Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik Umno hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.
Saya mengira, Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?
Isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular. Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno. Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam. Saya kira, ini sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam. Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?
Sesungguhnya Islam itu indah kerana ia diakui sendiri oleh Allah SWT sebagai rahmat. Tetapi sayangnya cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, saya lihat ia menggerunkan masyarakat bukan Islam. Apa yang tidak diajar oleh Islam, itulah yang diperbesarkan oleh Umno. Manakala apa yang benar-benar termaktub ditidakkan. Bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah SAW sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain. Ini disebut di dalam sebuah hadis :
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ
Yang bermaksud : “"Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". – Riwayat Abu Daud.
Bahkan ini pernah ditegur oleh Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis. Katanya :
وقد لبس إبليس على قوم من القراء فهم يقرأون القرآن في منارة المسجد بالليل بالأصوات المجتمعة المرتفعة الجزء والجزأين فيجمعون بين أذى الناس في منعهم من النوم وبين التعرض للرياء. ومنهم من يقرأ في مسجده وقت الأذان لأنه حين اجتماع الناس في المسجد.
Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Iblis telah mengaburi terhadap satu golongan dari pembaca al-Quran di mana mereka membaca al-Quran di mimbar-mimbar masjid pada waktu malam dengan suara beramai-ramai yang kuat samada satu juzuk atau dua juzuk lalu mereka telah mengumpulkan di antara menyakiti manusia dengan menghalang mereka daripada tidur dan mendedahkan diri kepada riya’. Dan ada di antara mereka yang membaca al-Quran di masjidnya pada waktu azan kerana pada waktu itulah manusia berkumpul di masjid…” – halaman 3, kitab Talbis Iblis, cetakan pertama 1405H terbitan Darul Kitab al-Arabi, Beirut.
Tidaklah saya ingin memutlakkan pandangan Ibnu Qayyim ini agar diterima semua pihak. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada pandangan dari ulama terdahulu yang menegah untuk dibaca al-Quran dengan kuat di masjid kerana dibimbangi mengganggu tidur masyarakat sekitar. Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan. Justeru, ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.
Hairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh Umno. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?
Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana. Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.
Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang. Jangan dibiarkan lidah berbicara sesuatu yang sudah diketahui pembohongannya kerana dibimbangi ia hanya menggandakan dosa di sisi Allah SWT kerana menodai kesucian Ramadhan. Dan biarlah ia juga boleh menjadi jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
YAB DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011M
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mursyidul-am/4955-umno-politikkan-isu-larangan-baca-al-quran-guna-pembesar-suara




Pada satu masa, tambah Dr Mahathir, terdapat 50 orang yang



"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.



Presidennya, Mazlan Aliman berkata walaupun pihaknya mengalu-alukan skim rumah untuk generasi anak peneroka, tetapi sebaik-baiknya projek berkenaan dijalankan pihak berkuasa yang sewajarnya.
"Sudah muncul broker-broker masuk untuk menawarkan harga (rumah) murah... Saya harap semua pihak yang mahu membuat perubahan di Felda, jangan ambil kesempatan atas kesusahan anak Felda," katanya.
Dua lagi projek akan dilaksanakan di Felda Gugusan Sungai Dusun, Selangor dan Felda Gugusan Taib Andak di Johor. Bagaimanapun GWGF menghadapi masalah dalam urusan pemilikan tanah di Felda Gugusan Sungai Dusun kerana didakwa "tidak mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri".
Bahkan kerajaan negeri, katanya sedang mengenal pasti pemaju daripada anak syarikat kerajaan negeri untuk menjalankan projek itu yang majlis pecah tanahnya dijangka akan diadakan akhir tahun ini.

"Secara terperincinya, Felda tidak membuat apa-apa penjelasan tentang (pinjaman) jumlah RM6 bilion yang dimaksudkan.
Pada 30 Jun lalu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda telah membelanjakan RM3.5 bilion daripada keseluruhan RM6.5 bilion pinjaman yang diperolehnya daripada KWSP.

Sehubungan itu, presidennya, Mazlan Aliman berkata Felda sepatutnya membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan tuntutan peneroka.
Sejak kebelakangan ini, Felda berdepan dengan pelbagai saman dari peneroka dari seluruh negara. Ia termasuk di Pahang, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, ianya dapat dilihat apabila perdana menteri sendiri mengumumkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji reformasi pilihan raya.


“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.
Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.
"Hari ini polis membawa seorang daripada pembantu rumah yang masih bekerja dengan pemilik kondo. Kami masih tidak mengetahui status seorang lagi pembantu rumah.


Sambil membidas BERSIH 2.0, Nazri berkata mereka tidak mempunyai alasan untuk memberikan kata dua, termasuk menetapkan tempoh masa kepada kerajaan untuk membuat reformasi dalam sistem pilihan raya negara.
“Harapan kita ialah secepat mungkin. kalau sebaik baiknya, sesi akan datang, kita boleh pindah undang-undang itu. Saya ingat sesi ni tak sempat,” kata Nazri.
"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh turut serta sebagai saksi semasa pendengaran dan bukan sebagai anggota PSC. Prosedur penubuhan PSC amat jelas dan ia mesti dianggotai anggota Parlimen. Sebab itu ia dipanggil Jawatankuasa Pemilih Parlimen," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nazri menjelaskan bahawa walaupun proses itu mungkin mengambil masa, kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang kerana mandat sekarang akan berakhir pada Mac 2013.
Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 8 Ogos menggesa diadakan sidang tergempar Parlimen pada bulan ini bagi membahaskan apa yang mereka rujuk sebagai "isu penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi".

"Kesimpulannya itu kemudiannya akan dihantar kepada Pejabat Peguam