Thursday, September 25, 2008

Penurunan harga minyak gagal tangani inflasi - Pakar ekonomi


Oleh AINUL ASNIERA AHSAN dan SARAH NADLIN ROHIM

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen yang diumumkan pada hari ini, dilihat tidak mampu membantu menangani inflasi, dan juga meningkatkan kuasa membeli di kalangan pengguna.

Para ahli ekonomi dan penganalisis tempatan bersetuju bahawa harga itu sepatutnya diturunkan sekurang-kurangnya 30 sen kerana tindakan itu mampu mengurangkan peningkatan inflasi.

Ahli ekonomi tempatan, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, penurunan harga minyak sebanyak 10 sen tidak banyak membantu kerana jumlah itu adalah terlalu kecil dan tidak menggambarkan kedudukan semasa harga minyak dunia.

Beliau berkata, rakyat telah menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan menurunkan harganya kepada satu paras 'munasabah', seiring dengan aliran penyusutan harga minyak dunia yang kini berada di sekitar bawah AS$110 (RM374) setong sejak hampir dua bulan.

Jelas beliau, kerajaan perlu lebih telus dalam mengemukakan mekanisme penurunan harga minyak yang dibuat supaya rakyat faham jumlah harga sebenar minyak, harga pasaran dan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

''Tetapi saya berpendapat penurunan sebanyak 10 sen masih terlalu kecil berbanding dengan kenaikan yang dibuat pada pertengahan tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengumuman terbaru berkuatkuasa mulai tengah malam ini, akan menyaksikan orang ramai membayar RM2.45 dan RM2.40, masing-masing untuk seliter petrol dan diesel.

Pada awal Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter dan ia merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum itu.

Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Bagaimanapun, pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan semula harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.

Sementara itu, Ketua Program Siswazah Pengurusan Persekitaran dan Pakar Pengangkutan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor pula berpendapat, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga minyak iaitu RM1.92 seliter, harga sebelum kenaikan sebanyak 78 sen sebelum ini.

''Harga ini (RM1.92 seliter) lebih logik memandangkan harga minyak dunia terus merosot disebabkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat,'' ujarnya.

Ditanya tentang kesan penurunan minyak terhadap inflasi, Abd. Rahim berkata: ''Saya percaya jika harga minyak diturunkan lebih banyak, mungkin masalah inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani.''

Penasihat Ekonomi AmInvestment Bank Group, Mustafa Mohd. Nor berpendapat, penurunan harga minyak petrol yang dibuat kerajaan tidak akan memberi kesan kepada keadaan inflasi semasa selagi harga makanan tidak diturunkan.

'' Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan hanya ditentukan oleh peningkatan atau penurunan harga petrol tetapi ia turut melibatkan harga makanan semasa.

''Selagi harga makanan tidak menunjukkan penurunan, kadar inflasi semasa mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara walaupun harga petrol diturunkan dengan kadar 10 sen,'' katanya.

Ketua Pakar Ekonomi, RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, langkah kerajaan itu dianggap sesuatu yang positif pada keadaan semasa yang sering dihidangkan dengan berita-berita negatif.

''Langkah itu dilihat dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dan ia adalah seperti dijangkakan ia merupakan hadiah Hari Raya kerajaan kepada rakyat.

''Saya berharap harga minyak petrol akan dapat terus diturunkan ekoran harga pasaran minyak mentah global yang sedang mengalami aliran menurun untuk terus meringankan beban rakyat,'' jelasnya.

http://www.utusan.com.my/

Sesi persekolahan bermula 4 Januari


KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, bermula pada 4 Januari manakala bagi negeri lain pada hari berikutnya.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, penggal pertama bagi sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu dari 13 hingga 21 Mac; cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun; cuti penggal kedua 21 hingga 29 Ogos; dan cuti akhir tahun dari 20 November 2009 hingga 2 Januari 2010.

Bagi negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan sebanyak 208 hari. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080925091132/Article/index_html

MI UDANG PENANG


SUP EKOR ASAM PEDAS


Ramadan di Ta Qiao


KAUM wanita sibuk menyediakan doh untuk mi dan sayur di dapur masjid Kampung Ta Qiao.

----------------------------------------------------------------

MASIH ada beberapa jam lagi sebelum waktu berbuka puasa, tetapi tiga orang wanita di Yinchuan, China sudah mula sibuk di dapur. Dua orang memotong sayur dan seorang lagi menyediakan doh untuk mi.

Menjelang tibanya waktu solat Asar, beberapa lelaki dewasa mula berkumpul di masjid ini. Bau enak sup daging kambing yang dimasak di dalam sebuah periuk besar, sudah memenuhi ruang dapur yang sangat sederhana itu.

Ketulan doh mi juga sudah siap dicanai untuk dipotong dalam helaian panjang dan dimasukkan ke dalam periuk mendidih.

Sejak bermulanya Ramadan, masjid di Kampung Ta Qiao, tidak jauh dari Yinchuan, ibu kota wilayah autonomi Ningxia yang majoriti penduduknya Islam, menyediakan makanan bagi jemaah lelaki yang bersembahyang dan berbuka puasa di masjid ini.

"Biasanya, kira-kira 70 hingga 80 orang datang bersembahyang di sini setiap hari tetapi sepanjang Ramadan, jumlah itu bertambah kepada 100 orang dan mereka berbuka puasa di sini," kata pentadbir masjid, Yang Yonglu.

"Mereka terdiri daripada lelaki muda dan tua. Kami bangun kira-kira pukul 4 pagi untuk bersahur dan berpuasa dari pukul 5 pagi hingga 7.25 malam," kata Yang, daripada kaum minoriti Hui, komuniti Islam terbesar daripada 10 kumpulan etnik Islam di China.

Masyarakat Ramadan

Juadah berbuka puasa di masjid ini biasanya sederhana saja, sup kambing dengan nasi dan mi.

Usia masjid berjubinkan warna putih dan hijau ini dianggarkan lebih 300 tahun sejak dinasti Qing lagi. Kubahnya juga hijau dan diapit sepasang menara yang di puncak masing-masing dihiasi bulan sabit. Tetapi bentuk asal masjid ini pada zaman itu sudah banyak berubah selepas diubahsuai beberapa kali.


MASJID Kampung Ta Qiao terletak tidak jauh dari Yinchuan, ibu kota wilayah Ningxia.

---------------------------------------------------------------

Di sebelah kiri pintu untuk ke ruang utama sembahyang, terdapat sebuah papan hitam yang menunjukkan pendapatan bulanan dan perbelanjaan yang dikeluarkan di masjid ini.

Pada dinding bertentangan, sumbangan juadah setiap hari Ramadan dicatatkan pada sekeping kertas merah yang besar. Sumbangan tunai dicatatkan di sebelah kiri dan barang lain seperti daging dan pelbagai jenis makanan dicatatkan di sebelah kanan kertas.

"Taraf hidup penduduk di sini semakin baik. Lebih ramai anak muda datang ke masjid dan mereka belajar bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan melalui tunjuk ajar beberapa orang yang sudah berjaya," kata iman (ahong) masjid itu, Wu Zhongcheng.

Tambahnya: "Lebih ramai yang akan datang pada sebelah malam untuk berterawih. Kebanyakan mereka bekerja di kebun bunga dan sayur-sayuran," kata imam berusia 38 tahun ini yang mengikuti pengajian agama di sebuah sekolah Islam di Ningxia.

Ketika sembahyang, kumpulan lelaki keturunan Hui ini memakai kopiah putih berbucu enam dan mereka memang dikenali suka memakai kopiah putih.

Di sini, kanak-kanak perempuan mula berpuasa pada usia sembilan tahun, lebih awal daripada kanak-kanak lelaki yang berlatih melaksanakan rukun Islam ketiga ini pada usia 12 tahun.

Ta Qiao mempunyai 400 keluarga dan hampir separuh daripada penduduk kampung ini, seramai 3,400 orang adalah keturunan Hui yang merupakan 36 peratus daripada enam juta penduduk Ningxia.

Hui ialah suku kaum keturunan pedagang Parsi dan Arab yang datang ke China melalui Jalan Sutera dengan membawa barang dagangan dan agama Islam. Ningxia ialah satu daripada tempat persinggahan yang digemari mereka.

Sambutan Aidilfitri sederhana

Isteri Yang, Jin Cuiying, berkata, semasa kaum lelaki pergi ke masjid, golongan wanita kampung ini menyiapkan makanan di rumah untuk anggota keluarga yang lain.

"Kami menyediakan juadah biasa, tiada apa yang istimewa, tetapi untuk Hari Raya, kami akan menyiapkan beberapa baju baru," kata Jin mengenai apa yang disebut di sini sebagai Kai Cai Jie atau sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi rakyat Malaysia.

Kuih bulat yang digoreng seperti youbin dan youxiang dihidangkan kepada tetamu semasa Hari Raya.

Dari bawah katil, Jin menarik keluar sebuah tong plastik dan mengeluarkan dua mangkuk teh Cina dengan ukiran tulisan Arab yang digunakan untuk menghidangkan minuman teh kepada tetamu.

Set porselin itu, yang lengkap dengan penutup untuk air teh yang masih panas telah lama digunakan masyarakat Islam di China, dan tidak berubah bentuknya sejak zaman-berzaman.

Peninggalan bersejarah seperti porselin ini telah dibongkar dan dipamerkan di muzium Taman Kebudayaan Kaum Hui yang dibuka dua tahun lalu di Yinchuan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/

Kanser daripada bekas makanan


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my



RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya sebagai keranda putih.

------------------------------------------------------------

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/

Risau Fadillah dipaksa kahwin


Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI, FAIZAL NAZARUDDIN dan TAJUL SAFUAN HASSAN
berita@kosmo.com.my



AHMAD dan keluarga menatap gambar Norfadillah di rumah mereka di Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai semalam.

---------------------------------------------------------------

BAGAN SERAI - "Bawalah saya ke sana segera kerana khabar terbaru, Norfadillah mungkin akan dinikahkan secara paksa pada bila-bila masa dan Nasrudin pula dikatakan lebih kerap menetap di rumah neneknya yang menjadi tempat tinggal sementara Norfadillah di Lombok."

Itulah kebimbangan bapa Norfadillah, Ahmad Abdul Hamid, 46, mengenai perkembangan terbaru nasib anak sulungnya yang dikatakan dilarikan seorang pemuda yang dikenali sebagai Nasrudin ke Kepulauan Lombok, Indonesia baru-baru ini.

Menurut Ahmad, beliau secara peribadi tidak lagi sanggup menunggu dan hanya mengharapkan khabar yang disampaikan Syukri, rakan Nasrudin yang pernah bekerja di Ladang Sungai Gedong dekat sini sebelum ini.











NORFADILLAH ketika menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Mac lalu. Gambar kanan, Nasrudin.

---------------------------------------------------------------

Ini kerana katanya, apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi Norfadillah tidak mempunyai pilihan selain menuruti kehendak Nasrudin.

"Memang (semalam) kelmarin saya dimaklumkan dia enggan kahwin dan mengharapkan dibawa pulang, namun ketika dihubungi hari ini (semalam), Syukri menjelaskan dia tidak tolak kemungkinan Norfadillah bakal dipaksa nikah selepas kelibat Nasrudin sentiasa kelihatan di rumah neneknya.

"Itulah yang menakutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini pun ada kes nikah paksa melibatkan gadis Malaysia di Lombok," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ladang Sungai Gedong di sini semalam.

Tambahnya, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk bersama mana-mana pihak yang sudi menguruskan kepulangan Norfadillah ke tanah air namun berharap ia dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Kosmo! kelmarin melaporkan rintihan Ahmad dan keluarganya di Ladang Sungai Gedong yang merayu Norfadillah agar dikembalikan ke pangkuan keluarga selepas dibawa lari Nasrudin ke Lombok untuk dijadikan isteri.

Bagaimanapun dalam perkembangan lain, Syukri ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Lumpur berkata, Nasrudin bersedia lepaskan Norfadillah jika ayahnya datang segera menjemputnya di Lombok Timur.

''Jika tidak ayahnya tiada pilihan lain kecuali merestui perkahwinan itu,'' kata Syukri.

Menurut Syukri, Nasrudin kini berada dalam keadaan dilema kerana kerana usahanya untuk menikahi Norfadilah secara sah di Pejabat Kadi Lombok Timur ditolak oleh pegawai pejabat itu dua minggu lalu.

"Tok kadi tolak kerana Norfadillah tidak mempunyai do kumen yang cukup. Justeru Nasrudin mula kesal di atas perbuatannya itu dan setuju membenarkan gadis tersebut pulang ke Malaysia setelah dinasihati ahli keluarganya.

"Tetapi usaha itu gagal kerana Norfadilah tidak mempunyai pasport dan keluarga mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menghantar dia pulang secara sah mahupun haram," katanyasambil memberitahu bahawa Norfadillah kini sihat dan selamat di pulau itu.

http://www.kosmo.com.my/

Shabery Hairan Kat Rakyat, Rakyat Lagi Hairan Kat Shabery


Dilulus terbit pada Thursday, September 25 @ 01:58:00 MYT oleh greenboc


Oleh BekokCobbong

"

Shabery Cheek dalam Utusan Malaysia menzahirkan kehairanannya terhadap sikap rakyat ini yang terus mempercayai pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan tersebut berkata,”kalau dahulu seseorang yang berbohong melebihi dua kali tidak lagi dipercayai oleh masyarakat tetapi kini ia tidak berlaku sedemikian”.

“Orang ini berbohong berkali-kali dan masih ada yang mempercayainya.”


Shabery patut malu mengeluarkan kenyataan seperti ini.Kalaupun Anwar berbohong, apa kurangnya diri beliau?Kalau tak sama pun macam Anwar, malah lebih teruk lagi.

Sejarah lompat parti beliau satu hal.Sejarah yang baru berlaku baru-baru ini berkaitan debat beliau dengan Anwar juga satu hal.Hari tu bukan main lagi kata masa sebelum debat dengan Anwar, kalau dia kalah, dia akan letak jawatan sebagai Menteri Penerangan. Walaupun kalah menang perkara subjektif dalam debat tersebut tetapi reaksi spontan orang ramai menunjukkan Anwar ‘menguasai’ perdebatan tersebut. Berbanding hujah-hujah Anwar yang mantap dan berpijak di bumi nyata, orang lebih mengingati hujah menyerang peribadi Anwar oleh Shabery. Shabery tenggelam. Tenggelam bermakna kalahlah.Maka sepatutnyalah beliau meletak jawatan. Tetapi di mana dia sekarang? Masih memegang portfolio itu. Sungguh tak tahu malu. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Dengan berkata,”Tetapi pemimpin yang penuh tipu helah dan berbohong secara terang-terangan seperti ini masih boleh dipercayai juga sebahagian rakyat’”, Shabery seolah-olah menghina rakyat,merendah-rendahkan kemampuan rakyat berfikir dan menilai.Rakyat seolah-olah bodoh kerana mempercayai Anwar.

Sepatutnya sebelum mengeluarkan kenyataan ini, Shabery menyoal diri beliau sendiri, kalau Anwar berbohong apa pasal rakyat masih mempercayai beliau dan menyokong Pakatan Rakyat. Tentu ada sebab dia. Takkan percaya dan sokong melulu.Tidak nampakkah rakyat betul-betul inginkan perubahan kerajaan?Daripada sebuah kerajaan yang korup, menyeleweng dan punah kepada sebuah kerajaan baru yang lebih adil, telus dan berwibawa?Tidakkah Nampak rakyat sudah bencikan kerajaan BN dan tidak ingin lagi hidup di bawah bayang kerajaan BN.

Kalau tarikh 16 September dan 23 September yang tidak berlaku dipertikaikan beliau sebagai pembohongan Anwar, sepatutnya beliau tahu rakyat tidak kisah tarikh yang tepat, rakyat cuma mahu kerajaan BN ditukar dalam masa terdekat dan sesegera mungkin. Tidak esok, lusa.Tidak lusa, tulat.kalau tak tulat pun sesegera mungkinlah! Beliau tidak nampakkah penolakan rakyat terhadap kerajaan BN atau saja-saja buat tak nampak.Tanda-tandanya sudah banyak.Sesama pemimpin BN pun bercakaran sesama sendiri.BN sudah nyawa-nyawa ikan.Kain kapan dan keranda sudah disediakan.Sukar untuk dimengertikan masih ada orang yang harap kerajaan UMNO akan hidup segar semula.Malah semakin pelik, mereka yang bersedia menguruskan jenazah pula dipangil pembohong!

Siapakah sebenarnya yang lebih berbohong.RTM yang di bawah kementerian beliau adalah jaguh sebenar pembohongan. Corak pemberitaan yang dibentuk untuk ‘membelasah’ pembangkang.Penuh dengan putarbelit, tipudaya dan propaganda.Fenomena ini sepatutnya Shabery hairan. Kenapa TV RTM yang menguasai sebahagian besar rumah rakyat tetapi tidak mampu menguasai minda rakyat dengan dakyah dan isu yang dimainkan terhadap pembangkang.Bukan sekali atau dua kali RTM berbohong dengan cara memutarbelit isu dan memetik ucapan pemimpin pembangkang diluar konteks. Banyak kali!

Sepatutnya Shabery jaga kementerian beliau elok-elok. Sebagai Menteri Penerangan sepatutnya beliau jangan banyak menghentam tetapi banyak menerangkan. Sepatutnya beliau lebih ‘menerangkan’ minda rakyat, bukan semakin ‘menggelapkan’.Kalau air penerang hati boleh menerangkan hati sepatutnya Kementerian Penerangan boleh ditukar kepada Kementerian Penerangan Hati, bukannya berfungsi meng’kuca hanya’ atau mengkucar-kacirkan dan meng’kelabukan’ hati-hati rakyat.

Daripada menuduh Anwar berbohong, lebih aula Shabery berusaha mengikis imej RTM yang dicop oleh sebahagian besar rakyat sebagai pembohong besar. Bukan apa, bimbang kelak orang yang menjaga RTM pun akan dicop sebagai bapak kepada pembohong besar.
"

Kem Guantanamo UMNO : ISA!

Dilulus terbit pada Thursday, September 25 @ 02:02:19 MYT oleh greenboc

Oleh melayunett

"
INGAT LAGI GAMBAR TAHANAN ISLAM DI GUANTANAMO DIBOGEL DAN DISERET SEBELAH ANJING? Umno pun tak kalah dengan Amerika. Kalau Anwar dituduh ejen Amerika, UMNO pula sebenarnya sama mazhab dengan Amerika!

Amerika bangga dengan kem guantanamo yang dibina oleh kuasa besar tersebut untuk menyiksa dan menahan pejuang-pejuang Islam dan mereka yang cuba menentang Amerika. UMNO juga boleh berbangga kerana ada ISA yang boleh digunakan untuk menyiksa dan memalukan tahanan-tahanan ISA yang cuba mencabar UMNO.

Artikel ini membongkar kisah kezaliman ISA dan cuba menyentuh hati blogger-blogger UMNO. Mungkin dengan keberkatan 10 hari terakhir ramadan ini, ada yang akan tersentuh.

Antara kezaliman ISA :

1. Menahan dan menyiksa tertuduh tanpa bicara. Orang-orang yang tidak bersalah pun tidak dapat membela diri. Sebagai contoh, zeymi seorang blogger UMNO berkawan dengan Songkok Merah yang rupa-rupanya seorang pengganas. Zeymi tidak tahu sebenarnya. Tetapi, Zeymi ditangkap polis dan disyaki bersubahat dengan Songkok Merah untuk mengebom kereta KJ. Zeymi akhirnya terpaksa merengkok di ISA sedangkan Zeymi sebenarnya memang tak bersalah. Nak bela diri dan buat penjelasan pun tak dapat.

2. Menyiksa tahanan.

Tahanan ISA dibogelkan, dimalukan, diludah, dipaksa minum air kencing, diberi makanan anjing, dikurung dalam bilik sejuk tanpa pakaian dan macam-macam lagi. Memang mudah untuk blogger-blogger UMNO mentertawakan mereka tetapi cuba fikir, bagaimana jika ibu atau ayah blogger-blogger UMNO yang diperlakukan sebegitu. Saya masih ingat tulisan blogger UMNO - "padan muka tahanan ISA kena bogel & minum air kencing. Biar mampos terus lagi happy aku. Nickname nya Ijan dari aikol ".

3. Siksaan mental ke atas tahanan

Baru-baru ini, anak kecil seorang tahanan ISA nazak. Tahanan tersebut merayu belas kasihan daripada Syed Hamid Albar agar membenarkannya menjengok anaknya sebelum mati. Syed Hamid melengah-lengahkan sehinggalah anak kecil tahanan ISA tersebut mati. Selepas kematiannya, tahanan ISA tersebut dihina lagi dengan membenarkannya menjengok sebentar jenazah anaknya. Bayangkan kalau anak anda yang mati dan anda diperlakukan sebegitu.

4. Isteri dilarikan

Sebelum ini, tersebar luas berita di mana isteri seorang tahanan ISA yang sudah lama tidak mendapat nafkah (suami dalam tahanan) akhirnya lari dengan seorang pegawai polis. Keluarga juga menderita khususnya anak-anak kecil. Membesar tanpa bapa bukanlah suatu yang mudah.

5. Provokasi melampau.

Kita masih ingat lagi kezaliman Tun Mahathir yang menangkap anak Tok Guru Nik Aziz dan menyumbatnya dalam ISA untuk memprovokasi PAS. Tok Guru bersabar. Sebaik saja Pak Lah menang besar dalam pilihanraya dahulu, Pak Lah membebaskan anak Tok Guru dan Anwar pun bebas untuk menunjukkan besar hati Pak Lah. Apabila Pak LAh kalah besar baru-baru ini, Anwar didakwa semula, Theresa Kok dan ramai lagi di ISA.

Ingatlah, sewaktu pemerintahan beraja di Perancis, pemerintah yang zalim menindas rakyat. Apabila pemerintah tersebut digulingkan, mereka dipancung dan dihukum dengan hukuman setimpal. Memang sunnatullah, kezaliman akan tetap kalah, dan akan terhina.

6. Pejuang Islam ditangkap.

UMNO hadhari mengaku memperjuangkan Islam tetapi menangkap orang-orang yang berjihad. Ustaz Iqbal dan ulama' lain yang cuba membantu umat Islam yang disembelih di Ambon di tangkap oleh UMNO lalu disumbat di ISA. Mereka yang ke Afgan dan Iraq untuk berjihad juga ditangkap sebaik balik ke Malaysia.

Kalau betul2 ada ancaman, tangkap la. Tapi, kena la bicara. Takkan main tuduh aje dah cukup.

Fikir-fikir balik, takkan tersentuh punya puak2 nih!

Tentang ISA ni, ada cara nak mengatasinya. Semua Menteri Besar Pakatan dan penyokong Pakatan Rakyat berdemontrasi keliling ISA macam kat Thailand tuh. Selagi tak mansuh, kepung. Kat Thailand, pejabat PM pun kena kepong. Akhirnya, berambus juga si Samak tuh. Kalau polis tembak mati, syahid. Jangan melawan. Macam stail Mahatma Ghandi kat India. Secara aman, tetapi, lawan tetap lawan.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari Melayunet.

"

http://www.tranungkite.net/

Hamba seks abang ipar


Ditulis oleh Editor
Wednesday, 24 September 2008

KUALA TERENGGANU- Seorang kakitangan kerajaan boleh diibaratkan seperti berhati binatang apabila sanggup merogol adik iparnya sendiri yang baru berusia 14 tahun selama tiga bulan di rumahnya, di Chukai, Kemaman.

Mangsa, seorang pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah menengah di Kemaman dikatakan terpaksa menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh gadis terbabit tinggal bersama suspek.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 27 Julai lalu kira-kira jam 12 tengah malam ketika mangsa sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamu di rumah suspek yang juga suami kakak mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superitendan Khairi Ahrasa berkata, suspek berumur 32 tahun yang baru pulang dari kerja terus merogol mangsa dan ketika kejadian, isterinya tidak ada di rumah.

“Kejadian mangsa dirogol berlaku sebanyak tiga kali dan kali terakhir dalam bulan puasa ini pada waktu siang hingga menyebabkan mangsa berasa tidak tahan dengan perbuatan terkutuk abang iparnya itu,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau memberitahu, mang­sa kemudiannya pulang ke rumah keluarganya di Kemaman lalu memberitahu perlakuan suspek kepada ibunya sebelum membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 10.05 pagi kelmarin.

Bertindak atas laporan tersebut kata Khairi, polis telah menahan abang ipar mangsa ketika berada di rumahnya kira-kira jam 5 petang kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan suspek kini sedang ditahan reman.- Sinar Harian

http://buletinonline.net/

Pemuda nafi 'badan PAS, baju PKR'



Jimadie Shah Othman Sep 24, 08 3:50pm

Pemuda PAS menafikan ahli-ahli parti itu terikut-ikut dengan rentak PKR sehingga lebih meyakini usaha penggantian kerajaan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding nasihat pemimpin mereka sendiri.

Rentetan pergeseran terbuka tokoh-tokoh PAS terhadap projek 16 September anjuran Anwar, ahli-ahli parti Islam seumpama itu khususnya anak muda dikritik sebagai "berbadan PAS tetapi berbaju PKR".

Kritikan keras mursyidul am PAS kepada pesuruhjaya Terengganu, Datuk Mustafa Ali minggu lalu berhubung projek Anwar didakwa menunjukkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "lebih tebal fanatiknya" terhadap penasihat PKR berbanding semangat mempertahankan dasar parti sendiri.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bagaimanapun menjelaskan pengaruh PKR dan Anwar tidak sampai menghakis identiti Pemuda PAS.

Perkara ini yang diungkitkan oleh seorang pemimpin PAS Kedah tidak pernah menjadi isu dalam mesyuarat dewan itu sama ada di peringkat pusat atau negeri, tambahnya.

Salahuddin mengulas pandangan sasterawan terkenal Azizi Abdullah yang mendakwa ramai ahli PAS, khususnya Pemuda sangat terpengaruh PKR khususnya dalam kempen pilihanraya, termasuk di Permatang Pauh bulan lalu.

Menulis di blognya (aziziabdullah.blogspot.com), pengarang novel Seorang Tua di Kaki Gunung itu yang pernah menjadi calon PAS berkata "sangat payah hendak membezakan yang mana PKR, yang mana orang PAS".

"Sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli PAS semacam sudah menjadi ahli PKR, malah mereka lebih PKR daripada PAS, mabuk rasa, mabuk nama," katanya, yang pernah dilantik pengarah Majlis Tindakan DUN parti itu.

"Terakhir, dari mulut ke mulut, mereka (ahli PAS) impikan peralihan kuasa melalui PKR dan apabila ada pemimpin PAS berceramah, mereka akan merungut dan membebel mulut jika pemimpin PAS mengupas soal peperangan Kubra atau nuzul Quran dalam konteks politik kini, kerana pemimpin PAS itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Anwar menjadi pemimpin."

Azizi berkata, ahli-ahli PAS tidak lagi melaungkan takbir tetapi "reformasi" dalam ceramah-ceramah dan lebih banyak menghabiskan masa di pondok panas PKR daripada pusat PAS ketika menghadapi pilihanraya.

"Memang muak pun melihat ramai ahli-ahli PAS, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan PAS tetapi berbaju PKR.

"Sesekali semacam hendak menyindir betapa akidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap 'reformasi'," katanya.

Ahli-ahli PAS juga didakwa terikut-ikut dengan pendirian PKR terhadap ahli parlimennya Zulkifli Nordin berhubung tindakan membantah forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam, Ogos lalu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Salahuddin menyifatkan pandangan Azizi itu "tidak menggambarkan hakikat sebenar" yang berlaku.

Menyentuh kerjasama dalam pilihanraya kecil tersebut, Salahuddin berkata, beliau mengarahkan ahli-ahli Pemuda PAS membantu PKR dalam muktamar dewan itu atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, oleh kerana pilihanraya kecil itu ditandingi Anwar, sudah tentu baju, poster dan kemeja T PKR dibekalkan dan dipakai oleh ahli-ahli PAS.

"(Perbuatan itu) bukan penghakisan (pengaruh PAS) atau asimilasi, (dakwaan) itu tidak benar. Kita tetap dengan entiti dan identiti PAS," katanya.

Beliau berkata, dakwaan sekarang tidak lagi kedengaran laungan takbir sebaliknya diganti dengan "reformasi" juga tidak tepat.

"Dalam program PKR, program Anwar, sudah tentu laungan reformasi itu lebih (kuat) kedengaran," katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Mengulas pengaruh PAS terhadap golongan muda saat ini, Salahuddin berkata, sokongannya sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

"Daripada lebih kurang 1,000 ahli baru setiap bulan, 60 peratus orang muda," katanya.

Exco Angkatan Muda PKR Kedah, Hasrul Muhaimin Hasbi pula mengakui bahawa PKR dan penasihatnya memang lebih popular di kalangan orang muda tanpa mengira parti.

"Anwar popular di kalangan orang muda kerana imej mudanya itu jelas. Orang kenal Anwar sejak daripada beliau muda-muda di zaman sekolah dan universiti lagi.

"Imej muda itu membuatkan orang tertarik dan rasa dekat," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, yang menjadi calon PKR di Kuah, Langkawi dalam pilihanraya umum lalu, sejarah kelahiran parti itu melalui siri demonstrasi pada 1998 membuka peluang kepada pembabitan golongan muda.

Hasrul berkata, dalam pemerhatiannya, penyokong pembangkang lebih selesa dengan imej, dasar dan pendekatan PKR kerana PAS lebih menekankan soal agama sehingga menimbulkan rasa kurang selesa anak muda yang pelbagai latar belakang.

"PAS ini banyak golongan ahli agama, dua tiga kali dia pergi kena nasihat, lepas itu dia seganlah nak pergi. Yang tidak pakai tudung, sudah tentu tidak pergi (mendekati PAS)," katanya.

Bagaimanapun, persoalan "curi ahli" tidak timbul kerana, menurutnya, ia cuma "membuang masa" dan bagi penyokong pembangkang, kedua-dua parti itu "sama sahaja".

"Mereka anggap PAS dan PKR sama saja. Mereka tidak peduli PAS atau PKR atau DAP, asalkan pembangkang, dia sokong.

"Mungkin juga kita sedang menuju sistem dua parti yang hanya ada kerajaan dan pembangkang," katanya.

Kritikan Azizi kini semakin tersebar meluas di Internet, khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Ia mengukuhkan lagi tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin parti itu terbelah dua dalam isu penggantian kerajaan 16 September, yang mula ketara sejak muncul isu rundingan dengan Umno dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat beberapa bulan lepas.

http://www1.malaysiakini.com/news/90301

Harga minyak turun lagi 10 sen

Sep 24, 08 2:44pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.
Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu.

Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara.

"Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama.

"Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan.

"Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.

Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.


Kadar inflasi tertinggi dalam masa 27 tahun

Sep 24, 08 7:50pm

Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahanapi, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

Inflasi kekal tinggi

Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya,
CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.

"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.

Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.

Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.

http://www1.malaysiakini.com/news/90342

Najib batal ke AS demi 'ekonomi negara'


Sep 24, 08 7:44pm

Timbalan perdana menteri sekali lagi membatalkan lawatan ke luar negara yang bermula esok selepas berbuat demikian minggu lepas.

Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri lawatan ke Amerika Syarikat selama seminggu hingga 1 Oktober bagi menangani isu-isu ekonomi negara akibat keadaan ekonomi dunia masa kini.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menggantikan Najib sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di persidangan ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) di New York, Ahad ini.

"Pembatalan lawatan kerja ini telah dipersetujui oleh perdana menteri," satu kenyataan daripada pejabat Najib petang ini dipetik.

"(Pembatalan) ini ekoran keadaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang menuntut perhatian timbalan perdana menteri untuk menjamin keadaan ekonomi negara terus kukuh."

Sebagai menteri kewangan yang baru dilantik 17 September lepas, menurut kenyataan itu lagi, Najib memerlukan masa untuk mendapatkan segala taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi negara daripada pelbagai jabatan dan agensi.

Bagaimanapun, satu laporan menyebut pembatalan lawatan Najib, yang juga timbalan presiden Umno, berkaitan persaingan dalam parti itu khususnya isu pelan peralihan kuasa antara beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Abdullah meminta Najib membatalkan lawatannya untuk mengendalikan masalah-masalah itu.

Sabtu lepas, Najib menjelaskan bahawa beliau menangguhkan lawatannya tiga hari ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula 19 September bagi "menyusun semula jadualnya untuk memulakan tugas sebagai menteri kewangan."

Beliau juga menafikan penangguhan itu ada kena-mengena dengan senario politik dalam negara, sama ada berhubung kemelut dalam Umno atau ura-ura langkah pembangkang menjatuhkan kerajaan BN yang diusahakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

http://www1.malaysiakini.com/news/90343

Rais sokong jawatan presiden dipertanding


Sep 24, 08 3:50pm

Sudah tiba masanya bagi dua jawatan tertinggi dalam Umno - presiden dan timbalan presiden - dipertandingkan untuk memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Umno amat memerlukan proses demokrasi yang mantap dan saya berada dalam kumpulan di mana (jawatan) presiden dan timbalan presiden sepatutnya dicabar," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 13 ketua misi Malaysia yang ditugaskan di Amerika di Kedutaan Malaysia di Washington.

"Mana-mana jawatan sepatutnya dipertandingkan – jawatan am tidak sepatutnya suci – Umno wajar melalui proses pengembalian kepada asal, kembali kepada caranya yang lama," katanya kepada Bernama.

Dua jawatan tertinggi parti tidak dibenarkan dipertandingkan selepas persaingan yang meninggalkan kesan mendalam pada 1987 - antara penyandang presiden Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah - yang menyaksikan parti berpecah.

Razaleigh selepas itu menubuhkan parti Semangat 46 yang turut disertai beberapa ahli utama parti termasuk Rais, namun kembali semula ke pangkuan Umno pada 1996.

Rais yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden Umno dalam perhimpunan agung parti Disember ini, berkata "proses pengembalian kepada asal" dalam Umno adalah sihat untuk parti.

"Jika keputusan dibuat oleh pemimpin-pemimpin sahaja, pasti akan mewujudkan akibat tertentu.

"Bagaimanapun, jika akar umbi diberikan peluang, dengan itu nilai demokrasi dapat diperkukuhkan," kata Rais yang juga ahli Parlimen Jelebu.

Beliau bagaimanapun yakin Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat mengharungi "kesukaran" kemelut politik negara.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa di mahkamah bagi tuduhan liwat, Rais berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa di mahkamah bagi menghadapi tindakan undang-undang mengikut Kanun Keseksaan dan ia tiada kena mengena dengan cita-cita politiknya.

"Tidak seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, liwat merupakan perbuatan jenayah di Malaysia," katanya sebagai mengulas kritikan tajam terhadap kerajaan Malaysia oleh negara-negara Barat.

Anwar, yang merupakan ketua Pakatan Rakyat, menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk mengambil alih kerajaan dengan mendakwa lebih 30 ahli Parlimen Barisan Nasional telah menyertai partinya.

"Tarikh yang ditetapkannya itu telah datang dan berlalu dan ini akan menjejaskan kewibawaannya," kata Rais.

Mengenai Akta Keselamatan Negeri (ISA) yang kontroversi, Rais berkata adalah penting bagi ISA dinilai semula supaya selaras dengan prinsip hak asasi manusia (berhubung) dengan keadilan, pentadbiran undang-undang dan bidang kuasa mahkamah.

"Kita perlu kaji semula ISA untuk menangani pelbagai kritikan – aspek tertentu ISA boleh dinilai semula. Malaysia tidak boleh lagi berkata yang ia tidak boleh (kaji semula ISA)," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90302

Laporan polis terhadap Anwar


Sep 24, 08 5:01pm

Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dari daerah itu, hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggu-gugat kestabilan negara.

Laporan dibuat oleh Ketua Setiausahanya Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak pada jam 10.35 pagi ini.

Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

"Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau. Ini kerana kepimpinan Anwar bukan sahaja menganggu-gugat kestabilan negara, tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu ahli parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti... sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

"Beliau (Anwar) seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan," katanya kepada pemberita di perkarangan balai polis itu hari ini, demikian menurut Bernama.

Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN.

Tidak puashati

Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak jam 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Anwar sebagai pemimpin.

Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis "Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar" serta "Tangkap Anwar Ibrahim".

Sementara itu, di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama ahli Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.

Beliau berkata kalau benar sudah tentu Anwar sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan.

"Kalau betul sudah ada perundingan di antara Anwar dengan perdana menteri, mengapa nak buat kenyataan pada media asing...sepatutnya, panggil sahaja wartawan tempatan ke Parlimen dan buat kenyataan serta dedahkan senarai nama itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini.

Mohamad yang melabelkan Anwar sebagai "Tukang Karut" disebabkan kegagalan ketua pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September lalu seperti yang disasarkan, yakin jika senarai nama itu ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menyiasat perkara itu untuk membolehkan pertukaran kerajaan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90321

Anwar: Majoriti MP Islam/bumi tetap dipertahankan

Abdul Rahim Sabri Sep 24, 08 4:20pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

"Ada pandangan tentang komposisi kaum-kaum. Seperti yang saya sebutkan (bahawa) ini tidak harus membimbangkan.

"Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.

"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Anwar hadir di mahkamah pagi ini bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya.

Sebaliknya, kata beliau yang juga penasihat PKR, isu kebimbangan mengenai komposisi ahli parlimen tersebut, telah diciptakan oleh Umno untuk menakutkan-nakutkan orang Melayu.

Semalam, Anwar mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar juga menjelaskan dalam sidang media itu, bahawa turut menemui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok malam tadi di kediamannya.

Dalam kedua-dua pertemuan tersebut, katanya, mereka membincangkan perkembangan terakhir mengenai langkah yang diambil dan reaksi mereka terhadap kenyataan perdana menteri serta merangka langkah-langkah yang harus diambil secara muafakat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar rakyat Malaysia bersabar dengan langkah-langkah Pakatan seterusnya kerana menganggap peralihan kuasa adalah satu perkara besar.

'Mari kita uji'

"Saudara kena ingat ini satu proses besar. Peralihan kuasa. Dan bagi Umno dan BN, ini suatu hal yang amat menakutkan mereka.

"Jadi saya fikir wajar kita mengenengahkan kenyataan kekuatan kita dan memberi rencana bahawa urusan kita ialah untuk mentadbir dengan adil.

"Bukan untuk membalas dendam atau (bertindak) ganas atau guna ISA kerana pendirian kita akan membatalkan ISA sebaik sahaja kita memerintah," jelas Anwar lagi.

Beliau juga enggan mengumumkan nama dan jumlah ahli parlimen yang didakwa akan melompat menyertai Pakatan dan seterusnya membentuk kerajaan demi menjaga keselamatan mereka.

Diminta reaksinya terhadap tanggapan bahawa beliau seorang pembohong ekoran kegagalannya menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu, Anwar berkata:

“Sekiranya mereka percaya saya adalah seorang pembohong, jadi mari kita uji mengikut perlembagaan dan rangka undang-undang.

“Mari kita uji dan mengundi di parlimen. Itulah caranya mereka boleh mengujinya,” kata Anwar lagi.

Diminta mengulas penangguhan kes beliau hari ini berhubung permohonan pihak pendakwa untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi, Anwar menjawab:

"Pertimbangan yang hakim akan buat, dalam melihat bantahan dari pihak pendakwa - sama ada hendak menghormati prinsip keadilan atau ikut teknikaliti undang-undang - kerana pendakwa nampak bersungguh-sungguh hendak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan hakim yang ditentukan."

http://www1.malaysiakini.com/news/90313

Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan


Sep 24, 08 12:01pm

Setelah gagal dalam projeknya untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September dan semalam, PKR mula mengendurkan langkahnya selepas bertemu tokoh-tokoh utama PAS dan DAP.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.

Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dipetik sebagai berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu yang menurutnya sebagai "tersalah tafsir".


Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.

Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.

Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur berhubung perkara yang sama malam tadi.

"Kami juga berbincang langkah-langkah seterusnya yang sepatutnya Pakatan Rakyat ambil dalam usaha membentuk kerajaan baru yang mencerminkan sokongan majoriti anggota-anggota parlimen," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno "mensabotaj dan membantutkan proses demokrasi."

Pakatan Rakyat juga merancang menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung projek undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Bagaimanapun PKR semalam memberitahu Malaysiakini, surat sedemikian belum diutuskan kepada Istana Negara.

http://www1.malaysiakini.com/news/90280

Pindah kes Anwar: Keputusan 7 Okt


Sep 24, 08 10:24am

Hakim SM Komathy Suppiah yang mendengar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada ia akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pihak peguambela membantah notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mereka membantah kerana Peguam Negara tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam kes ini kerana beliau sendiri sedang disiasat berhubung aduan mereka bukti dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.

Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.

Prosiding pagi ini bermula dengan pihak pendakwa, yang diketuai oleh Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berhujah menyokong kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Yusof berkata, Abdul Gani tidak mempunyai peranan secara langsung dalam kes ini dan oleh itu, perintah pemindahan kes yang ditandatanganinya, adalah sah.

Menyentuh tentang jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terbabit dalam perbicaraan kes Anwar, Mohd Yusof berkata, perdana menteri boleh berkata apa-apa pun.

Sambil menyebut kes undang-undang, Mohd Yusof memberitahu hakim bahawa beliau (hakim) tiada pilihan kecuali memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Kawalan ditingkatkan

Sementara ini, kawalan keselamatan ditingkatkan di kompleks mahkamah Jalan Duta di mana beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia manakala anggota polis ditempatkan di pelbagai lokasi.

Mereka yang hendak memasuki bilik mahkamah juga perlu menjalani pemeriksaan polis.

Anwar tiba kira-kira jam 9.50 pagi dan masuk ke bilik mahkamah lapan minit kemudiannya. Kes itu didengar jam 10 pagi.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikatjamin.

Bagaimanapun, para penyokongnya bimbang sekiranya ikatjamin tersebut dibatalkan, mengakibatkan Anwar ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraannya - satu proses yang mungkin memakan masa berbulan-bulan.

Bagaimanapun, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam prosiding sebelum ini dan ia juga dijangka tidak dibangkitkan hari ini.

http://www1.malaysiakini.com/news/90269

Makanan anjing: Teresa akui tersilap

Fauwaz Abdul Aziz Sep 24, 08 12:42pm

Teresa Kok yang baru dibebaskan daripada tahanan ISA, mengecam beberapa pihak - termasuk menteri dalam negeri dan akhbar Utusan Malaysia - yang didakwanya cuba mengalihkan isu penahanannya kepada isu 'makanan anjing'.

Bercakap di forum 'Mansuhkan ISA' anjuran DAP malam tadi, Teresa menuduh Utusan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar kerana menumpukan kepada pemilihan perkataannya, daripada menangani isu-isu yang berkaitan dengan ketidakadilan ISA.

"Mereka cuba mengalih fokus terhadap isu ISA kepada isu makanan," katanya di forum tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan kira-kira 600 hadirin.

Teresa yang juga ahli exco kerajaan Selangor serta ahli Parlimen Seputeh, ditahan pada 12 September lalu kerana "mencetuskan ketegangan dan konflik kaum dan agama' di bawah ISA yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Dua orang lagi turut ditahan pada hari yang sama. Mereka adalah penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hong Cheng.

Tan telah dibebaskan manakala Raja Petra telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Perak semalam, untuk menjalani perintah tahanan selama dua tahun.

Mengaku silap

Teresa, yang pada mulanya menafikan membuat kenyataan berhubung 'makanan anjing' tersebut, juga berkata sewaktu ditahan dalam bilik selepas 6 X 8 kaki, beliau hanya diberi air dan roti atau dua biji telur rebus serta kari untuk makanannya.

"Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya merujuk kepada rakaman video berhubung komennya mengenai makanannya ketika dalam tahanan.

Sambil menegaskan beliau tidak berapa ingat mengenainya kerana jadualnya yang ketat selepas pembebasannya, Teresa bagaimanapun menuduh pengkritiknya memperbesar-besarkan isu tersebut untuk mencetuskan sensitiviti orang Melayu berhubung haiwan tersebut.

Teresa sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan sengaja menggunakan istilah 'makanan anjing' untuk menyinggung perasaan orang Melayu.

"Mungkin, sepertimana yang dikatakan oleh rakan-rakan, saya sepatutnya berkata makanan yang diberikan kepada saya itu lebih teruk daripada makanan kuching," katanya berseloroh.

Teresa mengulangi hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana membuat kenyataan yang didakwa menyebabkan beliau ditahan.

"Saya akan memfailkan saman terhadap mereka yang menganiaya saya dan menyebabkan saya ditahan di bawah ISA... Khir Toyo dan Utusan Malaysia," katanya.

Secara berseloroh, Teresa berkata barangkali sesuatu yang positif daripada apa yang berlaku ialah mungkin tahanan ISA akan diberi makanan yang lebih baik pada masa depan.

"Sekurang-kurangnya sekarang...sesiapa juga yang masuk dalam, akan dapat makanan yang baik," katanya sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

http://www1.malaysiakini.com/news/90283

Malaysian inflation at 26-year high for August

Agence France-Presse - 9/24/2008 9:15 AM GMT

Malaysia's inflation rate jumped to a 26-year high of 8.5 percent in August, driven by the escalating cost of food and fuel, according to official data released Wednesday.

"The result was slightly higher than expected but the central Bank Negara would not raise interest rates to ensure growth," said Wan Suhaimi Saidi, an economist with Kenanga Investment Bank.

"It is slightly above my expectation. I was looking at 8.4 percent. I don't think the government will increase the key interest rates. It will be maintained at 3.50 percent till the year-end to support growth," he told AFP.

The Department of Statistics revised downwards the inflation figure for July to 8.3 percent.

It said the cost of food and non-alcoholic drinks rose 11.7 percent in August compared to a year ago. The high inflation is already hurting consumers with many Malaysians cutting down on their food bill.

"The increase (in inflation for August) was shown in the selected main groups, namely food and non-alcoholic," it said in a statement.

The August data showed escalating prices in most categories, including transport which jumped 21.8 percent, and restaurants and hotels which rose 6.5 percent.

Malaysia's government hiked the fuel price by 41 percent in June, in a move to rein in the ballooning cost of subsidies but it has indicated prices could be lowered soon.

High inflation was one of the factors that led to an unprecedented humiliation at March general elections for the ruling coalition, which lost five states and a third of parliamentary seats.

Bank Negara has said it expects inflation to moderate in the second half of 2008 as economic growth is likely to slow down.

http://news.my.msn.com/

Malaysia's Anwar urges patience in bid to remove government



Agence France-Presse - 9/24/2008 5:22 AM GMT

Opposition leader Anwar Ibrahim on Wednesday defended his failure to topple the government a week after claiming he had enough support to seize power, and asked Malaysians to be patient.

Anwar said removing the ruling coalition which has dominated Malaysian politics for half a century was an enormous task and that he wanted to do it smoothly and within the law.

"I appeal to Malaysian citizens, particularly those who want to see a change, to understand this and be a bit more patient because we do not want to transgress the constitution, rules and procedures," he told a press conference.

"It will take a lot of patience, a lot of resolve, to try and unravel this complex web controlled by a few cronies," he said.

Anwar said last week he had the support of more than 31 lawmakers from the Barisan Nasional coalition and called on Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to agree to negotiations on a handover of power.

Abdullah refused and rejected a request for an emergency session of parliament for the opposition to mount a vote of no confidence against him.

An official from Anwar's party said Tuesday the opposition had begun handover talks with the government, with several meetings between intermediaries taking place since the weekend.

Abdullah said there were no such talks and Anwar said Wednesday he was "not aware" of any discussion on a political transition.

But he said he had written to the king to inform him of his actions so far, although he was not yet seeking an audience with the monarch, who would need to approve any change in government.

Anwar dismissed the premier's claims that he was merely bluffing about the defectors, whose names he has refused to release.

"If they think I'm a liar, put it to the test and have a vote taken," he said.

Parliament resumes on October 13 after a break for the Muslim fasting month of Ramadan but even then the opposition faces procedural barriers to mounting a no-confidence vote.

Anwar faces a trial on sodomy allegations -- the same charge that saw the former deputy premier sacked and jailed a decade ago.

On Wednesday his lawyers argued against an application to move the case to the High Court.

"The prosecution is trying very hard to transfer the case to the High Court so it will be heard by a judge decided by them," Anwar said after a hearing at the Sessions Court which reserved its judgement to October 7.

http://news.my.msn.com/

Malaysia cuts fuel price by 3.9 percent




Malaysia Wednesday announced another 3.9 percent cut in petrol prices, following recent declines in world oil prices.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said the price of petrol will be cut by 10 sen to 2.45 ringgit (0.72 dollars) while diesel prices will be cut by the same amount to 2.40 ringgit effective Thursday.

It is the second time the government has cut fuel prices since a 41 percent hike in June on the back of soaring crude costs -- a 5.6 percent cut was introduced last month.

The massive rise in June sparked angry street protests and calls for Abdullah to quit. The PM later said prices will be reviewed periodically based on the cost of oil.

Wednesday's cut comes ahead of next week's Eid al-Fitr celebrations in the mainly Muslim country.

"In the last month global oil prices have been fluctuating but on an average it is lower than the previous price average (in August)," Abdullah said in a statement.

"The government is aware that many will be travelling back to their home towns for the festive season from this weekend,"

"(We) hope that this price reduction will alleviate the people's burden, especially while celebrating Eid al-Fitr," he said.

June's hike saw inflation skyrocket, with the August price index reaching a 26-year high of 8.5 percent, driven by the escalating cost of food and fuel.

Opposition leader Anwar Ibrahim, who is mounting an aggressive challenge against Abdullah's leadership, has promised to cut fuel prices substantially if he wrests power from the ruling coalition.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...