Showing posts with label Akta AUKU 1971. Show all posts
Showing posts with label Akta AUKU 1971. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

AZIZ: KERAJAAN KENA AKUR MAHKAMAH

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 4TH, 2011

Kerajaan perlu menterjemah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Akta Universiti dan Kolej (Auku) bertentangan dengan perlembagaan.Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, justeru itu kerajaan perlu memansuhkan akta tersebut yang bersifat zalim dan mengongkong sepertimana akta hasutan, akta mesin cetak dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).“Ia merupakan satu keputusan yang berani oleh para hakim. Saya melihat perlunya komitmen kerajaan sedia ada untuk memansuhkan Auku ini yang menghalang kebebasan mahasiswa untuk menyatakan pandangan dan dunia akademik itu sendiri.

“Saya juga melihat tidak perlu untuk kerajaan menggantikan Auku ini dengan akta yang baru kerana seperti yang kita ketahui Auku ini wujud pada era tahun 1970 dan pada ketika itu universiti sudahpun wujud di Malaysia, ” katanya lapor Tv Selangor.

Dr Aziz Bari juga berkata jika kerajaan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut, ia menunjukkan kerajaan sedia ada tiada kesungguhan untuk mengembalikan hak kebebasan mahasiswa dan akademik di Malaysia.

Pada 31 Oktober lalu, mahkamah rayuan memutuskan seksyen 15 (5) dalam Auku yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya yang terlibat dalam parti politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Keputusan itu dibuat secara majoriti apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor April 2010.

Sementara itu Kabinet hari ini membenarkan Kementerian Pendidikan Tinggi membuat rayuan terhadap penghakiman mahkamah bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) adalah tidak sah dan dan mencabul kebebasan bersuara.

Lamanweb sebuah akhbar bahasa Cina, yang memetik sumber-sumber kabinet itu berkata keputusan itu dibuat kerana keputusan Mahkamah Rayuan itu dianggap “bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa”.

http://www.kl-today.com/2011/11/aziz-kerajaan-kena-akur-mahkamah/

Tuesday, November 1, 2011

KERAJAAN TIDAK AKAN BERALAH PADA SISWA

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 1ST, 2011

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai bercanggah Perlembagaan Persekutuan.Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan tersebut adalah tidak selari dengan matlamat institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang menuntut pelajar berpandangan luas dan menunjukkan kematangan intelektual.

“Ini bukan semata-mata soal kebebasan tetapi juga bermaksud pendidikan disekat.

“Jika tidak memikirkan soal pendidikan, saya tak ada masalah dengan keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, Selasa.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan secepat mungkin memutuskan sama ada mengemukakan rayuan selepas membuat perbincangan dengan kabinet.

“Kita menghormati keputusan mahkamah.

“Dalam masa yang sama kita percaya ada lagi satu peluang di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Beliau menjelaskan, masyarakat perlu memahami mengapa AUKU 1971 diwujudkan dan mengapa pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik.

Katanya, sebagai pelajar mereka harus berupaya membina minda, berfikiran bebas, waras dan seimbang.

Hal ini bertentangan dengan bidang politik yang mempunyai ideologi, peraturan dan disiplin tersendiri.

“Kalau terikat dengan mana-mana pandangan, bagaimana nak luaskan pandangan dan tahap keintelektualan.

“Kalau mereka pegang apa-apa jawatan dalam parti politik sudah tentu mereka kena patuh dengan peraturan politik,” katanya.

Semalam, keputusan 2-1 dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

http://www.kl-today.com/2011/11/auku-kerajaan-tidak-akan-beralah-pada-siswa/

KINI MAHASISWA BERHAK TURUN KEMPEN POLITIK

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 31ST, 2011

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkempen pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.Menurut Wee, mahkamah tersebut menolak kes berkenaan memandangkan di bawah Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menyekat kebebasan bersuara pelajar.

“Keputusan itu menunjukkan sistem kehakiman negara adalah bebas dan tidak terikat dengan kerajaan.

“Hakikatnya, mahasiswa berusia 19 hingga 20 tahun akan berdaftar sebagai pengundi tidak lama lagi. Mereka ada hak untuk mengundi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Sehubungan itu, Wee amat menghormati keputusan tersebut memandangkan ia sudah lama diperjuangkan pemuda Umno dan MCA khususnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, akta tersebut lebih banyak memberi kesan negatif kepada pelajar terutamanya dalam persediaan mereka untuk aktif dalam politik.

“Saya minta pentadbir universiti supaya meneliti implikasi daripada keputusan ini supaya mengambil tindakan untuk membuat pengubahsuaian sebelum terlambat,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/kini-mahasiswa-berhak-turun-kempen-politik/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...