

Jun 19, 11
8:50am
Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.
"Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan."Orang (yang yakin) di barisan hadapan, pimpinan (AMK yang) kurang yakin, tolak ke belakang," tegasnya.
Menurutnya, syarat tersebut turut diaplikasi kepada pemimpin AMK di semua peringkat termasuk di peringkat pusat atau negeri.
Oleh itu, Anwar menggesa ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin - yang juga hadir dalam himpunan itu - mengkaji kepemimpinan AMK di semua peringkat yang mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk diketengahkan ke hadapan.
"Angkatan Muda Keadilan, yang (mempunyai) keyakinan, kita akan ketengahkan. Yang kurang yakin, susun di barisan belakang," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan lebih seribu anggota AMK di Shah Alam malam tadi.
"Buat sekarang, (kamu semua) beritahu Shamsul Iskandar, (buat) sekarang," katanya sambil diiringi ketawa dan ajukan anggota AMK perkataan "sekarang" beberapa kali.
Anwar membuat cabaran demikian sekalipun beliau sedar bahawa Shamsul Iskandar mampu untuk bertindak seperti yang dicadangkannya.
Erti perjuangan
Bercakap dalam majlis Rapat Anak Muda 13.0 di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, Anwar menasihatkan AMK dan ahli-ahlinya untuk memperkuatkan parti ketika berdepan BN pada pilihan raya umum kelak.
Malah, beliau juga menegur anggota AMK yang didakwanya "merengek atau mengeluh" kerana tidak bersetuju dengan beliau atau dengan ketua cabang tertentu dalam sesuatu perkara.
Dengan tidak menyebut identiti anggota itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut seperti orang "yang tidak mengenali erti pejuangan".
"Jangan bertelagah sesama kita kerana setiap tenaga diperlukan walaupun tidak bersetuju dengan saya... (Kalau) ada agenda tersendiri sukar untuk dipertahankan.
"Parti ini adalah jamaah dan kita bertungkus lumus (struggle) sebagai sebuah pasukan. Ini agenda kita... Ada masa kita bersaingan dalam parti, ada masa kita bertempur dengan dalam gelanggang.
"Sekarang adalah masa untuk kita bertempur dalam gelanggang untuk melawan Umno dan BN," tegasnya.
Dengan nada yang serius Anwar berkata AMK harus sedia melalui "pahit getir' dalam perjuangan walaupun ada yang di tahan, di penjara atau di hadap ke mahkamah.
Bagaimanapun, beliau meminta anggota AMK terus yakin bahawa rakyat bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan BN sungguhpun berdepan pelbagai fitnah dan hasutan.
Cetusan dhamir
Beliau turut mengingatkan anak muda dalam sayap parti agar sentiasa mengikut kata hati atau cetusan dhamir dalam usaha untuk membela nasib dan masa depan rakyat.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata dengan mengikut cetusan dhamir tersebut menyebabkan mereka "tidak terpukau dan terpedaya" bagi meneruskan agenda perubahan.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar AMK menggilap semula "jeritan dhamir itu menjadi satu jeritan suci" demi survival negara dan mengembalikan hak yang terjamin dalam perlembagaan sebagai seorang muslim atau rakyat.
Mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mengajak semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu.
Dengan nada menyindir, Anwar berkata perhimpunan itu tidak sama seperti "jerit-jerit Pemuda Umno" - yang juga bercadang untuk berhimpun pada tarikh yang sama.
"Kita berjuang kerana prinsip, bukan hanya (mencari) keasyikan semata-mata," katanya.
Anwar turut menasihatkan anggota AMK berperanan di peringkat akar umbi dengan memperbanyakkan program demi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan menjadikan Umno sebagai pembangkang.
Terima cabaran
Sementara itu, Shamsul Iskandar menyahut cabaran yang dibuat oleh Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri supaya segera membuat perubahan demi menyediakan pemimpin AMK di barisan hadapan.
"Saya terima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya tahu isyarat dari saudara sekelian kepada saya untuk membuat perubahan.
"Kita akan periksa (anggota dari) negeri mana yang tidak datang hari ini... Kita akan periksa cabang mana yang tidak datang.
"Saya ada senarai lengkap (bermula) dari Perlis sampai ke Sabah. Tapi dari cabang mana, yang ini kita akan teliti," katanya.
Dalam pilihan raya umum akan datang, Shamsul berkata beliau berjanji akan mencadangkan kepada kepimpinan PKR Pusat bagi memastikan anggota AMK dipilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.
Oleh itu, beliau mahu anggota AMK bekerja bersungguh-sungguh demi untuk memastikan bahawa negara dipimpin dari kalangan generasi anak muda pada masa akan datang.
http://malaysiakini.com/news/167345


Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.
"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.
Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.
Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'doube standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.
“Jika ini benar, semua penyimpan KWSP berhak untuk tahu sejauh mana pinjaman ini dijamin dapat dilunaskan oleh Felda, dalam tempoh selama mana dan apakah tujuan pinjaman itu dilakukan oleh pihak Felda?” soal Presiden Teras Keupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini.
“Pinjaman yang besar itu tidak mungkin dapat dilihat sebagai bukan bebanan kepada peneroka Felda kerana ia perlu dibayar balik walau dalam keadaan apa sekalipun. Akhirnya peneroka Felda dan penyimpan KWSP lah yang menanggung risiko,” katanya.
“Jawapan yang sangat kabur dan menimbulkan banyak pertanyaan lain menyebabkan rakyat dan peneroka ada sebab untuk sangsi kepada pengurusan Felda. Tahun lalu sahaja , Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009,” katanya lagi.
"Yang penting kedudukan litar itu tidak mengganggu masyarakat dan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Belia Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu. 
“Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.
Sehubungan itu, Nasrudin juga menasihatkan MUBARAK dan kerajaan BN agar tidak menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara sehingga digulingkan rakyat.
Pemimpin PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini diadakan setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
“Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa,” katanya.
"Tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam pejabat am syarikat.Tiada pekerja lain juga dikesan tercemar serta tidak timbul risiko pencemaran silang bagi keempat-empat pekerja terbabit," katanya kepada pemberita di Putrajaya, semalam.

Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.
Khusrin kini merupakan setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor.
Tindakan itu bagi mendapat faedah kewangan tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga diri plaintif.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.
Bercakap di hadapan kira-kiranya 50 hadirin, Husam berkata pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.
"Oleh itu, kita merayu kepada tuan-tuan, untuk mengundi Pakatan Rakyat (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin - yang rata-ratanya dari kaum Cina.
Husam berkata antara cabaran parti itu adalah untuk memastikan calon yang sesuai termasuk calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Pada pandangannya, unjuran boleh dibuat berdasarkan kepada kehadiran dan sambutan luar biasa dalam siri-siri ceramah di negeri itu termasuk kutipan derma yang banyak diterima.
Menurutnya lagi, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat dalam persada politik tanah air juga boleh menjadi pengimbang dan mengurangkan ketegangan antara kaum.
Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.