Thursday, May 21, 2009

Geng gadis ditangkap polis kerana ugut wanita


SALAH seorang gadis yang ditangkap polis di Kennington, Britain.


KENNINGTON - Sekumpulan gadis ditangkap oleh polis selepas salah seorang daripada mereka mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu pasukan polis menangkap kumpulan itu yang dianggotai oleh empat gadis di luar sebuah balai polis di sini, selatan London setelah mereka didakwa menakutkan seorang wanita berumur 41 tahun dekat Hyde Park.

Gadis-gadis itu digari selepas beberapa anggota polis menyatakan mereka melihat salah seorang daripada gadis itu mempunyai sepucuk pistol.

Sebelum ini, mereka didakwa meminta seorang wanita yang menjadi mangsa mereka menyerahkan wang.

Namun, apabila wanita itu menyerahkan dompetnya, gadis-gadis tersebut melemparkannya balik dan menyatakan bahawa mereka hanya bergurau.

Bagaimanapun, sumber-sumber polis mendakwa salah seorang gadis itu kemudian mengacukan sepucuk pistol ke arah kepala wanita tersebut dan memetik picunya.

Wanita itu berada dalam keadaan ketakutan tetapi kemudian menyedari bahawa pistol berkenaan tidak mempunyai peluru.

Kumpulan itu dianggotai oleh remaja yang berumur 16, 17, 18 dan 21 tahun. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Tyler kesal menghamilkan gadis



Tyler


LONDON - Seorang remaja, Tyler Barker, 15, yang disahkan sebagai bapa kandung seorang bayi perempuan bernama Maisie menganggap keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, bapa bayi itu dipercayai seorang budak berumur 13 tahun, Alfie Patten.

Tyler menitiskan air mata mengingatkan tindakan yang dilakukannya sehingga menyebabkan rakan wanitanya, Chantelle Stedman, 15, mengandung.

Ketika kejadian mereka berada dalam keadaan mabuk.

Mahkamah Tinggi London memutuskan bahawa Tyler merupakan bapa kandung bayi berusia tiga bulan itu apabila beliau mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama Chantelle untuk satu malam.

"Melakukan hubungan seks dengannya adalah kesilapan besar yang saya lakukan dalam hidup. Saya berharap ia tidak pernah berlaku.

"Dia pernah mengajak saya keluar beberapa kali namun saya tetap menolaknya.

"Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang budak lelaki tidur beberapa kali bersamanya.

"Tetapi saya tidur dengannya sekali sahaja," kata Tyler.

"Saya tidak menggunakan kondom ketika itu, tetapi Chantelle memberitahu bahawa dia akan memakan pil pencegah kehamilan.

"Saya sangka dia telah menguruskan perkara itu.

"Semua rakan mengejek saya, namun ia bukan bahan lawak bagi saya," tambahnya lagi.

Bapa remaja lelaki itu, Chris Ireland berkata, anaknya itu sangat risau memikirkan nasibnya yang kini menjadi seorang ayah.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Gempa bumi dekat Mekah


GAMBAR fail menunjukkan Masjidilharam di Mekah.


RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

‘Si lembut’ didakwa merompak


JEFFERI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang semalam atas tuduhan melakukan rompakan.


KLANG – Kemunculan seorang lelaki jurujual yang tingkah lakunya umpama seorang wanita sambil memakai seluar jeans pendek paras paha mencuri tumpuan orang ramai di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Lelaki itu, Jefferi Salabi, 32, yang berambut panjang sebenarnya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjatakan sebilah parang bersama seorang lagi suspek yang masih bebas ke atas seorang pengurus perkapalan.

Dia yang berpakaian wanita ketika kejadian didakwa melakukan kekerasan ke atas mangsa di belakang Restoran Mamas dan Hong Leong Bank di Bukit Tinggi di sini kira-kira pukul 2.30 pagi, 12 Mei lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Lelaki didakwa sebabkan kematian


MOHAMAD ARIFFIN didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat semalam atas tuduhan menyebabkan kematian Jamilah.


BATU PAHAT – Seorang penganggur berusia 26 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian dan kecederaan terhadap seorang wanita mengandung, Jamilah Selamat dalam kejadian rompak awal bulan ini.

Mohamad Ariffin Anang dari Taman Flora di sini dituduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Jamilah pada pukul 7.15 malam 3 Mei di Jalan Kaloi, Air Hitam.


KERATAN Kosmo! 6 MEi 2008.


Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding turut dituduh mengikut Seksyen 394 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa ketika merompak dalam kejadian sama.

Dalam kejadian tersebut, Jamilah, 31, seorang jurujual kedai kraf tangan di Air Hitam, dirompak ketika menunggang motosikal bersendirian ke rumahnya di Taman Air Hitam, yang terletak hanya 70 meter dari tempat kejadian.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Dua beranak, amah ditikam perompak


JAFRI memeluk anaknya Nur Afini manakala Nur Safura ditenteramkan seorang saudara selepas ibu dan adik mereka mati dibunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam.


IPOH – Gara-gara sebuah komputer riba yang nilainya tidak sampai RM2,000, tiga nyawa melayang akibat dibunuh seorang penagih dadah di sebuah rumah di Taman Pinji Seni di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang, pemilik salon, Wah Yah Mat Zi, 42, dan anak bongsunya, Esmin Denish Jafri Tajul, 5, serta pembantu rumah warga Indonesia, Dani, 19, mati akibat ditikam dan ditetak dengan pisau oleh penagih dadah yang masuk ke rumah tersebut untuk merompak.




Mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemui berlumuran darah dengan mayat Wah Yah berada di ruang tamu manakala mayat Esmin dan orang gaji ditemui berhampiran bilik air.

Difahamkan semasa kejadian, Wah Yah sempat menghubungi suaminya, Jafri Tajul Aripin, 47, dan memaklumkan mengenai kejadian rompakan itu.

Jafri yang ketika itu bekerja di sebuah bank di sini terus memandu kereta pulang dan sempat melihat seorang lelaki melarikan diri dari arah rumahnya.

Suspek berusia 26 tahun telah diberkas oleh dua rakan Jafri.

Buat masa ini, polis mengesyaki ketiga-tiga mangsa itu dibunuh selepas Wah Yah dikatakan enggan menyerahkan wang yang diminta suspek.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Sah bebas penularan virus


KAKITANGAN MAS mengedarkan borang deklarasi kesihatan kepada para penumpang pesawat yang baru mendarat di KLIA semalam.


PUTRAJAYA – Malaysia disahkan bebas daripada penularan tempatan bagi virus influenza A (H1N1) berikutan tiada sesiapa pun daripada orang yang ditemui dalam dua kes yang disahkan pada 15 dan 16 Mei lepas turut menerima jangkitan sehingga tamat tempoh inkubasi virus itu semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tempoh inkubasi virus itu adalah tujuh hari daripada pendedahan yang dikira dari 13 Mei lepas, iaitu tarikh kedua-dua pesakit tersebut masuk ke negara ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kesemua 222 orang yang dikuarantin di rumah kerana terdedah kepada dua pesakit itu sebelum ini akan turut dibebaskan jika tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.

Jumlah yang dikuarantin itu termasuk anggota keluarga pesakit, penumpang dan krew penerbangan MH091 dan AK5358, iaitu pesawat yang turut dinaiki kedua-dua pesakit itu serta anggota perubatan yang memeriksa kedua-dua mereka sebelum ini, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, seramai 39 penumpang dari kedua-dua pesawat itu masih tidak dapat dikesan, dan walaupun tempoh kuarantin telah berakhir mereka perlu bertanggungjawab dan melaporkan diri agar status mereka diketahui.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Gerakan harap Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia

Rabu Mei 20, 2009

PULAU PINANG: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan (dan) komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi dan kini menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lepas.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

"Beliau sudah berusia 85 tahun, dan ingin kembali ke negara kelahirannya tetapi rayuannya telah ditolak," kata Teng. BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/20/mstar_berita/20090520190026&sec=mstar_berita

Bekas banduan gagal lolos diri

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Tidak serik menyandang gelaran bekas banduan, dia memilih jenayah ragut sebagai kerjaya sampingan untuk menyara hidup sebagai penagih dadah sehingga kegiatan haramnya meragut nyawa ibu hamil dua bulan, Jamilah Selamat, 31, awal bulan lalu.

Lelaki berusia 26 tahun yang disyaki meragut beg tangan Jamilah itu ditangkap pasukan khas ditubuhkan polis bagi menyelesaikan kes wanita malang itu yang turut mendapat perhatian dan simpati rakyat Malaysia.

Turut dicekup seorang lelaki berusia 23 tahun yang memiliki telefon bimbit milik Jamilah yang hilang bersama beg tangan mangsa sejak kejadian ragut itu.

Hari ini, nasib bekas banduan itu akan ditentukan Timbalan Pendakwa Raya sama ada dia akan dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan berkenaan atau dilepaskan berikutan tempoh tahanan reman ke atasnya berakhir.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata bekas banduan terbabit mempunyai enam rekod kesalahan lampau membabitkan curi, ragut dan pencerobohan jenayah sekitar 2003 hingga 2006.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas polis menerima maklumat orang awam melihat lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika tangkapan, suspek di bawah pengaruh Eramin 5 cuba meloloskan diri dan bertindak agresif melawan anggota polis.

“Bagaimanapun, suspek mula memberi kerjasama pada 15 Mei lalu dengan menunjukkan lokasi barangan milik mangsa yang dibuang di dalam semak, berdekatan ladang sawit di Parit Raja, Batu Pahat,”
katanya.

Menurut Mohd Mokhtar, sebaik ke kawasan ditunjukkan, pihaknya menemui satu beg tangan hitam milik Jamilah, mengandungi kad pengenalan mangsa, Mykid tertera nama Muhammad Khairi Ridhwan, tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) dan dua kad keahlian pasar raya.

“Dalam siasatan kes sama, kita turut menahan tujuh lagi suspek termasuk seorang lelaki berusia 23 tahun kerana memiliki telefon bimbit jenis Motorola milik mangsa.

“Dua suspek sudah dibebaskan manakala tiga yang lain masih diperlukan untuk siasatan lanjut berhubung beberapa kes ragut sekitar Johor,”
katanya.

Mohd Mokhtar berkata, semua barang ditemui termasuk telefon bimbit disahkan milik Jamilah oleh suaminya, Razali Ahmad.

“Kita sudah menyerahkan kertas siasatan lengkap kedua-dua kes (peragut dan lelaki miliki telefon bimbit mangsa) kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan reman kedua-dua suspek akan tamat esok (hari ini),” katanya.

Skuad khas tangani Mat Rempit diperluas

KUALA LUMPUR: Polis trafik akan memperluaskan peranan skuad khas menangani Mat Rempit atau Skuad 42 ke seluruh negara menjelang hujung tahun ini dalam usaha memerangi secara habis-habisan gejala berkenaan yang banyak menyumbang kepada jenayah serta lain-lain masalah moral. 

Difahamkan sehingga kini empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pulau Pinang serta Bukit Aman sudah menubuhkan skuad berkenaan dan menunjukkan kejayaan dalam menangani masalah itu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata selain menubuhkan pasukan khas itu gelaran Mat Rempit juga ditukar kepada ‘Samseng Jalanan’.

Lepas nafsu celah batu

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my


KUANTAN: Kegiatan maksiat membabitkan pasangan kekasih yang tidak segan silu bercumbu termasuk mengadakan hubungan seks di kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Tongkang, di sini, semakin menjadi-jadi menyebabkan ramai pengunjung menyuarakan tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa agama segera memantau lubuk maksiat itu.

Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Yon, 40, berkata dia sering terserempak dengan beberapa pasangan memadu asmara di tempat terbuka sehingga ada yang menunjukkan aksi tidak senonoh ketika berjoging di pantai berkenaan.

Malah, dia mendakwa sempat merakam perbuatan terkutuk sepasang kekasih menggunakan kamera telefon bimbit, baru-baru ini, untuk dijadikan bukti bahawa kawasan riadah dilatari kehijauan Hutan Lipur Bukit Pelindung itu menjadi lokasi strategik kegiatan maksiat.

Menurutnya, aksi sepasang kekasih melakukan seks di celah batu besar termasuk dalam air di tepi pantai itu dirakam ketika berjoging kira-kira jam 3 petang, 17 Mei lalu.

“Saya terkejut dan mengucap panjang ketika ternampak perbuatan keji pasangan kekasih terbabit. Bermula dengan bercumbu-cumbuan sebelum mereka menanggalkan pakaian masing-masing.

“Pasangan terbabit kelihatan masih muda dipercayai remaja tanpa malu menayangkan aksi ghairah mereka kemudian beralih tempat dari celah batu besar seakan gua ke pesisir pantai,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Yon berkata, dia sengaja merakam empat klip video aksi pasangan terbabit sepanjang tujuh minit untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa kawasan itu menjadi pilihan pasangan bercumbu dan berkelakuan sumbang tanpa ada penguatkuasaan seandainya diminta berbuat demikian.

“Saya kesal kerana mereka menjadikan kawasan awam tempat melepaskan rindu sehingga perlakuan masing-masing melebihi batasan. 

“Malah, kedudukan tersembunyi di pantai ini dijadikan pasangan kekasih berpelukan dan bercumbu sehingga menyakitkan mata memandang. Aksi memualkan ini membuatkan pengunjung tidak selesa apatah lagi jika membawa anak kecil,”
katanya.

Katanya, walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah meletakkan papan tanda melarang pengunjung berkelakuan sumbang, tetapi pihak berkuasa agama perlu bertindak lebih tegas termasuk meningkatkan pemantauan di lokasi pasangan muda memadu kasih bagi membendung kegiatan itu.

“Pasangan terbabit tidak harus melakukan perbuatan sumbang di khalayak kerana ia bukan memalukan keluarga, malah berdosa,” katanya. 

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Kongkang itu menjadi pesta kepada ‘kaki skodeng’ menonton wayang percuma lakonan remaja tidak bermaruah memuaskan nafsu di sebalik keindahan pantai.

Tengkuk mangsa samun dipulas hingga patah

KOTA BHARU: Hasil bedah siasat wanita warga emas yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, kelmarin mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lehernya dicekik dan tengkuknya dipulas hingga patah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata mangsa, Zaharah Sulong, 84, dipercayai tidak menyedari penceroboh memasuki rumahnya kerana tidur di bilik.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam rumah mangsa mendapati tiada pembunuhan secara mutlak kerana tiada kesan pencerobohan yang jelas dan kesan geledah selain harta benda lain yang hilang kecuali sebentuk cincin.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai lebih seorang dikatakan menceroboh rumah mangsa dan melakukan perbuatan jenayah itu sebelum melarikan diri. Mereka menceroboh masuk melalui tingkap sebelum keluar menerusi pintu belakang,” katanya.

2 akta lindungi diri

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Wanita yang terus menjadi mangsa penderaan suami boleh menggunakan peruntukan undang-undang bagi menghalang tindakan tidak berperikemanusiaan itu daripada terus berlaku.

Presiden Persatuan Syarie Malaysia, Mohd Isa Abdul Ralip, berkata ada dua peruntukan undang-undang yang digubal bagi melindungi wanita atau isteri yang didera sama ada dari segi fizikal atau mental.

Beliau berkata, isteri yang menghadapi masalah itu boleh mendapatkan injunksi dari mahkamah tinggi syariah bagi menghalang suami meneruskan tindakan ganas berkenaan.

“Sebagai contoh, Seksyen 107 Enakmen Keluarga Islam Selangor, iaitu peruntukan yang menghalang suami daripada melakukan kekasaran terhadap isteri dengan apa cara sekali pun.

Permohonan injunksi ini boleh dimohon walaupun kes isteri berkenaan masih dibicarakan di mahkamah dan ia lebih bertujuan bagi menghalang suami daripada terus mengganggu kehidupan isteri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Selain itu, katanya, isteri boleh membuat permohonan di mahkamah majistret bagi mendapatkan perintah perlindungan sementara atau Interim Protection Order (IPO) yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, permohonan itu perlu disertakan laporan polis dan perubatan berkaitan kesan kecederaan yang dilakukan suami.

“Jika ini boleh dilakukan, ada peruntukan yang boleh melarang suami daripada mendekati isteri dalam jarak tertentu dan jika suami ingkar dengan arahan itu, polis akan bertindak terhadap lelaki terbabit,” katanya.

Mohd Isa berkata, wanita boleh menggunakan peruntukan yang disediakan di mahkamah syariah dan mahkamah magistret bagi menyelamatkan diri.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090520073102/Article/index_html

Drebar teksi setan tumpas

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi setan bertatu kala jengking dan kerap menjadikan kenderaannya sebagai jerat untuk memperkosa penumpang wanita, akhirnya tumpas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek diberkas selepas bermaharajalela dan menjadi buruan utama polis sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, suspek yang ditahan pada Jumaat lalu berhampiran kawasan Subang Jaya kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Beberapa mangsa akan dipanggil bagi kawad cam terhadap suspek sebelum pendakwaan dilakukan kelak,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Dalam beberapa laporan sebelum ini suspek yang menjadikan teksinya sebagai perangkap menjerat mangsa.

Sah, budak 13 tahun bukan bapa


GAMBAR fail menunjukkan Alfie, Chantelle dan bayi perempuan bernama Maisie.



TYLER


LONDON - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Alfie Patten bukan bapa paling muda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Alfie menggemparkan rakyatnegara berkenaan selepas teman wanitanya, Chantelle Stedman, 15, melahirkan seorang bayi perempuan bernama Maisie pada Februari lalu.

Sebelum ini, Alfie mengakui pernah meniduri Chantelle tetapi ibu bapanya mendesak ujian DNA dilakukan bagi mengesahkan dia adalah bapa kandung Maisie ekoran usianya yang begitu muda.

Media mula melaporkan mengenainya selepas Majlis Perbandaran East Sussex County gagal dalam usaha mendapatkan perintah larangan mahkamah bagi menghalang kes tersebut disiarkan.

Ujian DNA sebaliknya menunjukkan seorang remaja yang tinggal berhampiran kediaman keluarga Steadman, Tyler Barker adalah bapa kandung bayi berusia tiga bulan itu.

Dia dan seorang pelatih tukang masak berusia 16 tahun, Richard Goodsell diarah menjalani ujian DNA selepas mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan Chantelle.

"Saya meniduri Chantelle kira-kira sembilan bulan lalu dan bimbang bayi berkenaan mungkin milik saya. Saya dipersenda berhubung isu itu tetapi ia bukan sesuatu yang kelakar. Ia sesuatu yang serius," kata Tyler yang berusia 14 tahun ketika itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

30 pelatih PLKN ada tanda influenza

May 20, 09 5:05pm
Satu wabak disyaki influenza telah berlaku di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas di Semenyih dengan setakat ini 30 orang telah dikenal pasti mempunyai simptom influenza. 

ismail mericanKetua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata pelatih tersebut mempunyai gejala demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, 26 telah dirawat di bilik isolasi kem, tiga di Hospital Kajang - seorang daripadanya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua lagi di wad perubatan.

Seorang lagi pesakit telah keluar dari hospital semalam, menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Dr Ismail berkata kementerian itu akan membuat pengawasan dan kawalan dalam menangani situasi tersebut termasuk melakukan pengawalan vektor iaitu semburan kabus dan kajian aedes, pemantauan dan pemeriksaan harian semua pelatih, merawat dan merujuk kes yang bergejala ke hospital terdekat.

Sementara itu, seorang pegawai Jabatan Kesihatan berkata jabatan itu telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber dan jenis influenza itu.
    
Beliau turut memberikan jaminan yang influenza itu tidak mempunyai kaitan dengan Influenza A (H1N1).
    
"Kami baru menerima kes itu pagi ini. Sampel telah dihantar untuk pemeriksaan dan kami mungkin memerlukan beberapa hari untuk menentukan puncanya," kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan semasa dihubungi Bernama.
    
Katanya pelatih yang dimasukkan ke wad ICU itu disyaki kes denggi.

"Ia mungkin influenza bermusim yang biasa atau denggi, kami masih menunggu keputusan ujian, kerana kedua-duanya boleh berlaku serentak," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/104721
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...