Monday, November 17, 2008

Kapsul herba raksa


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my



SERBU...penguat kuasa farmasi merampas kapsul dari
kedai singse.


KUALA LUMPUR: Akibat cita-cita menjadi doktor tidak kesampaian, seorang lelaki cuba menghasilkan ramuan pil kapsul maut mengandungi logam berbahaya termasuk raksa untuk dijual kepada orang ramai dengan mendakwa mampu mengubati 1001 penyakit berbahaya.

Bagaimanapun ubat istimewa yang didakwa diwarisi turun temurun itu sebaliknya menyebabkan beberapa pesakitnya terlantar di hospital, berikutan kesan tindakan balas bahaya kepada darah dan jantung.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, lelaki berusia 50-an berkenaan dikesan menghasilkan formula sendiri yang didakwa diperturunkan daripada nenek moyangnya untuk menghasilkan ubatan campuran pelbagai kimia dan herba kayu dipercayai diimport dari China.

Menurutnya, ubatan istimewa yang kemudian dijual dalam bentuk kapsul itu bagaimanapun dikesan mendatangkan mudarat kepada pelanggannya.

“Adunan ubatan yang tidak mendapat kelulusan KKM itu menyebabkan beberapa pesakitnya terpaksa dikejarkan ke hospital termasuk seorang wanita yang hampir pengsan sejurus mengambil kapsul terbabit.

“Difahamkan wanita berusia 40-an berkenaan pitam selepas kandungan pil itu mengakibatkan tekanan darahnya memuncak secara mendadak. Mangsa yang segera dirawat terselamat daripada maut sebelum membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM,”
katanya.

Susulan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM menjalankan pemeriksaan mengejut baru-baru ini di kedai singse milik lelaki terbabit di Jalan Sentul di sini.

Dalam serbuan jam 10 pagi itu, pegawai penguat kuasa farmasi yang menjalankan pemeriksaan mengejut berjaya menemui puluhan kapsul maut berkenaan yang diletakkan di kaunter kedainya.

“Selain merampas pil berkenaan, pegawai farmasi turut merampas sejumlah 10 jenis produk tradisional tidak berdaftar dengan KKM yang dianggarkan bernilai sekitar RM10,000.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedai ubat tradisional berkenaan diubah suai oleh pemiliknya menyerupai klinik perubatan moden lengkap dengan bilik pemeriksaan,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081117093017/Article/index_html

Ragu status nikah 1,000 pasangan

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Status pernikahan lebih 1,000 pasangan suami isteri di negeri ini serta negeri lain diragui kerana mereka menggunakan khidmat sindiket jurunikah palsu yang didapati memalsukan cop Jabatan Agama Islam Kedah serta tanda tangan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Alor Star.

Kegiatan sindiket yang dipercayai beroperasi sejak sembilan tahun lalu itu, dikesan apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengesyaki sijil nikah sepasangan suami isteri di negeri itu palsu, dua minggu lalu.

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Alor Star, Mohd Roze Abdul Wahab, berkata sijil nikah pasangan di Selangor itu menggunakan nama dan tanda tangannya.

Menurutnya, sindiket jurunikah palsu itu menggunakan namanya sebagai wali hakim ketika menguruskan pernikahan pasangan dan berleluasa di daerah Kuala Muda, Sungai Petani dan Yan sejak sembilan tahun lalu.


Katanya, rekod jumlah pasangan terbabit dikesan menerusi bilangan nombor siri pada sijil nikah yang diperolehi pejabat agama kerana sijil terbabit didapati memalsukan tanda tangannya manakala saksi pernikahan dipercayai serta menyamar sebagai kakitangan pejabat agama daerah.

Berikutan itu, menurutnya, status anak pasangan terbabit juga diragui.

Namun, bilangan yang tampil ke pejabat agama untuk mendaftar atau menyemak perkahwinan terlalu sedikit dan mereka hanya mendaftar selepas gagal mendaftar anak di sekolah yang memerlukan sijil pernikahan sebagai rujukan.

Difahamkan, pasangan yang menggunakan khidmat jurunikah sindiket itu tidak menyedari ditipu kerana cop serta tanda tangan yang dipalsukan hampir sama dengan yang asli.

Sebelum ini, sindiket itu turut dikesan memalsukan tanda tangan jurunikah Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIWS), Thailand menyebabkan jurunikah terbabit terpaksa menukar tanda tangannya bagi mengelak ditiru.

Mohd Roze berkata, kegiatan sindiket itu dikesan berleluasa sejak sembilan tahun lalu dan mengaut keuntungan lumayan.

“Biasanya mereka yang menggunakan khidmat sindiket itu terdiri daripada pasangan bermasalah, termasuk tidak mendapat izin ibu bapa, terlanjur dan mahu berpoligami,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, sindiket itu mengenakan bayaran antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada setiap pasangan yang hendak bernikah dengan sebahagian bayaran itu untuk hakim atau pegawai agama yang meluluskan pernikahan.

Sindiket itu yang menggunakan rumah sebagai pejabat, menikahkan pasangan pada waktu malam bagi mengelak dikesan dan menggunakan cop getah beralamat Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda serta tandatangan Mohd Rozee yang pernah menjadi hakim mahkamah rendah itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini sindiket itu masih menggunakan nama saya sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda sedangkan saya sudah lama bertugas di Mahkamah Tinggi Syariah Alor Star.

“Kebiasaannya, pasangan yang mempunyai masalah untuk bernikah akan ke negara jiran tetapi sekarang lebih mudah kerana sindiket itu bergerak bebas di negeri ini dan mencari pelanggan di luar perkarangan mahkamah syariah.

“Apabila tertarik dengan penerangan mereka dengan menggunakan nama saya, pasangan terbabit sanggup membayar berapa saja demi untuk mencapai hasrat mereka,” kata Mohd Rozee.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081117094436/Article/index_html

Bimbang anak dibawa ke Lombok


Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



BIMBANG...Shamsudin dan isterinya, Siti Aisyah menunjukkan
gambar anak mereka, Siti Atikhoh yang hilang.



PENDANG: “Sehingga kini, hati saya sentiasa risau kerana belum menerima berita keadaan Siti Atikhoh selain bimbang jika dia dijual sindiket atau dibawa lari ke Lombok, Indonesia,” kata Siti Aisyah Salleh.

Siti Aisyah, 56, ibu kepada Siti Atikhoh Shamsudin, 23, pelajar tahun dua Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilaporkan hilang sejak 10 September lalu, amat merindui serta bimbangkan keselamatan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Keadaan itu membimbangkan keluarganya kerana tiada khabar berita sejak dua bulan lalu, selepas pelajar itu dikatakan berada di Sabah mengikut seorang pengawal keselamatan di UMS, ketika dilaporkan hilang.

Kehilangan pelajar jurusan ijazah kewangan antarabangsa itu disedari rakannya selepas Siti Atikhoh tidak menghadiri kelas.

Perkara terbabit dimaklumkan kepada sepupunya yang turut mengikuti pengajian di universiti itu sebelum memaklumkan kepada keluarganya di Kampung 15 Relong, Mukim Bukit Raya, dekat sini.


Bapa pelajar itu, Shamsudin Abdul Rahman, 61, berkata dia bimbang anaknya dijual sindiket tertentu atau dibawa lari termasuk ke Lombok atau dijadikan perangkap membawa dadah ke luar negara.

“Kami ada menerima SMS terakhir darinya pada 30 Oktober lalu, memaklumkan dia akan berusaha untuk pulang, tetapi sekarang ini ada orang tidak membenarkannya pulang ke kampung.

“Berikutan itu, saya semakin bimbang dan ibunya pula kerap sakit dan tekanan darahnya meningkat setiap kali mengenangkan anak kerana kami tidak mempunyai perselisihan faham sebelum ini.

“Macam-macam kejadian saya baca dalam akhbar sebelum ini mengenai kehilangan gadis dan tidak mahu ia berlaku kepada Siti Atikhoh. Dia masih muda dan sedang belajar,”
katanya yang sebak ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Shamsudin pergi ke kampus anaknya di Sabah untuk mengetahui apa yang berlaku, tetapi pengurusan UMS memaklumkan Siti Atikhoh pulang ke kampung kerana mendakwa bapanya sakit.

Dia terkejut dengan dakwaan itu dan menafikan anaknya pulang ke kampung sebelum dimaklumkan anaknya sudah tidak tinggal di kolej kediaman universiti itu sejak 28 Ogos lalu dan dipercayai menyewa rumah.

“Tidak puas hati, saya membuat pemeriksaan di Lapangan Terbang Labuan, Sabah pada 18 September lalu dan terkejut mendapati nama Siti Atikhoh dan pengawal keselamatan terbabit dalam senarai penumpang.

“Kedua-duanya dipercayai mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur pada 16 September lalu menyebabkan saya membuat laporan di Balai Polis Labuan, pada 18 September lalu berhubung kehilangan Siti Atikhoh,”
katanya.

Shamsudin berkata, dia kemudian merujuk perkara itu kepada pengurusan universiti itu dan dimaklumkan lelaki itu akan masuk bekerja semula pada 22 September lalu kerana bercuti.

Katanya, berikutan itu dia memutuskan tinggal di Sabah sehingga 27 September lalu, tetapi pengawal keselamatan terbabit tidak muncul menyebabkannya bertambah risau.

“Pada 1 Oktober lalu, kami menerima panggilan daripada polis memaklumkan pengawal keselamatan itu ditahan di Kuala Lumpur, tetapi anak saya tiada bersamanya.

“Lelaki itu dibebaskan kerana tidak cukup bukti mendakwanya melarikan Siti Atikhoh walaupun kami mempunyai salinan bukti penerbangan yang mempunyai nama mereka,”
katanya.

Orang ramai yang mengenali atau menemui Siti Atikhoh dapat menghubungi Shamsudin di talian 012-54 32217 atau 016-4425575.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081117094524/Article/index_html

Hilang dendam bertukar ghairah


Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: “Kerana abang saya jadi begini, kata seorang lelaki bernafsu songsang yang mendakwa abang kandung meliwatnya sebagai punca dia terjerumus ke lebah maksiat itu.

Lebih mengejutkan menurutnya, kejadian yang berlaku hampir 20 tahun lalu itu banyak mengubahnya sehingga menyebabkan dia ketagih melakukan hubungan sejenis.

Dia yang enggan dikenali, berkata pada mulanya dia menyimpan perasaan dendam setiap kali diperlakukan sedemikian oleh abang kandungnya.

Bagaimanapun, semuanya berubah apabila setelah beberapa lama menjadi tempat pemuas nafsu, dia kemudian berasa seronok dan menikmati kepuasan serta ghairah setiap kali melakukan hubungan itu.

Dia yang kini berusia awal 30-an, turut mendakwa diperlakukan sedemikian oleh abangnya sejak dia di sekolah rendah ketika berusia 10 tahun.

“Amat kotor apabila beberapa kali abang memaksa saya meminum air kencingnya, semata-mata untuk memuaskan nafsu, tapi apa daya sebagai adik saya terpaksa menuruti kehendaknya.

“Dia meminta saya berbuat demikian setiap kali selepas menonton filem lucah. Kerana ghairah dan ingin meniru aksi lucah ditonton saya menjadi mangsanya,”
katanya.

Bukan hanya menjadi mangsa tidak bertanggungjawab abang sendiri, dia juga mengaku dikongsi beberapa lagi ahli keluarga terdekatnya.

Rahsia penderitaan yang mengubah perlakuan mangsa itu daripada lelaki normal kepada bernafsu songsang itu terbongkar selepas dia ditahan ketika sedang asyik melayan pasangannya dalam tandas sebuah pusat kraftangan terkenal di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam, 3 petang itu dia yang leka bermadu asmara dalam sebuah tandas ditahan pengawal keselamatan selepas didapati melakukan perkara sumbang itu.

Menurut, jurucakap pusat terbabit, ketika di soal siasat, lelaki yang dikatakan baru pulang dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah umrah itu hampir pengsan ketika diminta menterjemahkan maksud kalimah ‘syahadah’ dalam Bahasa Melayu.

“Kami menghubungi ahli keluarganya untuk memaklumkan kelakuan tidak bermoral lelaki itu dan kakaknya tergamam seketika dan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Apa tidaknya, dia memberitahu lelaki terbabit dikatakan baru saja pulang menunaikan umrah beberapa bulan lalu dan agak sukar untuk mempercayai perlakuannya itu,”
katanya.

Selain itu, lelaki terbabit dikatakan hampir pitam apabila diminta menterjemahkan maksud kalimah ‘Syahadah’ dalam bahasa Melayu.

“Suruh mengucap dia pandai tapi bila kami minta dia terjemah dalam bahasa Melayu dia terus terketar-ketar dan hampir pitam,” katanya.

Ketika ditanya tujuannya datang ke pusat berkenaan, lelaki itu mengaku dia mencari pasangan untuk memuaskan nafsu.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas diberi amaran keras agar tidak mengulangi perlakuan tidak bermoral itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081117094608/Article/index_html

Duit lesap kerja dijanji tak dapat


LAPOR...Syed Harun (kanan) dan rakan membuat laporan
polis ditipu syakirat tawar pekerjaan.



KUALA LUMPUR: Lima mangsa tampil membuat laporan polis mendakwa diperdaya sebuah syarikat ‘hantu’ yang kononnya menawarkan pekerjaan memasukkan data dari rumah sebelum melesapkan semua wang deposit dibayar mereka.

Difahamkan, syarikat berkenaan bertindak licik untuk mencari mangsa dengan mengiklankan peluang kerja di dada akhbar memaklumkan pihak mereka memerlukan beberapa kakitangan untuk tugas terbabit.

Sejurus mangsa datang ke syarikat itu, mereka dikehendaki mengisi borang dan surat perjanjian termasuk membayar RM200 sebagai wang deposit yang akan dipulangkan selepas menyelesaikan tugasan diberi.

Mangsa diarah pulang dan hanya perlu menunggu panggilan telefon sekiranya ada tugasan memasukkan data baru yang disediakan syarikat terbabit.

Bagaimanapun, apa yang dijanjikan ternyata palsu apabila syarikat itu ‘ghaib’ secara selepas mangsa menanti dengan penuh sabar selama beberapa bulan.

Perkara itu didedahkan seorang mangsa, Syed Harun Syed Yacob, 51, dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Menurutnya, dia mengetahui peluang pekerjaan itu melalui iklan disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 13 Ogos lalu.

“Saya yang berminat kemudian ke pejabat syarikat itu di ibu kota dan membayar RM200 sebagai deposit selepas mendengar penerangan diberi kakitangan di situ.

“Mereka (kakitangan) memaklumkan upah akan diberi bagi setiap tugasan data antaranya menyiapkan satu portal berisi 10 muka surat dan setiap satu daripadanya dibayar RM4.50.

“Sebelum diarah pulang, mereka turut berjanji akan memulangkan semua wang deposit selepas tugasan itu selesai kelak,” katanya.

Dakwanya, selepas seminggu menunggu, tugasan dijanjikan masih tidak diberi dan syarikat itu memberi pelbagai alasan antaranya data terbabit mengalami sedikit kerosakan serta perlu dihantar ke negara jiran untuk pemeriksaan.

“Selepas beberapa minggu kemudian, mereka (syarikat) gagal dihubungi dan saya serta beberapa rakan yang pergi ke pejabat syarikat itu terkejut apabila mendapati ia sudah dikosongkan,” katanya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081117094818/Article/index_html

Misteri kehilangan Kim Jong-il


Di mana keluarga Kim sehingga kini masih menjadi satu teka-teki.



ISU melibatkan tahap kesihatan Kim Jong-Il dilarang dibincangkan di khalayak ramai.

--------------------------------------------------------------------------------

TIADA lagi tanda-tanda sanjungan senjata nuklear dan kesediaan diri untuk berperang. Pada hari ini, slogan-slogan di ibu negara Korea Utara, Pyongyang, telah diubah kepada gesaan yang berbentuk lebih jinak seperti 'Marilah kita menyayangi pemimpin kita!'

Kren-kren jelas kelihatan di tapak-tapak pembinaan, sementara jalan-jalan diturap baru dan bangunan-bangunan dicat semula di ibu kota tersebut.

Lampu-lampu jalan menerangi sebuah bandar raya yang dahulunya gelap setiap kali selepas terbenamnya matahari.

Penduduk tempatan dalam keadaan penuh rahsia dan kumpulan-kumpulan hak asasi telah dimaklumkan bahawa ribuan tahanan politik kini berada di dalam penjara, kelihatan lebih santai.

Selain itu, bagi sebuah masyarakat yang dianggap termiskin di dunia, warga bandar raya itu juga kelihatan semakin bergaya.

Kemusykilan timbul apabila ada yang menyoal di manakah wang diperoleh di sebuah negara yang pernah mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi RM1,420 malah sering dalam kedudukan hampir masuk semula ke kancah kebuluran.

"Saya percaya, anda sebenarnya tahu bagaimana," kata Han, seorang wakil kerajaan yang ditugaskan untuk membawa sekumpulan pelawat Korea Selatan baru-baru ini.

Senyum lebar yang terukir pada wajahnya jelas menunjukkan bahawa beliau enggan mengulas lanjut.

Tetapi Han, yang hanya memberikan nama keluarganya, mengakui bahawa Korea Utara akan mendapat manfaat daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu untuk mengeluarkannya daripada senarai negara-negara yang menaja tindakan keganasan.

"Tindakan AS itu dilihat banyak membantu kerana kebanyakan negara luar mengadu mereka sukar mewujudkan perniagaan di Korea Utara kerana adanya sekatan tertentu," kata Han.

Korea Utara, sering kali digambarkan sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan Stalin dan dinasti feudal. Di medan antarabangsa, penguasaan kekal berada dalam sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengaitkan usahanya untuk membina sebuah senjata nuklear.

Sesetengah penganalisis berkata, negara Korea Utara itu pasti akan menerima pulangan besar daripada ledakan harga besi global yang dilombong dan dijual ke negara jiran, China.



KAWASAN pusat bandar Pyongyang yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit yang moden.

--------------------------------------------------------------------------------

Sesetengah pihak juga menspekulasi kerajaan mungkin tidak akan melepaskan kawalan yang banyak seperti yang pernah dilakukan kepada angkatan ketenteraannya.

Angkatan ketenteraan Korea Utara, dengan anggota tentera mencecah satu juta orang merupakan salah satu daripada angkatan terbesar dunia dan terkuat, sungguhpun populasi negara itu hanya kira-kira 23 juta orang.

Industri perlombongan menghasilkan lebih 10 peratus pengeluaran tahunan ekonomi Korea Utara, yang dikontrakkan sepanjang tahun 1990-an kerana sekatan dan masalah banjir yang sering berlaku.

Negara itu juga telah menerima bekalan minyak bantuan di bawah persetujuan dengan kuasa-kuasa serantau untuk menghilangkan keupayaan kemudahan nuklearnya.

Tetapi satu lagi misteri muncul iaitu ketiadaan dan tahap kesihatan pemimpinnya, Kim Jong-il. Isu itu dilarang dibincangkan di khalayak ramai.

Para pegawai kerajaan bersama delegasi antarabangsa yang melawat negara itu turut bertanggungjawab mengelakkan tetamu mereka daripada berbicara dengan masyarakat tempatan. Mereka juga tidak memberikan sebarang komen diluahkan mengenai ketiadaan Kim di kaca mata awam buat sekian lama.

Kim merupakan pemimpin dinasti komunis pertama dunia dan mendiang ayahnya, Kim Il-sung secara rasminya dilantik sebagai presiden sepanjang zaman.

Salah satu kumpulan lawatan dari Korea Selatan berkata, beliau berjaya menimbulkan subjek tersebut tetapi diberitahu bahawa khabar angin mengenai masalah kesihatan Kim, besar kemungkinan akibat serangan strok pada bulan Ogos lalu, adalah tidak berasas.

"Mereka berkata, itu semua disebabkan oleh laporan palsu media Jepun," kata Lee Byung-ha, seorang pegawai Parti Buruh Demokratik Korea Selatan.

Pada hujung minggu lalu, media Korea Utara telah menerbitkan sebuah gambar yang menunjukkan Kim kelihatan ceria dan sihat.

Meskipun demikian, pihak Korea Utara masih belum mengeluarkan sebarang video berkenaan pemimpin tersebut.

Bagi sesetengah pelawat dari Korea Utara yang mengembara ke negara jiran itu untuk membantu menyediakan sebuah projek pertanian, kenyataan di mana keluarga Kim masih lagi memimpin sehingga kini masih menjadi satu teka-teki.

Jika dahulu, Korea Selatan lebih miskin daripada Korea Utara, kini ekonomi Korea Selatan telah menjadi yang terbesar di Asia sejak ia mengamalkan sistem demokrasi sejak dua dekad lalu.

Secara teknikal, Korea Selatan masih lagi berperang dengan jiran utaranya dan mengharamkan rakyatnya daripada menghubungi rakyat Korea Utara tanpa kelulusan.

"Misteri sebenar ialah kerajaan ini masih lagi berkuasa sungguhpun ramai rakyatnya sengsara akibat kemiskinan," kata Park Hae-pan, yang telah menyumbangkan mesin perniagaannya di Korea Selatan untuk membantu projek tersebut.



DUA penduduk Korea Utara dilihat berada berhampiran kediaman mendiang pemimpin mereka, di Mankyongdae, iaitu tempat Kim Il-sung dilahirkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang lain, perbezaan antara rakyat Korea yang telah lama berpecah sukar untuk digambarkan.

"Ini sesuatu yang gila," kata seorang pelawat sambil bas yang dinaikinya merentasi kegelapan terowong tidak berlampu semasa sesi lawatan ke kawasan timur bergunung Pyonyang.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai politik, mahupun mengenai keluarga Kim. Saya tidak mempunyai impian lain kecuali untuk kekal hidup sehingga saya keluar dari tempat ini," katanya. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

GLC jadi pemborong

Oleh JUNHAIRI ALYASA
dan SAIFUL AFFENDI SAPRAN
berita@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - ''Jika pengeluar dan pemborong masih berdegil tidak mahu turunkan harga barang, kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sendiri perlu bertindak mengambil peranan mereka.''

Demikian saranan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman mengenai langkah yang paling wajar dilakukan kerajaan untuk memastikan semua harga barangan keperluan turun selaras dengan penurunan harga minyak.

Menurut beliau, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Tabung Haji boleh mengambil inisiatif untuk menjadi pemborong bagi mengimbangi harga pasaran bagi barangan tertentu.

''Berikan mereka AP (permit kelulusan), beri juga kelulusan untuk mengimport barang-barang tertentu, kerajaan boleh dan mampu ambil tindakan ini, katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, kata Maamor, kerajaan juga perlu mengenal pasti punca sebenar harga barangan yang masih lagi tidak turun.

"Kita tidak mahu orang yang tidak bersalah menjadi mangsa dan dalam situasi ini bukan peniaga sahaja yang jadi mangsa boikot, biar semua jelas, semua kena,'' ujar beliau.

Pandangan Maamor turut disokong oleh Ketua Bahagian Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Azmi Abdul Hamid yang menggesa supaya kerajaan mewujudkan semula Pernas yang pernah menjadi pemborong kepada banyak peniaga Melayu satu ketika dahulu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Obama harapan baru buat dunia?

Amin Iskandar Nov 12, 08 3:51pm

Dunia minggu lepas meraikan kemenangan senator Barack Hussein Obama dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat yang paling mendebarkan pada abad ke-21 ini.

Dari benua Amerika, Afrika, Eropah dan Asia, kemenangan presiden kulit hitam yang pertama itu diraikan.

Obama dianggap sebagai orang Amerika berketurunan Afrika oleh kerana bapanya berasal dari Kenya sedangkan ibunya berasal dari Kansas, AS.

Dengan menggunakan slogan “Yes we can” (Ya, kita boleh), senator Illinois dan Joe Biden dari Demokrat berjaya menambat hati rakyat AS dan menewaskan pencabarnya John McCain, calon Republikan dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki Rumah Putih.

Sementara itu, McCain yang bergandingan dengan gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon naib presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.

Walaupun keputusan pilihanraya di North Carolina (15 undi) dan Missouri (11) kesemuanya melibatkan sebanyak 26 undi BPP masih belum diputuskan, ia tidak akan mengubah keputusan pilihanraya dan hanya akan meningkatkan undi yang diterima oleh Obama dan McCain.

Dianggarkan seramai 130 juta rakyat AS keluar mengundi menjadikan peratusan keluar mengundi yang tertinggi dalam sejarah negara tersebut sejak 1960.

Dalam ucapannya di Grant Park, Chicago bandar kediamannya, Obama menyatakan bahawa "detik perubahan sudah tiba di Amerika" dan menyeru seluruh rakyat AS supaya bersatu menyahut pelbagai cabaran mendesak.

Obama turut berterima kasih kepada semua golongan yang menyokongnya dan yang tidak menyokongnya dan berjanji untuk menjadi presiden bagi semua rakyat AS di hadapan 200,000 orang yang berhimpun.

Reaksi dunia

Kemenangan Obama mendapat pelbagai reaksi positif dari pemimpin dunia.

Perdana menteri United Kingdom, Gordon Brown menyatakan bahawa pilihanraya presiden di Amerika Syarikat kali ini merupakan satu sejarah. Brown turut mendakwa bahawa dia dan Obama “berkongsi banyak nilai”.

Sementara itu, presiden China, Hu Jintao berkata dia mengharapkan kemenangan Obama akan memperkuatkan dialog diantara China-Amerika Syarikat.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata keputusan pilihanraya tersebut memberikan harapan besar kepada dunia.

Kenya, tempat asal bapa Obama turut meraikan kemenangan presiden baru AS itu. Mwai Kibaki, presiden Kenya mengisytiharkan cuti umum sebagai tanda kegembiraan rakyat negara tersebut terhadap kemenangan Obama.

Di Indonesia, bekas rakan sekelas dan bekas guru Obama turut meraikan kemenangannya. Menurut Dewi Asmara, salah seorang daripada rakan sekelas Obama, “saya masih teringat dalam satu kelas, setiap pelajar menuliskan tentang cita-cita mereka. Ada yang menyatakan mereka mahu menjadi peguam, tentera dan juruterbang akan tetapi Obama mahu menjadi presiden”.

Di Obama, Jepun - sebuah bandar nelayan - turut merayakan kemenangan presiden kulit hitam pertama itu kerana namanya berkongsi dengan senator Illinois.

Inilah pertama kali kemenangan calon presiden AS disambut hebat oleh dunia. Dari benua Amerika, Eropah, Afrika dan Asia majoritinya meraikan kemenangan Obama.

Ini adalah isyarat yang jelas daripada rakyat dunia yang sudah muak dengan kerajaan AS bawah pimpinan George W Bush dan dasar-dasar neokonservatif yang telah menyebabkan dunia menjadi kucar-kacir akibat penaklukan terhadap Afghanistan dan Iraq.

Mampukah Obama merubah dunia?

Menurut teman-teman diskusi saya, kemenangan Barack Obama sebagai presiden AS tidak akan memberikan apa-apa makna selagi dasar luar AS tidak berubah.

Menurut mereka, kemenangan Obama ibarat menukar minuman “Coca-Cola” kepada “Pepsi Cola” - kerana kedua-dua Demokrat dan Republikan adalah penganut fahaman kapitalisme.

Cuma Obama dan Demokrat mungkin dilihat sebagai kapitalisme yang lebih baik berbanding dengan kapitalisme yang dibawa oleh Republikan.

Amnesty International (AI) sebuah organisasi prohak asasi manusia telah menuntut agar presiden AS yang baru menutup kem tahanan suspek pengganas Guantanamo di Cuba yang kini memenjarakan 255 orang yang disyaki terlibat dengan Al-Qaeda, 100 hari setelah menjadi presiden.

Menurut setiausaha agungnya, Irene Khan, AI mengharapkan agar sesiapa sahaja yang menjadi presiden baru AS agar menjadikan negara tersebut sebagai jaguh hak asasi manusia di dalam dan luar negara.

Selain itu, harapan besar masyarakat dunia ialah dengan kemenangan Obama, penaklukan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan dan Iraq dapat ditamatkan dengan segera.

Dengan harapan yang tinggi dan menggunung daripada rakyat AS dan warga dunia terhadap Obama, mampukah senator Illinois itu melakukannya?

Obama dan Badawi

Harapan yang diberikan oleh rakyat AS dan warga dunia terhadap Barack Obama mirip harapan rakyat Malaysia ketika memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihanraya umum 2004.

Abdullah pada ketika itu berjanji akan melaksanakan reformasi terhadap sistem kehakiman, pentadbiran negara dan ingin memerangi rasuah.

Akan tetapi sepanjang pemerintahannya hingga ke 2008 menyaksikan kegagalan Abdullah untuk melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat Malaysia.

Akibatnya Abdullah dihukum oleh rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya selepas 1969, Barisan Nasional hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen.

Jika Obama gagal melaksanakan janji-janjinya, beliau akan menerima nasib sama seperti Abdullah pada masa akan datang.

Cabaran yang dihadapi oleh Obama pada masa akan datang amat besar dan beban yang bakal dipikulnya selepas menjadi presiden AS yang sah pada pertengahan Januari 2009 amat berat.

Ketika ini, AS sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang turut memberikan kesan kepada ekonomi dunia. Krisis yang dihadapi kini dikatakan bakal menyamai Great Depression pada tahun 1930-an dahulu.

Obama memberikan harapan kepada warga dunia untuk perubahan. Tidak salah untuk mempunyai harapan. Kerana harapan, manusia terus hidup.

Seperti yang dikatakan oleh Christopher Reeve, pelakon filem Superman, “sekali anda memilih berharap, segalanya mungkin”. (Once you choose hope, anything's possible).

http://www1.malaysiakini.com/columns/92940

Obama - merayakan meritokrasi


Hishamuddin Rais Nov 12, 08 3:01pm

Hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation amat meluas. Hegemoni budaya yang selama 50 tahun ini telah meresapi ke dalam semua jalur falsafah dan cara pemikiran warga Malaysia.

Hegemoni ini telah memaksa kita semua melihat diri kita bukan sebagai warga Malaysia – anak semua bangsa - tetapi melihat kewujudan kita sebagai orang berbangsa Melayu, Cina atau India atau bangsa-bangsa lain.

Dalam identiti diri yang luas ini, kita telah gagal untuk melihat diri kita sebagai warga negara bangsa dalam satu kesatuan. Jauh sekali untuk melihat diri kita sebagai warga dunia.

Tekanan hegemoni ini telah memaksa semua warga berfikir dengan menggunakan pendekatan, kayu ukur dan kaedah gerombolan United Malays National Organisation berfikir. Hegemoni ini memaksa kita melupakan meritokrasi.

Meritokrasi boleh kita hayati dengan memahami bahawa:

1 – berasas keupayaan individu, bukan kerana kelas, derajat, seksualiti atau kekayaan
2 - individu dianugerah kerana keupayaan dan ketrampilannya untuk mencapai anugerah itu
3 – memajukan individu berdasarkan ketrampilan individu

Konsep meritokrasi ini tidak memasukkan bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Konsep ini mengajukan keupayaan individu. Konsep meritokrasi ini mengajukan ketrampilan fikrah individu tanpa mengira bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender.

Jika individu itu memiliki berkeupayaan terunggul, maka individu itulah yang akan dipilih. Jika susuk itu bijak berilmu, maka susuk itulah yang diangkat untuk dinobatkan sebagai profesor – bukan kerana dia Melayu atau kerana dia ketua cawangan atau kerana dia saudara kepada menteri pelajaran.

Meritokrasi ini agak senang dihayati kerana ia sedang diamalkan dengan terbaik dalam arena sukan.

Jika seorang Mamat pelari 100 meter itu deras berlari, maka dia akan menjadi jaguh. Tidak ada huh tidak ada hah di sini. Jika Minah Cun itu cekap berenang, maka Minah Cun ini akan mendapat pingat emas di Sukan Olimpik. Yang terbaik adalah asas meritokrasi.

Terbukti jelas dalam arena sukan, meritokrasi telah diamalkan. Justeru sukan dilihat sebagai satu aktiviti yang adil, telus dan jujur. Terlalu susah untuk rasuah masuk dalam budaya sukan yang mementingkan merit individu.

Jika ada percubaan untuk mengangkat seorang pelari 100 meter kelas kedua untuk ke kelas pertama kerana dia saudara menteri sukan atau kerana ayahnya dulu jaguh negara, lambat-laun akan terlihat juga oleh orang ramai.

Ahli sukan kelas kedua ini akan tetap di kelas kedua apabila diduga. Yang bukan jaguh tetap bukan jaguh.

Justeru, konsep meritokrasi ini amat berguna untuk sesebuah tamadun mara maju ke hadapan. Apa yang menghalang meritokrasi dirayakan dan dinobatkan dalam sesebuah masyarakat ialah nilai feudal. Nilai feudal akan menghalang meritokrasi dari berkembang.

Dalam negara kita, budaya feudal ini yang masih menebal terutama dalam masyarakat Melayu. Budaya ini telah digunakan sebaik mungkin oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk dijadikan sebahagian dari proses politik mengaut penyokong.

Nilai budaya fuedal gagasan gerombolan United Malays National Organisation ini gagal melihat kejaguhan dan keupayaan individu tetapi melihat susuk berbangsa apa, kelas apa, adakah dia memiliki derajat atau harta kekayaan.

Di sinilah lemahnya nilai budaya feudal. Kalau buah fikiran itu kurang baik tetapi ia wajib diterima pakai kerana tuan empunya pandangan itu seorang yang berderajat tinggi, berharta atau berpangkat atau kerana bangsanya.

Akhirnya kita sebagai warga dipaksa melakukan sesuatu yang bodoh kerana idea bodoh ini datangnya dari seorang yang berderajat tinggi.

Jika budaya feudal jadi amalan pasti tamadun itu tidak akan berkembang.

Gerombolan United Malays National Organisation telah mengamalkan konsep Ketuanan Melayu. Konsep dan falsafah Ketuanan Melayu ini melanggar dan menghancurkan nilai meritokrasi.

Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu, Universiti Malaya antara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia.

Hari ini ia telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu.

Susuk-susuk yang berilmu tidak dapat mencari ruang untuk mengembang potensi keilmuan jika susuk-susuk ini bukan orang Melayu. Atau jika pakar keilmuan ini tidak menelan Ketuanan Melayu.

Masa demi masa budaya keilmuan semakin merosot maka akhirnya orang bodoh akan menjadi guru untuk mengajar orang yang lebih bodoh. Orang yang lebih bodoh ini akan juga menjadi tenaga pengajar untuk orang yang lagi banyak bodoh. Ini terjadi di semua gedung keilmuan dalam negara ini.

Hasilnya universiti dan gedung keilmuan kita hanya sanggup mengeluar graduan-graduan yang bodoh-bodoh dan tidak memiliki pemikiran kritikal tetapi mereka Melayu.

Inilah satu contoh teragung betapa bodohnya konsep Ketuanan Melayu yang menjadi paksi budaya gerombolan United Malays National Organisation.

Sayugia disedari gerombolan United Malays National Organisation telah berkuasa 50 tahun lebih, maka hegemoni budaya feudal yang antimeritokrasi telah menyerap dalam mempengaruhi semua jalur pemikiran warga.

Akhir-akhir ini kita telah melihat bagaimana hegemoni budaya ini tanpa disedari telah juga digunakan dalam hujah yang diguna pakai oleh ahli-ahli dan simpatisan Pakatan Rakyat. Contoh terbaik apabila kedengaran tuntutan agar diwujudkan timbalan perdana menteri kedua yang bukan Melayu.

Persoalan timbul - apakah jika yang bukan Melayu ini akan menjamin seorang yang itu hebat pimpinannya, hebat jiwa juangnya, berhati rakyat atau hebat pemikiranya? Susuk bukan Melayu tidak menjamin apa-apa.

Hujah ini tidak ada bezanya dengan tuntutan agar perdana menteri itu mesti seorang Islam. Menjadi Islam sahaja tidak akan menjamin ketrampilan fikrah seseorang itu. Menjadi Islam sahaja tidak menjamin kualiti kepemimpinan.

Terbukti dengan jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa yang Islam juga amat bijak berasuah. Yang Islam juga cukup hebat dan bijak melakukan kezaliman dan keganasan. Kezaliman bukan sahaja kepada yang tidak seagama, malah yang seagama pun dilibas sama.

Apakah kita lupa bahawa ahli-ahli dan pucuk pimpinan gerombolan United Malays National Organisation semuanya penganut Islam. Ramai antara gerombolan ini telah berpuluh kali berumrah, berbelas kali naik haji. Tetapi lihat hasilnya - tarak.

Kita wajib menobatkan mereka yang berilmu. Kita wajib menobatkan mereka yang jaguh. Dalam semua bidang, yang bijak fikrahnya wajib di hadapan. Anak semua bangsa kita wajib merayakan meritokrasi.

http://www1.malaysiakini.com/opinions/92935

Membongkar sejarah 'Revolusi 48'

Amin Iskandar Oct 30, 08 6:48pm


Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19:

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

Begitulah pentingnya sejarah dari kaca mata presiden pertama Indonesia sehinggakan dia mengatakan jika sejarah ditinggalkan ertinya sama seperti kehancuran sesuatu bangsa.

Akan tetapi sejarah seringkali dimanipulasi dan dibolot oleh orang-orang yang memegang kekuasaan – seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat.

Akan tetapi, kerja-kerja menyembunyikan sejarah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebenaran pasti akan terbongkar jua. Apa lagi di zaman internet apabila manipulasi sejarah dan maklumat dapat dipecahkan dengan pelbagai pendapat dan fakta daripada pelbagai sumber.

Sebelum Revolusi 48

Selepas berjaya dengan dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajuk Revolusi 48.

Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British.

Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan.

Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan “Hidup Melayu”, mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan “merdeka”.

Pak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata.

Peranan Lai Teck

Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya.

Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah.

Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.

Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM.

Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun.

Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.

Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal!

Gerakan bersenjata

Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British.
Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan.

Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda.

British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya.

Jika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus.

Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka. Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula.

Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British.

Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM.

Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989.

Contohi Megawati

Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar.

Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah.

Baru-baru ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia.

Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia melayan tokoh bangsa.

Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri.

Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu.

Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto.

Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh.

Jasa yang besar harus diberi penghargaan dan penghormatan.

http://www1.malaysiakini.com/columns/92183

Dasar Bumi Hijau benteng krisis ekonomi

Hishamuddin Rais Oct 17, 08 4:19pm

Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita dibawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 cukup cerah.

Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain, Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion pound untuk tujuan yang sama.

Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah dimiliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh.

Dari mana asal-usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini?

Semua ini berpunca daripada asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengetepikan peranan daulah dan membuka pasaran bebas.

Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengetepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila presiden Nixon memansuhkan Perjanjian Bretton Woods.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika Syarikat sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengoyak-rabakkan ekonomi negara itu.

Berbilion-bilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.

Yang menjadi ganti Perjanjian Bretton Woods ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya di Asia, Afrika dan Amerika Latin telah dipaksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika.

Justeru semua jual beli di antara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petroleum wajib menggunakan dolar Amerika.

Hasil awal daripada tindakan dasar ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 1970-an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.

Rupa-rupanya langkah Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian, semuanya berulang kembali.

Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq-Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.

Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik' telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka rasminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar.

Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan di antara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan pakar ekonomi Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru, peperangan di Iraq dan Afghanistan sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.

Dalam masa yang sama, dasar neoliberal juga telah memberi ancaman. Banyak peraturan jual-beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah dilupuskan atas paksaan perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atau atas nasihat Bank Dunia.

WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang diwujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa gangguan. Dua lembaga ini menganjurkan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.

Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan daripada serangan dasar penswastaan yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.

Selain perbelanjaan perang dan dasar neoliberal ini, ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis itu sendiri. Di zaman meleset pada 1929, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.

Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – kedua-duanya datang sekali gus. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh-bangun setiap sepuluh tahun – 1974, 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini berbeza.

Kali ini bukan hanya pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi - ia lebih daripada itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan, malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.

Dalam suasana nilainya jatuh, Rezab Persekutuan – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Bank pusat Amerika Syarikat itu terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan eksport utama negara itu. Hasilnya, ada lambakan dolar di pasaran dunia.

Apabila dolar melambak, maka nilainya semakin merosot - samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada 1941-1945.

Untuk memastikan dolar terus diterima pakai, kuasa imperial menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual-beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus diingat, salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana presiden Iraq itu telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak.

Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai mata wang itu.

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh dengan menanam padi, hasilnya beras.

Perniagaan bentuk baru - tidak membuat apa-apa barangan - ia hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang daripada beratus-ratus peniaga bentuk ini.

Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai perjudian. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ia tidak menghasilkan apa-apa barangan. Jenis perniagaan ini muncul hasil dasar neoliberalisma. Peniaga jenis ini akan berbondong-bondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.

Kita tidak nampak mereka kerana semuanya bersarang di Wall Street, New York dan London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’, maka harta dan titik peluh kita mengalir ke kantung mereka.

Gejala inilah yang berlaku sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997.

Dalam masa kurang lebih enam bulan, krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila keadaan ini berlaku, maka banyak kilang akan ditutup. Ramai yang akan hilang pekerjaan.

Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.

Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat.

Bumi Hijau bermakna kita menganjurkan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai, kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.

Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan cip komputer kerana ia bukan potato chips.

Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh, pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai daripada dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidak lama lagi.

http://www1.malaysiakini.com/columns/91466

S'gor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional


Jimadie Shah Othman Nov 17, 08 2:20pm

Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.

Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.

Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.

Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.

Elaun Kafa dinaikkan

Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.

Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.

"Kadang-kadang sama," kata Khalid.

Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.

Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.

Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.

http://www1.malaysiakini.com/news/93219

Harga petrol, diesel turun lagi

Nov 17, 08 6:15pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.


Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.

http://www1.malaysiakini.com/news/93249

Artis antara ahli 'Ajaran MLM'

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Kumpulan 'Ajaran MLM' yang didedahkan Kosmo! semalam rupa-rupanya bukan hanya menarik minat segelintir tokoh politik serta ahli korporat, malah turut dikaitkan dengan penglibatan golongan artis.

Antara yang didakwa menjadi pengikut ajaran itu ialah beberapa penyanyi tanah air yang masih aktif.

Seorang pengikut ajaran itu yang hanya dikenali sebagai Zizah mendedahkan, populariti yang dimiliki oleh selebriti berkenaan dikatakan menjadi bonus besar kepada ajaran berkenaan kerana ia dijadikan 'modal' untuk menarik penyertaan 'ahli baru' dengan lebih cepat dan mudah.

"Atas faktor itulah, daripada sifat was-was saya untuk tak nak jadi pengikut kumpulan itu masa awal-awal dulu, tiba-tiba boleh berubah dan bertambah yakin pula," katanya.

Mengikut ajaran ini, pengikutnya yang berjaya mencari lebih ramai ahli boleh menggantikan bilangan solat yang perlu dibuat. Selain itu, mata ahli akan ditutup untuk ke kelas agama 'pentilawah' (ketua pengajar).

Dakwa Zizah, aktiviti 'dakwah' selebriti berkenaan bukanlah dengan cara penampilan mereka secara terbuka dengan ahli, tetapi ia turut 'diterjemahkan' melalui elemen lagu dan lakonan.

"Ada beberapa lagu yang dicipta mempunyai senikata yang jelas menjurus kepada ciri-ciri ajaran mereka dan impian ajaran itu untuk membina sebuah negara Islam yang baru di negara jiran.

"Ketaksuban membangunkan 'negara jelmaan' itu pun turut pernah dilakonkan dalam sebuah tayangan beberapa tahun lalu,"
dakwanya sambil menyatakan beliau diminta menutup matanya oleh 'pendampingnya' setiap kali mahu ke kelas tilawah yang lokasinya dirahsiakan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Ribuan gamat laut naik ke pantai


SEKUMPULAN kanak-kanak mengutip timun laut yang terdampar di pantai Tanjung Gelam, Batu Rakit, Terengganu semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU - "Tak tahu nak buat apa sebab dah banyak sangat."

Begitulah menurut seorang penduduk di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, di sini, Shahidan Nordin, 57, mengenai penemuan ribuan ekor gamat laut yang terdampar di sekitar pantai di situ.

Menurutnya, gamat tersebut mula kelihatan di sepanjang pantai kampung itu sejak Jumaat lalu dan ia terus naik ke pantai sehingga semalam.

Ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kerana pada tahun 2006 orang ramai di digemparkan dengan penemuan ribuan ekor gamat di Pantai Batu Burok dan Tok Jembal, di sini.

Menurut Shahidan, pada tahun lalu kejadian serupa turut berlaku tetapi jumlah gamat yang terdampar di situ tidak banyak seperti tahun ini.

"Tahun lepas gamat yang naik tak tahan lama, sebab sekejap saja dah cepat 'cair' dan rosak," katanya kepada Kosmo! di sini semalam

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Party feud grips Malaysian politics

Agence France-Presse - 11/16/2008 3:44 AM GMT

A new generation of leaders in Malaysia is fighting for control of the ruling party -- in disarray since heavy election losses -- with the premier's son-in-law battling his predecessor's son.

The successors of current leader Abdullah Ahmad Badawi and former premier Mahathir Mohamad are shaping up to continue hostilities that have raged between the two veterans for the past few years.

After disastrous election results in March, Abdullah has been forced to stand down early next year, unleashing an unprecedented contest for top posts in the United Malays National Organisation (UMNO).

Drawing intense interest is the tussle for the influential role of youth wing chief -- a nurturing ground for future leaders.

Abdullah's son-in-law is pitted against Mahathir's son, in a fight that could determine which of the rival clans will control Malaysia's future.

The two patriarchs have had a very public falling-out since the 2003 leadership handover, and Mahathir's constant sniping is one of the major factors behind Abdullah's impending departure.

"It is obvious that the person who wins will determine whether the party's future will be more aligned to Abdullah or Mahathir, as they have each got their favourite proxy in the race," said Tricia Yeoh from the Centre for Public Policy Studies.

Mukhriz Mahathir, a sophisticated 44-year-old businessman, is the front-runner for the youth chief job.

His father will forever be remembered as the man whose two-decade rule brought prosperity to Malaysia, transforming a tropical backwater into one of Southeast Asia's most prosperous nations.

But Mukhriz says he is his own man and is looking to reform the youth movement, which along with the ruling party has lost much support and credibility over the years.

"One of the reasons we were rejected in the last general elections and recent by-elections was the perception that we misuse, worse still abuse, our positions in government for political purposes," he told AFP.

"So I want an arm's-length relationship between the party and the government."

The UMNO-led coalition, which has run Malaysia since independence in 1957, suffered its worst-ever setback in March elections, losing five states and a third of parliamentary seats -- effectively ending Abdullah's career.

Abdullah had been criticised as weak and ineffective, but many Malaysians believe a major factor in his downfall was the antics of his 32-year-old son-in-law Khairy Jamaluddin.

The Oxford-educated Khairy was an aide to Abdullah before marrying the boss's daughter in 2001, sending him on a meteoric rise that landed him the deputy youth chief position in 2004.

Eloquent and expensively dressed, Khairy cuts an impressive figure but his naked ambition and alleged influence with his father-in-law have seen him vilified on political websites and in water-cooler gossip.

Mahathir has accused Abdullah of pandering to the demands of Khairy, whom he said was influencing government policy, contracts and appointments -- charges he denies.

"I've gotten used to it. As far as I'm concerned, nobody has substantiated any of this innuendo with any facts or evidence, I have consistently denied it but people persist on perpetuating this perception," Khairy told AFP.

Khairy, who also has big reform plans for UMNO youth, says his reputation has been unfairly smeared.

"I'm not merely up against Mukhriz. There looms behind him someone, something, much larger. That is exactly what I'm up against," he said.

"Mahathir has... openly campaigned for Mukhriz, has repeatedly criticised and denigrated me and who am I when compared to Mahathir? He is a statesman and a PM of 22 years and I'm just starting off in politics."

With Abdullah almost out of the picture, Khairy's star may be fading but analysts say that in the arcane business of UMNO internal politics, Mukhriz cannot yet count on victory.

"But whatever the outcome, it will finally determine whether Mahathir or Abdullah has the last say," said Yeoh.

http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1788173

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR

Tony Thien Nov 15, 08 10:25pm



Kira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

Borang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.


Adit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.

http://www1.malaysiakini.com/news/93164

Rusdi ajar Sharon hidup berlandaskan al-Quran


Ahad November 16, 2008

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ



PERKAHWINAN pelakon Rusdi Ramli, 38 dan komposer Sharon Paul Abdullah, 31 pada malam tadi serba sederhana bukan sahaja dari segi majlis nikahnya.


Malah Rusdi juga hanya memberikan mas kahwin sebanyak RM800 dan hantaran berupa sirih junjung, cincin dan al-Quran kepada Sharon.


Rusdi dan Sharon kini sah bergelar suami isteri. -foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH

Tepat pukul 9.20 malam, dengan sekali lafaz, Rusdi sah bergelar suami Sharon dengan dinikahkan oleh pendaftar kanan nikah, cerai dan rujuk dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhd. Sujak Hj. Muhd. Dasuki sambil disaksikan bapa Rusdi, Ramli Ismail, 67 di The Gallery Creative Elements, Seksyen 2, Shah Alam.


Menurut Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 ini, ada alasan mengapa dia memberikan al-Quran sebagai ganti wang hantaran kerana dia sebolehnya mahukan hidupnya dan Sharon pada masa akan datang lebih berlandaskan al-Quran.


"Kalau saya beri harta, dia akan pandang harta. Tetapi bukan bermakna saya tak bagi apa-apa nanti. Benda-benda lain tu bila-bila masa saya boleh beri dan memang saya akan bagi kemudian.


Rusdi kelihatan tenang ketika upacara akad nikah sambil diperhatikan bapanya (kiri).

"Sebagai permulaan dia bergelar isteri saya, lebih baik saya beri al-Quran lagipun ia lebih mengikut sunnah," jelas Rusdi yang akhirnya menamatkan zaman solonya selepas 15 tahun menduda.


Rusdi mengakui Sharon yang merupakan seorang mualaf itu tidak memahami tentang adat Melayu namun tidak bermakna dia hendak memperlekehkan bakal isterinya itu.


"Berbalas-balas hantaran itu hanya adat Melayu sahaja dan saya lebih selesa jika kita melakukan majlis pernikahan ini mengikut cara Islam sahaja iaitu melakukan akad nikah dan memberi mas kahwin.


"Saya rasa memberi al-Quran lebih besar harganya berbanding yang lain. Hari ini hanya hari kami berdua dan tiada perkara lain yang lebih manis dalam hidup kami selain melangsungkan pernikahan dengan tenang dan sederhana,"
tambah Rusdi lagi.


Jelas tampak riak gementar di wajah Sharon sebelum majlis akad nikah dimulakan.

Kata Rusdi, pemberian al-Quran itu merupakan niat yang lahir dari hati mereka berdua dan semuanya turut dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak.


Dalam pada itu, Sharon turut menyatakan perkara yang sama di mana dia tidak kisah dengan pemberian Rusdi asalkan ia memenuhi syarat pernikahan mereka.


Senyuman Rusdi pikat hati Sharon


Seperti yang sedia maklum, cinta Rusdi dan Sharon berputik selepas mereka dipertemukan dalam majlis pratonton filem 1957: Hati Malaya pada tahun lalu.


Jelas Sharon, senyuman Rusdi membuatkan dia terpikat dengan anak aktres Norliah Ghani, 58 ini.


Pasangan sama cantik sama padan ini memilih tema 'Garden Wedding'.

"Semasa majlis pratonton filem itu, saya tak perasan pun tentang senyuman Rusdi. Tetapi saya mula mengagumi bakatnya dalam bidang lakonan.


"Sebelum ini memang saya jarang menonton filem Melayu tetapi selepas menonton lakonannya, saya 'impress' dengan dia.


"Lama-kelamaan sejak saya menghadiri majlis tersebut, saya selalu teringatkan senyumannya,"
cerita komposer lagu Hati nyanyian Datuk Siti Nurhaliza ini dengan jujur.


Tambah Sharon, sejak dari hari itu, mereka selalu bertukar-tukar cerita tentang karier masing-masing.


"Dia bercerita tentang kerjaya lakonannya manakala saya pula berkongsi tentang karier mencipta lagu. Rusdi ada berkata yang dia pernah bercita-cita nak jadi komposer semasa kecil dulu.


"Kami berminat untuk mengetahui kerjaya antara satu sama lain,"
kata wanita berketurunan Serani ini.


Mempelai bergambar bersama keluarga. Dari kiri, ibu Sharon, Lucia Paul, ibu Rusdi, Norliah Ghani, anak lelaki Rusdi, Efiezal Ridza dan bapa Rusdi, Ramli Ismail.

Ujar Sharon yang mempunyai darah Portugis ini, kini sudah dua tahun dia memeluk agama Islam.


Jadi, tidak terlintas di fikiran Sharon untuk memeluk Islam kerana sebab lain.


"Bagaimanapun, saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang agama. Yang penting, saya dan Rusdi mempercayai Allah dan mengamalkan ajaran Islam," jelas Sharon yang turut tidak kisah tentang status duda yang dipegang oleh Rusdi.


Sharon memandang perkahwinan ini sebagai jodoh mereka lantaran keperibadian dan hati Rusdi menguatkan dirinya untuk memilih lelaki itu sebagai suaminya.


Garden Wedding' kabulkan impian Sharon, Rusdi


Setiap orang pasti mempunyai tema perkahwinan idamannya begitu juga dengan Sharon yang memilih tema 'Garden Wedding' dalam majlis mereka ini.


Bukan dia sahaja yang seronok, malah tema tersebut turut melaksanakan impian perkahwinan Rusdi yang berkahwin buat kali kedua.


Dalam majlis tersebut, Sharon mengenakan baju kurung moden putih rekaan Calvin Thoo dan berselendang putih sementara Rusdi pula mengenakan baju Melayu rekaan Semenda Rasa warna yang sama.


Selepas sah bergelar isteri Rusdi, dengan itu Sharon berkata bermulalah 'chapter' baru dalam hidupnya.


Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza antara tetamu yang hadir.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Saya sudah mempunyai pasangan yang boleh berkongsi susah senang saya dalam menjalani hidup ini dan menyokong kerjaya saya," beritahu pensyarah Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM) ini.


Mengenai perancangan mereka selepas ini, Rusdi berkata dia dan Sharon akan mengamalkan kehidupan biasa seperti orang lain tanpa 'extra ordinary'.


Mengenai bulan madu, pasangan yang menginginkan dua cahaya mata ini belum memilih destinasinya.


Sebagai persediaan awal, mereka berdua telah menubuhkan syarikat Film Werks Sdn. Bhd. di Taman Tun Dr. Ismail yang menjalankan bisnes berkaitan filem dan muzik.


Menurut Sharon, syarikat yang ditubuhkan pada Mei lalu itu akan mula beroperasi pada tahun depan di mana mereka akan mencari bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan.


Majlis perkahwinan Rusdi dan Sharon itu dihadiri oleh 300 orang tetamu termasuk ibu Rusdi, ibu Sharon, Lucia Paul, 56, anak lelaki Rusdi, Efiezal Ridza, 18, ahli keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan selebriti tempatan.


Antara selebriti tersebut adalah Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Aziz Sattar, Farhan AF4, Hans Isaac, Afdlin Shauki, Shuhaimi Baba, Kavita Kaur, Maya Karin, Nash Lefthanded, Ramli MS dan Adibah Noor.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/16/mstar_berita/20081116232202&sec=mstar_berita

'Politik wang nampaknya lebih teruk, bahaya' - Tengku Rithaudeen



Ahad November 16, 2008

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB



GEJALA politik wang dalam Umno kini disifatkan semakin serius dengan banyak pihak melahirkan keprihatinan dan keperluan untuk mengatasinya dengan segera. Sehingga hari ini, Lembaga Disiplin Umno sudah menerima 900 aduan dengan sebahagiannya berkaitan dengan politik wang.


Jumaat lalu, mStar Online menemu bual Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen (gambar) berhubung usaha pihaknya menangani isu tersebut menjelang pemilihan Umno.

Bagaimana Tan Sri melihat gejala politik wang yang semakin menular dalam Umno? zz


TENGKU RITHAUDEEN Saya mula bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Displin sejak tahun 2001 dan saya bersama 18 ahli yang lain bertugas dalam pemilihan Umno sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan tahun ini. Setiap kali ada pemilihan, gejala ini semakin buruk. Pada tahun 2004 dulu, kira-kira 400 aduan kita terima tetapi bukan seratus peratus berkaitan politik wang. Ada juga mengenai mesyuarat cawangan dan bahagian. Begitu juga sekarang ini lebih kurang 900 aduan yang diterima dan daripada 900 itu, bukan seratus peratus di bawah Tata Etika Umno. Boleh dikatakan 40 hingga 45 peratus sahaja.


Sekarang ini, apabila kita dapat satu aduan, kita terus turun ke bawah untuk berbincang dan menyiasat keadaan. Jikalau ada kes, baru kita buat perbicaraan. Masalahnya, bagi kebanyakan aduan, mereka (pengadu) beritahu cerita sahaja contohnya, hari-hari yang berkenaan ada jamuan yang dibuat oleh orang-orang ini dan 50 orang yang lain. Selepas makan, mereka diberi RM100 seorang tapi tidak pula memberitahu siapa orang itu.


Ini tak boleh. Kita nak tahu siapa dia dan kalau boleh kita akan jejak orang yang berkenaan. Kita nak dapatkan bukti ia sebenarnya berlaku supaya kita boleh hukum orang berkenaan. Ini tidak, kita kena cari satu persatu. Kadangakala apa yang berlaku sekarang ini, ahli-ahli sendiri sebagai pengundi yang minta duit... jadi mungkin kita kena pinda sedikit undang-undang supaya orang yang minta duit pun salah juga. Ini satu perkara yang kita perlu beri pertimbangan.


Jika dibandingkan dengan pemilihan lalu, adakah kali ini lebih teruk?


TENGKU RITHAUDEEN Nampaknya lebih teruk dan saya rasa ini merbahaya. Salah satu sebab orang tidak suka Umno adalah disebabkan politik ini, banyak wang yang dimainkan. Ia begitu teruk sejak kebelakangan ini. Masa saya masuk parti dulu, tidak lah begini.


Jika pemimpin terdiri daripada orang-orang seperti ini, beliau tidak layak memimpin parti dan negara. Kita tidak mahu orang yang ada duit sahaja tapi tiada kebolehan untuk membawa parti maju.


Mungkinkah ia berlaku kerana ketamakan kuasa?


TENGKU RITHAUDEEN Itulah nampaknya. Mereka mahu berkuasa lagi. Di dalam parti jikalau dia ada bersama-sama dengan menteri dan orang-orang atasan, dia mahu supaya diberikan kontrak. Ini masalahnya.




LEBIH TERUK


Adakah politik wang ini dijangka akan lebih teruk menjelang pemilihan pusat Mac depan?


TENGKU RITHAUDEEN Nampaknya begitulah keadaannya. Saya tak nak kata sangat dengan begitu yakin kerana mungkin tidak berlaku tetapi boleh jadi (akan berlaku) kerana pemilihan ini akan berakhir pada bulan Mac. Pada mereka, makin lama makin bagus, banyak lagi duit orang akan dapat. Saya tidak suka tengok keadaan seperti ini.


Nampaknya amaran yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Umno seperti tidak diendahkan? Mungkinkah ada mentaliti "kamu buat juga, apa salahnya saya buat"?


TENGKU RITHAUDEEN Kemungkinan begitu tapi bukan semua pemimpin begitu tapi ada sesetengah yang memberi wang untuk memegang jawatan tinggi. Masalah ini bertambah apabila ahli yang mengundi itu juga meminta wang. Bila ada calon yang mahu bertanding, ada yang kata 'takkan tidak ada duit-duit kopi sikit' Ini masalahnya. Duit kopi bukan 10 sen atau 20 sen, dia nak beratus.


Setakat ini berapa banyak aduan yang telah disiasat dan telah diselesaikan?


TENGKU RITHAUDEEN Banyak juga yang telah kita siasat. Dan, ada juga yang dibicarakan. Mungkin pada beberapa minggu yang akan datang, kita akan menambah ahli untuk mendengar kes. Selain itu, sebanyak 10 peratus kes telah diselesaikan. Kerjasama kita dengan BPR (Badan Pencegah Rasuah) juga dapat mengurangkan kerja kita. Dengan BPR, mungkin peluang untuk membuktikan sesuatu kes itu lebih tinggi.


Bagaimana dengan cadangan sesetegah pihak supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin di setiap negeri bagi memantau gejala ini?


TENGKU RITHAUDEEN Kita telah melantik pemantau di setiap negeri untuk memberi laporan dan membantu kita menyiasat. Malangnya kalau nak cari orang yang betul-betul boleh bertindak sebagai hakim, dia mesti betul-betul natural justice.




KRITERIA SIASATAN


Bagaimana kriteria sesebuah kes itu disiasat?


TENGKU RITHAUDEEN Bila kita dapat satu-satu kes dan kita rasa ia mesti didengar, kita akan hantar dua orang untuk menyiasat. Kadang-kadang dalam satu hari mereka berada di sana, mereka akan menyiasat sehingga lima kes. Lepas disiasat, baru kita tahu yang satu-satu kes itu cukup bukti dan saksi. Jika ada, dalam masa seminggu kita akan panggil. Mana yang dirasakan penting, kita utamakan dulu.


Bagaimana pendapat Tan Sri tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau percaya, wujud politik wang bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno?


TENGKU RITHAUDEEN Kemungkinan... ada orang cakap begitu tapi kita tiada bukti nak siasat. Buat masa sekarang ni, ada orang bercakap sahaja. Kita nakkan bukti, barulah kita boleh terus memanjangkan siasatan kita mendakwa orang berkenaan.


Bolehkah semua aduan politik wang yang diterima ini diselesaikan sebelum pemilihan Mac ini?


TENGKU RITHAUDEEN Kita cuba ikhtiar seberapa yang boleh untuk menghabiskan aduan-aduan sebelum Mac ini tapi kita kena kerja kuat.


Pandangan Tan Sri tentang pendapat sesetengah pemimpin Umno yang meminta Umno menggariskan definisi rasuah politik dengan jelas dan tepat bagi mengelak salah faham di kalangan semua pihak?


TENGKU RITHAUDEEN Kita ada nyatkan dalam illustrasi yang mengatakan sesuatu itu salah dalam etika. Kebanyakan mereka tahu kesalahan-kesalahan itu tapi ada yang masih buat. Itu masalahnya.


Dengan berleluasanya gejala ini, Umno melalui Lembaga Disiplin dilihat seperti tidak menjalankan tugas mereka. Apa pandangan Tan Sri?


TENGKU RITHAUDEEN Mereka memikirkan kita ini tak bergerak... tapi kalau kita tengok kita bertugas, mereka sedar dengan kesulitan yang kita hadapi. Kita nak siasat satu-satu kes itu mengambil masa. Kita kena pergi ke bawah. Mereka (pengundi) nak datang sini, mereka tak mampu.


Pandangan Tan Sri dengan mentaliti sesetengah ahli yang menganggap 'Umno itu duit, duit itu Umno'?


TENGKU RITHAUDEEN Saya rasa tidak semua begitu. Hanya golongan-golongan tertentu yang mengamalkannya. Orang-orang Umno perlu memikrkan cara bagaimana untuk menukar pemikiran mereka. Selepas pemilihan nanti, mereka patut pergi kampung dan berbincang bagaimana untuk menghapuskannya.


Adakah dengan menghapuskan sistem kuota boleh menghapuskan amalan politik wang atau setidak-tidaknya mengurangkan ia berlaku?


TENGKU RITHAUDEEN Ia (sistem kuota) adalah salah satu sebab yang menggalakkan mereka. Satu (peringkat) nakkan kuota... dah (dapat) kuota nak menang pulak, jadi dua kali (gunakan wang).


Bagaimana pandangan Tan Sri tentang cadangan Tun Mahathir supaya ahli yang didapati bersalah mengamalkan politik wang dibuang terus daripada Umno bagi membersihkan parti?


TENGKU RITHAUDEEN Saya rasa bagus juga. Orang yang terlibat dengan perkara-perkara tidak baik tidak perlu menjadi pemimpin.


Bagaimana kerjasama yang dijalankan dengan BPR setakat ini?


TENGKU RITHAUDEEN Kerjasama berjalan dengan baik dan kita berbincang beberapa perkara. Kita sanggup memberikan apa saja pertolongan dan penjelasan termasuk fakta-fakta yang didapati. Secara prinsipnya, kita ada mekanisme khusus dan saya kerjasama dengan BPR ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan gejala politik wang.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/16/mstar_berita/20081116113409&sec=mstar_berita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...