Wednesday, March 30, 2011

Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya

Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya
Abdul Rahim Sabri
Mac 29, 11
4:05pm

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

NONEMenurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.

"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

NONE"Dan juga seksyen 499 yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".

Katanya, ia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab bermain politik lucah di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.

Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Nurul Izzah menggesa semua pimpinan politik - tidak mengira parti mereka - supaya mendokong sebuah politik baru yang menolak politik fitnah atau lucah.

Katanya, politik tersebut menghancurkan nilai integriti dan manusiawi.

"Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan memepertahankan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat," katanya.

Nurul Izzah bagaimanapun enggan menunjukkan kandungan komik itu kepada pemberita, kerana tidak mahu pihak dituduh "mempromosikan gambar lucah".

Dalam laporan polisnya itu, Nurul Izzah turut menggesa polis menyiasat empat aduan polis bapanya berhubung dakwaan salahguna kuasa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohomad dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim - bekas pegawai penyiasat tragedi mata lembam Anwar - kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

Laporan polis itu bertarikh antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999.


http://malaysiakini.com/news/159981

Kenapa Najib tidak tawar DNAnya?

Kenapa Najib tidak tawar DNAnya?
Wira Arjuna
Mac 21, 11
10:20am

Apakah kuasa atau 'maruah' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahum supaya tampil menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes bicara liwat II.

azlanBerucap di Kuching Sabtu lalu, Najib mendakwa beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya.

Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jmembuktikan bahawa Najib pernah mengenali model itu.

Rasa tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Baginda dan juga pegawai-pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

NONEKetika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada ketua pembangkang.

Sambutan hambar

Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar.

Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang yang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!

NONEMungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?

Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap” yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah.

Apapun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998.

azlanDua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar.

Ketakutan doktor

Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar.

Najib tahu semua ini. Beliau juga maklum mengenai “ketelusan” proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

NONEBerbekal semua “pengetahuan dan maklumat itu” Najib tetap “yakin”' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.

Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal.

Perbicaraan turut memperlihatkan “ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful.

Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu.

anwar ibrahim najib tun razak baginda scorpene submarine murder fiascoBayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.

Najib tahu semua ini -- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya?

Jawapannya mudah -- kerana perdana menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim.


http://malaysiakini.com/columns/159184

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...