Wednesday, November 19, 2008

Pegawai pemantau harga tiada kuasa buat tangkapan - Shahrir

Rabu November 19, 2008

KUALA LUMPUR: Pegawai pemantau harga dari kalangan graduan yang dilantik Mac lepas hanya bertanggungjawab memantau harga runcit barangan keperluan pengguna setiap hari dan tidak mempunyai kuasa membuat tangkapan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pegawai pemantau harga yang dilantik secara kontrak itu akan menyediakan laporan termasuk laporan harian bagi lapan barang kawalan dan laporan mingguan untuk 75 daripada 350 barangan.


Beliau berkata, maklumat hasil pemantauan itu akan disalur kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya, selain digunakan kementerian bagi mengkaji kedudukan serta menyediakan pelan penyaluran atau pengedaran barangan perlu.


"Laporan juga dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara pada setiap minggu sebagai sumber rujukan bagi merangka strategi dan tindakan mengurangkan inflasi," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin tahu kemajuan operasi Majlis Harga Barang Negara termasuk pelantikan 2,000 graduan sebagai pemantau dan jumlah tangkapan yang dibuat tahun ini.


Shahrir berkata, pemantauan dibuat di 96 pusat pungutan pemantauan yang meliputi pasar basah, pasar kering, pasar raya dan kedai runcit di bandar utama dan daerah termasuk kawasan pedalaman.


"Mereka memantau lapan jenis barangan keperluan utama serta 350 jenis barang lain yang terdiri daripada 127 barangan basah, 223 barangan runcit atau kering dan 20 barangan siap masak," katanya.


Beliau berkata, selain itu mereka juga melakukan pemantauan berkala mengikut masa kawalan yang ditetapkan semasa Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.


"Laporan harian bagi hypermarket yang mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga juga akan dipapar setiap hari di laman web kementerian," katanya. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081119151201&sec=mstar_berita

Karpal gesa Ketua Hakim Negara letak jawatan




Rabu November 19, 2008

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi supaya meletak jawatan secara terhormat dalam masa tujuh hari berkuat kuasa semalam.


Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau membuat gesaan tersebut atas kapasiti Pengerusi Kaukus Integriti dan Kebebasan Kehakiman, berikutan kenyataan Zaki dalam satu persidangan integriti di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah.


"Tiada ada keraguan lagi yang Tan Sri Zaki berkata perkara berikut : 'Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'.


"Tan Sri Zaki tidak boleh dan tidak seharusnya menafikan yang beliau telah mengungkap perkara itu," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, semalam.


Karpal berkata, beliau mempunyai rakaman audio berhubung apa yang dikatakan Zaki itu namun enggan memberitahu daripada rakaman tersebut diperolehi.


Karpal berkata, penjelasan Zaki berhubung isu tersebut yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris juga adalah satu pembohongan yang mencerminkan kekurangan integriti dirinya.


"Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman," katanya.


Karpal berkata, jika Zaki tidak meletak jawatan dalam tempoh yang diminta, beliau tidak ada alternatif lain selain membuat usul terhadap Zaki di bawah Artikel 127, Perlembagaan Persekutuan kerana telah mengelirukan negara dengan apa yang dipanggil Zaki sebagai penjelasan.


Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu menyiarkan sebuah artikel berhubung pengakuan Azmi yang pernah menghadapi masalah korupsi di dalam mahkamah.


Pada hari berikutnya, Zaki membuat penjelasan dalam akhbar yang sama bahawa apa yang dikatakan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan akhbar terbabit dan beliau tidak pernah memberi atau menerima rasuah.


Sementara itu, Karpal turut meminta Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) supaya menyerahkan nama ahli-ahlinya yang berminat untuk menyertai kaukus kehakiman.


Beliau berkata, kenyataan Pengerusi BNBBC bahawa hanya jawatan timbalan pengerusi kaukus dibuka kepada BN adalah salah.


"Pakatan Rakyat mempunyai 81 ahli dalam Parlimen. Hanya 55 tandatangan ahli Parlimen yang diperlukan bagi membentuk satu perempat daripada ahli Parlimen untuk membuat usul berhubung kelakuan seorang hakim di bawah artikel 127," katanya.


Pada Khamis lalu, Karpal telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Zaki di Balai Polis Dang Wangi, di sini.


Dalam laporannya, Karpal menggesa pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan satu siasatan lengkap di bawa Akta Pencegahan Rasuah 1961 berhubung kenyataan yang dibuat Zaki.


Karpal memfailkan laporan polis tersebut setelah usulnya supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Zaki itu ditolak buat kali kedua pada hari sebelumnya.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/19/mstar_berita/20081118170642&sec=mstar_berita

‘Suami hantu’


Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my



TERTIPU...Qiu (kiri) menunjukkan gambar suaminya sambil diperhatian
Chong.


KUALA LUMPUR: ‘Suami hantu’ itulah gelaran tepat kepada seorang lelaki apabila dia dipercayai bersubahat dengan sekumpulan ceti haram mendakwa diculik kumpulan terbabit untuk melepaskan diri daripada membayar hutang.

Lelaki itu mendakwa dia diculik kumpulan ceti haram berkenaan dan dibelasah selain tidak diberi makan dan minum sejak dilarikan selagi isterinya tidak tampil menjelaskan hutangnya.

Bagaimanapun taktik menipu isteri sendiri itu tidak menjadi apabila kumpulan ceti haram mendakwa menculiknya mula ‘kecut perut’ selepas wanita malang itu membuat laporan polis.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa Qiu Boa Ying, 33, warga negara China, pada mulanya amat risau dengan keselamatan suaminya yang mendakwa ditahan kumpulan ceti haram itu.

Ketika mangsa yang pulang dari kerja pada jam 1.30 pagi dia mendapati rumahnya berselerak manakala suaminya tiada di rumah.

Keesokan harinya, dia dihubungi lelaki tidak dikenali mengaku sebagai ketua kumpulan terbabit, meminta dia menjelaskan hutang suaminya sebagai tebusan sekiranya mahu dibebaskan.

Dalam perbualan singkat Khin, dirayu suaminya agar dia menjelaskan baki hutang berjumlah RM4,800 kerana tidak tahan diseksa serta tidak diberikan makan serta minum sejak diculik.

Bagaimanapun dakwaan itu menimbulkan rasa curiga wanita terbabit, serta keluarganya apabila ketua kumpulan ceti haram terbabit yang diajak untuk berunding enggan bertemu mereka dan hanya mahu berurusan melalui telefon.

“Bukan saja untuk berunding malah, kami turut mengajaknya bersemuka untuk melunaskan baki hutang itu tapi dia enggan dan meminta kami memasukkan wang tebusan dalam akaun diberikannya,” katanya.

“Amat pelik apabila kumpulan ceti haram itu seperti terdesak dan sanggup menculik seorang lelaki yang gagal menjelaskan hutang sebanyak dalam jumlah dianggap tidak berbaloi hingga sanggup menculik suaminya itu,” katanya.

Kerana rasa curiga mereka kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian, dan memaklumkan perkara itu kepada ketua kumpulan terbabit, dan dia dikatakan merasa tergugat apabila dikatakan tidak lagi menghubungi mangsa seperti biasa.

Menimbulkan tanda tanya sehingga kini suaminya yang mendakwa diculik dikatakan masih menghilangkan diri dan belum dapat dikesan.

Sementara itu Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada pihak polis.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081119091521/Article/index_html

Harga lantai petrol, diesel

Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Harga lantai bagi petrol dan diesel akan diperkenalkan kerajaan bertujuan menetapkan had minumum harga bahan bakar itu berikutan penurunan harga pasaran minyak mentah global.

Bagaimanapun harga lantai itu dijangka lebih murah dan kadarnya di bawah paras harga sebelum penstrukturan semula bahan api pada Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar), berkata bagaimanapun kerajaan masih mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetapkan harga lantai atau melakukan pelarasan harga bahan api itu seperti dilaksanakan pada masa ini.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan melakukan penstrukturan semula harga bahan api itu pada Jun lalu dengan menetapkan harga siling untuk bahan berkenaan.


“Pada masa ini harganya sudah turun jadi kita perlu untuk menetapkan harga lantai supaya semua pihak termasuk syarikat pengeluar, pengusaha dan orang ramai mendapat keuntungan,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, semalam.


Shahrir berkata, sehubungan itu Majlis Ekonomi Negara yang dijangka bermesyuarat tidak lama lagi akan membincangkan mengenai perkara itu.

“Perbincangan itu perlu kerana ia mengambil kira pelbagai aspek untuk menentukan dasar kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, penetapan harga lantai perlu kerana ia membabitkan impilikasi kewangan pendapatan negara bagi memastikan jumlah subsidi dapat dikurangkan untuk disalurkan kepada perbelanjaan lain bagi kemudahan awam.

“Tahun ini kerajaan sudah belanja kira-kira RM15.5 bilion untuk tampung subsidi petroleum yang dibayar kepada syarikat minyak supaya rakyat tidak menghadapi kesusahan ketika kenaikan harga berkenaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081119092236/Article/index_html

Pukau pesara sampai papa

Oleh Hadzlan Hassan
Hadzlan@hmetro.com.my


KUALA TERENGGANU: Sekumpulan tiga lelaki warga tempatan dipercayai menggunakan ilmu pukau untuk memperdayakan golongan pesara supaya mengeluarkan wang simpanan dari bank sebelum menyerahkan kepada mereka.

Berikutan itu, polis menasihatkan pesara supaya berhati-hati apabila didatangi orang tidak dikenali kononnya untuk membincangkan urusan tertentu terutama berkaitan tanah dan tawaran pekerjaan.

Setakat ini, dua kes dilaporkan kepada polis membabitkan pesara berusia 62 tahun dan 57 tahun yang menyerahkan wang simpanan RM47,000 kepada sekumpulan lelaki itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Ab Rahim Abd Razak, berkata kejadian pertama berlaku di Kampung Durian Mentangau, Paka, 11 November lalu, apabila mangsa berusia 62 tahun itu didatangi tiga lelaki ketika berada di kebunnya.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan menawarkan pekerjaan kepada lelaki itu sambil memuji mangsa yang masih kelihatan gagah dan mampu bertugas sebagai pengawal keselamatan.


“Selepas beberapa minit berbincang, pesara itu terus mengikut tiga lelaki itu yang membawanya ke sebuah bank di Paka untuk mengeluarkan wang RM20,000.

“Selepas menyerahkan wang terbabit, mangsa dibawa ke sebuah bank lain untuk mengeluarkan RM2,000 lagi,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selepas menyerahkan wang berkenaan, mangsa ditinggalkan seorang diri di tepi jalan.

Apabila pulang ke rumahnya dengan menaiki bas, dia baru tersedar ditipu lalu membuat laporan di Balai Polis Paka sehari selepas itu.

Pada 12 September lalu pula, kata Ab Rahim, seorang lelaki menyerahkan wang RM25,000 kepada tiga lelaki dipercayai individu sama dengan kes pertama.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berada di rumahnya di Kampung Pinang, Paka.

Ketiga-tiga suspek menyamar kononnya mahu menyewa tanah mangsa sebelum mereka bertemu lagi kira-kira jam 11 pagi esoknya untuk urusan dokumentasi dan urusan pembayaran.

Mangsa diajak ke bank untuk menerima bayaran sewa.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di bank, dia mengeluarkan wang RM25,000 dan diserahkan kepada suspek yang kemudian menghantarnya semula ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa menurunkan tandatangan pada sekeping dokumen dalam kereta suspek, tetapi dia tidak dapat mengingati dokumen berkenaan.

Abd Rahim berkata, mangsa hanya mengetahui wang simpanannya dikeluarkan dengan banyak empat hari selepas kejadian apabila meminta anaknya memeriksa akaunnya di bank.

“Selepas dimaklumkan duitnya ‘hilang’ mangsa membuat laporan jam 3.40 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun,” katanya.

Polis kini memburu ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081119100333/Article/index_html

Pengusaha dalam dilema


Oleh SYED AZWAN SYED ALI

Tindakan mengharamkan penternakan burung walet di kawasan pekan dan bandar menyebabkan ramai pengusaha sarang burung itu hilang mata pencarian.



AHLI persatuan Pengusaha Sarang Burung Walet Mukah mengadakan tunjuk perasaan aman di Mukah, Sarawak baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

SUATU ketika dahulu, Mukah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan darat dari Sibu, Sarawak hanyalah sebuah pekan sepi dengan kegiatan ekonomi yang kurang kompetitif.

Namun segala-galanya berubah sejak penghijrahan secara besar-besaran burung walet dari Indonesia ke Malaysia terutama Sarawak, ekoran fenomena La Nina dan pembakaran hutan di republik itu pada awal tahun 2000.

Nilai hartanah sekitar pekan kecil termasuk di Mukah melambung tinggi dengan kebanyakan tingkat atas rumah kedai dan bangunan komersial dijadikan tempat penternakan burung walet.

"Kalau dulu, tingkat atas kedai ni nak jual RM30,000 pun orang tak mahu beli. Tapi, sejak burung walet datang ke sini, jual RM200,000 pun, ada yang sanggup bayar," kata John Low, pengusaha sarang burung walet.

Pada 13 Oktober 2005, kerajaan memutuskan untuk membenarkan orang ramai menternak burung walet, selain mengiktiraf bidang itu sebagai perusahaan yang berpotensi tinggi untuk menjana ekonomi penduduk setempat.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan kali ke-53 di Putrajaya.

Kecuali Sarawak, negeri-negeri lain mempunyai garis panduan menternak burung walet yang memerlukan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjaga kepentingan orang ramai dan alam sekitar.

Namun perkembangan terkini di Mukah pada 14 Oktober lalu, menyaksikan pegawai dan renjer Jabatan Hutan Sarawak bertindak merobohkan dua premis pengusaha sarang burung walet di Medan Setiaraya dan New Township Mukah. Tindakan ini menimbulkan dilema kepada pengusaha sarang burung walet di sini.

Pengerusi Pengusaha Sarang Burung Walet Mukah, Philip Tiong mendakwa, renjer terbabit meroboh, mengambil sarang burung dan membunuh anak-anak burung walet di premis itu, walaupun burung walet adalah spesies yang dilindungi.

"Kami cuma mahu kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi kami lesen dan garis panduan untuk kami ikut dan patuh," katanya yang turut meminta campur tangan Ketua Menteri Sarawak dalam perkara ini.

Philip berkata, jika kerajaan negeri tetap dengan pendirian mengharamkan penternakan burung walet di kawasan pekan dan bandar, ramai pengusaha sarang burung walet termasuk 150 ahli persatuan itu akan kerugian dan hilang mata pencarian.

Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Mohd Naroden Majais sebelum ini dilaporkan berkata, penternakan burung walet adalah tertakluk kepada Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, Peraturan Perlindungan Hidupan Liar, (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998.


PHILIP TIONG menunjukkan bahagian luar rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi premis menternak burung walet.

--------------------------------------------------------------------------------

Kloni dua spesies burung walet (hitam dan putih) yang boleh, tinggal atau bersarang di kawasan habitat aslinya seperti gua tetapi tidak dibenarkan di kawasan tanah bandar dan kawasan pinggir bandar.

Bagaimanapun, tinjauan di sekitar pekan Mukah mendapati tidak ada perbezaan pada luaran bangunan rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi tempat penternakan burung walet dengan bangunan biasa.

Kawasan terbabit juga bersih dan tidak bising, malah seseorang tidak akan dapat membezakan rumah kedai yang telah diubahsuai bagi tujuan itu kecuali pada waktu Maghrib (sekitar 7 petang) di mana beribu-ribu burung walet terbang dan masuk ke rumah kedai tersebut.

Penulis yang diberi peluang masuk mendapati premis yang dipenuhi dengan ribuan burung walet itu bersih dan terurus dengan sistem pengudaraan yang baik.

"Semua ini kerana kami ikut garis panduan disediakan Jabatan Perkhidmatan Haiwan," kata Philip merujuk kepada Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Burung Walit (GAHP) JPH.

Sijil GAHP adalah sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan lesen penternakan burung walet di Sarawak, selain kelulusan daripada Jabatan Perhilitan, Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran.

Sumber industri memberitahu bahawa kod amalan itu juga memastikan penternakan burung walet adalah terkawal, selain mencegah sebarang epidemik seperti selesema burung.

Pada 11 Julai lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, penternakan burung walet dibenarkan di lot komersial atau rumah kedai tetapi tidak di kawasan perumahan.

Perdagangan sarang burung di negara ini bermula sejak 100 tahun lalu dengan penuaian pertama dilakukan di Gua Niah, Sarawak pada 1878.

Indonesia adalah negara pertama yang mengusahakan perdagangan sarang burung secara komersial ekoran potensi tinggi komoditi itu.

Dianggarkan terdapat lebih 10,000 premis burung walet di seluruh negara dengan lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.

Dengan mengambil RM4,000 sekilogram sebagai purata harga sarang burung yang belum diproses, ini bermakna industri itu mampu menjana sehingga RM48 juta sebulan.

"Itu harga sarang burung yang belum diproses tetapi nilainya akan bertambah 10 kali ganda selepas diproses mengikut gred untuk dieksport," kata sumber industri yang enggan dikenali.

Penulis difahamkan penternakan burung walet di Sarawak tidak hanya tertumpu di Mukah, sebaliknya diusahakan secara meluas di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu, Sarikei dan Sibu.

"Burung walet bukan hanya beri rezeki kepada orang bandar, orang kampung yang menyewakan tanah mereka kepada pengusaha sarang burung juga boleh dapat sehingga RM700 sebulan," kata seorang penjaga burung, yang hanya ingin dikenali sebagai Fadhil, merujuk tapak premis burung seluas 5.66 meter lebar dan 8.49 meter panjang.

Bagi kakitangan kerajaan, Khalil Ali, yang baru melabur sebanyak RM30,000 bagi membina premis burung walet di atas tanah keluarganya di Kampung Oyak, Mukah, kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam perkara ini.


BAHAGIAN dalam premis yang menjalankan penternakan burung walet.

--------------------------------------------------------------------------------

Walaupun kerajaan negeri bercadang membina lima buah eko-park untuk burung walet dengan dua daripadanya di Daro dan Mukah, isu penternakan burung walet di Sarawak perlu dilihat secara objektif.

Ini kerana kerajaan negeri perlu mempertimbangkan bagaimana untuk memindahkan burung itu ke premis baru tanpa merobohkan lebih 1,500 premis sedia ada atau membunuh puluhan ribu burung walet yang dilindungi ini.

"Apa yang kami mahu ialah rumah kedai kami dibenarkan di sisi undang-undang bagi menjalankan ternakan ini. Biarlah kami dapat hak yang sama dengan pengusaha sarang burung walet di Semenanjung," kata John.

Sehingga laporan ini ditulis, hanya dua lesen premis burung walet dikeluarkan pihak berwajib di Sarawak. Namun penjaga burung keturunan Melanau, Burkan Aje Mohamed Roslan seolah-olah menyimpulkan rintihan seluruh pengusaha burung walet dengan berkata: "Kami sayang burung walet. Kalau nak diroboh juga alamat satu Sarawak akan lupus." - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Perjelas status perkahwinan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Sesuatu perkahwinan perlu dipastikan ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan Islam dan individu terbabit tidak harus bersikap sambil lewa dalam hal berkaitan kerana ia melibatkan hukum-hakam agama.



PERKAHWINAN yang dilakukan di luar negara dan tanpa pengetahuan keluarga boleh mengundang masalah berpanjangan. - Gambar hiasan.

--------------------------------------------------------------------------------

KES seorang wanita yang didakwa bersuami dua, Shanum Shaari, 35, menarik perhatian umum apabila Mahkamah Tinggi Syariah Alor Star, Kedah baru-baru ini memerintahkan supaya dia dipisahkan daripada suami keduanya, Syarif Jasin, 48.

Perintah itu dijalankan selepas mahkamah membenarkan rayuan suami pertama wanita itu, Amir Affandy Zakaria, 39, yang memohon agar Shanum yang bernikah dengan Syarif di Yala, Thailand pada 12 Disember 2005 dipisahkan atau dimufarraqahkan.

Amir mendakwa pernikahan Shanum dengan Syarif tidak sah. Ini kerana ketika berlakunya pernikahan itu, wanita tersebut masih lagi isterinya menurut keterangan Surat Rujuk bertarikh 24 Oktober 1997 yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Baling dan mahkamah memutuskan daftar rujuk itu adalah sah.

Isu ini secara tidak langsung membangkitkan kesedaran ramai bahawa sesuatu perkahwinan perlu dipastikan bahawa ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan Islam dan individu terbabit tidak harus bersikap sambil lewa dalam hal berkaitan kerana ia melibatkan hukum-hakam agama.

Menurut Pegawai Agama Daerah Baling, Sheikh Shukri Mohamed, 35, kejadian seperti itu berlaku apabila kedua-dua pasangan suami isteri merasakan mereka telah berpisah dan mengambil sikap acuh tidak acuh dalam memastikan status perkahwinan.

Beliau yang bertanggungjawab menguruskan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk daerah itu menegaskan bahawa sikap sedemikianlah yang menyebabkan sesebuah perkahwinan yang dibina boleh menjadi tidak sah akibat kejahilan diri sendiri.

"Boleh dikatakan golongan ini sengaja melakukan perkara tersebut walaupun mengetahui risiko dan kesan-kesan buruk yang bakal diterima kelak. Mana mungkin dalam negara yang serba maju dan moden, rakyatnya tidak mengetahui maklumat atau perkara yang membolehkan sesuatu perkahwinan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Mereka sepatutnya boleh bertanya pada orang sekeliling atau pihak yang berwajib mengenai status diri atau apa-apa yang berkaitan untuk melangsungkan perkahwinan. Namun, apabila nafsu telah menguasai diri, semua perkara ditolak tepi asalkan dapat memenuhi kehendak peribadi.


ZAIDI MOHD ZAIN

--------------------------------------------------------------------------------

"Begitu juga dengan kes wanita yang berkahwin secara senyap dan keluarga tidak mengetahuinya. Apabila ada orang yang sesuai datang meminang, sudah pasti ibu bapa akan menerimanya tanpa mengetahui bahawa anak mereka sudah bergelar isteri orang. Dalam situasi ini, keadaan pasti rumit dan bagi mengelakkan malu, si anak tersebut sanggup berkahwin dengan pilihan keluarga daripada membuka rahsia sebenar. Apabila ini terjadi, maka yang menjadi mangsa ialah pejabat agama yang didakwa tidak prihatin atau membuat keputusan berat sebelah.

"Dalam kes ini, saya tidak mahu menuding jari pada si isteri atau si suami, tetapi kedua-duanya mempunyai salah sendiri yang perlu direnung secara mendalam. Jika ada persefahaman antara mereka, sudah tentu hal ini dapat diselesaikan dengan baik. Tetapi berbalik pada apa yang saya katakan tadi, apabila nafsu diletakkan di depan, maka inilah jadinya," kata Ustaz Shukri panjang lebar ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ustaz Shukri tidak menafikan ada sesetengah individu yang mungkin iri hati apabila melihat bekas pasangannya hidup bahagia bersama orang lain, lantas bertindak untuk 'mengenakan' mereka.

"Biasanya sikap cemburu atau tidak puas hati di antara pasangan suami isteri amat berbeza. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang boleh mengaibkan atau memusnahkan bekas atau pasangan sendiri. Ini semua gara-gara hasutan syaitan.

"Justeru, ingin saya tekankan di sini untuk pasangan yang bakal berkahwin, mereka perlu betul-betul memahami maksud sesebuah perkahwinan kerana ia begitu telus dan tiada titik noktah. Bagi mereka yang telah berkahwin pula, carilah pengertian perkahwinan sebenar kerana tiada rumah tangga yang tidak pernah dilanda badai.

"Namun, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t, gunakanlah ia sebaik mungkin dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan emosi. Kenali pasangan anda sedalam-dalamnya kerana pengertian perkahwinan ada pada mereka," nasihat Ustaz Shukri yang telah berpengalaman selama 10 tahun dalam mengurus pasangan yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.


SETIAP pasangan harus memahami erti sebenar sebuah perkahwinan. - Gambar hiasan.

--------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd. Zain berkata, dalam kes tertentu si suami boleh memohon farak nikah untuk memisahkan isteri yang telah berkahwin jika jelas pernikahannya itu tidak sah.

"Apabila si isteri berjaya dipisahkan dengan suami keduanya dan dalam masa yang sama, suami bertindak mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya itu, maka itu satu tindakan yang kurang wajar kerana berlaku zalim.

"Maka, dalam hal ini, isteri dibenarkan memohon tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya yang menghukumnya sedemikian rupa. Bagaimanapun, prosedur ini mungkin mengambil masa yang lama jika berlakunya perbicaraan.

"Oleh itu, apa yang penting bagi pasangan suami isteri ialah memahami akan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam membina perkahwinan yang bahagia. Selain itu, jangan sesekali masalah yang ada dipendam begitu sahaja kerana jika sudah menjadi 'barah', sukar untuk mengubatinya," ujar Zaidi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Pengasas Yahoo letak jawatan


GAMBAR fail ini menunjukkan Yang (kiri) bersama Filo (kanan) di Las Vegas pada7 Januari lalu.

--------------------------------------------------------------------------------

SAN FRANCISCO - Pengasas bersama enjin carian Yahoo di internet, Jerry Yang yang menolak tawaran pengambil alihan sebanyak AS$47 bilion (RM169 bilion) daripada Microsoft kini dalam proses meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Yang berumur 40 tahun mengambil alih jawatan (CEO) setahun lalu dan akan kekal memegang jawatan itu sehingga penggantinya diperoleh.

"Yang dan Lembaga Pengarah telah mengadakan dialog berhubung waktu penggantian dan kita semua bersetuju bahawa kini adalah masa sesuai untuk melakukan peralihan CEO baru," kata Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.

"Kami berasa terhutang budi kepada Yang dan sumbangannya sebagai CEO sejak 18 bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Yahoo, Yang yang mengasaskan enjin carian itu pada 1995 ketika berumur 26 tahun bersama rakan sekelasnya, David Filo dari Universiti Stanford.

Yang kemudian menjadi bilionair apabila syarikat itu disenaraikan pada tahun seterusnya. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Pengsan main permainan komputer

LONDON - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun pengsan dan diserang sawan selepas bermain permainan komputer World of Warcraft selama 24 jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja itu dan tujuh rakan berkumpul di rumahnya di Sweden pada malam Sabtu lalu dan mereka bermain permainan tersebut.

"Mereka bermain sepanjang malam," kata bapa remaja itu kepada pemberita.

Kumpulan remaja itu mungkin lupa untuk tidur selama beberapa jam dan tidak menjamah makanan sepanjang mereka bermain.

Namun, pada kira-kira pukul dua pagi Ahad lalu, remaja itu dilaporkan mengalami sawan menyebabkan ibu bapanya menghantarnya ke sebuah hospital.

Doktor kemudian memberitahu, sistem ketahanan dalam tubuhnya terjejas kerana kekurangan tidur, makanan dan terlalu menumpukan perhatian terhadap permainan komputer.

Remaja itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan.

Bapa remaja itu tidak mengambil mudah mengenai kejadian tersebut dan memberi amaran bahawa ia mungkin terjadi kepada pemuda lain. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

PLUS beri diskaun tahun depan

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my


ZIN dan Noorizah melancarkan promosi Program Insentif Perjalanan PLUS di Kuala Lumpur semalam. - Gambar Bernama

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Pemandu kenderaan ringan yang menggunakan Lebuh Raya UtaraSelatan (PLUS) dan Expressway Lingkaran Tengah Sdn. Bhd. (Elite) bakal menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus sepanjang dua tahun bermula 1 Januari 2009.

Ia sah di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Sempena musim perayaan utama pula, pemandu kenderaan kategori itu (Kelas 1) juga diberi diskaun tambahan 10 peratus lagi bagi Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas, kata Pengarah Urusan PLUS Expressways Bhd. (PLUS), Noorizah Abd. Hamid di sini semalam.

"PLUS mahu memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan semakin mencabar.

"Bagaimanapun, diskaun ini dikira ketika setiap kali pemandu melalui tol keluar dari lebuh raya," katanya pada majlis Program Insentif Perjalanan PLUS di sini yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Cerai SMS Raja Azhar sah


Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



RAJA AZHAR dan Charmaine semasa saat bahagia.

--------------------------------------------------------------------------------

GOMBAK - Lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pelukis dan artis terkenal, Raja Azhar Raja Lop terhadap isterinya, Charmaine Winifred Idris pada Ogos lalu diputuskan sah oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam penghakimannya menyatakan bahawa SMS bertarikh 6 Ogos 2008 itu merupakan lafaz cerai berbentuk tulisan iaitu secara lafaz kinayah (tidak jelas) telah ditulis sendiri oleh si suami kepada isterinya.

"Talak dalam bentuk tulisan oleh suaminya secara khusus kepada isteri merupakan lafaz kinayah yang sah jika ia disertakan dengan niat.

"Mahkamah mendapati bahawa defendan (Charmaine) telah melanggar taklik dalam tempoh 48 jam. Plaintif (Raja Azhar) pula ada niat untuk ceraikan defendan pada 8 Ogos 2008 berdasarkan pengakuannya bahawa dirinya dalam keadaan sedar dan tidak dipaksa oleh sesiapa ketika mengirimkan SMS tersebut," katanya.

Pasangan suami isteri itu telah tinggal berasingan sejak 22 Disember 2007 dengan defendan pulang ke Australia.

Rentetan daripada itu, Raja Azhar, 56, yang diwakili peguamnya, Rubiah Jaafar menghantar SMS kepada isterinya yang berusia 53 tahun pada 6 Ogos lalu yang berbunyi:

"Jika kamu, Charmaine Winifred Idris tidak kembali ke rumah kelamin di Malaysia, Bukit Antarabangsa sejak kamu pergi lapan bulan lepas dalam tempoh 48 jam dari tarikh hari ini, saya akan ceraikan kamu dengan talak satu".

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Seruan turun harga tidak dipeduli

Oleh WARTAWAN Kosmo!
berita@kosmo.com.my



--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Harga barang keperluan yang dijual kalangan peruncit di negara ini sehingga semalam didapati masih belum turun walaupun diarahkan berbuat demikian sejak September lalu lagi.

Jika dahulu, harga barang tinggi dikaitkan dengan kenaikan mendadak harga minyak tetapi setelah bahan bakar itu turun sebanyak lima kali termasuk kali terakhir semalam - harga barang pula tidak turun-turun.

Tinjauan Kosmo! di kedai-kedai runcit mendapati, masih ramai di kalangan mereka tidak menurunkan harga barangan keperluan seperti tepung, telur, dan bawang.

Malah di pasar basah, harga ayam serta daging import masih tinggi walaupun kos bekalan produk itu dikatakan sudah menurun dan seperti biasa alasan mereka harga dikawal oleh pemborong!

Apa yang pasti arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad mengenai Kempen Penurunan Harga yang dijalankan di semua pasar raya besar akan diperluaskan ke semua pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara secara berperingkat bermula minggu ini masih belum cukup berkesan.

Jadi, hasrat orang ramai untuk melihat harga barangan keperluan yang dijual oleh peruncit di pasaran kembali turun ke paras lama sebelum kenaikan harga petrol Jun lalu mungkin tidak akan kesampaian dalam tempoh terdekat ini.

Di Lembah Klang, tinjauan di tiga pasar basah dan kedai runcit utama di ibu kota iaitu di Pasar Pudu, Chow Kit dan Pasar Sungai Besi menunjukkan harga barangan masih mahal.

Malah rata-rata peniaga pasar basah dan runcit yang ditemui mendakwa mereka hanya mengambil keuntungan dalam lingkungan RM1 sahaja malah ada barangan yang cuma mendapat pulangan tidak sampai 10 sen tetap dijual.

Misalnya di pasar Sungai Besi, harga daging import beku didapati lebih mahal iaitu RM14 sekilogram (kg) berbanding peniaga di dua pasar basah yang lain itu yang cuma menjual pada harga RM12 bagi satu kg.

Bagi barang keperluan kering dan sayur-sayuran seperti minyak masak, telur, tepung, beras, susu pekat manis, bawang, cili padi dan tomato, semuanya tidak mengalami penurunan harga sejak sambutan Aidilfitri lalu.

Di Pahang, harga barang terutama ayam kekal mahal.

Tinjauan di Pasar Besar Kuantan mendapati ayam standard dengan kaki, kepala dan hempedal dijual RM7.50 bagi setiap kg.

Menurut peniaga, Nor Idham Ahmad, 26, harga tersebut kekal disebabkan faktor pembekal yang enggan menurunkan harga atas pelbagai alasan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Pelajar IPTA turut terjebak

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my



DIAN membaca muka depan Kosmo Ahad! mengenai 'Ajaran MLM' pada pertemuan di Kajang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KAJANG - Selain tokoh korporat, golongan politik, artis, rupa-rupanya keahlian 'Ajaran MLM' turut menular di kalangan siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Sekali pandang, penglibatan siswazah IPTA seakan-akan memperluaskan rantaian perniagaan jualan langsung (MLM), tetapi ada 'udang di sebalik batu'.

Jika artis dijadikan daya penarik meyakinkan penyertaan orang awam menganut ajaran sesat itu, pembabitan siswazah IPTA pula sebagai formula menarik lebih ramai generasi muda di negara ini selain sebagai pelapis ajaran itu.

Bekas pengikut yang dikenali sebagai Dian Milyan, 20-an, ketika ditemui semalam mendakwa, sejak penglibatannya kira-kira beberapa tahun lalu, dianggarkan ribuan siswazah IPTA sepertinya terjebak.

Katanya, masing-masing terdiri mereka yang masih tercari-cari arah hidup dan yang 'kehausan' dalam bidang agama.

Selain pelajar IPTA, kata Dian, dakyah itu juga melibatkan pegawai- pegawai yang menjawat jawatan tinggi dan pegawai di IPTA dan ia memudahkan operasi berkembang di institusi pengajian tinggi.

"Malah sudah ada pegawai yang sudah dilantik ke jawatan besar. Ia bukan rekaan, ia kebenaran... ia berbeza dengan method (kaedah) dakwah yang diikuti Norah yang bertiga semasa dalam kelas tilawah, kami dalam satu kelas mempunyai kira- kira 40 ahli.

"Jadi, bila berkenalan antara satu sama lain, rupa-rupanya ramai yang masih menuntut di IPTA," katanya sambil menambah ahli yang tertua mencapai umur 50-an dibenarkan membawa anak untuk mengikuti pengajaran yang diadakan dua kali seminggu itu.

Ditanya modus operandi pertubuhan ini berjaya 'menakluk' pelajar IPTA, kata Dian: "Mereka bukan berdakwah secara terbuka, tetapi ahli lama (kebanyakan pelajar yang mempunyai pertalian saudara dengan pengikut) akan membisikkan kebesaran ajaran itu kepada rakan baik mereka, kemudian diseru mencari rangkaian yang lain."

Bagi diri Dian pula, dia didakwa 'diperangkap' oleh rakan baiknya sendiri.

"Ketika itu, pegangan iman saya begitu longgar ditambah dengan kekusutan memikirkan soal keluarga dan pelajaran, tiba-tiba datang rakan menceritakan kehebatan ajaran itu yang menjanjikan saya menemui 'bahagia'.

"Saya dibenar pilih nama kesukaan saya kerana kata 'ketua pentilawah', saya diberi autoriti berbuat demikian kerana semasa saya kecil saya tak berupaya meminta, dan dengan nama baru ia dianggap sebagai 'kelahiran semula,"
katanya.

Mengenai caj keahlian, Dian berkata, untuk kumpulan pelajar, bayaran yang dikenakan lebih murah iaitu RM300 sebagai yuran pendahuluan, 'infaq' bulanan hanya RM150 dan pelaksanaan 'hijrah' sekitar RM3,000 saja.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Malaysia considers dumping petrol subsidy scheme


Agence France-Presse - 11/18/2008 9:35 AM GMT

Malaysia is not currently subsiding petrol and may dump its subsidy scheme altogether, despite major protests earlier this year over spiralling pump prices, a minister said Tuesday.

The government on Tuesday cut pump prices by seven percent to 2.00 ringgit (0.56 dollars) per litre as global crude prices continued to ease. The price of diesel was also reduced by 15 sen to 1.90 ringgit per litre.

"We have stopped subsidising petrol from the time when the pump prices were cut to 2.00 ringgit per litre," Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Samad told AFP.

He said that at current prices, the government is making about 30 sen per litre.

"At about 60 dollars per barrel we are already making money," he said.

Shahrir said the government was still handing out direct subsidies in the form of cash rebates for motorists of 625 ringgit per year and that diesel and liquefied petroleum gas (LPG) were still being subsidised.

"The rebate system is still being enforced... but it will runs its course until March next year before we either stop it or implement a new system," he said.

Tuesday's cut was the fifth the government has announced since a 41 percent hike in June as the price of crude soared, sparking angry street protests and calls for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to resign.

Shahrir said the government will decide by the end of the month if subsidies will be reinstated if crude oil prices go up again. It will consider setting a floor price of 1.92 ringgit per litre.

"I would be happy to have a floor price of 1.92 ringgit. This would allow the government to earn some revenue and it is also easier to manage the price," he said.

"It is also a better option because we can use the savings for development or to reduce the deficit."

The government earlier this month announced a 7.0 billion ringgit (2.0 billion dollar) stimulus programme -- reaped from savings on reduced oil subsidies -- to boost the economy amid the global slowdown.

But the additional spending saw the government widen its budget deficit forecast for 2009 to 4.8 percent, from 3.6 percent predicted in August.

http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1791236
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...