Nov 20, 08 4:14pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menerima 280 aduan mengenai politik wang membabitkan parti-parti politik di negara ini, kata Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hari ini.
Daripada jumlah itu, 82 aduan mempunyai asas dan sedang disiasat oleh BPR manakala selebihnya diserahkan kepada lembaga disiplin parti yang berkaitan, katanya kepada pemberita di Alor Star hari ini.
Ahmad Said yang enggan mendedahkan nama parti politik berkaitan berkata jika siasatan memperoleh cukup keterangan, pihaknya akan membawa kes berkenaan ke mahkamah.
Sementara itu, Bernama juga memetik beliau sebagai berkata BPR sedang giat berusaha untuk menghapuskan jenayah rasuah bersindiket yang berlaku di negara ini.
Katanya antara kegiatan yang melibatkan jenayah rasuah bersindiket itu ialah kemasukan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah, senjata api, bahan lucah dan barangan yang cuba dielakkan cukai.
BPR juga sedang berusaha untuk membanteras kegiatan rasuah berkaitan pencemaran alam sekitar dan penebangan balak secara haram, katanya.
Ahmad Said berkata, mereka yang terlibat sama ada pegawai kerajaan, swasta dan orang awam, akan dikenakan tindakan tegas.
Katanya, kerajaan telah meluluskan penambahan sehingga 5,000 pegawai penyiasat dalam tempoh lima tahun mulai sekarang bagi memperkasakan agensi berkenaan yang kini mempunyai 1,800 pegawai penyiasat, memerangi jenayah rasuah secara berterusan.
Beliau berkata, sokongan orang ramai terhadap BPR semakin meningkat di mana mereka telah menyalurkan 14,817 maklumat rasuah kepada pihaknya sejak Januari hingga semalam (19 November) berbanding 13,900 maklumat sepanjang tahun lalu.
"(Sejak Januari) sehingga semalam, 575 ditahan BPR, (manakala) hasil kutipan denda di mahkamah setakat ini ialah RM1.3 juta, harta yang dirampas oleh BPR setakat ini ialah RM8.94 juta dan nilai rasuah dalam kes-kes yang kita siasat ialah RM45 juta," katanya.
http://www1.malaysiakini.com/news/93455
Thursday, November 20, 2008
Lebih 100 bahagian sokong Shahrizat...
Muda Mohd Noor Nov 20, 08 1:21pm
Lebih 100 bahagian menyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno Mac ini, kata exco pergerakan itu, Raja Ropiah Raja Abdullah.
Beliau yang juga ketua Wanita Umno bahagian Petaling Jaya Utara itu berkata, sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau yang juga ketua Wanita Umno bahagian Petaling Jaya Utara itu berkata, sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz.
Lima negeri tersebut, katanya, ialah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan.
"Negeri-negeri lain akan menyusul memberikan sokongan selepas Shahrizat mengumumkan beliau akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno.
"Ketika ini ada negeri yang takut untuk mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Shahrizat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selepas kesemua 191 bahagian Wanita selesai bermesyuarat awal bulan ini, 117 bahagian mencalonkan Rafidah untuk mempertahankan jawatannya manakala 73 lagi mencalonkan Shahrizat untuk jawatan ketua.
Raja Ropiah berkata, negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan - yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Rafidah - kini telah mula beralih sokongan kepada Shahrizat.
Sokongan padu
Katanya, ini bermakna Rafidah tidak lagi mendapat sokongan padu dari negeri-negeri yang sebelum ini menyokong Rafidah.
"Saya merasakan Rafidah tidak lagi boleh mengatakan ahli-ahli Wanita masih mahu beliau memimpin pergerakan itu.
"Saya menerima panggilan telefon dari ahli Wanita dari seluruh negara setiap hari yang mahu supaya Shahrizat mencabar Rafidah untuk jawatan ketua Wanita," katanya lagi.
Raja Ropiah berkata, alasan utama mereka mahu Shahrizat bertanding ketua Wanita ialah mereka tidak mahu Shahrizat menjadi pemangku selama tiga tahun.
Ini, katanya, ia tidak akan menguatkan kedudukan Wanita Umno terutamanya untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Beliau berkata, Rafidah perlu menerima hakikat dengan perubahan semasa iaitu Wanita Umno mahukan perubahan kepimpinan.
http://www1.malaysiakini.com/news/93432
Shahrizat sah tanding Ketua Wanita Umno
Khamis November 20, 2008
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
Shahrizat dan Rafidah bersalaman selepas mesyuarat Exco Wanita Umno di Menara Dato' Onn, minggu lalu
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
Shahrizat dan Rafidah bersalaman selepas mesyuarat Exco Wanita Umno di Menara Dato' Onn, minggu lalu
PETALING JAYA: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding menentang ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Shahrizat melalui kenyataan dua perengganya hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.
"Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu, Rafidah ketika diminta mengulas tentang keputusan Shahrizat itu memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan esok.
"Kenyataan saya esok," katanya menerusi jawapan SMS yang dikirim kepada mStar Online, sebentar tadi.
Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.
Dengan keputusan itu juga bermakna akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.
Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.
Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno pada minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.
Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.
Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan.
Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73.
Sementara bagi jawatan Naib Ketua, pula Shahrizat menerima 113 pencalonan dan Kamilia 54 pencalonan.
Rafidah telah menerajui Wanita Umno sejak 1984 kecuali untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bagaimanapun, beliau memenangi semula jawatan itu daripada Dr Siti Zaharah pada pemilihan 2000.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/20/mstar_mutakhir/20081120085351&sec=mstar_mutakhir
`Bangla Bundle’ aktif
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my
MULA MONOPOLI...gelagat peniaga 'Bangla Bundle' di ibu kota.
KUALA LUMPUR: Selepas memonopoli aktiviti jualan karpet secara ansuran bulanan, warga Bangladesh kini dilihat mula menjajah lorong sempit di sekitar ibu kota dengan membuka perniagaan menjual pakaian lusuh serta terpakai kepada orang ramai.
Amat merisaukan kehadiran sekumpulan 10 kedai yang diusahakan warga Bangladesh itu atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Bangla Bundle’ seperti perancangan untuk menguasai perniagaan kecil-kecilan di kawasan terbabit apabila bilangan mereka semakin bertambah setiap bulan.
Tindakan itu mencetuskan tanda-tanya serta rasa tidak puas hati di kalangan peniaga tempatan di Lorong Haji Taib, di sini, yang tidak selesa dengan kehadiran Bangla bundle terbabit.
Difahamkan, kumpulan terbabit yang mula aktif menjalankan perniagaan berkenaan sejak beberapa bulan lalu menjalankan perniagaan menjual pakaian lusuh itu bermula dari jam 4 petang hingga lewat malam bergantung kepada kehadiran pelanggan singgah ke gerai mereka.
Menurut wakil penjaja yang dikenali sebagai Harizan, warga asing terbabit juga menjalankan perniagaan terbabit secara haram kerana dipercayai menyalahgunakan pasport dan permit kerja untuk menjalankan aktiviti itu.
“Pada mulanya mereka menjadi kuli kepada pemilik asal gerai, konon untuk menimba pengalaman lama-kelamaan ia berubah dan gerai perniagaan itu seperti di ‘ali baba’.
“Mereka mewujudkan satu kerjasama seperti konsortium dengan pemilik asal yang hanya akan mengambil keuntungan atas angin hasil daripada sewa tapak dibayar pada mereka,” katanya.
Pada masa sama dia yang tidak senang dengan apa yang sedang berlaku menyelar sikap sesetengah peniaga tempatan yang sanggup menjalankan perniagaan ali baba itu dan memberikannya kepada warga asing.
Katanya lagi, perkara itu tidak ubah seperti menutup periuk nasi peniaga tempatan yang terpaksa bersaing dengan warga asing yang sanggup menawarkan harga dan perkhidmatan sampingan secara percuma.
Orang ramai dikatakan tertarik dengan khidmat memotong serta mengubahsuai seluar ‘bundle’ apabila mereka tidak dikenakan sebarang bayaran, perkhidmatan pantas kerana turut menyediakan mesin jahit khas untuk tujuan itu.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081120090522/Article/index_html
***Ali Baba - isu yang telah lama di perkatakan.. siapakah yang salah.. kita kah.. atau mereka kah (bangsa asing dan kaum pendatang) ??? Fikir-fikirkan lah...
***Dalam perniagaan - memerlukan persaingan yang sihat.. iaitu persaingan harga dan perkhidmatan yang menarik untuk menawan hati pelangan.. Tepuk dada .. tanya diri.. Fikir-fikirkan lah..
***Adakah dengan menyalahkan orang lain , akan menyelesaikan masaalah kita ??? Fikir-fikirkan lah..
Peruncit elak rugi
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kebanyakan peniaga runcit sekitar Lembah Klang mengalami kesukaran menurunkan harga beras walaupun pengusaha pasar raya besar sudah mula berbuat demikian sejak dua hari lalu.
Situasi ini dipercayai berlaku kerana peruncit mendapatkan bekalan beras daripada pembekal sebelum harga barangan ruji itu diarahkan turun lagi.
Tinjauan Harian Metro, di beberapa kedai runcit sekitar ibu kota mendapati harga beras 10 peratus hancur masih dijual sekitar RM27 untuk 10 kilogram (kg), manakala beras 5 peratus hancur pula masih dijual sekitar RM29 untuk berat sama.
Difahamkan, selepas penurunan harga minyak kelmarin, sepatutnya harga beras 10 peratus hancur dijual sekitar RM2.20 sekilogram (RM22 bagi 10 kg), manakala harga beras 5 peratus hancur pula dijual sekitar RM2.40 setiap kg (RM24 bagi 10 kg).
Menurut pemilik sebuah kedai runcit di Pantai Dalam di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Sudin, 35, peniaga bermodal kecil sepertinya terpaksa mengekalkan harga sebelumnya.
“Ini kerana urusan pembelian daripada pembekal dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa penurunan harga yang diumumkan kerajaan.
“Bagi mengelakkan daripada menanggung kerugian kami terpaksa menjualnya mengikut harga lama namun kami berjanji akan menurunkan harga sekiranya bekalan beras lama itu habis dijual sepenuhnya,” katanya yang berjanji menurunkan harga beras sedikit masa lagi.
Dia berkata, tindakannya mengekalkan harga lama bukan bermaksud untuk menggandakan keuntungan tapi ia untuk pulangan modal yang dibelanjakan dulu (sebelum penurunan harga beras).
“Memang betul harga minyak turun lagi tapi tidak bermakna harga barangan di pasaran boleh ikut turun sekali...kadang-kadang semua ini berlaku kerana sikap pembekal juga.
“Pembekal tekan harga pada peruncit kecil seperti kami dan untuk mengelakkan kerugian kami terpaksa menjual barangan itu dengan harga yang mahal,” katanya yang mahu pembekal turut diberi amaran supaya menurunkan harga barangan seperti beras.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya sudah menurunkan harga beras seperti diarah kementerian beberapa hari lalu.
“Selepas mendapat arahan, pihak kami terus menurunkan barangan itu serta-merta malah beras berjenama popular juga mengalami penurunan harga sama seperti diarahkan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081120090620/Article/index_html

Tiga `tahanan’ dibogel
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
RAWANG: Pengalaman perit selama 15 bulan tiga rakan karib warganegara India yang hidup dalam ‘tahanan’ majikan sebagai buruh tidak bergaji di Ulu Tiram, Johor menyebabkan mereka nekad melarikan diri ke sini, Ahad lalu.
Selain dilayan seperti binatang, mereka turut mendakwa dibogelkan setiap hari sebelum dibenarkan tidur waktu malam.
Tiga mangsa penipuan majikan itu T Ranganathan, 40, Joel Prabagaran, 35, dan Yan Mahesh, 26, dari Thanjavur, India, berkata, mereka dibawa ke negara ini untuk bekerja di syarikat pembuat makanan ringan di Johor.
Bagaimanapun, setibanya di sini mereka tidak mendapat apa yang dijanjikan sebaliknya dikurung, dianiaya dan tidak diberikan gaji.
Berikutan itu selepas 15 bulan menderita mereka nekad melarikan diri dengan menaiki bas dari Johor Bharu ke Rawang bagi mendapat perlindungan di Pusat Khidmat Masyarakat Matahari dan Bulan MIC New Green Park, dekat sini.
Ranganathan berkata, mereka terpaksa melarikan diri bagi mendapatkan bantuan kerana tidak sanggup hidup bagaikan dalam ‘neraka’ di perantauan.
Katanya, mereka nekad ke Rawang selepas mengetahui perkhidmatan disediakan kepada individu yang memerlukan bantuan melalui sebuah akhbar berbahasa Tamil, baru-baru ini.
“Kami terpaksa menjadi peminta sedekah untuk mendapatkan wang tambang untuk sampai di sini. Kami tiba di hentian Pudu Raya jam 5 petang, Ahad lalu. Ketua MIC cawangan Green Park, MB Raja sedia menyelamatkan kami.
“Impian hidup senang di negara ini tidak kesampaian kerana ditipu dan diseksa majikan setiap hari. Kami mahu pulang ke India segera bertemu keluarga tersayang,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Dia berkata, mereka datang ke negara ini menggunakan khidmat agensi sebelum dibawa masuk bekerja di Johor Bharu dengan dijanjikan gaji RM1,100 sebulan.
Katanya, hanya bulan pertama pada September tahun lalu mereka dibayar gaji RM750 oleh majikan, namun tidak menerima gaji selepas itu sehingga kini.
“Setiap hari kami diberi makan menu sama (tosai) pagi dan malam. Majikan layan kami seperti binatang. Kami selalu dipukul dan disepak setiap hari. Malahan majikan paksa kami bogel untuk diperiksa badan dan telefon bimbit sebelum tidur.
“Rayuan dan rintihan tidak dihiraukan langsung,” katanya.
Rakannya, Joel, berkata dia sedih dan kecewa dengan layanan majikannya itu.
Katanya, mereka datang ke negara ini kerana mendapat tawaran bekerja daripada sebuah agensi pekerjaan yang menawarkan gaji besar.
“Tak sangka pula perkara ini menimpa kami. Bukan hanya ditipu, malah diseksa seperti bukan kami bukan manusia,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai jurujual di negaranya datang ke sini kerana mahu menambah pendapatan lebih selain menampung kehidupan keluarga di India.
“Namun, semua hanya khayalan kerana harapan tidak menjadi kenyataan dan segala yang diimpikan berkecai,” katanya.
Sementara itu, MB Raja berkata, beliau sedih dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang hanya mahu mendapatkan untung walau maruah tergadai.
“Mereka tak ubah seperti binatang yang bertopengkan manusia. Mereka sanggup menggadaikan maruah dan mencemarkan imej negara semata-mata mahu memperoleh keuntungan.
“Mereka tidak berfikir panjang sama ada masalah ini akan menjatuhkan perniagaan mereka dan membuatkan mereka tertangkap seterusnya dihukum.
“Mereka tidak tahu orang yang mereka tipu orang berpelajaran dan sedikit sebanyak tahu mengenai jenayah,” katanya serius dan mahu tindakan sewajarnya dikenakan kepada majikan terbabit.
Katanya, daripada maklumat dan bahan yang diperoleh daripada mangsa, beliau yakin mereka akan dapat ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau juga membawa mangsa ke Pejabat Kedutaan India di Jalan Duta untuk tindakan seterusnya.
“Saya meminta supaya pihak kedutaan dapat melakukan penyiasatan dan membela nasib mereka seterusnya memberi jaminan akan menghantar mereka pulang ke negara asal,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081120092624/Article/index_html

Rawatan pelik `bomoh seluk’
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.
Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.
Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.
Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa
Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.
Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.
Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.
Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.
Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.
Dia kemudian membuat laporan polis, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian terbabit, semalam, berkata mangsa mendapatkan rawatan daripada bomoh itu jam 11 pagi Sabtu lalu.
“Wanita itu pergi bersama suami dan anak saudaranya kerana mendakwa dirasuk hingga pengsan di tempat kerjanya.
“Mangsa mendakwa bomoh terbabit memasukkan tasbih dan jari ke dalam alat sulitnya,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian, suami dan anak buah mangsa tiada kerana diminta membeli kemenyan.
“Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk proses rawatan bomoh itu, termasuk kain kuning,” katanya.
Abdul Rahim turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mendapatkan rawatan daripada bomoh bagi mengelak menjadi mangsa cabul atau rogol.
Suspek kini ditahan reman seminggu bermula semalam.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20081120084657/Article
Minyak turun tapi tetap rugi – FLFAM
KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mendakwa penurunan harga minyak di pasaran tempatan ketika ini sebenarnya tidak mengurangkan kos penternakan ayam di peringkat ladang.
Malah, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr. Abdul Rahman Md. Saleh menegaskan, penternak masih terpaksa menanggung kerugian sepanjang tahun ini semata-mata cuba memenuhi kehendak pengguna dan pasaran.
“Tidak dinafikan bila harga minyak turun, ia sedikit sebanyak telah menurunkan harga kos namun penternak masih menanggung kerugian.
“Bukan sahaja harga minyak mempengaruhi kos penternakan, ada banyak faktor lain seperti makanan yang kebelakangan ini sudah semakin meningkat,’’ katanya ketika dihubungi semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Jadi umpan kumpulan samseng - Pelajar perempuan calon SPM ditahan bantu siasatan
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my
JOHOR BAHRU – Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dicekup polis baru-baru ini kerana terlibat dalam kumpulan samseng yang sering menyamun di sekitar bandar raya ini sejak September lalu.
Pelajar terbabit bersama rakan-rakan lelakinya dikatakan bertindak ganas termasuk mencederakan mangsanya dengan menggunakan senjata tajam sekiranya permintaan mereka tidak dilayan.
Modus operandi kumpulan itu ialah mengumpan pelajar tersebut dengan berpura-pura bertanya arah jalan kepada mangsa-mangsanya yang baru tiba ataupun keluar dari kediaman sebelum mangsa diserbu ahli kumpulannya lain.
Gadis tersebut bagaimanapun bernasib baik kerana masih dibenarkan menduduki SPM meskipun sedang ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, selain gadis itu, turut ditahan ialah enam lagi rakan lelakinya berusia antara 18 dan 28 tahun di beberapa lokasi berasingan di Taman Perling, Kangkar Pulai, Nusajaya dan Taman Sri Pulai di sini sejak 11 November lalu.
“Polis telah mendapat kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri supaya dia (pelajar perempuan terbabit) dapat mengambil SPM meskipun masih ditahan,” katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, pihaknya turut merampas enam bilah parang panjang, dua bilah kapak, dua bilah pisau daripada geng samseng berkenaan yang dipercayai digunakan semasa menyamun.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Ibu risau anak gadis hilang tiga bulan
HEE ENG (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Siew Won pada sidang akhbar di Wisma MCA semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Seorang gadis dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke rumah sejak tiga bulan lalu.
Chai Siew Won, 18, dari Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, dipercayai mengikuti bekas teman lelakinya, Loh Swee Fatt atau dikenali sebagai Ah Fatt ke Kuala Lumpur setelah dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Menurut ibunya, Liow Hee Eng, 47, Ah Fatt telah menghubungi Siew Won dan memberitahu sebuah kilang di Subang Jaya, Selangor memerlukan pekerja dengan dibayar gaji lumayan.
Percaya dengan kata-kata Ah Fatt, anaknya terus menerima tawaran tersebut dan mengikut lelaki itu pada awal September lalu dengan meninggalkan rumah sehingga hari ini.
“Saya takut kalau-kalau anak saya dipaksa melakukan kerja terkutuk hingga boleh menggelapkan masa depannya.
“Saya berprasangka begini kerana setiap kali dia (anaknya) menelefon saya walaupun hanya sempat bercakap dalam masa yang sekejap, nada suaranya seakan-akan sedang menangis seolah-olah berlaku sesuatu perkara yang tidak elok pada dirinya,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA dekat Jalan Ampang semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta kepada orang ramai yang mengenali Chai Siew Won atau mengetahui di mana dia berada agar dapat menghubungi ibunya di talian 014-6116988 atau Biro Pengaduan Awam MCA di 03-21618044 atau balai polis yang berdekatan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Menyamar pegawai kastam
JONI EFENDI (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan menyamar sebagai pegawai kastam semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KLANG – Sudahlah tinggal melebihi tempoh, berani pula menipu rakyat negara ini dengan menyamar sebagai pegawai kastam sebelum menerima rasuah sebanyak RM19,000 daripada seorang pemilik kedai.
Malah ketika ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 8 November lepas, warga Indonesia terbabit, Joni Efendi Duahmad, 36, masih tetap dengan penipuannya mendakwa dia adalah seorang pegawai kastam.
Bagaimanapun setelah BPR menjalankan siasatan dan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Joni didapati menyamar sebagai pegawai kastam dan memiliki kad pengenalan palsu atas nama Salem bin Darus.
Siasatan juga mendapati Joni yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan hanya memiliki Sijil Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang telah tamat tempoh pada 1995.
Ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, Joni akhirnya mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM19,000 daripada seorang pemilik kedai ketika menyamar sebagai pegawai kastam, antara Oktober dan awal bulan ini.
Hakim Slamat Yahya menetapkan 25 November ini untuk menjatuhkan hukuman selepas Joni yang tinggal di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, membuat pengakuan itu.
Tertuduh didakwa meminta suapan wang tunai RM10,000 daripada Peng Kim Sing, 61, sebagai dorongan kononnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap Peng kerana memiliki tiga botol samsu tanpa lesen, di kedai Guan Seng Trading di No: 25, Jalan Besar, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, antara pukul 3 dan 4 petang, 28 Oktober lepas.
Pada hari dan waktu yang sama juga, Joni didakwa menerima suapan wang tunai RM5,000 dan kemudian RM4,000 daripada Peng sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama antara pukul 1 dan 2 petang, 8 November lepas.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

'Dia anak derhaka'
Oleh MAZLINA MAJID
mazlina@kosmo.com.my
RAMLAH melihat risalah 'Ajaran MLM' milik anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kajang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KAJANG - "Sejak terjerumus ke dalam ajaran ini (Ajaran MLM) beberapa tahun lalu, anak saya seperti sudah hilang arah, hilang hormat malah sanggup ingkar nasihat ibu bapa, dia lain sekarang, dia sudah jadi anak derhaka.''
Begitulah luahan perasaan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah, 40-an yang mengesyaki anak lelaki kesayangannya itu, Nizam, lewat 20-an, (bukan nama sebenar) telah 'terperangkap' dengan 'Ajaran MLM' yang didedahkan oleh Kosmo! melalui siri laporannya sejak Ahad lalu.
Kekecewaannya semakin mendalam lebih-lebih lagi apabila Nizam terpengaruh dengan kata-kata manis yang menjanjikan 'habuan besar' oleh kumpulan yang mengimpikan 'negara jelmaan' itu.
"Saya pernah dengar bahawa dia kata, dia akan dapat apa saja yang dia nak kalau 'kerajaan baru' terlaksana, apa saja yang dia impikan... kereta besar, rumah mewah pasti akan ditunaikan oleh ketuanya,'' ceritanya sambil memberitahu Nizam mempunyai nama gelaran lain di kalangan ahli kelas tilawahnya.
Selain itu, Ramlah juga mendapat tahu, 'kesetiaan' menjadi pengikut 'Ajaran MLM' untuk tempoh yang lama dikatakan turut akan 'dibayar' dengan menduduki 'hierarki' yang lebih tinggi dan dihormati.
Ramlah yang ditemui di sini berkata, dia sekali-kali tidak menduga serta amat terkejut dengan tindakan anak kesayangannya itu kerana Nizam mendapat didikan penuh di sekolah agama, sopan-santun dan tidak sekali pun meninggalkan solat.
Namun, semuanya bermula sejak kira-kira tiga tahun lalu apabila Nizam mula menunjukkan sikap yang pelik gara-gara kerap keluar malam hingga ke pagi dengan alasan ke kelas agama hingga mengganggu disiplin waktu bekerjanya.
Geram dengan sikap Nizam yang kerap kali mendiamkan diri apabila ditanya akan perubahannya, akui Ramlah, adakalanya timbul perbalahan dan pertengkaran.
"Yang terpacul daripada mulutnya adalah 'keadilan' dalam memperjuangkan negara Islam tulen,'' beritahunya yang sudah hilang kudrat untuk menasihati anaknya itu akibat ketaksuban memperjuangkan 'Ajaran MLM' itu.
Menurut Ramlah, tembelang yang menjadi rahsia peribadi Nizam selama ini akhirnya terbongkar dengan bahan bacaan mengenai kelas tilawahnya ditemui di dalam kamar biliknya.
"Terkejut bukan kepalang saya dan bila dirujuk dengan tokoh agama dan ustaz, terbukti ajaran yang diikutinya terpesong,'' luahnya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Impak politik wang, Mahathir ramal Umno, BN kalah teruk?
Rabu November 19, 2008
Mahathir serah Lembaga Disiplin Umno laporan
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.
"Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.
"Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.
"Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".
Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.
"Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka - Melayu, Cina dan India - memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.
"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?
"Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN," katanya lagi.
Isu politik wang menjadi perhatian banyak pihak dengan Lembaga Disiplin mendedahkan lebih 900 aduan diterima sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.
Dalam tulisannya hari ini, Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno menyoal: "Apakah yang akan jadi pada Umno yang sudah kalah?Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin Umno? Tentu tidak," katanya lagi.
Beliau menambah, jika tidak hancur, Umno akan menjadi parti yang tidak bermaya, sekali gus tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.
"Mungkinkah Umno yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan Umno pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka," katanya lagi.
Alternatif disyorkan beliau: jika Umno hendak dipulih semula pemimpin yang telah mengotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan parti.
"Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir," kata beliau yang menyerahkan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Oktober 2003.
Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.
Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan di dalam blog saya," katanya.
Beliau berkata, tindakan yang berani amat diperlukan ketika ini bagi memulihkan imej dan kedudukan Umno yang didakwanya kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa. "Jika kita tidak berani mengambil tindakan, Umno akan hancur. Inilah yang akan menunggu kita kalau keadaan ini berterusan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata amalan politik wang adalah faktor utama yang akan memusnahkan Umno dan struktur keseluruhan parti itu.
Sekiranya tidak dibersihkan, negara perlu bersedia menghadapi keruntuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.
"Apabila mereka menggunakan wang, pandangan pengundi kepada mereka akan lebur. Mereka (pengundi) jijik pada orang macam ini. Pada pilihan raya akan datang sudah tentu yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu supaya mereka dicalon untuk menjadi calon pilihan raya.
"Rakyat akan pandang mereka ini sebagai calon yang terlibat dengan rasuah. Apakah rakyat akan undi kepada calon-calon ini?," katanya.
Dr Mahathir berkata, hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.
"Seperti yang saya katakan, undi daripada ahli sahaja tidak memberikan kemenangan kerana undi dari ahli (Umno) itu sedikit. Kita perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli Umno tetapi merupakan penyokong setia Umno," katanya.
Rentetan daripada itu, kata beliau, tidak mustahil untuk BN kalah pada pilihan raya ke-13 akan datang jika para pengundi enggan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.
"Itu bukan mustahil. Sebelum pilihan raya umum Mac lepas, kita fikir kita tentu menang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, tentu kita menang di Kedah, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_mutakhir/20081119204814&sec=mstar_mutakhir
Pencalonan Rafidah dibuat kerana arahan
Rabu November 19, 2008
IPOH: Pencalonan yang diberikan oleh Wanita Umno Bahagian kepada Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno adalah kerana arahan dan bukannya kehendak sebenar anggota akar umbi, kata Naib Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim.
Kenyataan beliau disokong oleh anggota exco Wanita Umno Datuk Khamsiyah Yeop yang menjelaskan bahawa 117 pencalonan yang diterima oleh Rafidah adalah "sekadar di atas kertas" dan tidak boleh diguna pakai untuk mencerminkan kehendak sebenar anggota pergerakan itu yang mahukan gandingan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim.
Mereka berkata demikian pada satu sidang akhbar di sini bagi mengumumkan bahawa 22 daripada 24 bahagian Wanita Umno di Perak kini mahu agar peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dipercepatkan dari Jun ke Mac tahun depan.
"Kami berhasrat untuk mempunyai ketua pada Mac ini dan bukannya pemangku," kata Rusnah.
Beliau berkata bahawa dalam mesyuarat perwakilan masing-masing dari 9 Okt hingga 9 Nov lepas, bahagian-bahagian yang mencalonkan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita berbuat demikian bukan berdasarkan kehendak sebenar akar umbi sebaliknya kerana mengikut arahan.
Di Perak, sembilan bahagian mencalonkan Rafidah untuk kekal sebagai ketua manakala 15 lagi mencalonkan Shahrizat.
Khamsiyah, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Lenggong, berkata : "Saya akui memang perwakilan mencalonkan Rafidah sebagai ketua dan Shahrizat sebagai naib. Ini adalah arahan dan persetujuan bersama mengikut peralihan ketika itu di mana kita diminta mencalonkan dan kita patuh kepada keputusan exco, tetapi apabila melihat situasi sekarang, kita juga merasakan kita perlu kepada ketua dan bukan pemangku."
Beliau berkata, sekiranya Rafidah bertegas untuk kekal sehingga Jun, itu bermakna Wanita Umno hanya akan dipimpin oleh seorang pemangku sehingga pemilihan seterusnya dan ini akan memberi kesan negatif kepada pergerakan itu.
"(Datuk Seri) Shahrizat hanya akan memangku dan terus memangku sehingga pemilihan akan datang. Banyak kesan kepada Wanita Umno (antaranya parti komponen lain dalam) Barisan Nasional akan kata..."look, we are ketua, you only pemangku. How can you be ketua BN?. Kalau beliau jadi pemangku, maka Wanita juga tidak ada naib. Kalau kita tidak ada ketua bagaimana parti komponen mahu hormati kita?," katanya. Katanya, Wanita Umno Perak hanya mahu pengunduran dan penyerahan kuasa itu dipercepatkan dan bukan menolak peralihan kuasa yang telah dipersetujui.
"Kami pun tidak mahu kehilangan beliau (Rafidah). Begitu lama Rafidah bersama-sama kami, takkan kami nak tolak beliau begitu sahaja. Kami tidak sanggup beliau ditolak begitu. Kami mahu beliau diberi satu penghormatan dan dijadikan satu warisan. Itu sahaja," katanya.
Beliau berkata, sekiranya Rafidah terus mempertahankan jawatan itu, Wanita Umno tidak ada pilihan selain memilih Shahrizat yang juga telah mula meraih sokongan sebenar daripada akar umbi.
"Bagaimanapun kami mahu supaya tiada pertandingan (bagi jawatan ketua pergerakan). Ini sebaik-baiknya dan ini harapan semua orang.
"Kita mahu jadikan penyerahan dan perubahan kuasa (seperti ini) sebagai warisan seperti yang dibuat oleh Tan Sri Aishah Ghani yang serahkan kuasa kepada Rafidah dulu. Itu yang kita harapkan," katanya. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081119205323&sec=mstar_berita

Solat: Zahid selar RPK pertikai prosedur tahanan ISA
Rabu November 19, 2008
Oleh WAHIDA ASRANI
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin (gambar) yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat.
"Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya.
"Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.
"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.
Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata.
Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Senrul terhadap pusat tahanan ISA di Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat.
Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain.
Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam dalam blognya.
Sementara itu, Zahid berkata, beliau menyokong usaha yang akan dilakukan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi untuk mencari jalan penyelesaian konflik berkaitan undang-undang sivil dan syariah supaya tidak wujud salah faham antara kedua-duanya.
Beliau berkata, untuk menyeragamkan antara mahkamah syariah dan sivil bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya ada komitmen dan kesungguhan politik daripada pengamal undang-undang dan pihak yang mempunyai autoriti dalam undangundang serta kerajaan.
"Saya juga sudah minta Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi menentukan bentuk kerjasama yang boleh diambil untuk melaksanakan usaha itu," katanya.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081119160630&sec=mstar_berita
Zainal: PKR Sarawak ramal pilihan raya negeri diadakan tahun depan
Rabu November 19, 2008
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meramalkan pilihan raya negeri ke-10 akan diadakan pertengahan tahun depan ekoran perkembangan terbaru politik di negeri ini yang menyaksikan bekas pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) menyertai parti itu.
Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi, yang membuat ramalan itu, hari ini berkata kemasukan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ngemah, Gabriel Adit Demong, bekas anggota Parlimen kawasan Sri Aman, Jimmy Donald dan beberapa pemimpin BN dan hampir 12,000 anggota BN akan memperkukuhkan PKR di Sarawak.
"Saya optimistik bahawa lebih ramai pemimpin BN akan menyertai PKR dalam waktu terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mendakwa terdapat petunjuk yang penduduk Sarawak mahukan perubahan terutama berhubung dasar tanahnya.
Adit, 58, yang memenangi kerusi itu atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, menghantar permohonan untuk menyertai PKR Sabtu lepas. Dengan kemasukannya, parti itu kini mempunyai dua anggota dalam Dewan Undangan Negeri.
Seorang lagi ialah Dominic Ng yang juga pengerusi PKR negeri dan wakil rakyat Padungan. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081119151408&sec=mstar_berita
Zaid jawab surat tunjuk sebab, tindakan sudah diputus
Rabu November 19, 2008
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Ibu pejabat Umno telah menerima jawapan surat tunjuk sebab daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berikutan tindakannya menulis surat terbuka serta menemui beberapa Ahli Parlimen pembangkang bagi membincangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, bagaimanapun, jawapan kepada surat tunjuk sebab itu tidak dijawab sendiri oleh Zaid tetapi oleh peguam beliau.
"Kita dah terima surat itu beberapa hari yang lalu iaitu sebelum tarikh akhir yang kita tetapkan pada 15 haribulan (November).
"Tapi yang kita tak faham sekarang, kita minta dia (Zaid) yang jawab tapi kita dapat jawapan daripada peguam dia pula," katanya.
Tengku Adnan bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan jawapan surat tersebut.
Katanya, surat jawapan itu telah pun dibawa kepada pengurusan Umno malah tindakan yang akan dikenakan kepada Zaid juga telah diputuskan.
"Kita dah bawa ke pengurusan parti...tindakan pun dah ada tapi saya tak boleh beritahu sekarang kerana ia mesti dibawa pula ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan datang untuk disahkan," katanya.
Beliau berkata, pengumuman berhubung tindakan terhadap Zaid hanya akan diumumkan selepas mesyuarat tersebut.
Katanya, mesyuarat MT sepatutnya diadakan pada 28 November ini tetapi mungkin ditangguh ke satu tarikh yang belum ditetapkan pada bulan hadapan berikutan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di luar negara sehingga hujung bulan ini atas urusan rasmi.
Pada 10 November lalu, Tengku Adnan berkata, Umno telah bertindak adil dengan memberi peluang kepada Zaid untuk menjawab surat tunjuk sebab berikutan tindakannya menulis surat terbuka dan menemui beberapa Ahli Parlimen pembangkang bagi membincangkan pemansuhan ISA itu adalah bertentangan prinsip dan amalan parti.
Beliau berkata, tindakan tegas termasuk kemungkinan digantung atau dipecat akan ditentukan pengurusan parti sebaik menerima maklum balas daripada Zaid. Pada hari yang sama, Zaid dalam satu sidang media mempertahankan tindakan itu kerana katanya, ia bertujuan menyatakan sokongan terhadap isu pemansuhan ISA semata-mata dan bukan untuk menyokong sama ada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pas mahu pun Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau tidak bermaksud untuk tidak setia kepada parti tetapi beberapa tindakan dan pandangan yang dikemukakan beliau dilihat tidak dapat diterima pihak tertentu menyebabkan beliau menghadapi banyak kesukaran.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081119142348&sec=mstar_berita
Kadar pengangguran 4 peratus atau lebih rendah tahun ini
Rabu November 19, 2008
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kadar pengangguran akan berada pada kadar 4.0 peratus atau lebih rendah pada tahun ini walaupun perniagaan kian mengecil disebabkan kemelesetan ekonomi global.
"Kita sepatutnya berada pada kadar itu. Ia tidak akan lebih tinggi dari kadar itu. Ini kadar yang boleh diuruskan. Kita perlu berusaha gigih untuk mengekalkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 2008 di sini, hari ini.
Nor Mohamed berkata, kadar pengangguran negara pada tahun depan juga akan dipertahankan pada kadar tersebut.
Katanya, dana latihan RM300 juta yang diumumkan di bawah pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan baru-baru ini boleh meminimumkan sebarang pengangguran selain menambah baik kemahiran para pekerja.
"Kita telah melihat pemotongan waktu bekerja dan bonus di Pulau Pinang tetapi tiada pemberhentian kerja besarbesaran berlaku lagi," katanya.
Nor Mohamed berkata, dua cabaran yang didepani kerajaan dalam krisis ialah "untuk memastikan kerajaan dapat mewujudkan pekerjaan bagi kesemua rakyat dan memastikan pengaliran kredit perniagaan."
"Kita perlu memastikan mereka yang sedang bekerja kekal di tempat kerja masing-masing dan para pelajar yang tamat pengajian dapat mencari pekerjaan kemudian kelak."
Ketika ditanya sama ada tahap pembuangan pekerjaan akan menjadi lebih buruk dari semasa Krisis Kewangan Asia 1997/1998, beliau berkata: "saya tidak merasa sedemikian.
"Krisis yang dulu itu berbeza. Ia mengejutkan kita. Krisis itu berlaku terlalu cepat di mana pasaran saham dan nilai ringgit merudum sambil keyakinan merosot. Berlaku kegelutan pada waktu itu.
"Krisis yang terakhir itu, perbankan runcit menerima kesan buruk dan turut berlaku krisis mata wang. Kali ini, perbankan runcit tidak menerima kesan dan tidak berlaku krisis mata wang.
"Kita mempunyai lebih banyak masa untuk membuat perancangan. Kita menerima banyak petunjuk awal," katanya. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081119151435&sec=mstar_berita