Thursday, August 7, 2008

Gambar diguna tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR - Pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Dorothy Hussein Wilson bercadang untuk mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat tekstil terkemuka yang didakwa telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk tujuan komersial.
Zahnita, 29, menjelaskan, surat amaran serta satu tuntutan ganti rugi akan dihantar kepada syarikat terbabit esok.
Dalam surat berkenaan, Zahnita juga meminta agar semua poster dan risalah iklan yang telah dikeluarkan oleh gedung terbabit sejak lebih seminggu lalu ditarik semula.
Beliau menjelaskan, pada 22 Julai lalu, beliau telah bersetuju untuk menandatangani satu kontrak yang dijadualkan pada 29 Julai lalu.
Katanya, ia untuk memberi kebenaran gambarnya digunakan dalam poster jualan gedung terbabit.
"Apa yang mengejutkan, pada 26 Julai, saya dapati poster dan risalah yang menggunakan wajah saya sudah pun banyak di sekitar Kuala Lumpur. Sedangkan belum ada sebarang perjanjian secara rasmi," kata Zahnita pada sidang akhbar yang ditemani suaminya, Abd. Zackery Ghouse, 30.
Beliau difahamkan sebanyak 50,000 risalah dan bunting yang menggunakan wajahnya telah dicetak tanpa kebenaran oleh gedung tekstil itu.

http://www.kosmo.com.my/

Boleh buat pinjaman tunai haji

IPOH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim semalam menjelaskan kenyataannya bahawa umat Islam di negara ini dibolehkan membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji adalah berpandukan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Ke-69 empat tahun lepas.
Beliau berkata, muzakarah itu yang berlangsung di Johor Bahru dari 13 hingga 15 Jun 2005 telah memutuskan bahawa skim pinjaman daripada koperasi ataupun seumpamanya untuk menunaikan fardu haji ataupun umrah adalah harus.
"Saya merujuk kepada fatwa yang membolehkan dan mengatakan bahawa harus bagi seseorang itu berhutang tapi bersyarat. Syaratnya ialah bahawa dia (peminjam) mampu untuk membayar balik hutang tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normal.
"Dan skim itu diuruskan melalui badan ataupun koperasi yang mementingkan kepada prinsip ikhlas, ta'awun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas daripada unsur riba," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas kekeliruan yang timbul berhubung kenyataannya baru-baru ini bahawa umat Islam di negara ini dibolehkan membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji serta kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa umat Islam tidak boleh membuat pinjaman peribadi dengan syarikat kewangan atau bank untuk menunaikan ibadah haji. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/

Anwar didakwa tuduhan liwat


ANWAR semasa tiba di pejabat PKR bagi memberi sidang media di Damansara semalam.

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan meliwat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, tindakan mendakwa Anwar diambil selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwanya.
Satu notis bertulis kepada Anwar telah dikeluarkan supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi hari ini, kata Ismail dalam kenyataan di sini semalam.
"Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang (didakwa) melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara.
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan," katanya.


JUDE PAREIRA bertali leher keluar dari rumah Anwar selepas menyerahkan sapina kepada penasihat PKR itu di Bukit Segambut semalam.

Sementara itu, sapina tersebut diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira, di kediaman Anwar di Segambut Dalam di sini pukul 12.05 tengah hari.


http://www.kosmo.com.my/

Bapa larikan anak ke Pakistan

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
BILAL yang dilarikan bapanya Nasir sejak 26 Julai lalu.

KUALA LUMPUR - Selepas berakhirnya kisah Siti Nadzirah Mohd. Nasir, 21, yang terpaksa berulang alik ke Pakistan sebelum dia mendapat semula anaknya, kini timbul pula kisah hampir sama membabitkan Salwanis Ma'az, 31.
Pegawai Penyelidik di Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu, kini sedang sengsara mengenangkan nasib bayi lelakinya, Muhammad Bilal yang baru berusia tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan seorang rakyat Pakistan, Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39 (gambar kecil).
Salwanis yang tinggal di Serdang Perdana di sini berkata, beliau mengenali suaminya itu melalui ruangan sembang internet dan telah berkahwin empat bulan kemudian di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, menurutnya, semasa mengandung lapan bulan, suaminya minta mereka tinggal berasingan selepas mendakwa dia (suami) terlalu tertekan dengan masalah perniagaan yang dihadapinya.
Suaminya mempunyai perniagaan sebuah pasar mini tidak jauh dari rumahnya dan juga menjadi pembekal peralatan sukan. Bagaimanapun, katanya, selepas beliau melahirkan anaknya, Nasir selalu datang menziarahi dan kadang kala membawa anaknya keluar.
Cerita Salwanis, pada pukul 7 pagi, 26 Julai lalu, seperti biasa suaminya yang juga jurulatih taekwando datang menjemput anaknya dengan alasan mahu membawa ke rumah sepupunya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
"Selepas empat jam, Bilal tidak dihantar pulang, saya mula risau selain perlu menyusukan Bilal.
"Saya pergi ke rumah sepupu suami saya yang tidak jauh dari rumah tetapi mendapati rumah tersebut tiada penghuni menyebabkan saya mula mengesyaki sesuatu,'' kata beliau semasa membuat aduan di Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO di Jalan Kampung Attap di sini semalam.
Menurutnya, dalam keadaan panik, beliau pergi pula ke pasar mini suaminya tetapi suaminya juga tidak ada di situ.
Berikutan itu, Salwanis memberitahu, dia telah menghubungi telefon bimbit suaminya dan alangkah terkejutnya apabila suami memaklumkan dia sedang dalam perjalanan ke Dubai bersama Bilal.
Katanya, tanpa membuang masa beliau telah bergegas ke Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di sini yang kemudiannya dimaklumkan suaminya memang ada membuat permohonan pasport dan visa Pakistan buat Bilal.
"Pemeriksaan dengan imigresen juga mengesahkan yang suaminya telah keluar bersama anaknya dari negara ini pada 26 Julai,'' katanya yang mengesyaki anak dan suaminya ada di Pakistan.
Bagaimanapun, kata wanita itu, beliau juga mengesyaki sesuatu selepas suaminya pernah menunjukkan wang RM23,000 kononnya 'hadiah' yang diperolehnya selepas membawa Bilal berjumpa dengan seseorang beberapa minggu lalu.
"Saya takut ada kemungkinan Bilal dijual kepada sindiket sebab itu suami saya dapat wang sebanyak itu,'' katanya.
Oleh itu, ujarnya, beliau kini berharap ada pihak yang dapat membantunya mencari dan mendapatkan kembali anaknya.
Tambahnya, selain khuatir dengan keadaan anaknya, beliau juga tidak tahan menanggung bebanan ansuran bulanan kereta dan sewa premis pasar mini yang kesemuanya berjumlah RM2,100 yang didaftarkan atas namanya.

http://www.kosmo.com.my/

Zahid tanding naib presiden



Aug 7, 08 12:05pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan malam tadi untuk bertanding merebut jawatan naib presiden Umno Disember ini.Dalam kenyataannya kepada Bernama, beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pendapat, pandangan dan sokongan di kalangan rakan-rakan beliau."Mereka menyeru saya mencuba nasib bagi jawatan berkenaan. Selebihnya saya serahkan kepada keadaan, perwakilan dan takdir untuk menentukan."Saya menghormati naib-naib presiden yang sedia ada, namun mungkin masih ada sedikit ruang kosong untuk calon baru seperti saya bagi turut menyumbang bakti serta membariskan diri dalam kepimpinan Umno di lapisan ketiga," katanya.Beliau berkata, semoga pengumuman itu akan menamatkan keresahan rakan-rakan di peringkat akar umbi yang meminta beliau mengesahkan untuk pencalonan bagi jawatan berkenaan."Mudah-mudahan saya akan diberi kesempatan untuk terus memperkukuhkan parti bersama-sama dengan presiden dan timbalan presiden serta staf kepimpinan yang lain dalam pemilihan pada 16 Disember nanti," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/

Polis ditahan kes dadah RM1 juta

Aug 6, 08 5:55pm

Ketua polis Johor mengesahkan dua anggotanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan sejumlah dadah dilaporkan berharga RM1 juta dari bilik bahan bukti, Jumaat lepas.Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini berkata dua anggota itu yang ditahan pada Jumaat dan Sabtu lepas kini direman seminggu bagi memberi keterangan mengenai kejadian itu."Cukup saya katakan kita telah menahan dua anggota polis. Saya sahkan mereka ditahan untuk membantu siasatan," katanya di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor, lapor Bernama.Polis juga mengesahkan laporan berhubung kehilangan dadah itu, sebahagian rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lepas, dibuat oleh Jabatan Narkotik Johor, Jumaat lalu.Kehilangan bahan bukti itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.Menurut agensi berita itu lagi, Mohd Mokhtar berkata pihaknya tidak menjelaskan butiran kehilangan itu bagi mengelak prejudis kerana bahan itu sebahagian bahan eksibit yang masih dalam perbicaraan.Susulan kejadian itu, tambahnya, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan polis Bukit Aman dalam masa yang sama menghantar satu pasukan tatatertib bagi melakukan pemeriksaan.Satu jawatankuasa yang diketuai timbalannya Datuk Tun Hisan Tun Hamzah akan menyiasat sama ada prosedur simpanan bahan bukti dipatuhi dan laporan itu akan dikemukakan segera.Mohd Mokhtar semalam bagaimanapun menafikan dadah itu bernilai RM1 juta dan menegaskan siasatan sedang dibuat untuk mengenal pasti nilai tersebut.Tiga wartawan masing-masing daripada akhbar The New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro yang melaporkan berita kehilangan syabu dari bilik bahan bukti dengan anggaran nilai tersebut dipanggil polis bagi siasatan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di jabatan siasatan jenayah di IPK itu pagi tadi.

http://www1.malaysiakini.com/

Chronology of Anwar Ibrahim's tumultuous decade


Agence France-Presse - 8/6/2008 7:40 AM GMT

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has had a roller-coaster political career -- sacked as deputy premier, jailed on corruption and sodomy charges, and then returning to the political stage.
Here is a chronology of recent events:
Sept 1998: Anwar Ibrahim, then deputy to prime minister Mahathir Mohamad, is sacked and slapped with sodomy and corruption charges that he said were politically motivated.
April 1999: Found guilty of corruption and sentenced to six years in jail.
August 2000: Found guilty of sodomy and sentenced to nine years in prison.
Sept 2004: Released after Malaysia's highest court overturns sodomy conviction.
March 2008: Leads a resurgent opposition to stunning victories in general elections, seizing five states and a third of parliamentary seats
April 2008: Ban on holding public office, relating to his corruption conviction, expires.
June 2008: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, a 23-year-old who was a volunteer at his office, lodges a police report claiming Anwar sodomised him.
July 16, 2008: Anwar arrested amid a tussle over fixing a date for police interrogation, and spends night in custody before being released.
July 31: Announces he will contest parliament by-election for the Permatang Pauh consituency in his home state of Penang, after his wife resigns the seat to make way for him.
August 6: Anwar says he will be charged with sodomy the following day.
-- Election Commission officials announce August 26 by-election date.

PM dan TPM akan dipanggil BPR

Posted by: pinkturtle2 Ogos 6, 2008

Ditanya sama ada pemimpin berkenaan akan diambil kenyataan mereka, Ahmad Said berkata:"Siapapun kita akan ambil kenyataan," katanya.

PM dan TPM akan dipanggil BPR

06-08-2008 07:37:27 PM

GEORGE TOWN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang meneliti dan menyiasat laporan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti sebelum memanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan.
“Bagilah kita peluang untuk melakukan kerja kita. Ketika ini sesiapa sahaja yang membuat laporan mesti mempunyai bukti yang kukuh dan tiada elemen-elemen jahat,” kata beliau kepada pemberita selepas menyertai pertandingan menembak Piala Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan veteran Umno Datuk Mazlan Harun kepada BPR terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti semalam.
Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik.ditanya sama ada pemimpin berkenaan akan diambil kenyataan mereka, Ahmad Said berkata:
“Siapapun kita akan ambil kenyataan,” katanya.

http://www.mstar.com.my

http://pinkturtle2.wordpress.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...