SAYA terharu membaca laporan rombongan misi kemanusiaan ke Gaza dan rintihan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang terkandas di perairan Greece.
Bukan saja rombongan pelayaran Freedom Flottila 11 dihalang untuk datang ke Gaza, maka kapal-kapal konvoi yang berlabuh di perairan Greece tidak benarkan oleh kerajaannya meninggalkan pelabuhan mereka.
Ada kapal yang cuba meninggalkan perairan itu tanpa izin kerajan Athen tetapi ia telah dipaksa pulang ke pelabuhan transitnya.
Rombongan itu mendesak sokongan antarabangsa supaya menekan Greece membenarkan mereka meninggalkan perairannya bagi menuju Gaza, tetapi Greece bertindak tegas tidak membenarkannya.
Reaksi Greece itu adalah atas larangan regim Israil dan apa lagi Amerika adalah menyebalahi Israil. Walau pun Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong rombongan kemanusiaan itu, tetapi apabila Amerika mmihak kepada Israil adalah sukar bagi Greece yang berdepan dengan krisis hutang sekarang menimbangkan pemergian rombongan Freedom Flottila itu.
Apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan rombongan Flottila di Greece itu sama dengan apa yang dihadapi oleh Bersih 2.0 untuk menyampaikan memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Khiry Jamaluddin dihalang untuk mencabar Bersih 2.0 dan Bersih pula dihalang untuk memasuki Kuala Lumpur, maka samalah masalah yang dihadapi Bersih di Kuala Lumpur dengan apa yang dihadapi oleh rombongan Flottila di Greece.
Kerajaan Malaysia, UMNO dan sekalian yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin di Gaza tidak senang dengan sekatan kerajaan Greece. Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang penting menggalakkan rombongan kemansuiaan itu sudah tentu amat keciwa dengan sekatan ke atas kapal yang tidak bergerak ke Gaza itu.
Semua orang menyokong tunjuk perasaan di kedutaan Greece di Kuala Lumpur membantah tindakan kerajaan Greece. Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib dipercayai bersama semagat tujuk perasaan itu.
Tetapi Dr. Maahathir dan kerajaan Malaysia mengira haram rancangan Bersih untuk mengadakan perarakan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Mereka disekat untuk masuk ke Kuala Lumpur.
Kedua-dua Bersih dan rombongan ke Gaza itu adalah sama-sama menuntut keadilan. Rombongan ke Gaza pergi untuk membawa barang keperluan rakyat Gaza seperti makanan, perubatan dan keperluan binaan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Gaza.
Perarakan Bersih ialah bagi mendapatkan pililhan raya yang bersih dan adil bagi memastikan demokrasi diamalkan sebaik-baiknya dan kezaliman tidak bermaharajalela.
Sikap Israel dan Greece menghalang rombongan kemanusiaan itu dikecam oleh masyarakat antarabangsa kecuali Amerika. Kerajaan Malaysia menghalang kemasukan penyokong Bersih ke Kuala Lumpur yang dunia mengira unjuk rasa itu satu tindakan biasa dan sah.
Dalam hal ini sama saja kerajaan Malaysia dengan Israel dan Greece.
Rombongan kemanuiaan itu dicemburui oleh Israel kerana ia dikatakan mungkin menyeludupkan senjata dan bahan bahaya yang boleh mengancam keselamatan Israel. Pada hal rombongan tidak bercadang untuk berperang dengan Israel. Apa yang mereka mahu ialah memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman Israel.
Bersih disyaki untuk menumbangkan kerajaan Malaysia walau pun sasaran Bersih hanya mahukan SPR yang adil dan telus. Tidak terlintas niat Bersih untuk menggulingkan kerajaan melaluigerakan jalanan.
Malaysia tidak setuju dengan prasangka Israel konon rombongan itu mengancam keselamatan Israil, tetapi kerajaan Malaysia pula bersikap seperti Israel bila ia mengira Bersih bertujuan untuk menumbangkan kerajaan di luar pilihan raya.
Malaysia pula menggunakan taktik Israel kononnya menjumpai barang-barang dari kalangan Bersih yang selalu digunakan dalam perkelahian dan rusuhan. Dari mana polis Malaysia dapat barang-barang itu? Yang nyata ia adalah taktik biasa Israil.
Sampai akhir rombongan kemanusiaan itu tidak dapat membawa muatannya ke Gaza. Mereka yang dari Malaysia sudah pun balik termasuk Khairy.
Sampai akhir polis tidak membenarkan Bersih mengadakan perarakan dan orang-orang dari luar Kuala Lumpur dihalang masuk Kuala Lumpur.
Kedegilan penyokong Bersih sama saja dengan kedegilan rombongan kemanusiaan ke Gaza. Semua sekatan itu cuba ditembusi. Semangat kedua-duanya adalah sama dan sikap Malaysia pula sama dengan Israel dan Greece.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/4313-nasib-flotilla-ii-sama-dengan-bersih-20
PARIT BUNTAR, 12 Julai: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mempersoalkan kewajaran polis mendedahkan kononnya kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan aman di ibu negara, Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Demokrasi sebenar memberi hak kepada rakyat untuk memilih parti yang dikehendaki dengan bebas tanpa menggunakan water cannon atau tangkapan.

"Kami mendapati terdapat tiket penerbangan ke Hong Kong atas nama Altantuya, Razak dan beberapa orang lagi," kata Cynthia Gabriel (kiri) yang merupakan ahli sekretariat Suaram.
Maklumat itu muncul menjelang ketibaan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".

Buhari Mohamed, 62, berkata beliau menghubungi N Pathmanabhan (kiri) pada 2 Sept 2010 bertanyakan mengapa Sosilawati masih belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting bersama-sama pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, untuk berjumpa Pathmanabhan yang merupakan seorang bekas peguam itu.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mengimbas mengenai kehilangan jutawan kosmetik itu, Buhari berkata beliau telah dihubungi oleh anaknya pada pagi 31 Ogos 2010 memaklumkan bahawa ibu mereka tidak balik ke rumah pada 30 Ogos 2010.
"Sementara itu saya cuba call Sosilawati dua, tiga kali tapi tidak dapat dan saya kemudian call Rita (Erni Dekritawati Yuliana, anak sulung Sosilawati), dia cakap dia ada di Shah Alam untuk pastikan kereta Noorhisham masih di sana dan dia cakap kereta masih ada di sana.
Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan, tindakan itu dilihat sebagai tidak demokratik dan bersifat menghukum.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Faisal Abdul Aziz (kanan) pula berkata tindakan terbaru kementerian itu tidak akan menjadikan mahasiswa seorang yang idealis.
Sementara itu, akvitis mahasiswa Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) pula berpendapat tindakan KPT bersifat ugutan dan kawalan ke atas suara dan peranan mahasiswa.
"Selepas panggilan dibuat, Allahyarham meletakkan telefon dan terus meletakkan kepalanya di atas meja sambil tangannya menggosok kepalanya dalam masa kira-kira dua minit," kata Sheikh Niza yang pada masa itu sedang duduk di hadapan Allahyarham.

Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.
Sedangkan, polis telahpun membuat
"Benda-benda pasal ini banyak orang bercerita, tapi saya tidak ada di tempat kejadian," katanya lagi.
Rosni juga berkata, anak sulungnya, Dr Mirza juga telah berkunjung ke HKL semalam dan hari ini untuk memohon laporan bedah siasat berkenaan, namun masih gagal mendapatkannya.
Sementara itu, anaknya Mirza berkata keputusan itu mungkin hanya akan siap dalam tempoh hingga lima minggu.
Pada 8 Jun lalu, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, buat masa ini, mereka masih mengumpulkan maklumat untuk diteliti satu persatu.
"Dalam perhimpunan Sabtu lalu, peguam tidak dibenarkan akses dengan tahanan," dakwanya sambil menyifatkan ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Tindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim (kiri) enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.
"Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima rakyat," katanya.
"Apa yang penting suruhanjaya ini perlu ditubuhkan sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Ambiga menyatakan BERSIH kini meminta campur tangan mahkamah bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri itu.
Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.
“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.
“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.