Friday, October 21, 2011

DEMO LAGI BILA NAJIB LAWAT UIA 25 OKT?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

Kontroversi yang melanda pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari tidak akan menjejaskan kebebasan bersuara anggota akademik lain di universiti itu.Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib KakitanganUIAM memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umum hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti.

“Kita akan meneruskan dengan polisi kita tanpa mengenakan sekatanterhadap mana-mana ahli akademik (untuk berbuat demikian).

“Dan tidak ada sebab bagi mana-mana ahli akademik perlu takut untukmengeluarkan kenyataan,” katanya pada sidang media di UIAM di sini,Jumaat.

Dr Zaleha berkata, kes Abdul Aziz tidak sepatutnya dijadikan alasankepada ahli akademik UIAM untuk berhenti daripada memberikan pandanganakademik mereka.

“Tetapi mereka perlu faham apa sahaja yang diperkatakan itu untuk halyang tidak memberi kesan (sehingga menjejaskan kepentingan UIAM).

“Persoalan timbul dalam menyatakan pandangan tersebut secara amnya tidak menjejaskan reputasi universiti,” katanya.

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah beberapa pemimpin PKR. Antara mereka, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu) dan Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves).

Mereka hadir memberi sokongan kepada perjuangan mahasiswa yang menuntut penggantungan ahli akademik itu ditarik balik.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

Menurut mereka, sekiranya tidak selesai, perkara itu akan dilanjutkan pada 25 Oktober ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat universiti berkenaan.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata oleh portal Malaysiakini baru-baruini bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu bukan sesuatu yang lazim dan menyifatkannyasebagai tidak konsisten.

Berikutan isu tersebut, khidmat Abdul Aziz digantung sementara selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober sebagai tempoh untuk beliau memberi surat tunjuk sebab kepada pengurusan UIAM berhubung kontroversi kenyataannya itu.

http://www.kl-today.com/2011/10/demo-lagi-bila-najib-lawat-uia-25-okt/

AZIZBARISME SUDAH MELANDA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

Mohamed Hadi al-Majwi

Saya mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.Saya mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah tentu perlu dibayar dengan risiko.
Ini yang selalu dipesankan oleh beliau kepada para pelajarnya. Disebabkan kelantangan beliaulah, beliau pernah berkata beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Timbalan Rektor, apatah lagi Rektor UIAM.

Pingat dan darjah kebesaran daripada istana, jauh sekali! Tetapi inilah harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan maruah ilmu yang dijunjung oleh beliau.

Di dalam memberi ulasan dan pandangan, saya melihat Aziz Bari sebagai seorang yang berterus-terang dan tidak berlapik-lapik atau berdolak-dalik di dalam mengutarakan buah fikirannya. Tidak seperti sesetengah profesor kangkung dan bayam yang kita boleh kenal ciri-cirinya.

Buku-buku penulisan beliau mengenai perlembagaan juga secara terbuka mengkritik parti pemerintah dan tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan baru sekarang, tetapi konsisten sejak dahulu lagi.

Bacalah hasil penulisan beliau (masalahnya yang menghentam beliau pun tak pernah membaca buku-buku dan artikel-artikel beliau). Kalau orang menuduh Aziz Bari pro-pembangkang, ini juga saya fikir melucukan kerana kita masih belum terlupa beliau pernah mengkritik kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di media massa.

Ulasan Aziz Bari seringkali ditagih di dalam soal-soal berkaitan perlembagaan, dari zaman Meor Atiqulrahman, membawa kepada Lina Joy, sehinggalah krisis perlembagaan Perak dan terkini isu titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.

Sudah tentulah tidak semua pandangan beliau boleh diterima oleh semua pihak, tetapi kalau tidak bersetuju, balaslah dengan hujah akademik. Tetapi di bumi bertuah ini, hujah intelek selalunya dibalas dengan laporan polis, soal siasat pihak berkuasa, surat tunjuk sebab dan pelbagai bentuk intimidasi lain.

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan Aziz Bari ialah beliau seorang yang sangat rajin menulis, baik santai mahu pun ilmiah inti penulisannya. Tulisan-tulisan ini pula bukanlah dipetik daripada langit, tetapi beliau berkorban masa untuk menghasilkannya.

Para pelajar dan pensyarah di AIKOL boleh mengesahkan, sewaktu cuti-cuti umum, sewaktu UIAM lengang tidak berpenghuni, kita boleh melihat kereta Mercedes antik merah beliau di parkir kereta pensyarah dan lampu biliknya menyala hingga ke lewat malam. Pengampukah orang sebegini? Kaki bodekkah? Kangkungkah?

Sepanjang yang saya tahu, Aziz Bari tidak bercita-cita tinggi pun di dalam politik. Cita-citanya hanyalah para pelajar, buku-buku ilmiah dan hasil kajiannya sahaja. Setahu saya, Aziz Bari tidak ada telefon bimbit pun. Takkanlah orang yang tiada telefon bimbit sebegini cita-citanya mahu jadi wakil rakyat dan seterusnya menjadi menteri kabinet atau Perdana Menteri?

Terkini, beliau telah digantung tugas daripada UIAM disebabkan tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau. Saya percaya bekas pelajar-pelajar beliau yang sudah menjadi “orang-orang besar” menggeleng-geleng kepala dengan perkembangan ini.

Bagi saya, ini tidaklah aneh kerana warga UIAM sudah masak dengan wayang murahan sebegini. Kita pun tahu apa sudah berlaku sewaktu Ustaz Azhar Idrus dijemput berceramah di UIAM. Hilang seorang profesor, berderet-deret universiti luar negara yang akan mengambil beliau untuk berkhidmat di luar negara. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Para pelajar kita juga.

Saya cuma insan kerdil yang tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk mengubah keadaan. Saya hanyalah bekas anak murid Aziz Bari dan saya menukilkan pendapat saya ini sebagai tanda sokongan penuh saya kepada beliau. Warga UIAM dan bekas para pelajar beliau, marilah kita berdoa supaya Profesor Dr. Abdul Aziz Bari diberikan segala kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Berpegang teguhlah Prof, kami semua mendoakan. Sesudah Sabuisme, kita kini menyaksikan gelombang Azizbarisme.

http://www.kl-today.com/2011/10/azizbarisme-sudah-melanda/

Jangan heret kanak-kanak ke kancah politik, kata Shahrizat

Jangan heret kanak-kanak ke kancah politik, kata Shahrizat

Kanak-kanak tidak seharusnya diheret ke kancah politik, tanpa mengira sama ada ia membabitkan parti pembangkang mahupun kerajaan, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Prinsip saya adalah bahawa kita tidak boleh mengheret kanak-kanak ke kancam politik. Bukan sahaja untuk pembangkang, tetapi sesiapa sekalipun," katanya ketika ditemui pemberita pada satu seminar di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang dibuat oleh blogger pro-Umno 'Papagomo', yang menuduh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba menyembunyikan dakwaan salah laku anaknya.

NONEBlog itu mendakwa anak pemimpin DAP itu yang berusia 16 tahun meramas buah dada rakan sekelasnya dan Lim telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan perkara itu ditutp dan telah memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

NONE“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011,” katanya.

Mengulas perkembangan itu, hari ini, Shahrizat berkata, sama ada remaja itu adalah anak seorang pemimpin pembangkang adalah tidak relevan. Ini kerana remaja bawah umur tidak harus dijadikan sasaran untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

Sehubungan itu, beliau menggesa penyokong kedua-dua pembangkang dan kerajaan untuk tidak membabitkan kanak-kanak dengan politik.

Bagaimanapun, kata Shahrizat, penulis blog tidak harus dilabel sebagai partisan kepada mana-mana pihak.

azlan"Walaupun saya Ketua Wanita (Umno), saya tidak tahu mana penulis blog yang pro-Umno."

Diminta mengulas komen Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dianggap menghina berhubung dakwaan itu, Sharizat menjawab: "Itu, awak pergi tanya Khairy".

Khairy telah menulis di tweeter "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”.

[Baca berita penuh]

HAMPIR 800 HIMPUN SOKONG AZIZ BARI

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.”Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.
“Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, adalah dilaporkan bahawa hampir 800 orang mahasiswa yang dipercayai pelajar UIA sendiri telah berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekecohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Sementara itu, keadaan trafik di luar kampus dari Gombak adalah sibuk terutamanya menghampiri simpang kiri keluar menuju ke UIAM sejak jam 1 petang tadi berikutan usaha ramai penyokong dari luar yang akhirnya terhalang daripada memasuki kampus berkenaan oleh pihak keselamatan UIA sendiri. Dijangkakan sekiranya mereka dibenarkan masuk, jumlah mereka yang berhimpun boleh mencecah lebih ramai lagi.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM pagi tadi turut mengecam tindakan pengurusan pusat pengajian tinggi itu ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menggesa agar penggantungan perkhidmatan beliau ditarik balik dengan segera.

Pertubuhan pelajar itu juga mahu pengurusan UIA mengadakan pengadilan atau inkuiri terbuka bagi menyiasat kes itu demi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak.

“Kami melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia. Apatah lagi, beliau telah menyumbang bakti di bumi UIA digantung tanpa diadili terlebih dahulu,” kata Presiden MPP UIA Mohamad Iqbal Ab Wahab dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan rasa tidak senang dengan perkembangan tersebut semalam.

Ramai juga menggesa agar tindakan ke atas Aziz ditarik balik dan dibatalkan.

Kata Mohamad Iqbal, perkara itu jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara.

“Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul. Jenayah akademik dan intelektual sebegini tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIA khususnya,” kata beliau lagi.


Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini juga menyifatkan tindakan pihak pentadbiran UIAM yang menggantung tugas Abdul Aziz Bari sebagai bacul.

Setiausahanya S Arulchelvan berkata, PSM menganggap tindakan menggantung pensyarah kanan kulliyyah undang-undang itu sebagai tindakan bacul dan kurang profesional.

“Tindakan ini juga menjurus kepada mencabul hak kebebasan akademik dan hak memberikan pendapat iaitu satu hak perlembagaan,” kata Arutchelvan dalam satu kenyataan media.

Semalam UIA bertindak menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

http://www.kl-today.com/2011/10/hampir-800-himpun-sokong-aziz-bari/

REKTOR PANGGIL SIDANG MEDIA TERGEMPAR

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) telah mengadakan sidang media tergempar berikutan isu pensyarah Fakulti Undang-undangya, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dikenakan surat tunjuk sebab ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Sidang media tersebut telah diadakan di pejabat Rektornya dan dipengerusikan oleh Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin (gambar) di kampus induk UIAM di Gombak pada pukul 12.30 tengah hari Jumaat tadi.

Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang itu bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Rektor UIA, Dr Zaleha berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

“Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,”katanya pada sidang media di UIA di sini, Jumaat.

Isu penggantungan tugas Abdul Aziz mula timbul selepas beliau dikenakan surat tunjuk sebab atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Difahamkan surat berkenaan telah dikeluarkan oleh unit undang-undang UIAM Rabu lalu dan Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan.

Sementara itu, peguam pakar perlembagaan itu, Dr Dzukarnain Lukman pula mendakwa, Abdul Aziz bukan sahaja dikenakan surat tunjuk sebab malah beliau turut digantung tugas.

Sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.

Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama.

http://www.kl-today.com/2011/10/rektor-panggil-sidang-media-tergempar/

KERANA POLITIK, SANGGUP HERET KANAK-KANAK

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

Aspan Alias

Isu yang dimainkan oleh Ketua Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri serta beberapa blogger pro-Umno terhadap anak Lim Guan Eng memang jelas mendapat perhatian ramai dan kebanyakan dari reaksi yang saya secara peribadi terima menunjukan sebagai satu isu yang menjadi kemarahan ramai.Ramai yang meminta saya menulis dan memberi komen tentangnya. Saya tidak mempunyai komen panjang tentang isu ini. Yang pasti “lawmakers” dari Umno nampaknya menjauhi diri mereka dari isu ini dan rata-rata kita mendengar yang Umno tidak terlibat dengan isu yang panas ini. Malahan Ahli-Ahli Parlimen Umno meminta Guan Eng menyaman Novandri dan bloggers pro-Umno jika itu merupakan fitnah yang sengaja diadakan kerana tuntutan politik yang “desperate”.

Komen saya senang sahaja; ini merupakan satu lagi dari banyak bukti yang Umno begitu “desperate” untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang mereka tertewas dalam pilihanraya yang lalu. Umno tidak menampakan lagi sikap seperti parti yang memimpin negara. Umno sudah menjadi “defensive” dan ini merupakan petanda yang parti itu sedang menuju kearah kejatuhan. Ini hakikat.

Umno tercari-cari kesalahan DAP di Pulau Pinang seperti orang mencari kutu yang halus dalam rambut. Umno tidak mempunyai modal lagi untuk mendapat perhatian ramai. Umno nampaknya sudah menjadi “sour grapes” dan jika sudah dihinggapi oleh penyakit seperti ini selalunya parti yang seperti ini akan ditinggalkan oleh orang ramai.

Orang ramai akan mula berfikir samada parti ini mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat kerana orang ramai akan sendirinya akan merasa tidak berkeyakinan jika sebuah parti pemerintah sanggup melakukan perkara yang amat menjijikan itu semata-mata untuk menyambung nikmat berkuasa.

Memalitkan seorang kanak-kanak yang tidak bersalah kerana kepentingan politik serupalah seperti penjenayah kanak-kanak yang sangat tidak bertanggungjawab. Ada pihak yang sanggup melakukan kerja seperti ini semata-mata kerana hendak menjatuhkan pihak lawan. Jika Guan Eng yang hendak dijatuhkan kenapa jadikan anaknya sebagai mangsa?

Tidak kah “penjenayah-penjenayah” ini merasa malu apabila Guru Besar SMK Heng Ee, George Town sendiri manafikan adanya berlaku perkara yang difitnahkan oleh pihak tertentu di dalam Umno itu? Kenapa setengah pihak yang desperado ini sanggup menyiarkan gambar orang lain yang dikatakan sebagai anak Guan Eng? Gambar yang dikatakan sebagai anak Guan Eng itu rupa-rupa gambar orang lain yang sedang belajar di AS (gambar atas0.

Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam Umno. Umno sudah hilang segala-galanya. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang ada yang dimandatkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Tidakkah terfikir oleh “penjenayah-penjenayah” ini bagaimana kanak-kanak berusia 16 tahun itu menghadapi hidup seharian kerana fitnah yang amat hina ini? Isu ini jelas merupakan satu fitnah yang amat rendah darjatnya. Kerja seperti ini tentulah berlaku kerana mereka sudah terbiasa melakukannya. Kata perbilangan “alah bisa tegal biasa”.

Kalau sudah biasa dengan jenayah, untuk melakukan jenayah yang lain akan menjadi perkara biasa. Kepada semua yang bertanggungjawab merencanakan pembohongan ini berfikirlah apa dengan tekun dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang telah aku lakukan ini?” dan perbaikilah diri masing-masing.

Politik itu politiklah! Tetapi janganlah sampai melakukan perkara yang sangat ternoda ini. Jangan tunjukan sangat “desperation” itu kepada khalayak ramai. Semua tindakan yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak sekolah itu hanya merupakan tindakan “self defeating” bagi parti yang memerintah.

Itu sahaja komen saya.

— aspanaliasnet.blogspot.com


http://www.kl-today.com/2011/10/kerana-politik-sanggup-heret-kanak-kanak/

KARPAL TO KJ: YOU ARE A DISGRACE!

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 21ST, 2011

National DAP chairman Karpal Singh today branded Umno Youth chief Khairy Jamaluddin a “disgrace” for villifying Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s son in a Twitter message.“He is a disgrace not only to whoever extended him a tertiary education but also to Parliament of which, regrettably, he is a member.

“He is certainly not well-bred for having fallen hook, line and sinker for the vile and vicious attacks against Guan Eng’s 16-year-old son without first ascertaining the truth of the allegation,” said Karpal.

The Bukit Gelugor MP took Khairy to task for the latter’s Twitter message in Bahasa Malaysia that was posted three days ago.

The message read: “Maybe he (Lim Guan Eng) demolished Kampung Buah Pala to replace it with Kampung Buah Dada (literally translated a breast village).”

Khairy posted his comments following spurious attacks by Umno bloggers that Lim’s son was transferred from his school after allegedly molesting a fellow female student.

Yesterday, Karpal urged Prime Minister Najib Tun Razak to intervene and stop the baseless allegations.

The DAP revealed in Parliament on Oct 19 that the alleged victim was a former world chess champion Anya Corke, a British citizen who has never set foot on Malaysia, let alone met Lim’s son.

He also warned Khairy, who is Rembau MP, that DAP would consider court action if he (Khairy) continues to repeat the “falsehood”.

“Let me remind Khairy this is not an idle threat. If Khairy wants trouble, he has certainly come to the right place.”

The girl whose photograph was used by pro-Umno bloggers has denied ever meeting or hearing of the 16-year-old schoolboy.

Chess grandmaster Anya Sun Corke said today that she was “shocked, dismayed and baffled” as to how her photo was used without her knowledge or consent.

“I have never met or even heard of any of the people involved. I have never been physically assaulted in any way. I have never been victimised in any way by this boy or his family.

“The only way in which my ‘modesty was outraged’ has been by the publication of my picture in connection with these scurrilous and unfounded rumours,” the undergraduate at Wellesley College said in a statement.

http://www.kl-today.com/2011/10/karpal-to-kj-you-are-a-disgrace/

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.

NONEIsnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Rasa simpati

Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.

Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.

Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya “dicabuli” ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

“Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.


http://www.malaysiakini.com/news/179271

Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari

Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari

GALERI FOTO

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

NONEPerhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

NONETindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Cabul kebebasan pensyarah

Dalam bantahan hari ini, sebelum bergerak untuk menyampaikan memorandum kepada Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamaruddin, kedua-dua pemimpin mahasiswa itu menyampaikan ucapan ringkas membantah keras penggantungan Abdul Aziz.

NONE"Itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana mancabul hak kebebasan pensyarah," kata Mohd Hilman yang disambut dengan laungan "Hidup Mahasiswa" dan "Bantah Kezaliman dari hadirin.

Ahmad Syukri pula menuntut pihak universiti memberikan kebebasan akademik kepada pensyarah.

Bahkan beliau juga mempersoalkan apakah Dr Abdul Aziz membuat fitnah sehingga beliau dikenakan tindakan gantung tugas.

"Kalau ilmu lawan dengan ilmu, bukan dengan tindakan menggantung," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Profesor Datuk Zainal Kling dari UPSI tidak dikenakan sebarang tindakan susulan kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah.

NONESelepas ucapan ringkas itu, Ahmad Syukri mengajak mahasiswa berarak bersama-samanya ke pejabat Zaleha untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu berarak, berlaku kekecohan apabila pengawal keselamatan universiti dan beberapa anggota polis cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak.

Hal demikian menyebabkan berlakunya pergelutan antara mahasiswa, pengawal keselamatan dan beberapa anggota polis di situ.

Ketika kejadian, mahasiswa lain pula, terus melaungkan "Hidup Mahasiswa" beberapa kali.

Tolak menolak

Tolak menolak selama kira-kira 10 minit itu menyebabkan beberapa pemimpin mahasiswa yang lain termasuk Mohd Hilman cuba menenangkan keadaan dan berbincang dengan pihak keselamatan.

NONEHasilnya, beliau bersama Ahmad Syukri dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan kepada timbalan rektor UIA di pejabatnya kira-kira jam 2.15 petang.

Bercakap kepada hadirin selepas itu, Ahmad Syukri berkata perjuangan mahasiswa masih belum selesai kerana Abdul Aziz masih belum dibebaskan.

"Kita jangan (cepat) berpuas hati, kita akan tampil pada masa akan datang kalau (isu) ini tidak selesai.

"Kita jangan mengeluh dan jangan mengalah,"
katanya yang disambut dengan sorakan mahasiswa.

Menurutnya, sekiranya tidak selesai, perkara itu akan dilanjutkan pada 25 Oktober ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat universiti berkenaan.

NONESehubungan itu, beliau menggesa pentadbiran universiti menyelesaikan perkara ini sebelum "perkara lebih besar" akan berlaku.

Sementara itu, Mohd Hilman berkata perhimpunan mereka hari ini adalah untuk menghantar "mesej yang jelas" kepada UIA.

"Kalau mereka tekan mahasiswa, kita lawan. Kalau mereka tekan pensyarah, lagi kita lawan," tegasnya mendapat sorakan gemuruh mahasiswa yang lain.

Beliau juga menggesa rakan-rakannya meneruskan perjuangan "selagi universiti tidak menarik balik" penggantungan Abdul Aziz.

'Turun lebih besar'

Kata-katanya itu disambut dengan laungan setuju oleh mahasiswa yang lain.

NONE"Dengar khabar ada pemimpin negara akan datang, kita minta UIA jangan sampai kita turun lebih besar," katanya.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah beberapa pemimpin PKR. Antara mereka, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu) dan Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves).

Mereka hadir memberi sokongan kepada perjuangan mahasiswa yang menuntut penggantungan ahli akademik itu ditarik balik.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

NONE"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Sokongan SMM

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

NONEMemondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Ketua Pemuda PKR diangkut dan ditarik dari masjid UIA

Ketua Pemuda PKR diangkut dan ditarik dari masjid UIA
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

NONE“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

“Apa yang menyedihkan, di UIA yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIA 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

“Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr Aziz ini,” katanya.

NONEMenurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di sebuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.

Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.

[Baca berita penuh]

Peguam, ahli akademik teguh di belakang Aziz Bari

Peguam, ahli akademik teguh di belakang Aziz Bari

Rakan-rakan seperjuangan pakar undang-undang perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari dalam bidang perundangan dan akademik, berdiri teguh di belakang beliau yang digantung tugasnya oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

bloggers universe malaysia 010508 azmi sharomDalam satu kenyataan media semalam, Persatuan Kakitangan
Akademik Universiti Malaya (PKAUM) membantah tindakan tersebut yang dianggapnya telah melanggar kebebasan akademik Aziz Bari dan hak umumnya untuk bersuara.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, presiden PKAUM dan Prof Madya undang-undang, Azmi Sharom (kiri) berkata, Akta Hasutan membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Dalam kes Abdul Aziz, katanya, apa yang telah beliau lakukan adalah semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan.

Menurutnya, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Pensyarah Universiti Malaya itu turut menggesa supaya dihentikansiasatan polis terhadap Abdul Aziz.

Menurutnya, sebagai seorang ahli akademik, Abdul Aziz diminta memberi komen mengenai perkara yang berkaitan dengan bidangnya, dan "tugas beliau adalah untuk menggunakan kepakarannya untuk memberi penjelasan kepada umum dalam isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidangnya".

azlanAzmi berkata, mana-mana ahli akademik mestilah dibenarkan untuk berbuat demikian, dan tindakan yang diambil terhadap Aziz Bari akan menanam rasa takut di kalangan masyarakat akademik.

Beliau menyifatkannya sebagai satu petunjuk bahawa tiada kebebasan akademik di Malaysia dan tanpanya, adalah mustahil untuk sebarang pembangunan dalam kapasiti intelek negara.

Sementara itu, Lawyers for Liberty, pula berkata tindakan terhadap Abdul Aziz itu jelas merupakan satu penafian terhadap hak asasinya dalam kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 perlembagaan persekutuan.

NONEKumpulan peguam hak asasi manusia itu, yang juga terdiri daripada alumni UIA, melahirkan rasa kecewa atas sekatan kebebasan akademik, yang menurutnya, menjadi pra-syarat kepada transformasi Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota Lawyers for Liberty, Afiq M Noor menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tidak "melangkaui sempadannya" dalam siasatan terhadap Abdul Aziz dan portal berita Malaysiakini,yang menyiarkan komennya.

Timbalan menteri padang berat...


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menyuarakan rasa "terganggu dan sedih mendengar kes tersebut".

NONE"Saya tidak semestiny setuju dengan semua pendapat Aziz Bari.
Kalau benar dia bersalah, wajar dihukum.

"Kini ia masih dalam siasatan. Justeru, tindakan UIA menggantungnya saya dapati menimbulkan persoalan," tulisnya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Saifuddin (kanan) menambah, beliau telah meminta laporan bertulis daripada pihak universiti berhubung perkara itu.

Katanya, beliau juga mendapat maklumat bahawa mahasiswa merancang berdemonstrasi membela Aziz Bari, sambil menambah: "Itu hak mereka.".

[Baca berita penuh]


http://www.malaysiakini.com/news/179321

Persatuan k'tangan akademik UIA bela Aziz Bari

Persatuan k'tangan akademik UIA bela Aziz Bari
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) hari ini menyatakan sokongannya terhadap Prof Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

uia iiu universiti islam antarabangsa malaysia"Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas
sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

"Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Prof Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia," tegas PKA UIAM dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, katanya, Prof Abdul Aziz sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Berikut adalah kenyataan penuh:


Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.
Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas
sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa
dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran:

Surah al-Anbiya’ (21:7): “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al-Quran dalam Surah al-Baqarah (2:111):

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini.

Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.

Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara

Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam “Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel” yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi:

“the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education”.


PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya
bertaraf dunia.

Murtad dan bandar Oxford


Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di United Kingdom dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu.

Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar.

Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita disebabkan unsur ke’jais’an kita. Amat rugi jika ada sesiapa yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu yang pesat.

NONEDari bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12, Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167 apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat universiti di Paris.

Pada kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini; Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar ilmu sejak 800 tahun yang lalu.

Dibakar hidup-hidup

Dalam tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah. Agama Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di sini telah terbabit dalam pelbagai konflik politik dan agama. Permusuhan dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga amalan kristianiti pun luntur di sini.

NONESaya tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas jalan ada tanda yang dibuat mengenang ‘shuhada’ Oxford atau Oxford Martyrs yang dibakar hidup-hidup.

Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16.

Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katholik.

Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka anggap tidak berasas.

Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian teologi, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy (murtad) dan derhaka (treason) kepada Ratu. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556.

Pengorbanan hebat

Sebenarnya, dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum para penentang mereka.

pope benedict visit palestine israel 110509 04Pihak Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka.

Golongan pembaharuan dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.

Persoalannya, benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang jumud dan mempunyai kepentingan sendiri? Semua tokoh-tokoh yang dibakar hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat.

Cumanya, mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang mereka anggap tidak bersumberkan Bible. Pihak penentang pembaharuan sering menggunakan nama Jesus dan Istana. Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama.

Bimbang Bible diterjemahkan

Mereka menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.

azlanHari ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara fikir manusia.

Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai kini, akan dihukum pada masa yang akan datang.

Sebab itu setiap kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang bersifat politik dan isu semata.

Walaupun begitu dahsyat dan kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih ‘ganas’.

Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka, hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun dinafikan kewujudannya. Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzche telah mengistiharkan bahawa ‘God was dead’ (Tuhan telah mati). Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang.

church christian in kuala lumpur 1Usaha menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar di seluruh dunia. Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku God Delusion atau penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar.

Tulisannya ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah perkembangan Kristian, turut menjualnya.

Nama Tuhan digunakan

Menjadi masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah ertikan dan agama dibenci.

Di Oxford, walaupun bangunan dan bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis. Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang tersendiri.

azlanMenuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik. Menghalang orang lain memberikan pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama.

Islam adalah agama dialog dan hujah.

Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak.

Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog. Firman Allah (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?

http://www.malaysiakini.com/news/179287

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...