Sunday, November 7, 2010

Tiga Pesawat TUDM Ke Solo Pada Ahad Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Ahad November 7, 2010

KUALA LUMPUR: Tiga buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka berlepas pagi Ahad bagi membawa keluar 664 rakyat Malaysia yang terkandas di Yogyakarta, Solo berikutan kejadian letusan Gunung Merapi.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali berkata pesawat pertama dijangka berlepas pada 10 pagi dari Pangkalan TUDM Subang dan mendarat di Lapangan Terbang Solo selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa negara itu.

"Hasil perbincangan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan, Wisma Putra dan Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa negara itu, kita telah mendapat persetujuan bagi membawa keluar kesemua rakyat kita dalam misi dua hari itu.

"Setiap hari, kita akan adakan tiga penerbangan dengan setiap penerbangan pergi dan balik mengambil masa selama enam jam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Menurutnya kesemua 664 rakyat Malaysia itu terdiri daripada penuntut universiti dan kakitangan yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia dan penerbangan pulang pertama dijangka tiba petang Ahad.

Masalah pendaratan kerana cuaca dan kabus tebal tidak menentu di Lapangan Terbang Solo menyebabkan kesukaran membawa keluar orang awam dari kawasan berdekatan Gunung Merapi iaitu gunung berapi paling aktif di dunia itu. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/7/mstar_berita/20101106210314&sec=mstar_berita

Rita Rudaini Mahu Tuntut Nafkah Daripada Aidil

Ahad November 7, 2010

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,32, berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri terhadap suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, selepas mendakwa lelaki itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain berkata, tuntutan itu mahu dibuat selepas meneliti tuduhan daripada Aidil yang menuntut Rita kembali taat kepadanya serta memohon hak penjagaan kekal anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun tiga bulan.

Kata Mohd Zaidi, perkara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana Rita bersedia untuk berbincang dengan Aidil bagi menyelesaikan kes melibatkan rumah tangga mereka itun secara baik.

“Anak guam saya menimbangkan untuk mengemukakan tuntutan itu kepada Aidil selepas melihat tuduhan yang dikemukakan oleh Aidil melalui mahkamah sebelum ini adalah tidak berasas,” katanya.

Pada 26 Oktober lalu Aidil Zafuan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan memfailkan permohonan sulh (perbincangan) di mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, termasuk menuntut hak penjagaan anak secara kekal (hadhanah).

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Aidil juga menuntut perintah isteri taat (nusyuz) terhadap Rita.

Dalam mStar online 28 Oktober lalu, Aidil menafikan membuat tuntutan berkenaan sebaliknya kunjungan dia ke mahkamah untuk menangguhkan perintah tersebut yang dibuat ketika mereka menghadapi masalah rumah tangga pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Notis yang dikemukakan Aidil itu tidak diterima Rita kerana ia dipercayai dialamatkan di kampung wanita itu di Utan Aji, Kangar, Perlis.

Sementara itu Rita berkata dia telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2 November lalu bersama peguamnya untuk mendapatkan notis tuntutan yang dikemukakan Aidil.

Notis itu turut menuntut Rita menghadiri majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember ini di mahkamah yang sama.

Kata Rita dia terkejut selepas mendapati Aidil membuat sepuluh tuntutan termasuklah memohon mendapatkan hak penjagaan kekal anak mereka serta memohon Rita kembali taat kepada suami.

Rita berpendapat jika Aidil membuat tuntutan sedemikian, ia bermakna suaminya itu sudah tidak menyayanginya lagi dan dia bersedia untuk diadili di mahkamah.

“Saya kena kuatkan semangat dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah selepas suami sanggup membuat tuntutan itu,” katanya yang sedang mengandung tiga bulan, anak kedua mereka.

Tindakan Aidil itu kata Rita amat memeranjatkan kerana hubungan mereka yang keruh sebelum ini sebenarnya telah kembali pulih dan dia tertanya-tanya apakah motif Aidil membuat tuntutan sedemikian.

Pasangan tersebut berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga lelaki yang pada mulanya tidak merestui perkahwinan itu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/11/7/mstar_hiburan/20101104234053&sec=mstar_hiburan

MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.



MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.


NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.

EKSTRA: Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Peggy Mason, memberitahu coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung.

Hutang punca gemuk

KAJIAN oleh pakar Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami kegemukan.

Ketua penyelidik, Eva Muenster dari Universiti Mainz membuat kesimpulan itu hasil penyelidikan ke atas 949 responden.

Kesemua responden itu ialah individu yang mendapat khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka tanggung.

Eva kemudian membandingkan keputusan tersebut dengan individu yang bebas hutang. Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang.

Malah, 11 peratus responden tadi akan menghadapi masalah psikologi dan akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan tekanan.

EKSTRA: Kajian Leningrad Scientific Conference mendapati sarang lebah propolis kaya dengan vitamin A dan B2. Ia juga mengandungi semua vitamin (kecuali vitamin K) dan 14 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ahli kimia Britain, Prof. Arnold Buckett pula menjelaskan sarang lebah memiliki banyak khasiat lain eperti antikulat, antibakteria dan antivirus.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm

Kenduri kahwin semakin mahal

ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd. Yunos melangsungkan perkahwinan mereka pada 10.10.2010. Majlis perkahwinan mesti diadakan mengikut kemampuan pasangan.


CUTI penggal persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Lazimnya, pada musim ini ramai pasangan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Bagi yang memilih untuk meraikan hari bahagia di bandar, para tetamu dijamu dengan keindahan hiasan kanopi dan pelamin yang diterapkan elemen moden dan eksklusif, lebih-lebih lagi jika ia disulami dengan karangan bunga segar yang menaikkan lagi seri majlis.

Di kampung pula, semangat gotong-royong atau rewang yang masih menebal pastinya menyuntik kemeriahan pada majlis perkahwinan tersebut.

Begitupun, harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan menelan belanja yang besar.

Bayangkan, untuk persiapan pertunangan sahaja anggaran peruntukan yang diperlukan sekitar RM4,000. Untuk majlis perkahwinan, tidak mustahil kosnya lebih daripada RM20,000.

Kos kenduri kahwin yang semakin tinggi sering menjadi punca banyak pasangan menangguhkan perkahwinan hingga usia lewat 30-an demi mengumpul wang.

Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri pada usia ideal, konsep ‘kahwin dulu, bayar kemudian’ yang ditawarkan menerusi pinjaman peribadi oleh institusi-institusi kewangan menjadi pilihan.

Menurut pendapat di beberapa laman sembang berkaitan perkahwinan, lebih 90 peratus pinjaman peribadi di negara ini digunakan untuk melangsungkan perkahwinan.

Berkongsi pendapat mengenai isu itu bersama Pengarah Urusan CT Catering, Siti Fathimah Mohd. Akhir, beliau berkata, untuk mengelak majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut, perancangan rapi sangat diperlukan.

“Semua bakal pengantin mahukan majlis yang sempurna dan kalau boleh, mereka tidak mahu kalah dengan majlis-majlis lain yang pernah diadakan di kawasan kejiranan mereka.

“Namun, tidak salah jika bersikap bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan.

“Selalu juga saya berdepan dengan pelanggan yang mahukan pakej perkahwinan yang meriah tapi takut untuk mengeluarkan belanja yang besar.

“Begitupun, ramai juga yang faham dan tidak mendesak kami supaya menurunkan harga.

“Kadang-kadang saya terfikir mengapa ada orang inginkan majlis tetapi akhirnya memeningkan kepala sendiri?

“Bayangkan, sewa kanopi dan hiasan dekorasi sahaja mencecah puluhan ribu ringgit, itu tidak termasuk jamuan, pelamin dan cenderahati tetamu.

“Tidakkah itu dianggap sebagai berlebih-lebih?” ujar Siti Fathimah yang berpengalaman mengendalikan perniagaan katering sejak tahun 1994.

Tidak menolak rezeki yang datang, namun Siti Fathimah lebih suka jika perancangan teliti secara bersederhana.

“Kalau ikutkan, saya sendiri tidak sampai hati hendak meletak harga yang tinggi, tetapi jika harganya terlalu rendah, payah pula untuk kita realisasikan impian raja sehari itu,” katanya kepada Jurnal.

Rewang


PERKHIDMATAN katering dan layan diri mula menjadi budaya perkahwinan di kampung.


Beliau berpendapat pada masa ini trend menggunakan khidmat katering turut berlaku di tanah rancangan Felda dan kampung-kampung berbanding amalan gotong-royong.

“Padahal kos jamuan dan kanopi akan lebih murah jika dibuat secara gotong-royong,” jelas Siti Fathimah yang menawarkan harga serendah RM15 sekepala untuk jamuan majlis perkahwinan.

Pengasas Kampung Pengantin, Fatain Mohd. Ali pula berpendapat langkah mengadakan majlis di rumah menelan kos yang lebih tinggi berbanding di dewan.

“Jika majlis dilakukan di rumah, pastinya tuan rumah akan bercadang untuk membaiki rumah, mengecat, persiapan kamar pengantin, langsir baru dan sebagainya.

“Untuk majlis pula, pastinya kanopi lengkap perlu disewa untuk persiapan jamuan.

“Jika di dewan, banyak kos yang boleh dipotong dan digunakan untuk keperluan lain,” ujarnya.

Kampung Pengantin yang terletak di Jalan Genting-Klang, Kuala Lumpur menawarkan bukan sahaja khidmat katering malah menyediakan lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Dengan harga serendah RM35 sekepala, impian perkahwinan dalam taman boleh direalisasikan di Kampung Pengantin.

Boleh menampung sehingga 1,500 tetamu pada satu masa, ia sekali gus menjadi alternatif baru bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, terutama di bandar.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

'Tongkat sakti' Jariah


JARIAH menggabungkan teknik rawatan kristal dan reiki untuk merawat pesakit.


DR. Jariah Abdullah, 64, mengubat pesakitnya dengan cara yang agak pelik iaitu menggunakan sebatang tongkat kristal.

Tongkat sepanjang 40 sentimeter itu digunakan bekas pensyarah kimia di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini untuk mengenal pasti penyakit seseorang.

Pada pandangan mata kasar, tongkat itu sekadar mengandungi plastik, batu kristal dan kayu. Ia dibeli Jariah di Itali pada harga hampir RM2,000. Bentuknya seperti kayu rotan.

Namun, uniknya tali pada tongkat itu menjadi penentu tahap kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Jika tali itu cenderung ke kiri, ia bermakna pesakit sedang menghadapi masalah tekanan tetapi jika sebaliknya, mereka sihat.

Secara ringkas, kaedah rawatan yang amalkan Jariah ialah perubatan menggunakan kuasa minda dan tenaga dalaman.

“Memang kepakaran saya dalam bidang kimia tetapi saya turut mempelajari kaedah perubatan alternatif dikenali sebagai reiki.

“Reiki ialah satu teknik perubatan dari Jepun yang bertujuan mengurangkan tekanan dan merehatkan tubuh.

“Saya menganalisis tenaga yang terdapat dalam badan seseorang. Jika tenaga itu lemah, mereka akan mudah jatuh sakit dan tertekan, begitulah sebaliknya,” kata Jariah sambil menambah, rawatan reiki lebih berbentuk terapi.

Reiki ialah amalan kerohanian yang dimajukan oleh rakyat Jepun, Mikao Usui pada tahun 1922. Salah satu aspek amalan ini dinamakan tenohira atau penyembuhan tapak tangan.

Sentuh

Menerusi teknik ini, si pengamal percaya dirinya dapat mengalirkan tenaga penyembuhan.

Tenaga berkenaan mengalir melalui tangan pengamal sebaik sahaja beliau menyentuh pesakit.

Selain itu, rawatan reiki boleh dilakukan daripada jarak jauh menggunakan alatan sama seperti tongkat yang digunakan Jariah.

Rawatan ini melibatkan lambang khas untuk membentuk perhubungan sementara antara pengamal dan penerima, tidak kira di mana jua, lalu menyalurkan tenaga reiki begitu sahaja.

“Teknik terapi reiki sebenarnya rahsia penyembuhan alami yang inti patinya ialah kekuatan doa oleh pesakit dan pengamalnya.

“Secara luarannya, pengamal reiki seolah-olah hanya memberikan sentuhan melalui tangannya atau medium alat ke kawasan yang mahu dialirkan tenaga,” kata Jariah.




Menggabungkan perubatan melalui reiki, tongkat dan kristal - dakwa Jariah, mempunyai impak yang baik untuk seseorang.

Ujarnya , kristal itu sendiri asasnya ialah pasir dan tanah yang proses geologinya berlaku selama jutaan tahun sebelum terbentuk.

“Setiap jenis kristal mempunyai gelombang tersendiri yang baik untuk tubuh. Ia memulihkan kesihatan seseorang melalui interaksi dengan pusat tenaga di dalam badan.

“Terdapat tujuh cakra yang menjadi pusat tenaga. Sekiranya terganggu, ia akan mengakibatkan badan tidak selesa dan mudah mendapat penyakit,” katanya.

Menurut Jariah, tenaga yang terdapat dalam kristal sama seperti tenaga yang ada dalam tubuh manusia.

Beliau memberikan contoh, warna hijau (merujuk pada pusat tenaga dalam badan) pada bahagian dada lebih cenderung untuk kesihatan paru-paru dan jantung.

Kristal

“Jika pusat tenaga ini terganggu, seseorang mungkin menghadapi masalah berkaitan paru-paru dan jantung.

“Warna kelabu di bahagian leher manusia merujuk kepada kerongkong dan bahagian dalam leher.

“Warna merah pada ubun-ubun pula merujuk kepada kesihatan mata, hidung dan telinga. Manakala pusat tenaga berwarna kuning di bawah dada untuk limpa, pankreas dan buah pinggang,” katanya.

Ujarnya lagi, pusat tenaga berwarna oren pada bahagian perut untuk usus sementara merah pekat pula untuk saraf tunjang dan tulang belakang.

Jika semua tenaga dalam badan itu berada dalam keadaan baik, selain amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat, seseorang akan hidup sihat tanpa tekanan.

“Tetapi jika sebaliknya, seseorang akan mudah tertekan dan mendapat penyakit,” katanya.

Jariah juga mengusahakan produk yang berasaskan bahan kristal seperti pencuci muka, penyegar muka, sabun mandi serta minyak wangi.

“Malah, ada produk kristal yang boleh menggantikan keberkesanan botox,” ujarnya.

Katanya lagi, penggunaan kristal untuk kosmetik dan perubatan juga dapat membantu membuang toksik, mencerahkan wajah selain meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

“Kristal sebenarnya telah lama terbukti dari sudut kesihatan. Sebagai contoh, individu yang memakai cincin dan gelang kristal bukan sahaja bertujuan untuk hiasan bahkan merawat penyakit.

“Cuma saya menambah nilai perubatan itu dengan reiki dan hasilnya memuaskan,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm

Peniaga serik mohon bantuan banjir

07/11/2010 2:05pm

JITRA - Peniaga di Pekan Jitra 2 di sini, serik untuk mendaftarkan diri dalam senarai mangsa-mangsa terbabit banjir kerana pernah tertipu apabila mengalami pengalaman mengecewakan selepas banjir besar pada 2005.

Low Poh Wan, 47, berkata, selepas terbabit banjir besar lima tahun lalu, peniaga-peniaga diminta membuat laporan serta mendaftarkan nama mereka bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan untuk meringankan bebanannya.

"Tunggu punya tunggu apa pun tak dapat, sekarang saya sudah malas lagi mahu mendaftar, tak guna daftar kalau kena tipu macam tu, tak dapat apa-apa pun," katanya ketika ditemui di premisnya di pekan Jitra 2, di sini hari ini.

Poh Wan, pemilik Wan Hantaran Enterprise menjual pelbagai barangan seperti bunga hiasan, barangan jahitan serta barangan hantaran perkahwinan berkata, akibat dilanda banjir pada 2005 beliau kerugian lebih RM5,000 manakala pada kali ini kerugiannya dianggarkan lebih RM10,000. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Enggan serah tanah adat

ALOR GAJAH: Seorang pesara tentera melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah yang bercadang mengambil alih tanah adat miliknya dan dua adiknya seluas 0.002 hektar di kawasan Mukim Sungai Petai, di sini.

Uda Mohd Yasin, 57, dari Kampung Sungai Petai, berkata mereka tidak pernah bersetuju dengan cadangan pengambilan tanah yang dilakukan itu meskipun jumlahnya kecil.


“Pada 2 September lalu, saya dan dua adik ada menerima surat daripada pihak berkenaan yang memaklumkan pengambilan tanah milik kami.

“Di dalam surat berkenaan, pihak mereka menyatakan tujuan pengambilan tanah berkenaan untuk menyalurkan bekalan air ke Kawasan Perindustrian Rembia yang terletak di kawasan berhampiran.


“Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan, kami pergi menemui pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci dan berbincang berhubung hal berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini.


Menurutnya, pihak berkenaan menjelaskan proses pengambilan tanah mengandungi 40 batang pokok getah dalam dua baris itu bukan hanya dilakukan pada tanah milik mereka tetapi juga membabitkan tanah bersebelahan.

“Kami tiga beradik tidak pernah memberi sebarang persetujuan mengenai proses pengambilan tanah berkenaan, lebih-lebih lagi ia dipenuhi tanaman getah berusia kira-kira lima tahun.


“Malah, kami sebenarnya diberi masa untuk berfikir bagi membuat keputusan mengenai pengambilan tanah berkenaan meskipun mereka tahu kami tidak bersetuju dari peringkat awal,” katanya.

Uda berkata, dalam tempoh diberikan, dia dan adik beradiknya sekali lagi menerima surat daripada pihak berkenaan yang turut disertakan dengan cek bernilai RM230 setiap seorang.


“Kami sangat terperanjat dan tidak pernah menduga akan menerima cek dengan jumlah itu meskipun kami belum membuat keputusan.


“Di dalam surat itu, mereka memaklumkan bayaran RM180 mewakili nilai harga tanah setiap seorang yang diambil manakala baki RM50 pula adalah tambang,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Engganserahtanahadat/Article/index_html

Najib arah bantu mangsa

Oleh MOHAMAD HUSSIN

JITRA: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan semua agensi kerajaan Persekutuan supaya memberi bantuan segera kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis serta meminta mereka bersabar menghadapi bencana itu.

Perdana Menteri berkata, beliau meminta agensi terbabit segera turun padang membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa mengira fahaman politik.


Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Politiknya, Datuk Shahlan Ismail ketika melawat mangsa banjir di Kampung Pulau Timbul, di sini, pagi semalam.

“Kita akan menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah atas sifat kita sebagai kerajaan yang memerintah negara. “Bagi kami (kerajaan) tanggungjawab ini adalah amanah yang harus dipikul.


“Saya berharap rakyat bersabar dengan ujian ini dan sebagai kerajaan kita akan melakukan apa saja yang terdaya untuk memastikan nasib rakyat terbela.


“Saya juga berterima kasih terhadap seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan agar kesihatan saya kembali pulih seperti biasa untuk membolehkan saya kembali berkhidmat kepada negara.

“Saya faham betapa seriusnya keadaan banjir di Kedah dan Perlis dan saya akan buat apa saja untuk membantu mangsa banjir,” katanya yang dihubungi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Najibarahbantumangsa/Article/index_html

Bukti mampu urus subsidi

Oleh MUHAMAAD RAZIS ISMAIL

LANGKAWI: Kerajaan akan menarik semula pembekuan lesen stesen minyak mini luar bandar jika pengusaha stesen minyak di kawasan itu berjaya membuktikan mereka mampu menguruskan bahan api subsidi tanpa penyelewengan melalui program penjenamaan semula yang dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini pihaknya menerima hampir 100 permohonan baru daripada syarikat bagi menguruskan stesen minyak luar bandar.


Bagaimanapun, katanya, permohonan itu dibekukan sementara bagi melihat prestasi pengusaha stesen minyak mini sedia ada, sama ada dapat meyakinkan kerajaan bahawa pengagihan bahan api subsidi kepada golongan sasaran di luar bandar dilakukan secara telus atau sebaliknya.

“Kabinet mesti diyakinkan bahawa tiada penyelewengan dengan sistem pengagihan minyak subsidi yang sistematik selain ciri keselamatan yang bagus ketika operasi perniagaan minyak dijalankan.


“Jika keadaan baik, mungkin Kabinet akan pertimbangkan untuk menarik semula arahan pembekuan itu,” katanya.


Beliau berkata, setakat ini kerajaan memberi mandat kepada tiga firma yang bertanggungjawab di zon berasingan bagi menguruskan penjualan bahan api subsidi stesen minyak mini.

Ismail berkata demikian selepas melancarkan Stesen Minyak Luar Bandar Buraqoil, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi IPTB Sdn Bhd, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Salleh Maamor.


Terdahulu, Ismail Sabri menyerahkan sijil penghargaan kepada kumpulan Perintis Program Penjenamaan dan Naiktaraf Stesen Luar Bandar serta menyerahkan sumbangan kepada anak yatim.

Sementara itu Pengerusi Konsortium Ikatan Pengedar Terus Bumiputra (IPTB) Sdn Bhd, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata, penjenamaan semula stesen minyak luar bandar oleh Buraqoil berjaya meningkatkan pendapatan pengusaha kecil sehingga lebih 100 peratus.


Penambahbaikan stesen minyak ini yang membabitkan kos antara RM150,000 sehingga RM350,000 itu meliputi bentuk, penampilan, ciri-ciri keselamatan selain dilengkapi kemudahan kedai serbaneka yang dikenali dengan nama Buraqmart untuk memudahkan pelanggan mendapatkan barangan.


“Peningkatan itu diperoleh hasil daripada keyakinan dan kepercayaan pengguna selepas stesen minyak lama dinaikkan taraf daripada segi reka bentuk, penampilan dan kemudahan lebih canggih.


“Imej baru stesen minyak memberi pulangan tinggi kepada pengusaha dengan keupayaan menjual purata 10 juta liter sebulan kerana berjaya menarik lebih ramai pelanggan yang pada mulanya bimbang mengisi minyak di stesen minyak berkenaan sebelum ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buktimampuurussubsidi/Article/index_html

Mangsa kurang

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang kelmarin berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu dibenarkan pulang, tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatat penurunan manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit.


Sehingga 8 pagi semalam, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang kelmarin.

Daerah Kota Setar mencatat bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 kelmarin.


Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.


Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Sementara itu, keadaan banjir di Perlis semakin pulih dan angka mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan kini berkurangan kepada 9,595 orang berbanding lebih 12,000 kelmarin.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, semua kira-kira 20 pusat pemindahan banjir di Padang Besar ditutup.

Bagaimanapun, katanya, 34 pusat pemindahan di kawasan Kangar dan empat di Arau masih beroperasi. — Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mangsakurang/Article/index_html

Bantuan Bernas

PENDANG: Sejumlah RM500,000 diperuntukkan Beras Nasional Bhd (Bernas) bagi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis dengan membekalkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, air mineral dan roti, semalam.

Pengurus Besar Kanan Sektor Perniagaan Beras Tempatan, Abdul Rahman Mohd Nasri, berkata Bernas dengan usahasama Gula Padang Terap Sdn Bhd membekalkan kira-kira 20,000 paket gula seberat satu kilogram (kg), 20,000 beras (10 kg) dan 12,000 bungkus roti serta air mineral untuk dihantar ke 100 pusat pemindahan banjir di Kedah dan 30 pusat di Perlis, yang akan diagihkan secara berperingkat selama tiga hari bermula semalam.


“Kami juga menubuhkan satu pasukan sukarelawan Bernas membabitkan 60 kakitangan untuk membantu membersihkan rumah kakitangan Bernas serta penduduk setempat yang terjejas akibat banjir,” katanya ketika ditemui di Kilang Bernas Bukit Raya, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, seramai 60 kakitangan Bernas secara sukarela akan turun padang menjayakan misi bantuan kemanusiaan berkenaan yang digerakkan seawal jam 8 pagi.


Katanya, lapan lori seberat tiga tan akan pergi ke kedua-dua negeri berkenaan untuk menghantar bekalan keperluan asas kepada mangsa banjir.


“Kita anggarkan lebih 100 kakitangan Bernas terbabit secara sukarela dalam menjayakan tiga misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir berkenaan,” katanya.

Sementara itu, di Jerlun kelmarin, Nasmir Holding Sdn Bhd membekalkan 20,000 hamper berisi beras, roti dan air mineral untuk diagihkan kepada mangsa banjir daerah di Jerlun dan Kubang Pasu.


Pengarah Urusannya, Kadhar Shah Abdul Razak berkata, bantuan itu adalah sumbangan Nasmir untuk membantu mangsa banjir di utara Semenanjung.

“Jika keperluan mendesak, Nasmir akan menambah peruntukan untuk membantu mangsa banjir di daerah terjejas,” katanya ketika ditemui di pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Muda, di sini, kelmarin.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BantuanBernas/Article/index_html

Sultan Kedah dukacita

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, semalam melahirkan rasa dukacita baginda dengan nasib rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran akibat dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah.

Bertitah pada majlis taklimat khas banjir di sini, baginda turut meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.


“Beta berasa dukacita di atas kejadian banjir yang melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi percaya ada hikmah di sebalik semua ini.

“Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini,” titah baginda.


Pada majlis berkenaan, baginda turut mengumumkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah.


Terdahulu Sultan Kedah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun berangkat melawat rakyat jelata yang terbabit dengan bencana itu di pusat pemindahan di Stadium Suka Menanti,, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Md Hanipah.


Sultan dan Sultanah Kedah meluangkan masa hampir sejam bersama rakyat jelata di pusat pemindahan itu, sebelum berangkat ke Wisma Darul Aman untuk taklimat khas banjir.

Sementara YSB turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada individu yang tidak mahu dikenali bagi membantu mangsa banjir di Kedah. — Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SultanKedahdukacita/Article/index_html

Bercerai elak lebih parah

SEREMBAN: “Perceraian disifatkan jalan terakhir dan terbaik bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku seandainya pasangan berkenaan masih gagal dalam perbincangan atau rundingan,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau mengulas penderitaan seorang suami malang yang menghadapi masalah rumah tangga apabila isterinya didakwa bermain kayu tiga dengan Awang Hitam sejak sekian lama.


Menurut Noor Aziah, setiap perkahwinan sememangnya akan mengalami keretakan jika wujud kehadiran pihak ketiga melalui jalinan hubungan intim sama ada oleh si suami atau isteri.

“Bagi kes ini, isteri lelaki berkenaan secara jelas masih mempunyai sikap sama iaitu menjalin hubungan dengan orang ketiga, sekali gus menimbulkan isu tidak setia di dalam kehidupan rumah tangga mereka.


“Walaupun si suami sudah merujuk atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, ia seolah-olah tidak bermakna kerana permasalahan sama masih berlaku berpunca daripada sikap tidak setia wanita terbabit.


“Keadaan itu menunjukkan wanita berkenaan sememangnya tidak mahu lagi hidup bersama lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam. Beliau berkata, setiap masalah bagaimanapun mempunyai jalan penyelesaian yang bergantung kepada setiap individu untuk melaksanakannya dan membuat keputusan akhir.

“Pasangan suami isteri itu perlu mengatur masa paling sesuai untuk sama-sama melakukan perbincangan atau rundingan berkaitan permasalahan dan rasa tidak puas hati yang berlaku antara kedua-dua pihak.


“Jika masih gagal menemui kata putus, mereka boleh merujuk perkara berkenaan kepada pakar kaunseling atau mahkamah untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya.

“Pasangan suami isteri itu perlu mengatur masa paling sesuai untuk sama-sama melakukan perbincangan atau rundingan berkaitan permasalahan dan rasa tidak puas hati yang berlaku antara kedua-dua pihak.


“Jika masih gagal menemui kata putus, mereka boleh merujuk perkara berkenaan kepada pakar kaunseling atau mahkamah untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berceraielaklebihparah/Article/index_html

Pelajar pindah ke Solo

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB

KUALA LUMPUR: “Kita sudah memindahkan semua pelajar di Yogyakarta ke Solo bagi membolehkan mereka dibawa pulang ke tanah air,” kata Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar selepas Yogyakarta diisytihar sebagai kawasan darurat dan tidak selamat diduduki.

Menurut Junaidy, walaupun sebelum ini ada pelajar masih menetap di Yogyakarta kerana masalah tertentu dengan pihak universiti mereka, pihaknya berjaya menyelesaikannya dengan pentadbiran universiti berkaitan, sekali gus membolehkan mereka diberi cuti sehingga keadaan dipastikan selamat.


“Yogyakarta memang sudah tidak selamat untuk didiami kerana debu halus yang keluar daripada Gunung Merapi sangat bahaya untuk kesihatan.

“Jadi, kita berbincang dengan pihak universiti untuk memberi cuti kecemasan kepada pelajar berkaitan selagi mana kawasan itu didapati tidak selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Junaidy berkata, seramai 357 pelajar serta lapan rakyat Malaysia yang bekerja di Yogyakarta dipindahkan dan sehingga kini pihaknya masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Indonesia bagi membolehkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat di lapangan terbang Solo.


Katanya, penerbangan secara terus bagi membawa pulang rakyat serta pelajar Malaysia akan dilakukan sebaik permohonan itu diperoleh.

“Sebenarnya ini bukan satu arahan khusus kepada pelajar, sebaliknya kita beri kelonggaran sama ada mereka ingin ikut balik atau terus tinggal di Solo.


“Namun nasihat kita, sebaik-baiknya pulang ke tanah air kerana jika terus tinggal di Solo, makan serta minuman pasti tidak terurus dengan baik, yang mana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan mereka,” katanya.

Selain itu, bagi mengelak pelajar terdedah kepada persekitaran tidak sihat, pihaknya juga membekalkan beberapa barangan keperluan serta ubatan tertentu seperti topeng penutup mulut dan hidung serta ubat titis.


Malah katanya, walaupun ada antara mereka mengalami masalah kesukaran bernafas ketika di Yogyakarta, namun sebaik dipindahkan, semuanya kini dipastikan dalam keadaan sihat.


“Kita bersyukur kerana sehingga kini semua tahap kesihatan pelajar berada dalam keadaan yang sangat baik.


“Yang lebih kita harapkan mereka dapat pulang ke tanah air bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan secara lanjut dilakukan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarpindahkeSolo/Article/index_html

Suami dah mati, isteri diburu along

NUSAJAYA: Malang sungguh nasib seorang wanita yang belum habis berkabung akibat kematian suami apabila datang pula ceti haram atau along membuat kacau ketika upacara menguruskan mayat di Taman Seri Yaacob, di sini, baru-baru ini.

Lebih menyeksakan, wanita itu kini hidup dalam ketakutan apabila diganggu sekumpulan along yang menuntut dia melunaskan baki pinjaman mendiang suaminya yang meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri, dua minggu lalu.


Tidak cukup menerima puluhan panggilan telefon daripada along terbabit, mangsa mendakwa pintu pagar rumahnya turut dipasang mangga oleh anggota sindiket berkenaan.

Ketika mayat mendiang suami masih di rumah mangsa dua minggu lalu, along berkenaan menemui wanita berusia lewat 40-an itu dan mengarahkannya melunaskan baki hutang tanpa menghormati upacara yang berjalan.


Mangsa bukan saja ketakutan akibat diancam along berkenaan, malah bimbang jika suaminya turut meminjam wang daripada beberapa along lain.


Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berhubung tindakan along yang mengganggu wanita terbabit.

“Wanita terbabit mendakwa dia diganggu along yang menuntut baki pinjaman oleh mendiang suaminya sebelum ini, menyebabkan dia dalam ketakutan dan tertekan.


“Siasatan awal mendapati mangsa kerap diganggu, namun tidak membabitkan kecederaan fizikal atau tindakan membaling cat pada rumah sebagai amaran,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamidahmati_isteridiburualong/Article/index_html

Dadah: Aktor kena cekup

Dadah: Aktor kena cekup

Oleh SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sebuah filem yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, ditahan polis malam kelmarin, dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis metafetamin.

Pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO) ketika menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira jam 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran. Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu,” katanya, semalam.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kerjaya seni artis ini bermula sebagai anggota sebuah kumpulan pemuzik, namun hanya tampil dengan satu album sebelum dibubarkan.

Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka.

http://www.hmetro.com.my/articles/DadahAktorkenacekup/Article

Artis berparti Halloween

Artis berparti Halloween

BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.
BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.

Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/ArtisberpartiHalloween/Article

Pesona cinta Afrika

Pesona cinta Afrika

Oleh MOHD NUR ASNAWI DAUD dan ISKANDAR SHAH MOHAMED


PORAK PERANDA... warga Afrika menggoda isteri Johan melalui SMS.
PORAK PERANDA... warga Afrika menggoda isteri Johan melalui SMS.

SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi ‘racun’ dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.

Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, ‘selera’ isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal ‘Awang Hitam’.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas.

Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya.

Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.

“Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.

“Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri,” katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.

Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.

“Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.

“Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.

Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.

“Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.

“Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal,” katanya.

Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.

Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.

“Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.

“Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.

“Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya.

http://www.hmetro.com.my/articles/PesonacintaAfrika/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...