undang-undang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, kerajaan yang sah, maka menggunakan peruntukkan yang ada, kami memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan (Perak) untuk membubarkan DUN negeri Perak dan diadakan pilihan raya di seluruh 59 DUN Perak supaya hak rakyat diberikan untuk mereka memilih kerajaan," katanya.

Ditanya alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah Kuala Lumpur dan tidak di Ipoh, Mohammad Nizar berkata beliau dinasihatkan oleh panel peguamnya bahawa ia adalah "lebih baik dan jernih dan lebih cerdik kalau mereka datang ke sini". BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/13/mstar_mutakhir/20090213173917&sec=mstar_mutakhir

Tetapkan tarikh pakatan dakwa SPR dipengaruhi Umno, BN

Tetapkan tarikh pakatan dakwa SPR dipengaruhi Umno, BN


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan pandangan sedemikian ketika dihubungi mStar Online, sebentar tadi.

"Kita tidak nampak mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya kecil ini. Ini kes langsung, ada kekosongan SPR harus adakan pilihan raya (awal)," kata Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa.

Tambah Nasaruddin, Umno memerlukan masa yang banyak kerana berhadapan dengan masalah dalaman termasuk soal pemilihan.

"Ini babitkan dua isu iaitu pilihan raya Umno dan pilihan raya parti. Kita lihat pilihan raya rakyat, Umno lihat pemilihan Umno," katanya.

Mengenai pemilihan calon, pihaknya belum lagi memutuskan soal itu.

SPR hari ini mengumumkan tarikh pilihan raya kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang kosong awal minggu ini akan diadakan secara serentak 7 April ini, manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 29 Mac.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan SPR mengadakan dua pilihan raya kecil itu serentak dalam masa dua bulan lagi mempunyai kaitan dengan penyerahan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.

Beliau berkata, tarikh 7 April depan dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung Umno 26 Mac ini.

"Sebenarnya, ia mahu diadakan (selepas hampir dua bulan) kerana mahu memberi peluang kepada (Datuk Seri) Najib menjadi Presiden (Umno) dan pada masa yang sama, perhimpunan agung (umno) dapat 'diselamatkan'," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Dr Syed Husin berkata, jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.

"Tidak ada banyak beza jika BN kalah (dalam dua pilihan raya itu) semasa Abdullah masih menjadi Perdana Menteri tetapi sokongan kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi goyah.

"Bagi mereka yang tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri, mereka akan membantah dengan lebih kuat lagi," katanya.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah kedua-dua kerusi tersebut dibiarkan kosong selama hampir dua bulan kerana ia akan memberi peluang kepada Pakatan untuk lebih bersedia.

"Kita akan lebih fokus dan membuat kerja pada setiap masa sedangkan Umno perlu menghadapi banyak perkara," katanya.

Berhubung calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu, Dr Syed Husin berkata, kemungkinan besar calon bagi Parlimen Bukit Gantang adalah daripada PAS dan DUN Bukit Selambau adalah daripada PKR memandangkan kerusi tersebut masing-masing telah diperuntukan untuk kedua-dua parti itu.

"Bagi PKR, kita telah menerima banyak permohonan dan cadangan nama untuk calon Bukit Selambau.

"Kita akan menyenarai pendek senarai calon itu dan nama calon yang dipilih akan diumumkan menjelang tarikh penamaan calon pada 29 Mac," katanya.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/13/mstar_berita/20090213173842&sec=mstar_berita

Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau serentak 7 April

SPR: 29 Mac penamaan calon, 7 April hari mengundi

KOSONG... Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pagi ini ekoran keputusan ADUN V. Arumugam (kiri) meletakkan jawatan manakala Roslan Shaharum pula meninggal dunia awal minggu ini.
PERSIAPAN... Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir (tengah) menunjukkan kedudukan bahagian tersebut kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (kiri) sambil diperhatikan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan Bukit Gantang, Datuk Mahmod Morsidi. - foto The Star oleh ROHAIZAT MD. DARUS


PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang kosong awal minggu ini akan diadakan secara serentak 7 April ini.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang kosong awal minggu ini akan diadakan secara serentak 7 April ini.

Tarikh penamaan calon pula diadakan 29 Mac.

Tempoh kempen adalah selama sembilan hari. Pilihan raya kecil ini diadakan hampir dua bulan selepas kekosongan wujud.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang merupakan yang ketiga dan pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pula yag pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Ini kali pertama kekosongan dua kerusi wujud serentak disebabkan kematian dan meletak jawatan.

Kedua-dua pilihan raya kecil sebelum ini - kawasan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.


MAKLUMAT SEPINTAS LALU

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya mecapai keputusan tersebut dengan mengambil kira supaya tempoh berkempen tidak terlalu panjang.

"Kita tidak mahu timbul keresahan atau pun yang boleh menyebabkan gangguan ketentetaman awam dan juga keselamatan negara, jadi lebih baik kita buat serentak," kata beliau.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.

Pada pilihan raya umum 2008 Roslan, 50, menewaskan Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Zabidi dan calon Bebas Mohganan P. Manikam dengan majoriti 1,566 undi.

Arumugam, 55, yang bertanding atas tiket Bebas menewaskan calon Barisan Nasional S. Krishnan. Arumugam kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Writ dan notis pilihan raya masing-masingnya akan dikeluarkan pada 16 Februari dan 17 Februari ini.

Ditanya sama ada pemilihan tarikh mengundi tersebut mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Agung Tahunan dan pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac ini, Abdul Aziz menafikannya.

"Ia tidak ada kena-mengena dengan Perhimpunan Agung Umno atau pun apa saja.

"Ia untuk kebaikan semua pihak dan juga supaya semua orang selesa dari segi pengurusan parti," katanya.

Umno mengadakan pemilihan pusat termasuk bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri hujung bulan depan.

Berhubung kerusi DUN Bukit Selambau, beliau berkata, SPR berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang telah dikemukakan oleh Speaker Kedah berhubung kekosongan kerusi tersebut ekoran peletakan jawatan Arumugam.

"Kita puas hati dan dokumen yang dikemukakan adalah sah.

"Kita juga telah dapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang SPR juga Jabatan Peguam Negara dan kita yakin dokumen-dokumen itu sah... jadi kita tidak ragu-ragu berhubung kekosongan itu," katanya.

Dua minggu lalu, SPR memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang atas alasan wujud keraguan dalam surat letak jawatan yang dikemukakan kepada badan tersebut.

Ditanya mengenai pemilihan tarikh pengundian yang jatuh pada hari Selasa iaitu hari bekerja yang boleh menyukarkan pengundi di luar kawasan, Abdul Aziz berkata, masalah itu tidak timbul kerana pemilih boleh mengambil cuti dan sebagainya untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Tambah beliau, faktor hari bekerja atau pun hari cuti hujung minggu tidak mempengaruhi peratusan keluar mengundi.

"Kita lihat pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Ia diadakan pada hujung minggu tapi peratusan keluar mengundi masih juga rendah.

"Apa yang penting, kalau pengundi-pengundi itu bertanggungjawab, mereka akan pulang mengundi tidak kira pengundian dilakukan pada hari apa pun," katanya.

Menurut Abdul Aziz lagi, bagi pilihan raya kecil ini, SPR juga telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada pertubuhan bukan kerajaan pilihan raya Mafrel bertindak sebagai pemerhati.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR menyeru kepada semua pihak supaya mematuhi arahan-arahan daripada pihak polis yang menjaga keselamatan bagi memastikan keselamatan perjalanan pilihan raya dan ketenteraman awam berjalan dengan lancar dan terkawal.

BERITA TERDAHULU

Pilihan raya kecil 7, 14 Mac?

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Pilihan raya kecil bagi dua kerusi di Perak dan Kedah ditentukan hari ini dengan dijangkakan diadakan awal bulan depan.

Antara tarikh menjadi perhatian ialah 7 dan 14 Mac.

Mengambil kira dua pilihan raya kecil sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dipercayai akan memperuntukkan tempoh berkempen antara sembilan dan 10 hari.

Mesyuarat SPR hari ini membincangkan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

SPR memaklumkan pihaknya telah menerima notis kekosongan kedua-dua kerusi berkenaan.

Kelmarin Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya boleh diadakan jika SPR dapat memastikan bahawa adanya kekosongan pada satu-satu kerusi Parlimen atau DUN berkenaan.

Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, kekosongan berlaku ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat serangan jantung, selepas terjatuh daripada basikal yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke farmasi berdekatan Batu Gajah, Perak Isnin lalu.

Pada hari yang sama, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa serta-merta, dimaklumkan melalui surat yang dihantar Arumugam kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; Azizan dan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Isa Ismail.

Sehubungan itu banyak pihak membuat andaian bahawa kerusi DUN Bukit Selambau tidak akan menyaksikan pilihan raya kecil, sama seperti yang berlaku bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang di Perak.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi pagi tadi berkata,"Suruhanjaya akan membuat dua keputusan penting hari ini."

Kata beliau, kes Bukit Gantang adalah jelas dan akan ditentukan tarikh pilihan raya kecil.

"Bagi kerusi Bukit Selambau, SPR akan mengkaji segala surat dan maklumat bagi menentukan sama ada wujud kekosongan atau tidak.

"SPR yang berkuasa untuk tetapkan sama ada berlaku atau tidak kekosongan walaupun Speaker yang maklumkan notis tentang kekosongan yang berlaku," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pilihan raya kecil perlu segera diadakan.

SPR memaklumkan pihaknya telah menerima notis kekosongan kedua-dua kerusi berkenaan.

Minggu lalu SPR mengumumkan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering walaupun Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan kekosongan.

SPR memutuskan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) kekal sebagai ADUN di kawasan masing-masing kerana wujud keraguan pada surat peletakan jawatan yang dikatakan dihantar kedua-dua ADUN itu kepada Speaker DUN Perak.

Pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu, Roslan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas menewaskan S. Krishnan juga daripada BN.

Kes Raja Petra kekal di Mahkamah Sesyen


Kes Raja Petra kekal di Mahkamah Sesyen

Raja Petra (kiri) berbual-bual dengan peguam Gobind Singh Deo di luar Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.-- fotoSINCHEW



KUALA LUMPUR: Raja Petra Raja Kamaruddin yang didakwa memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain hari ini gagal dalam usahanya supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Majistret.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan agar kes tersebut kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz memutuskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret membenarkan permohonan pendakwa supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan adalah sah dan teratur.

Beliau berkata keputusan pemindahan kes tersebut yang dibuat Majistret Nazran Mohd Sham, pada 15 Ogos 2008 itu tidak bercanggah dengan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Zainal Azman kemudiannya menolak notis usul untuk semakan yang difailkan Raja Petra pada 25 Nov, 2008, atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai merit dan berasas.Raja Petra, 59, memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya merujuk isu pemindahan kes ke Mahkamah Persekutuan atas persoalan perlembagaan atau mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan.

Salah seorang daripada peguam Raja Petra, J.Chandra memberitahu media bahawa pihaknya akan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan hari ini. Mahkamah Rayuan adalah tempat terakhir bagi Raja Petra merayu kerana kes di mahkamah rendah akan berakhir di Mahkamah Rayuan.BERNAMA

Dakwa angkat sumpah MB Perak tidak sah, Nizar fail saman di KL


Dakwa angkat sumpah MB Perak tidak sah, Nizar fail saman di KL

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sempat melambai ketika beliau diasak para jurugambar semasa memfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.-- fotoTHESTAR oleh Abdul Rahman Senin.



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.

Beliau, yang hadir di mahkamah dengan berbaju Melayu lengkap berwarna hijau, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasakuasa Khas di sini, melalui Tetuan Leong & Tan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Mohammad Nizar, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang apabila memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, menamakan Zambry sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar, yang memegang jawatan Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas, mendakwa beliau masih merupakan Menteri Besar yang sah atas tiga alasan berikut:

Pertama, tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak; Kedua, tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai Menteri Besar Perak; dan Ketiga, tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit sokongan terhadap permohonan itu, Mohammad Nizar menyatakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri melalui surat bertarikh 30 Januari 2009, dan seorang lagi ADUN Hee Yit Foong (Jelapang) meletakkan jawatan beliau melalui surat bertarikh 3 Feb, 2009.

"Berikutan peletakan jawatan itu, Barisan Nasional kini mempunyai 28 Anggota Dewan Undangan Negeri. Saya telah memaklumkan kepada Sultan perkembangan terkini dan berdasarkan prinsip demokrasi, memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat Perak memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak, saya masih Menteri Besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit itu.

Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa beliau (Zambry) berhak memegang jawatan Menteri Besar Perak.

"Responden telah secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan Menteri Besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai Menteri Besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undangundang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Katanya "Responden kini membuat representasi kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah Menteri Besar Negeri Perak, ini mengelirukan rakyat," menurut permohonan itu.

Mohammad Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugastugas Menteri Besar di negeri itu.

Beliau mendakwa terdapat pertikaian undangundang perlembagaan membabitkan Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak berkenaan status jawatan Menteri Besar di antara beliau dan responden.

"Di bawah undang-undang tubuh, pemohon (Mohammad Nizar) tidak memegang jawatan Menteri Besar bersandarkan keredaan Sultan, juga tidak terdapat peruntukan untuk pemohon diarahkan meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan Menteri Besar," kata permohonan itu.

Mohammad Nizar turut menuntut ganti rugi punitif, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan serta kos daripada responden. BERNAMA

Kamarulai, Kamilia antara nama dipertimbang tanding Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Bukit gantang, Kamarulai Suleiman dan calon Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim dipercayai antara nama yang dipertimbangkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Kamarulai merupakan bekas pegawai penyelidikan dan penerbitan di Kolej Darul Ridzuan.

Kamilia, seorang peguam merupakan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar danh mempunyai ikatan kekeluargaan di Bukit Gantang.

Umno bahagian Bukit Gantang mahukan anak tempatan mewakili mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Ia perlu diadakan ekoran kematian penyandangnya Roslan Shaharum daripada PAS, Isnin lepas, akibat serangan jantung

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN diwakili oleh Bendahari Umno dan Ketua Umno bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Azim Zabidi.

Roslan menewaskan Azim dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata beberapa nama anak tempatan yang dicadangkan oleh Umno Bahagian Bukit Gantang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang akan dibawa kepada pucuk pimpinan untuk diputuskan.

Beliau berkata, senarai nama berkenaan akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan oleh pucuk pimpinan.

"Kita sudah menerima beberapa nama yang dicadangkan oleh bahagian... pucuk pimpinan akan membuat penilaian. Asasnya calon mesti yang disukai oleh rakyat," katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan Umno Bahagian Bukit Gantang di sini..

PILIHAN RAYA KECIL SEPINTAS LALU



MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL

Parlimen Bukit Gantang, Perak

Jumlah Pemilih: 55,562 orang (pemilih biasa 55,426) dan (pemilih pos 136)

Pusat mengundi: 32 (29 sekolah dan 3 dewan dengan 111 saluran dijadikan pusat pengundian)

Tempat penamaan calon dan penjumlahan undi: Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Taiping

Pegawai Pengurus Pilihan Raya: Datuk Mahmod Morsidi (Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama)

Parlimen Bukit Selambau

Jumlah pemilih: 35,140 orang (pemilih biasa 35,125) dan (pemilih pos 15)

Pusat mengundi: 22 (21 sekolah dan satu institusi dengan 64 saluran dijadikan pusat mengundi)

Tempat proses penamaan calon dan penjumlahanundi: Sekolah Menengah Teknik 1 Sungai Petani.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya: Datuk Abdullah Mat Akhir

Daftar pemilih pilihan raya kecil bagi kedua-dua bahagian akan mula dijual pada 21 Februari (tanpa saluran) dan pada 25 Februari (dengan saluran).

Dilema pelacur Kemboja

Kerajaan Kemboja mula melaksanakan Undang-undang Penindasan terhadap penyeludupan manusia dan eksploitasi seks mulai Februari tahun lalu.


RUMAH-RUMAH pelacuran yang beroperasi di tepi jalan di Phnom Penh.


'TIADA apa yang boleh dilakukan di Kemboja melainkan menjadi seorang pelacur. Jika anda tidak mempunyai wang untuk membeli beras, itu bermakna anda terpaksa melihat keluarga dan sanak-saudara menderita dalam kebuluran.

"Anda perlu membuat sesuatu untuk meneruskan kehidupan walaupun sedar natijah daripada perbuatan yang dilakukan itu," luah Chanta, seorang warga Kemboja yang pernah bekerja di wilayah pelacuran di barat bandar raya Phnom Penh beberapa bulan lalu sebelum dia ditahan di bawah Kanun Penindasan Manusia ke arah seks.

Polis pernah menangkapnya dalam satu serbuan di mana pihak polis khuatir Chanta melacur di tempat awam. Dia dikenakan denda sebanyak AS$2 (RM6.96).

Namun, menurut cerita Chanta, pegawai polis yang menangkapnya terlebih dahulu merogolnya secara berkumpulan dan memukulnya sepanjang dia ditahan selama enam hari di dalam lokap.

Akibat perbuatan terkutuk kumpulan pegawai polis tersebut, seluruh badan pelacur malang itu dipenuhi kesan lebam. Namun, mereka tidak pula diheret ke muka pengadilan.

Kerajaan Kemboja mula melaksanakan undang-undang baru iaitu Undang-undang Penindasan terhadap penyeludupan manusia dan eksploitasi seks mulai bulan Februari tahun lalu.

Pelaksanaan undang-undang baru itu berlaku setelah mendapat tekanan daripada pihak Amerika Syarikat untuk mengetatkan kawalan penyeludupan manusia terhadap penindasan seks.

Sejak itu, pihak berkuasa Kemboja kerap menyerbu rumah-rumah pelacuran yang beroperasi di tepi jalan. Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia mengadu bahawa undang-undang baru itu akan memburukkan lagi eksploitasi terhadap wanita.

"Undang-undang berkenaan, memberi kebenaran atau kuasa kepada pihak polis di semua peringkat untuk menangkap dan menghukum para pekerja seks," kata Pengarah Kumpulan Hak Asasi Manusia Tempatan, Licadho Naly Pilorge.

"Pihak berkuasa menangkap pekerja-pekerja seks tersebut dan mengheret mereka ke balai polis serta pusat pemulihan. Di sana, mereka didera dengan teruk. Mengikut statistik Pertubuhan Anti Penindasan Afesip, terdapat lebih daripada 500 wanita telah ditangkap kerana menjalankan kegiatan seks dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2008.

Pertubuhan itu mendakwa, undang-undang baru itu menjadikan wanita lebih mudah menjadi mangsa perdagangan haram sekali gus meningkatkan kadar jangkitan penyakit melalui kegiatan seks apabila para pelacur berhenti membawa kondom kerana takut dijadikan bahan bukti di sebalik kegiatan mereka.

Katanya, mereka yang ditahan pula kerap didera di dua buah pusat pemulihan iaitu Prey Speu dan Koh Kor yang diawasi oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial Kemboja.

Koh Kor terletak di sebuah pulau yang merupakan tapak penjara dan kem melaksanakan hukuman bunuh di bawah rejim Khmer Rouge.

Walaupun Chanta dan mangsa-mangsa lain menjadi mangsa rogol, dipukul dan diperas ugut oleh pegawai polis di pusat pemulihan tetapi pihak berkuasa menafikan kenyataan itu berulang kali.

Pengarah Jabatan Antipengedaran Haram, Jeneral Bith Kimhong berkata, beliau tidak percaya bahawa sesiapa pun telah didera di bawah undang-undang baru itu kerana beliau belum pernah menerima sebarang aduan daripada mana-mana mangsa.

"Lebih daripada 100 orang awam telah ditahan pada tahun lalu kerana didakwa terlibat dengan penyeludupan manusia yang kian bertambah. Serbuan ke rumah-rumah pelacuran dan rumah tumpangan membuktikan komitmen kerajaan bagi menamatkan penyeludupan seks.

"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan undang-undang," kata Bith Kimhong.

Pada Mac tahun ini, kerajaan dijangka menguatkuasakan larangan berkahwin dengan warga asing kerana bimbang pertambahan wanita dijadikan hamba seks.

Timbalan Gabenor di sebuah wilayah di Phnom Penh, Pich Socheata memberitahu, papan-papan tanda dan kempen pembersihan pelacuran semakin banyak diletakkan di tepi jalan tetapi beliau masih bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja seks itu.

"Mereka juga wanita seperti saya. Saya amat memahami bahawa tiada seorang pun wanita ingin melakukan kerja terkutuk ini," ujarnya.

Sementara itu, Keo Tha, seorang anggota kakitangan dari Kumpulan Hak Asasi Pekerja Seks iaitu rangkaian kesatuan wanita menyatakan kebanyakan wanita Kemboja masih dipaksa untuk terlibat dalam pelacuran gara-gara kesukaran mencari kerja akibat krisis kewangan global yang semakin melonjak.

Justeru, katanya, satu undang-undang yang wajar perlu diperkenalkan bagi menjadikan pelacuran sebagai satu kegiatan yang sah di sisi undang-undang.

"Kini, kami bagaikan dihimpit dengan pelbagai perkara antaranya polis, undang-undang dan peningkatan kos sara hidup," katanya. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Krisis Kemarau Dunia

Musnah nyawa dan harta benda

Krisis kemarau yang paling buruk dalam sejarah dua negara menyebabkan ratusan nyawa melayang di Australia dan memusnahkan tanaman di China.




'KENANGAN indah selama 30 tahun yang menjadi lambang kemegahan mahligai perkahwinan saya dan isteri iaitu rumah ladang yang besar, perabot antik sehingga gambar-gambar kenangan tiga anak kesayangan saya musnah dalam sekelip mata.

"Apa yang tinggal hanyalah dua buah kerusi besar, sebuah katil dan meja, selain nyawa tiga anak yang tercinta."

Begitulah keluhan pasangan suami isteri, Sue dan Michael Aldred, yang kehilangan hampir semua harta benda dalam kebakaran hutan di selatan Victoria, Australia sejak Sabtu lalu.

Bencana itu juga memusnahkan lebih 750 buah rumah dan merupakan yang terburuk dalam sejarah Australia.

"Kami bernasib baik kerana apa yang musnah hanyalah harta benda dan bukan nyawa ahli keluarga. Ada jiran dan sahabat handai kami kehilangan seluruh ahli keluarga. Ini sungguh menyedihkan," kata Aldred.

Menurutnya, api menjulang setinggi bangunan empat tingkat pada satu peringkat dan angin kencang meniupkan bara api sejauh 40 kilometer sehingga mencetuskan kebakaran lain.


KERAJAAN China terpaksa mengisytiharkan darurat kemarau tahap dua apabila keadaan menjadi lebih buruk.


Aldred yang kini berlindung buat seketika di sebuah bangsal kecil berhampiran rumahnya di St Andrews, Victoria juga berkata, semua jiran-jirannya sudah tiada dan rumah mereka musnah sama sekali.

"Kesemua jiran-jiran saya menemui maut di rumah dan halaman mereka sendiri. Ada yang mati ketika cuba menyelamatkan diri dengan kereta daripada api yang merebak sepantas kilat.

"Segelintir pula terkorban apabila atap rumah mereka runtuh sehingga menutup jalan keluar untuk menyelamatkan nyawa," jelas Aldred sambil mengenang nasib baik keluarganya.

Paling dahsyat

Selain Aldred dan keluarganya, kebakaran hutan dan belukar paling dahsyat di Australia dalam tempoh lebih seabad itu sehingga kini telah melayangkan nyawa melebihi 200 orang.

Namun akhbar-akhbar di Australia melaporkan jumlah kematian dijangka meningkat kepada 230 orang.

Pihak berkuasa Australia percaya sebanyak 20 peratus daripada kebakaran tersebut adalah disengajakan dan dianggap sebagai kejadian 'pembunuhan beramai-ramai'.


KEMARAU merosakkan tanaman gandum di wilayah Henan dan Anhui di China.


Berikutan itu, pihak terlibat melancarkan Operasi Phoenix yang kini menggerakkan satu penyiasatan terbesar bagi memburu mereka yang menyebabkan kebakaran dahsyat di selatan negara tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa punca utama berlakunya bencana itu adalah keadaan cuaca di bandar Victoria dan kawasan sekitarnya yang mana suhu mencecah 46 darjah Celsius iaitu tahap berbahaya untuk mencetuskan kebakaran.

Adakah itu 'petanda buruk' yang menunjukkan bahawa planet Bumi yang menjadi rumah kepada segala spesies hidupan di dunia kini berhadapan dengan kemarau paling buruk.

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar Victoria, Ron Patterson berkata, kawasan timur Australia dilanda cuaca 'melampau' sejak minggu lalu dan kawasan selatan pula menghadapi panas terik.

Gelombang haba tertinggi

"Cuaca ekstrem itu dipercayai menyebabkan kebakaran hutan paling buruk dalam tempoh 25 tahun iaitu selepas berlakunya peristiwa kebakaran di Ash Wednesday pada tahun 1983 yang meragut 75 nyawa serta memusnahkan sebahagian besar kawasan tenggara Australia.

"Gelombang haba dengan suhu tertinggi dalam tempoh hampir satu abad turut bertambah teruk sehingga suhu melebihi 40 darjah Celsius dengan angin kering bertiup di empat negeri," jelasnya.


PARA petani terpaksa mengangkut air dari sungai untuk menyiram tanaman di sebuah kampung di Yuncheng, wilayah Shanxi baru-baru ini.


Sementara itu, sebelum berlaku bencana ngeri itu baru-baru ini, Menteri Kesihatan, John Hill memberitahu, cuaca panas yang melanda negara itu dipercayai menjadi punca kebakaran hutan yang memusnahkan lapan buah rumah dan beratus-ratus ribu penduduk terputus bekalan elektrik di selatan Australia pada awal bulan ini.

"Penggunaan penyaman udara yang tinggi menyebabkan kira-kira 500,000 buah rumah dan premis perniagaan di bandar itu terjejas manakala kuasa elektrik ke stesen rangkaian kereta api tidak dapat disalurkan," ujarnya.

Katanya, keadaan itu juga menyebabkan beberapa kematian mengejut penduduk di dua bandar raya utama turut dilaporkan.

"Ini menyebabkan perkhidmatan ambulans di bandar Melbourne dan Victoria meningkat ekoran kejadian cuaca panas tersebut," katanya.

Tanaman musnah

Dalam satu perkembangan lain, cuaca panas yang menjadi faktor berlakunya kebakaran hutan di Australia baru-baru ini turut berlaku di negara China. Namun di negara China, bukan kebakaran hutan yang berlaku, sebaliknya hampir semua jenis tanaman musnah akibat kemarau.

Menurut akhbar People's Daily dan media negara itu, Pejabat Banjir Negara dan Bantuan Kemarau menyifatkan kemarau yang melanda itu sebagai antara yang terburuk dalam sejarah China.


SEBUAH jentera bomba meredah api yang sedang marak untuk memadamkan kebakaran hutan di selatan Victoria, Australia.


Bencana terburuk itu mengakibatkan China mengisytiharkan darurat kemarau tahap dua dan besar kemungkinan, ia boleh merosakkan tanaman dan menjejaskan pendapatan petani di negara berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, ketiadaan hujan dan salji sejak November lalu telah menjejaskan kira-kira 9.5 juta hektar kawasan pertanian atau 43 peratus daripada bekalan gandum musim sejuk.

Sementara itu, seorang penganalisis, Ma Wenfeng memberitahu China Daily, kemarau yang melanda itu mampu mengurangkan pengeluaran tahunan gandum antara dua hingga lima peratus.

Ujarnya, wilayah Henan dan Anhui yang terjejas teruk bakal menyaksikan penurunan ketara dalam penghasilan gandum iaitu kira-kira 20 peratus.

"Kemarau itu adalah ancaman terbaru, selain kemelesetan ekonomi. Ini kerana kemarau telah menjejaskan bahagian utara China sehingga menyebabkan harga gandum di Zhengzhou meningkat lima peratus," katanya.

Petani terjejas

Wenfeng berkata, kemarau itu juga menjejaskan pendapatan petani di beberapa kawasan padat penduduk di Henan dan Anhui, apabila ramai penduduk hilang pekerjaan sejak pertumbuhan ekonomi China merosot pada tahun lalu.

Kedua-dua wilayah Henan dan Anhui yang terjejas teruk akibat kemarau didiami berjuta-juta pekerja yang datang dari kampung untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata, kemarau yang melanda kawasan tanaman padi di wilayah tengah dan barat, selain wilayah utara turut menjejaskan bekalan makanan ketika penduduk sudah pun mengalami keperitan hidup disebabkan krisis ekonomi.

"Kemarau masih berlarutan dan ahli kaji cuaca meramalkan tidak ada hujan lebat dalam tempoh terdekat ini," kata Jiabao.


SEORANG anggota bomba, David Tree memberi minuman kepada seekor beruang kaola yang cedera dalam kebakaran hutan dekat Melbourne.


Beliau menekankan betapa sukarnya memerangi kemarau dan pada masa yang sama, berusaha untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak.

Ekoran itu, China melancarkan beribu-ribu roket dan peluru meriam ke udara untuk tujuan pembenihan awan, selain bersiap sedia untuk menyalurkan air dari dua sungai terpanjang di negara itu bagi mengatasi kemarau terburuk dalam tempoh puluhan tahun.

Pegawai kaji cuaca turut melancarkan 2,392 peluru meriam dan 409 roket yang mengandungi bahan kimia pembenihan awan ke udara dalam operasi di seluruh utara China.

Operasi pembenihan awan itu berjaya menghasilkan hujan sebanyak lima milimeter di wilayah Hebei, utara negara itu.

Sebagai langkah untuk membantu berjuta-juta penduduk termasuk petani yang dilanda kemarau terburuk itu, kerajaan China akan menyalurkan air dari dua sungai terpanjang di negara itu ke kawasan tanaman petani.


LEBIH 750 buah rumah musnah dalam kebakaran hutan terburuk dalam tempoh 26 tahun di Australia.


Air dari Sungai Yangtze yang merupakan sungai terpanjang di China akan disalurkan ke kawasan utama di wilayah Jiangsu, timur negara tersebut.

Pengumuman itu dibuat selepas Beijing untuk kali pertama menaikkan tahap darurat kemarau ke tahap tertinggi dan menghantar bantuan serta pakar teknikal ke lapan kawasan utama yang dilanda bencana tersebut.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...