Showing posts with label Isu Ketuk Ketampi. Show all posts
Showing posts with label Isu Ketuk Ketampi. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Wanita 'ketuk ketampi' bogel bebas tuduhan dadah

Wanita 'ketuk ketampi' bogel bebas tuduhan dadah
Hafiz Yatim
Ogos 8, 11
3:33pm

Selepas enam tahun, Hemy Hamissa Abu Hassan Saari, yang terbabit dalam saga 'ketuk ketampi bogel' kini boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini pula membebaskannya daripada dakwaan memiliki dadah.

NONEHemy Hamissa bersama suaminya, sekarang Kamarul Hamri Mohd Latif dan tiga yang lain dituduh bersama memiliki 10.19 gram methamphetamine di SK Damansara Jaya, pada jam 29 Jun, 2005, jam 1.45 pagi.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Dalam keputusan itu, Majistret Nor Afidah Idris berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan semua tertuduh.

"Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap kesemua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan sekaligus mewujudkan kelompongan," katanya.

Dadah berkenaan dijumpai pada Ku Azizul Ku Abd Rahman, yang kemudiannya menghilangkan diri selepas dibenarkan dijamin.

Dua minggu lalu, Hemy Hamisa berjaya menyelesaikan saman di luar mahkamah yang difailkannya ke atas seorang konstabel polis dan kerajaan berhubung kes ketuk ketampi bogelnya itu sehingga menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/172330

Wednesday, July 27, 2011

KETUK-KETAMPI:KERAJAAN BAYAR PAMPASAN

POSTED BY ADMIN ON JULY 27TH, 2011

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.


http://www.kl-today.com/2011/07/ketuk-ketampikerajaan-bayar-pampasan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...