Showing posts with label NUTP. Show all posts
Showing posts with label NUTP. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Silap cetak, Muhyiddin perlu tanggungjawab

Jan 29, 11 9:38pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga menteri pelajaran perlu memberi penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik, kata Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

pkr congress 281110 shamsul iskandarBeliau dipetik oleh TV Selangor sebagai berkata Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu.

"Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.

"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM4 juta ini jelas menunjukan timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah.

“Dan sikap melepaskan batuk di tangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.

kbsr english year 1 book, pull back by education ministryAkhbar semalam melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.

Letak jawatan

"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar.

NONE“Sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.

"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib (Razak) harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata-dua kepada menteri pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

nutp national union of teaching professionSementara itu, setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang yang juga dihubungi TV Selangor berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya sama ada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.

"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya.

http://malaysiakini.com/news/154867

Saturday, January 22, 2011

Larang guru kerja Sabtu

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.


Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.

Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.


“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi

“Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.


Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.

Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.


“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak mereka terbela.

“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,” katanya.


Sementara itu, Hashim turut memberi pandangan supaya beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum India di negara ini seperti yang terkandung dalam novel Interlok dihitamkan saja dengan dakwat bagi memuaskan hati semua pihak.

http://www.hmetro.com.my/articles/LaranggurukerjaSabtu/Article

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011: Lahir generasi mantap

2010/10/16

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan membabitkan kepentingan pelajaran sependapat Bajet 2011 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam benar-benar menepati hasrat melahirkan generasi mantap daripada segenap segi untuk mewarisi negara pada masa depan.

Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata Bajet terbabit disifatkan pelaburan yang pastinya menguntungkan negara apabila peruntukan RM6.4 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran diagih dengan saksama.


Menurutnya, kesediaan kerajaan memperuntukkan RM576 juta dalam bentuk biasiswa untuk guru melanjutkan pelajaran bakal memberikan implikasi terhadap prestasi dalam sistem persekolahan apabila guru-guru tahap profesionalisme tinggi akan lebih ramai dilahirkan.


“Tunjang pembangunan negara dalam ekonomi berprestasi tinggi ialah rakyat yang berilmu. Apabila kerajaan memberi perhatian terhadap kualiti perguruan, ia secara langsung akan memberi manfaat kepada anak-anak kita.


“Biasiswa ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada guru dalam memajukan dan mencintai profesion mereka. Selain itu kita gembira kerana Bajet kali ini tidak melupakan kepentingan pendidikan kerohanian apabila bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah diperuntukkan sebanyak RM95 juta.


“Ini menunjukkan persiapan ke arah negara berpendapatan tinggi turut selaras dengan negara yang memiliki moral tinggi,” katanya.


Beliau turut memuji usaha kerajaan mengangkat tinggi penguasaan bahasa Malaysia di kalangan rakyat tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris.


Presiden Kebangsaan Guru Kebangsaan (NUTP) Leftenan Komander (B) Hashim Adnan pula melahirkan kesyukuran kerana pelaburan besar pendidikan dalam Bajet itu akan merangsang lagi suasana pengajaran dan pembelajaran.


Bagaimanapun, katanya, NUTP berharap kerajaan menilai semula hasrat mengambil 375 guru penutur jati daripada negara luar seperti United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bajet2011_Lahirgenerasimantap/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...