Monday, August 10, 2009

Ragut 9 lagi nyawa


KAKITANGAN KIST melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan ke atas pelajar yang kembali ke kampus itu di Bachok, Kelantan semalam.


KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi (H1N1) kian membimbangkan apabila sembilan lagi kematian dicatatkan semalam menjadikan keseluruhan jumlah kematian akibat penyakit itu setakat ini meningkat kepada 27 kes.

Dalam kes terbaru, dua dari- padanya berlaku di Sabah melibatkan seorang wanita obes, 24, dan seorang lelaki warga emas berumur 74 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita obes itu meninggal dunia pada 5 Ogos lalu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ranau pada 1 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Sementara itu, warga emas terbabit yang juga penghidap jantung kronik meninggal dunia pada 6 Ogos lalu, tiga hari selepas mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama.

Lelaki itu dikatakan baru mengalami demam sehari dan berdepan dengan kesuka- ran bernafas sejak sebulan lalu.

Kes lain pula merujuk seorang pelajar wanita, 20, yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos lalu dan meninggal dunia di bilik asra- manya, lima hari kemudian.

Selain itu, wabak tersebut turut meragut seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Mangsa ke-9 yang terkorban ialah seorang wanita mengandung berumur 25 tahun di sebuah hospital pakar di Johor Bahru pada pukul 1.30 pagi semalam.

Wanita itu disahkan meninggal dunia akibat pneumonia dan kegagalan pelbagai organ badan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...