Monday, December 22, 2008

Buntu cari anak ikut tomboi

MUAR: “Sejak Fahreena (Farshah Kassim, 21) menghilangkan diri pada April lalu, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasuk meminta bantuan daripada pihak berkuasa mencarinya kembali semula ke pangkuan keluarga namun sehingga kini, usaha itu masih buntu,” kata seorang wanita, Fatimah Mukhtar, 43, semalam.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kehilangan anak perempuan tunggalnya, dia sering ternanti-nantikan khabar gembira dan kerap melihat gambar anaknya yang disimpan kerana rindu, selain bimbangkan keselamatan gadis berkenaan.

Menurutnya, Fahreena dipercayai menghilangkan diri selepas menghantar ibu saudaranya, Sharina Abdullah, 50, dengan menaiki motosikal ke tempat kerja pada petang 12 April lalu dan terus tidak pulang ke rumah.

Katanya, dia mengetahui Fahreena berkawan rapat dengan seorang wanita berkelakuan seperti lelaki atau tomboi dan mengenalinya ketika Fahreena membawanya pulang ke rumah.

“Namun saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sehinggalah diberitahu kenalan rapat anak perempuan saya baru-baru ini mereka pernah ternampak kedua-duanya di beberapa tempat di daerah ini selain di Melaka, sejak menghilangkan diri.

“Saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuan saya pada hari kejadian dan berharap orang ramai mengenalinya dapat membantunya kembali ke pangkal jalan.

“Ini bukan kejadian pertama kerana sebelum itu Fahreena pernah dua kali menghilangkan diri bersama kenalan wanitanya dan apabila ditanya dia hanya berdiam diri seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan saya.

“Malah, sikapnya berubah menjadi tidak mahu menerima teguran dan saya bimbang dia terpengaruh dengan keseronokan tanpa memikirkan masa depannya,” katanya.

Fatimah mendakwa, sebelum ini Fahreena anak yang bertanggungjawab dan mempunyai pekerjaan baik serta disenangi semua ahli keluarga tetapi sejak akhir-akhir ini dia berubah selepas berkenalan dengan tomboi berkenaan.

Sehubungan itu, dia berharap Fahreena sedar dan segera kembali ke pangkuan keluarga kerana neneknya sering bertanya, selain bimbang gadis terbabit akan terus melupakan pengorbanannya sebagai ibu.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan orang ramai yang mengenalinya dapat memberi maklumat dengan menghubungi saya di 017-7436742 ataupun sepupu, Sani Mohd Hasan di 017-6806063,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081222094349/Article/index_html

Pasar malam jadi hospital

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin



ELAK HAMIL...Wati menunjukkan pil perancang yang
masih dalam simpanannya.


AMPANG: Ramai gadis dan remaja perempuan belasan tahun kini sudah pandai menjamah pil perancang kehamilan bagi menyembunyikan perbuatan seks bebas.

Tambah mengejutkan apabila kebanyakan pil perancang keluarga berkenaan yang dulunya hanya dibekalkan doktor hospital atau klinik kini begitu mudah dibeli selepas dilihat bersepah dijual di pasar malam.

Lambakan pil perancang keluarga haram yang diseludup dari negara jiran terbabit mengundang bimbang berikutan ia boleh dibeli sewenang-wenang pada harga semurah RM3 sepapan.

Kebimbangan berhubung pil perancang keluarga terbabit terbukti apabila seorang pelajar membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa terselamat daripada membuntingkan anak haram selepas kerap menelan pil perancang keluarga haram buatan Indonesia yang mampu dibeli bebas di kebanyakan pasar malam.

Pelajar terbabit yang mendakwa terlanjur melakukan seks dengan beberapa lelaki sejak lima tahun lalu mendakwa terpaksa bergantung dengan pil perancang keluarga seludup itu bagi memastikan minatnya terhadap seks bebas tidak membuahkan janin luar nikah.

Pelajar yang menuntut di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya mengaku terjebak dengan pil perancang kehamilan itu selepas diberikan ‘petua’ bekas kekasih lamanya.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 21, mengakui mula terjebak dengan seks bebas selepas kali pertama diperkenalkan dengan perbuatan itu seawal usia 15 tahun.

Wati mendakwa ketika di kolej, dia mula hanyut selepas jatuh cinta dengan rakan kolej berlainan bangsa.

“Saya yang kerap keluar berfoya-foya di disko sekitar Jalan P Ramlee akhirnya ‘hilang perawan’ ketika dalam keadaan mabuk di rumah lelaki berkenaan.

“Hubungan itu akhirnya bertukar menjadi cinta seks apabila saya jadi kemaruk dan kerap bertemunya semata-mata untuk melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, hubungan seks terbabit tidak hanya dilakukan di rumah lelaki berkenaan di Damansara di sini, malah turut dilakukan di rumah sewanya atau di hotel.

“Mungkin kerana bimbing hubungan seks ini menyebabkan saya bunting, dia kerap membawa bekalan kondom dalam dompetnya setiap kali bertemu saya,” katanya.

Menurutnya, hubungan cinta terbabit hanya bertahan lima bulan apabila kekasihnya itu beralih angin dan mempunyai kekasih baru lalu meninggalkannya.

“Mungkin kerana kecewa selain tidak dapat melupakan keseronokan seks, saya mencari kekasih baru dan menerima sesiapa saja sebagai kenalan ‘part time’.

“Seorang teman lelaki yang saya kenali dan bekerja sebagai budak penghantar makanan segera adalah individu pertama yang memperkenalkan dan membekalkan saya pil perancang keluarga haram,”
katanya.

Menurutnya, dia sering kali dibawa terlebih dulu ke pasar malam untuk membeli pil perancang keluarga buatan Indonesia berwarna kuning atau putih berharga RM3 hingga RM5 sepapan.

“Antara pasar malam yang kerap saya pergi untuk mendapat pil perancang terbabit adalah di sekitar Ampang dan Kampung Pandan yang dijual peniaga ubat-ubatan tradisional.

“Kerap kali dia menyuruh saya menelan sekurang-kurangnya 10 biji pil perancang keluarga bersama air berkarbonat bagi mengelak saya mengandung,”
katanya sambil menunjukkan beberapa keping baki pil terbabit yang masih dalam simpanannya.

Menurutnya, dia yang ketika itu mempunyai seramai lima rakan ranjang berlainan mengaku bergantung sepenuhnya dengan pil perancang keluarga terbabit selama hampir dua tahun kerana tidak mahu ‘terbabas’.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro ke beberapa pasar malam sekitar Kampung Pandan dan Ampang mendapati pil perancang kehamilan terbabit dijual bebas kepada orang ramai tanpa kawalan.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan membeli dua keping pil terbabit dengan harga RM3 setiap satu dari peniaga ubat-ubatan tradisional tidak berdaftar.

Hasil penelitian mendapati pil perancang kehamilan terbabit diedarkan secara subsidi di Indonesia berdasarkan tulisan bercetak di belakang peket pil terbabit.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081222094949/Article/index_html

‘Sedia disaman Awie’

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad



JAMALUDDIN...tunggu surat saman.


KUALA LUMPUR:Saya bersedia menghadapi apa saja kemungkinan termasuk disaman Awie,” kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof, semalam.

Jamaluddin berkata, beliau menanti tindakan susulan peguam Awie sebelum membawa perkara itu dalam pertemuan Majlis Tertinggi Pekida.

Menurutnya, sebarang tindakan berikutnya akan diteruskan sebaik selesai mesyuarat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Saya tidak dapat bercakap lebih panjang dan hanya menanti surat saman yang dihantar peguam Awie sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Sudah pasti, sebagai pemimpin tertinggi Pekida saya sanggup mempertahankan diri dengan mendapatkan kerjasama peguam dan meneliti maklumat diperoleh,”
katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu mengenai kenyataan Awie yang mahu menyaman Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof apabila mendakwa pemimpin terbabit mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam laporan Metro Ahad, minggu lalu.

Laporan Harian Metro, Sabtu lalu menyebut Awie, bersumpah tidak melakukan perbuatan yang didakwa Jamaluddin, termasuk mengambil RM3,600 daripada anggota yang mahu melakukan ‘baiah’ (sumpah).

Awie juga menafikan terbabit sebagai Ketua Kumpulan Naga dan antara lebih daripada 15,000 ahli Pekida yang didakwa Jamaluddin sudah menyimpang daripada matlamat asal.

Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, mengenai diri Awie, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan membiarkan kepada keadaan dan masa yang menentukan.

Menurutnya, beliau tidak mahu meneruskan pertikaian secara terbuka dan akan cuba menyelesaikan isu yang berbangkit selepas itu mengikut saluran yang sepatutnya.

Bagaimanapun, Jamaluddin mengakui mengenai program ‘pemutihan’ terhadap lebih 15,000 ahli Pekida yang tergelincir daripada landasan sebenar dan cuba membawa mereka kembali ke landasan sepatutnya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081222094550/Article/index_html

Penangan kopi reggae


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Segelintir mak nyah di sekitar bandar raya ini dikesan mengambil kopi yang dikenali sebagai ‘kopi reggae’ untuk memberi kekuatan seksual bagaikan kuda hingga mampu melayan lebih 10 pelanggan dalam satu malam.

Golongan homoseksual itu yang ditemui wartawan Harian Metro mendakwa kopi itu juga mampu membantu mereka bersengkang mata sepanjang malam, sekali gus dapat memberi layanan hebat kepada pelanggan.

Seorang mak nyah yang dikenali sebagai Syazliyana, 20-an, mendakwa kopi itu memberi kesan pantas untuk memulihkan tenaga serta rasanya agak berbeza dengan kopi lain.

“Apa yang penting pada saya adalah tenaga dapat dipulihkan sepenuhnya selepas seharian penat bekerja dan jika tidak meminum kopi itu, mustahil saya mampu berjaga sampai lewat malam.

“Malah, ada kalanya saya mencecah awal pagi untuk melayan pelanggan,” katanya ketika ditemui di sekitar Stesen Keretapi Alor Star di sini, yang menjadi lokasi golongan itu menjual tubuh.

Difahamkan, bagi menambah kekuatan, kopi itu dicampur dengan dadah seperti syabu atau ganja. Bagaimanapun, bagi menjimatkan kos, mereka mencampurkan serbuk daun ketum kerana lebih murah dan boleh dibeli dengan harga RM30 sekilogram.

Ramuan kopi itu disediakan ibu pondan yang menjaga kawasan terbabit dan memberinya secara percuma kepada golongan mak nyah di situ.

Menurut Syazliyana, biarpun mengetahui minuman itu dicampurkan dengan dadah, dia tidak mempedulikannya kerana disediakan secara percuma oleh ibu pondan.

“Lagipun, kami memberikan sedikit wang kepadanya. Setahu saya, dia mencampurkan beberapa jenis barangan terlarang seperti serbuk daun ketum dan sedikit syabu dalam kopi terbabit.

“Mana tidaknya, kalau hendak diharapkan kopi itu saja untuk bersengkang mata sepanjang malam adalah sesuatu yang mustahil,”
katanya.

Setiap kali meminum kopi itu kesannya akan dapat dirasai kira-kira lima minit kemudian.

Ia membuatkan tubuh berasa lebih segar dan ringan untuk melayan pelanggan selain berada dalam keadaan khayal.

Sementara itu, bagi mendapatkan pandangan kesan sampingan minum ramuan kopi itu, wartawan Harian Metro menghubungi pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.

Kata Dr Ismail, minum kopi yang dicampur pelbagai bahan terlarang memang mampu bertindak pantas kerana ia lebih cepat menyerap dalam tubuh badan berbanding dadah yang diambil dalam bentuk kapsul.

“Perbuatan itu bukanlah suatu perkara baru dalam kelompok mereka (mak nyah). Hanya kaedah dan bahan yang digunakan berbeza mengikut situasi semasa.

“Apapun, dalam jangka panjang individu terbabit akan mengalami kesan negatif pada anggota badan biarpun kuantiti barangan terlarang seperti pil kuda, Ecstacy, serbuk daun ketum, syabu yang dicampur dengan kopi itu sedikit jumlahnya.

“Selagi ada unsur dadah dalam minuman yang diambil, ia akan menjejaskan kesihatan pengamalnya,”
katanya.

Menurutnya, kesan yang akan dialami pengamal minuman itu seperti sakit buah pinggang, hati selain merosakkan otak.

“Dalam kes kopi itu, kesannya akan menyebabkan otak berada keadaan tertekan sehingga mampu mengakibatkan maut sekiranya kuantiti diambil dalam jumlah besar,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20081222085750/Article

Capati


Ratu cantik filemkan pengalaman dirogol


LINOR ABARGIL (tengah) bergambar selepas diumum sebagai
pemenang pertandingan Miss World di Pulau Seychelle pada 26 November 1998.
--------------------------------------------------------------------------------


MILAN - Bekas pemenang ratu cantik Miss World, Linor Abargil dalam proses pembikinan filem dokumentari yang memaparkan pengalamannya ditikam sebelum dirogol dengan kejam, lapor sebuah akhbar semalam.

Abargil, 28, hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum dirogol dengan kejam di Milan, Itali beberapa minggu sebelum memenangi gelaran Miss World pada 1998.

Selepas 10 tahun, model dari Israel itu kembali ke lokasi dia diperkosa dan berharap filem tersebut memberi inspirasi kepada mangsa rogol untuk melaporkan jenayah itu.

"Saya ingin bersama wanita yang menjadi mangsa rogol. Sekiranya filem ini dihasilkan 10 tahun lalu, saya mungkin kelihatan sebagai mangsa tetapi pada hari ini saya menjadi penyelamat," katanya.

Filem itu akan diterbit dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Cecilia Peck manakala Abargil akan membantu memberi gambaran sebenar mengenai kejadian yang membawa kepada serangan tersebut.

Abargil yang berumur 18 tahun ketika kejadian itu dirogol beberapa kali gara-gara menumpang kereta seorang ejen pelancongan dari Israel, Uri Shlomo di Milan.

Bagaimanapun, Abargil berjaya memujuk lelaki itu supaya melepaskannya sebelum dia melaporkan kepada pihak polis sehari selepas itu.

Namun, Shlomo dibebaskan selepas disoal siasat oleh pihak berkuasa Itali tetapi dia ditahan semula dan dihukum penjara 16 tahun berikutan tindakan polis Israel mengambil alih kes tersebut. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Brad Pitt tolak lamaran Jolie


BRAD PITT dan Angelina Jolie bergambar ketika menghadiri majlis tayangan perdana
The Curious Case of Benjamin Button di Westwood, California baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Aktor kacak, Brad Pitt menolak lamaran Agelina Jolie walaupun pasangan itu sudah tinggal bersama sehingga dikurniakan tiga orang cahaya mata, lapor sebuah akhbar semalam.

Jolie yang turut mempunyai tiga anak angkat dipercayai terdesak untuk mengahwini Pitt namun pelakon Mr. & Mrs. Smith itu mahu kekasihnya menjalani sesi kaunseling bersama sebelum berkahwin.

Pasangan itu kini membesarkan Maddox, 7; Pax, 5; Zahara, 3; Shiloh, 2; dan pasangan kembar Knox serta Vivienne, 5 bulan.

Satu sumber memberitahu majalah National Enquir bahawa Jolie mencadangkan agar mereka berkahwin pada Krismas ini.

"Namun Pitt bertegas mahu acara itu ditangguhkan seketika. Insiden itu membuatkan Pitt rasa bersalah kerana Jolie memberitahu bahawa anak-anak beria-ia mahu melihat mereka berkahwin.

"Pitt berfikir bahawa perkahwinan adalah sesuatu perkara yang berada di luar imaginasi kanak-kanak. Dia mencadangkan agar Jolie bersabar,"
kata sumber.

Jolie tetap dengan cadangannya untuk mengadakan majlis perkahwinan sebelum mengambil anak angkat baru atau melahirkan anak yang ketujuh.

Aktres berumur 33 tahun itu juga dipercayai sedang menjalani rawatan kesuburan dalam usahanya untuk hamil bayi kembar untuk kali kedua.

"Doktor yang merawat Jolie memberitahu bahawa dia mempunyai peluang yang cerah untuk hamil bayi kembar jika berjaya hamil dalam tempoh dua tahun. Jolie berjumpa pakar kesuburan dengan kerap manakala Pitt memantau waktu subur. Mereka berusaha keras di kamar tidur," kata sumber. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Pelajar SPM sembunyi bayi


Oleh OTHMAN YAHAYA
berita@kosmo.com.my

SUNGAI PETANI – Rasa curiga seorang bapa saudara yang hairan melihat anak buahnya yang lemah serta pucat semasa baru pulang ke rumah di sini kelmarin telah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan.

Semasa ditemui mayat bayi tersebut yang sempurna sifatnya dibalut dengan sehelai kain.

Mayat bayi yang mempunyai berat 1.5 kilogram itu ditinggalkan ibunya berdekatan semak di belakang sebuah rumah di Kampung Bujang di sini.

Seorang jiran berkata, ibu kepada bayi tersebut didakwa baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua minggu lalu.

Menurut jiran itu lagi, pelajar yang berusia 18 tahun itu tinggal bersama datuknya di kampung tersebut dan dipercayai datuk dan neneknya tidak menyedari cucu mereka mengandung.

Malah, katanya, remaja itu telah melahirkan bayi itu seorang diri di dalam biliknya sebelum bayi itu disembunyikan di belakang rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Tidak malu jadi anak penjaja – Fauziah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
berita@kosmo.com.my



FAUZIAH (kanan) dan Lijawati memegang pingat Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis Konvokesyen Ke-6 USIM, Putrajaya kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------


PUTRAJAYA – Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fauziah Hassan, 25, membuktikan anak peniaga gerai makan tepi jalan juga mampu untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan peringkat tinggi.

Beliau yang kini Eksekutif Perhubungan Media di sebuah agensi berita di sini berkata, dirinya tidak berasa malu walaupun dilahirkan sebagai anak penjaja kerana itulah yang menjadi pendorong kepada kejayaannya.

“Walaupun saya dilahirkan bukan dari keluarga yang senang tetapi itu bukanlah alasan mengapa saya tidak boleh berjaya seperti orang lain,’’ katanya pada media selepas majlis Konvokesyen Ke-6 USIM di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, anak bongsu daripada tiga beradik itu turut diberi peluang berucap mewakili graduan lain di depan ribuan ibu bapa, pensyarah dan Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin selaku Canselor USIM .

Graduan dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian itu memberitahu, kejayaannya bertitik tolak daripada sikap yang tidak pernah jemu mendapatkan ilmu.

“Sebelum ke kelas saya mengulang kaji pelajaran dulu. Sewaktu di kelas saya akan fokus 100 peratus. Jika masih ada perkara yang saya tidak faham, saya akan rujuk kepada pensyarah,’’ katanya yang juga mendapat Anugerah Dekan tujuh semester berturut-turut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...