Showing posts with label Akta Murtad. Show all posts
Showing posts with label Akta Murtad. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

BERJAYAKAH HIMPUN KUMPUL 100,000 PESERTA?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 23RD, 2011

Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini. Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.

Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

“Kami merasakan tidak cukup. Kita tidak serius dalam mengadakan penguatkuasaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup gerakan Himpun di Stadium Shah Alam di sini.

Sambil tidak menafikan bahawa ada kelemahan dalam pengagihan duit zakat, Azmi berkata, ia tidak bermakna agama-agama lain mengambilnya sebagai peluang untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke atas Muslim.

“Kesemua agensi ada kelemahan, bukan hanya agensi agama. Tetapi ada pihak mengambil peluang dengan kelemahan,” katanya.

“Ia tidak betul,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua undang-undang termasuk ISA akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan dua akta baru, dijangka tahun depan.

Beberapa kain rentang turut dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang “boleh timbulkan masalah.”

“This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

“Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis,” kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

Kehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini.

Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.


http://www.kl-today.com/2011/10/berjayakah-himpun-kumpul-100000-peserta/

Saturday, October 22, 2011

MURTAD DAN BANDAR OXFORD

Disiarkan pada Oct 20, 2011 dalam kategori Dakwah

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di UK dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu. Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji.

Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar. Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita disebabkan unsur ke’jais’an kita. Amat rugi jika ada sesiapa yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu yang pesat.

Dari bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12, Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167 apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat universiti di Paris. Pada kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini; Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar ilmu sejak 800 tahun yang lalu.

Dalam tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah. Agama Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di sini telah terbabit dalam pelbagai konflik politik dan agama. Permusuhan dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga amalan kristianiti pun luntur di sini.

Dibakar Hidup-Hidup


Latimer, Ridley and Foxe burning.

Saya tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas jalan ada tanda yang dibuat mengenang ‘shuhada’ Oxford atau Oxford Martyrs yang dibakar hidup-hidup. Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16. Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katholik. Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka anggap tidak berasas.

Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian theology, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy (murtad) dan derhaka (treason) kepada Queen. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556.


Penulis di tempat bekas tokoh-tokoh pembaharuan Kristian dibakar hidup-hidup.

Sebenarnya, dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum para penentang mereka. Pihak Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka. Golongan pembaharuan dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.

Benarkah Murtad?

Persoalannya, benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang jumud dan mempunyai kepentingan sendiri?! Semua tokoh-tokoh yang dibakar hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat. Cumanya, mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang mereka anggap tidak bersumberkan Bible.

Pihak penentang pembaharuan sering menggunakan nama Jesus dan istana. Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama. Mereka menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.

Dikenang

Hari ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara fikir manusia. Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai kini, akan dihukum pada masa yang akan datang. Sebab itu setiap kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang bersifat politik dan isu semata.

Walaupun begitu dahsyat dan kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih ‘ganas’. Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka, hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun dinafikan kewujudannya.

Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzche telah mengistiharkan bahawa ‘God was dead’ (Tuhan telah mati). Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang.

Usaha menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar di seluruh dunia. Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku God Delusion atau Penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar. Tulisannya ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah perkembangan Kristian, turut menjualnya.

Tuduh Murtad

Menjadi masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal Tuhan kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah ertikan dan agama dibenci. Di Oxford, walaupun bangunan dan bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis. Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang tersendiri.

Menuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik. Menghalang orang lain memberikan pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama.

Islam adalah agama dialog dan hujah. Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak. Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog. Firman Allah (maksudnya):

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?

http://drmaza.com/home/?p=1644

Friday, October 21, 2011

Murtad dan bandar Oxford


Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di United Kingdom dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu.

Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar.

Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita disebabkan unsur ke’jais’an kita. Amat rugi jika ada sesiapa yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu yang pesat.

NONEDari bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12, Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167 apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat universiti di Paris.

Pada kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini; Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar ilmu sejak 800 tahun yang lalu.

Dibakar hidup-hidup

Dalam tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah. Agama Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di sini telah terbabit dalam pelbagai konflik politik dan agama. Permusuhan dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga amalan kristianiti pun luntur di sini.

NONESaya tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas jalan ada tanda yang dibuat mengenang ‘shuhada’ Oxford atau Oxford Martyrs yang dibakar hidup-hidup.

Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16.

Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katholik.

Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka anggap tidak berasas.

Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian teologi, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy (murtad) dan derhaka (treason) kepada Ratu. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556.

Pengorbanan hebat

Sebenarnya, dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum para penentang mereka.

pope benedict visit palestine israel 110509 04Pihak Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka.

Golongan pembaharuan dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.

Persoalannya, benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang jumud dan mempunyai kepentingan sendiri? Semua tokoh-tokoh yang dibakar hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat.

Cumanya, mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang mereka anggap tidak bersumberkan Bible. Pihak penentang pembaharuan sering menggunakan nama Jesus dan Istana. Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama.

Bimbang Bible diterjemahkan

Mereka menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.

azlanHari ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara fikir manusia.

Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai kini, akan dihukum pada masa yang akan datang.

Sebab itu setiap kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang bersifat politik dan isu semata.

Walaupun begitu dahsyat dan kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih ‘ganas’.

Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka, hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun dinafikan kewujudannya. Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzche telah mengistiharkan bahawa ‘God was dead’ (Tuhan telah mati). Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang.

church christian in kuala lumpur 1Usaha menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar di seluruh dunia. Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku God Delusion atau penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar.

Tulisannya ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah perkembangan Kristian, turut menjualnya.

Nama Tuhan digunakan

Menjadi masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah ertikan dan agama dibenci.

Di Oxford, walaupun bangunan dan bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis. Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang tersendiri.

azlanMenuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik. Menghalang orang lain memberikan pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama.

Islam adalah agama dialog dan hujah.

Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak.

Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog. Firman Allah (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?

http://www.malaysiakini.com/news/179287

Wednesday, October 19, 2011

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6060-ada-sesuatu-tidak-kena-dengan-himpun#.Tp5SYVgWITE.facebook

Bahaya HIMPUN dan kegagalan institusi agama

Hafiz Zainuddin | Oct 19, 2011 12:07:32 pm

Selamatkan aqidah! Cegah murtad! Ayuh ke stadium!

Masih banyak ruang-ruang demokrasi boleh diisi. Salah satu prinsip demokrasi adalah kebebasan untuk bersuara. Kesedaran demokrasi kalangan rakyat makin teserlah sejak BERSIH 2.0. Justeru, satu perhimpunan besar-besaran anjuran HIMPUN akan berlangsung di stadium Shah Alam Sabtu ini untuk menyuarakan pandangan dan penerangan terhadap usaha memurtadkan umat Islam yang dikatakan giat dijalankan di negara ini.

Himpunan ini dinamakan sebagai Himpunan Sejuta Umat dengan tema "Selamatkan Akidah Umat". Secara kasar, kita boleh katakan bahawa himpunan ini merupakan respon yang terhadap peristiwa 3 Ogos lalu yang melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama. Untuk itu, HIMPUN mengajak umat Islam dari segenap lapisan untuk menyertai perhimpunan ini sebagai tanda solidariti di samping memperkukuh persaudaraan di antara satu sama lain.

Sebelum kita membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut, ada beberapa perkara yang masih samar dan menimbulkan tanda tanya. Antaranya, apakah maksud tujuan perhimpunan ini benar-benar ikhlas untuk selamatkan akidah umat Islam Malaysia? Apakah rasional perhimpunan ini diadakan? Lebih membingungkan adalah bagaimana permit perhimpunan yang dilihat sensitif ini terlalu mudah diperoleh? Siapakah di sebalik penganjuran himpunan ini dan siapa pula yang akan menanggung akibatnya nanti?

Cuba untuk bersangka baik, kita tidak mahu menyalahkan siapa-siapa berhubung perhimpunan ini. Perhimpunan ini adalah pilihan. Perhimpunan ini mungkin cuma respon terhadap peristiwa agar setiap umat Islam terjaga akidahnya dan dapat masuk syurga. Mungkinlah, sebagai sebuah jangkaan…

Rasional HIMPUN dan persoalan

Untuk mengupas permasalahan akidah dan pindah agama, ia merupakan sebuah perbincangan yang sangat panjang. Walau bagaimanapun, punca kepada masalah pindah agama boleh kenalpasti.

Persoalannya, apakah dengan menghimpunkan seramai mungkin umat Islam di stadium mampu untuk menyelamatkan akidah? Apakah sebenarnya di sebalik kegusaran kita terhadap gejala murtad ini? Perlukah kita menyalahkan pihak lain sedangkan jawapannya ada pada kita sendiri? Ataupun kita tercari-cari di mana letaknya kehebatan Islam sebagai agama yang syumul sedangkan Islam punya penyelesaian terhadap semua masalah umat? Ini adalah persoalan pokok yang harus kita jawab dengan hati yang terbuka dan rasional.

Kristianisasi

Kita harus melihat kembali sejarah. Gerakan kristianisasi telah berlaku sejak zaman penjajahan British lagi di Tanah Melayu dengan pembukaan sekolah-sekolah mubaligh dan sebagainya. Ramai anak-anak Melayu yang bersekolah di institusi berkenaan tetap teguh dengan Islam yang diwarisi dari keluarga mereka.

Harus diakui juga bahawa Kristianisasi di zaman penjajahan lebih kuat berbanding sekarang di mana silibus pendidikan negara sekarang telah dilengkapi dengan subjek agama Islam dan modul lainnya. Akan tetapi, kita berasa hairan mengapa gejala pindah agama ini kian menular di kalangan umat Islam negara kita?

Kedangkalan HIMPUN dan kegagalan institusi agama kita

HIMPUN tidak mampu menjawab persoalan pindah agama ini secara matang. Secara terang, HIMPUN juga nampaknya gagal menilai situasi yang berlaku dan mengambil jalan keluar yang sangat mudah dan akibatnya cuma memperlihatkan kegagalan institusi agama Islam di bawah pentadbiran kerajaan memainkan peranan sebenar mereka dalam memperkukuh akidah dan menjaga kemaslahatan umat Islam. Satu kelemahan yang sukar difahami!

Apakah mungkin disebabkan kekurangan ulama, ahli akademik dan pentadbir yang baik di dalam institusi agama di Malaysia penyebab kepada gejala pindah agama yang kian meruncing ini walhal saban tahun akan ramai sahaja graduan yang tamat pengajian dari timur tengah pulang ke tanah air mencurah bakti?

Mungkinkah juga ia melibatkan kaedah dakwah di Malaysia yang bersifat menghukum dan hitam-putih sukar untuk diterima sebilangan masyarakat kita?

Sebagai umat Islam yang rasional dan realis, kita seharusnya berasa malu apabila isu murtad ditangani dengan emosi. Malaysia yang mempunyai pentadbiran agama Islam yang sistematik seolah-olah tidak mampu untuk melaksanakan tindakan yang serius dan seolah membiarkan pihak lain medahului tanggungjawab mereka.

Sekiranya gejala pindah agama ini disebabkan oleh gerakan Kistianisasi yang modus operandinya melalui cara kebajikan, mengapa pihak berkuasa agama kita tidak serius seperti mereka? Di mana pula fungsi baitulmal dalam pengagihan zakat kepada golongan miskin yang memerlukan?

Apakah cukup dengan mendabik dada berbangga mengumumkan kutipan zakat kian meningkat saban tahun sudah memadai? Di manakah sejumlah besar dana umat Islam ini pergi sehingga terpaksa mengemis di pihak lain?

Lagi-lagi yang keluar hanya persoalan. Dan persoalan-persoalan ini perlulah diselesaikan sebaik mungkin.

Ujian buat PAS: sekali lagi!


Melihat dalam konteks politik, PAS sekali lagi teruji. Di antara publisiti, keutamaan, perjuangan dan kepercayaan penyokong. Apakah HIMPUN benar-benar ikhlas atau ada tangan-tangan politik yang berkepentingan menangguk diair yang keruh?

Inilah bahayanya.

Sekiranya PAS bersetuju untuk menyertai perhimpunan ini, ia bererti PAS sedia untuk menerima risiko yang sangat besar. Parti Islam yang selama ini melaungkan sloganPAS for all cuma akan dilihat sebagai topeng semata-mata hanya disebabkan menyertai perhimpunan yang konon-kononnya mahu menyelamatkan akidah sedangkan segalanya masih tersirat dan sulit untuk dijelaskan. Akhirnya, PAS akan dilabel sebagai puak ekstrimis agama yang tidak mampu lagi berfikir dengan waras. Kita yakin, dengan segala pengalaman yang ada, PAS mampu untuk berbuat yang lebih baik dari menyertai perhimpunan ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita boleh bersetuju bahawa perhimpunan ini mudah dilihat, malah dikhuatiri untuk mengancam keharmonian beragama di negara ini yang dikecapi sejak sekian lamanya - lebih-lebih lagi seandainya tujuannya tidak diperjelaskan sebaik-baiknya kepada seluruh masyarakat.

Percayalah, perhimpunan ini mungkin boleh menyemai bibit kebencian antara rakyat yang berbilang agama, seandainya tidak ditangani dengan baik. Berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut satu sistem yang adil untuk semua, HIMPUN dilihat lebih "eksklusif". Lebih-lebih lagi pada saat-saat umat Islam dibelenggu dengan nilai dan kefahaman yang rapuh, mudah dimanipulasi dan gagal untuk berfikir dengan wajar. Mungkin kerajaan perlu keluar dengan penyelesaian alternatif.

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview.


http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12369

PAS tak akan sertai perhimpunan anti murtad

PAS tak akan sertai perhimpunan anti murtad
PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

hadi awang and mustafa ali pas pc"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

NONE"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...