Sunday, August 7, 2011

54 tahun merdeka – bagaimana sekarang?

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Hanya minggu saja lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara e-54, suatu detik bersejarah yang amat gemilang hasil usaha generasi masa itu dan sebelumnya menuntut kemerdekaan.

Orang kampung saya di Serkat, Pontian Johor begitu gembira dan sentiasa meneriakkan ‘Merdeka’ dengan mengangkat tangan penuh semangat. Mereka bangga dapat ‘menghalau’ penjajah pulang ke negerinya. Siang malam orang memperkatakan merdeka dan meneriakkannya di mana-mana – di masjid dan surau, di kedai kopi, di pengkalan sungai tempat memunggah ikan, di bangsal kelapa dan di mana-mana.

Suasana menjelang 31 Ogos itu sangat menarik, di mana orang kampung saya dan tem[pat lain juga menyambut seperti hari raya. Mereka mendengar radio dan membeli akhbar jauh di pekan untuk mendapat berita terkini iaitu bagaimana detik-detik bendera Union Jack yang akan diturunkan dan kemudian dinaikkan bendera negara ini.

Mereka gembira tanah air akan merdeka, negara ini diperintah oleh anak negeri sendiri yang bersongkok dan berbaju Melayu berkain samping, bukan Mat Saleh yang berkot dan bernektai yang datang dari England. Anak negeri bangga dapat mencapai kemerdekaan dan memerintah sendiri negara ini.

Itulah yang mereka tahu mengenai kemerdekaan tanah air. Pengetahuan mereka mengenai kemerdekaan berhenti setakat itu saja. Mereka tidak tahu akan erti demokrasi berparlimen, konsep dan falsafahnya, kebebasan bersuara, hak-hak asasi dan sebagainya.

Namun menariknya, para pejuang kemerdekaan ini tidak memikirkan hendak menimbun kekayaan apabila berkuasa, tidak terfikirkan mengenai rasuah dan nepotisme, politik wang dan sebagainya.

Mereka hidup dalam keadaan serba sederhana, namun jiwa perjuangan mereka sangat tinggi, justru mereka mengunyah idealisme dengan begitu hebat

Hari ini – lima puluh empat tahun kemudian – suasana sangat berbeza. Erti kemerdekaan tidak berhenti setakat menggenggam tangan melaungkan merdeka, menurunkan bendera Union Jack, mengibarkan bendera Tanah Melayu, ‘menghalau’ Orang Puteh dan sebagainya.

Generasi kini menghendaki pengisian kemerdekaan itu dengan tuntutan demokrasi yang luas, kebebasan bersuara, pilihan raya yang adil dan bersih serta terjaminnya hak-hak asasi manusia. Mereka juga menuntut pembahagian adil kekayaan negara.

Di sinilah, ketika saya merenung peristiwa Himpunan Bersih 2.0 di Ibu Negara 9 Julai lalu saya segera terkenang akan suasana masa lampau 54 tahun lalu itu, zaman datuk nenek dan ayah bonda kita semua, bahkan zaman remaja saya sendiri.

Himpunan Bersih 2.0 yang menggegarkan negara adalah cetusan dan manifestasi pengisian tuntutan kemerdekaan itu sendiri. Mereka yang berhimpun itu - pelbagai bangsa dan agama - kebanyakannya adalah golongan terpelajar yang mendapat pendidikan di dalam dan luar negara. Mereka adalah golongan yang terdidik.

Mereka memahami erti pilihan raya yang bebas dan demokrasi serta hak-hak asasi manusia hasil dari bacaan dan pendedahan yang mereka terima dari pelbagai sumber. Mereka terdedah dengan pelbagai maklumat dari dunia siber yang terbuka luas tanpa sempadan. Mereka menekuni pelbagai wabe-site, blog, You-Tube, Twitter, Face-book dan pelbagai media lain dalam dan luar negeri. Mereka menentang pemerintahan secara feudal dan kuku besi.

Mereka adalah generasi yang mendapat maklumat dari ‘professor Google dan Yahoo’, mereka adalah generasi face-book di mana persepsi mereka sangat berbeza sekali dengan generasi masa lalu.

Mereka merasakan sudah sewajarnya rakyat negara ini yang telah 54 tahun merdeka menikmati demokrasi sepenuhnya dan kebebasan mengeluarkan pendapat. Mereka enggan dikongkong oleh pelbagai sekatan, akta yang tidak munasabah yang menyekat kebebasan mereka.

Sebab itu apabila para NGO mengadakan Himpunan Bersih 2.0, mereka segera menyokongnya, justru mereka mempunyai aspirasi yang sama dengan Bersih 2.0. Mereka meluncur laju ke tengah Ibu Kota dari pelbagai jalan dan lorong dengan aman. Tidak ada harta benda awam yang dirosakkan. Mereka penuh disiplin walaupun suara mereka agak keras.

Inilah phenomena generasi baru, generasi Face-book. Namun begitu yang menariknya, golongan generasi lama yang penuh semangat masih wujud dan mereka ini ikut serta menuntut kebebasan bersuara menerusi Himpunan Bersih 2.0 itu. Inilah yang dikatakan bahawa
Himpunan Bersih 2.0 sangat unik.


Ia adalah himpunan multiracial society. Inilah yang menyebabkan Sasterawan Negara, A. Samad Said sangat terharu dengan perpaduan kaum yang menyerlah di dalam Himpunan Bersih 2.0 itu.

Persoalannya di sini ialah himpunan tersebut telah disalahtafsirkan atau dikelirukan oleh golongan tertentu yang berkepentingan. Dalam masa yang sama pemimpin pemerintah tidak memahami atau tidak bersedia untuk memahami aspirasi generasi baru ini dan juga sebahagian golongan generasi lama yang prihatin dengan pergolakan di negara ini.

Para pemimpin yang tidak memahami aspirasi rakyat inilah menyebabkan timbul pelbagai masalah dan kejutan diiringi dengan pelbagai tuduhan bahawa kononnya Himpunan Bersih 2.0 didalangi oleh anasir luar yang hendak menimbulkan huru hara dan pelbagai tuduhan jahat lain. Pada hal jika himpunan itu dibenarkan, tanpa gangguan pancutan air dan gas pemedih mata, saya yakin ia akan berjalan secara aman.

Saya merasakan inilah yang terjadi apabila pemimimpin yang berkuasa itu, pertamanya dia tidak mememahami situasi masa kini, Kedua, tidak memmahami asporasi generasi baru dan ketiga, kemahuan untuk mempertahankan kuasa melebihi segala-galanya. Inilah yang menimbulkan masalah.

Disebabkan mereka tidak memahami situasi masa kini dan tidak bersedia walaupun hanya untuk mendengar suara rakyat, menyebabkan meruncingnya suasana politik masa kini. Umno/BN telah memerintah 54 tahun, suatu tempuh yang sangat lama dan ini menyebabkan mereka terlalu yakin bahawa mereka tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapapun dan setiap suara yang bersifat kritikal dengan kekuasan mereka akan ditentang.

Dengan itu walaupun Himpunan Bersih 2.0 itu hanya menuntut pengurusan pilihan raya yang bersih dan adil ia telah ditafsirkan sebagai usaha mencabar kekuasan mereka. Maka terjadilah apa yang terjadi.

Sungguh malang, selepas 54 tahun merdeka, pemimpin pemerintah masih berfikir seperti zaman 70-an atau 80-an dengan segala yang ada pada zaman itu. Mereka perlu sedar bahawa mereka berada di zaman dunia siber dengan maklumat yang sangat terbuka. Kita telah merdeka tetapi belum menikmati kebebasan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4743-54-tahun-merdeka--bagaimana-sekarang

Pakatan Rakyat terbuka buat Ku Li

Subky Latif

APABILA Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang bekas orang kuat Barisan Nasional membentuk NGO bernama Amanah, mengaitkannya dengan legasi Tunku Abdul Rahman Putra dan pesan amanah kemerdekaan yang ditinggalkan, maka ia terdedahkan kepada serba spekulasi.

Kenyataan awal pelancaran Amanah itu baik dari Ku Li dan rakan kanannya Tan Sri Kadir Shikh Fadhir mengkritik politik dan pimpinan Perdana Menteri Najib yang mereka kira tidak sejalan dengan semangat amanah kemerdekaan yang dibawa Tunku dulu.

Ku Li dan Amanahnya akan membuat penjelasan lanjut tentang dakwaan itu dan menariknya ia berlaku di ambang PRU 13 dan sejurus selepas tsunami Bersih 2.0 yang menggegarkan tembok pentadbiran Najib dan BN.

Reaksi awal tidak segara datang dari Najib tetapi datang dari pihak yang boleh dikira proksinya iaitu Zaharin Hashim, MP pelarian PKR Bayan Baru. Ia tidak datang dari UMNO yang sah dan tidak juga dari kerabat BN.

Tetapi suaranya dipercayai mewakili kekhuatiran Najib.

Politik Ku Li kira-kira adalah gara-gara risikan kerabat Pakatan Rakyat menganjurkan Ku Li boleh alih peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditakdirkan ketua pembangkang itu dipenjarakan atau dijatuhkan hukum yang melarangnya jawatan awam politik.

Mungkin fikiran mengaitkan Ku Li dengan perkembangan pembangkang itu ada asasnya, tetapi bom asap yang dilepaskan oleh Zaharin itu adalah bagi menolak supaya Ku Li terkeluar dari sarang UMNOnya dan segeralah berambus ke gelanggang Anwar.

Kemahuan Najib ia supaya Ku Li tidak lagi jadi duri dan ancamannya dalam UMNO. Kiranya Najib mulai berada di sarang UMNO yang Abdullah Badawi bertinggik dulu, maka Ku Li adalah antara calon berpotensi untuk menolaknya sama seperti Najib menolak Tun Lah dulu. Akan kurang satu ancamannya dari dalam.

Bagi Zaharin adalah untuk mendapat sedikit untung dari apa jua yang boleh melemahkan Anwar dan PKR. Sekali pun dia payah untuk mendapat kedudukan dalam UMNO selepas PRU nanti, tetapi dia boleh menumpang kasih dari Najib kiranya kembali berkuasa.

Tetapi bagi Ku Li tidak beroleh apa-apa kerugian dari politik bom asap yang dilepaskan oleh Zaharin itu.

Jika dia terus berdiam diri di sarang UMNOnya di Gua Musang, Najib dan UMNO tidak akan berani mengusiknya. Jika dia tidak dicalonkan semula di Gua Musang oleh BN, dia akan bertanding atas pentas apa jua, dan saya amat yakin Pakatan Rakyat akan memberi laluan kepadaya untuk mengalahkan calon BN selain daripadanya.

Hayat politik Zaharin dipercayai berakhir sebaik Parlimen dibubarkan, tetapi Ku Li mulai ada harga yang tinggi baik dia kekal dalam UMNO atau pun dia ditolak keluar dari UMNO.

Jika Najib dan UMNO menang lagi dan Ku Li adalah dalam UMNO, maka Ku Lilah tumpuan UMNO bagi mendepani politik Najib yang serba uzur itu. Sekali pun Najib kembali berkuasa tetapi kedudukannya lebih teruk dari kedudukan Tun Lah dulu. Giliran Ku Li sekali lagi menawar diri menjadi calon Presiden UMNO.

Kali ini peluang Ku Li lebih baik dari sebelumnya.

Tetapi kalau digugurkan UMNO di Gua Musang, Pakatan Rakyat adalah terbuka kepadanya. Memang Pakatan Rakyat terbuka untuk semua orang kecuali Dr. Mahathir.

Dan kalau sudah ada kemputusan Anwar tidak boleh menyertai pilihan raya, maka keadaan Ku Li mungkin terapung ketika itu tetapi harganya tinggi. Tidak kira dia akan menggantikan Anwar atau tidak, tetapi dia dapat menambah satu gambar lagi dalam poster Pakatan Rakyat, setanding dengan gambar Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Anwar.

Tidak penting sama ada Ku Li sudah dirisik atau tidak. Dengan dia menubuhkan Amanah, dia mulai menjadi bahan politik yang panas.

Jika dihantar oleh merisiknya pun tidak ada yang merugikan PR. Jika dia menolak, maka PR tetap dalam keadaannya yang ada, dan kedudukan Anwar tidak akan bertukar dari keadaan yang payah kepada keadaan yang senang. Anwar hanya akan senang kira PRU 13 ini memihak kepada Pakatan.

Tetapi jika Ku Li memberi jawapan positif kepada risikan itu, ia bukan sekadar bom asap kepada politik negara, tetapi ibu segala bom.

Tidak salah Ku Li dirisik dan dipujuk. Tentunya seseorang itu mahu dihargai. Bukan tujuan saya mahu menyamakan Ku Li dengan Abu Sufian. Abu Sufian sudah tidak ada harga pada Rasulullah SAW sekali pun dia masih orang kuat Quraisy.

Bapa saudara Nabi, Abas memujuknya supaya beriman ketika baginda sudah dalam perjalanan untuk membebaskan Mekah. Dia pun beriman. Nabi menghargainya dengan menyatakan siapa yang berlindung di rumah Abu Sufian dijamin selamat.

Sikap di saat terakhir Abu Sufian itu membantu Nabi masuk Mekah tanpa halangan.

Merisik Ku Li dan dia tahu pula membawa diri menyesuaikan dengan keadaan, memberi banyak manfaat kepada semua kecuali UMNO dan BN.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/4718-pakatan-rakyat-terbuka-buat-ku-li

Sidang tergempar: PAS serah surat pada PM esok

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.

"Esok jam 12 tengahari di bangunan Parlimen saya bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara.

Beliau juga tidak menafikan ianya merupakan satu konspirasi pihak tertentu untuk mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita yakin wujud konspirasi dalam perkara ini," katanya.

Minggu lalu, media mula mendedahkan berkaitan PR yang memegang kad pengenalan merah bertukar status kepada warganegara dan mendapat kad pengenalan biru serta didaftarkan sebagai pengundi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata isu ini telah lama berlaku dan pernah terbukti di mahkamah di Sabah bahawa penduduk Myanmar didaftarkan sebagai warganegara.

"Isu daftar pemilih ini pernah dibuktikan di mahkamah dan nampaknya sehingga kini kerajaan tidak pernah berhenti mendaftarkan warga asing untuk mengundi," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4761-sidang-tergempar-pas-serah-surat-pada-pm-esok

Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'

Abd Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.

"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.

'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap.

Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'.

"Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.

"Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad.

Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan.

"Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu.

"Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4760-pilih-tuntutan-bersih-atau-kerajaan-mismah

Khairi mesti letak jawatan jika mahu berpolitik

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung aduan salah laku Pegawai Atase Pendidikan Malaysia, Khairi Jalalluddin.

Keputusan itu dibuat setelah delegasi DPPM meneliti dari dekat mengenai aduan mahasiswa Malaysia di Mesir sewaktu ke sana 2 Ogos lalu.

Malah banyak salah laku beliau telah didedahkan di laman sosial facebook "KJ Bocor Fan Club".

Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan adalah berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM).

Khairi yang merupakan ahli Lembaga Kelab Umno Mesir juga merancang untuk mengheret pelajar perubatan Mesir menyertai kelab tersebut serta berkempen di hadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai kelab Umno Mesir.

Selain itu Khairi juga mengadu domba agar pihak duta bertembung dengan mahasiswa.

Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, DPPM memandang serius perkara ini dan memohon pihak KPT menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club.

"Jika Khairi bertindak seperti yang didedah, DPPM mendesak dan menggesa Khairi segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar.

"Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai pegawai atase pendidikan dan beliau boleh kembali ke Mesir atas nama ahli kelab Umno Mesir tanpa perlu berselindung di sebalik jawatan kerajaan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Tambahnya juga, Khairi ternyata melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah dengan profesionalisme tugasnya.

"Beliau sepatutnya berperanan memberi khidmat dan membantu peningkatan akademik mahasiswa di Mesir tapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan di antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di Kaherah Mesir," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4755-khairi-mesti-letak-jawatan-jika-mahu-berpolitik

Pemuda PAS optimis kes pelajar Mesir dipecat selesai

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) optimis menemui jalan penyelesaian terbaik berhubung kes mahasiswa Malaysia di Mesir yang dibuang universiti kerana menganjurkan himpunan Bersih 2.0 di sana.

Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) DPPM, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertemuan dengan pihak kedutaan Malaysia di Mesir menampakkan kejayaan awal.

Beliau bersama ketua DPPM, Nasrudin Hassan ke Mesir 2 Ogos lalu bertemu dengan Duta Malaysia di Mesir, Profesor Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukhti dan pegawai pendidikan Malaysia di sana bagi membincangkan kes tersebut.

"Hasil pertemuan kita berjaya menyelesaikan banyak perkara dan pihak kedutaan sendiri berjanji akan menyelesaikan kes ini dengan pihak universiti Al-Azhar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Selain Firdaus, kira-kira 40 pelajar universiti tersebut turut diambil tindakan ditarik biasiswa kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0.

Zamri berkata, perkara tersebut amat dikesali kerana seperti diketahui umum, perhimpunan Bersih 2.0 adalah 'halal' di luar negara.

Mereka hanya berhimpun secara aman secara aman kira-kira 15 minit dengan mengutip tandatangan pelajar menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0.

"Firdaus dibuang dari universiti tanpa notis dan hanya mengetahui dia dibuang apabila tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir.

Tambahnya DPPM tidak menolak kemungkinan tindakan ini dilakukan pihak universiti kerana dipengaruhi pihak yang pro Umno BN di sana.

"Ini sangat tidak wajar kerana pelajar di sana tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi tiba-tida dibuang hanya kerana menganjurkan himpunan.

"Kita syak ada unsur hasutan pihak yang diarahkan kerajaan Malaysia untuk memantau tindak tanduk pelajar di sana," katanya.

Jelasnya lagi, pihak kedutaan mencadangkan kesemua pelajar tersebut membuat surat rayuan kepada pihak unversiti dan kedutaan akan mengambil tindakan lanjut.

"Mereka berjanji akan cuba menyelesaikan perkara ini dalam masa dua minggu," katanya.

Selain itu beliau turut memberitahu, DPPM akan mencadangkan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM) agar menubuhkan Lajnah Guaman bagi menyeleaikan masalah pelajar Malaysia yang melibatkan undang-undang.

"Juham akan bantu lajnah ini dalam menyelesaikan kes-kes perundangan contohnya seperti kes inilah," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah timbalan ketua DPPM, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan setiausaha Khairul Faizi Ahmad Kamil.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4754-pemuda-pas-optimis-kes-pelajar-mesir-dipecat-selesai

Gaza: Misi Muslim Care berjaya sampaikan bantuan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011.

Zulkefli Mohd Nani, Ketua Misi ke Gaza merangkap Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan bahawa Muslim Care juga menyediakan prasarana dan peralatan bagi menubuhkan sebuah kilang roti bagi membangunkan ekonomi muslimah di Gaza sewaktu misi tersebut.

Misi itu turut disertal Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail, anggotanya Zakaria Abdul Latif, Hj Zulkifli Wahijan, Ust Reduan Md Nor, Halim Redzuan, Ahmad Safuan Ujar, kesemuanya dari Muslim Care, wakil PAS Selangor Izham Hashim, Zahari dari Cakna Palestin.

Mereka bertolak ke gaza bermula 27 Julai lalu dan selamat pulang ke tanah air 2 Ogos lalu.

Sewaktu di Gaza, misi turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan bertemu dengan 11 ahli parlimen Gaza.

Di samping itu, misi ini turut menyediakan sebuah makmal komputer untuk sebuah sekolah menengah di Khan Younis yg tidak pernah mempunyai makmal komputer di sekolah tersebut sebelum ini.

Disamping itu anggota misi juga telah berjumpa sendiri anggota keluarga yang ada dikalangan ahli keluarga mereka sedang dipenjarakan di penjara Israel.

(Gambar: Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis)

Menurut Zulkefli Nani, mereka dimaklumkan bahawa ada diantara tahanan tersebut yang telah 34 tahun dipenjarakan di Israel, lebih lama dari Neson Mandela yang dipenjarakan selama 29 tahun.

Selain itu pasukan misi ini juga turut memberikan bantuan kewangan dan makanan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tinggal serta warga miskin di Gaza di mana misi ini telah pergi terus ke rumah-rumah warga miskin bagi menyampaikan bantuan tersebut.

Dengan sumbangan yang telah diberikan oleh penderma melalui Muslim Care, mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa selama 7 hari dianjurkan di masjid-masjid di sekitar Gaza dengan sumbangan tersebut.

Selain itu juga masyarakat dan kanak-kanak yg kurang berkemampuan juga akan diberikan pakain baru sebelum Aidil Fitri nanti melalui sumbangan yang dihulurkan Muslim care.

Menurut Zulkefli lagi, walaupun sempadan Rafah dikatakan telah dibuka oleh Kerajaan Mesir, hakikatnya sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan umat Islam masih terus dihimpit kemiskinan di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa bantuan kepada umat Islam di Gaza mesti diteruskan kerana "humanitarian aide" dari NGO luar ini adalah penghubung nyawa bagi ramai warga miskin.

Di Gaza, Muslim Care telah menandatangani perjanjian dengan Emaar Association sebuah NGO kebajikan yg akan melaksanakan beberapa program bagi pihak Muslim Care di Gaza kelak.

Untuk perancangan seterusnya, Muslim Care berhasrat membina sebuah Masjid di sebuah kawasan penduduk miskin berdasarkan permintaan umat Islam di sana dan juga mencari dana bagi membaiki rumah keluarga-keluarga dhoif di Gaza, Palestin.

Sebanyak USD180,000 diperlukan bagi menjayakan bantuan seterusnya.

Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan kepada rakyat palestin, bolehlah berbuat demikian melalui Tabung Muslim Care melalui Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestina) 5644-902-111-59.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4751-gaza-misi-muslim-care-berjaya-sampaikan-bantuan

Internet sah medan perang politik baru

Posted by admin on August 7th, 2011

Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet.Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

Benarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal.

“Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube,” kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Mesej boleh dihantar kepada pembaca di seluruh dunia hanya dengan satu klik dan tiada siapa yang boleh mengawal kandungannya, kata beliau.

“Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing,” kata beliau.

Ti berpendapat setakat ini kebanyakan masalah berkaitan Internet tidak ditangani dengan sewajarnya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai “kebenaran” melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum.”

Beliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan.

“Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak,” kata beliau kepada Bernama.

Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab.

“Medan perang” ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan.

Dr Jeniri mengambil perhimpunan haram 19 Julai di Kuala Lumpur sebagai contoh.

“Cerita dan visual tentang orang biasa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu disebarkan dengan meluas untuk menggambarkan mereka sebagai wira, manakala klip video yang mengandungi kepalsuan pula disiarkan melalui YouTube. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi BN,” katanya.

Beliau berkata walaupun Internet boleh dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat, tetapi majoriti rakyat Malaysia perlu belajar menggunakannnya secara wajar, khususnya berkaitan penyebaran mesej politik kerana terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan secara rasional dan menilai sesuatu pendapat secara seimbang.

“Jika sesetengah pengguna Internet terus menyelewengkan konsep demokrasi, pihak berkuasa tidak akan mempedulikan kenyataan biadab mereka, manakala pengundi yang matang pula akan menolak mereka apabila menyedari bahawa sebelum berkuasapun, kumpulan ini sudah berperangai hodoh,” kata beliau.

Ahli akademik ini berkata “medan perang” Internet juga boleh membawa seseorang ke arah yang betul atau tidak betul kerana, sebagai contoh, oleh kerana terdapat begitu banyak maklumat, kebanyakan orang akan hanya mengikut pendapat ramai apabila mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau palsu.

“Umpama orang yang kehilangan arah di lautan, mereka akan hanya mengikut orang lain dengan harapan akhirnya mereka akan menemui daratan atau sekurang-kurangnya, tidak keseorangan ketika berenang ke pantai. Ini menunjukkan mereka tidak mampu berfikir atau membuat penghakiman sendiri,” katanya.

Selain itu, kata beliau, ramai orang menganggap semua maklumat yang mereka terima sebagai ilmu yang berguna.

Beberapa ahli politik berpendapat kebanyakan orang terus mempercayai apa yang disiarkan melalui Internet tanpa usul periksa kerana menganggapnya betul serta berkongsi maklumat itu dengan rakan masing-masing pula.

Seperti kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, kini kebenaran semakin sukar untuk dilihat dan manusia semakin sukar menerima pendapat serta pendekatan orang lain dan tidak boleh bertolak ansur.

“Pada era maklumat ini, manusia perlu melatih diri masing-masing supaya berfikir dan membuat analisis sebelum menerima sesuatu maklumat yang dihidangkan kepada mereka.

“Sebelum mempercayai sepenuhnya, kita perlu ajukan soalan, mengenal pasti dengan jelas jenis mesej yang diterima dan, jika perlu, mendapatkan pengesahan mengenainya,” kata beliau.

– BERNAMA


http://www.kl-today.com/2011/08/internet-sah-medan-perang-politik-baru/


Suhakam berhasrat temui semua anggota polis terlibat

Suhakam berhasrat temui semua anggota polis terlibat
Joseph Sipalan
Ogos 5, 11
3:58pm

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata ia berhasrat menemui semua anggota polis yang didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas.

NONESuhakam pesuruhjaya James Nayagam (kanan) berkata ia adalah
bahagian penting yang perlu dibuat dalam siasatan awam yang akan
diadakannya untuk menyiasat dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan tersebut.

"Kita perlu buat... Orang ramai tidak sedar, bila anda bercakap tentang siasatan awam, anda perlu bercakap dengan semua yang terlibat. Ia
mesti satu siasatan yang terperinci," katanya selepas menerima testimoni bertulis dan bukti video mengenai dakwaan keganasan polis.

Wakil dari BERSIH 2.0, Suaram, Tenaganita dan Peguam for Liberty, menyerahkan 17 video, 15 testimoni umum dan 17 testimoni khusus
mengenai dakwaan gas pemedih mata di tembak ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.

Suhakam sebelum ini meminta orang ramai tampil mengemukakan bukti mengenai dakwaan keganasan polis, kepada suruhanjaya itu sehingga 2 Ogos, tetapi tarikh itu dilanjutkan ke hari ini atas permintaan BERSIH 2.0 dan yang lain-lain.

VIDEO | 6.19 min

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/172097

Nur tiada pilihan

Nur tiada pilihan

Oleh SURAYA ROSLAN
surayaroslan@hmetro.com.my

BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.


“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.


“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.


“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.


Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.


“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.


“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.


Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.


“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Nurtiadapilihan/Article/artikelMA

Disisih anak

Oleh MARY VICTORIA DASS dan MAHAIZURA ABD MALIK
am@hmetro.com.my

GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada   Scenic Route Sdn Bhd.
GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada Scenic Route Sdn Bhd.

JOHOR BAHRU: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.

Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.


Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.

Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.


“Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.


“Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.

Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.


Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.

“Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.


“Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.


Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.


Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.


“Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.


“Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.


Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.


Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.


http://www.hmetro.com.my/articles/Disisihanak/Article/artikelMA

Karpal warns MCA: Stop Chinese ‘opera’

Posted by admin on August 7th, 2011

The DAP today slammed MCA for attempting to become ‘Chinese champion’ just as the next general election is around the corner. DAP national chairman Karpal Singh (pic) chided MCA’s criticism that DAP had been quiet on the recent religious raid on a multi-faith dinner held at a church last week.

He said DAP had has always refrained from commenting prematurely on such incidents until proper investigations have been carried out to disclose the truth.

“We won’t comment or blame anyone without evidence,” Karpal stressed.

He hit back at MCA for saying that DAP had been quiet due to fear of backlash from Pakatan Rakyat ally, PAS.

He blasted MCA of being interested only to fish votes by playing the ethnic card and staging Chinese political opera.

“MCA should stop trying to champion the Chinese cause due to pending elections,” he told newsmen during routine rounds in his Bukit Gelugor parliamentary constituency.

Karpal was refering to Selangor Islamic Religious Department’s (JAIS) raid on a dinner last Wednesday at the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) in Petaling Jaya.

Selangor exco Dr Hasan Ali of PAS justified the raid claiming there was evidence of proselytisation towards Muslims during the church event.

The raid saw JAIS and Hasan coming underfire from various quarters. MCA was among the first to jump in to criticise the Pakatan Rakyat-led state government, and the party took the chance to hit out at DAP for not being vocal against JAIS and Hasan.

Karpal today slammed the overzealous attitude of Hassan, who is in charge of charge of the state Islamic religious affairs.

He said Hassan had obviously overreacted to justify the raid without first finding out the truth.

He also justified Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim’s gag order on his government officials to stop commenting on the issue.

“The gag order was necessary under the circumstances,” he said.

He took a swipe at MCA, stressing that the DAP had always championed the non-Muslim cause and opposed PAS Islamic agenda.

This includes opposing PAS schema to implement and extend the Syariah law coverage on non-Muslims and to set up an Islamic state.

He said DAP’s opposition to PAS religious stance was so strong that the Islamist party had changed its Islamic state agenda to that of a welfare state.

“PAS welfare state agenda is the right political direction,” he said.


http://www.kl-today.com/2011/08/karpal-warns-mca-stop-chinese-opera/

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11
2:56pm

ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

NONESaya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!


http://malaysiakini.com/news/172234

Serang gereja: Tanya diri kita dulu

Posted by admin on August 7th, 2011

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya belum ingin mengulas tentang “serangan” atau serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan “serangan” itu.Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa “jatuh hati” dan “terhutang budi”.

Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan:

Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta “sedekah” kepada orang lain?

Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu — sedangkan kita mampu-kita menyalahkan orang lain yang membantu.

Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

Penulis adalah ahli akademik sebagai Profesor Madya di USM dan bekas Mufti Perlis.


http://www.kl-today.com/2011/08/serang-gereja-tanya-diri-kita-dulu/

Gejala untuk murtad semakin meruncing

Posted by admin on August 7th, 2011

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar), berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.

“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.

Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


http://www.kl-today.com/2011/08/gejala-untuk-murtad-semakin-meruncing/

Church raid: State laws 1988 allows

Posted by admin on August 7th, 2011

The Selangor Islamic Religious Department (Jais) had likely acted within the law when it raided a church here, as a controversial enactment passed by a Barisan Nasional (BN) state government in 1988 allows action against non-Muslims.Malaysian Bar Council chief Lim Chee Wee pointed out, however, their being empowered also meant the religious authorities can only act within the confines of the Islamic laws, highlighting that the words allegedly said to prove Christians were proselytising to Muslims at the event — “Quran” and “Pray” — did not fall within the religious enforcement’s context.

“Whilst Jais may have the legal power to enter the premises, it must do so on a proper legal basis that there has been an offence committed. From the presently available facts, there is no basis for its intrusion,” he told The Malaysian Insider in an email.

Lim said there were four existing state Islamic legislation that give the authorities wide powers to act on religious matters, namely:

• Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (“Enakmen Jenayah”);

• Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 (“Enakmen Ugama Bukan Islam”);

• Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003; and

• Syariah Criminal Procedure (State of Selangor) Enactment 2003.

Selangor’s Non-Islamic Religions (Control of Propagation Amongst Muslims) Enactment, which outlines offences deemed as acts of proselytisation by non-Muslims towards Muslims, grants the religious authorities powers to launch investigations and arrest individuals without producing a warrant.

Some offences include the persuasion or incitement of Muslims to convert, to receive instructions or to participate in any activity for the benefit of any non-Islamic religion; if non-Muslims communicate with a Muslim for the purpose of subjecting the latter to any speech on a non-Islamic religion; if a person uses certain prohibited words to describe any belief pertaining to any non-Islamic religion, and others.

The Damansara Utama Methodist Church (DUMC) was raided by Jais on Wednesday after it received a complaint that Muslims were present at a dinner function there, leading to suspicion that Christians were attempting to proselytise Muslims.

Section 11 of the enactment also describes the offences as “seizable offences”, which, under the Criminal Procedure Code (CPC), does not stop the police from raiding private spaces, like DUMC’s rented premises here.

The Malaysian Insider understands that DAP lawmakers had raised hue and cry when the enactment bill was tabled in the Selangor state assembly in 1988, arguing that the legislation would encroach the rights of non-Muslims.

But despite the furore, the bill was passed and gazetted into law by a BN-dominated House, after it earned the blessings of even non-Muslim lawmakers, including those from MCA.

DAP advisor Lim Kit Siang confirmed the controversy, saying that the enactment had been deemed “far-reaching and unreasonable”.

“I cannot remember specifically the details of the Bill but DAP strongly objected it,” he told The Malaysian Insider when contacted.

Lim would not comment, however, when asked if this meant that blame for Jais’ highly-criticised raid on the DUMC should be heaped on MCA and BN, instead of the present Pakatan Rakyat (PR) Selangor government.

“At this point, we still do not know for certain on what basis Jais had conducted the raid so there may be a leap in reasoning to say who was right or wrong. Let us wait for (Selangor Mentri Besar Tan Sri) Khalid Ibrahim to make a statement on this first,” he said, reiterating that he could not remember details of the 23-year-old enactment.

The PR state government came under fire immediately after news of the church raid on Wednesday hit the headlines, with MCA leading the chorus of disapproval on the incident.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek also lambasted PAS state executive councillor Datuk Hasan Ali for defending Jais, and warned Selangor Muslims against the Islamist party’s hardline Muslim stance.

Hasan, in his defence of Jais, had explained the raid was conducted based on a complaint that said Muslims were among those attending a dinner function at the church’s rented premises here.

He said the words “Quran” and “pray” were used in front of Muslims and claimed there was also proof of efforts to proselytise Muslims during the function. Those involved, he said, could face punitive action for insulting Islam under Section 10 of the Syariah Criminal Offences Enactment 1995.

Hasan is due to face his party’s central working committee (CWC) today to explain the Jais raid. The Islamist party’s lawmakers have taken pains to voice their disappointment over the raids and explain circumstances where enforcement authorities can take action.


http://www.kl-today.com/2011/08/church-raid-state-laws-1988-allows/

Serbuan Jais: Kenyataan penuh Datuk Dr Hassan Ali

Dr Hassan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4741-serbuan-jais-kenyataan-penuh-datuk-dr-hassan-ali

PAS akan jumpa Jais, gereja

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan pihak gereja bagi mendapatkan penjelasan mengenai serbuan Jais ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, minggu lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendapat penjelasan terperinci berhubung perkara ini.

"PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

"PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.

Katanya, PAS akan berhubung dengan pihak Jais dan gereja mengikut tarikh yang sesuai untuk mendapat gambaran dan penjelasan langsung mengenai pemeriksaan tersebut.

“Selepas jumpa, baru buat keputusan,” ujarnya.

PAS, jelasnya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu.

Puas hati penjelasan Hassan Ali

Minggu lalu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Jais itu.

Ditanya pendirian PAS terhadap Dr Hassan, Ustaz Hadi berkata parti telah mendengar penjelasan beliau dalam mesyuarat dan berpuas hati dengan penjelasannya.

"Kita tak bincang apa-apa ketetapan pun terhadap Dr Hassan dan beliau datang hari ini kerana menghadiri mesyuarat ajk, bukan kerana dipanggil," jelas beliau.

Beliau turut mendakwa isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penduduk tetap (PR) diberi kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

"Kita tahu isu ini sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu pemberian kad pengenalan (biru) kepada penduduk tetap.

"Tapi PAS akan terus turun ke medan bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak," katanya.

Sementara itu Ustaz Hadi memberitahu mesyuarat hari ini tertumpu kepada persiapan PRU ke-13 khususnya mengenai isu pembersihan dalam sistem pilihan raya.

"PAS bincang tentang PRU walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi teka-teki.

"Daftar pemilih masih tidak bersih dan kita mahu daftar pemilih dibersihkan segera," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4759-pas-akan-jumpa-jais-gereja

PAS mahu dengar sendiri dari JAIS dan DUMC


Ogos 7, 11 4:10pm

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.

PAS Jawatankuasa Kerja Pusat yang bermesyuarat hari ini mendengar versi penjelasan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai apa yang berlaku.

[Berita penuh menyusul]



http://malaysiakini.com/news/172242

Dr Hasan: Saya rela dipecat

Ogos 7, 11 12:32pm

Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau sanggup dipecat jika diminta melepaskan jawatannya berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis di sebuah gereja beberapa hari lalu.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Mingguan Malaysia melaporkan Dr Hasan sebagai berkata, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika diminta melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan apa-apa jawatan sekali pun "demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Dr Hasan berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya Rabu lalu kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Bagaiamanapun, presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu memberitahu Mingguan Malaysia demikian sebagai mengulas tulisan terbaru blog ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bertajuk 'Genggam Bara Api!'

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong JAIS menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Menurut Dr Hasan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya dalam laporan Mingguan Malaysia itu.

Bagaimanapun, Dr Hasan enggan mengulas lanjut tentang isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) PAS akan meneliti isu serbuan ke atas gereja tersebut dalam mesyuarat bulanan hari ini di mana dr Hasan dijangka menjelaskan perkara itu.


http://malaysiakini.com/news/172237

ISMA sokong tindakan JAIS

Posted by admin on August 7th, 2011

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpendapat Jais perlu meneruskan siasatan jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam seperti yang dilaporkan dalam satu kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.
Isma juga meminta supaya pihak-pihak lain tidak mempolitikkan perkara ini yang boleh mengganggu siasatan Jais.

“Isma mahu Jais meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas Jais dan undang-undang. Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik,” kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini.

Isma juga, katanya mempersoal laporan sesetengah media yang dari awal lagi cuba memberi imej negatif seolah-olah Jais telah menceroboh kesucian rumah ibadat telah melakukan sesuatu yang tidak beretika dan keluar daripada lunas undang-undang.

Sehubungan itu, tambahnya Isma menyeru agar pemimpin-pemimpin umat Islam lebih prihatin terhadap apa-apa bentuk pencabulan terhadap kehormatan agama mereka.

“Saya kesal terhadap sesetengah pemimpin yang seolah-olah hilang ghirah (sensitiviti) terhadap agama sendiri bahkan lebih bersikap ingin membela agama lain atas dasar hak asasi atau menjaga keharmonian antara agama,” kata beliau lagi.

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap sikap toleransi yang berlebihan sama ada kerana faktor politik atau faktor lain kerana ia akan membawa kepada sindrom ‘kedayusan’ di kalangan umat Islam sehingga tidak bertindak apa-apa walaupun kehormatan Islam dan umatnya dicabul di hadapan mata.

Katanya, gejala murtad sama ada dengan memasuki agama lain atau tidak lagi beragama adalah satu jenayah yang mengancam keselamatan negara di sisi Islam.

Sebagai umat Islam, jelasnya perbuatan itu sama seperti menconteng arang di muka sendiri dan mencabar maruah dan kehormatan agama Islam.

Tambahnya, Isma mendukung hubungan harmoni antara kaum dan agama di negara yang berbilang bangsa ini tetapi bertegas dari aspek pelaksanaan undang-undang dan mempertahankan martabat agama dan maruah bangsa.


http://www.kl-today.com/2011/08/isma-sokong-tindakan-jais/

Jais: Isma persoal media cuba beri imej negatif

Harakahdaily

BANGI, 6 Ogos: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpendapat Jais perlu meneruskan siasatan jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam seperti yang dilaporkan dalam satu kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.

Isma juga meminta supaya pihak-pihak lain tidak mempolitikkan perkara ini yang boleh mengganggu siasatan Jais.

“Isma mahu Jais meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas Jais dan undang-undang. Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik,” kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini.

Isma juga, katanya mempersoal laporan sesetengah media yang dari awal lagi cuba memberi imej negatif seolah-olah Jais telah menceroboh kesucian rumah ibadat telah melakukan sesuatu yang tidak beretika dan keluar daripada lunas undang-undang.

Sehubungan itu, tambahnya Isma menyeru agar pemimpin-pemimpin umat Islam lebih prihatin terhadap apa-apa bentuk pencabulan terhadap kehormatan agama mereka.

“Saya kesal terhadap sesetengah pemimpin yang seolah-olah hilang ghirah (sensitiviti) terhadap agama sendiri bahkan lebih bersikap ingin membela agama lain atas dasar hak asasi atau menjaga keharmonian antara agama,” kata beliau lagi.

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap sikap toleransi yang berlebihan sama ada kerana faktor politik atau faktor lain kerana ia akan membawa kepada sindrom ‘kedayusan’ di kalangan umat Islam sehingga tidak bertindak apa-apa walaupun kehormatan Islam dan umatnya dicabul di hadapan mata.

Katanya, gejala murtad sama ada dengan memasuki agama lain atau tidak lagi beragama adalah satu jenayah yang mengancam keselamatan negara di sisi Islam.

Sebagai umat Islam, jelasnya perbuatan itu sama seperti menconteng arang di muka sendiri dan mencabar maruah dan kehormatan agama Islam.

Tambahnya, Isma mendukung hubungan harmoni antara kaum dan agama di negara yang berbilang bangsa ini tetapi bertegas dari aspek pelaksanaan undang-undang dan mempertahankan martabat agama dan maruah bangsa.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4756-jais-isma-persoal-media-cuba-beri-imej-negatif

Biar JAIS siasat tanpa gangguan, kata NGO Islam

Ogos 6, 11 8:18pm

JAIS perlu meneruskan siasatannya jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam, kata NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seigePresidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman (kiri) berkata, pihak-pihak lain diharapkan tidak mempolitikkan serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya kerana ia boleh mengganggu siasatan.

“ISMA mahu JAIS meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas JAIS dan undang-undang.

"Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik,” kata Abdullah Zaik.

Dalam kenyatannya hari ini, ISMA juga mempersoal laporan sesetengah media yang dari awal didakwa cuba memberi imej negatif seolah-olah JAIS menceroboh kesucian rumah ibadat dan tidak beretika.

NONE“Saya kesal terhadap sesetengah pemimpin yang seolah-olah hilang ghirah (sensitiviti) terhadap agama sendiri bahkan lebih bersikap ingin membela agama lain atas dasar hak asasi atau menjaga keharmonian antara agama,” kata beliau lagi.

Abdullah Zaik juga menyatakan kebimbangannya terhadap toleransi yang berlebihan - antaranya atas faktor politik - kerana ia membawa kepada sindrom 'kedayusan' di kalangan umat Islam walaupun "kehormatan Islam dan umatnya dicabul di hadapan mata".

"Gejala murtad sama ada dengan memasuki agama lain atau tidak lagi beragama adalah satu jenayah yang mengancam keselamatan negara di sisi Islam.

"Sebagai umat Islam, perbuatan ini sama seperti menconteng arang di muka sendiri dan mencabar maruah dan kehormatan agama Islam," katanya lagi.

ISMA bagaimanapun menegaskan mendukung hubungan harmoni antara kaum dan agama di negara berbilang bangsa tetapi "bertegas dari aspek pelaksanaan undang-undang dan mempertahankan martabat agama dan maruah bangsa".


http://malaysiakini.com/news/172205

Wan Azizah akan ganti Anwar 'jika perlu'

Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad
Ogos 6, 11
1:45pm

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks – patut bersara dari politik.

Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.

Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya.

Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.

"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).

NONE"Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok.

"Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan.

"Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya.

Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini.

"Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji...

"Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda.

Pelan A, B, C

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Anwar akan kembali ke dipenjara, Wan Azizah berkata beliau meletakkan harapan supaya perkara itu tidak akan berlaku.

"Janganlah doa begitu," katanya sambil tertawa kecil.

Beliau turut menggesa wartawan supaya turut optimis bahawa Anwar tidak akan dipenjarakan dan keluarganya membuat rancangan atas dasar yang sama.

NONE"Tentulah ada pelan kecemasan – pelan A, pelan B dan pelan C," katanya lagi.

Namun, Wan Azizah tidak dapat memberi gambaran jelas sekiranya andaiannya itu meleset.

Lalu siapa yang akan mengetuai Pakatan sekiranya ia dapat menguasai Putrajaya tanpa Anwar?

"Apabila keadaan itu berlaku, kita akan buat keputusan. Walaupun jika Pakatan berkuasa, kita masih perlukan semak dan imbang. Anda tidak boleh ada kuasa mutlak, anda tidak boleh (jadi) diktator," tegas Wan Azizah.

PKR juga telah melatih ramai pemimpin muda untuk mengisi kedudukan pemimpin lama, katanya lagi.

VIDEO | 9.52 min

[Baca berita penuh]


Bahagian 1:an Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah
Bahagian 2:Video seks: Azizah tetap yakin Anwar tak terlibat
Bahagian 3:Azmin akan 'matang', kata Wan Azizah

Wawancara dijalankan oleh Hafiz Yatim, Nigel Aw dan Salhan K Ahmad.


http://malaysiakini.com/news/172168

Kumpulan Kristian sangkal selindung sebalik kebajikan

Aidila Razak
Ogos 6, 11
7:20pm


Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip hari ini menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Thomas (bawah) berkata orang Kristian bertanggungjawab menolong pihak yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang syarat kepada penerima.

NONE
Menurutnya, agama lain juga mengajar perkara yang sama.

Katanya, orang Kristian sudah "jemu" dan "bingung" dengan dakwaan berterusan sedangkan perbuatan baik harus "dihargai" bukan "dicurigai".

"Dakwaan sebegini sudah berjalan untuk beberapa waktu. Provokasi yang tidak diperlukan ini sungguh membingungkan.

"Perdana menteri harus ke depan untuk mencari puncanya kerana dakwaan sebegini berterusan muncul kembali, sedangkan ia isu sensitif yang menyebabkan orang ramai berpecah belah. Ia tidak baik untuk negara," katanya.



http://malaysiakini.com/news/172200
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...