Aug 20, 08 3:07pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan "kurang ajar."
Perdana Menteri berkata perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.
"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Melaka hari ini.
Abdullah berkata penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya, demikian menurut laporan Bernama.
"Sahaja nak bagi orang susah dengan buat cerita yang bukan-bukan," katanya.
Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog berasal dari Kelantan, Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lalu.
Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu perkara yang diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukannya bagi menyatakan bahawa negara ini sedang dalam keadaan tertekan.
Cadangan beliau bagaimanapun mendapat bantahan dari rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk juga dari penyokong pembangkang.
Seorang pelawat blog itu menulis bahawa jika di India, pengibaran bendera negara secara terbalik tidak diterima sebagai simbol kecemasan antarabangsa sebaliknya merupakan penghinaan kepada negara itu.
http://www1.malaysiakini.com/
Wednesday, August 20, 2008
Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok
Jimadie Shah Othman Aug 20, 08 2:48pm
Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.
Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.
Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).
Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.
Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.
Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.
Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.
Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.
Muhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mahasiswa.
"Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad.
MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.
UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru.
Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini.
Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu.
"Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.
http://www1.malaysiakini.com/
Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.
Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.
Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).
Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.
Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.
Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.
Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.
Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.
UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.
Minta butiran terperinciMuhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mahasiswa.
"Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad.
MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.
Dr Md Tahir, ketika ditemui pemberita selepas pertemuan 30minit dengan tiga pemimpin MPP -UIA, termasuk Muhammad berkata, songkok masih terus digunakan seperti biasa dalam majlis-majlis lain.
"Hanya untuk konvokesyen sahaja mortar digunakan untuk diseragamkan dengan universiti-universiti lain," katanya.
Beliau menolak dakwaan bahawa RM2.1 juta itu mahal kerana jubah dan mortar itu, menurutnya, boleh digunakan dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
5,000 pakaian
"Mana ada mahal...baju yang dia pakai lagi mahal. " katanya sambil menunjuk ke arah seorang pemberita wanita.
Katanya, jubah dan songkok lama itu akan dijual jika ada kolej-kolej baru yang berniat membelinya.UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru.
Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini.
Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu.
"Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.
http://www1.malaysiakini.com/
Bacaan kedua pindaan Auku di Parlimen esok
Aug 20, 08 2:15pm
Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijadual dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat esok.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, 61 daripada 165 fasal yang terdapat dalam AUKU akan dipinda.
Bagaimanapun, beliau menafikan anggapan sesetengah pihak kononnya pindaan AUKU itu hanya satu berupa satu pindaan 'kosmetik', demikian menurut laporan Bernama.
"Pindaan AUKU masih mengekalkan persekitaran yang sama di universiti dan ia bukan bertujuan mengongkong pelajar.
"Hanya segelintir pihak sahaja yang sengaja mempolitikan isu ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat kementerian di Putrajaya hari ini.
Khaled juga berkata Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) perlu dipinda selaras dengan peningkatan kemajuan dan peranan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.
Katanya, pindaan akta itu akan membolehkan kewujudan peruntukan yang sama sebagaimana AUKU, dari aspek tanggungjawab dan hak pelajar.
Katanya, pindaan itu juga perlu bagi mewujudkan Agensi Kelayakan Malaysia yang akan memastikan aspek kualiti di IPTS ditingkatkan, selain ia dapat menjadi pemudah cara supaya kemajuan IPTS dapat dikawal dan dipelihara.
Menurutnya ia juga perlu memandangkan jumlah kemasukan pelajar ke IPTS yang semakin meningkat setiap tahun, di mana jumlahnya kini menjangkau 340,000 berbanding 360,000 pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
"Jumlah kemasukan pelajar asing juga tinggi di IPTS menjangkau 30,000 berbanding 10,000 di IPTA," katanya.

Gamis: Terima kasih kerajaan...
Abdul Rahim Sabri Aug 20, 08 2:06pm
Sekretariat Helwani Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) menyokong penuh keputusan kerajaan membatalkan konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini.
"Terima kasih di atas kerjasama kerajaan yang peka dengan pembentukan generasi muda.
Langkah (pembatalan konsert) adalah langkah mengurangkan gejala sosial," kata ketua umum Helwani Gamis, Rafidah Jannah Salleh ketika dihubungi Malaysiakini.
Dalam laporan NST hari ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) telah membuat keputusan tidak memberi permit untuk penganjuran konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini kerana ia tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.
Rafidah yang juga naib presiden 1 Gamis, menegaskan bahawa konsert itu tidak perlu diadakan dalam bulan kemerdekaan atau di luar bulan kemerdekaan.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak menyalah konsert tetapi artis yang mengisi konsert tersebut hendaklah ditapis oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang membawa artis tersebut.
"Konsert tak salah, tapi orang itu (Avril) kita tak berkenan," kata Rafidah.
Sehubungan itu, katanya, Helwani Gamis akan menghantar surat terima kasih kepada KeKKWA berhubung pembatalan konsert Avril Lavinge.
"Kami juga akan menghantar surat terima kasih kepada penganjur kerana tidak mengadakan konsert ini di dalam bulan Ogos," kata Rafidah.
Sementara itu, Sekretariat Helwani Gamis menyerahkan memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut.Memorandum itu diserahkan oleh Rafidah kepada wakil Datuk Bandar, Ezriq Razak jam 10.25 pagi tadi.
Rafidah juga menjelaskan, Helwani juga telah menerima sokongan membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu.

Pensyarah: Tangguhkan pindaan AUKU
Aug 19, 08 5:17pm
dikemaskini Sehari selepas perhimpunan bantahan sekumpulan mahasiswa berhubung pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kesatuan-kesatuan tenaga akademik pula menggesa perbahasan rang pindaan tersebut di Parlimen ditangguhkan.
Pagi semalam, kira-kira 100 mahasiswa yang mewakili 13 perkumpulan berhimpun depan pintu masuk Parlimen sebelum menyerahkan memorandum, antaranya mendesak akta kontroversi itu dimansuhkan.
Walaupun "menyambut baik' hasrat Kementerian Pengajian Tinggi membawa pindaan tersebut, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) hari ini turut mempertikaikan beberapa bahagian pindaan pindaan akta yang kini dalam proses perbahasan di Dewan Rakyat.
"Gerak menyeru agar rang pindaan AUKU tidak didebatkan di Parlimen sehingga perbincangan yang lebih terperinci di pihak-pihak berkepentingan dapat dilaksanakan," kata pengerusi Gerak, profesor Wan Manan Wan Muda hari ini.
"Sebarang pindaaan yang hendak dibuat biarlah ia lebih bermakna dan dapat menggerakkan universiti tempatan ke arah universiti 'bertaraf dunia'," tambahnya.
Gerak, gabungan kesatuan-kesatuan pensyarah di beberapa universiti utama, juga menekankan kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa dalam budaya universiti yang mengutamakan "integriti intelektual dan merit akademik" sebagai landasan menilai pindaan berkenaan.
Dalam kenyataannya, Wan Manan berkata Gerak berasa "sangsi" sama ada pindaan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu ini boleh mencapai hasrat kerajaan untuk mewujudkan "universiti bertaraf dunia.
"Bahagian-bahagian yang diragui itu termasuklah:
*Jawatankuasa untuk memilih naib canselor tidak mempunyai terma rujukan dan tidak jelas tentang keahlian mereka,
*Komposisi dan cara pelantikan lembaga pengarah, senat dan timbalan naib canselor, seterusnya jawatan dekan,
*Pembentukan jawatan baru penasihat undang-undang universiti yang setara dengan pendaftar dan bendahari universiti,
*Pindaan baru dalam Seksyen 15D AUKU yang naib canselor menggantung pengajian seseorang pelajar yang disyaki melanggar sesuatu kesalahan,
*Cadangan menghapuskan Seksyen 16A yang bermakna semua hal ehwal tatatertib staf kini berada bawah Akta Tindakan Tatatertib dan Surcaj Badan Berkanun (Akta 605).
Teks lengkap kenyataan Gerak seperti berikut:
Jika pihak kerajaan Malaysia bersikap serius untuk melihat universiti-universiti Malaysia berada pada taraf dunia atau world class, maka perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian utama:
*Kebebasan akademik untuk para akademik menjalankan tugasan mengajar, melaksanakan penyelidikan serta menyebarkan hasil kajian dan pandangan mereka tanpa takut atau berpihak.
*Autonomi mahasiswa untuk melibatkan diri dan menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan terbuka demi meluaskan ruang sosial dan intelek mereka, justeru memastikan para graduan yang matang dan berpandangan luas.
*Budaya universiti yang berasaskan integriti intelektual dan merit akademikAutonomi universiti untuk membuat keputusan ke arah memenuhi tuntutan akademia serta masyarakat dan bukan kepentingan politik
Gerak menyambut baik usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memulakan proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU); namun kami masih sangsi sama ada pindaan ini akan memberi impak yang boleh mewujudkan ciri-ciri yang kami senaraikan di atas.
Terutama sekali, kami sangat prihatin tentang hal-hal berikut:
*Jawatankuasa yang dicadangkan oleh pindaan AUKU untuk memilih naib canselor adalah sebuah entiti yang longgar dan tidak mempunyai terma rujukan dan tidak jelas tentang keahlian mereka.
Kami tidak pasti sama ada badan ini merupakan sebuah "search committee" (jawatankuasa mencari) yang mempunyai kebebasan untuk mengiklankan jawatan naib canselor atau sekadar sebuah badan yang menyenarai-pilih calon-calon yang telah dicadangkan oleh KPT.
Kami juga kurang jelas, apakah menteri pengajian tinggi akhirnya menggunakan budi bicara beliau untuk melantik naib canselor, mungkin dari kalangan mereka yang tidak disyorkan oleh "search committee"?
*Kami juga menaruh kebimbangan berkait dengan komposisi dan cara perlantikan lembaga pengarah, senat dan timbalan naib canselor, seterusnya jawatan dekan.
Apakah cara dan peraturan yang akan diguna pakai? Sejauh manakah darjah ketelusan?
*Kenapa perlu diwujudkan jawatan penasihat undang-undang sebagai jawatan tetap baru yang setara dengan pendaftar dan bendahari universiti?
*Secara sepintas lalu, kelihatan pindaan ini memberi mahasiswa lebih kekebasan untuk menyertai pelbagai pertubuhan, namun sekatan ke atas mereka daripada menjadi ahli dalam parti politik atau "pertubuhan-pertubuhan haram" menjadi tanda tanya.
Tidak ada alasan yang logik dikemukakan mengapa mahasiswa memiliki kebebasan yang lebih sempit daripada mereka yang bukan mahasiswa.
Berhubung "pertubuhan-pertubuhan haram", ia merupakan satu takrifan yang sangat luas dan merangkumi badan-badan bukan kerajaan yang berniat baik tapi menghadapi masalah dalam proses pendaftaran mereka dengan Pendaftar Pertubuhan.
Tambahan lagi, naib canselor mempunyai kuasa yang luas untuk melabelkan sebarang kumpulan atau pertubuhan sebagai pertubuhan terlarang bagi penglibatan mahasiswa.
Penyuaraan atau kebebasan bersuara mahasiswa terhad kepada tempat seperti perjumpaan yang "dianjurkan secara teratur" seperti forum, seminar, dan lain-lain.
Arahan ini bertentangan dengan Artikel 10 perlembagaan Malaysia yang menjamin hak untuk bersuara.
*Cadangan pindaan baru dalam Seksyen 15D yang menyatakan, jika seseorang mahasiswa dituduh melakukan kesalahan beliau boleh digantung pengajian oleh naib canselor, adalah bertentangan dengan prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dapat dibukti sebaliknya menerusi perbicaraan di mahkamah.
*Cadangan menghapuskan Seksyen 16A AUKU bermakna semua hal ehwal tatatertib staf kini berada di bawah Akta Tindakan Tatatertib dan Surcaj Badan Berkanun (Akta 605).
Akta 605 merupakan peraturan yang merangkumi semua tata laku ahli perkhidmatan awam dan sangat mengongkong, terutama sekali kebebasan bersuara.
Bagi para akademik dalam universiti awam, walaupun gaji mereka dibayar oleh kerajaan, tetapi tugas dan skop kerjaya mereka berbeza dengan kakitangan awam dan tidak wajar dikawal oleh peraturan tatatertib yang sama.
Hal ini bertentangan sama sekali dengan prinsip kebebasan akademik dan autonomi universiti yang merupakan tonggak kepada pencapaian kecemerlangan akademik.
Gerak berpendapat jika universiti-universiti di Malaysia ingin meningkatkan taraf mereka kepada universiti "bertaraf dunia" seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan, ciri-ciri berikut perlu mendapat tempat yang sewajarnya:
*Kebebasan akademik untuk para akademik mengajar, menjalani penyelidikan dan menyebarkan hasil kajian dan pendapat mereka, tanpa rasa taku atau berpihak,
*Autonomi mahasiswa untuk melibatkan diri dan menyuarakan pendangan mereka secara terbuka dan bebas demi untuk meluaskan ruang sosial dan intelektual mereka, sekali gus menjamin para graduan yang berketrampilan, berpandangan luas dan matang,
*Budaya universiti yang berasaskan integriti intelektual dan merit akademik,
*Autonomi universiti untuk membuat keputusan demi kepentingan akademia serta masyarakat dan bukannya memenuhi lkepentingan politik mana-mana pihak
Berdasarkan kepada keprihatinan di atas, Gerak menyeru agar rang pindaan AUKU tidak didebatkan di Parlimen sehingga perbincangan yang lebih terperinci di pihak-pihak berkepentingan dapat dilaksanakan dan sebarang pindaaan yang hendak dibuat biarlah ia lebih bermakna dan dapat menggerakkan universiti tempatan ke arah universiti "bertaraf dunia", yang mana pihak kerajaan dan kami di pihak Gerak idamkan.
Prof Wan Manan Wan Muda
Pengerusi Gerak
SIS kempen 'jangan haram buku'
Jimadie Shah Othman Aug 19, 08 1:12pm
kemaskini 3:50pm Sister in Islam (SIS) telah melancarkan kempen "jangan haramkan buku" yang bertemakan "haram buku = bakar buku".
Kempen tersebut dilancarkan ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku yang diterbitkan oleh SIS baru-baru ini.
Menurut KDN, buku itu dilarang kerana "mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya".
Buku terbitan SIS itu berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism, suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bercakap dalam satu sidang akhbar pagi ini, pengurus program kanan SIS, Maria Chin Abdullah berkata, 2,000 poskad telah dicetak untuk diedarkan sebagai membantah pengharaman buku.
Turut serta dalam sidang media itu, Norani dan pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI), Wong Chin Huat.
SIS, katanya, kemudiannya akan mengumpulkan poskad itu untuk dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hujung November ini.
Maria berkata, SIS juga telah menghantar surat kepada KDN untuk meminta penjelasan mengenai buku yang diharam itu.
Menurutnya, jika tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 14 hari, pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama dengan Wami dan Pusat Kewartawanan Independen (CIJ) untuk memikirkan tindakan selanjutnya.
Sambil menegaskan buku tidak seharusnya diharamkan, Maria (foto, kanan) berkata, pihaknya tidak dapat penjelasan yang khusus tentang bahagian mana yang dikatakan menyentuh kesucian Islam.
"Hanya apabila SIS menghubungi KDN pada 15 Ogos, barulah satu faks dihantar bertarikh 14 Ogos memaklumkan buku kami diharamkan," jelas Maria.
Beliau turut pengharaman itu sebagai menyempitkan ruang dialog dan "mempromosikan jahiliah", dan akan menjuruskan ke arah masyarakat yang mempunyai pandangan "seperti katak di bawah tempurung".
Menjawab soalan pemberita, Maria berkata, buku suntingan Norani itu merupakan yang ketiga terbitan dan edaran SIS yang diharamkan.
"Setiap tahun 18-20 buku diharamkan.
Saya tidak pasti sama ada buku itu dibaca ataupun tidak (oleh KDN)," katanya.
Norani secara sinis menyifatkan pengharaman bukunya oleh "kerajaan yang demokratik" sebagai sebuah tragedi.
Beliau menyifatkan proses semakan dan penilaiannya yang dibuat "kelihatan tidak betul dan tidak telus".
Diminta mengulas lanjut, beliau berkata, bukunya itu harus "dilayan dengan serius sebagaimana ia (buku itu) ditulis dengan serius".
Norani (foto, tengah) mengagak, bukunya diharamkan disebabkan "konteks politik" seperti kritikan-kritikan kepada PAS dan dasar-dasar kerajaan sejak awal 1980 sehingga 1990-an.
Mengulas sambutan terhadap buku itu, Norani berkata, setelah tiga tahun diterbitkan, bukunya itu telah beredar di pelbagai negara dan diterima di banyak perpustakaan di universiti-universiti di Malaysia.
Norani juga mendapat sambutan baik dengan dijemput memberikan pelbagai ceramah di seluruh dunia.
Ditanya sama ada buku itu diharamkan kerana jawatankuasa penapisan diduduki oleh mereka yang berkecenderungan 'fundamentalis dan ekstremis Islam', beliau hanya berkata:
"Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas.
"Tidak salah menjadi fundamentalis atau ekstremis tetapi mesti canggih.
Kita mesti setuju untuk tidak setuju. "Ikhtilaf (perbezaan pendapat) dalam Islam perkara yang bagus.
Tidak salah menjadi fundamentalis, tetapi jangan bersifat menghukum."
Sementara itu Wong pula berkata, menjelang sambutan kemerdekaan ke-51, tidak wajar berlaku lagi kes pengharaman buku.
"Kenapa selepas tiga tahun baru ada kesimpulan dan pendirian dibuat?" katanya.
Tindakan KDN itu hanya akan menyebabkan muramnya sambutan hari bersejarah negara itu, tambahnya.
Sementara itu, Datuk Marina Mahathir yang hadir menyokong
bantahan SIS, secara sinis berkata pengharaman buku itu mengelirukan.
"Kenapa buku yang pro-Islam seperti tulisan Armstrong diharamkan sedangkan ada buku-buku lain seperti tulisan Adolf Hitler, Mein Kampf dibenarkan dijual dan beredar," soalnya.
Secara bergurau, beliau berkata "ingin mendengar pembangkang apabila mempunyai kuasa nanti menarik balik pengharaman buku-buku itu.
"Turut hadir ahli parlimen daripada DAP Tony Pua (Petaling Jaya Utara) dan Teo Nie Ching (Serdang).
Ditemui selepas sidang media, Tony berjanji akan menekankan perkara ini dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
Beliau akan turut membawa dan memberikan poskad itu di kalangan ahli-ahli parlimen lain.