Friday, May 15, 2009

Seorang warga Myanmar mati, 26 dirawat kerana leptospirosis

PULAU PINANG: Seorang pendatang asing tanpa izin warga Myanmar meninggal dunia dan 26 lagi dirawat di dua hospital di sini berikutan dijangkiti penyakit Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan

Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata lelaki berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada Selasa lalu di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

"Lelaki itu sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak 7 Mei lalu selepas mengalami demam teruk dan lesu," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata, sehingga hari ini, terdapat 26 pendatang asing dari negara yang sama, iaitu 24 orang sedang dirawat di HBM dan dua lagi dirawat di Hospital Seberang Jaya selepas mengadu demam.

"Kesemua mereka ditahan di Depoh Tahanan PATI di Juru dimasukkan ke

hospital secara berperingkat sejak 7 Mei lalu selepas mengalami simptom

penyakit itu,"
katanya.

Phee berkata, siasatan awal mendapati kesemua mereka dijangkiti penyakit itu melalui air yang dicemari air kencing tikus di depoh berkenaan.

Penyakit Leptospirosis kebiasaannya tersebar kepada manusia melalui

penggunaan air yang dicemari dengan air kencing tupai atau tikus.


- Bernama.

Meningitis: Satu maut di Seremban

May 15, 09 6:22pm
dikemaskini Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata hasil bedah siasat didapati mangsa mengidap acute pericarditis dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini.

"Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan, Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil.

"Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di Pulapol itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Mohd Ismail berkata, sehingga kini, sebanyak 166 orang yang berhubung dengan kes dikenal pasti dan diberi antibiotik profilaksis.

Mengenai situasi semasa wabak disyaki meningitis di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, beliau berkata sebanyak 32 kes masih lagi dirawat di wad pengasingan Hospital Melaka.

Beliau berkata daripada 42 kes yang dirawat semalam, 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan tiada kes baru dimasukkan ke hospital.

Pagi semalam, Bernama melaporkan, orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban heboh apabila mendapat tahu seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.

Kekecohan itu dilaporkan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar  semalam berkata jenazah anggota polis terbabi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

http://www1.malaysiakini.com/news/104413

Flu A(H1N1): Penumpang MH 091 digesa hubungi kementerian

May 15, 09 5:02pm
kemaskini 8.10pm Untuk mencegah penularan wabak influenza A(H1N1), Kementerian Kesihatan menggesa semua penumpang dan anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, Amerika Syarikat menghubunginya segera.

Penerbangan tersebut - membawa seorang pelajar Malaysia yang disahkan dijangkiti wabak tersebut hari ini - tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dikehendaki  menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan.

Pelajar 21 tahun itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

bn penang koh tsu koon liow tiong lai 100808 03Mengesahkan kes pertama itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kakitangan kesihatan sedang berusaha mengesan semua penumpang dalam penerbangan MH 091 dari Newark dan mereka yang berhubungan dengan pelajar itu sejak kepulangannya.

"(Tindakan) ini amat penting dan semua perlu beri kerjasama untuk mencegah penularan wabak penyakit ini di negara ini," katanya dari London, lapor Bernama.

Liow, dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung WHO dan sedang transit di London.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) - juga dikenali selesema babi - di negara ini. 

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian mengkuarantin rumah  kesemua lima anggota keluarga pesakit itu walaupun tiada antara 
mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini, laporBernama.

Tambahnya, mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan bawah pemerhatian.

Kementerian dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga
sedang menghubungi 192 penumpang dan tujuh krew dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa.

Tambahnya, tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.

Kong, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, memangku
jawatan tersebut sementara Liow ke Geneva, Switzerland.

Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat di lapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabila pelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.

http://www1.malaysiakini.com/news/104402

Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia


May 15, 09 1:40pm
kemaskini 8.12pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." 

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

ismail merican"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian. 

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. 

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di
Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. 

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian mengkuarantin rumah  kesemua lima anggota keluarga pesakit itu walaupun tiada antara 
mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini, laporBernama.

Tambahnya, mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan bawah pemerhatian.

http://www1.malaysiakini.com/news/104375
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...