Tuesday, September 1, 2009

Hamid Omar meninggal dunia


Sep 1, 09 11:45am
Tun Abdul Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini akibat kegagalan ginjal. Allahyarham berusia 80 tahun.

Hamid dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.

Beliau, waktu itu sebagai pemangku ketua hakim, mengetuai panel yang mendengar proses memecat Salleh.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi ini di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sementara itu, anak sulungnya, Azizuddin, 51, memberitahu Bernama berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu 8 pagi semalam setelah mengalami demam dan selesema yang kronik.

Katanya doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada pinggang yang menyebabkan kegagalan ginjal bapanya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Tunku di ibunegara dan akan disembahyangkan di Masjid Damansara selepas Asar hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham meningglkan seorang balu Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan.

http://www1.malaysiakini.com/news/111802

Kedah bah, hampir 500 pindah

Sep 1, 09 4:02pm
Sebanyak 494 orang penduduk di tiga buah kawasan di Yan masih lagi ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir walaupun paras air di kawasan terbabit telah menurun sejak pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Hasnida Abdul Halim berkata Kampung Teroi Bukit, Kampung Titi Teras dan Kampung Sungai Malai masih digenangi air sedalam kira-kira empat meter.

Katanya, walaupun keadaan banjir semakin surut, namun semua keluarga tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing lagi kerana rumah mereka masih ditenggelami air.

Setakat ini tiada penduduk baru dipindahkan dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Langkawi, anggota parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, sebuah Jawatankuasa bertindak banjir akan ditubuhkan bagi membantu Jawatankuasa Bencana Alam Daerah mempercepatkan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir.

Langkawi dilanda banjir kali kedua membabitkan 1,347 orang dari 275 keluarga dari Mukim Kedawang, Padang Matsirat dan Ulu Melaka sejak Khamis lepas dan kebanyakan mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai semalam. BERNAMA

http://www1.malaysiakini.com/news/111851

Petani panik harga keledek menjunam

Sep 1, 09 3:26pm
Petani di beberapa kampung di Bachok yang mengusahakan tanaman keledek merasa tertekan akibat kejatuhan mendadak harga tanaman itu daripada RM1.20 sekilogram kepada hanya 40 sen sekilogram sekarang.

Pada masa yang sama mereka terpaksa berdepan pula dengan keadaan cuaca tidak menentu iaitu ada kalanya terlalu panas dan ada hari hujan lebat yang menyebabkan kualiti keledek yang dihasilkan agak rendah.

Seorang petani dari kampung Hujung Repek, Latipah Muda, 35, berkata pada musim lepas beliau memperoleh hasil jualan sehingga RM6,000 semusim sepanjang tiga bulan diusahakan di kawasan lebih dua hektar, dengan pendapatan purata RM700 sehingga RM1,000 setiap tuaian.

"Bagaimanapun, kebelakangan ini, untuk mendapatkan RM100 setiap tuaian agak sukar," katanya.

Seorang lagi petani, Deraman Ya, 51, berkata dahulu beliau mampu meraih sehingga RM2,000 semusim tetapi kini jualan hanya kira-kira RM200 bagi setiap kali tuaian.

"Usahkan nak beli persiapan Ramadan dan Hari Raya bagi keperluan tujuh orang anak saya, nak beli kuih bagi berbuka puasa pun susah," kata Deraman yang mengusahakan tanaman itu di Kampung Telong.

Beliau merayu bantuan Fama untuk mencari pasaran baru bagi hasil tanaman itu.

Penyelia Pembangunan Mukim Hujung Repek, Mohd Ghazali Ibrahim, menyifatkan kejatuhan harga ubi keledek kali ini amat membebankan terutama sekali kepada keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai dan masih bersekolah.

"Saya mengharapkan supaya kerajaan segera menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan bagi meringankan beban mereka," katanya.

Mohd Ghazali berkata kebanyakan petani terbabit sebelum ini bekerja sebagai penanam tembakau tetapi beralih kepada tanaman keledek sebagai menyahut seruan kerajaan yang tidak lagi menggalakkan mereka menanam tembakau. BERNAMA

http://www1.malaysiakini.com/news/111848

Kisah penghuni Kampung Chulaborn 12



Kisah penghuni Kampung Chulaborn 12
K Kabilan
Sep 1, 09
5:28am

Kampung Chulaborn 12, atau Ban Chulaborn Patana 12, di Thailand bukanlah sebuah kampung biasa. Ia terletak jauh di dalam sebuah hutan, dengan pekan terdekat ialah Shukrin, kira-kira sejam memandu.

Jarak kampung tersebut dari pekan Golok ialah kira-kira 70 kilometer, tetapi kerana keadaan jalan yang tidak elok dan berbukit, menyebabkan perjalanan ke situ mengambil masa hampir dua jam.

Dan penduduk kampung tersebut adalah 'tetamu khas kerajaan Thailand' kerana mereka adalah bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (KPM).

Kampung itu sebelum ini merupakan pangkalan kem rejimen tersebut dan selepas perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989, mereka dibenarkan untuk terus menetap di situ.

Ketika itu, kampung berkenaan didiami kira-kira 260 orang, sebahagian besarnya anggota KPM dan keluarga masing-masing.

Hari ini, jumlah mereka bertambah kepada 460 orang, termasuk tambahan keluarga dan orang luar, dan mereka masih dibimbing oleh 'pelindung' mereka - Abdullah CD dan isterinya Suriani Abdullah.

"Ini adalah sebuah kampung yang cantik dan aman. Semua yang kami perlukan ada di sini. Hampir tiada langsung kejadian jenayah," kata ketua kampung berusia 52 tahun itu, bekas anggota komunis, Dome Za, dalam loghat Melayu Thai.

20 bekas veteran komunis

"Walaupun saya seorang ketua kampung, tetapi kami masih mendapatkan nasihat dari Abdullah dan Suriani mengenai pentadbiran kampung ini," tambahnya.

Kira-kira 20 pemimpin veteran komunis, semuanya rakan Abdullah, mendiami kampung tersebut. Hampir kesemuanya berasal dari Malaya.

Mereka menganggotai Rejimen ke-10 pada bulan Mei 1949 dan kemudiannya berpindah ke sempadan Thai-Malaya pada 1953, dan kekal di hutan tersebut sehingga perjanjian damai ditandatangani pada 1989.

Tetapi mengapa bekas pejuang gerila ini tidak pulang ke kampung halaman mereka?

Abdullah dan Suriani, yang telah beberapa kali melawat Malaysia, termasuk menghadap Sultan Perak, mahu menetap di kampung tersebut.

"Di sini tempat tinggal kami... Keluarga kami dan rakan-rakan kami juga tinggal di sini," kata Abdullah kepadaMalaysiakini.

"Saya juga menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri serta beberapa lagi undang-undang di Malaysia. Saya tidak mahu mereka menangkap saya dengan mengguna apa juga alasan remeh," katanya ketawa sambil menepuk pahanya.

Anak kelahiran Sg Siput

Pengaruh pasangan tersebut di kampung berkenaan amat jelas sekali tetapi ia memang dapat difahami kerana mereka merupakan yang memimpin regimen tersebut selama bertahun-tahun mereka berjuang di hutan.

"Kami sedar bahawa masanya telah tiba bagi generasi muda untuk mengambil kepimpinan di sini. Kami juga sedar bahawa Abdullah dan Suriani semakin berusia dan tidak sesihat dahulu lagi," kata Dome.

"Kami pasti kehilangan mereka kelak bila kedua-duanya tiada lagi bersama kami, tetapi saya rasa kami akan dapat meneruskan kehidupan di sini," katanya.

Bagi yang lainnya, seperti pejuang veteran gerila, Asi (foto, kiri), Abdullah dan Suriani umpama ibu dan bapa mereka.

"Saya menyertai pergerakan itu ketika berusia 11 tahun dan saya telah mengenali mereka sejak saya berusia 13 tahun," kata Asi yang kini berusia 70 tahun dan dilahirkan di Sungai Siput dari keluarga India.

"Saya tidak dapat bayangkan kehidupan saya jika tidak tinggal di sini," kata Asi yang sudah berkahwin dengan seorang anggota komunis Thai dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Selepas perjanjian damai, setiap anggotpa komunis yang mahu pulang ke Malaysia diberi RM300 sebulan selama tiga tahun oleh kerajaan Malaysia.

Jadi kampung angkat


Manakala mereka yang memilih untuk terus menetap di kampung itu, menerima bantuan kewangan dari kerajaan Thi sebanyak 540 baht (kira-kira RM54) sebulan selama tiga tahun, bersama sebuah rumah dan tanah seluas enam ekar.

"Kerajaan Thailand telah banyak membantu kami dan masih terus memberi sokongan," kata ketua kampung itu lagi

Tambahnya, Putera Thai, Chulaborn Mahidol menjadikannya sebagai kampung angkat dari 1993 hingga 2004 dan dalam tempoh tersebut, kampung ini mendapat bekalan air dan elektrik.

Hari ini, hampir kesemua rumah di situ mempunyai peti televisyen yang disambung ke batang antena panjang untuk mendapat siaran yang lebih terang. Satu dua rumah mempunyai akses internet dengan menggunakan penerima satelit.

Juga terdapat sebuah klinik kerajaan di situ dengan seorang pembantu hospital pada setiap hari bekerja.

Sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perjuangan Rejimen ke-10 merupakan tempat yang wajib dilawati tetapi ia memerlukan bantuan kewangan untuk terus beroperasi.

Mereka juga mempunyai sebuah sekolah rendah untuk kanak-kanak kampung tersebut dan kampung-kampung berhampiran. Pengambilan tahun ini berjumlah seramai 88 murid.

Melangkah ke menara gading

"Enam pelajar dari kampung kami sedang menuntut di universiti di Thailand, Mereka merupakan kumpulan pertama melangkah ke universiti. Juga terdapat kira-kira 100 kanak-kanak dari sini yang belajar di sekolah menengah di luar kampung ini, sama ada di Narathiwat atau di tempat lain di selatan Thai, kata Dome.

Anaknya adalah salah seorang daripada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Sebahagian besar penduduk itu mengusahakan tanah mereka dengan tanaman getah dan pokok-pokok buah-buahan tetapi mengadu hasil tidak memuaskan kerana terlalu banyak buah dihasilkan dan hasil getah pula tidak seberapa kerana keadaan cuaca.

"Namun, kami masih boleh memanggil tempat ini sebagai kampung halaman kami. Di Malaysia, kami tidak ada apa-apa... hanya nama buruk ekoran pembohongan kerajaan terhadap sumbangan kami, walaupun kami telah berjuang menggadai nyawa untuk Malaya," kata seorang pejuang veteran gerila, Shukor Ismail, 80.

"Walaupun saya tidak ada kaitan darah di sini... semua ini adalah teman seperjuangan saya, rakan saya dan saya mahu bersama mereka hingga ke akhir hayat," katanya.

Namun, bagi Shukor, Malaya adalah negaranya, "saya cintakan Malaysia, jika tidak, masakan saya berjuang dan sanggup menggadai nyawa saya untuknya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Shukor, beliau lebih selesa menetap di Thailand sekarang.

"Bukan kerana mereka menjaga kami dengan baik tetapi juga kerana bimbang bagaimana penerimaan terhadap kami jika kami pulang (ke Malaysia).

"Kerana sebab itulah, kami tidak mahu pulang ke Malaysia, kampung halaman yang kami cintainya," katanya dengan nada sedih dan kecewa.

Dan itu juga merupakan sentimen hampir kesemua veteran komunis di kampung tersbut walaupun ada antara mereka yang sering menghubungi keluarga mereka di Malaysia.

Berita asal


Berita berkaitan

http://www1.malaysiakini.com/news/111793

Oil rises above $70 as investors watch stocks

Rebound in Asian markets boosts investor optimism


updated 8:13 a.m. ET Sept. 1, 2009

Oil prices rose slightly to above $70 a barrel Tuesday as a rebound in Asian stocks boosted investor optimism.

Benchmark crude for October delivery was up 38 cents at $70.34 a barrel by late afternoon Singapore time in electronic trading on the New York Mercantile Exchange.

The contract Monday lost $2.78 to settle at $69.96 after a drop in stocks heightened investor concerns that the global economic recovery may be weaker than expected. China's benchmark stock index fell 6.7 percent Monday while the Dow Jones industrial average fell 0.5 percent.

"As much as we would like to read into yesterday's 'weakness,' we will not," commented trader and analyst Stephen Schork, in his Schork Report. "As far as we are concerned, it was end-of-month volatility compounded by yet to be substantiated fears regarding China."

Most Asian stock indexes rose modestly Tuesday, including China's. European markets were moderately down.

"Stocks are a leading indicator of the economy, so if we have a slump in stocks, that's one fewer driver to support high oil prices," said Victor Shum, an energy analyst with consultancy Purvin & Gertz in Singapore.

Oil will likely trade between $65 and $70 during the next few weeks, Shum said.

"I don't expect a big pullback because we are starting to see more signs of economic life," he said. "There's clear evidence that the global economy has reached a bottom."

In other Nymex trading, gasoline for October delivery rose 0.81 cent to $1.82 a gallon and heating oil gained 0.70 to $1.82 a gallon.

In London, Brent crude was up 57 cents at $70.22.

Harga minyak utama dikekalkan


PEMANDU cuba berjimat membeli minyak RON95 pada harga RM1.75 di stesen Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pukul 8.50 malam tadi sebelum harganya naik lima sen mulai hari ini.





PETALING JAYA - Minyak petrol RON95 menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama mulai hari ini di semua 3, 500 stesen minyak di seluruh negara dengan harga jualan RM1.80 seliter iaitu menyamai harga asal RON97 yang kini menjadi produk premium.

Walaupun harga RON95 naik lima sen berbanding RM1.75 seliter sewaktu diperkenalkan di beberapa stesen minyak di Lembah Klang pada 12 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menjelaskan, harga minyak yang menjadi bahan bakar utama sebanyak RM1.80 sen tidak berubah.

Beliau memberitahu, RON95 menggantikan RON97 yang sebelum ini dijual pada harga yang sama. RON97 pula mulai hari ini dinaik taraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, naik 25 sen daripada semalam manakala RON92 dihentikan pengeluarannya.

"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan saiz pasarannya cuma lima peratus,'' katanya semasa berucap melancarkan RON95 di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...