Wednesday, February 18, 2009

Brown minta maaf




LOS ANGELES - Penyanyi irama R&B, Chris Brown yang ditahan pihak berkuasa pada minggu lalu kerana memukul kekasihnya, Rihanna melahirkan perasaan kesal serta meminta maaf berhubung insiden berkenaan.

"Tidak ada perkataan yang dapat menjelaskan betapa kesalnya dan sedihnya saya berhubung kejadian itu.

"Saya akan menjalani sesi kaunseling bersama paderi, ibu dan orang yang saya sayangi," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Brown, 19, menyerah diri kepada pihak polis pada 8 Februari lalu setelah didakwa membelasah teman wanitanya, Rihanna.

Kedua-dua penyanyi itu kemudian membatalkan persembahan termasuk untuk anugerah Grammys pada malam kejadian.

Brown terkenal dengan lagu Excuse Me Miss dibebaskan dengan ikat jamin.

Dalam insiden 8 Februari lalu, Rihanna, 20, kemudian pulang ke Barbados dengan muka lebam dan calar-balar, lapor media tempatan.

"Setakat itulah yang dapat saya katakan. Saya juga tidak menulis sebarang kenyataan di Facebook atau blog.

"Jika terdapat kenyataan di laman itu, ia adalah palsu," katanya. - AFP

Bapa 13 tahun setuju jalani ujian DNA


ALFIE yang duduk di sebelah Chantelle memangku anak mereka.


LONDON - Seorang pelajar yang berumur 13 tahun, Alfie Patten bersetuju menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dia ialah bapa kepada seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Alfie sebelum ini menghiasi muka depan akhbar di seluruh dunia pada minggu lalu selepas dia menjadi bapa kepada anak yang dilahirkan oleh kekasihnya, Chantelle berusia 15 tahun.

Bagaimanapun, dua remaja lelaki lain turut membuat pengakuan bahawa mereka mungkin menjadi bapa kepada bayi perempuan itu dan bukannya Alfie.

"Saya ialah satu-satunya teman lelaki Chantelle dan kami sudah bersama selama dua tahun. Pastinya saya ialah bapa kepada bayi perempuan itu," kata Alfie.

"Apabila saya mendapati dia (Chantelle) sudah mempunyai anak, saya bertanya kepadanya sama ada saya ialah bapa kepada bayi itu dan dia mengesahkannya. Saya mempercayai kata-katanya," tambahnya.

Menurut Alfie, dia tidak pernah mendengar mengenai ujian DNA tetapi ibunya menjelaskan ia akan membuktikan siapakah bapa kepada anak itu.

"Jika saya menjalani ujian itu, mereka (kedua-dua remaja itu) akan menutup mulut," katanya.

Kelmarin, seorang remaja Richard Goodsell yang berumur 16 tahun dan Tyler Barker berumur 14 tahun menyatakan mereka pernah tidur bersama Chantelle sebelum dia melahirkan anak. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Trend baru golongan muda bertukar pasangan


STEVEN dan Emma.


ESSEX - Semakin ramai pasangan muda di Britain yang rela melakukan hubungan seks dengan orang lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut tinjauan pendapat syarikat Onepoll.com, peningkatan itu berlaku di kalangan pasangan berumur antara 20-an hingga 30-an.

Satu pasangan, Emma Morgan, 29, dan Steven Green, 27, mengaku bertukar pasangan seks di sebuah kelab khas untuk mereka yang mahu bertukar-tukar pasangan.

"Saya suka berasmara dengan pasangan lain.

"Dalam dua perkahwinan saya sebelum ini, kedua-dua bekas suami saya membenarkan saya menjalin hubungan seks dengan orang lain tetapi ia pada akhirnya mencetuskan perasaan cemburu," kata Emma.

Menurutnya, dia suka melakukan asmara dengan seorang wanita manakala Steven akan menyaksikan aksinya bersama wanita lain sebelum turut serta dalam permainan asmara.

"Tidak ada perasaan cemburu. Kami adalah pasangan terbaik dan saling mempercayai antara satu sama lain," katanya.

Satu lagi pasangan iaitu Colin Sparke dan Gina yang sudah berkahwin selama empat tahun dan kini mengendalikan kelab bertukar-tukar pasangan Liberty Elite di Sheffield.

"Kami berasmara dengan pasangan yang sama yang merupakan rakan baik kami. Kami seorang yang cerewet dalam memilih pasangan," kata Colin. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Misteri bebola api dari angkasa


IMEJ televisyen menunjukkan satu serpihan terbakar (dalam bulatan) jatuh dari angkasa ketika sekumpulan orang menyertai acara maraton di Austin, Texas Ahad lalu.


AUSTIN - Pihak berkuasa di Texas kebingungan selepas menerima banyak laporan daripada orang ramai yang menyaksikan satu serpihan terbakar jatuh dari angkasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa saksi menjerit apabila imej bebola api misteri itu dirakamkan menerusi kamera televisyen pada waktu pagi Ahad lalu.

Rakaman itu dilakukan ketika satu pertandingan maraton diadakan di bandar Austin.

Setakat ini belum ada penjelasan yang munasabah bagi mengenal pasti dari mana asalnya bebola api itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menerima banyak laporan daripada orang ramai yang mendakwa menyaksikan bebola api tersebut.

Pejabat Syerif Austin kemudian menghantar sebuah helikopter bagi melakukan siasatan tetapi gagal menemui sebarang bukti berhubung serpihan jatuh dari angkasa.

Terdapat kebimbangan bahawa bebola api itu berpunca daripada pelanggaran dua buah satelit pada minggu lalu kira-kira 800 kilometer dari bumi.

Bagaimanapun, Pusat Pemerintah Tentera Amerika Syarikat menyatakan laporan bebola api itu tidak mempunyai kaitan dengan perlanggaran antara sebuah satelit AS dengan Rusia.

Sebelum ini Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memberi amaran kepada juruterbang kemungkinan serpihan akibat pelanggaran satelit jatuh ke bumi. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Israel isytihar miliki tanah 170 hektar di Tebing Barat


BAITULMAQDIS - Kerajaan Israel semalam secara rasmi mengisytihar 170 hektar tanah di Tebing Barat yang diduduki sebagai wilayah kekuasaannya.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada pembinaan 2,500 unit penempatan baru di Baitulaham.

Tindakan rejim Zionis itu melanggar janji yang dinyatakan kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bahawa negara itu akan menghentikan semua jenis penerokaan baru.

Pengembangan baru dijangka akan mencetuskan lebih banyak pergeseran dengan Presiden AS, Barack Obama di mana Utusan Khasnya ke Asia Barat, George Mitchell mendesak penempatan baru Yahudi dihentikan.

Komposisi kerajaan baru Israel masih belum jelas tetapi Parti Likud yang dipimpin Benjamin Netanyahu dijangka membentuk kerajaan.

Netanyahu secara terbuka menyokong peluasan kawasan penempatan semula Yahudi.

Kawasan pembangunan baru di Efrat itu akan menempatkan 1,600 buah keluarga dari selatan Baitulmaqdis. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Identiti pembakar hutan didedahkan

Identiti pembakar hutan didedahkan


SPOWART


MELBOURNE - Identiti satu-satunya suspek yang didakwa sengaja membakar hutan di Australia didedahkan kepada umum semalam.

Pendedahan itu dilakukan ketika pihak berkuasa menggesa orang ramai yang berang dengan perbuatan tersebut supaya bertenang dan meminta mereka menghormati proses undang-undang.

Suspek pembakar hutan itu dikenali sebagai Brendan Sokaluk, 39, dan pernah bertugas sebagai ahli bomba sukarelawan.

Lelaki itu kini ditahan di satu lokasi rahsia oleh pihak polis demi keselamatannya selepas dia ditahan minggu lalu kerana terbabit dalam insiden kebakaran di negeri Victoria.

Seorang peguam, Helen Spowart mewakili suspek yang melakukan kebakaran itu di sebuah mahkamah majistret.

Menurut pihak polis, jumlah kematian akibat kebakaran itu dilaporkan sebanyak 189 orang sejak 7 Februari lalu dan angka tersebut dijangka meningkat.

Kesnya disebut di mahkamah yang sesak dengan wartawan dan orang ramai tetapi suspek memilih untuk berada dalam kawalan polis dan tidak menghadiri perbicaraan.

Sokaluk ditahan pada Jumaat lepas dan menghadapi satu pertuduhan membakar dengan sengaja sehingga menyebabkan kematian dan satu dakwaan memulakan kebakaran.

Dia boleh dihukum penjara maksimum 25 tahun atas tuduhan pertama dan 15 tahun bagi tuduhan kedua.

Selain itu, lelaki tersebut turut didakwa kerana memiliki bahan lucah melibatkan kanak-kanak yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Kapal selam nuklear berlanggar


GAMBAR kiri menunjukkan model kapal selam HMS Vanguard.

l

LONDON - Sebuah kapal selam yang membawa senjata nuklear milik tentera Britain berlanggar dengan kapal selam Perancis di Lautan Atlantik pada awal bulan ini, kata seorang pegawai British semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, kedua-dua kapal selam itu tidak menyebabkan bahan radioaktif bocor di dasar lautan tersebut.

Pegawai itu menyatakan demikian bagi mengulas laporan akhbar The Sun yang melaporkan kejadian itu mungkin mencetuskan kebimbangan bencana nuklear di Lautan Atlantik.

Kapal selam milik tentera Britain yang terlibat itu adalah HMS Vanguard yang memulakan operasi pada 1994 dan dilengkapi dengan kuasa nuklear.


GAMBAR menunjukkan kapal selam Le Triomphant.


Ia mampu membawa sehingga 16 peluru berpandu nuklear Trident.

Kementerian Pertahanan Perancis dalam satu kenyataan pada 6 Februari lalu mengatakan kapal selam Le Triomphant telah melanggar sebuah objek ketika melakukan rondaan.

Pelanggaran itu menyebabkan kerosakan peralatan sonar di hadapan kapal selam itu, kata kementerian berkenaan.

Ketika itu, Kementerian Pertahanan Perancis tidak mengesahkan tarikh dan perlanggaran dengan kapal selam Britain.

Selepas insiden itu, kapal selam Perancis tersebut kembali ke pangkalan L'Ile Longue.

Dalam kenyataan itu, ia tidak menyebut anak-anak kapalnya mengalami kecederaan. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Malaysian manufacturing plunges in December

Agence France-Presse - 2/18/2009 8:46 AM GMT

Malaysian manufacturing plunges in December

Malaysia's manufacturing sales, which are a key driver of the economy, sank 20.8 percent in December from a year earlier, according to official data released Wednesday.

The statistics department attributed the sharp fall, after a 1.9 percent decline in November, to the poor performance of refined petroleum products and the semi-conductor industry.

Measured against the previous month, manufacturing sales in December fell 17.2 percent to 52.9 billion ringgit (14.7 billion dollars).

The number of people employed in the manufacturing sector, which accounts for about a third of Malaysia's gross domestic product, fell 1.9 percent from the previous month to 1.032 million, the department said.

Over 2008 the manufacturing sector grew nine percent to 570.6 billion ringgit.

But Malaysia's exports slumped 14.9 percent year on year in December, as demand from China, Europe and the United States declined sharply.

Finance Minister Najib Razak said Tuesday that Malaysia will have to cut its 3.5 percent growth forecast for 2009 if the decline in the country's exports hits double digits over the year.

An influential Malaysian think-tank has already slashed its 2009 economic growth forecast to 1.3 percent.

The government last year unveiled a 2.0 billion dollar stimulus package and Najib said that a second package to be tabled on March 10 would be bigger and more comprehensive.

 http://news.my.msn.com/article.aspx?cp-documentid=2554372

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...