Saturday, December 20, 2008

Tokoh Umno umum 'join' PAS esok


Upacara berkenaan akan berlaku di hadapan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
20 Dec 2008 10:46PM

SALAH seorang ahli Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru ini akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Pas esok. Pesiapan terakhir majlis kemasukan itu sedang diaturkan dan ianya akan diadakan di sebuah hotel dekat ibu kota samada esok ataupun lusa.

Ahli berkenaan merupakan salah seorang pemimpin peringkat bahagian Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru kerana dianggap telah memalu dan menjatuhkan imej parti berkenaan.

Maklumat yang sampai kepada saya semalam dan hari ini mengatakan upacara kemasukan individu berkenaan akan berlaku di hadapan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Tidak disebut pula apakah individu berkenaan akan menyertai Pas bersama pengikutnya ataupun hanya beliau bersendirian saja. Difahamkan individu berkenaan seorang tokoh berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut.

Dengan kemasukan individu berkenaan ia menambahkan kekuatan Pas yang mana akhir-akhir ini semakin mendapat kepercayaan dari kalangan korporat dan akademis.

Kemasukan menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu juga sedikit sebanyak menyuntikkan lagi semangat kepada kalangan penyokong dan ahli Pas untuk bekerja keras demi kemenangan parti itu. / msomelayu.blogspot.com

http://www.klpos.com/news/2008/12/20/7.html

TV3 berniat buruk terhadap saya - MB T'ganu


20 Dec 2008 12:53AM
DALAM siaran Buletin Utama TV3 sekejap tadi Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said terkial-kial menjelaskan berhubung laporan media eltronik berkenaan yang didakwanya tidak betul dan bertujuan menjatuhkan imejnya.

Ahmad menafikan laporan TV3 semalam yang didakwanya tidak benar berhubung penutupan beberapa syarikat milik kerajaan negeri.

Melihat visual di tv tadi semacam Ahmad Said menjelaskan itu ketika berada dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu!

Menurut MB itu, TV3 memang berniat buruk kepadanya. Katanya sudah lama tv itu tidak 'kenan' (tidak sukakannya) dan membuat laporan buruk mengenai dirinya.

Katanya semasa isu perlantikan MB Terengganu selepas pilihanya raya lalu, tv itu telah menyiarkan berita mengatakan Adun Kijai disiasat oleh BPR. Laporan itu dakwanya jelas untuk memburukkan namanya.

Kata Ahmad juga beliau tahu siapa yang mengirimkan berita tersebut kepada tv itu supaya menyiarkan berita itu. "Saya masih simpan sms yang dihantar pukul 12 tengah hari," jelasnya sungguh kesal.

Sebenarnya apa yang dirasai oleh Ahmad itu sudah lama dihadapi oleh pihak pembangkang. Bagaimana berita beliau diputarbelitkan dengan tujuan tertentu begitu jugalah dengan berita di pihak pembangkang yang sering diputarbelitkan.

Untuk pengetahuan Ahmad, baik TV3 , RTM1,2,3, dan beberapa lagi serta media arus perdana biasanya akan menjadi gila dengan tiba-tiba bila menjelang pilihan raya. Mereka akan jadi tidak siuman dan tidak rasional dengan melapor dan memanipulasikan berita dengan tujuan memburuk pihak tertentu biasanya di pihak pembangkang.

Saat ini tv dan media tidak akan peduli lagi kepada kod etika dan juga profesionalisme dan kebebasan bersuara.

Apa yang diutamakan dan dipastikan agar pihak atau individu yang disokongnya menang dan berpuas hati dengan laporan itu. Soal benar atau tidak, tidak perlu dipedulikan lagi.

Kalau MB itu tidak percaya perhatikan apa yang akan berlaku menjelang pilihan raya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Bermacam-macam berita pelik, ganjil dan tidak masuk akal mengenai pembangkang akan dilapor dan disiarkan. Paling menarik dan tidak akan pernah dilupakan berita mengenai ribuan penyokong atau ahli pembangkang akan mengistyharkan diri menyertai Umno.

Tetapi Ahmad Said tidak perlu risau dan dukacita dengan apa yang dilakukan media eletronik negara Malaysia itu. Sebab rakyat sudah tahu dan sedar mengenai kredibiliti dan intergriti mereka. Rakyat sudah tahu agenda dan matlamat mereka. Mereka adalah alat kepada satu pihak. Apa yang dinamakan maruah dan intergriti sudah tidak ada lagi buat mereka.

Misalnya di Trengganu itu apa yang menimpa ke atas Ahmad itu sudah diketahui rakyat umumnya. Ahmad tidak mendapat layanan wajar dari media kerana beliau tidak merupakan calon MB yang dipersetujui oleh parti atau bukan calon dari Perdana Menteri. Ahmad adalah calon MB dari pihak istana.

Sebagai alat dan propaganda kerajaan tv berkenaan akan berpihak kepada calon MB yang disukai oleh tuan-tuannya saja. Ini biasa dan bukan satu yang anih di negara ini.

Hal begini sudah biasa sebenarnya. Makanya Ahamd Said tidak payah risau, sedih dan sebak dengan keadaan itu. Apa yang penting lakukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Allah tahu apa yang baik dan ia tidak payah pun diheboh-hebohkan. Lagipun Ahmad Said adalah MB Terengganu bukannya MB Umno!

Apa yang mengkagumkan saya tatkala mendengar ulasan Ahmad di DUN Terengganu seperti mana yang disedut oleh TV3 sekejap tadi apabila beliau tekad, tidak rela dan tidak reda penyelewengan berlaku di Terengganu.

Tegasnya beliau tidak akan peduli kepada penghinaan keatasnya dan akan bertindak mendedahkannya tanpa mengira siapa. Mudah-mudahan Ahmad akan mengotai kata-katanya. Biarlah Ahmad tidak popular dari kalangan media tetapi asalnya beliau disukai dan disenangi oleh rakyat Terengganu seluruhnya. / msomelayu.blogspot.com

http://www.klpos.com/news/2008/12/20/2.html

Bekas AJK Balkis beri keterangan isu RM9.9 juta

Jimadie Shah Othman Dec 19, 08 11:43am
Bekas ahli jawatankuasa (AJK) Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) bersedia tampil secara sukarela memberi keterangan dalam siasatan awam berhubung jutaan ringgit dana badan tersebut.

Siasatan awam tersebut diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dijadualkan tahun depan.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha bagaimanapun tidak menyebut bilangan AJK Balkis yang menyatakan kesediaan memberi kerjasama selepas dihubungi jawatankuasa khasnya baru-baru ini.

Di samping itu, katanya kepada Malaysiakini, pihaknya juga akan memanggil bekas setiausaha Balkis, Datin Pon Ishak untuk memberikan keterangan.

Menurutnya lagi, sebagai bekas setiausaha badan itu, Pon mempunyai akses terhadap semua dokumen pertubuhan itu. Oleh itu, tambah Haniza, penjelasan Pon diperlukan.

Surat rasmi kepada Pon akan dikeluarkan, kata Haniza.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil jika Pon enggan hadir di depan siasatan awam itu, Haniza berkata:

"Kalau (beliau) di pihak yang benar, kenapa tidak mahu (tampil)?"

Dihubungi hari ini, seorang lagi anggota Selcat, Ismail Sani mengakui cadangan memanggil Pon dibuat dalam satu mesyuarat Selcat.

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui beberapa AJK lain yang bersedia memberikan keterangan secara sukarela dalam siasatan awam tersebut.

Ismail, yang juga wakil rakyat BN bagi Dusun Tua, tidak jelas sama ada Pon boleh diwajibkan hadir di depan Selcat untuk siasatan tersebut.

Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Wang itu kemudiannya disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Berhubung keperluan memanggil bekas yang dipertua Balkis, Haniza berkata, perkara itu belum diputuskan dalam mesyuarat Selcat.

"Tetapi ada niat, ada cadangan (memanggil Zaharah)," kata Haniza yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan.

Haniza berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Selcat yang dijadual bulan depan. Selcat kali terakhir bermesyuarat awal bulan ini.

Usaha mendapatkan reaksi Zaharah dan Pon setakat ini belum berjaya.

Selain mereka berdua, pemimpin-pemimpin utama badan itu termasuklah Rahimah Naim sebagai naib yang dipertua dan Surami Sapuan (bendahari) bersama enam AJK.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, siasatan awal Selcat terhadap enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sewaktu pemerintahan Barisan Nasional menunjukkan ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Siasatan jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan - nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Ditanya sekali lagi syarikat terbabit, beliau tetap enggan mendedahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan besar tersebut.

Enam GLC yang menyumbangkan wang kepada Balkis ialah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC).

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza dan Ismail, jawatankuasa itu dianggotai empat lagi anggota DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

http://www1.malaysiakini.com/news/95118

Doktor wanita Melayu pertama sambut hari kelahiran ke-90




Sabtu Disember 20, 2008



DR. SITI Hasmah Mohd Ali (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Salma Ismail dengan diperhatikan oleh Dr. Mahathir Mohamad. - foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr. Salma Ismail - doktor wanita Melayu yang pertama - melahirkan satu hasrat apabila menyambut ulang tahun hari kelahirannya yang ke-90 hari ini - mahu orang yang disayangi sentiasa berada dekat dengan beliau.


Bagaimanapun beliau tidak memahami suasana bercampur kecoh ketika sambutan ulang tahun hari kelahirannya itu.


"Terdapat wartawan yang bercakap dengan saya! Orang lain pun sambut hari lahir mereja, jadi saya ikut sahaja," kata beliau ketika ditemui wartawan di kediamannya di Jalan Damai di sini pagi tadi.


Malam ini beliau menyambut majlis itu bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.


RAKAN lama, Selma Osman (kiri), 69, menyampaikan bunga kepada Dr. Salma Ismail di rumahnya hari ini. - foto The Star oleh ONG SOON HIN

Pasangan itu merupakan junior kepada Dr. Salma semasa mengikuti kursus perubatan.


Ketika ditanya perasaannya memandangkan sudah mencecah 90 tahun, Dr. Salma membalas dengan senyuman sambil berkata, beliau mengalami masalah pendengaran.


Bagaimanapun keadaan itu dan usia yang sudah lanjut itu tidak menghalang beliau daripada mengikuti perbualan.


Dr. Salma juga berkata, kemungkinan esok beliau akan membuat "kari bunga kerana rumahnya kini dipenuhi dengan jambangan bunga yang dikirimkan oleh banyak pihak bagi mengucapkan tahniah."


"Bagaimana anda tahu ini ialah hari lahir saya?" beliau menyoal wartawan yang menemuinya semalam.


Dr. Salma mungkin tidak menganggap dirinya telah mencipta satu sejarah apabila menjadi doktor wanita pertama pada 1949.


Beliau mengambil masa 13 tahun untuk menamatkan pengajiannya kerana terganggu apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua.


"Saya masih ingat terpaksa lari dalam ketakutan kerana askar-askar Jepun sangat kejam.


"Mereka juga akan penggal kepala anda tanpa tanya apa-apa soalan," kata beliau.


Walaupun pendidikannya terhenti ketika kemasuakn Jepun, Dr. Salma kemudian meneruskan perjuangannya hingga berjaya menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura.


"Hasrat untuk menjadi seorang doktor masih tinggi (ketika itu)... jadi mengapa saya nak berhenti (begitu sahaja)?


"Saya ialah pelajar tajaan kerajaan negeri Kedah.


"Apabila perang berakhir dan segalanya kembali aman, saya sambung semula pengajian," katanya.


Dr. Salma juga betindak melawan arus budaya apabila mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Datuk Dr. Abu Bakar Ibrahim pada 1950.


Beliau melahirkan anak pada usia 32 tahun iaitu sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat Melayu masa itu.


Ditanya sama ada masyarakat memandangnya dengan cara yang berbeza, beliau berkata: "Tidak semestinya."


"Ia (perkahwinan dan anak) semuanya datang secara semula jadi, tapi ada juga yang pilih untuk tidak berkahwin dan utamakan kerjaya," kata ibu kepada empat anak ini.


Dua orang anaknya, Datuk Dr. Ridzwan Dan Dr. Normi mengikut jejaknya hingga menjadi doktor yang disegani.


Bagaimanapun Dr. Salma tidak mempunyai nasihat untuk diberikan kepada generasi muda yang berminat untuk belajar dalam bidang perubatan kerana baginya "nasihat tidak pernah berhasil."


"Saya tidak mempunyai sebarang nasihat. (Tapi apa yang boleh saya katakan ialah) mereka perlu tahu apa yang mereka mahu, bukan apa yang ibu bapa mereka mahu... itu adalah perkara utama," katanya.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/20/mstar_berita/20081219195741&sec=mstar_berita

Kenaikan tarif air ditangguh

PUTRAJAYA: Kenaikan tarif air di Johor 18.9 peratus mulai 1 Januari ini seperti dijadualkan dalam perjanjian konsesi antara kerajaan negeri dan Syarikat SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH) tidak akan dilaksanakan buat sementara waktu.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat selepas kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan kerajaan Johor dan SAJH mengenai skim semula penyusunan perkhidmatan air di negeri terbabit.

“Kebanyakan terma penyusunan semula sudah dirundingkan dan dipersetujui semua pihak dan akan dibentangkan bulan depan,” katanya, semalam.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081220105424/Article/index_html

Bahan api subsidi nelayan turun 10 sen


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan daripada RM1.30 seliter kepada RM1.20 seliter berkuat kuasa 1 Januari depan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam satu kenyataan berkata, langkah itu selaras penurunan harga minyak dunia dan pengumuman terbaru kerajaan mengenai penurunan harga bahan api di stesen minyak pada 16 Disember lalu.

“Apabila harga petrol dan diesel dinaikkan pada 5 Jun lalu, kerajaan menawarkan bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vesel perikanan dan warga Malaysia yang bekerja di atas vesel berlesen serta bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak 10 sen sekilogram.

“Walaupun harga minyak diesel bersubsidi sudah diturunkan sebanyak 23 sen (penurunan 13 sen pada 16 Disember dan 10 sen mulai 1 Januari), kerajaan akan terus mengekalkan kedua-dua bantuan ini,” kata kementerian itu.

Kenyataan itu berkata, penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi sebanyak 23 sen seliter akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar kepada pemilik vesel antara RM460 dan RM7,360 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vesel.

Kerajaan juga akan merangka kaedah jangka panjang untuk semua bentuk pengagihan bantuan dan subsidi kepada nelayan pada awal tahun hadapan untuk memastikan semua bantuan kepada pemilik vesel mencapai matlamat.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081220105530/Article/index_html

Dua lagi dakwa mangsa curi bomoh anak dara


KUANTAN: Dua lagi wanita tampil membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa seorang gadis yang juga bomoh ‘panjang tangan’ ketika mendapatkan rawatan, selepas kegiatan jenayahnya disiarkan dalam akhbar, kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapa, berkata kedua-dua mangsa terbaru itu membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas menyedari kehilangan barangan berharga dan wang tunai mereka ada kaitan dengan bomoh berusia 20 tahun itu.

Ini kerana, menurutnya, kedua-duanya mengaku kehilangan barangan dan wang tunai selepas menemui bomoh terbabit bagi mendapatkan rawatan penyakit termasuk menghalau ‘gangguan’ syaitan.

“Aduan pertama daripada seorang wanita berusia 59 tahun dari Selayang, Selangor, yang kerugian RM2,150 apabila rantai leher serta wang tunai dipercayai dikebas bomoh muda itu ketika mendapat rawatan pada kira-kira jam 4 pagi, pada 29 Oktober lalu.

“Selepas menyedari kehilangan itu, mangsa menemui semula bomoh terbabit sama ada terambil haknya, tetapi dinafikan bomoh iu sehingga mangsa terbaca berita penangkapan bomoh itu dalam akhbar,” katanya.

Katanya, aduan kedua membabitkan seorang peniaga buah berusia 55 tahun di Jalan Besar, di sini, yang kehilangan wang RM480.

“Mangsa mendakwa mengenali bomoh itu melalui rakannya membawa bomoh itu ke kedainya sebelum diberitahu ada sesuatu objek tertanam di kedai mangsa.

“Mangsa yang terkejut meminta bomoh terbabit membuang objek itu sebelum diminta membeli garam kononnya digunakan untuk proses rawatan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081220112814/Article/index_html

Gelumang dosa

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my



MELAKA: Akibat hubungan cinta terlarang oleh keluarga, seorang wanita nekad mengambil keputusan tinggal bersekedudukan di rumah keluarga kekasihnya, selama tujuh tahun hingga melahirkan dua anak sebelum dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.

Malah lebih mengejutkan, pasangan terbabit seolah-olah mendapat ‘restu’ keluarga pihak lelaki yang mendiamkan diri selama tujuh tahun meskipun mengetahui perbuatan anak mereka itu adalah menyalahi undang-undang dan agama.

Ini terbukti apabila, ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jaim, kira-kira jam 2.20 pagi, ibu bapa dan ahli keluarga teman lelakinya ada bersama di dalam rumah di Kuala Sungai Baru, dekat sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata hasil siasatan awal mendapati selama tinggal bersama keluarga lelaki itu, wanita terbabit melahirkan dua anak yang kini berusia tujuh tahun dan tujuh bulan.

Katanya, semuanya bermula apabila lelaki terbabit gagal bernikah bersama teman wanitanya itu yang terlebih dulu sudah berbadan dua, kerana tidak mendapat persetujuan ayah wanita terbabit.

“Bagi menutup malu, wanita terbabit tinggal bersama keluarga lelaki berkenaan sehinggalah dia melahirkan anak.

“Bagaimanapun, kerana tiada tempat perlindungan, wanita terbabit terus tinggal bersama keluarga itu.

“Walaupun tinggal bersama ibu bapa, mereka tidak mengawal perhubungan sehinggalah pasangan itu terlanjur dan melahirkan anak tidak sah taraf sekali lagi pada Mei lalu,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, berdasarkan aduan, pihaknya ke rumah keluarga berkenaan dan secara kebetulan lelaki terbabit baru pulang.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan bersama dua anaknya ada di rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui ibu bapa kepada lelaki terbabit yang berusia 50-an serta anaknya yang lain serta anak saudaranya.

“Selepas diberi penerangan mengenai kesalahan yang disyaki dilakukan pasangan berkenaan mereka terus ditahan.

“Ibu bapa lelaki terbabit diberikan saman hadir untuk mereka ke pejabat Jaim bagi memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 54, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana melahirkan anak luar nikah.

Katanya, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 55, enakmen sama kerana bersubahat persetubuhan haram.

“Sabit kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081220113053/Article/index_html

Pesta seks rumah datuk


Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my




JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai mempelawa teman lelaki dan tiga pasangan sebaya lain datang ke rumah datuknya di Muar, dipercayai untuk berpesta seks ketika warga emas itu menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Penduduk kampung mulanya menasihatkan empat pasangan itu supaya pulang ke rumah masing-masing selepas menyedari mereka seolah-olah mencari ‘port’ untuk memadu kasih.

Apa yang mengejutkan, dua daripada pasangan itu termasuk remaja berkenaan bertindak biadab apabila tidak mengendahkan amaran penduduk.

Dua lagi pasangan pula beredar dari rumah itu kerana khuatir ditangkap khalwat.


Sikap kurang ajar kumpulan remaja berkenaan yang membelakangkan agama dan hukum menyebabkan penduduk hilang sabar lalu mengepung sebelum menyerbu rumah berkenaan, tengah hari kelmarin.


Sumber memberitahu Harian Metro, kira-kira 10 penduduk yang menyerbu rumah itu mendapati ada dua pasangan dalam rumah berkenaan membabitkan dua remaja perempuan berusia 14 tahun, seorang daripadanya cucu pemilik rumah itu.

Teman lelakinya juga berusia 14 tahun dan seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun yang tidak bersekolah.

“Ada antara remaja berkenaan tidak berpakaian dan mereka baru terjaga daripada tidur selepas dikejutkan penduduk.

“Pemeriksaan dalam rumah itu pula mendapati terdapat cakera video digital (DVD) lucah dalam pemain DVD selain ubat batuk di sebuah bilik,” katanya.

Menurutnya, penduduk menghubungi Jabatan Agama Johor (JAJ) Muar untuk mengambil tindakan susulan berikutan penangkapan itu.

Dia berkata, pada sebelah malam sebelum tangkapan dilakukan, penduduk pergi ke rumah berkenaan apabila menyedari ada empat pasangan di dalamnya.

“Ketika itu, mereka hanya memberi amaran dan menyuruh semua remaja berkenaan dari kampung sama supaya pulang ke rumah masing-masing.

“Malangnya, amaran yang diberikan itu tidak diendahkan menyebabkan penduduk mengepung rumah itu dan menahan semua remaja yang ada.

“Kebanyakan penduduk tahu, datuk remaja dengan ditemani ahli keluarganya pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan.

“Namun, remaja itu pulang sendirian sebelum membawa rakan dan teman lelaki masing-masing tidur di rumahnya.

“Empat remaja itu kini ditahan di Balai Polis Muar sebelum dibawa ke pejabat JAJ (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081220113855/Article/index_html

Isteri pula mangsa chikungunya


PRIHATIN...Tajul Urus (kanan) bertanya sesuatu kepada
Siti Azizah sebelum wanita itu dibawa untuk menerima
rawatan.


SUNGAI PETANI: Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas kematian suaminya yang disyaki dijangkiti demam chikungunya kelmarin, kini isterinya pula dimasukkan ke Hospital Sik (HK) apabila dikesan mengalami tanda penyakit itu, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan suami wanita itu, Ismail Md Noor, 46, meninggal dunia di rumahnya, di Kampung Perak, Bukit Selambau, kira-kira jam 7 pagi kelmarin selepas dua hari dimasukkan ke HK.

Sebelum itu Allahyarham dilaporkan mengalami tanda dijangkiti penyakit itu iaitu sakit sendi, demam, lemah badan termasuk muntah-muntah.

Siti Azizan Nayan, 49, dikesan mengalami tanda demam chikungunya oleh pegawai Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan di rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Pegawai yang memeriksanya mendapati Siti Azizan mempunyai tanda dijangkiti demam itu dan terpaksa ditahan di wad HK bagi menjalani pemeriksaan serta rawatan lanjut.


Wanita terbabit juga mendakwa kecewa dengan tindakan pihak hospital membenarkan suaminya pulang ke rumah walaupun keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

Ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain yang melawat Siti Azizah, semalam, berkata beliau kesal dengan tindakan doktor hospital berkenaan kerana Ismail masih belum sihat sepenuhnya.

“Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana jika Ismail tidak menghidap chikungunya sekalipun, mengapa dia dibenarkan keluar dari hospital sedangkan ketika itu keadaan mangsa masih belum sihat dan perlu menerima rawatan lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Hasnah Ismail tetap mempertahankan kematian Ismail bukan berpunca dari chikungunya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081220114105/Article/index_html

Mahu saman


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling bodoh iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.

Dia berkata, sejak berita mengenainya tersiar di Metro Ahad 14 Disember lalu, telefon bimbitnya seolah-olah di bursa saham dengan panggilan bertalu-talu.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Jamaluddin Yusof (Presiden Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida) itu menyebabkan pemikirannya terganggu.

“Oleh itu, hari ini (semalam), buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya sudah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil terhadap Jamaluddin,” katanya yang juga ahli Pekida berstatus ‘Ayahanda’ yang berdaftar pada 2005.


Awie meluahkan rasa hati dipendamnya itu pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara di sini, semalam.


Turut hadir, bekas pemimpin kanan Pekida Pusat bertaraf ‘Ayahanda’, Datuk Seri S Jaafar, Datuk Paduka Ab Malek Ranting dan Datuk Seri Dr Paiman Shakimon.

Beberapa teman rapat, termasuk pelakon Hans Issac, Afdlin Shauki dan pengarah filem, Mamat Khalid serta anggota Kumpulan Wings hadir bagi memberikan sokongan kepada penyanyi itu.

Metro Ahad 14 Disember lalu melaporkan mengenai Pekida yang bakal melaksanakan program pemutihan terhadap lebih 15,000 ahli songsang, termasuk pemimpin berpangkat ‘Abang Long’ dan ‘Ayahanda’ yang dikenal pasti terpesong daripada matlamat serta perjuangan asal pertubuhan itu.

Kenyataan itu menyebut pemutihan secara berperingkat dalam tempoh terdekat turut membabitkan Awie yang dikatakan menyimpang daripada asas perjuangan Pekida.

Laporan itu memetik kenyataan Jamaludin bahawa program pemutihan itu bertujuan membersihkan Pekida daripada ahli yang terbabit kegiatan negatif membabitkan lebih 15,000 ahli itu, dengan sebahagian besarnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jamaluddin berkata, pemutihan itu bukan bermaksud terus membuang ahli songsang, tetapi cuba memulihkan mereka terlebih dulu dan jika tidak berjaya, keahlian mereka dilucutkan.

Beliau turut mendakwa antara ahli yang menyimpang ialah Awie yang bergerak sebagai ahli seumur hidup Pekida serta mempunyai kumpulannya sendiri.

Awie juga dituduh mengambil RM3,600 terhadap ahli yang mahu melakukan sumpah selain didakwa sebagai seorang ketua gengster.

Walaupun berang dengan tohmahan itu, Awie yang berpakaian kot kuning cerah, berkata dia sedia dipecat bila-bila masa jika dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya boleh meletakkan kad keahlian bila-bila masa, tetapi perlu dilakukan mengikut peraturan, termasuk memberikan ruang kepada saya menjawab surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan pengurusan Pekida.

“Malah, jika apa yang didakwa itu ada asasnya, saya bersedia meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida,”
katanya.

Tanpa berselindung, Awie berkata, sikapnya yang gemar berdiam diri menimbulkan pelbagai tuduhan terhadapnya.

“Keadaan itu sudah menjadi sejarah hari ini (semalam),” katanya merujuk kepada sidang media berkenaan.

Menceritakan latar belakangnya dengan penuh emosi, kata Awie, dia dibesarkan dalam keluarga beragama, malah ibu dan bapanya juga sudah menunaikan haji dan banyak mengajarnya menjadi insan berguna.

“Perjalanan dan pengalaman dilalui sepanjang hayat dalam industri seni dilalui dengan sebaik-baiknya. Janganlah membanding sikap dan diri saya dengan malaikat dan Rasul.

“Saya insan biasa dan tidak mahu dilabelkan sebagai hipokrit. Saya hanya membawa diri sebagai penyanyi dan pelakon dan dianugerahkan apa saja, saya tetap begini,”
katanya sekali-sekali menyelitkan unsur sinis terhadap pihak yang memfitnahnya.

Awie turut menjelaskan ada ketikanya, dia terfikir kemungkinan dianggap sebagai bahan atau benda yang tidak berakal, tidak berperasaan dan boleh diperkotak-katikkan.

“Kita perlu saling hormat menghormati, saya bukan ulama dan pendeta yang bijak berkata-kata. Saya bukan bodoh sangat, tetapi saya seorang insan yang dianugerah Allah akal dan suara untuk berfikir dan berkata-kata,” katanya.

Awie seterusnya berkata, isu itu benar-benar mengganggu kehidupan hariannya, terutama dalam beberapa kerjaya yang sedang dilakukan.

Katanya, dia memperoleh pendapatan dengan menyanyi serta berlakon, bukannya merompak atau sanggup mengambil duit orang dengan sewenang-wenangnya.

“Saya ada lima perut yang perlu saya tanggung dan saya suap di rumah, nak makan apa jika masyarakat termakan dengan fitnah ini,” katanya yang mengakui saman yang akan dibuat untuk membersihkan namanya yang tercemar.



Ikuti sebahagian soal jawab Awie dengan wakil media:

WARTAWAN: Bilakah saman fitnah terhadap Jamaluddin ini akan difailkan di mahkamah sivil?

AWIE: Saya sudah mengarahkan peguam bertindak dan mengambil tindakan dalam tempoh terdekat.

WARTAWAN: Adakah laporan polis ada dibuat berkaitan isu itu?

AWIE: Ada, saya membuat laporan polis pada hari berita itu disiarkan dalam Metro Ahad pada 14 Disember lalu di Kota Bharu, Kelantan.

WARTAWAN: Adakah Awie akan meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida?

AWIE: Saya tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, prosedur perlu dilakukan, termasuk memberikan saya surat tunjuk, supaya saya boleh jawab. Jika ada ada asas saya boleh meletakkan kad keahlian saya.

WARTAWAN: Kemungkinan ada pihak lain yang mungkin disaman?

AWIE: Buat masa ini, saya lebih melihat dan memberikan tumpuan kepada menyaman Jamaluddin yang membuat fitnah terhadap saya.

http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20081220101727/Article

Dipenjara kerana tinggalkan ibu


SHANGHAI - Seorang lelaki di China dipenjara selepas meninggalkan ibunya yang uzur sebelum wanita berkenaan meninggal dunia berseorangan.

Sebuah mahkamah di China menyatakan bahawa lelaki tersebut, Wang Kouma, 54, mengambil wang berjumlah AS$39,500 (RM137,080) sebelum meninggalkan ibunya, Teng Jindi, 84, di sebuah tempat awam.

Seorang hakim berkata, lelaki itu dihukum penjara 18 bulan kerana meninggalkan ibunya berseorangan di sebuah dataran di Shanghai pada Oktober 2007 sebelum satu jawatankuasa perumahan menghantarnya di sebuah hostel.

Kouma juga mengambil wang berjumlah AS$39,500 yang diberikan oleh kerajaan kepada ibunya bagi digunakan untuk perbelanjaan penempatan semula.

Wang tersebut diberikan kepada individu untuk mencari tempat tinggal yang baru selepas kediaman mereka diambil alih oleh kerajaan.

Jindi kemudian meninggal dunia akibat diserang penyakit jantung di hostel itu.

Enam anak wanita itu sebelum ini dipujuk supaya menjaga wanita itu tetapi mereka menyatakan ia merupakan tanggungjawab Kaouma kerana dia sudah mengambil wang miliknya yang berjumlah AS$39,500. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Kereta terbang pertama dijual tahun depan


GAMBAR kereta terbang di sebuah stesen minyak di sebuah lokasi rahsia.
--------------------------------------------------------------------------------


LOS ANGELES - Kereta terbang pertama di dunia bakal menyusuri jalan raya menjelang tahun depan apabila dijual pada harga £127,000 (RM660,368), lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak filem Back to the Future ditayangkan pada 1980-an, sejumlah pereka berhasrat untuk mencipta sebuah kereta yang mampu terbang di angkasa dengan menekan satu butang.

Bagaimanapun, kini seorang yang memiliki lesen juruterbang boleh memiliki kereta terbang tersebut dengan penghantaran dijangka bermula pada tahun depan.

Kenderaan keluaran syarikat Terrafugia di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) itu juga mempunyai sayap yang boleh dilipat sekali gus membolehkan pemilik menyimpannya di garaj rumah.

Kereta itu yang dinamakan Terrafugia Transition mempunyai sayap selebar 8.38 meter itu mampu terbang sejauh 740 kilometer dengan kelajuan 185 kilometer sejam.

Pemilik juga boleh menyusur dengan laju di lebuh raya sekiranya kenderaan yang mempunyai 100 kuasa kuda itu diletakkan dalam mod kereta.

Untuk mengisi minyak kenderaan sepanjang 5.79 meter itu juga mudah, pemilik hanya perlu memandu masuk ke stesen minyak dan mengisi petrol tanpa plumbum.

Kereta itu juga memerlukan landasan yang pendek untuk terbang, tidak seperti kebanyakan kereta terbang konsep yang lain.

Syarikat tersebut dalam laman webnya, Terrafugia.com memberitahu bahawa jadual pengeluarannya kini menjadi sibuk dengan begitu cepat. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Bukti kemelesetan global buruk


LONDON - Bukti bahawa kemelesetan ekonomi semakin buruk berlaku semalam apabila harga minyak mentah menjunam lagi.

Harga minyak mentah New York menjunam bawah AS$34 (RM118.03) setong iaitu yang terendah sejak 2004 berikutan kelemahan permintaan bahan komoditi itu di pasaran dunia.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown turut memberi amaran bahawa kegagalan untuk menangani penurunan harga minyak itu bakal menjejaskan ekonomi global bertrilion-trilion dolar.

Beliau yang berucap dalam satu persidangan tenaga di London menyatakan bahawa harga minyak rendah juga akan menjejaskan pengeluar dan pengguna.

"Risiko yang berlaku kini adalah pelaburan dalam sektor minyak dan sumber-sumber lain akan sekali lagi terhenti, bekalan akan diperketatkan hasil permintaan bagi memulihkan kedudukan ekonomi," katanya.

Brown menyatakan harga minyak mentah merupakan cabaran paling besar yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa.

Beliau mendesak supaya peraturan untuk memperbaiki pasaran minyak dilakukan bagi menstabilkan harga di dunia.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) berusaha untuk meningkatkan harga minyak dalam minggu ini.

Tindakan yang mahu dilakukan oleh OPEC itu adalah dengan mengurangkan bekalan minyak harian bermula pada 1 Januari depan.

Rusia dan Azerbaijan turut mengumumkan akan mengurangkan ratusan ribu tong sehari di pasaran. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Hero Arab dapat lagi tawaran isteri

NABLUS - Seorang ketua keluarga di Tebing Barat, Palestin mahu memberi ganjaran berupa seorang isteri kepada wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Ketua keluarga itu, Ahmad Salim Judeh, 75, berkata, sekiranya wartawan tersebut, Muntazer bersetuju, keluarganya akan membawa salah seorang anak perempuan mereka ke Iraq bersama-sama bayaran mas kahwin.

Ahmad Salim memberitahu bahawa seramai 500 anggota keluarganya boleh mengumpul wang sebanyak AS$30,000 (RM104,115) untuk membantu bayaran guaman Muntazer.

Menurut Ahmad Salim, keluarganya berasa sangat bangga dengan menawarkan salah seorang anak perempuan mereka kepada Muntazer untuk dijadikan isteri.

Muntazer, 29, kini menjadi wira dunia Arab selepas membaling sepasang kasut ke arah Bush sebelum ditahan dalam satu sidang media pada Ahad lalu di Baghdad.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Dia membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Menteri Afghan dipecat kerana harga minyak

KABUL - Ahli-Ahli Parlimen Afghanistan semalam melucutkan jawatan menteri perdagangan kerana gagal mengawal harga runcit petrol walaupun minyak mentah terus merekodkan penurunan di pasaran dunia.

Menteri itu, Mohammad Amin Farhang dipanggil oleh Dewan Parlimen untuk menjawab soalan-soalan berhubung harga petrol serta isu kualiti barangan import yang didakwa rendah.

Menurut Speaker Parlimen, Mohammad Younus Qanooni, semua Ahli Parlimen yang hadir kecuali seorang mengundi memecat Mohammad Amin.

Harga minyak mentah dunia jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat tahun semalam untuk didagangkan pada harga sekitar AS$40 (RM138.53) setong namun harga di Afghanistan jatuh 10 peratus setelah harga tertinggi AS$147 (RM509.10) direkodkan pada Julai lalu.

Ahli-Ahli Parlimen mendakwa Mohammad Amin hanya berdiam diri terhadap pengimport minyak yang menetapkan harga sesuka hati dan ada yang menuduh kementeriannya mengamalkan perdagangan tidak adil.

"Anda tidak mampu menurunkan harga minyak walaupun di stesen milik kerajaan yang dikawal oleh pihak kementerian. Ini menunjukkan anda terlibat," kata seorang Ahli Parlimen, Kabir Rangebar.

Muhammad Amin berkata, Afghanistan mengamalkan ekonomi pasaran terbuka menyebabkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan harga runcit petrol. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Ramai tukang kasut mengaku

BAGHDAD - Tukang kasut di seluruh Asia Barat berlumba-lumba untuk menaikkan nama masing-masing dengan mendakwa bahawa mereka ialah pembuat kasut bersaiz 10 yang digunakan untuk membaling Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembuat kasut dari Turki, Ramazan Baydan berkata, dia menghasilkan reka bentuk kasut yang dilontarkan oleh wartawan Iraq, Muntazer Al-Zeidi ke arah Bush pada Ahad lepas itu.

Sejak pengakuan itu disiarkan oleh media Turki, tempahan yang diterima dari Iraq untuk membuat kasut itu meningkat sebanyak dua kali ganda.

Akhbar Turki, Yeni Safak menyiarkan dakwaan Ramazan bersama-sama gambar kasut itu di bawah tajuk berita, 'Buatan Turki.'

Isu tersebut bertambah kusut apabila akhbar as-Safir di Lebanon turut menyiarkan berita muka depan yang mendakwa bahawa pembuat kasut itu ialah rakyat negara itu.

Bagaimanapun, abang Muntazer, Udai pula berkata, adiknya membeli kasut itu di Iraq dan ia bukan barangan yang diimport dari China seperti kebanyakan kasut di negara Asia Barat.

"Kasut itu seratus-peratus buatan Iraq dan bukan diimport dari Turki atau China," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Muntazer mohon maaf kerana malukan Nuri

BAGHDAD - Pembaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, Muntazer al-Zaidi memohon maaf kepada Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki kerana memalukan beliau.

Muntazer menjadi terkenal selepas memanggil Bush anjing sebelum membaling sepasang kasut dalam satu sidang media yang dihadiri oleh Nuri pada Ahad lalu.

"Muntazer menyatakan dalam sepucuk suratnya bahawa tindakan dia itu tidak boleh dimaafkan," kata seorang penasihat media Nuri, Yasin Majeed.

Yasin berkata, Muntazer menjelaskan dalam surat itu: "Namun saya mengingati pada musim panas 2005, saya menemu ramah anda dan anda memberitahu saya supaya masuklah, ini rumah anda.

"Oleh itu saya merayu kepada anda yang mempunyai perasaan sebagai bapa supaya memaafkan saya."

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Bagaimanapun, kasut itu gagal mengenai Bush yang berjaya mengelak dengan menundukkan kepalanya. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Hero dunia Arab ditawar kahwin


GAMBAR fail ini menunjukkan Muntazer bercuti di Lebanon pada bulan lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


KAHERAH - Tindakan seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyebabkan dia mendapat tawaran perkahwinan dari Mesir.

Seorang lelaki Mesir, Saad Gumaa kelmarin menawarkan seorang anak perempuannya yang berumur 20 tahun untuk berkahwin dengan Muntazer yang membaling kasut ke arah Bush pada Ahad lalu di Baghdad.

Anak Saad, Amal berkata, dia bersetuju dengan cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu penghargaan terhadapnya.

"Saya mahu tinggal di Iraq, lebih-lebih lagi jika saya berkahwin dengan seorang hero," katanya.

Gadis itu merupakan pelajar di fakulti media di Universiti Minya tengah Mesir.

Saad memberitahu bahawa dia sudah menghubungi abang Muntazer, Dergham berhubung tawaran itu.

"Saya tidak mempunyai barangan yang lebih berharga melainkan anak saya untuk diberikan kepada Muntazer dan saya juga bersedia untuk perkahwinan itu," katanya.

Bagaimanapun, keluarga Muntazer masih belum memberi sebarang jawapan berhubung tawaran lelaki tersebut.

Muntazer, 29, ditahan selepas melemparkan dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Tindakan itu menobatkan dia sebagai hero oleh warga Arab yang kebanyakannya membenci Bush kerana menyerang Iraq pada 2003.

Dia membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Pengaruh pembaling kasut kuat


SEORANG penunjuk perasaan membaling patung Bush dengan kasut di depan White House, Washington kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------


COSTA DO SAUIPE - Perbuatan seorang wartawan televisyen Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mencetuskan fenomena unik di seluruh dunia.

Selain tunjuk perasaan yang dilakukan di kebanyakan negara bagi menyatakan bantahan terhadap Bush yang melancarkan serangan di Iraq pada 2003, tindakan Muntazer itu turut menjadi bahan jenaka.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin berjenaka kepada para wartawan supaya tidak melempar kasut ke arahnya.

"Jangan lempar sebarang kasut," katanya kepada sekumpulan wartawan.

Jenaka da Silva tersebut mengundang ketawa di kalangan petugas media yang membuat liputan di Sidang Kemuncak Amerika Latin di sebuah resort tepi pantai di Bahia, Brazil.

"Keadaan di sini sangat panas dan sekiranya anda membuka kasut ia bakal mengeluarkan bau busuk," katanya.



SEORANG pelajar memegang gambar Bush dibaling kasut di sebuah universiti di Beirut kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------


Sementara itu di Afghanistan, sebuah pertunjukan komedi turut melakonkan semula aksi pembaling kasut tersebut ke arah Bush.

Pementasan itu berjudul Zang-i-Khatar tetapi kelainannya adalah muka Bush terkena kasut.

Bush tidak popular di kalangan kebanyakan penduduk di Afghanistan di mana tentera AS dan sekutu-sekutunya pernah menyerang negara itu bagi menggulingkan rejim Taliban.

Sementara itu, ejen-ejen perisikan memusnahkan sepasang kasut yang dibaling oleh Muntazer itu bagi memastikan ia tidak berisi bahan letupan.

"Kasut-kasut itu diperiksa oleh agensi perisikan AS dan Iraq dan dimusnahkan selepas itu," kata seorang hakim yang mengadili kes terhadap Muntazer. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Ulama Iran anggap intifada kasut


SEBAHAGIAN penduduk menunjukkan kasut dalam tunjuk perasaan membantah penahanan Muntazer di Kufa, Iraq semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


TEHERAN - Seorang ulama Iran, Ayatollah Ahmad Jannati semalam memuji tindakan seorang wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Ahmad yang menyampaikan khutbah Jumaat mendakwa tindakan wartawan tersebut, Muntazer sebagai intifada kasut.

Ulama itu menyeru penduduk di Iraq dan Iran supaya membawa kasut dalam tunjuk perasaan anti-AS pada masa akan datang.

"Tindakan ini sepatutnya menjadi satu contoh," katanya.

Ahmad juga mencadangkan supaya kasut yang digunakan oleh Muntazer itu disimpan di dalam sebuah muzium di Iraq.

Bagaimanapun, seorang hakim di Iraq memberitahu bahawa dua kasut itu telah dimusnahkan oleh pasukan penyiasat yang mahu menentukan sama ada ia mengandungi bahan letupan. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Pembaling kasut dipukul - Hakim


KAKAK Muntazer menangis selepas dia kembali dari sebuah mahkamah di Baghdad, Rabu lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


BAGHDAD - Pembaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, Muntazer (gambar kecil) dipukul selepas insiden berkenaan sehingga dia mengalami lebam di muka dan matanya, kata seorang hakim semalam.

Hakim tersebut, Dhia al-Kinani berkata, mahkamah membuka satu kertas siasatan selepas wartawan itu didakwa dipukul.

Muntazer, 29, dikerumuni oleh sejumlah ejen keselamatan Iraq dan AS selepas melempar kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad Ahad lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.

Sejak itu, timbul beberapa khabar angin berhubung keadaannya yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Iraq di Zon Hijau, tengah Baghdad.

Salah seorang abang Muntazer mendakwa wartawan itu dipukul dengan teruk tetapi seorang lagi saudaranya mendakwa dia berada dalam keadaan baik.

"Muntazer dipukul dalam sidang media itu dan kami akan meneliti pita rakaman serta meminta secara rasmi nama mereka yang terlibat memukulnya," kata Dhia.

Wartawan itu yang masih ditahan dijangka didakwa menghina seorang pemimpin asing dan mungkin menghadapi hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.

Hakim itu juga memberitahu bahawa dia tidak boleh menutup kes tersebut walaupun Bush atau Nuri tidak membuat sebarang aduan.

Muntazer membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban

Dia kini dianggap sebagai hero dunia Arab kerana dalam budaya Arab, tindakan membaling kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Beribu-ribu penunjuk perasaan juga membanjiri jalan-jalan raya di Iraq bagi mendesak pihak berkuasa membebaskan hero mereka itu. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Eva Longoria kempunan seks


EVA dan suaminya Tony.

SUAMI aktres Eva Longoria, pemain bola keranjang terkenal, Tony Parker dilaporkan enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya itu.

Selepas Tony mengalami kecederaan dan direhatkan daripada aktif dalam sukan tersebut, dia berharap kecederaan suaminya itu boleh dijadikan alasan untuk dia menghabiskan masa kualiti bersama Tony.

Namun, perancangan 'nakal' Eva itu ditolak mentah-mentah oleh Tony. Nampaknya Eva kempunan.

"Eva sangat gembira apabila mengetahui Tony tidak dapat bermain bola untuk seketika kerana mereka jarang menghabiskan masa bersama.

"Dia selalu berada di Los Angeles untuk penggambaran dan Tony pula berada di San Antonio untuk latihan bola keranjang.

"Namun, Tony memberitahu Eva kecederaan yang dialaminya itu bukannya alasan untuk dia intim dengan Eva dan dia bercadang untuk mengikuti pasukan bola keranjangnya mengembara ke negara luar,"
kata satu sumber kepada majalah National Enquirer.

Eva baru-baru ini juga dilaporkan telah mengugut untuk meninggalkan suaminya itu sebanyak dua kali kerana Eva, 33, terdesak untuk melahirkan anak dengan Tony, 26.

Tambah sumber itu, "Tony belum bersedia untuk memilik anak. Dia lebih muda daripada Eva dan sedang menumpukan perhatian terhadap kariernya. Manakala Eva pula terdesak untuk melahirkan anak."

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm

Bakal muncul Abby 2009 - Muktamad bergelar janda Norman Hakim

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



BERPUTUS ARANG. Krisis rumah tangga Abby dan Norman berkesudahan dengan tiada lagi harapan untuk kembali bersama.
--------------------------------------------------------------------------------


BERAKHIR sudah drama rumah tangga pasangan pelakon popular Abby Abadi dan Norman Hakim apabila mereka berdua kini bukan lagi pasangan suami isteri setelah disahkan bercerai talak satu kelmarin.

Mereka bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Gombak setelah Abby tidak dapat menerima kembali Norman ekoran kes tangkap khalwat Norman dengan pelakon baru Memey Suhaiza di pejabat Norman yang terletak di Ukay Perdana, pada 30 Oktober lalu.

Perceraian ini bukanlah yang pertama buat Abby dan Norman kerana sebelum ini mereka juga pernah bercerai pada Mei 2006, tetapi kerana kasih yang masih menebal dalam jiwa, pasangan ini rujuk semula sehari selepas penceraian.

Namun, bagi penceraian kali kedua ini, tidak nampak petanda bahawa sejarah bakal berulang kembali. Ini bermakna pintu hati Abby sudah tertutup buat lelaki bernama Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon.

Bagi mendapatkan gambaran terperinci mengenai situasi sebenar kes penceraian yang paling mendapat perhatian ini, ikuti perbualan antara Kosmo! dengan Abby sebaik saja prosiding penceraiannya berakhir.



SAAT bahagia Abby dan Norman bersama dua zuriat mereka.
--------------------------------------------------------------------------------


Kosmo!: Adakah Abby berpuas hati kerana sebelum ini Abby memang nekad dengan keputusan untuk bercerai.

Abby: Saya memang kena dapatkan apa yang saya inginkan dan ini tekad saya. Apa yang saya boleh katakan, inilah keputusan yang terbaik daripada ia berlarutan untuk jangka masa panjang lebih baik kami berpisah sekarang. Keluarga juga merestui keputusan saya ini.

Bagaimana pula perasaan Abby ketika ini dan mungkinkah kalian akan berbaik semula seperti mana penceraian yang pertama dulu?

Jauh di sudut hati, saya sedikit sedih untuk anak-anak kerana mereka masih lagi kecil, tetapi apa boleh buat, saya sudah tiada jalan lain. Peluang berbaik semula pula memang tidak ada kerana penceraian pertama dan kedua ini cukup berbeza keadaannya.

Adakah Abby sedia dengan gelaran dan kehidupan sebagai ibu tunggal?

Saya tidak kisah, sebab selama ini saya hidup sendirian, bahkan saya sudah biasa mencari duit sendiri walaupun ketika masih bergelar isteri. Sungguhpun hangat kisah cerai saya, alhamdulillah rezeki saya sentiasa ada. Penceraian ini tidak mengganggu langsung rezeki saya.

Selain cerai, apa lagi yang bakal dituntut Abby terhadap Norman?

Kes cerai dah selesai, selepas ini saya akan tuntut nafkah dan hak-hak saya yang lain. Semua ini sudah diserahkan kepada peguam saya dan dia akan buka fail baru.

Sungguhpun telah berpisah, kalian bekerja dalam industri yang sama sebagai pelakon, bagaimana hubungan kalian selepas ini?

Sebetulnya tahun 2008 merupakan tahun yang menjauhkan kami. Saya dan Norman sudah macam orang luar, sudah tidak ada lagi perbincangan antara kami, cuma dia ada hantar mesej sebelum ini. Meskipun begitu, masa sampai di mahkamah (Khamis lalu) saya terserempak dengannya dan saya tetap tegur serta salam dia. Mungkin daripada segi kerja kami akan bekerjasama tetapi saya tidak berani cakap habis.



WAJAH cinta bertaut kasih Abby dan Norman pada momen indah mereka bergelar suami isteri.
--------------------------------------------------------------------------------


Sebelum penceraian ini berlaku, sudah ada khabar angin kononnya Norman telahpun menikahi Memey, komen Abby?

Saya tak mahu tahu dia nak kahwin ke? Suka hati dialah nak buat apa kerana saya tak nak ambil tahu mengenainya lagi. Saya tidak patut bercakap dan jangan timbulkan isu yang membuatkan saya bercakap pasal dia. Sudah, tutup! Jangan tanya lagi pasal dia kerana saya sudah tak ada jawapan. Selepas ini nama Norman tidak ada lagi dalam kamus hidup saya.

Apakah azam barunya selepas berjaya mendapatkan penceraian ini?

Tahun 2009 saya ingin jadi orang baru, saya nak buang apa yang ada dalam kepala jauh-jauh. Saya terima dan reda dengan takdir yang tertulis. Soal cinta baru, saya tidak mahu fikir sekarang kerana apa yang penting adalah kerjaya dan anak-anak.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Dapat cuma RM5.50 - Mangsa banjir kecewa pemberian derma gula-gula JKM

HARADIAN SHAH HAMDAN
dan MANIRAH OTHMAN
berita@kosmo.com.my




WAHAB menunjukkan wang RM33 bersama empat biji gula-gula yang diterimanya sebagai bantuan banjir di Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA TERENGGANU - Dua minggu lalu penduduk di Taman Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak terkejut apabila buat pertama kalinya rumah yang diduduki hampir 15 tahun, dilanda banjir.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila ada di antara mereka menerima wang bantuan derma sebanyak RM5.50 dan beberapa biji gula-gula yang diagihkan sejak Isnin lalu.

Malah, kebanyakan daripada 193 keluarga di situ mendapat antara RM27.50 hingga RM33 mengikut formula RM5.50 bagi setiap ahli keluarga yang diputuskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan sikap JKM menguruskan wang itu kerana dana JKM juga dibantu ramai individu sebagai sumbangan peribadi atas nama simpati dengan kesusahan mangsa banjir.

Salah seorang penerima yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan hanya ingin dikenali sebagai Pak Abu memberitahu, dia terkejut menerima RM5.50 ketika wakil JKM datang ke rumahnya Isnin lalu.

Katanya, dia tidak sangka hanya mendapat jumlah tersebut yang sememangnya tidak mampu meringankan beban akibat kerugian ribuan ringgit akibat bencana itu.

"Daripada jumlah itu, RM3 saya beli goreng pisang, RM2 saya beli keropok dan baki 50 sen saya beli rokok sebatang," katanya tentang cara dia memanfaatkan wang itu ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.

"Sudahlah kami dilanda bencana, cara pihak itu mengagihkannya dan jumlah yang kami dapat seolah-olah main-main dan cuba nak mempersendakan kami.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Jangan kecualikan bukan Islam

Oleh AHMAD SHAHRIR SAID
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta supaya dasar ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) turut dikenakan ke atas bakal pengantin bukan Islam.

Menurut mereka, langkah itu perlu dibuat supaya usaha untuk mengurangkan jangkitan HIV di kalangan bakal pengantin tidak hanya terhad kepada pasangan Islam.

Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO), Ramani Gurusamy berkata, ujian tersebut sepatutnya dilakukan kepada semua pasangan yang ingin berkahwin di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

"Selepas laporan ujian dikeluarkan dan seseorang disahkan menghidap penyakit berbahaya tersebut, satu sesi kaunseling perlu dibuat untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh individu terbabit," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Ramani meminta supaya tidak wujud sebarang unsur paksaan terhadap setiap pasangan untuk menjalani ujian tersebut sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara sukarela.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan semua bakal pengantin Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV mulai tahun depan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

'Kami tidak terbabit' - Koperasi Taqwa

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my




PEJABAT Koperasi Taqwa Malaysia di Sentul, semalam. Gambar kecil Nazri Hussain.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Koperasi Taqwa Malaysia (KTM) menafikan ia menawarkan skim cepat kaya kepada ahli-ahlinya.

Dakwaan tersebut, menurut koperasi itu, berpunca daripada kegiatan pihak ketiga yang pernah berkerjasama dengan pihaknya sebelum ini.

Menurut peguam koperasi itu, Nazri Hussain, siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan satu usaha untuk mengumpul bukti pihak yang terbabit dengan kegiatan tersebut yang turut mengaitkan nama KTM dalam operasi mereka.

"Pada dasarnya kita tidak campur tangan atau mengganggu siasatan SKM, namun keadaan semasa memberikan impak negatif terutama kepada rakan perniagaan KTM.

"Pihak koperasi menafikan penglibatan dalam aktiviti skim cepat kaya. Siasatan yang dijalankan SKM lebih menumpukan untuk mendapatkan bukti kukuh terhadap satu kes yang melibatkan pihak ketiga yang sedang didakwa di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di pejabat KTM di sini semalam.

Jelas Nazri lagi, pihak KTM juga sudah membuat satu laporan polis pada bulan April lalu supaya tindakan diambil terhadap pihak ketiga tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Gadis hilang RM399 tanpa restu

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my




SOFEA yang mendakwa ditipu sebuah syarikat pelancongan menunjukkan kad serta dokumen pelancongan dan laporan polis yang dibuatnya dalam pertemuan dengan wartawan Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Bermula dengan satu panggilan yang diterimanya daripada seorang lelaki yang kononnya mewakili sebuah pusat kad kredit, seorang wanita akhirnya terpedaya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sofea, 25, berkata, dia 'kehilangan' RM399 daripada akaun kad kredit miliknya yang dicaj tanpa restu.

Menceritakan kejadian tiga minggu lalu, Sofea berkata, pada mulanya dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mahu nombor akaun kad kredit, alamat rumah serta nombor kad pengenalan miliknya.

"Saya sangka lelaki itu dari pusat kad kredit. Tanpa ragu-ragu saya memberikan maklumat yang diperlukan tetapi lelaki itu kemudian menawarkan pakej pelancongan dan ingin memberikan tawaran menarik.

"Perbualan selama setengah jam dalam keadaan hujan lebat itu tidak berapa jelas dan saya hanya ingat dia asyik bercerita mengenai pakej pelancongan.


"Tetapi dia juga mengaku bekerja di pusat kad kredit dan ini membuatkan saya memberikan maklumat," katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Sofea yang merupakan seorang guru sandaran di sebuah sekolah menengah di ibu negara memberitahu, dia juga ditawarkan potongan harga untuk menunaikan umrah dan haji.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...