Friday, October 10, 2008

Bila Najib jadi PM


Apakah untung yang akan diraih oleh pihak lain dengan tindakan Abdullah itu?

10 Oct 2008 10:05AM

BAGI mereka yang meletakkan keadaan negara yang sebam hari ini seratus peratus atas bahu Abdullah Ahmad Badawi, lega kerana Perdana Menteri itu akan berundur kira-kira lima bulan lagi. Selepas lima bulan lagi perubahan akan berlaku dengan pesatnya!

Semalam Abdullah dalam senyuman menjadam telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan sekaligus akan menyerahkan Umno kepada timbalannya, Mohd Najib Razak.

Abdullah boleh istirehat dengan tenang tanpa memikirkan apa-apa lagi tentang negara. Rumah perihatan di Australia yang dibeli oleh anaknya Kamaluddin sedang menanti Abdullah.

Pastinya Abdullah tidak akan jadi seperti bekas PM, bernama Mahathir Mohamad yang terus berperanan dan menganggu urusan pentadbiran Abdullah meskipun sudah mengaku bersara namun terus pecah liur untuk mengkritik dan menegur Umno dan kerajaan pimpinan Abdullah.

Jauh kalau hendak dibandingkan perwatakan, sahsiah dan pendekatan antara Abdullah dengan Mahathir ia sangat berbeza.

Abdullah yang dikaitkan sebagai keturunan ulama amat sedarhaan dalam tindak tanduknya yang kadang kala kesedarhanaan itu menyebabkan orang melihat beliau lembek dan tidak berkeupayaan.

Mungkin juga kerana Abdullah tidak ada agenda lain selepas bersara maka beliau tidak perlu meniru perangai Mahathir. Berlainan dengan Mahathir.

Beliau ada agenda peribadinya selepas bersara iaitu mahu menempatkan anak jantannya, Mukhriz dalam Umno sebagai menyambung perjuangannya yang belum selesai.

Saya tidak mengira selepas bersara kelak Abdullah akan mencampuri urusan parti ataupun mengajar menantunya Khairy Jamaluddin melakukan tindakan-tindakan kontras seperti mana ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir lakukan.

Biarlah. Soalnya apakah keuntungan bagi mereka yang mengecam Abdullah selama ini? Bagi Mohd Najib Razak dan kuncu-kuncu pengampunya ada untung bila Abdullah kecewa lalu melepaskan jawatan itu pada Mac depan.

Mereka, para pengampu dan pembuat kertas kerja untuk menjatuhkan Abdullah akan mendapat habuan masing-masing.

Yang menjadi ahli Parlimen akan dilantik menjadi menteri manakala yang duduk dalam bidang perdagangan akan diberi kontrek mega bernilai berbillion ringgit.

Sudah pasti menteri seperti Hishamuddin Hussein, Shafei Afdal bersama Jamaluddin Jarjis, Rafidah Aziz akan dinaikan pangkat.

Kemungkinan juga Jamaluddin Jarjis yang dikatakan mastermind belakang tabir menjatuhkan Abdullah akan dibawa masuk semula ke dalam Kabinet.

Begitu juga dengan Tengku Adnan Mansor yang dikenali sebagai pembela Najib tidak akan disia-siakan pasti mendapadat baksis.

Tetapi apakah untung yang akan diraih oleh pihak lain dengan tindakan Abdullah itu. Apakah yang diperolehi Pas yang mengambil sikap menentang dan memperlecehkan Abdullah dari awal Abdullah menjawab jawatan itu hingga ke saat-saat nazaknya.

Apakah perhitungan salah seorang pemimpin Pas yang mengira parti itu akan lebih cemerlang jika Umno dipimpin Najib akan menjadi realiti?

Ada pemimpin Pas bereksprimen begitu dan berusaha keras agar Abdullah cepat turun. Kerana itu ura-ura untuk berunding dengan Abdullah bagi menyatu dan memperkuatkan Melayu dianggap sia-sia dan tidak memberi bekas.

Apakah Umno di bawah Najib akan terbuka sehinggakan Pas dapat mempamerkan dirinya kepada rakyat? Atau Najib akan kembali kepada Islam syumul seperti Pas?

Jika dilihat kepada latar belakang dan juga pengetahuan Islam Najib ianya jauh panggang dari api. Najib bukan seorang berlatar belakangkan agama Islam yang kukuh.

Pemikiran Najib adalah pemikir Barat dan sekular. Najib lebih mesra dan hampir dengan London atau Washington berbanding dengan Makkah dan Madinah.

Apa yang disebut pemisahan agama dan politik dalam Umno akan hebat dilakukan Najib. Jadi apakah rasionalnya bagi Pas yang sukakan Najib dan dingin kepada Abdullah?

Pada perkiraan saya dengan sifat dan latar belakang itu Najib akan menjadi lebih keras dan kritis kepada Islam dan parti Pas sendiri.

Kecualilah Pas dapat mengubah dirinya menjadi iras-iras Umno, moderate. Apa lagi kalau Najib memerintah menggunakan kepala Mahathir dan berbicara meminjam lidah Mahathir.

Ibarat kata Umno akan kembali ke zaman babarian iaitu menggunakan kuasa, wang dan kekejaman bagi mengekalkan kekuasaan!

Pada hemat saya juga Najib akan mengambuskan momentum baik ketika ini yang dicipta pembangkang di zaman Abdullah.

Abdullah sebenarnya memberi ruang besar kepada Pas dan pembangkang untuk bergerak dalam sistem demokrasi.

Banyak kelonggaran yang diberikan Abdullah dan menguntungkan pembangkang berbanding di zaman 22 tahun sebelumnya. Antara boleh disebut kebebasan media massa dengan meluluskan berbagai permit untuk penerbitan.

Usahanya untuk mereformasikan sistem kehakiman dan membebaskan BPR juga antara keberanian dan keterbukaan yang dikira memberi keuntungan kepada pembangkang.

Tetapi disebabkan kelonggaran itu terhasil kerana perjuangan lama pembangkang maka ia tidak nampak ianya dianugerahkan atas keterbukaan Abdullah.

Jika Najib menjadi pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri) beliau akan tutup ruang itu. Langkah pertama yang akan diambil ialah dengan memenjarakan semula pemimpin rakyat dan pencetus pembaharuan Malaysia, Anwar Ibrahim. Pasti sekali penasihat politiknya atau berhala politiknya akan menasihat Najib melakukan itu.

Mahathir akan membalas apa yang dianggap dilakukan Abdullah membebaskan Anwar dengan meminta Najib memenjarakan penasihat PKR itu semula.

Sudah pasti jika Anwar dihantar semula ke Sungai Buluh momentum hari ini akan terhenti. Suasana akan kembali dingin semula.

Semangat rakyat untuk mengubah kerajaan akan terbantut kerana mereka merasakan tidak ada orang yang akan mengepalainya.

Apakah orang-orang seperti Kamaruddin Jaaffar, Dr Mohd Hatta Ramli, Syed Azman Syed Mohamad, Khalid Samad atau Husam Musa mampu menjadi Ahmad Al Fateh atau Sallehuddin al-Ayubi untuk memimpin kebangkitan rakyat? Mereka adalah pemimpin harapan masa depan.

Namun pengalaman dan bekalan yang ada kepada mereka belum mencukupi. Panah atau pedang mereka mereka belum berbisa dan kuda politik mereka belum gagah dan pantas.

Sebenarnya mereka harus belajar banyak lagi kerenah dan tektik perjuangan untuk menjadi wira takyat berbilang kaum.

Jadi, pengunduran Abdullah Ahmad Badawi yang dilakukan kerana desakan Umno dan pembangkang itu akan memberi kesan negatif kepada pembangkang.

Pembangkang sedikit terkhilaf dalam hal ini kerana tidak mengambil kira kesan negatif berkenaan. Pasti antara tugas besar Najib ialah merampas balik lima buah negeri yang dimenangi pembangkang dalam pilihan raya lalu.

Kemungkinan ini tidak mustahil apa lagi kalau beliau memenjarakan Anwar sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen.

Sekiranya ini berlaku bermakna pembangkang harus memulakan pelarian di garis awal semula. Justeru untuk mengelakkan ini pembangkang harus mengambil bahagian dalam menyingkirkan Mohd Najib dari menjadi presiden Umno pada Mac depan.

Walaupun Tengku Razaleigh Hamzah adalah sekuturunan dengan Mohd Najib penganut sekular dan bangsawan, namun Razaleigh dilihat lebih lunak berbanding dengan Najib apa lagi Razaleigh tentu tidak bersedia menggunakan acuan made in Mahathir untuk mentadbir negara kerana beliau ada visi dan wawasan sendiri!

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/10/10/1.html

Najib bakal PM: "Impian Anwar tumbangkan BN makin sukar" Penganalisis


Anwar tahu Najib orangnya tegas

09 Oct 2008 10:29AM

KL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatan presiden Umno dan akan melepaskan jawatan perdana menteri pada Mac tahun depan.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Menurut Datuk Seri Abdullah, beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas perhimpunan agung Umno pada Mac depan.

Secara tradisi, presiden Umno menjadi perdana menteri dan pengerusi BN, parti campuran yang memerintah Malaysia.

Ini bermakna peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 akan berlangsung setahun lebih awal.

'Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu saya tidak akan mempertahan jawatan presiden Umno dalam perhimpunan agung akan datang,' kata Datuk Seri Abdullah dalam satu sidang akhbar.

Datuk Seri Abdullah, 68 tahun, berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu melihat Umno berpecah belah.

'Saya tidak mahu melihat Umno dan Barisan Nasional berpecah belah.

'Umno dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara maju, yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua,' tambahnya.

Menjelang peletakan jawatannya, Datuk Seri Abdullah berikrar akan memperkukuh sistem kehakiman melalui penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, dan menangani masalah rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang bidang kuasanya lebih besar daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ada sekarang.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam berkata beliau gembira kerana sangkaan beliau bahawa Datuk Seri Abdullah tidak akan melepas jawatan ternyata silap.

'Saya gembira kerana Umno sebagai sebuah parti dapat dibangun semula,' kata beliau kepada pemberita.

Sementara itu, para penganalisis berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadapi kesukaran menumbangkan kerajaan BN jika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri.

'Sebaik saja Najib mengambil alih, semakin tipis kemungkinan (anggota parlimen BN) akan melompat parti.

'Anwar tahu Najib orangnya tegas,' kata seorang penganalisis, Mohamad Mustafa Ishak.

'Anwar besar kemungkinan tidak dapat menumbangkan kerajaan BN melalui lompat parti tetapi ancaman pembangkang masih wujud,' kata seorang pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Lim Hong Hai. / Agensi

http://www.klpos.com/news/2008/10/09/1.html

Perebutan kerusi no 2 panas

10 Oct 2008 10:09AM

SUDAH pasti kini pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno akan menjadi tumpuan. Pertandingan menyaksikan perebutan tiga orang tokoh; Ketua Penerangan Umno, Muhammad Mohd Taib, Naib Presiden, Mohd Ali Rustam dan Muhyiddin Yassin. Muhammad dan Ali Rustam telah mengesahkan hasrat mereka untuk bertanding semalam.

Mereka seperti tidak akan berganjak lagi dan sedang mengiatkan kempen psiko untuk mendapatkan pencalonan. Bagaimanapun agak malang sedikit orang yang paling awal menawarkan diri untuk mencuba ke jawatan itu Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah menarik diri.

Zahid membuat perhitungan semula selepas Abdullah Ahmad Badawi mengaku kalah. Zahid hanya akan menumpukan kepada jawatan Naib Presiden, jawatan yang menjadi idaman awalnya.

Tindakan Zahid itu dikira bijak dan beliau tidak mahu mengundang risiko. Tindakan itu juga membenarkan apa yang saya rasakan sebelum ini.

Bahawa beliau terlatah membuat tawaran itu kerana ianya didorong oleh seseorang. Ia bukan lahir atas kehendaknya dan kekuatannya sendiri. Zahid tahu mengukur baju di badan sendiri.

Zahid seorang setia dan patuh kepada suruhan, apa lagi kalau ketuanya meminta beliau berbuat begitu. Ingat apa yang dilakukan semasa beliau berwalad kepda Anwar Ibrahim tahun 1998 dulu.

Beliaulah yang membangkitkan isu kronisme dan nepotisme yang akhirnya membuatkan Mahathir Mohamad resah dan membawa kepada kebencian rakyat kepadanya. Kononnya Zahid mengaku beliau berbuat begitu kerana disuruh oleh Anwar!

Apabila beliau tiba-tiba menawarkan untuk bertanding jawatan nombor dua itu saya sikit teralat. Tapi saya yakin Zahid menawar diri itu kerana atas permintaan Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berhajat untuk menumpang pengaruh dan kekuatan Zahid bagi mengekang kemaraan Mohd Najib Razak yang hendak merampas kerusi presiden.

Namun apabila setelah dikaji dan diselidiki kekuatan itu tidak mencukupi maka hasrat itu dibubarkan. Jadi Zahid terpaksalah berundur ke belakang semula dan melapazkan kesetiaan dan sokongan 100 peratus kepada bekas bosnya itu. Saya berpandangan beliau akan mendapat kemenangan besar untuk jawaban itu kelak.

Sebenarnya keputusan Zahid itu tepat. Zahid belum pernah menduduki jawatan Naib Presiden menerusi pemilihan melainkan duduk secara automatik sekejap sewaktu menjadi Ketua Pemuda. Beliau tidak mempunyai pengalaman luas sebagai Naib Presiden seperti mana Muhyiddin Yassin.

Kalau Zahid meneruskan hasratnya itu beliau akan berhadapan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dan peluang untuk menang agak sulit.

Dengan penarikan oleh Zahid itu itu pertandingan itu akan tertumpu kepada tiga calon tadi; Muhyiddin, Mohamad Taib dan Ali Rustam. Walaupun sehingga kini Muhyiddin belum mengesahkan tetapi diyakini beliau akan ke jawatan itu. Menurutnya beliau akan mengumumkan hari ini untuk mengambil berkat hari Jumaat!

Ketiga mereka boleh bertarung kerana masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Diukur secara fizikal ternyata kelebihan kepada Muhyiddin. Selain beliau dilihat orang yang berusaha keras untuk menolak Abdullah di mana kekosongan tempat Najib wajar diberikan kepadanya, beliau juga berpengalaman sebagai Naib Presiden paling lama dan paling kanan.

Muhammad Taib juga pernah menduduki jawatan itu bersama Muhyiddin satu masa dulu. Bagaimana pun beliau kalah dalam pertandingan tahun 2004 ekoran isu penggantungannya kerana terlibat dalam skandal kewangan. Manakala Ali Rustam merampas tempat itu pada tahun berkenaan.

Sekiranya pertandingan bebas tanpa ada klik dan kumpulan Mohammad Taib boleh memberi cabaran kepada Ali Rustam tetapi tidak kepada Muhyiddin Yassin. Sebaliknya kalau pertandingan akan berdasarkan kepada merit peluang Muhammad Taib terbuka.

Ini kerana para perwakilan yang berpihak kepada Najib akan berbelah bagi dan keliru untuk memilih antara Muhyiddin atau Ali Rustam.

Adalah dipercayai Najib sendiri lebih suka kalau Ali Rustam dipilih menjadi bakal timbalannya berbanding dengan Muhyiddin.

Andainya ini berdasarkan kepada kebiasaan orang politik tidak sesekali akan melanti pembantunya yang lebih cerdik dan lebih bijak darinya kerana bimbang takut ditikam dari belakang.

Jika Mohd Najib memberi mesej ini dan melupai pengorbanan kurba Muhyiddin kepadanya dengan mengaturkan pelan menjatuhkan Abdullah jawabnya Muhyiddin tidak akan mendapat apa-apa dan usahanya menyingkirkan Abdullah itu akan turut sama menyingkirkan dirinya sendiri.

Nota: Muhyiddin telah pun mengesahkan beliau akan bertanding Timbalan Presiden. Beliau membuat pengumuman itu di Putrajaya sekejap tadi.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/10/10/2.html

Reaksi pembangkang bercampur-campur

10 Oct 2008 10:11AM

PP: Para pemimpin parti pembangkang memberikan reaksi yang berbeza terhadap keputusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak aan mempertahan jawatan sebagai Presiden Umno pada pemilihan akan datang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Beliau berkata pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

'Berbeza daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah dipaksa berundur,' katanya.

Beliau berkata anehnya orang ramai lebih menghormati Datuk Seri Abdullah berbanding parti Umno kerana beliau dilihat sebagai 'orang yang memiliki hasrat baik, yang mungkin seorang daripada beberapa kerat pemimpin bersih yang masih tinggal dalam Umno'.

'Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap para pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalah guna kuasa,' tambahnya.

Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berpendapat tindakan Datuk Seri Abdullah sebagai 'sesuatu yang sudah terlambat'.

'Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang,' katanya.

Sementara itu, kerajaan Kedah pimpinan PAS berharap pengganti Datuk Seri Abdullah akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapa pun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, berkata adalah sukar bagi Datuk Seri Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya.

'Namun begitu, tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas,' katanya./ Bernama

http://www.klpos.com/news/2008/10/10/3.html

Muhyiddin umum tanding timbalan presiden



Oct 10, 08 9:29am

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Naib presiden Umno itu mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

"Saya mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi jawatan tersebut," katanya ketika ditanya wartawan mengenai peluangnya memenangi jawatan tersebut.

Kira-kira 40 penyokongnya termasuk beberapa ketua bahagian hadir memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

Mereka termasuk ketua Umno bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan; ketua Umno bahagian Kuala Lipis, Datuk Mohd Soffi Razak, ketua Umno bahagian Maran Datuk Tan Aminuddin dan ketua bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohammad.

Sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan ketua Umno bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno.

Perlu kepimpinan yang teguh

Beliau berkata, keputusan bertanding timbalan presiden Umno itu diambil kira atas kepercayaan bahawa Umno yang akan diterajui oleh bakal presiden yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu serta sentiasa mednyokong dan membantu beliau, khususnya dalam usaha mengatasi cabaran semasa.

"Yang paling utama ialah usaha membaik pulih, menyatukan parti serta membina arah dan harapan baru agar kita dapat mengembalikan sokongan bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Keduanya saya yakin dapat memainkan peranan bersama dengan bakal presiden dalam usaha meningkatkan kembali perpaduan kaum, mengeratkan hubungan kerjasama antara parti komponen BN dengan mengambilkira kehendak atau situasi masa kini, agar kita lebih mantap dan lebih bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13," katanya.

Muhyiddin berkata, berdasarkan pengalaman dan pendedahan yang diperolehi di pelbagai peringkat dalam parti, kementerian dan pentadbiran kerajaan membolehkan memainkan peranan lebih berkesan dalam usaha kerajaan khususnya bagi menangani keadaan ekonomi dalaman dan global yang sedang kita hadapi sekarang.

Sehubungan itu, beliau berharap ahli Umno dapat memberikan sokongan padu untuk mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden.

"Saya percaya keputusan ini akan dapat memanfaatkan kerjasama yang lebih utuh di dalam usaha memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan mempertahankan kesucian agama kita.

"Saya ingin memohon kepada semua ahli dari pelbagai peringkat untuk bersama-sama mengambil peluang ini bagi merapatkan barisan demi meneruskan kesinambungan kegemilangan parti," katanya.

Terus beri sumbangan

Dalam sidang media tersebut, Muhyiddin berkata, beliau memberitahu Najib mengenai keputusan bertanding jawatan timbalan presiden tersebut.

"Saya telah bekerja lama dengan baik dengan Najib dan beliau akan meneruskan perubahan dalam parti," katanya.

Muhyiddin juga menegaskan beliau yakin akan mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno.
Malah beliau juga yakin Najib akan mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan presiden Umno Mac ini.

Muhyiddin juga percaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh veteran Umno akan terus memberi sumbangan kepada parti.

Ditanya sama ada tindakan Nur Jazlan yang turut menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden Umno, Muhyiddin berkata: "Saya tidak fikir sokongan akan berpecah."

Sewaktu ditanya apa perbezaan Muhyiddin dengan calon-calon timbalan presiden Umno lain, Muhyiddin sambil tersenyum berkata:"Saya ialah Muhyiddin Yassin."

http://www1.malaysiakini.com/news/91002

Status dalam BN: Gerakan digesa adakan sidang khas

Andrew Ong Oct 10, 08 11:44am


Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengulangi gesaannya supaya pucuk pimpinan parti itu mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan masa depan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).

Berucap di persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Nasional 2008, di ibunegara hari ini, beliau berkata, gesaan tersebut merupakan kehendak sebahagian ahli akar umbi.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kita mesti bersedia berdepan dengan sentiment ini,” katanya.

Mah berkata, perbincangan teliti mengenainya adalah perlu bagi mengelak daripada sebarang keputusan yang berunsurkan emosi, tanpa mengira implikasi jangka panjang terhadap parti itu.

Menyentuh sejarah, Mah berkata, pada 1971, apabila Gerakan menjadi anggota komponen BN, ramai pemimpinnya seperti Syed Hussein Alatas, Dr Tan Chee Koon dan V David, tidak bersetuju dan meninggalkan parti.

Katanya, contoh terbaru ialah Parti Maju Sabah (SAPP) di mana beberapa pemimpinnya bertindak meninggalkan parti itu kerana mereka tidak bersetuju dengan keputusan keluar dari BN.

“Kita tidak mahu situasi yang serupa berlaku dan memecahbelahkan parti ini,” tegas Mah.

Satu parti

Beliau juga menggesa supaya cadangan menjadikan BN sebagai satu parti terus dikaji.

Mah berkata, selepas 50 tahun merdeka, sepatutnya tidak ada satu parti yang memperjuangkan satu kaum sahaja.

"Sepatutnya setiap masalah satu kaum itu harus dilihat dalam konteks Malaysia dan bukan hanya pada sesuatu kaum itu sahaja," katanya.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe juga menyentuh subjek yang sama dan menyarankan supaya parti itu hanya kekal dalam BN sekiranya gabungan itu mengamalkan pendekatan yang pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau bertanya sama ada pemimpin Barisan, terutama Umno, bersedia untuk mengubah perjuangan mereka dengan mengutamakan pendekatan pelbagai kaum, tanpa rasa prejudis dan berunsur perkauman.

“Sekiranya parti-parti komponen sedia berubah, dengan mengenepikan sikap pentingkan diri dan sedia mengutamakan perjuangan pelbagai kaum, maka Gerakan akan setia dan terus kekal bersama BN,” katanya.

Kecam ISA

Sementara itu, Mah dan Tan turut mengecam kerajaan berhubung penangkapan beberapa invidivu di bawah ISA baru-baru ini.

Mah menggesa kerajaan supaya meminta akta tersebut untuk menghadkan kuasa hanya kepada menahan ‘elemen keganasan dan subversif’.

Menurutnya, langkah segera yang patut diambil oleh kerajaan ialah membebaskan tahanan ISA yang telah ditahan untuk tempoh masa yang lama dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng adalah tidak perlu dan telah mencemarkan imej kerajaan.

Tan pula berkata, Wanita Gerakan mengutuk penyalahgunaan ISA dan menggesa supaya semua tahanan ISA dibebaskan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91011

Najib umum tanding presiden


Oct 9, 08 4:23pm

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Najib membuat pengumuman tersebut di majlis Aidilfitri bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan pemimpin masyarakat semua peringkat di di Kuala Terengganu, petang ini.

"Sehubungan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun depan).

"Saya dengan rasa rendah hati dan penuh rasa tanggungjawab, ingin menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden Umno," kata Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno.

Menurut Bernama, Najib, yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kuala Terengganu pagi ini sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno.

Semalam, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan sekaligus memberi laluan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.

Abdullah, yang percaya Najib akan dipilih sebagai Presiden Umno yang baru pada pemilihan parti kira-kira enam bulan lagi, mahu timbalannya itu, mengambil alih kepimpinan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan daripadanya.

Proses peralihan kuasa Perdana Menteri kepada timbalannya itu, sebelum ini ditetapkan dilakukan pada Jun 2010. Bagaimanapun, atas desakan ahli-ahli, ia dipercepatkan pada Mac tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Najib berkata dengan sokongan daripada akar umbi dan para perwakilan parti, beliau berikrar untuk meneruskan agenda perjuangan Umno dengan pembaharuan-pembaharuan yang disebutkan perdana menteri semalam.

Keyakinan rakyat

"Saya percaya bahawa pengumuman ini akan membolehkan proses demokrasi dalam parti berjalan lancar dan terus subur di samping membolehkan semua ahli Umno berganding bahu untuk memantapkan lagi parti," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berharap mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat daripada kalangan semua kaum termasuk pemimpin dan anggota parti, sekaligus dapat mengukuhkan BN.

"Sesungguhnya tugas sebagai pemimpin adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dianugerah Allah S.W.T. Insya-Allah, saya akan melaksanakannya dengan cara yang terbaik," katanya.

Najib, bagaimanapun, enggas mengulas mengenai siapakah calon yang sesuai untuk berganding dengannya sebagai Timbalan Presiden Umno.

"Saya akan mengulas perkara itu pada masa lain... satu majlis lain," katanya.

Ketika ditanya jika terdapat calon lain yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno, beliau berkata: "Apa hendak buat, kita melalui proses demokrasi... saya tetap menghormati suara ahli-ahli parti."

Mengenai harapan beliau apabila menjadi Perdana Menteri, Najib berkata: "Saya akan hanya bercakap mengenainya apabila tiba masanya kerana dalam tempoh enam bulan ini, Datuk Seri Abdullah adalah Perdana Menteri dan kami mesti memberikan sokongan penuh kepadanya untuk mengadakan pembaharuan yang diumumkannya," katanya.

Terima kasih pada Pak Lah

Najib menyifatkan keputusan Abdullah tidak mempertahankan jawatan presiden Umno, sebagai satu pendirian yang mencerminkan keikhlasan beliau meletakkan kepentingan rakyat, parti dan negara melebihi segala-galanya.

Katanya, keputusan Abdullah itu adalah selaras dengan tradisi Umno bagi membolehkan proses peralihan kuasa berlangsung secara tertib, berhemah dan lancar.

"Beginilah amalan, cara dan tradisi Umno yang selama ini, ia telah menentukan kestabilan dan kemakmuran negara," katanya.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap keupayaannya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan.

Terdahulu ketika berucap, Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan yang dibuat oleh Abdullah itu adalah hasil perbincangan dan persefahaman antara mereka berdua sebagai pemimpin nombor satu dan dua negara.

Najib berkata sebagai timbalan, beliau tidak akan melawan ketuanya walaupun tindakannya itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak berpendirian.

"Sebagai timbalan, saya tunjukkan kesetiaan, takkan dalam mesyuarat saya hendak bangkang dan lawan ketua...tidak boleh, buruk sekali.

"Tetapi saya cakap kepada Pak Lah, kita kena cari formula dan ia mesti menghasilkan situasi menang-menang. Jadi saya bincang dengan Pak Lah dan dia putuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno.

"Inilah yang diberitahu Pak Lah kepada saya secara peribadi, antara satu sama satu. Bila dan masanya, itu rahsia saya dan Pak Lah. Tetapi kami ada persefahaman dan akhirnya itu yang diluahkan beliau dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam.

"Pak Lah sedar, rakyat mahu pelan peralihan kuasa itu dipercepatkan dan beliau akur dan menerimanya," kata Najib.

Beliau berkata proses peralihan kuasa itu sebenarnya, telah berjalan apabila Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan yang sepatutnya di bawah bidang kuasa perdana menteri, kepadanya baru-baru ini.

http://www1.malaysiakini.com/news/90961

Gandingan Najib-Muhyiddin jadi pilihan

Muda Mohd Noor Oct 9, 08 5:15pm

Regu Najib-Muhyiddin dijangka menjadi pilihan utama pencalonan bahagian bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beberapa pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini menyuarakan keyakinan mereka terhadap kemantapan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulih semula sokongan rakyat terhadap Umno.

Najib hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan presiden, manakala Muhyiddin akan mengumumkan esok, hasratnya bertanding timbalan presiden.

Sehingga ini tiga orang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Mereka adalah Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Seorang lagi ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pertama menawar diri bertanding jawatan tersebut, telah menarik diri hari ini dan akan bertanding jawatan naib presiden.

Mengenai jawatan ketua Pemuda Umno pula, mereka berpendapat Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak untuk menerajui pergerakan Pemuda.

Bagaimanapun, timbalan ketua bahagian Pulai,Osman Sapian berpendapat Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, paling berwibawa untuk memimpin pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Gadingan mantap

Katanya, ini kerana tetokohan yang ada pada beliau dan bukannya kerana beliau anak mantan presiden Umno.

Manakala Khairy pula, katanya paling sesuai mempertahankan jawatan naib ketua Pemuda kerana beliau perlu belajar sebelum menerajui pergerakan itu.

"Untuk membentuk gandingan mantap dalam pergerakan Pemuda, Mukhriz perlu berganding dengan Khairy kerana kedua-duanya mempunyai kewibawaan," katanya lagi.

Manakala ketua Pemuda Umno bahagian Bagan, Marzuki Yahya pula berkata, gandingan Najib dan Muhyiddin boleh memulihkan semula Umno.

"Muhyiddin mempunyai pengalaman dan kematangan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dalam Umno," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin lain mempunyai hak untuk bertanding dan sesiapa pun tidak boleh menyekat hak mereka untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Mesti berani menegur

Manakala bagi Pemuda pula, Marzuki menyerahkannya kepada perwakilan pergerakan itu bagi memilih pemimpin utama mereka.

Tetapi, katanya, Pemuda memerlukan seorang pemimpin yang berani menegur untuk kebaikan parti.

Sementara itu, ketua Umno bahagian Lumut, Datuk Dr Zambery Kadir berkata, Muhyiddin paling layak menjadi timbalan presiden Umno kerana beliau bukan sahaja popular di kalangan kelompok Umno tetapi juga di dunia antarabangsa.

Calon lain, kata ketua penerangan Umno Perak itu, Mohd Ali dan Ahmad Zahid pula hanya efektif untuk jawatan naib presiden Umno.

"Mereka belum sesuai untuk menjadi timbalan persiden Umno kerana timbalan presiden Umno adalah timbalan perdana menteri," katanya.

Manakala Dr Zambery berpendapat Khairy, Mukhriz dan Dr Mohd Khir layak untuk menerajui pergerakan Pemuda.

Selangor mahu Muhd Taib

Katanya, ketua Pemuda yang baik ialah yang boleh memahami politik sebenar yang berlaku dalam Umno sekarang ini.

"Mereka tidak boleh syok sesama sendiri tetapi perlu mendekati golongan profesional muda, yang boleh turun ke universiti dan ke kampung-kampung untuk menarik sokongan mereka kepada Umno," katanya lagi.

Bagaimanapun, ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, ketua penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib layak untuk menjadi timbalan presiden.

"Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas di peringkat pusat dan negeri dan oleh kerana itu beliau layak menjadi timbalan presiden Umno dan seterusnya timbalan perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, pertandingan akan memberi peluang kepada perwakilan untuk memilih siapa yang paling layak menjadi timbalan presiden Umno.

Syukur berkata, semua calon naib presiden mempunyai kebolehan dan berpengalaman untuk menjawat jawatan tersebut.

http://www1.malaysiakini.com/news/90978

Tahanan ISA diberi diet seimbang

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menyatakan layanan dan kemudahan asas yang diterima Raja Petra Kamarudin yang ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak, mengikut peraturan dan sama seperti yang diterima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lain.

Pegawai Perhubungan Awam jabatan itu, Hadi Ag Kassim, berkata layanan dan kemudahan asas yang disediakan itu tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi kesihatan kepada tahanan lain.

“Dakwaan berlakunya muntah dan cirit-birit tidak benar. Kejadian begini tidak berlaku, sebaliknya Raja Petra ada memberitahu beliau mahu makan roti dan telur,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjelaskan berhubung satu artikel mengenai layanan diterima Raja Petra yang disiarkan melalui blog Malaysia Today pada 30 September lalu yang mengandungi isu memburukkan tempat tahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Menjelaskan perkara itu, Hadi berkata kos pembelian bahan makanan bagi menyediakan makanan tahanan ISA ialah RM5.07 sehari dan ia tidak termasuk upah, sumber tenaga dan peralatan lain.

“Makanan yang disediakan lima kali sehari berdasarkan diet seimbang yang diluluskan Kementerian Kesihatan dan setakat ini tiada tahanan lain yang sakit atau mengalami masalah dengan makanan itu,” katanya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/10102008

Kereta dilarikan ketika isi minyak

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak menyangka hasrat mengisi minyak kereta yang hampir kering akan membuatkan dia berputih mata apabila kenderaannya dilarikan sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian di sebuah pam minyak di Bangsar di sini, jam 5 pagi semalam.

Lebih menyedihkan apabila kereta Proton Waja yang dilarikan itu baru dua bulan dibeli mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank.

Difahamkan ketika kejadian mangsa dikenali sebagai Lexsmi, 28, dalam perjalanan pulang dari pejabat di Cyberjaya ke rumah di Persiaran Puchong sebelum singgah untuk mengisi minyak di pam minyak terbabit.

Menurut rakan mangsa yang dihubungi, ketika sedang menuju ke arah kaunter, wanita terbabit diserbu empat lelaki menaiki dua motosikal sambil mengacukan parang panjang ke arahnya.

“Kerana ketakutan mangsa terpaksa menyerahkan kunci kereta yang berharga hampir RM60,000 itu kepada penyamun sambil merayu agar dia tidak dicederakan.


“Selain kereta, penjenayah turut melarikan telefon bimbit, kad kredit, dokumen pengenalan peribadi seperti MyKad, serta wang tunai RM400 yang ditinggalkan dalam kereta terbabit,” katanya.

Mangsa yang kebingungan kemudian menghubungi adiknya untuk memaklumkan kejadian malang itu sebelum membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta gerakan bagi memburu kumpulan penjenayah giat dilakukan.

http://www.hmetro.com.my/10102008

Bapa mahu lawat Umi Azlim


PASIR PUTEH: Bapa Umi Azlim, bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di China, melahirkan hasrat untuk melawat anak perempuannya itu.

Sehubungan itu Mohamad Lazim Jusoh, 51, meminta bantuan Wisma Putra untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa China bagi membolehkan beliau melawat Umi Azlim yang baru terlepas daripada hukuman mati.

Umi Azlim sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup dadah ke China dan minggu lalu Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup.

Bekas pelajar dalam bidang Sains Biologi di Sekolah Makanan dan Pemakanan UMS itu didapati bersalah menyeludup 2.983 kilogram heroin di Lapangan Terbang Shantao empat bulan selepas menamatkan pengajian di UMS dan dijatuhkan hukuman mati pada 15 Mei tahun lalu.

“Hukuman lebih ringan itu amat mengembirakan saya dan keluarga dan ia lebih bermakna jika dapat bersua muka terutama dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Mohd Lazim kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Cherang Tuli di sini, hari ini.


http://www.hmetro.com.my/10102008

Berani katakan tidak

Sejauhmanakah mitos dalam sebuah hubungan percintaan dapat dikaitkan dengan punca berlakunya persengketaan?



WASPADA dengan janji-janji manis si dia yang akan membuatkan diri kamu teraniaya. – Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------

PERCAYA kepada perkara yang melibatkan mitos mahupun berunsurkan cerita dongeng adalah lumrah kehidupan manusia hari ini. Lebih-lebih lagi pasangan yang sedang mabuk bercinta.

Padahal, terdapat beberapa mitos yang belum pasti kesahihannya, bahkan kadangkala menyesatkan.

Pandangan yang memesongkan ini juga kerap kali berlaku dalam hal yang melibatkan pertikaman lidah atau perang mulut di antara dua pihak, sehingga menyebabkan berlakunya kekerasan dalam perhubungan.

Akibat mitos, ramai wanita menjalani kehidupan tanpa rasa bahagia dan tidak berdaya lagi melawan kudrat kejantanan si lelaki, meskipun ia terjadi berulang kali. Intim minggu berkongsi sebahagian mitos tersebut.

MITOS: Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan suatu bentuk perhatian kepada kamu. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.

Fakta: Cemburu ada batasnya. Itu bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap kamu. Malah, si dia berupaya mengongkong kamu agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.

MITOS: Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya. Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana cinta kamu terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.

Fakta: Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu meskipun kamu tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tiada sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan cara menyalahkan diri kamu, pasangan berupaya membela diri dan melemparkan kesalahannya dengan cara melakukan keganasan seksual.

MITOS: Jika si dia mula memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan ke atas diri kamu sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka kamu berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.

Fakta: Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia seringkali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kamu harus waspada kerana janji-janji itu begitu sulit untuk dipercayai.

MITOS: Setelah melakukan kekerasan kepada diri kamu, si dia dilihat semakin mesra. Sehingga adakalanya kamu berserah sahaja segala perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.

Fakta: Ini merupakan salah satu pandangan yang begitu memesongkan. Sekiranya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, dia patut dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan kamu cari.

MITOS: Janji manis. Sekiranya si dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka kamu akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya itu.

Fakta: Hati-hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki di saat dia memaksa kamu melakukan sesuatu untuknya.

MITOS: Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan kamu sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.

Fakta: Tiada seorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri kamu selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan kamu dengan sewenang-wenangnya.

http://www.kosmo.com.my/10102008

Ikan gergasi baham manusia


GAMBAR ini menunjukkan Wade (kiri) memegang seekor ikan gergasi yang ditangkap di sebatang sungai di India.

--------------------------------------------------------------------

LONDON - Sejenis ikan baung gergasi yang dipercayai mula membaham manusia selepas merasa daging mayat yang dihanyutkan ke dalam sebatang sungai di India, lapor sebuah akhbar semalam.Ikan berkenaan memakan daging mayat manusia yang dihanyutkan selepas dibakar dalam majlis pengebumian.

Beberapa penduduk tempatan sebelum ini percaya kewujudan satu raksasa misteri di dalam sungai Kali di sempadan India-Nepal yang telah membaham penduduk ketika mereka mandi.

Kewujudan ikan gergasi tersebut menyebabkan seorang ahli biologi, Jeremy Wade melakukan siasatan di mana penemuan itu bakal disiarkan dalam satu dokumentari di televisyen.

Dia berkata: "Beberapa penduduk tempatan memberitahu saya satu teori bahawa ia akan membesar secara luar biasa apabila membaham sebahagian daripada mayat manusia.

"Jika anda memberikan makanan yang lebih, ia akan membesar dengan lebih besar," katanya.

Wade berjaya menangkap ikan gergasi seberat 73 kilogram bersamaan 6 kaki panjang itu di mana ia adalah rekod paling berat dunia dan jauh lebih besar berbanding ikan terbesar yang pernah ditemui di sungai sebelum ini. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/10102008

AS diambang kemelesetan ekonomi


BROKER-BROKER berurus niaga di Bursa Saham New York pada pagi semalam.

--------------------------------------------------------------------

MADRID - Pesuruhjaya Hal Ehwal Kewangan Ekonomi Kesatuan Eropah, Joaquin Almunia menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) kini diambang kemelesetan ekonomi, lapor sebuah akhbar semalam.

Risiko negara ekonomi terbesar dunia itu dilanda kemelesetan benar-benar wujud dan tumpuan perlu diberikan terhadap senario tersebut, kata Almunia ketika berucap di sebuah forum ekonomi di Madrid, Sepanyol.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan ekonomi dunia yang diterbitkan kelmarin meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi AS hampir terbantut pada tahun hadapan dengan peningkatan hanya 0.1 peratus.

Keadaan tersebut, katanya merupakan yang terburuk menimpa ekonomi AS sejak tahun 1991 apabila negara kuasa besar itu sedang pulih daripada kemelesetan.

Menurut IMF, AS sedang dilanda ribut krisis kewangan dan ekonominya sedang mengucup dengan cepat.

Ramai pakar ekonomi percaya ekonomi AS akan mengucup dalam tiga bulan terakhir tahun ini dan tiga bulan pertama tahun hadapan sekali gus menepati definisi kemelesetan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/10102008

Ditangguh sebab artikel bercanggah

PETALING JAYA - Mahkamah semalam menangguhkan perbicaraan ke atas penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti semula pertuduhan berikutan percanggahan dibangkitkan pihak pembelaan berhubung keaslian artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Peguam bela Raja Petra, Gobind Singh Deo yang memberitahu mahkamah bahawa artikel Lets Send the Altantuya Murderers to Hell yang dilampirkan tidak sama dengan isi kandungan sebenar yang diterbitkan.

Malah tekan Gobind, artikel yang dilampirkan itu juga sama sekali lain daripada artikel sebenar.

"Artikel itu juga tak ada tajuk, ditaip semula dan gambar tertuduh pula dilakukan secara potong dan tampal," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof kemudiannya meminta mahkamah memberi masa kepada pihak pendakwaan bagi membolehkan mereka meneliti dan mempertimbangkan lampiran artikel yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan.

http://www.kosmo.com.my/10102008

Fadilah tidak diizin kahwin

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


NASRUDIN dan Noor Fadilah pada satu majlis keluarga di Desa Kesik, Lombok Timur baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Hasrat Noor Fadilah Ahmad, 18, untuk berkahwin dengan kekasih hatinya dari Lombok Timur, Indonesia, Nasrudin Dahrom, 24, masih tidak kesampaian kerana tidak mendapat keizinan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).

Ini kerana, pasangan tersebut mesti mengikut undang-undang perkahwinan negara tersebut yang menetapkan supaya pengantin perempuan mesti mendapat keizinan daripada walinya yang sah.

Ekoran daripada masalah itu, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk terus memujuk bapa Fadilah, Ahmad Abdul Hamid, 46, supaya membenarkan mereka berkahwin.

Nasrudin ketika dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, Fadilah cuba memujuk ayahnya kelmarin tetapi percubaan mereka gagal.

"Ayah Fadilah masih marah dengan perbuatan kami, kalau boleh kami ingin berkahwin mengikut apa yang ditentukan agama," katanya.

Menurutnya lagi, disebabkan masalah tersebut, dia dan Fadilah akan terus bersabar dan berusaha memujuk kedua-dua orang tua Fadilah.

"Sekarang tiada siapa yang ingin nikahkan kami, jadi kami akan terus berusaha untuk memujuk mereka," jelasnya.

Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin dan kes itu mendapat perhatian umum pada 24 September lalu apabila Kosmo! melaporkan keluhan ayahnya, Ahmad Abdul Hamid, 46.

Dia yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak nekad mengikut Nasrudin pada 3 September lalu ketika bekerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor.

http://www.kosmo.com.my/10102008

Ada dua Aishah penipu?


berita@kosmo.com.my">


KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU – Adakah ‘Aishah Moktar’ dan ‘anak jutawan Arab’ individu yang sama?

Itu tanda tanya Rizal Ali, 33, mangsa penipuan wanita yang mengaku anak jutawan Arab, yang dikenalinya melalui laman sembang internet lebih setahun lalu.

Persoalan itu timbul selepas Rizal membaca laporan Kosmo! semalam mengenai kegiatan ‘Aishah Moktar’ menggoda lelaki kemaruk cinta untuk mengikis harta mereka.

Rizal yang tinggal di mukim Kuala Telemong di sini berkata, bekas ‘kekasihnya’ menggunakan nama mirip ‘Aishah Mohtar’ iaitu ‘Nur Fitrah Aishah Ameera’.

“Yang mengaku tinggal di London Aishah. Yang pernah tipu saya pun ada gunakan perkataan Aishah pada namanya yang panjang.

“Bezanya, Aishah Moktar mengaku Melayu, ‘buah hati’ saya dulu mengaku anak angkat jutawan Arab walaupun akhirnya pecah rahsia, dia sebenarnya wanita Melayu .

“Adakah ‘Aishah’ menjadi trademark wanita itu dalam memperdaya lelaki seperti saya yang jujur mencari teman hidup atau isteri kedua?

“Ini yang sedang saya fikir dan kemungkinan ini dipersetujui isteri saya,” katanya ketika berjaya dihubungi Kosmo! lewat petang semalam.

Mengulas lanjut perkara itu, Rizal menyatakan bahawa dia percaya kes seumpama itu bukan setakat menimpanya malah ramai lelaki lain.

Katanya, dia masih trauma ditipu gadis itu yang kononnya berusia 19 tahun ketika itu dan memiliki aset yang banyak di beberapa negara termasuk di negara ini.

Kisah malang Rizal itu tersiar di muka depan Kosmo! edisi 22 Februari 2007, Khamis, yang turut memuatkan reaksi isterinya, Hasnah Mohd. Salleh, 29 tahun.

http://www.kosmo.com.my/10102008

Terlepas hukuman mati



KOTA BHARU“Syukur dan sangat gembira. Ini adalah berkat doa arwah ibu dan hadiah Aidilfitri yang paling bermakna untuk adik-adiknya.”

Demikian luah Mohammad Lazim Jusoh, 51, bapa kepada Umi Azlim, 24 (gambar), yang terlepas daripada hukuman mati didapati bersalah menyeludup heroin ke China pada Mei tahun lalu.

Menurutnya, beliau tidak pernah lupa melakukan solat hajat dan sentiasa mendoakan keselamatan anak sulungnya itu semasa di dalam tahanan.

“Khabar ini cukup menggembirakan kami sekeluarga, impian adik-adiknya untuk melihat Along (Umi Azlim) pulang ke pangkuan kami semua mungkin akan menjadi kenyataan.

“Bagi kami, Along terlepas daripada hukuman mati juga sudah cukup besar rahmat dan jika ada usaha untuk mengurangkan lagi tempoh hukuman itu, kami sangat gembira,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Penyelaras Jawatankuasa Tabung Dana Umi, Hu Pang Chow memberitahu, keputusan tersebut diperoleh minggu lalu apabila tiga peguam yang dilantik berjaya dalam rayuan mengurangkan hukuman terhadap Umi Azlim.

http://www.kosmo.com.my/10102008

Singapore economy in recession: trade ministry



Agence France-Presse - 10/10/2008 12:13 AM GMT

Singapore's trade-sensitive economy has declined for a second straight quarter, the government said Friday, meaning the city-state has entered a recession for the first time in six years.

On a seasonally adjusted quarter-on-quarter annualised basis, real GDP declined by 6.3 percent in the third quarter after contracting 5.7 percent in the previous quarter, estimates from the Ministry of Trade and Industry said.

http://news.my.msn.com/

Crisis talks due in Washington; markets in tailspin



Agence France-Presse - 10/10/2008 4:39 AM GMT

The world's major economies were to hold crisis talks later Friday in an attempt to end a massive sell-off on the global stock markets, as Asian shares were hit by another day of panic selling.

The talks in Washington were expected to see finance ministers and central bankers from the Group of Seven richest nations hammer out new emergency measures to contain the worst financial crisis since the Great Depression.

Ahead of the talks, the International Monetary Fund called for governments to work together to tackle the crisis, while reactivating an emergency lifeline first used to rescue ailing economies during the 1997 Asian financial crisis.

In Washington, officials said the United States could follow Britain's decision to take preferential shares in troubled banks , effectively part-nationalising them, in a bid to increase liquidity in the credit markets.

But despite a wave of emergency interest rate cuts, rescue packages and massive injections of capital into the money markets, the world's stock exchanges appeared no closer to pulling out of a tailspin.

Japan's headline Nikkei-225 index fell more than 11 percent before trimming losses and ending the morning session 10.64 percent lower while Hong Kong and Singapore plunged more than seven percent and Sydney shed 6.5 percent.

Tokyo's Stock Exchange briefly halted some trading in futures and options as the benchmark Nikkei index saw its largest fall since the October 1987 crash, surpassing Wednesday's plunge of 9.38 percent.

The Japanese exchange has now dropped more than 25 percent this week.

A fresh injection of 35.5 billion dollars into the Japanese money markets failed to stop the rot, while the credit crisis claimed its first Japanese insurer, as Yamato Life Insurance filed for bankruptcy protection.

A massive sell off on Wall Street Thursday sent US indexes to fresh five-year lows, with the Dow Jones Industrial Average plunging 7.33 percent to end below 9,000 for the first time since 2003.

In Europe, London fell 1.21 percent, while Paris shed 1.55 percent and Frankfurt lost 2.53 percent.

"It is ghastly," said Macquarie Equities associate director Lucinda Chan in Sydney. "Investors are buying up gold. It's the only safe haven out there, otherwise it's red everywhere."

"It's beyond panic," Oh Hyun-Seok at Samsung Securities told Dow Jones Newswires. "Concerns about the global economy are deepening further and there is no sign of easing in the global credit crunch."

The G7 meeting later Friday in Washington would bring together finance ministers and central bankers from the United States, Germany, Japan, France, Britain, Italy and Canada.

Ahead of the talks, US President George W. Bush vowed to take "strong action" against the crisis and emphasised "our common desire to work with our European friends to develop a best-as-possible common policy."

Bush was to make a statement later Friday in a bid to shore up confidence in his administration's handling of the crisis.

Marc Chandler, analyst at Brown Brothers Harriman, said despite the grim outlook, the G7 still had options available.

"We are hesitant to spread rumors, but there is increasing speculation that the G7 meeting could take another major step and that is to guarantee all interbank lending," he said.

"It is important to note that officials generally recognize that current measures are not yet sufficient to turn the corner of the crisis."

Ahead of the meeting, the head of the International Monetary Fund, Dominique Strauss-Kahn, called for European countries to work together and avoid unilateral steps to tackle the crisis.

"Cooperation and coordination in actions is the price of success. All kinds of cooperation have to be recommended," Strauss-Kahn said at a news conference ahead of the annual meetings this weekend of the IMF and World Bank.

Unilateral action "has to be avoided, if not condemned," he said.

In Frankfurt, the European Central Bank opened up an unlimited cash lifeline for credit-starved institutions that would be available "for as long as needed," and at least until January 20, 2009.

In addition, the ECB pumped 100 billion dollars into markets in one-day loans, doubling the amount offered just two days earlier.

In Washington, White House spokeswoman Dana Perino said Treasury Secretary Henry Paulson was "actively considering" capital injections similar to those made by the British government in a rescue package for its troubled banks.

In Berlin, Chancellor Angela Merkel meanwhile indicated said she could not rule out nationalising any German banks.

Iceland's government nationalised the nation's biggest bank, Kaupthing, completing a state takeover of its top three banks, as the country battles national bankruptcy.

As fears of a global recession grew, prices of oil sank, with the price of London's Brent crude falling below 80 dollars a barrel in Asian trade.

http://news.my.msn.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...